Saturday 5 May 2012

Aku, Dia dan Vespa (Bab 1)


“Ulfah Syuhada!”
“Kau kenapa? Terjerit-jerit. Tak ada kerja ke?”
“Aku ada pesanan dari abang Ady.”
‘Ady? Tak habis lagi.’ Ulfah mengeluh. “Aku tak nak dengar.”
“Dengarlah dulu. Kau ni.” Azira mencebik.
“Aku nak balik, Zira. Angah dah tunggu.” Ulfah memberi alasan.
Azira mengeluh. “Susah sangat ke kau nak dengar pesanan dia?”
Ulfah merengus. “Dah berapa kali aku pesan dekat kau? Jangan ambil apa-apa pesanan dari dia. Kau waiter ke apa? Kau kawan aku ke kawan dia? Bila aku cakap aku tak selesa, memang aku tak selesa. Cakaplah aku kolot or whatever tapi aku bukan perempuan yang senang-senang nak bersembang kosong dengan lelaki.”

Azira terdiam. Benar, memang pernah Ulfah berpesan namun dia tak mampu nak berkata apa-apa bila dirayu oleh Ady. Ulfah, nampak lembut pada luarannya tapi dia sangat tegas dalam membuat keputusan. Dia juga bukan gadis yang senang rapat dengan mana-mana lelaki. Boleh dikira berapa kerat saja lelaki yang dia berkawan.
“Aku nak balik. Maaf kalau kau rasa aku kasar atau aku kurang ajar tapi aku juga punya hak untuk pertahankan pendirian aku. Assalamualaikum.” Azira mengeluh lagi. Ulfah marah benar nampaknya.



“Tu kenapa tu?” Muncung Suhail menunjuk ke arah seorang lelaki yang mengejar kereta Suhail.
Ulfah mengeluh. “Angah bawak je kereta. Jangan peduli dengan orang tu.”
Suhail angkat kening. ‘Ni confirm teman lelaki dia ni’.
“Boyfriend Fafa, eh?”
Ulfah menjeling abangnya yang seorang tu. “Bukanlah. Fafa tak main la couple-couple ni.”
Suhail senyum. “Tau tapi angah tanya je. Janganlah marah.”
“Fafa tak marah tapi Fafa bengang dengan Zira.” Ulfah ketap bibir.
“Pulak? Kenapanya?” Suhail memberi isyarat tangan pada pengawal keselamatan Universiti Putra Malaysia.
Ulfah mengeluh. “Lelaki yang kejar kita tadi tu peminat setia Fafa.” Malu rasanya nak mengaku diri mempunyai peminat.
Terjojol biji mata Suhail dengan pengakuan adiknya. “Dasyat gila dah ada peminat.”
Ulfah buat muka menyampah. ‘Eleh, macam tak pernah ada peminat. Padahal dia tu, sejak dari sekolah berlonggok je peminat.’
“Siapa nama budak tu?” Suhail tiba-tiba serius.
“Budak mana pulak ni?”
“Ala, yang kejar kita tadi.”
“Ady Fitri.” Sekali nafas dia sebut nama Ady.
“Aidil Fitri?”
“Ady. A-D-Y.” Dieja nama Ady pada abangnya.
“Cakap kat dia kalau nak Fafa, cepat sikit masuk meminang.” Suhail senyum meleret.
Ulfah tepuk dahi. ‘Sengal punya manusia.’

Adam Thaqif garu kepala. Mama suruh balik. And bila mama dah SURUH, maksudnya memang WAJIB balik.
“Qif, kau kenapa?”Entah bila Fakhrul melangkah masuk ke pejabatnya.
Thaqif senyum. “Mama suruh balik.”
“Untunglah mama suruh balik. Aku?” Fakhrul sengih.
“Kau memang dah dasar duduk dengan mak. Anak maklah senang cakap.”
Fakhrul duduk depan Thaqif. “Eh, kertas kerja kau dah siap?”
“Sudah. Awal lagi.” Thaqif angkat kening. Riak sikit.
“Hujung minggu ni, kau join?”
“Tak. Aku nak kena balik rumah ni. Haish, kesian ‘sayang’ aku tu.” Thaqif sengih. Sememangnya dia memang amat sayangkan ‘sayang’nya itu walaupun ia hanyalah vespa biasa. Tiap-tiap minggu memang dia akan bawak buah hati kesayangannya itu pergi ke apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh sahabat-sahabatnya yang juga penggila vespa sepertinya. Tapi minggu ni rancangannya cancel gara-gara mama suruh balik.
“Sayang vespa ke sayang mak?.” Fakhrul dah sudah buat muka mengejek.
“Ye, aku taulah. Mestilah aku sayang mama aku lagi. Aku baliklah nanti.” Thaqif buat muka. Bukan dia sengaja tak nak balik tapi mama asyik bising suruh kahwin padahal umurnya baru menginjak ke usia 26 tahun. Kerjaya pun baru nak bermula. Dia masih tak puas hidup sebagai bujang.

“Fafa, bangunlah.”
Ulfah terasa berat benar nak buka mata. Mengantuk oi. “Ala, kasi Fafa tidur lagi lima minit. Please.”
“Tidur dalam rumahlah. Dah sampai rumah ni.” Suhail tolak sikit bahu Ulfah.
“Angah, kenapa ada kereta along sekali? Ada reunion family ke?” Ulfah menguap, luas.
Suhail menggeleng dengan telatah adiknya itu. “Ada makan-makan, sempena budak tu dah habis belajar.”
Ulfah terus mengukir senyum. “Aiceh, ni terharu ni. Nak terbang-terbang.”
“Turun dululah. Bising!” Suhail malas nak melayan Ulfah.
Ulfah mencebik namun dia tetap turun. Dipandang sekitar rumahnya. ‘Alahai, rindunya!’
“Dahlah tu, cepat masuk.” Suhail laju melangkah.
“Assalamualaikum.” Kuat Ulfah memberi salam. Karakternya sudah berubah. Sudah tiada lagi gaya seorang gadis tegas sebaliknya keluar sudah gaya manja keanak-anakkannya.
“Fafa!” Umairah menjerit bila ternampak adik bongsunya itu.
“Kak chik. I miss you lah!!” Dipeluk terus Umairah yang jelas nampak gembira dengan kehadiran  adiknya itu.
“I miss you too, Fafa! Kenapa Fafa dah kurus ni?”
Ulfah ketawa. “Kurus tang mana? Fafa kerja makan je kat uni. Kak chik back for good ke ni?”
“Of course. Sejauh mana pun kak chik lari, Malaysia tetap akan kak chik jejak semula.”
“Bang chik tak balik?” Kepala Ulfah dah tertinjau-tinjau mencari kelibat abang iparnya yang kacak tahap hero Korea pujaan ramai, Hyun Bin.
“My hubby kena selesaikan something kat sana. InsyaAllah, next week kalau semua dah selesai, bang chik balik.”
Ulfah tersengih. Rindu pada Umairah masih bersarang dalam jiwa. Haruslah kan? Sudah dua tahun lebih Umairah tinggalkan Malaysia, mengikut suaminya yang melanjutkan pelajaran ke Australia.
“Fafa?”
“Along!” Ulfah menjerit kegirangan. Uzair Syafiq ketawa melihat kelincahan Ulfah. Adiknya yang ini memang manja. Bukan dengan dia sahaja, dengan Suhail, Umairah, memang dia manja.
“Fafa, jangan dok seronok sangat.” Suhail menegur keras.
Ulfah muncung mulut. “Angah ni, memanglah. Ada saja benda yang nak di-condemn.”
“Dah lah tu, bergaduh saja kerjanya.” Syafiq peluk bahu Fafa. “Jom masuk. Kak chik, Angah. Jomlah! Umi dengan abah dah tunggu lama tu.”

“What? Along nak kahwin?!” Fafa terkejut besar.
“Kenapa Fafa? Tak boleh ke?” Abah angkat kening pada Ulfah.
“Boleh. Boleh. Tak ada masalah.” Ulfah angguk-angguk kepala. “Tapi... bila majlisnya?”
Pap! Laju kepalanya diluku Suhail. “Fafa gelojoh sangat ni kenapa?.”
“Angah, kepala tak mau main, okey! Abah bayar zakat kot.”
“Umar Suhail.” Suara umi berbaur amaran.
“Maaf, umi.”
“Minggu depan, insyaAllah ada majlis pertunangan.”
Ulfah angguk kepala sambil makan keropok Twisties yang diambil dari kabinet dapur. “Awek along orang mana?”
Syafiq pandang Ulfah. “Bukan along yang pilih, umi yang pilihkan untuk along.”
Ulfah terus pandang Syafiq. Matanya berbicara. ‘Serius?’
Syafiq angguk. ‘I am damn serious, Fafa.’
Ulfah pandang pula Umairah. Umairah juga berkahwin dengan pilihan umi. Dia ingat lagi, Umairah sungguh-sungguh tidak mahukan Asfan (bang chik Ulfah). Kebetulan, Umairah sudah ada pilihan hati ketika itu namun dia terima juga, setelah dia ditinggalkan oleh pilihan hatinya itu. Asfan pula tidak lepaskan peluang, terus sahaja dia mencuba untuk memenangi hati Umairah. Namun tidak sampai sebulan, Umairah menerimanya dek kerana kesungguhannya dalam memenangi hati Umairah.
Suhail pula sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang pernah jadi rakan sekelasnya ketika di sekolah menengah. Yang ini lain ceritanya. Suhail jatuh cinta pandang pertama pada Ilyani (tunang Suhail) ketika di bangku sekolah namun dipendamnya sahaja. Tapi setelah sepuluh tahun dia tinggalkan bangku sekolah, dia dipertemukan kembali dengan Yani. Dan ternyata, setelah bertunang dengan Yani baru dia tahu dia sebenarnya tidak bertepuk sebelah tangan. Yani turut menyukai dia!
“Lepas along bertunang, kita carikan calon untuk Fafa pulak.”
Gulp! Air liur ditelan. Kata-kata umi buat dia rasa nak demam. Aiyoyo...

to be continued...

p/s:percubaan pertama.bahasa mungkin masih kebudak-budakkan.salah dan silap harap dimaafkan :)

19 comments:

  1. la bdk upm ke si ulfah ni ok sori yer cik najwa bwu stat membace hu3...by d way best har3

    ReplyDelete
  2. bru nk bca...sblum nie bca DI dlu..dh cik writer stop jap DI utk bt mskrip ADDV tu yg bru nk bca ADDV..actualy bru je 2, 3 hr lps jmpa blog nie..

    ReplyDelete
  3. WOW just what I was searching for. Came here by searching for want
    Stop by my web site :: description

    ReplyDelete
  4. Eхcellent wеbѕite you have herе but Ι was сurious аbοut if you kneω οf any cοmmunity forums thаt cover the ѕamе topicѕ
    discussed in this aгticle? I'd really love to be a part of online community where I can get advice from other experienced individuals that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Thanks a lot!
    Also visit my page ... Used Car Auctions

    ReplyDelete
  5. Very nice post. I just stumbled upon your weblog and wished
    to mention that I have really enjoyed surfing around your blog posts.

    After all I'll be subscribing for your rss feed and I'm
    hoping you write once more soon!
    Feel free to surf my website - ppi group

    ReplyDelete
  6. Hello everybody, here every one is sharing these kinds of knowledge, therefore it's pleasant to read this blog, and I used to go to see this website everyday.
    Review my blog post my sources

    ReplyDelete
  7. What's Taking place i am new to this, I stumbled upon this I've discovered It absolutely helpful and it has aided me out loads.

    I'm hoping to give a contribution & assist different customers like its helped me. Good job.
    Here is my homepage stretch mark removal plastic surgery

    ReplyDelete
  8. It's very trouble-free to find out any matter on web as compared to textbooks, as I found this article at this website.
    Here is my webpage : click here

    ReplyDelete
  9. hey there and thank you for your information ? I've certainly picked up something new from right here. I did however expertise some technical points using this site, since I experienced to reload the site many times previous to I could get it to load correctly. I had been wondering if your hosting is OK? Not that I'm complaining, but slow loading instances times will sometimes affect your placement in google and can damage your high-quality score if
    ads and marketing with Adwords. Well I am adding this RSS to my e-mail and can look out for a lot more
    of your respective fascinating content. Ensure that you update this
    again soon.
    My web site - Seo Web Directory

    ReplyDelete
  10. Thank you for the auspicious writeup. It in fact was a amusement account it.
    Look advanced to far added agreeable from you!
    By the way, how could we communicate?

    My weblog :: Buy Commercial Property staines (surrey)

    ReplyDelete
  11. Wow, awesome blog layout! How long have you been blogging for?
    you make blogging look easy. The overall look of your site is
    fantastic, let alone the content!

    Here is my web-site - commercial property

    ReplyDelete
  12. I like the helpful info you provide in your articles.

    I'll bookmark your blog and check again here regularly. I am quite sure I'll
    learn lots of new stuff right here! Good luck for the next!


    my web page; This guy

    ReplyDelete
  13. Ahaa, its nice dialogue about this paragraph at this place at this web site, I have read
    all that, so now me also commenting here.

    Also visit my site: buy a house

    ReplyDelete
  14. you're actually a just right webmaster. The site loading pace is incredible. It kind of feels that you're
    doing any distinctive trick. Moreover, The contents are masterwork.
    you've performed a fantastic job in this subject!

    Stop by my webpage ... Jackpot 6000 free (http://idmp.hatii.arts.gla.ac.uk)

    ReplyDelete
  15. Does your blog have a contact рage? Ӏ'm having a tough time locating it but, I'ԁ liκe to
    shoοt you an e-mail. I've got some ideas for your blog you might be interested in hearing. Either way, great site and I look forward to seeing it expand over time.

    My blog :: rhinoplasty

    ReplyDelete
  16. I'm curious to find out what blog platform you are working with? I'm having some minor security
    issues with my latest website and I would like to find something more safeguarded.

    Do you have any suggestions?

    Here is my blog ... jackpot 6000

    ReplyDelete