Tuesday, 11 June 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (Bab 3)

Skrin besar di dalam panggung wayang terpampang filem I’m Not Single namun fikiran aku bukan di situ. Mata aku juga bukan di situ. Kedua-dua belah tangan di atas ribaku, aku genggam erat. Rasa itu sudah tidak bertanda namun pertemuan aku dengan Amir Ayyad buat diri ini tidak keruan. Air mata menitis di pipi, tidak aku kesat. Kala penonton-penonton lain tersenyum-senyum sendirian, aku tenggelam dengan tangisan aku sendiri.
“Lady, kenapa ni?” Perlahan soalan itu keluar dari bibir Faris.
Sungguh aku terlupa yang duduk di tengah-tengah antara Aireen dan Faris.
“Shush... focus,” balas aku, perlahan.
“How can I focus when you are crying like this?”
Entah kenapa, ada rasa lain yang bertamu saat suaranya menyapa telinga. Lembut dan mendamaikan. Inikan Faris Irfhan yang aku kenali?
“Jom keluar dari sini,” suara Aireen pula menyapa telinga aku.
Aku menggeleng, “Nak tengok cerita ni. Farid Kamil yang berlakon.”
“Since when kau minat Farid Kamil?”
Hampir ketawa aku mendengar soalan Faris. Betul jugak katanya. Sejak bila aku minat Farid Kamil?
“You need fresh air,” Aireen berbisik padaku.
“You know what, you guys were meant to be together,” bisik aku kembali kepadanya.
“Let just get moving,” Faris bersuara pula.



Aku dan Aireen berjalan menuju ke arah Faris yang sedang elok berdiri dengan telefon di tangan. Keluar saja dari panggung wayang tadi, kami terus ke surau untuk menjalankan kewajipan sebagai Muslim.
“Dah lama tunggu?” Aireen menegur Faris.
Rambut Faris yang sedikit basah buat aku rasa berdebar tiba-tiba. Wajah itu tampak berseri, bagai ada cahaya di situ. Kenapa agaknya?
“Baru je keluar,” Faris tersenyum dan dia terus memandang aku, “Kau dah okey, Lady?”
“Better,” balas aku. Sungguh, lepas aku mengerjakan solat tadi, jiwaku lebih tenang. Lebih tenteram.
“Makan jom.”
Aku mengangguk.
“Aireen, do you mind? Saya nak berjalan berdua dengan Dhiya kejap.”
Aireen senyum lalu mengangguk, “Okey.”
“Apa kau ni? Kenapa suruh Aireen jalan sorang-sorang? Macam mana nak mengorat dia kalau macam ni? Melepaskan peluang betullah!” Bebel aku pada Faris saat Aireen sudah ke depan.
“Kau kenapa?”
“Hah?”
“Kenapa kau menangis dalam panggung wayang tadi?”
“Nak kena jawab ke?”
“Kau dah cakap nak cerita.”
“Tapi aku tak cakap hari ni.”
Faris mengeluh, “Lady, spill. You won’t be okay selagi kau tak luahkan apa yang dalam hati kau.”
Aku pandang dia, “Jangan merungut. Jangan mencelah. Okey?”
Dia senyum lalu mengangguk, “Okey!”
Lalu aku bercerita, dari awal sampai akhir. Semuanya aku cerita, tak tinggal hatta satu pun.
“Sebab tu... kau tak berkawan sangat dengan lelaki?”
Aku mengangguk.
“Tapi dengan aku... kau boleh je nak berkawan?”
“Mungkin sebab...” aku diam, memikir sebelum aku kembali bersuara, “Kau orang first yang aku kenal waktu aku jejak kaki kat sini dan kau selalu mengekor aku waktu orientasi.”
Faris ketawa, “Bukan sengaja nak mengekor tapi aku nak buat macam mana, setiap kali ada LDK, mesti aku group dengan kau. Aktiviti apa pun dengan kau. Sampai aku dah terbiasa dengan adanya kau.”
Kecebuk! Hati aku dah jatuh bergolek-golek. Ayat Faris, ‘Aku dah terbiasa dengan adanya kau’ buat hati aku berlari laju-laju.
“Eleh, habis matrik tak ada dah aku nak sekali dengan kau.”
“Oh no! Kalau kita lain universiti sekalipun, aku akan pastikan tiap-tiap hari kita berhubung.”
“Ceh, marah girlfriend kau nanti.”
“Tak adanya. Dia kenalah faham. Aku kenal kau dulu sebelum aku kenal dia.”
“Siapa dia?” Aku jungkit kening.
“Aireen.”
“Kau ingat Aireen nak kat kau?”
Faris ketawa, “Hello... ni Farislah. Kalau dia tak nak kat aku pun, kau kan ada?”
Zup! Aku rasa macam pipi aku kena cium. Ah, sudah! Kenapa aku rasa macam nak malu-malu ni? “Apahal aku pulak?”
“Sebab kau je yang faham aku luar dan dalam kot.”
“Seluar dalam?” Aku cuba berloyar buruk.
“Tak senonohlah kau!”
“Eleh!” Aku buat muka lalu terus menonong ke depan.
 “Dhiya...”
Aku berpaling kepada Faris, “Kenapa?”
“Takkan ada dah orang yang akan lukakan hati kau. Aku kan ada. Aku akan lindungi kau.”
Aku terpempan. Kata-kata Faris itu, membuat aku berdebar tiba-tiba namun tidak aku tunjukkan kegugupan aku di depan dia. Aku ukir senyum lalu mengangguk, “Aku tahu, Faris. Aku tahu.”


Aku merenung siling. Tangan melekap elok di dahi. Entah kenapa, sejak balik dari outing hati ini macam dah tak betul. Minda aku pun dah macam tak betul. Aku tak tahu kenapa ada Faris dalam fikiran aku dan aku tak tahu kenapa setiap kali aku teringatkan Faris, hati ini berdebar.
Telefon bimbit di sebelah bantal aku capai. Nombor along aku dail.
“Assalamualaikum,” salam aku beri saat panggilanku berjawab.
“Waalaikumsalam. Fira? Kenapa tak tidur lagi ni? Dah lewat kan?”
“Along ni. Macam popcorn je cakap. Pop! Pop! Pop!”
Along ketawa di talian, “Eh, along dari dulu macam ni.”
“Yelah,” aku tersenyum, “Along busy ke?”
“Tak adalah busy pun. Kenapa?”
“Along...”
“Apa?”
“Suka tu apa? Cinta tu macam mana?”
“Hah? Apa ni, dik?”
“Betullah Fira tanya ni.”
“Suka tu... erm... along tak tahulah nak describe.”
“Cinta?”
“Cinta tu...” along mengeluh di talian, “Sungguh along tak reti nak cakap macam mana.”
“Macam mana along tahu yang Kak Iera tu the one?”
Aku dengar along ketawa, “Along rasa tenang dengan kak Iera. Dia terima along seadanya dan dalam hati along, ada rasa cinta untuk dia.”
“Cheesy!”
“Apa cheesy? Along serius ni.”
“Kiranya along kalau dengan kak Iera tak berdebar-debarlah?”
“Eh, bila along kata tenang tak bermaksud along tak berdebar-debar. Debaran tu tetap ada, terutamanya bila dia senyum.”
Aku pejam mata mendengar kata-kata Along, debaran itu memang ada bila Faris tersenyum.
“Lain?”
“Lain? Hmm...” along diam seketika sebelum menyambung, “Along rasa lengkap bila dia ada di sisi along. Dia faham along luar dan dalam. Along suka dengar dia bercerita. Ketawa dia pun merdu je.”
Aku terdiam. Itu ke yang aku rasa sekarang? Teringat aku kembali pada perbualan aku dengan Aireen waktu kami di dalam bas tadi.
"Aireen, awak suka Faris?"
Aireen tersipu-sipu dengan pertanyaanku, "Entah. Mungkin."
"Apa pasal Faris yang awak suka?"
"Sikap dia yang mengambil berat, yang penyayang..."
"Senyuman dia yang manis, tawa dia yang merdu..." tanpa sedar, aku menyambung jawapan Aireen. Tanpa aku sedar, aku memuji Faris dan mungkin tanpa aku sedar, aku sudah terjatuh suka pada Faris.
“Awak suka Faris, ke?” Aireen pandang aku tak berkelip.
Seolah-olah baru tersedar dari mimpi aku menggeleng, “Saya sambung je. Tak ada maknanya saya suka dia.”
“Dia baik, kan?” Aireen bertanya pada aku.
Dan aku mengangguk. Ya, Faris memang baik. Faris yang sedang berdiri di dalam bas seolah-olah tersedar aku sedang memandangnya.
Dia jungkit kening pada aku lalu aku hadiahkan dia senyuman dan dia membalas dengan kenyitan mata.
“Zhafira!” Suara along mematikan lamunan aku.
“Eh, sorry along! Fira tertidur.”
“Hish, penat along bercerita. Dahlah. Pergi tidur.”
“Okey along. Sorry tau. Assalamualaikum,” dan selepas salamku berjawab, aku matikan talian.
Nyata, dada ini masih berdebar memikirkan dia, kenyitan matanya, senyuman manisnya. Mungkin betul yang aku dah jatuh SUKA pada dia!


“Kenapa macam tak cukup tidur ni?” Jihan menyiku aku.
Aku gosok mata yang terasa kelat, “Aku mengantuk.”
“Kenapa?”
“Insomnia.”
“Insomnia kenapa?” Shikin mencelah.
Aku ukir sengih, “Terkenang si dia jantung hati.”
“Hah?” Shikin dan Jihan menjerit serentak.
“Kau ada boyfriend, eh?”
“Kau minat siapa ni?”
Aku geleng kepala sambil ketawa, “Aku main-main jelah. Don’t take it seriously, guys.”
“Kau ni, Dhiya!” Shikin menyiku aku.
Aku sengih angkat kening.
“Dhiya.”
“Yup?”
“Nak tanya boleh?”
Aku yang sedang melukis struktur benzene mengangguk tanpa mengangkat muka.
“Faris sekarang dengan Aireen, ye?”
Pap! Mata pensel mekanikal aku patah tiba-tiba. Terkejut ke? Mau tak terkejut, tiba-tiba bagi soalan macam tu.
“Hoi, jawablah! Kau diam kenapa?”
Aku ukir sengih tawar sambil menekan pensel mekanikal aku, “Kau tanyalah dia sendiri. Buat apa tanya aku?”
“Kau kan rapat dengan dia. Kawan baik kau sejak minggu orientasi, kan?”
Aku angkat bahu, “Hubungan dia aku tak campurlah. Kawan atas nama kawan, ada batasnya.”
“Aku ingatkan dulu kau dengan dia. Kira aku salahlah ni,” Jihan menggeleng kepala lalu tunduk membaca nota.
Aku terpempan dengan pernyataan Jihan. Kalaulah aku memang dengan dia...

Aku memeriksa planner di tangan. Mencari tarikh Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi II (PSPM II). Aku mencongak hari-hari yang masih ada untuk aku bersama teman-teman di sini. Hmm, ada lagi tiga minggu untuk aku menghabiskan masa dengan Faris.
“My lady?”
Pap! Planner aku tutup, dan terus aku angkat muka memandang si lelaki yang lengkap berkemeja hitam dan bertali leher ungu. Lengan kemejanya sudah disinting sampai ke siku.
“Kau ni apahal muka macam kambing baru lepas beranak ni?” Soal aku pada dia. Peluh yang merenik di dahinya buat aku rasa… hmm... semacam. Rasa macam nak tolong lapkan peluh yang meleleh tu dengan tisu yang ada di atas meja ni.
“Panas. Aku baru lepas lari dari hostel ni.”
“Ada kelas ke?”
“Dah habis.”
“Dah tu, apa yang kau buat dekat kafe D ni?”
Dia ukir sengih, “Faham sendirilah!”
Nak jumpa Aireenlah tu.
“Kau buat apa dekat sini?”
“Dating.”
“Dengan siapa?” Dia menoleh ke kiri ke kanan.
“Ni,” mataku aku arahkan pada buku tutorial Kimia.
“Heh, you should find a boyfriend you know.”
“Heh, you should mind your own business la mister.”
“Heh, you should at least say thanks for my advised.”
“Hai!” Suara Aireen yang menampar cuping telinga buat aku matikan kata-kata.
“Hai! Duduklah.”
“Hai, Dhiya. Boleh saya duduk?”
Aku senyum, “Duduklah. Tak ada nama saya pun, Aireen.”
Dia mengangguk, “Awak, saya dah isi borang USM. Awak?”
Aku pura-pura menunduk, membaca nota walhal telingaku cekap menangkap setiap butir bicara mereka.
“Dah. UPU, awak dah isi?”
“Dah. Saya mintak UM sebagai first choice. Awak?”
“Samalah, sayang.”
Sayang? Aku salah dengar ke apa ni?
“Janganlah panggil sayang kat sini. Dhiya dengar.”
Aku dengan Faris ketawa. Gembira saja bunyi tawanya. Mungkinkah mereka sudah...
“Aku nak balik bilik dah!” Aku angkat muka. Tak sanggup rasanya dengar mereka berbual mesra.
“Ha, baliklah!” Faris mengangguk.
Aireen yang nampak terkejut, “Eh, kenapa nak balik awal sangat?”
“Nak basuh baju. Dah penuh baldi. Jangan dating lama-lama sangat. Tak manis,” ujar aku bersahaja dan terus berlalu. Tahan Dhiya. Tahan… jangan menangis!

Bersambung....

p/s: I don't like Faris :(



9 comments:

  1. oh mai..payahnya bila hati tiba2 dah jatuh tergolek-golek..lg2 dgn someone yg kita raoat tapi mcm nak mustahil saja bila org tu sukakan org lain..
    firtstime baca..sya akan follow cerita ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi follow...cerita yang selalu kena dekat org sekeliling, tiba2 terfikir nak buat mini novel :)

      Delete
  2. kak najwa nk lg,plzz...!..hehe..dhiya nk kt faris ea...agk2 faris nk X kt dhiya?kak najwa,bt la diaorang suka sme suka...X nk dgn aireen tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sambung sayang...pi tengok pi....faris nak kat aireen la...:(

      Delete
  3. hmmm... sadis je jadi dhiya... adoiii.. hope aireen mengerti dan surrender.. heh,,, sesuka hati aku bg cadangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...aireen...dia baik kot...haih

      Delete
  4. Blogger! Jom join ni.. hadiah RM800 menanti anda!

    http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/05/1st-big-giveaway-diari-sedetik-lebih.html

    ReplyDelete
  5. saya pun tak suka Faris.. haish!

    ReplyDelete
  6. sedih ..... tpi don't worry nnti msti akn ad laki yg baik utk Dhiya :'(

    ReplyDelete