Tuesday 10 February 2015

[Mini Novel] FLY (BAB 15)

“Siapkan soalan latih tubi redoks ni. Hari Isnin ni waktu prep petang, jumpa aku kat library. Kita check benda ni sama-sama,” beberapa set soalan Kimia dihulurkan kepada Johanna.
“Untuk hujung minggu ni, tak boleh ke kau biarkan aku hidup normal macam orang lain?”
“No!” Hadi menggeleng lalu dia bangun. “Ingat, siapkan latih tubi ni. Assalamualaikum!”
Johanna merengus. Langkah Hadi yang dah menjauh dipandang sebelah mata saja. Hitler!
"Jo, kau apahal termenung panjang aje ni? Ada masalah?" D.O. yang sedang membetulkan tune gitarnya memandang Johanna yang nyata sedang mengelamun.
"Macam mana kau boleh tahan dengan Hadi, D.O.?" Soal Johanna sebaik sahaja lamunannya hilang.
"Hah?"
"Dia tu perangai macam Hitler kau, tau?"
"Aku rasa dia okey je, Jo."
"Okey? Pfft! Dia tu wajib kena campak masuk tasik kat belakang makmal KH tu kau, tau?"
"Siapa wajib kena campak masuk tasik tu?"
Serentak, Johanna dan D.O. angkat kepala. Tak sampai seminit, Johanna terus memandang gitar di ribanya.
"Joging ke, bro?" D.O. bertanya.
Hadi mengangguk, "Aku lepak kat sini kejap, boleh? Hilangkan penat kejap."
"Duduklah, wei. Tak payah minta kebenaran pun."
"Manalah tau, kot ada yang tak suka," ujar Hadi sambil mengerling Johanna yang sudah mula memetik gitar.
"Memang aku tak suka pun," balas Johanna. Datar.
D.O. mati kata. Ah, sudah! Nak perang ke? Tunggulah Nuha dengan Elly datang dulu.
"Kau tak suka pun, aku tetap nak duduk sini."
"Whatever, dude!"
"Jangan lupa siapkan kerja yang aku bagi tadi," ujar Hadi bersahaja sebelum dia bangun. Dia memang nak duduk sekejap aje, Lagipun dia tau, Johanna masih bengang pasal tadi, "D.O., aku blah dulu. Dah janji dengan Ilman nak bersihkan surau sebelum maghrib karang."
D.O. angguk, Langkah Hadi yang dah menjauh dia pandang lalu dia memandang Johanna, "Kau memang tak boleh eh dengan Hadi tu?"
"Kalau dia tak blah tadi, aku rasa aku dah hentak gitar ni kat kepala dia."
D.O. jatuh rahang. Apa si Hadi ni dah buat dekat Jo ni? Sampai nak hentak-hentak gitar. Scary siot! Baru D.O. nak bersuara, menenangkan Johanna, dia tercengang melihat tali gitar Johanna.
“D.O., kau practice dululah. Aku terputuskan tali gitar sendiri,” ujar Johanna, tanpa nada.
D.O. mengangguk saja. Nak bersuara, dia takut. Johanna kala itu macam ada aura nak bunuh orang. Lebih baik tutup mulut kalau tak nak kena pancung dengan Jo.

Johanna pandang Nuha yang sedang menyiapkan latihan esei Sejarah sebelum dia mengerling pada Elly yang sedang membuat latihan Pendidikan Islam. Nida yang sedang melipat baju di atas katilnya dipandang pula.
“Kau nak apa Jo? Pandang-pandang aje kita orang dari tadi,” Elly tanpa mengangkat wajah dari buku latihan bertanya.
“Aku lapar.”
 “Hah?” Nuha berpaling lipat maut pada Johanna.
“Come again?” Nida tercengang.
Elly terlopong pandang Johanna, “Kau kata apa tadi?”
“Aku lapar...”
“Dah pukul 1.30 pagi, Jo!” Nida jungkit kening. Baju yang dia sudah lipat kemas dimasukkan dalam almari.
“Tahu.”
“Aku ada maggi, kalau hang mau!” Nuha bersuara.
“Aku nak makan roti canai,” Johanna sengih.
“Kau biar betul, Jo? Mana nak cari malam-malam buta ni,” Nida berpaling pada Johanna.
“Sebenarnya...” Johanna garu kepala yang tak gatal.
“Kau jangan cakap kau nak fly, Jo.”
Tebakkan Elly buat Johanna hela nafas, “Aku nak gantikan tali gitar aku yang putus ni, sebenarnya.”
“Mana ada kedai yang buka malam ni, Jo!” Nida duduk di sisi Johanna.
“Cap...” Johanna pandang Elly lalu dia bersuara, “Cap boleh gantikan. Dia reti betulkan.”
“Kenapa tak tunggu esok ja?” Nuha membetulkan kerusinya lalu dia berpaling pada Johanna.
“Cap ada tuisyen esok. Dari pagi sampai petang. Walaupun dia boleh aje ponteng tapi dia tak boleh nak ponteng sebab pemilik tuisyen tu kawan baik mak dia.”
Nida mengeluh. Gitar Johanna dipegang, “Macam mana kau nak seludup gitar ni?”
“I have my own way. Aku nak tinggal gitar ni dekat Cap, aku pinjam gitar dia yang aku pernah guna.”
“Bahaya, Jo. Hujung minggu ni selalunya Cikgu Lah kuat buat spot check.”
Johanna mengeluh, “Aku kalau dinner tu lambat lagi, aku tak ada masalah. Tapi dinner tu lusa malam. Aku dengan D.O. practice pun tak berapa sangat.”
Elly mengeluh, “Cap tahu ke?”
“Cap dah tunggu aku dekat pagar belakang.”
Nida mengeluh lalu sweater Johanna yang tergantung di pintu almari dicapai, “Pakai ni. Kitorang tolong cover sampai dewan makan. Buat-buat ambik air panas kat water dispenser kat DM tu.”
Johanna senyum, “Guys! You’re the best! Thank you, people!”
Nida tak dapat menahan dirinya dari tersenyum. Haih, mencemar duli dah aku. Pengawas tolong orang fly.

Johanna buka mata saat terasa kakinya ditarik-tarik, “Hmm...?”
“Bangun, Jo! Subuh.”
Johanna bangun dari baringnya lalu rambut yang terasa kusut dibetulkan sikit. Dia mengeliat sikit sebelum bangun dan keluar dari bilik untuk mengambil air sembahyang di tandas.
“Pukul berapa Jo balik semalam?” Tanya Nida pada Elly yang sedang membentangkan sejadah.
“Tak tahu. Aku stay up sampai pukul 2.30 pagi. Dia tak balik lagi waktu tu.”
Pintu bilik yang dibuka dari luar buat Nida dan Nuha sama-sama mengangkat muka. Johanna kembali dari bilik air dengan pakaian basah. Dari baju t-shirt lengan pendek sampailah seluar tiga sukunya, basah!
“Kau ambik wuduk ke kau main air, Jo?”
Johanna menghela nafas panjang, “Aku nak tambah lagi satu lagu untuk persembahan esok.”
“Hah?” Nida dan Elly sama-sama tercengang. Mamai lagi ke budak ni?
“Shut Up! Lagu khas untuk Head Girl bengong tu!” Johanna capai tuala dan barang mandiannya yang ada di tepi almari, “Aku kena mandi. Ni air sabun campur kloroks. Minah bangang tu simbah air dekat aku waktu aku tengah ambik air sembahyang.”
“Rena simbah air dekat kau?”
“Dia ulang balik sindiran yang aku bagi dekat dia waktu dekat padang hari tu. Tup, terus dia simbah air dekat aku. Bangangnya punya perangai. Kalau simbah dekat aku aje tak apa, ni kena dekat Ika budak kelas Barium tu sekali. Tak pasal-pasal aku pun kena maki dengan Ika.”
Nida siku Elly bila Elly buka mulut nak bertanya lagi pada Johanna. Johanna kalau marah, kita tanya soalan apa pun takkan jawab. Dia akan buat tak tahu aje sebaliknya dia akan terus bercerita. Dia faham sangat dah! Johanna tengah marah! Mampuslah kau esok, Rena!
Tanpa kata, Johanna terus keluar dari bilik. Hatinya masih panas. Kalau dia tak ikutkan akal fikiran dia yang waras ni, mesti dia dah pergi ke Makmal Kimia sekarang ambik asik hidroklorik pekat lepas tu simbah dekat muka Head Girl bengong tu! Grrr! Kau tunggu perempuan, kau tunggu...

“Shut Up?! Wei, aku tak tau chord lagu tu!” D.O. dah garu kepala yang terasa serabut. Biar betik Jo ni!
“Ni chord dia. Tolong aku, please D.O. please...” Johanna kelip-kelipkan matanya, buat-buat comel selepas menghulurkan sehelai kertas penuh dengan chord lagu Shut Up.
“Kenapa tiba-tiba nak tambah lagu?”
“Revenge.”
“Hah?”
“Rena simbah aku waktu subuh tadi dengan air basuhan baju dia, kau tau? Haprak sungguh minah tu.”
“Kau nak buat kecoh ke, Jo?”
“Bukan buat kecoh,” Johanna menggeleng. “Ni lebih kepada mencurahkan rasa hati aku dekat Rena or something like that.”
D.O. menggelengkan kepala, “Yelah. Dah, jom practice!”
Johanna senyum sebelum mula memetik gitar yang ada di ribanya. D.O. juga mula memetik gitar, sebelum mereka sama-sama menyanyi lagu mereka yang pertama.
Nuha yang sedang membaca novel menutup novelnya lalu dia turut menyanyi bersama D.O. dan Johanna.
Selesai latihan lagu yang pertama, D.O. tiba-tiba bertanya, “Korang dah fikir nak pakai baju apa dinner esok?”
Johanna yang memetik gitar, berhenti tiba-tiba, “Oh, shit! Aku tak ada baju nak pakai untuk dinner esok!”
Nuha tercengang, “Eh?”
“Nuha, balik jom. Cari baju untuk dinner itu pun kalau ada dalam almari aku tu. D.O, kau practice lagu Shut Up tu dulu. Esok pagi kita practice sama-sama.”
D.O. ketawa lalu mengangguk. Johanna, Johanna... nasib baik aku ingatkan kau pasal baju dinner.

"Jo?" Seru Nida perlahan.
Johanna angkat muka dari timbunan bajunya yang berselerakan di atas katil.
Elly kerut dahi, "Kau gaduh dengan siapa ni?"
Johanna sengih, "Mana ada aku gaduh dengan sesiapa pun."
"Dah baju kau ni dok bertaburan ni kenapa?"
"Cari baju sesuai untuk dinner, katanya...” ujar Nuha separuh mengeluh. Penat!
Elly ketawa. Nida pula senyum menggeleng, '"Dah, jumpa ke bajunya?"
Johanna geleng, "Tema apa entah? Tradisional kan? Aku pakai jeans dengan t-shirt ajelah ye?”
"Trylah kalau nak main kejar-kejar dengan Cikgu Lah," ujar Nida sebelum ketawa.
Johanna mencebik, "Dah? Nak pakai baju apa?"
"Pakai baju kurung ajelah, macam kita orang."
Johanna mengangguk. Betul jugak tapi... "Kalau pakai baju kurung tapi pangku gitar atas stage, tak nampak pelik ke?"
"Tak peliklah. Unik sikit je. Dah ready ke nak perform esok?" Tanya Elly sambil memetik tali gitar milik Johanna.
Mata Johanna bersinar. Dia mengangguk lalu tersengih, "Of course, kali ni... aku nak pastikan mamat tu terlopong tengok performance aku. Pandang rendah sangat dengan aku, kan?”
"Hadi?" Elly jungkit kening, bertanya.
"Eh?” Johanna jungkit kening kembali.
Elly dan Nida sengih, "Kau, bila dengan dia aje kau punya semangat jadi lain macam."
“Kureng...” Johanna buat muka! Nak bahan akulah tu.
“Jo, aku dah jumpa! Baju ni!” Tiba-tiba Nuha menjerit sambil menunjukkan sepasang baju kurung yang ada di dalam almari Johanna, “Hang tak pernah pakai lagi kan baju ni?”
Serentak tiga pasang mata berpaling pada Nuha. Elly dan Nida senyum lalu mengangguk, “Cantik!”
Wajah Johanna berubah sedikit namun dia tetap mengangguk, “Okey, aku pakai yang itu.”

Johanna menyikat rambutnya yang sudah panjang melepasi bahu. Hilang habis rambut boycut miliknya dulu. Dulu dia tak pernah terfikir nak ada rambut panjang tapi bila sebilik dengan minah bertiga ni banyak merubah dirinya.
“Jo, termenung pulak?” Nida menyiku Johanna sebelum kembali membetulkan selendang di atas kepalanya.
Johanna ketawa, “Mana. Aku terpegun tengok diri sendiri. Cantik aku ni, kan?”
“Uweeek!!! Kembang tekak aku. Uweeekkk!!” Nuha pura-pura muntah dan Elly pula ketawa dengan gelagat Nuha.
“Kau memang cantik. Baru tahu ke?” Puji Nida sebelum menjungkit-jungkit kening, gaya kasanova.
“Kau apahal, minah? Tiba-tiba jadi kasanova. Skru hilang kot, “ Elly tumbuk bahu Nida sebelum dia mendekati Johanna, “Jo, nah hadiah untuk kau!”
Johanna pandang Elly. Tangan Elly yang memegang klip rambut bunga-bunga itu dipandang, “Hair clip?”
“Meh aku pakaikan,” ujar Elly dengan mata yang bersinar.
“Eh, kena pakai ke?”
Elly senyum, “Pakailah, baru naik seri sikit. Klip rambut ni, kak long aku yang hadiahkan untuk aku tapi aku jarang pakai, so hari ni aku nak pinjamkan untuk kau kejap. Lagipun bunga-bunga hair clip ni sesuai dengan baju kurung kau. Warna merah jambu.”
“Hang ni, Jo! Pakailah. Baru lagi cantik,” Nuha sengih.
Johanna lepas nafas lalu mengangguk, “Yelah. Make sure kasi aku nampak cantik, okey?”
“Okey, bos!” Elly tabik hormat sebelum menarik Johanna duduk dan mula memakaikan klip rambut itu pada rambut Johanna.

Johanna berjalan bersama kawan-kawannya sambil bahunya menggalas beg gitar. Sesekali mereka ketawa dan bertegur sapa dengan pelajar tingkatan lima yang turut menuju ke arah Dewan Cengal.
“Jo! Nuha!” Serentak Johanna berpaling ke belakang bersama Nuha. Zahin, Eman, D.O., dan Hadi berjalan di belakang mereka.
“Oh, man! Hadi!” Bisik Johanna pada Nuha membuatkan Nuha ketawa. Elly dan Nida turut berpaling sambil bersembang sesama mereka.
“Wei, Nuha! Kenapa kau lawa sangat malam ni?” Ujar D.O. sebaik saja mereka bertentangan mata. Hadi turut berhenti bersama D.O. manakala Zahin dan Eman sudah pun berlalu, menuju ke arah dewan.
“Eh, aku memang original lawalah! Hang ja tak nampak,” Nuha buat muka.
“Aku selalu aje nampak, kau yang tak pernah pandang aku!” Balas D.O. sebelum mengenyitkan matanya.
Johanna menjulingkan matanya, “Tak payah nak jual minyak sangatlah. Geli tekak aku!”
Hadi mengerling jam di tangannya, “Jomlah, D.O.! Dah lambat. Karang aku kena berucap lagi.”
“Jo, Nuha! Let’s go!” Elly menggamit mereka berdua. Johanna mengangguk, “Jumpa kat dalam, D.O.!”
D.O. mengangguk. Nuha pula senyum dan terus berlalu bersama Johanna, “Jo...”
“Hmm...?”
“Hang tak rasa Hadi nampak terlebih handsome ka malam ni?”
“Pakai baju melayu pun handsome?”
“Tak handsome ka?”
“Tak. Hari-hari aku tengok muka dia tu. Tak handsome langsung.”
“Hang memang, anti sungguh dengan dia! Cuba-cubalah berbaik dengan dia.”
Johanna jungkit kening, “Me? Him? Never!”
Nuha ketawa lalu menggeleng. Jo, Jo... jangan dari benci jadi sayang dahlah.

p/s: selamat membaca. terima kasih kerana faham dengan kesibukan saya :) love you all <3

13 comments:

  1. Macam dok rasa hadi akan duet lagu kedua dgn jo aja.. hahahaha. ;) suprise dr d.o!

    ReplyDelete
  2. Best xsbr nk peluk fly

    ReplyDelete
  3. Sama2 terpikat tp x nk mengaku...

    ReplyDelete
  4. Sama2 terpikat tp x nk mengaku...

    ReplyDelete
  5. Nuha... suka nau kenenkan jo ngan hadi.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Bestnya citer nih...xsbr la miliki fly ...

    ReplyDelete
  7. Jo pkai hair clip? Haha . Mcm mane la rupe jo ni ea? Msti lawaaa . Hadi da terpegun da sbnanye tu . Hehe .. Xsbar bk tgk jo ngan D.O kt ats pentas . msti hadi terpegun n reaksi rena tntg lagu jo tok rena ..
    Tq kak . Best . Lpas gak rindu kt dorg ni . Hehe loveit๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
  8. Sebab best, walau panjang rasa kejap sgt abiss....tqtqtq

    ReplyDelete
  9. wahhh... xsbr nak tunggu bab seterusnya.. tp knapa reaksi jo mcm to bila nuha tunjuk baju kurung yang dia nk pakai untuk dinner nanti.. xcited nak tunggu jo buat persembahan... nk tgk jgk ap reaksi rena nanti...

    ReplyDelete
  10. Huweeeeeee mesti cantik jo dgn sepit rambut bunga2. Apa comment hadi kat jo yek?

    ReplyDelete
  11. seriously........best3x

    ReplyDelete
  12. baru je dapat ubat rindu kat Jo.. ๐Ÿ˜” btw thanks miss writer..

    ReplyDelete
  13. Lagu apa la yg jo nak tuju kat Rena..ek..hehe

    ReplyDelete