Monday 13 August 2012

Dia Imamku (Bab 5)

Aku mencuri pandang Naufal yang sedang membakar lemang di perkarangan rumah Tok Man. Bekas yang berisi ketupat daun palas aku pegang kemas. Minda aku masih memikirkan tentang perkara yang tidak dapat Naufal lupakan tapi aku masih tidak ingat. Aku ni pernah terhantuk kat bucu tangga ke? Kenapa susah sangat aku nak ingat?
“Insyirah, teruknya memikir. Fikir apa ni?”
Terkejut aku disergah Mak Su Elia. Aku senyum, “Tak fikir apa pun.”
“Mak su, Insyirah nak bagi...”
“Insyirah bagi kat Naufal ye? Mak su nak ke pekan kejap.”
Aku tercengang bila Mak Su Elia berlalu. Mak su ni memang spesies kalut ke apa?
“Awak tengok apa?”
Aku pandang orang yang bersuara itu. Tak lain tak bukan bakal imam akulah, “Tengok mak su.”
Naufal angguk, dia tak tengok aku pun. Dia lagi suka tengok pokok rambutan yang ada di laman rumah Tok Man. Aku pun ikut tengok pokok rambutan itu. Dulu, dekat pangkin bawah pokok rambutan tulah aku curi-curi cium dahi Naufal waktu dia tidur kerana demam. Gatal gila aku kecik-kecik dulu. Hehe...
Wait a minute! Curi-curi cium? Aku cium Naufal dekat dahi! Itu ke maksud Naufal sebenarnya? Tapi dia tidur waktu tu. Bukan kot.

Aku pandang Naufal. Aku renung dahi dia. Dahi yang pernah aku cium waktu aku kecik dulu.
Tiba-tiba Naufal pandang aku. Mata dia menikam mata aku. Kening dia terjungkit sikit seolah-olah dia sedang bertanya pada aku.
“Nah,” dengan kalut aku hulurkan bekas berisi ketupat palas.
“Awak ni kenapa?” Huluran aku dia ambil.
Aku geleng. Aku nak balik. Memori dulu datang menerpa. Tak tertahan. Aku nak balik! “Orang
balik dulu.”
“Insyirah.”
Aku berhenti dari melangkah tetapi aku tidak berpaling ke belakang.
“Esok raya pertama, awak faham kan maksud orang?”
Aku angguk.
“Orang harap awak tak kecewakan Tok Man, ibu dan... orang.”
Terkejut aku dengan ayatnya. Aku berpaling ke belakang tetapi dia sudah berlalu. Aku pegang dada, mengharapkan debaran yang menggila tiba-tiba reda seketika supaya aku dapat bernafas dengan normal sekali lagi.
Mama, mungkinkah Nur Insyirah ini sudah terjatuh hati pada Muhammad Naufal itu?

Malam itu suasana di rumah agak meriah. Aku tengok saja mama dan opah yang tengah menyiapkan juadah untuk esok. Fikirkan tentang esok, aku berdebar. Aku masih buntu. Minda aku masih celaru. Jawapan apa yang harus aku berikan esok?
“Angah, sini kejap.”
Aku berjalan mendekati along yang sedang menjahit.
“Along buat apa ni?”
“Tengah betulkan baju ni.”
“Aik, baju raya tak pakai lagi dah kena perbetul?”
“Ni bukan baju rayalah, Insyirah tapi ni baju nikah mama dulu.”
Aku garu kepala, pelik. “Buat apa nak perbetulkan baju nikah mama ni?”
“Untuk angahlah.”
“La, buat apa?”
Aku nampak along menggeleng, “Ni untuk majlis akad nikah angah dengan Naufal.”
Terkejut aku dengan kata-kata along, “Tapi angah tak cakap lagi angah nak kahwin ke tak dengan Naufal tu.”
Serentak, tiga pasang mata merenung aku. Opah, mama dan along.
“Angah cakap apa?” Mama dah mendekati aku. “Hari tu kan angah dah setuju.”
Aku hela nafas, “Memang angah setuju dulu tapi tu sebelum angah kenal Naufal. Angah tengok Naufal macam tak nak je kahwin dengan angah. Macam terpaksa. Angah tak nak macam tu. Angah nak dia terima angah dengan kerelaan.”
Mama mengeluh, “Angah, mama tak tahu nak cakap macam mana dekat angah tapi mama nak angah tahu yang Naufal betul-betul nak kahwin dengan angah. Bukan kerana terpaksa.”
“Mana mama tahu?”
“Angah kena tanya Naufal sendiri. Dia ada jawapannya.”
Dan jawapan mama itu buat aku termangu sendiri. Arghh!!! Makin serabut otak aku.
“Insyirah, keputusan di tangan kamu. Opah tak akan memaksa kamu terima Naufal kalau kamu tak mahu.”
Aku diam. Kata-kata opah kedengaran begitu sedih. Opah mungkin tak memaksa tapi opah mungkin akan kecewa.
Aku pandang along. Along buat tidak tahu. Aku pandang mama, mama buat tak kisah dan aku pandang opah, dan aku nampak senyuman terukir di bibir opah. Aku balas senyuman opah.
Mungkin aku patut tolak pinangan keluarga Naufal esok?

“Insyirah.”
Aku pandang suara yang memanggil aku itu dan spontan, bibir terukir senyum.
“Demam lagi ke?”
Aku geleng.
“Dah mandi?”
Aku geleng lagi.
“Kenapa ni? Lapar?”
Geleng.
“Kenapa ni, awak?” Dia datang dekat aku lalu dia peluk bahu aku.
Aku lentokkan kepala di atas bahunya, “Orang rindu awaklah.”
“Manjanya isteri orang ni.”
“Biarlah.”
Aku dengar dia ketawa, “Ye, orang biarlah ni.”
“Insyirah.”
“Ye?”
“Orang sayang awak, tahu?”
Aku senyum dan aku angguk, “Sayang awak jugak, Muhammad Naufal.”
“Dah, bangun. Pergi mandi.”
Aku geleng tanda tidak mahu.
“Insyirah.”
Geleng.
“Angah, bangunlah!”
Aku buka mata. Aku pandang along yang merenung aku pelik, “Angah bangunlah ni.”
“Angah, angah sedar tak tadi angah cakap apa?”
Aku geleng. Mana aku sedar. Dah nama pun aku tidur tapi tadi aku sedar aku mimpi Naufal.
“Angah cakap angah sayang Naufal.”
Dan aku yang baru nak melipat selimut berpaling maut pada along. Oh no!

Aku menunduk saja ketika kami sekeluarga berjalan ke surau untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Along tak habis-habis menggiat aku pasal pagi tadi tapi aku buat tak layan. Pagi ni, bergema suara takbir di setiap ceruk kampung ini. Pagi 1 Syawal di rumah opah meriah dengan jeritan sepupu-sepupuku yang kecil. Ada yang menjerit lapar, ada yang menjerit sejuk sebab mandi awal pagi. Ada juga yang menjerit sebab tak jumpa sikat. Bermacam ragam.
Tiba-tiba aku terasa disiku oleh Yana. Aku memandangnya dengan kening terjungkit sebelah. Bibir Yana terukir senyum nakal. Dia menunjuk ke suatu arah. Aku melihat ke arah yang ditunjuk oleh Yana. Aku terkaku, si masam-masam kelat sedang memandang aku dari jauh.
“Handsome-nya bakal suami kau. Kalau kau tak nak kahwin dengan dia, pass dekat aku.”
Aku angkat kening pada Yana. Tak tahu kenapa, aku agak marah dengan kata-kata Yana walaupun aku tahu dia main-main saja.
“Kenapa muka kau cemberut sangat ni? Aku gurau je, wei.”
Aku ukir senyum sumbing, “Kalau kau nak sangat dia, kau ambiklah. Aku tak nak.”
Aku tak tahu kenapa aku cakap macam tu. Mungkin nak tunjuk pada Yana yang aku tak kisah kalau aku tak kahwin dengan Naufal tapi... kenapa hati aku sakit sangat ni?
Yana yang tadi becok bersuara diam membisu. Sampai di pintu pagar surau, sempat aku kerling Naufal. Sememangnya dia tampak kacak dan bergaya dengan baju melayu berwarna ungu lembut itu.
Naufal yang sedang bersembang dengan tok ketua itu tampak comel bila dia masukkan tangannya di dalam poket baju melayunya.
Buk! Tiba-tiba aku terlanggar entah siapa kat depan. Habislah.
“Insyirah,” aku dengar mama menegur.
“Maaf, tak sengaja.”
“La, Insyirah ke? Tengok apalah sampai terlanggar ibu ni?”
Aku angkat muka. Eh, ibu rupanya! “Maaf, ibu. Insyirah tak sengaja.”
Ibu senyum, “Tak apa. Kejap lagi, Insyirah solat sebelah ibu ye?”
Terkejut aku dengan permintaan ibu Naufal tapi aku anggukkan saja.
“Jom masuk surau.”
Aku angguk lagi, sempat aku kerling Naufal. Terkedu aku saat mata kami bertentangan. Entah kenapa ada getaran di dada. Aku cepat-cepat alih pandangan dan masuk ke surau. Sesak nafas aku. Rasa macam saluran pernafasan tersumbat. Sungguh, Naufal itu ada satu getaran yang mampu buat aku tak hidu oksigen. Sungguh ni, aku tak tipu!

Habis solat sunat di surau. Orang ramai berpusu-pusu pulang ke rumah masing-masing. Aku setia menunggu Yana yang pergi ke tandas. Tak faham aku dengan Yana. Kalau pergi surau je, mesti wajib dia ke tandas. Tersengih-sengih aku pada mak cik-mak cik yang keluar masuk surau.
“Naufal, kejap lagi jangan lupa datang raya rumah aku.”
Aku berpaling ke belakang saat terdengar ada yang menyebut nama Naufal dan aku dah nampak dia. Itu dia, lelaki yang mungkin akan menjadi tunangku nanti. Aku ulang sekali lagi, mungkin akan menjadi tunangku.
“Insyirah, jom! Dah siap.”
Terkejut aku dengan kehadiran Yana yang tiba-tiba. Aku angguk dan mula mengorak langkah.
Yana di sebelah becok bersembang tentang gosip yang dia dengar di tandas surau tetapi aku tidak dapat tangkap setiap butir yang keluar dari mulutnya kerana fikiranku masih berada pada Naufal.
“Kau dengar tak apa aku cakap?”
Aku pandang Yana. Aku dapat rasakan ada garis-garis terbentuk di dahiku.
“Agak dah. Kau dah teruk ni, Insyirah oii...”
“Apa yang teruk?”
Serentak aku dan Yana berpaling di sebelah kananku. Terkejut aku bila Naufal berdiri di sebelah aku. Bila dia berjalan dengan aku? Bukan tadi dia dengan kawan dia ke?
“Er... selamat hari raya Naufal.”
“Selamat hari raya, Yana.”
Aku nampak dia senyum pada Yana. Senyuman manis. Senyuman yang tak pernah dia bagi dekat aku. Tiba-tiba saja hati aku panas. Rasa macam nak terbakar pun ada.
“Eh, dekat Insyirah awak tak nak wish ke?” Yana tersenyum manis. Wah, sepupu aku ni! Jual minyak nampaknya.
Aku nampak Naufal pandang aku sekilas kemudian dia senyum sinis, “Tak naklah!”
Ei!!! Geramnya aku dengan dia ni! “Eh, awak ingat orang heran sangat ke kalau awak tak wish pun. Sudahlah! Yana, kau sembanglah dengan dia ni. Aku balik dulu.”
Tercengang Yana bila aku berlalu meninggalkannya manakala si masam-masam kelat tu buat tak tahu saja. Geramnya di hati cuma aku yang tahu. Macam mana aku boleh jatuh sayang dekat mamat sengal macam tu?

Sejak balik dari surau, satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut aku kecuali ketika bersalaman dengan sanak saudara aku. Dengan Yana, lagi aku tak bercakap. Teruk betul cemburu aku, kan?
“Insyirah, kau marah aku?”
Aku diam meskipun Yana duduk di sebelah aku.
“Aku minta maaf kalau aku buat kau marah.”
Masih diam.
Yana menunduk seketika sebelum dia bangun. Dah putus asa kot.
“Yana,” panggil aku dan dia berpaling.
“Jom makan ketupat ni dengan aku, aku terambik banyaklah.”
Dari kerlingan mata aku, aku nampak Yana tersenyum lalu dia duduk kembali di sebelah aku, “Sayang kau, Insyirah!”
“Tell me something I don’t know,” kening aku jungkit dengan gaya penuh berlagak.
“Assalamualaikum.”
Aku dan Yana pandang pintu rumah. Terasa nak terlepas pinggan di tangan aku bila nampak ada rombongan dari keluarga Naufal. Ni datang nak beraya ke datang nak meminang aku?
“Angah, masuk dalam.”
Aku akur dengan arahan mama lalu aku segera angkat kaki masuk dalam. Sempat aku menjeling orang-orang di pintu rumah tetapi aku tak nampak kelibat dia. Langsung tak ada.
Masuk dalam rumah, along arahkan aku masuk ke dalam bilik pulak. Terkedu aku bila masuk dalam bilik. Bilik itu sudah dihias cantik. Walaupun tak meriah mana hiasannya tapi tetap nampak cantik. Aku berdebar. Tahulah aku rombongan yang datang itu rombongan meminang tapi aku masih tak ada jawapan. Aku pejam mata, apa jawapan yang harus aku berikan pada mereka?
“Insyirah, kau kenapa?”
Aku pandang Yana yang masuk ke dalam bilik.
“Aku tak tahu aku patut terima ke tak pinangan ni.”
“Kau sayang Naufal tak?”
Aku diam membisu.
“Okey, tukar soalan. Apa yang kau rasa bila nampak Naufal?”
“Menyampah.”
“Tipu.”
Aku diam sejenak sebelum kembali bersuara, “Kadang-kadang aku menyampah bila nampak dia especially bila dia senyum sinis dekat aku tapi kadang-kadang aku rasa rindu pada dia bila aku tak nampak dia. Kadang-kadang aku rasa nak menangis bila dia sindir-sindir aku tapi kadang-kadang ada rasa terharu bila dia care pada aku.”
“O... key,” Yana mengangguk, “Kalau kau pejam mata sekarang, apa yang ada minda kau?”
Aku pejam mata sekejap lalu aku bukak balik, “Aku nampak... Naufal.”
Yana senyum, “Insyirah, kau sayang Naufal tak?”
Aku mengangguk, lambat-lambat.
“Sekarang kau cakap kat aku, kau sudi tak nak jadi isteri Naufal?”
Aku angkat bahu, “Aku tak tahu Yana. Aku nak jadi isteri dia tapi dia tu dingin dengan aku. Sinis jangan cakaplah. Kau tengok je pagi tadi. Dengan kau boleh je dia wish raya, aku? Jangan harap.”
“Kau fikirlah masak-masak tapi kalau kau tanya aku, aku akan suruh kau terima pinangan ni sebab aku rasa dia serius nak kau jadi isteri dia.”
“Mana kau tahu?”
 “Aku dengar apa dia cakap kat kau bila korang kat dapur itu hari,” ujar Yana sebelum keluar dari bilik.
Kata-kata Yana buat aku kembali berfikir. Ayat Naufal kembali terngiang-ngiang di telinga, “Orang tak kira. Awak setuju atau tak, orang nak kita kahwin. Biar orang je jaga awak!”
Aku pejam mata kembali lalu aku berfikir sedalam-dalamnya. Selepas seketika aku buka kembali mataku. Perlahan aku mengangguk. Aku dah ada jawapannya!

Majlis perminangan tadi sudah selesai. Jawapan sudah kuberi. Aku termenung di tepi tingkap, memikirkan tentang jawapan aku tadi. Betul ke dengan keputusan itu?
“Angah, tak nak keluar ke?” Along berdiri di muka pintu merenung aku.
Aku senyum, “Kenapa?”
“Kami nak pergi beraya dekat rumah tok chik. Nak ikut tak?”
Aku angguk, “Jom.”
“Tengok jari.”
Aku suakan jari bersarung cincin. Aku nampak muka along gembira. Aku? Gembiralah kot sebab aku dah jadi tunangan orang. Ye, aku menerima pinangan dari keluarga Naufal. Ikhlaskah aku? InsyaAllah.
Tadi, mama masuk ke bilik untuk meminta jawapan. Aku sekadar mengangguk tanda setuju. Mama peluk aku kuat-kuat selepas itu. Saat mama leraikan pelukan, aku nampak air mata mama mengalir. Mama siap ucapkan terima kasih kepada aku sebelum keluar dari bilik.
Beberapa minit selepas mama keluar, ibu pula masuk untuk menyarung cincin. Selepas cincin disarungkan, ibu mencium kedua-dua belah pipi aku. Aku? Haruslah terharu selepas aku diterima oleh bakal ibu mentuaku sendiri. Nak aje aku menangis di depan ibu, tapi aku tahan.
“Cantik cincin ni,” ujar aku, tiba-tiba.
Along pandang aku, bibirnya terukir senyum, “Cantik, sesuai dengan angah.”
Aku cebik bibir. Malas nak dengar along mengampu.
“Amboi, tunangan orang ni! Kena berjemput, baru nak keluar bilik,” usik Yana pada aku tapi aku menunjukkan penumbuk aku yang tak besar mana itu padanya.
“Untunglah orang tu pakai cincin. Siap nak tunjuk-tunjuk lagi,” giat Irdina, tiba-tiba. Hari ni memang hari menyakat aku ke apa? Hari ni hari rayalah, oi!
“Sudahlah tu. Jom pergi.”
“Ma, kita pergi beraya rumah Tok Man dulu ke?”
Tersentak aku bila Ilham bertanya pada mama.
Aku nampak mama pandang aku, “Ye. Lagipun tadi famili Tok Man dah datang beraya kat sini, sekarang giliran kita pulak.”
Aku rasa kaki aku kaku dari melangkah. Kalau tak nak pergi, boleh kan?
“Angah kenapa?”
“Tak nak pergi, tak apa tak?”
Mama pandang aku, “Kenapa tak nak pergi pulak? Jomlah.”
Aku geleng. Tak nak pergi, nanti jumpa Naufal.
“Jomlah. Lagipun Tok Man nak jumpa Insyirah.”
Aku pandang opah. Opah mengangguk. Aku pandang along, dia juga mengangguk. Satu keluhan kecil aku lepaskan, “Jomlah.”
Sepanjang perjalanan aku digiat oleh semua orang dek kerana gelaran baru yang aku sandang. Aku diam saja, karang melawan karang makin digiatnya aku.
“Wei, tunang kau tu ada potensi nak jadi ayah yang baik.”
Aku angkat kening pada Yana. Malas nak melayan bicaranya, aku buang pandang ke depan. Dari jauh aku nampak Naufal sedang bermain dengan sepupu-sepupunya yang masih kecil. Dan sememangnya dia nampak macam ada gaya menjadi seorang ayah yang baik.
“Assalamualaikum,” ayah yang mengetuai rombongan mengelilingi kampung memberi salam.
Naufal mengalih pandang kepada kami. Riak wajahnya menunjukkan dia terkejut namun bibirya tetap mengukir senyum.
“Waalaikumsalam.”
“Kami datang ni nak beraya,” ujar Ilham yang sempat mengerling aku. Eh, budak ni! Aku luku kepala tu baru tau.
“Jemputlah masuk,” Naufal masih mengukir senyum. Macam bahagia je aku tengok senyuman dia tu.
Aku berjalan, mengikut langkah kedua ibu bapaku tetapi lengan aku tiba-tiba ditarik oleh Ilham.
“Kenapa ni?”
“Abang Naufal nak cakap dengan angah.”
Aku pandang Naufal yang duduk di pangkin. Perlahan, aku melangkah meninggalkan Ilham lalu aku labuhkan punggung di atas pangkin tapi jauh sikit dari Naufal, “Kenapa?”
“Kenapa apa?”
Aku merengus, aku kembali bangun.
“Kenapa nak sentap sangat ni? Duduklah. Orang nak bersembang dengan tunang orang kejap.”
Terdiam aku sekejap. Aku kembali labuhkan punggung.
“Insyirah.”
Aku pandang dia, “Kenapa?”
“Awak ingat tak apa awak buat dekat orang kat pangkin ni?’
Aku tengok dia, “Yang mana? Yang orang sorokkan buku awak ke yang orang sorokkan selipar awak?”
“Bukan.”
“Dah tu?”
Naufal pandang aku sambil tersenyum tapi senyuman tu tak sinis tapi nampak sweet je, “Putera beradu, bangunlah dari tidurmu. Aku sudah mengucupmu jadi segeralah kamu sihat dan bangun seperti biasa supaya kau boleh kahwini aku.”
Aku pandang dia, “Tak faham.”
“Putera beradu dah bangun dan putera dah bersedia nak kahwini puteri,” ujarnya perlahan sebelum berlalu. Dia ada letakkan sesuatu di atas pangkin lantas aku ambil benda itu dan aku tergamam. Sapu tangan milik aku sewaktu kecil-kecil dulu. Minda aku terus pergi ke memori itu.

“Along jalan dulu. Angah nak pergi rumah Tok Man.”
“Nak buat apa?”
“Nak cari tok ayah.”
Along angguk manakala aku berjalan ke arah rumah Tok Man. Dari jauh, aku ternampak Mak Cik Sakinah duduk di atas pangkin manakala musuh ketat aku sedang lena tidur.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, Insyirah. Sorang je?”
Angguk, “Mak cik, kenapa dengan dia?”  Jari dituding ke arah Naufal.
“Naufal demam. Insyirah duduk sini kejap boleh, temankan Naufal? Mak cik nak masuk rumah kejap.”
Angguk lagi.
Aku panjat pangkin lalu aku duduk di sebelah Naufal yang sedang berbaring. Aku panjangkan tangan lalu aku pegang dahi Naufal. Panas.
Perlahan, aku dekatkan mukaku pada dahi Naufal dan...
Cup! Dahi Naufal aku kucup, “Putera beradu, bangunlah dari tidurmu. Aku sudah mengucupmu jadi segeralah kamu sihat dan bangun seperti biasa supaya kau boleh kahwini aku.”
Sapu tangan kecil milikku aku keluarkan dari poket seluar dan terus aku basahkan dengan air yang tersedia di dalam besen lalu aku demah dahi Naufal yang panas.
“Eh, baiknya Insyirah!”
Aku sengih bila ditegur oleh Mak Cik Sakinah, “Insyirah nak balik dah, mak cik.”
“Hati-hati, ye.”
Dan aku mengangguk dan berharap mantera yang aku jampikan tadi menjadi.


Pap! Bahuku ditepuk. Yana angkat kening pandang aku dan aku terkelu, tak tahu nak kata apa. Naufal dengan jampi serapah aku waktu tu? Ya Allah, malunya!!! Sapu tangan tadi aku tekup di muka dan aku baru sedar, ada tulisan di atas sapu tangan itu, ‘Putera beradu <3 Puteri Nakal.’ Aku pandang Naufal yang ada di tangga rumah Tok Man. Sekali lagi aku tergamam. Dia kenyit mata dekat aku?!

Bersambung...

p/s: siapa yang tekaan dia betul??hahaha :D

65 comments:

  1. Amboi.... romantikus d'amor ler pulak.....

    ReplyDelete
  2. hahaha. tekaan i ase2nye btl kot. hehe. sweet sgt laa cter u nie. bestttt !!! ase mcm kita lak ade lam cter 2. sabau jela. ingtkan kwen trus td upenye tunang dlu. ok laa 2.

    ...selamat berjaya tuk bab seterusnya...
    <3 Maksu <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunang dulu...bab seterusnya kahwin la kot...hahaha...tahniah sebab tekaan betul..hahaha <3

      Delete
  3. waduh...terjatuh cinta dh dekat cite ni...so romantik..hihi

    ReplyDelete
  4. ohh..begitu rupanye.... romantik nye putera beradu..cair hati ni membaca nye <3<3 it.... good luck...

    ReplyDelete
  5. waaaa...sweetnye. mantera yg comey.hahaha xpuas baca mentera tu..

    ReplyDelete
  6. warggghh. kaq najwa, comellll. yeahh both ada gelaran :) putera beradu? sleeping charming hehe. cik insyirah.. sngatsngat nakal wooo :) *sya punya tekaan sipisipi btul kot. hehe*

    ReplyDelete
  7. alaaa, suweetnye...putera beradu dah bgun n dah sedia nk kawen ngn puteri ye....notty gak naufal ni, siap kenyit2 mata lg...hehehe...
    comel je mantera insyirah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih....naufal, perangainya tidak terduga ;)

      Delete
  8. Ahakks... Giitu kisahnye yer... Tp tu aaa... Sinis tu xtahan!
    Suka ckp jer la suka encik naufal oiii.. ;)

    ReplyDelete
  9. so manissss~~~~~ :D
    terbaekk ahh insyirah!x terpikir aq dy bole cium dahi naufal.hahaha..bce bab nih ttibe trigt zaman cinta2 monyet time sek rndh dlu!aicehhh....gud luck weh tuk bab akn dtg..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaha...blahlah oi...cinta monyet kunun...puiii...hahahaha...terima kasih amy..hahaha

      Delete
    2. like! -.-"
      dem gler..cayalaaa derr..aq la nih.ko tau2 jek!haha..

      Delete
    3. hahaha...kau punya stail komen aku dah hapai der...hahaha

      Delete
  10. Rs Akak teka cium cuma x spesifik haha. Hebat tul ayat insyirah kecik2 dah romantik haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. obses dgn puteri beradu...gitulah jadinya ;D

      Delete
  11. so cute si naufal & insyirah ni....bessssssttttttttttttt sesangat n3 ni,x sabo nk bc n3 sterusnya.....hebat la idea penulis...tabik springgg lah....

    ReplyDelete
  12. comeylll...dlm dingin pown..romantik gak si naufal ni kan..ehhehe

    ReplyDelete
  13. Itu lah puncanya Si Naufal tuntut janji dia pada Insyirah .... hahaha.... so sweettttt...
    sambung lagi...

    ReplyDelete
  14. amboi..kecik2 daa pandai...
    haha..suke2..best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kecik2 dah pnndai cium anak teruna org...hihi

      Delete
  15. wah..ade mantera sndri nieyh..heheheh..sweet la dieorng..congtats najwa..suke2..

    ReplyDelete
  16. alahaiii sweet la sgt2 hehee....

    ReplyDelete
  17. i like...1st time bc..kn start dr awal ni..hihi

    ReplyDelete
  18. hahaha..kiut je insyirah ni..putera beradu..puteri nakal

    ReplyDelete
  19. so sweet..... cinta berputik di hati tuan putera utk tuan puteri yg sgt nakal....

    ReplyDelete
  20. wah...sangat sweet..
    suke2..
    cepat sambung yer...x sabar..

    ReplyDelete
  21. wow!!! so.... sweeeeettt!!!

    ReplyDelete
  22. argghhhhhh... so sweet... x leh nak komen dah.. terbayangkan naufal imam muda tuh... fuyooo.. encem teramat sangattt wooooo.. serius.. tp nak bayangkan diri sendiri jadi insyirah.. aku mmg ska lelaki y stok2 naufal nih.. dalam sinis ada nakalnya... dalam sakit hati ada sweetnya.. kih kih kih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...lelaki stok naufal ni limited edition, dah jumpa jgn lepaskan :)

      Delete
  23. best citer ni.. xsbr menunggu sambungan cerita ini...

    ReplyDelete
  24. assalam...
    cute la cite...1st time bace dh tercari mana sambungan dia...
    berangan sendiri pun ada ni...
    bila ada sambungan nya????
    terima kasih...o_0

    ReplyDelete
  25. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............... sweeeeeeeeeeetttttttttt...@@2 nyer naufal hahahhaahah... comel jer Naufal n Insyirah....
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  26. sengal jugak si naufal ni yeh...ingatkan stone cold td but i like hahhahaha

    ReplyDelete