Sunday, 5 May 2013

(Mini Novel) Jadi Milikku? (Bab 2)

“Aireen, saya tak fahamlah soalan ni. Complicated sangat,” aku yang sedang buat tutorial Kimia angkat muka. Soalan mana dia tak faham ni. Aku kerling buku tutorial Matematik yang dihulur pada Aireen. Biar betik dia ni! Soalan ni bukan dia ke ajar aku hari tu?
“Eh, soalan ni kan...” tak sempat aku nak bersuara, kaki aku ditendang di bawah meja. Aku angkat kening pada Faris. Faris buat muka pada aku.
‘Taktik mengorat basilah!’ Mata aku cerunkan pada Faris.
‘Ah, sibuk je kau! Ni cara aku, tau?’ Faris berpeluk tubuh memandang aku.
Aku jungkit kening, ‘Cara kau ni lapuk tau! Corny!’
“Eh, kenapa dengan awak dua? Macam tengah lawan pandang je.”
Terpempan aku kejap ditegur Aireen. Aku pandang Faris, dia pun dah tersengih-sengih.

“Dah tahu cara jalan penyelesaian dia?” Faris ukir senyum.
Aireen mengangguk, dengan senyuman manis, “Ada upah tak kalau saya ajar awak?”
Faris ketawa, “Ada. Gula-gula HACKS.”
Aireen turut ketawa, “Deal!”
Aku tunduk kembali membuat tutorial Kimia. Aku dah kenapa? Kenapa hati aku ni rasa semacam tak senang bila dia orang bersembang macam tu?  Kenapa aku rasa macam sedikit sedih bila Faris tak pedulikan aku?
“Lady!” Tersentak aku bila tangan Faris tergawang-gawang di depan aku.
“Kau kenapa?” Aku bertanya.
“Kau termenung kenapa? Kertas kau dah berconteng bagai. Kau tengah bercinta ke apa?”
“Mangailah kau! Bila masa aku bercinta? Aku teringat mama akulah.”
Faris ukir sengih, “Esok aku dengan Aireen nak outing. Kau nak join ke?”
Baru nak jawab, telefon bimbit atas meja berbunyi. Aku tengok inbox. Aik, nama Faris!
‘You better say no. Bagi aku peluang dating dengan Aireen, berdua. Tak ada kau.”
Oh, ini sebabnya kau hantar mesej kat aku. Aku ukir sengih jahat, “Okey jugak tu. Banyak barang aku dah habis.”
“Okey. Esok kita turun sam-sama, tau?” Ujar Aireen, gembira.
Faris mencerun pada aku.
Aku ukir sengih kemenangan. Kau ingat aku nak biar je kau dengan Aireen keluar berdua?


“Kau tengah buat apa ni, Dhiya? Habis bersepah baju semua.”
Aku tergaru-garu kepala ditegur Mira. Baju kemeja, blaus, t-shirt, bersepah di atas katil.
“Dah tersampuk apa kau ni? Aku tanya tak berjawab. Terkebil-kebil. Kau kenapa?”
“Baju mana nampak cantik dengan aku?”
“Hah?”
Aku serius ni.”
Mira mendekati aku. Dahi aku dipegang, “Nak kata demam, tak demam. Sejak bila kau kisah cantik tak cantik ni?”
Aku jungkit bahu.
“Kau nak pergi mana?” Jija dah masuk campur.
Aku garu kepala lagi, “Er...” Wajah dua orang rakan sebilik kesayangan aku, aku tenung, “Outing.”
“Outing? Dengan siapa?”
Sekali lagi aku tergaru-garu. Rambut aku yang pendek mencecah leher itu terasa sangat serabut, “Faris.”
“What?”
“Dengan Aireen jugak.”
“What?!” Kali jeritan mereka lebih kuat dari tadi. Gila ke apa?
“Kenapa korang ni?”
“Kau tu! Kau nak keluar dengan Faris je pun, tapi kau nak pakai cantik-cantik? Like seriously?”
“Salah ke?”
Mira dan Jija serentak menggeleng.
“Dah tu?”
“It just... weird. Sebab ada Aireen ke?”
Aku angkat bahu, “Entah. Korang tahu kan, these past few weeks, kami bertiga dah jadi kamcing gila? Tapi...”
“Tapi?”
Aku tengok baju yang bersepah lalu aku mengeluh, “I wish Faris will noticed me back.”
“Maksud?”
“Entah. Aku rasa aku dah kurang diberi perhatian oleh Faris kot.”
“Dhiya, kau suka Faris ke?”
Soalan Jija buat aku laju menggeleng, “Tak. Aku just... rindu kami yang dulu.”
Jija duduk di sebelah aku, “Kau rindu waktu korang berdua tanpa Aireen?”
Aku ukir senyum tawar lalu mengangguk, “Jahat kan, aku? Padahal Aireen tu baik je.”
“Kau tak jahatlah. Kau just...” Jija diam sekejap seolah-olah berfikir, “Kau just rindu kawan baik kau.”
Aku terdiam. Tiba-tiba Mira mencapai sehelai baju kemeja kotak-kotak merah hitam kepada aku, “Pakai ni. Kau nampak cantik pakai baju ni.”
Aku ukir senyum lalu aku mengangguk. Baju kegemaran aku. Pemberian arwah tok baba.

“Kemeja ni lagi? Kau tak ada baju lain ke?” Faris angkat kening.
“Lu tak puas hati apa?” Aku buat muka.
“Cantik apa Dhiya pakai macam ni,” Aireen mencelah.
“Cantik? Takkan pernah ada terma cantik dalam hidup Dhiya,” Faris menjelir lidah pada aku.
Cinabeng punya member! “Kau tak puas hati apa dengan aku? Menyampah cakap dengan kau. Jom Aireen, kita jalan dua.”
Aireen ketawa, “Jom.”
Aku jalan beriringan dengan Aireen dan kami tinggalkan Faris di belakang.
“Dhiya...”
“Ye?”
“Awak cantik.”
Aku ukir senyum pada Aireen. Malu aku bila dia yang cantik puji aku yang biasa-biasa ni cantik.
“Biasa je, Reen. Tak secantik awak.”
“Kecantikan luaran tak kekal, kecantikan dalam tu yang harus kita pentingkan.”
Aku angguk, “Betul. Saya setuju!”
“Setuju apa ni?” Entah bila Faris dah berjalan di sebelah aku.
“Hal orang perempuan. Kau tak boleh tahu!”
“Kau perempuan ke? Perangai serupa jantan, nasib kau pakai tudung je kalau tak, aku ragu-ragu dengan jantina kau.”
Terdiam aku dengan ayat sinis Faris. Taulah aku ni kasar tapi janganlah ikut sedap mulut je nak cakap.
“Faris...” Aireen menegur Faris bila sedar mukaku berubah.
Faris angkat kening pandang aku, “Kau sentap ke?”
Seolah-olah dirancang, telefon bimbitku berbunyi. Segera aku capai telefon bimbit itu dari poket seluar. Mama!
“Reen, kejap. Mama saya call,” dan aku terus tinggalkan mereka berdua.
“Hello. Fira?”
“Ye, ma. Fira cakap ni.”
“Fira cuti bila?”
“Ala, Fira tak ingatlah ma. Nanti Fira confirmkan balik.”
Aku dengar mama mengeluh, “Dah confirm nanti, jangan lupa bagitau mama.”
“Okey, bosh!” Aku angkat tabik seolah-olah mama di depanku. “Assalamualaikum, ma.”
Dan terus aku matikan talian.
“Dah?”
Aku mengangguk.
“Kenapa? Ada hal penting ke?” Aireen bertanya lagi.
“Tak ada apa. Mama saya nak confirmkan balik cuti.”
“Sebab?”
Aku ukir senyum, “Along saya nak kahwin.”

Sepanjang kami di Jusco, sepatah kata tak keluar dari mulut aku. Terasa berat mulut nak bercakap. Apatah lagi bila Faris dan Aireen berjalan beriringan di depan manakala aku di belakang. Aku rasa keputusan aku ikut dia orang ni outing, salah sama sekali.
“Zhafira!”
Aku dengar sayup-sayup nama aku dipanggil tapi Zhafira ni selalunya keluarga je panggil aku. Bukan aku kot.
“Zhafira! Dhiya Zhafira!”
Serentak aku menoleh ke belakang. Aku tergamam dengan apa yang aku nampak. Better aku blah sekarang. Cepat-cepat aku berpaling ke depan dan terus aku melangkah laju. Kenapa kau pusing tadi, Dhiya?!
“Eh, Lady! Kau laju ni nak pergi mana?” Tak sempat nak lari, beg sandang aku ditarik Faris.
“Let go, Faris! Kita cakap nanti je!”
“Zhafira!” Ah, suara tu dah makin dekat.
“Lepaslah, Faris! Please,” aku rasa nak menitik dah air mata aku ni. Ni kali pertama aku rasa nak menangis.
“Kau kenapa ni?” Faris nampak tercengang. Aireen pun dah nampak keliru.
“Aku just...”
“Zhafira!”
Pegangan tangan Faris pada beg aku terlepas.
Aku raup muka. I can do this! I can do this! Air mata yang ada di tubir mata aku kesat.
“Amir,” aku ukir senyum tanpa perisa.
“Zhafira,” bibir itu terukir senyum. Senyuman yang tak nak aku tengok. Senyuman yang dah lupus dari memori aku.

“Amir, kau serius ke dengan Fira tu?”
Aku yang baru nak buat rondaan di kawasan kelas, terus terhenti langkahku.
“Fira who?”
“Zhafira. Budak tingkatan empat yang baru kau ayat tu.”
Aku dengar suara orang ketawa dari kelas 5 Aurum, “C’mon. Kau ingat aku kebulur ke budak mentah macam dia. Lyn, aku nak campak mana?”
“Habis, kenapa kau ayat dia?”
“Saja, nak tambah koleksi,” selamba jawapan itu keluar dari mulut dia. Jawapan yang selamba itu memberi kesakitan yang amat sangat dalam hati aku.
“Waktu rehat tak boleh duduk dalam kelas,” entah dari mana aku dapat kekuatan untuk menunjukkan diri aku pada mereka semua di dalam kelas.
“Zhafira!” Puntung rokok yang ada di tangannya dibuang ke lantai lalu dipijak.
Aku ukir senyum sinis, “Awak semua ikut saya ke bilik Puan Jamaliah.”
“Apa ni, Fira?”
“Saya pengawas. Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai pengawas. Saya tak kisah kalau awak nak mainkan saya tapi saya terkilan, ketua pengawas sendiri hisap rokok. Memalukan!”
“Kau!”
“Ikut saya!”
“Apa kecoh-kecoh ni?” Baru Amir nak buka mulut, Puan Jamilah, guru disiplin di sekolah aku tiba-tiba muncul.
“Dhiya Zhafira. Amir Ayyad! Ada apa ni?”
“Cikgu...” aku pandang Amir, tak lepas, “Saya tangkap Amir Ayyad merokok di dalam kelas ni.”
“Awak ada bukti?”
“Kotak rokok yang atas meja itu buktinya.”
“Amir Ayyad! Ikut saya! Yang lain-lain jugak! Sekarang!”
Sewaktu dia melintasi aku, aku dengar suaranya berbisik, “Kau akan terima balasan, Dhiya Zhafira!”
Sebaik sahaja, bayangnya hilang. Terus aku jatuh terduduk. Air mata mengalir laju. Kali pertama jatuh suka pada orang. Kali pertama juga hati ini sakit terluka.

“Awak sihat?”
Soalan dia yang tiba-tiba buat kenangan lalu hilang serta merta.
“Macam nilah.”
Dia buang pandang ke luar, aku pula tunduk merenung jari. Sejak kejadian itu, aku dipulau kawan-kawan sekolah sehingga aku terpaksa menukar sekolah. Pengaruh Amir Ayyad begitu besar, sehingga kesalahannya tiada siapa yang nampak.
“Lepas kejadian hari tu, awak...”
“Saya tukar sekolah.”
Amir mengangguk.
“Saya dah terima balasan yang macam awak cakap.”
“Awak belajar kat mana sekarang?”
“Matrik.”
“Penang?”
“Saya ada dalam negeri lain ke?”
Amir ukir senyum, “Awak tak nak tanya saya belajar kat mana?”
“It’s either USM or UiTM, am I right?”
Perlahan dia mengangguk, “Tadi kenapa awak lari?”
“Bila?”
“Tadi. Macam tak cukup tanah lari dari saya.”
“Sebab saya tak nak jumpa dengan awak.”
“Sebab?”
Aku pandang dia, “Seriously you want to know?”
Dia mengangguk.
“Sebab saya tak nak jumpa manusia yang buat saya trauma nak berkawan dengan lelaki.”
Terpempan Amir dengan kenyataan aku, “Maksud awak?”
“Awak boleh fikir sendiri. I have to go. Kawan saya dah tunggu.”
“Awak kata awak dah trauma kawan dengan lelaki tapi kenapa lelaki tu...”
“Dia satu-satunya manusia yang buat saya nak berkawan dengan kaum Adam. Dia satu-satunya manusia yang berjaya tarik saya keluar dari kepompong saya,” dan aku terus berlalu, meninggalkan dia.
Aku berjalan mendekati Faris dan Aireen yang sedang menunggu aku sedari tadi.
“Jom tengok wayang,” senyuman aku ukir semanis mungkin.
Aireen mengangguk, “Jom.”
“Kau okey tak?” Faris bertanya, nadanya risau.
“Jangan tanya, please. Kita tengok wayang, please.”
Faris mengangguk walaupun dia seperti tidak berpuas hati. Nanti ada masa aku cerita, kawan.

Bersambung...

p/s: Doakan tangan saya kembali baik macam dulu, ye? T.T

13 comments:

  1. terbaik.. :D Ohh, syafakillah.. :)

    ReplyDelete
  2. best! :D

    -athirah-

    ReplyDelete
  3. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete
  4. ouh! kenapalah penulis yang sorang ni suka sangat buat ayat2 yang sweet mcm ni Y__Y hatiku dah cair~~~
    lagi sweet dari gula2 kapas warna pink! :-p

    ReplyDelete
  5. amir sudah muncul... boleh jadi faris rasa tergugat... x gituu.. tp sy suka sbb watak orang ketiga si aireen tu x gedik2,... almaklum, bukan semua watak ketiga tu gedik hokehh.. kadang, lbih baik dari watak utama.. (rasa mcm komen x de kene mengena dgan alkisah.. wakakka)

    ReplyDelete
  6. best gila serious..... nsib baik aireen to bkn jenis gedik thp kelapan... :D

    ReplyDelete
  7. rasa sedih pulak baca part amir tu....

    ReplyDelete