Saturday, 28 February 2015

[Mini Novel] FLY (BAB 17)

“Hadi cakap apa tadi Jo?” Elly pandang Johanna yang diam saja selepas bertemu dengan Hadi.
“Ceramah pasal aku tak patut malukan si Rena bla bla bla...” Ujar Johanna sebelum membuka ikatan rambutnya yang tadi disanggul. Klip rambut yang ada di rambutnya ditarik perlahan-lahan sebelum klip rambut itu diletakkan di meja studi Elly, “Thank you!”
“Most welcome.”
“Jo, hang nak stay up ka?” Nuha yang baru pulang dari tandas bertanya.
Johanna yang sedang menyarung seluar tiga suku mengangguk. Bajunya sudah bertukar dari baju kurung ke baju t-shirt gedabak yang bertulis ‘SAVE ENERGY’, “Kau nak stay up jugak ke?”
Nuha mengangguk, “Kerja khusus Matematik Tambahan aku tak siap lagi.”
“Banyak lagi ke?”
“Tak banyak dah. Hang? Stay up nak buat apa ja?”
“Latih tubi yang Hitler bagi kat aku hari tu.”
“Kimia?” Nuha jungkit kening.
Johanna mengangguk, “Redoks.”
“Dia nak kuatkan ikatan kovalen antara korang tu,” tiba-tiba Elly yang sudah berbaring di atas katil bersuara.
Nuha sengih tiba-tiba, “Hang nak buat lawak tapi tak jadi kan?”
“Good night, Nuha!” Ujar Elly dan terus memejamkan matanya, mengikut jejak langkah Nida yang dah pun hanyut sedari tadi.
“Jo...”
“Yup?”
“Hang ada rasa berdebar lagi dak bila nampak Hadi?”
Johanna kalih memandang Nuha lalu dia jungkit bahu.
Nuha pandang Johanna, “Awat hang diam ja lepas jumpa Hadi tadi?”
Johanna mengeluh. Soalan latih tubi di depannya hanya direnung kosong sebelum dia memandang Nuha, “Nuha, apa yang aku buat tadi. Aku malukan Rena ke?”
Nuha sengih serba-salah, “Mungkin.”
“Aku jahat sangat ke, Nuha?”
“Jahat?” Nuha garu kepala sebelum menggeleng, “Jahat tu bagi aku terlalu besar maksud dia. Bagi aku hang ni nakai, atau orang Kedah kata naughty.”
Johanna ketawa namun hanya seketika, “Apa yang Hadi cakap dekat aku tadi macam berputar balik dalam minda aku. Rasa macam aku ni jahat aje dekat mata dia.”
“Hadi cakap hang jahat ka?”
“Taklah dia cakap aku jahat. Dia cuma... macam nasihat aku. Tak baik berdendam apa semua. Dia cakap kalau Rena buat aku, aku cuma patut diam dan istighfar. Dia suruh aku macam belajar bersabar.”
“Sebenarnya, Hadi tak nampak hang jahat, Jo. Kalau ikut pandangan aku, Hadi nasihat hang sebab dia tak nak hang simpan dendam dalam hati hang tu sebab dendam boleh buat hati hang tu jadi keras dan hitam. Maksudnya, bila Rena usik hang, bila Rena cari pasal dengan hang, hang sepatutnya sabar dan biarkan ja si Rena tu. Tak kurang sekupang pun kalau hang layan dia. Lebih kurang macam tulah maksud nasihat Hadi.”
Johanna mencebikkan bibirnya, “Dahlah, Nuha! Buat kerja!”
Nuha senyum, “Johanna Sofea, Hadi Azraff tu sedang cuba jaga hati hang...”
Johanna tersentak lalu dia pandang Nuha namun sudah kembali tekun membuat kerja khusus untuk subjek Matematik Tambahan.

“Esok ada ceramah kecemerlangan SPM yang akan diadakan di Dewan Cengal. Semua pelajar tingkatan lima diwajibkan hadir. Sesiapa yang ponteng ceramah esok, saya akan denda pelajar tersebut di depan semua pelajar ketika perhimpunan sekolah akan datang,” suara garau Cikgu Lah buat semua pelajar menikus. Takut.
“Ah, saya lupa!” Cikgu Lah tiba-tiba menepuk dahinya, “Untuk ceramah esok, akan ada pelajar sekolah lain yang akan datang sertai kita. Dua buah sekolah yang akan sertai kita esok ialah sekolah harian biasa tapi bertaraf sekolah berprestasi tinggi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Iskandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah.”
Johanna yang sedang menconteng kertas kajang di atas meja, terkaku. Sekolah apa? Tangannya diangkat tiba-tiba.
Nuha yang di sebelahnya dah jegilkan mata. Awat pulak dah yang minah ni angkat tangan ni?
“Ya, Johanna? Awak ada benda yang nak tanya ke?” Cikgu Lah kerutkan dahi.
“Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Iskandar, cikgu?” Tanya Johanna, serius.
“Ya? Kenapa?” Tanya Cikgu Lah sebelum dia tiba-tiba dia tersenyum, “Oh, saya lupa! Tu sekolah lama awak, kan?”
Spontan Johanna senyum tak berapa ikhlas sebelum mengangguk. Dia mengeluh. Macam mana agaknya dia nak berdepan dengan Luke dan Miley esok?
Rena yang sedari tadi memerhatikan Johanna mengukir senyum tiba-tiba. Payback time, Johanna Sofea!

Dari jauh, Johanna nampak bas sekolah milik sekolah lamanya memasuki ruang parkir berhampiran Dewan Cengal.
Satu demi satu pelajar Sekolah Sri Iskandar turun dari bas sekolah itu dan dari jauh, ada dua orang lelaki melambai kepadanya. Tanpa dapat ditahan, bibirnya mengukir senyum.
Tanpa menunggu orang lain, kedua orang pelajar lelaki itu sudah pun mendekati Johanna. Cap tersenyum lebar pada Johanna sebaik saja dia berhenti betul-betul di depan Johanna. “Yo, Jo!”
Johanna senyum lalu tangan kanannya diangkat, “Yo!”
“God, Jo! Serius kau nampak perempuan habis!” Ken ketawa. “Betullah apa yang Cap bagitahu aku.”
“Maksud?”
“The famous Jo dah berubah ke Johanna.”
Johanna menggeleng lalu dia ketawa, “Nah... still the same old Jo. Mungkin adalah aku berubah sikit tapi aku still the same Johanna.”
“Well, if it isn’t Johanna Sofea...”
Suara dari belakang Ken buat Johanna jungkit kening. Tanpa mempedulikan orang yang bersuara dia memperkenalkan rakan sebiliknya yang sedari tadi berdiri kaku, “Ken, Cap... meet my roommates. From the left Nuha, Nida dan Elly.”
Ken dan Cap mengangguk serentak, “And we’re Ken and Cap.”
Nuha senyum lalu mengangguk. Dia sedikit pelik bila tadi Cap tegur Johanna, tak ada high five atau fist bump yang pernah dia nampak dulu.
“Are you ignoring me, Johanna?” Miley tiba-tiba menolak Ken dan Cap dan terus berdiri di depan Johanna.
“Kalau ya, kenapa?”
“Tak baik kot kau ignore aku. We used to be friends, kan?” Miley tersenyum.
Johanna kerutkan hidungnya sambil tersenyum lalu dia menggeleng. Perlahan dia berbisik di telinga Miley, “Sorry. Aku tak berkawan dengan bitch. Apatah lagi yang ada masalah seksualiti macam kau.”
“Okeylah wei. I’ll catch up with you guys later. Aku nak masuk dewan dulu,” Johanna senyum pada Ken dan Cap sebelum dia berlalu bersama rakan sebiliknya.
“Jo, budak perempuan tadi tu...?” Elly pandang Johanna. Nida dan Nuha turut memandang Johanna. Mereka pun tertanya-tanya.
Johanna sengih, “Ingat tak ada khabar angin pasal aku pukul orang dulu?”
Serentak mereka bertiga mengangguk.
“Dialah orang yang kena pukul dengan aku dulu.”
“Oh, dia tu orangnya? Kenapa kau pukul dia dulu?” Nida jungkit kening.
Johanna tersenyum lalu menggeleng, “Biarlah aku dengan dia aje tahu kenapa aku pukul dia.”
Nida mengangguk. Elly dan Nuha pula hanya tersenyum sebelum mereka masing-masing duduk di atas kerusi plastik yang sudah tersedia di dalam dewan.

"Hidup ni cuma sementara, oleh itu hargai hidup kita. Jaga ia sebaiknya," kata-kata dari penceramah yang ada di depan dewan buat Johanna rasa sayu tiba-tiba. Apa yang dia dah buat dengan hidup dia selama ni? “Belum terlambat lagi adik-adik nak berubah. Masih belum jauh lagi untuk adik berpatah balik. InsyaAllah.”
"Dalam hidup ni yang penting sekali restu ibu bapa. Kita dapat restu ibu bapa kita, dapat redha ibu bapa kita. Automatik adik-adik, Allah akan permudahkan hidup kita!" si penceramah ukir senyum.
Ibu bapa? Johanna senyum sinis sebelum dia mengangkat tangan, mahu bertanya.
"Ya adik yang kat belakang, nak tanya apa-apa ke?"
Johanna mengangguk, "Maafkan saya sebab mencelah. Saya cuma nak tanya, andai kata ada ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka macam mana? Ibu bapa yang hanya memandang kesempurnaan, contoh kalau si adik berjaya dalam pelajaran tapi si kakak kurang sikit dalam pelajaran. Ibu bapa mereka membanding-bandingkan mereka berdua sehingga si kakak berkecil hati. Dan, kadang kala keluar dari mulut ibu bapa tu yang menyesal mempunyai anak seperti si kakak. Hingga suatu hari, si kakak sudah tawar hati dengan ibu bapanya. Macam mana kalau itu terjadi? Macam mana dengan restu ibu bapa tu? Salah si kakak ke sebab tak berapa pandai? Salah si kakak ke dia dilahirkan ke dunia?”
Seisi dewan diam. Nuha memandang Johanna yang nampak tenang saja. Hadi yang duduk di barisan depan menoleh ke belakang. Johanna...
"Adik, terima kasih atas soalan itu," si penceramah mengukir senyum manis, "Bagus soalan adik. Terkesan kat hati saya. Adik-adik kena ingat ya, ibu bapa itu juga manusia, tak sempurna. Ya, betul saya akui, ada ibu bapa yang suka membanding-bandingkan anak-anak mereka dan ada yang kadang-kadang ibu bapa cakap benda yang mereka sendiri tak maksudkan. Ada ibu bapa memberi perhatian lebih kepada anak yang seorang itu dari yang seorang lagi.”
Si penceramah berhenti seketika sebelum menyambung, “Memang ada ibu bapa yangg macam itu, adik-adik. Ada! Tapi macam saya cakap, ibu bapa cuma manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Terkadang mereka tak sedar dengan perbuatan dan kata-kata mereka itu boleh melukakan hati anak-anak mereka. Maafkanlah ibu bapa adik-adik andai ada yang buat adik-adik rasa seperti itu. Kalau ada yang berkecil hati dengan ibu bapa masing-masing, cuba pandang diri sendiri. Mungkin mereka buat adik-adik kecil hati, terluka tapi sebab mereka juga adik di sini. Pengorbanan mereka besar, adik-adik. Oleh itu, kita harus sentiasa lapangkan dada, buka hati sebesar-besarnya. Kalau ada yang berselisih faham dengan ibu bapa, ada yang bergaduh dengan ibu bapa, cepat-cepatlah minta maaf sebab kita tak tahu, bila lagi kita boleh kucup tangan mereka, bila lagi kita boleh cium pipi mereka. Bersyukurlah kita masih punya ibu bapa. Ada sesetengah dari kita cuma ada ibu, tiada bapa, ada juga punya bapa tapi tiada ibu bahkan ada yang langsung tak punya ibu bapa. Bersyukurlah adik-adik. Minta maaf, mohon restu ibu bapa semula. Cuba berkomunikasi semula dengan ibu bapa, andai hubungan sudah renggang, luahkan apa yang kita rasa dalam hati. InsyaAllah, mereka akan sedar dan mereka juga akan cuba berubah. InsyaAllah..."
Johanna ketap bibir. Kolam mata terasa panas. Macam mana saya nak minta maaf kalau ibu bapa saya sendiri tak sudi pandang muka saya? Macam mana nak berkomunikasi semula kalau berkomunikasi pun hanya pergaduhan saja yang ada? Saya bersyukur masih punya ibu bapa tapi ibu bapa saya... saya tak pasti mereka bersyukur dengan kehadiran saya.

“Jo, mendalam soalan kau tadi huh?” Rena berdiri sambil menyilangkan tangannya di depan Johanna.
“Kau ada masalah apa dengan soalan aku tadi?” Soal Johanna dengan riak muka aku-malas-nak-layan-kerenah-kau.
“Nothing. Just soalan kau tu mendalam sangat.”
Johanna kerut dahi lalu dia pandang Rena dengan pandangan yang tajam, “Kalau ada masalah dengan parents kau ke yang kau nak lepas semua benda kat aku ni? Aku tak fahamlah dengan kau Rena, aku tak kacau pun kau tapi kenapa kau suka sangat kacau hidup aku. Kau tergugat dengan aku ke?”
“Kau, parents jangan buat main eh?!” Rena tuding jari ke arah muka Johanna.
Jari telunjuk Rena yang ada di depannya ditepis, “Aku tanya je. Lepaklah. Kau nak gabra semacam apa kes.”
“Ala Jo! Kau tak payahlah nak act tough depan orang lain. I bet, satu sekolah kau tak tahu kan yang kau masuk sekolah ni sebab kau dah kena buang dengan keluarga kau pasal kes kau yang dulu, kan?”
Serentak Rena dan Johanna kalih memandang Miley yang berdiri bersama rakan-rakan sekolahnya. Johanna kepal penumbuk, “Kau tak serik ke kena pukul dengan aku?”
“Jo, don’t!” Nuha pegang tangan Johanna yang nyata mahu mendekati Miley.
Miley senyum sinis, “Ciao, Johanna!” Dan dia terus berlalu.
Rena pula terkaku sebelum ukir senyum sinis, “Kau memang dasar budak bermasalah kan?”
Zap! Sekelip mata, Johanna menarik kolar baju dan tudung Rena, “Apa masalah kau dengan aku, hah?”
Nuha terkaku. Nida terkesima dan Elly langsung tercengang. Wajah sombong Rena hilang terus dan digantikan dengan wajah yang kelihatan takut.
“Aku tanya kau sekali lagi...” Johanna mengemaskan cekakan tangannya pada kolar dan tudung Rena sebelum menarik Rena dengan dengannya, “Apa masalah kau dengan aku, Rena Aleeya?!”
Hadi dan D.O. yang baru nak keluar dari dewan di pintu dewan terus berpaling ke belakang. Wajah Hadi berubah sama sekali. D.O. pula hilang kata.
“Jawab soalan aku, apa masalah kau dengan aku, hah?!” Separuh menjerkah, Johanna bersuara.
Jerkahan Johanna buat Nuha tersedar lalu lengan Johanna dipegang, “Jo, lepaih Jo! Lepaih. Sabar, Jo! Sabar.”
Nida dan Elly turut membantu Nuha, “Ingat Jo, marah ni perangai syaitan. Ingat Jo...”
“Jawab soalan aku, Rena!” Jerkah Johanna sekali lagi.
Wajah Rena semakin pucat.
“Johanna Sofea!” Tinggi suara Hadi menyeru nama Johanna.

“Johanna Sofea! Lepaskan Rena. Now!” Hadi hela nafas. Wajahnya berubah tegang. Pelajar sekolah Muadzam Shah dah pandang-pandang manakala yang dari Sri Iskandar mengukir senyum sinis. Siapa tak kenal Johanna Sofea?
“Boyfriend kau datang tolong kaulah, Rena!” Johanna menguatkan cekakannya. Bibirnya terus mengukir senyum sinis, “Sukalah kau, kan?!”
Rena menelan air liur. Wajah Johanna kala itu, tenang tapi menakutkan.
“Kau tak malu ke Johanna? Semua orang tengok kau!” Ujar Hadi, cuba berdiplomasi.
“Bukan aku yang mula dulu, kenapa aku nak malu?” Dijeling Hadi sekilas sebelum matanya kembali memandang Rena.
“Johanna Sofea!” Sekali lagi suara Hadi tinggi. Sungguh dia malu dengan tingkah laku Johanna..
“Jo, dahlah tu! Lepaskan Rena, please...” Separuh merayu Elly bersuara.
Namun Johanna tetap kaku berdiri. Matanya masih tajam menikam mata Rena.
“Jo, let her go...” Cap mendekati Johanna lalu lengan Johanna dipegang. Cap pandang Johanna, “Jo...”
Tanpa sebarang kata, Johanna menolak Rena ke belakang, dan cekakan tangannya di kolar dan tudung Rena dilepaskan. Rena yang tidak menyangka tindakan spontan Johanna terus terjatuh di atas lantai. Johanna pandang Rena dengan wajah kosong tanpa riak, “Mess with me once more and I will never, ever let you go!”
Rakan-rakan Rena terus menolong Rena yang kelihatan lembik tak berdaya kala itu. Johanna pula memandangnya sinis sebelum mahu berlalu namun langkahnya dihalang Cap, “Back off, Cap!”
“Jo!”
“I said... BACK OFF, Cap!” Tinggi suara Johanna kala itu buat Cap terkedu. Johanna tak pernah menengkingnya seperti itu.
Melihatkan Cap yang berdiri kaku di depannya, tanpa sebarang kata Johanna terus menolak Cap ke tepi sebelum berlalu pergi. Saat melintasi beberapa orang  pelajar dari Sri Iskandar, Johanna tiba-tiba bersuara, “Kau pandang apa? Nak kena macam minah tu jugak?!”
Nuha, Elly dan Nida saling berpandangan. Cap pula masih terkaku. Ken pula terus menggosok bahu Cap. Hadi pula hanya mampu hela nafas panjang.

Johanna bersandar pada dinding bangunan Kemahiran Hidup sambil matanya memandang tasik yang jarang dikunjungi oleh orang. Tanpa sedar air matanya menitis. Jo, apahal kau lembik sangat ni?!
Rambutnya dikusutkan. Kata-kata Miley terus terngiang-ngiang di telinganya, ‘I bet, satu sekolah kau tak tahu kan yang kau masuk sekolah ni sebab kau dah kena buang dengan keluarga kau pasal kes kau yang dulu, kan?’
Kata-kata Miley tu, menusuk sungguh ke hatinya! Kali pertama dia tewas dengan Miley. Kali pertama, dia tewas dengan kenyataan itu.
“Jo!” Nuha perlahan-lahan mendekati Johanna.
“Go away!” Tanpa memandang Nuha, Johanna bersuara.
“Jo, we’re here for you!” Nida duduk di depan Johanna. Tangannya mencapai tangan Johanna lalu digenggam erat.
Johanna menahan air matanya dari jatuh namun air matanya tetap menitis ke pipi, “She’s right, you know?!”
“Siapa?” Tanya Elly sebelum duduk di sebelah kiri Johanna.
“Miley,” ujar Johanna dengan pipi yang basah dengan air mata, “Memang hakikatnya aku dibuang keluarga. Daddy tak mengaku aku ni anak dia lepas kes aku belasah Miley. Mummy langsung tak nak bercakap dengan aku dan cuma bercakap bila ada benda yang penting aje! Kau tau tak perasaan dia tu macam mana? Sakit kau tau! Sakit gila! Kat dada aku ni, sakit nak mampus! Aku pernah tanya pada diri aku, kenapa aku dilahirkan? Kenapa aku ada kat dunia ni?!”
Nuha tekup mulut, menahan sebak! Bahu Johanna dipeluk.
Johanna tanpa dipaksa terus bersuara, “Parents aku lebih percayakan Miley dari aku! Hati anak mana yang tak sakit, wei?! Sekeras-keras aku, aku ada hati jugak tapi mummy daddy tak pernah kisah pasal hati aku! Salah aku ke bila aku cuba nak bela maruah Jihan? Salah ke aku nak lindung Jihan dari perempuan gila macam Miley? Salah aku ke bila aku belasah orang yang cabul adik perempuan aku? Salah aku ke?”
Elly terkedu! Ya Allah. Rupanya itu yang disimpan oleh Johanna selama ini. Tiada siapa tahu dan siapa sangka. Miley yang nampak bersifat keperempuanan itu rupanya songsang! “Kau tak cuba bagitahu parents kau?”
“Kau ingat dia orang nak percaya cakap aku?! Baru aku nak bela diri, aku kena tampar dengan daddy! Mummy cakap dia malu dapat anak macam aku, daddy cakap dia kecewa aku lahir dalam keluarga dia! Mana letaknya aku dalam keluarga kalau mak ayah aku tak iktiraf aku sebagai anak dia orang?! Dalam rumah tu, hanya ada tiga orang hargai kehadiran aku. Mak Mah, Jihanna dan Jehan. Hanya tiga orang manusia tu yang buat aku masih tinggal dekat situ,” Ujar Johanna sambil tersenyum tawar. Air matanya terus mengalir. Lemahnya seorang Johanna...
“Jo...” Seru Nuha. Bibirnya diketap, “Bagi aku, hang kuat Jo... sangat kuat. Kalau aku jadi hang, mungkin aku dah angkat kaki dah.”
Johanna ketawa, tawar. Kosong. Tak berperisa. Air matanya dikesat kasar, “Korang nak tahu siapa orang yang paling aku sayang dalam dunia ni?”
Mereka bertiga mengangguk, “Siapa?”
“Mummy dan daddy aku. Dia oranglah yang paling aku sayang walaupun... walaupun... dia orang tak sayang aku...” dan Johanna terus menangis. Sungguh-sungguh dia menangis. Beban perasaan yang dia tanggung selama ini, dia lepaskan terus tanpa dia tahan.
Cap, Ken dan D.O. yang berdiri di tepi bangunan turut terasa sebak. Tanpa sedar Cap sudah terduduk. Dia tak tahu langsung tentang Miley yang mencabul Jihan. Kalaulah dia tahu, dia dulu yang akan belasah Miley.
Ken meraup wajahnya. Dia tahu Johanna ada masalah dengan keluarganya tapi tidak dia sangka seteruk ini. Johanna Sofea, kau manusia kental...
D.O. hela nafas. Air mata yang bertakung di matanya dikesat laju. Bibirnya mengukir senyum tawar. Beratnya beban yang kau tanggung selama ni, Jo! Maafkan aku sebab tak cuba jadi kawan yang mampu ringankan beban kau.
p/s: heya people. sorry for the hiatus. saya sangat busy sekarang, dengan praktikalnya, dengan siapkan mssnya. doakan saya. ya, saya tahu saya pernah cakap saya nak hentikan update FLY tapi...hari ni saya rasa saya nak jadi baik. boleh kan?

41 comments:

  1. Tq memang rindu sgt ngan johanna n good luck

    ReplyDelete
  2. Please. .jgn hentikn..bg la sampai tamat..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ksian kat jo ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

    ReplyDelete
  5. Ang sangat kuat jo . Sangatt .. i feel u johanna .. i feel .. touching sangat kak ..
    Due dianggap bermasalah . Tp hanya org yg rapat dengan die je tau kebaikan die ..
    Akk buat sye nangis kak .. ๐Ÿ˜ญaishhh .. sedeh .. tu yg sye rase๐Ÿ˜”
    Tq kak .. besttttt . Iloveu kak๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  6. Bila baca kisah jo..
    menitis air mata akak ni..
    T.q sis..

    ReplyDelete
  7. If ada masa terluang, sambunglah lg ye.. =)

    ReplyDelete
  8. Wat tamat kt cni la... plizzz writer

    ReplyDelete
  9. Sapa potong bawang merah ni.. sobs sobs sobs..

    ReplyDelete
  10. U make me cry akak~ ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

    ReplyDelete
  11. Terkesan dengan luahan kata2 jo...well...nasib aku pon lebih kurang macam tu lar....kadang2 sabar pom ada tahap die...rasa nak lari jauh je...tpi fikir balik xda kesudahan juga lari dri msalah nie...
    _qaseh_

    ReplyDelete
  12. Wow mmg tersentuh hati dengar luahan hati Johanna yg menusuk kalbu

    ReplyDelete
  13. Kenapa hadi tak dgr luahan johanna. ��������-inas-

    ReplyDelete
  14. Ah... meleleh air mata..

    ReplyDelete
  15. Alahai..bawang ni buat pedih mata plk..huhuhu...really hope Cap pergi belasah Miley tu lpas ni..dush3..

    ReplyDelete
  16. Sedih nya berulang kali baca:'(

    ReplyDelete
  17. Semua dh dgr the big secret. But...where's Hadi????

    ReplyDelete
  18. :'( jo.. be strong dear.. percayalah kebaikan akan dtg jgk akhirnya.. fighting! :)

    ReplyDelete
  19. awat letak asap dalam ni..
    berair mata ai..
    blh rasa apa yg Jo ras..mcm kna kt diri sendiri..
    keep it up writer...u r great..
    nice entry..
    will waiting next entry and this book...

    ReplyDelete
  20. Aaaaa sedihnye,kan mata saya dah bocor ni..huhu

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Thanks....
    - Ila

    ReplyDelete
  23. sgt tersentuh....smbung lgi ia.. :)
    -nisa-

    ReplyDelete
  24. wahhh sedih sangat kesian dgn nasib Jo.... best sambung lagi..... tq

    ReplyDelete
  25. Arghhh Jo I can feel what you feel it's very hurt right huhu..please akak make it the ending in this blog..

    ReplyDelete
  26. Huwaaahh ....harap beban Jo terlerai lah

    ReplyDelete
  27. please keep update us story ni... hati x puas selagi si miley tu x kena belasah lagi..

    ReplyDelete
  28. Simpati pd Jo.. :'( moga Jo terus tabah.. mesti ada hikmahnya! Najwa thumbs up 4 this n3! Harap trus smbung di blog.. :)

    ReplyDelete
  29. Tabah la johanna
    sedih nya n3 ni, smpai nitis air mata

    ReplyDelete
  30. Huwaaahh ....harap beban Jo terlerai lah

    ReplyDelete
  31. Walau baca berkali2 still kesedihan hati srorang Johana still dapat dirasa. Love this story so much.

    ReplyDelete
  32. jgn stop...best n3..sebak gila...gud job...nak lagi...

    ReplyDelete
  33. Ciannya kat Jo.. huk3.. cik writer smbung la smpai abes.. jngn la stop.

    ReplyDelete
  34. miss writer tolong jangan stop post FLY..harap FLY habis kat blog je please..(kelip-kelip mata) (buat muka comel)

    ReplyDelete
  35. Ya Allah menngis ak baca. I can feel u Jo..

    ReplyDelete