Friday 26 April 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (Bab 1)

Telefon bimbit berbunyi, tanda ada pesanan ringkas masuk. Segera aku gapai telefon bimbit yang ada di atas katil.
Inbox dibuka, sebaris nama yang tertera menguntum senyum di bibir. 'Wei, online Facebook kejap. Aku nak mintak tolong.'
Pesanan dibalas, 'Give me five minutes.'
Laptop dipasang. Aku capai telefon bimbit yang berbunyi. Inbox dibuka, 'Cepat sikit!'
Aku tersenyum sendiri. Dia ni, kalau tak mengarah orang sehari tak sah.
Tetingkap Google Chrome aku buka dan terus aku menaip laman web Facebook di kotak carian. Apabila skrin laptopku bertukar warna biru, segera aku isikan alamat mel dan password untuk akaunku. Seminit menunggu, di skrin terpampang news feed akaunku. Tak sempat aku tekan notifications yang berlambak, ada seseorang menegur aku di chat.
'Lambat!!' Itu katanya.
Aku tersengih, 'Kau nak apa ni? Kalut sangat.'
'Kau kenal Aireen Sue?'
'Kenal gitu-gitu je. Kenapa?' Hati berdetak irama lain macam. Aku ni dah kenapa?
'Aku nak kenal dia. Aku rasa... aku SUKA dia.'
Terus tersandar aku di kerusi. Sekali lagi, Faris? You have to be kidding me!


“Ni apahal ni? Tersandar macam ada masalah negara,” Jija yang baru selesai solat angkat kening pada aku.
“Faris.”
“He strikes again.”
“Same girl as before?”
Aku geleng, “Another one. Budak depan bilik kita ni.”
“Siapa?”
“Aireen Sue.”
“Budak kacuk Chinese tu?”
Angguk.
“Boyfriend kau tu dah gila.”
“He is not my boyfriend.”
“Habis, dia siapa?”
“Kawan lelaki aku.”
“And in English, we called that as a...”
“Friend.”
“Wrong! We called that as a boyfriend.”
Aku ukir sengih, “Well, aku tak bezakan kawan lelaki aku dengan kawan perempuan aku so... it’s friend.”
“Dahlah. Kau nak makan tak?”
“Kau belanja?” Aku ukir sengih comel.
“Tak payah nak mengada. Siap cepat. By the way, Faris dah reply chat kau.”
Aku kerling laptop yang terpasang, “Dahlah. Malas nak layan dia. Jom!”

Aku mengendang meja di kafe. Jam di tangan aku kerling. Lima minit lagi dia tak datang, memang bye bye la jawabnya.
Aku mengenali Faris sewaktu kali pertama melangkahkan kaki ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Aku ingat lagi sewaktu aku beratur untuk mendaftarkan diri. Dia berdiri betul-betul depan aku.
“Excuse me, lady. Do you have a pen?” Si lelaki berpaling ke belakang, memandang dia.
Aku unjukkan pen biru yang ada di tanganku kepada dia yang memakai baju kemeja hitam. Bibir itu terukir senyum, “Thanks!”
“Make sure bagi balik,” gumam aku perlahan. Harap dia dengarlah.
Lima minit kemudian, si lelaki berpaling lagi, “Nah, your pen!”
Aku angguk lalu aku ambil balik pen yang ada di tangan dia. Dia berpaling ke depan tapi kemudian dia berpaling lagi sekali.
“Nak pinjam pen lagi ke?” Aku bertanya.
Dia geleng, “Nope. Nak berkawan. Aku...” dia ukir senyum, “Faris. Faris Irfan.”
Aku angkat kening seketika sebelum ukir senyum, “Zhafira. Dhiya Zhafira.”
And the rest is history.
Aku dengan Faris ni okey je. Tak ada masalah tapi aku kurang sikit dengan satu perangai dia. Cepat suka dengan seseorang dan bila dia dah suka, yang tukang jadi posmen tu, haruslah aku.
“Berangan!”
Tersentak aku disergah seperti itu. Haprak punya Faris! “Sengallah kau ni! Janji pukul berapa. Sekarang pukul berapa?”
“Relakslah. Lambat sepuluh minit je, kan?”
“Cakap dengan kau, satu pun tak boleh pakailah!” Marah aku padanya.
“Lady, cuba kau relaks. Yang nak marah-marah ni, kenapa?”
Faris, kalau aku marah. Mulalah dia panggil aku lady. Hanya Faris yang menggelarku seperti itu padahal aku tak adalah lady-like sangat pun.
Pernah aku tanya kenapa dia panggil aku lady, jawapannya, “You look like one. That’s why.”
Rabun agaknya mata dia.
“Kenapa aku marah? You should have known, Faris.”
“Okey, my lady. I’m sorry, ‘kay?  Aku terleka  main game tadi.”
“Apa hal nak jumpa aku sangat ni?”
“Aireen.”
"Kau suka Aireen sebab apa? Sebab dia lawa?"
Geleng.
"Dah tu?"
"Entah. Sebab aku suka."
"Aku, kau tak nak suka pulak."
"Kau lain, tak sama macam Aireen."
"Habis, apa beza Aireen dengan perempuan-perempuan sebelum ni?"
Faris terdiam. Lama.
"Entah. Suka aku pada Aireen... mungkin lain dari suka aku pada perempuan lain."
Aku bersandar pada kerusi, “Aku pun lain dari perempuan lain. Kenapa kau tak suka aku je?"
"Hah?" Faris tercengang, “Kau serius ke, perempuan?”
Aku ketawa, “You should have seen your face, bhai. Macam cicak, terkebil-kebil.”
“Kurang ajar!” Faris memeluk tubuh.
Merajuk. Tu satu perangai Faris yang aku rasa unik. Susah nak tengok lelaki merajuk tapi kalau dengan dia, selalu sangat.
“Kau merajuklah. Aku tak nak cerita pasal Aireen.”
Faris angkat kening, “Fine.”
“Apa yang kau nak tahu pasal dia?”
Faris ukir senyum, “Everything.”
Entah kenapa, bila Faris senyum macam tu, ada debaran lain macam dalam hati. Kenapa ye?

Usai pertemuan dengan Faris tadi, aku terus pulang ke hostel. Dalam perjalanan ke hostel, aku terserempak dengan Aireen yang baru keluar dari koperasi.
Betullah Aireen ni cantik. Mata dia sepet sikit, hidung dia terletak elok, bibir merah merekah, kulit putih melepak macam anak cina. Eh, lupa! Dia memang ada kacuk cina sikit. Ya Allah, kalau aku jadi lelaki, aku pun nak mengorat dia.
“Awak Dhiya, kan?” Tercengang aku bila ditegur Aireen.
Aku mengangguk, “Ye, saya.”
“Awak ketua aras, kan?”
Aku angguk lagi.
“Saya nak tanya. Kalau baju blok tu, saya tak beli tak apa ke?”
Alahai, lembutnya suara. Padanlah Faris suka dia, “Seelok-eloknya baik beli sebab nanti kita kan ada sukan antara blok.”
“Oh, macam tu.”
Aku senyum dan terus diam. Aku berjalan seiring dengan dia tapi dua-dua diam. Awkward silence.
“Erm...” Aireen bersuara tiba-tiba, “Tadi dekat kafe... awak bercakap dengan Faris, kan?”
Aku terus berpaling pada Aireen. Dia kenal Faris?! “Ye. Faris. Awak kenal dia?”
Geleng, “Saya tak kenal sangat dia tapi saya taulah dia budak Fizik. Macam mana awak boleh kenal dia, ye? Awakkan budak Hayat.”
“Dulu kami satu praktikum tapi dia tukar pergi Fizik sebab tu saya kenal dia.”
“Oh...” balasnya, “Dia bukan boyfriend awak?”
“Eh, tak! Tak adalah! Kami kawan je.”
Dia mengangguk. Aku terdengar dia menghela nafas, semacam lega.
“Boleh awak tolong saya, tak?”
Aku pandang Aireen, “Tolong apa?”
“Saya... nak kenal dengan Faris tu,” ujar dia tanpa memandang aku.
Terlopong kejap aku. Dia... nak kenal Faris? Like seriously? Senang kerja aku ini macam.
“InsyaAllah, boleh.”
Sampai di depan bilik masing-masing, Aireen tiba-tiba pegang tangan aku, “Terima kasih, Dhiya.”
“Terima kasih untuk apa?”
“Terima kasih sebab menjadi jalan untuk saya kenal dengan Faris.”
Aku mengangguk saja dan dia terus masuk ke dalam bilik. Aku pula rasa macam nak terduduk kat depan pintu. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?

Sebulan selepas itu, manusia di kiri dan kanan aku sentiasa bercerita tentang Aireen dan Faris. Ya, mereka sudah jadi buah mulut orang sekarang ini. Kawan-kawan praktikum aku semua bertanya tentang mereka berdua kerana mereka tahu aku rapat dengan Faris. Yang aku boleh jawab hanya dengan angkat bahu dan menggeleng, tanda tidak tahu.
Faris dan Aireen ibarat belangkas sekarang. Ke mana-mana, berdua. Nak pergi kelas pun berdua walaupun jadual lain-lain. Malam-malam, belajar sama-sama dekat library. Dulu, aku sering diajak Faris tapi tidak lagi sejak kehadiran Aireen.
“Kau pergi library hari ni?” Aku terdengar Mira bertanya pada Jija.
“Tak. Dhiya pergi kot.”
“Dhiya...”
“Ye?”
“Kau pergi library hari ni?”
Aku angkat bahu, “Tak tahu lagi. Kenapa?”
“Aku tak ada geng nak pergi library. Aku tak nak pergi sorang-sorang. Teman aku, please...”
Aku ukir sengih, “Kalau aku teman kau, kau nak bagi apa dekat aku?”
Mira mencebikkan bibir, “Tak cukup ke kasih sayang aku kat kau selama ni?”
Aku ketawa dengan jawapan Mira, “Yelah. Nak pergi pukul berapa?”
“Lepas Isyaklah. Sebelum balik tu, kita singgah D’Pongsu. Beli nugget sebekas dua.”
Aku angguk saja dengan cadangan Mira.
“Nak burger!” Jija bersuara tiba-tiba.
“Pergi library!” Serentak aku dan Mira menjawab dan kami terus ketawa.

“Dhiya, tu Faris kan?” Mira menuding jarinya pada orang di belakang aku.
Aku yang baru nak melabuhkan punggung di kerusi terus berpaling ke belakang, “Eh, betullah! Kejap. Aku nak pergi tegur dia.”
Mira angguk.
“Hoi!” Aku tarik kerusi lalu aku labuhkan punggung di depan Faris.
“Diamlah sikit! Ni library lah. Tak reti nak tegur elok-elok, ke?”
Tercengang kejap aku bila Faris tiba-tiba memarahi aku.
“Relakslah. Aku tegur pun salah.”
Dia pandang aku sekilas lalu terus menulis sesuatu di atas kertas kajang, “Kau nak apa ni?’
“Aku nak tegur kawan aku. Salah ke?”
“Tak salah tapi...”
“Tapi apa?”
“Tak manis orang tengok.”
“What?” Aku angkat kening. Pelik. Dulu kami lepak dekat kafe sama-sama, tak ada pulak dia nak cakap macam ni.
Faris diam.
“Tak manis orang tengok ke kau tak nak Aireen tengok kau lepak dengan aku?”
Terus dia angkat muka dari kertas itu.
“Kau ni memang jenis bila susah baru nak cari kawan, kan? Bila dah dapat apa kau nak, member pun kau lupa. Macam ni ke kawan?” Ujar aku pada dia. Marah? Ya, memang aku marah. Sejak dia rapat dengan Aireen. Dia bagai sudah terlupa kehadiran aku.
“Eh, Dhiya! Awak nak belajar dengan kami, ke?” Aireen tiba-tiba datang sewaktu aku masih mahu menghambur amarahku pada Faris.
“Tak apalah. Orang tak sudi saya duduk kat sini, have fun studying,” ujar aku sebelum berlalu. Terasa? Aku cukup terasa.
Aku labuhkan punggung di depan Mira.
“Kau kenapa? Macam panas semacam je.”
“Aku tak ada mood study. Aku tunggu kau kat D’ Pongsu, boleh?”
Mira angkat kening, “Kenapa?”
“Library panas!”
Mira mengangguk tanda faham, “Tak apalah macam tu. Kau tunggu kejap. Aku cari buku dulu. Dah jumpa buku yang aku nak, aku pergi kat kau, then kita balik bilik.”
Aku angguk dan terus berlalu dari situ. Sempat aku kerling meja yang dihuni Faris dan Aireen. Nyata Faris sedang memandang aku. Peduli apa aku! Kau ingat kau je tahu nak merajuk bagai?

Lewat malam itu, di kala kawan-kawan sebilikku enak dibuai lena, telefon bimbitku berbunyi. Nama di talian buat aku teragak-agak nak mengambil panggilan tersebut tetapi dek kerana bunyi ringtone terlampau kuat, panggilan itu aku ambil.
“Hello. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Dah tidur ke?”
“About to. Kau nak apa ni?” Soalan yang dia tanya pada aku di library tadi aku pulangkan balik kepada dia.
“Aku... nak mintak maaf dekat kau.”
“Okey. Aku maafkan. Dah? Aku nak tidur ni.”
“Kau tak ikhlas!” Ujar Faris di talian.
“Kau tau ke aku ikhlas ke tak ikhlas ke.”
“Aku dapat rasa.”
“Aku dah maafkan. Cukuplah kot.”
“Aku tahu kau terasa tadi,” Faris bersuara, perlahan.
“Jadi?”
“Esok aku belanja kau makan.”
“Tak nak!”
“Janganlah macam ni. Kau tak kesian dekat aku, ke?”
“Buat apa aku kesian dekat kau?”
“Kau ni janganlah keras sangat dengan aku.”
Aku mengeluh, “Kau dah kenapa sebenarnya?”
“Aku mintak maaf.”
Aku terdiam, “Kau janji dengan aku.”
“Apa?”
“Jangan buat aku macam tu lagi. Boleh? Jangan sebab kau dah ada awek cun, kau lupa kawan kau ni.”
“Aku janji. Aku takkan lupakan kau! Aku janji aku takkan buat macam tu lagi. Aku janji.”
Aku ketawa mendengar suaranya, “So... bila nak belanja aku?”
“Kata tak nak tadi.”
“Eh, suka hati akulah!”
“Esok, aku belanja koey teow tomyam, okey?”
“Deal!” Aku ketawa lagi, “Weh, okey ke kawan dengan Aireen tu?’
“Okey. Dia baik. Betullah. Aku suka dia.”
“Kau dah couple ke dengan dia?”
Faris ketawa, “Belum tapi kalau aku couple dengan dia. Kaulah orang pertama aku bagi tau.”
“Janji?”
“Janji!” Balas dia dan perbualan aku dengan Faris berlarutan sehingga pukul dua dan semuanya berkisarkan cerita dia dan Aireen.

Bersambung...

p/s: Bab pertama. Pendapat anda?

22 comments:

  1. alolo..teringat kmpp, d'pongsu..huhu

    ReplyDelete
  2. geram ngn faris, cmtu ke kwn?? sian dhiya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe...sabar2...tunggu bab seterusnya ya ;)

      Delete
  3. mcm best je kak najwa....hehe...apesal faris tu ,time susah je nk kawan...eeee..geramnyer!!!...sy dpt rasakan dhiya SUKA kt faris...hehe...nice try utk mini novel kali ni kak najwa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...hahaha...mungkinkah dhiya suka faris atau faris yang suka dhiya? yang mana agaknya? :) tunggu bab seterusnya :)

      Delete
  4. bab 2 plisss!!kahkah!
    bwu bce bab 1 da tau si dhiya ske faris.. :)
    btw nice story beb..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi amboi...sabaq sabaq..:D hujung minggu ja :D
      ye ke dhiya suka faris? memandai je kau :P
      thank you :)

      Delete
  5. Best.. tak sabar nak tunggu bab seterusnya. :)

    ReplyDelete
  6. adoilahhhh... x suka cite pendam perasaan cm gini..sbb sakit si heroin aku leh rasa.. heh.. mcmlah ada pengalaman... keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiiiiiiiiiiiiiiiii~~~
      pendam perasaan pedih ooo

      Delete
  7. he3...mmg best..lebih2 lg bila scene tu dkt KMPP..mmg dpt bygkanlah..he3..kak najwa sblm ni KMPP gak ke?
    -Nurul Fatin

    ReplyDelete
  8. Akak baru mula baca...best gak...

    ReplyDelete