Tuesday, 17 February 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 1)

Lily kerling jam di dinding. Jam sudah menginjak ke pukul 11 malam. Iman Zariff, suaminya masih belum pulang. Sejak akhir-akhir ini, Iman sudah pandai pulang lewat ke rumah. Hati perempuannya tidak tenteram. Tambah-tambah pula hubungan mereka berdua semakin dingin. Salah dia sebenarnya tapi...
Satu keluhan dia lepaskan. Bunyi deruman kereta dari luar rumah buat dia berpaling ke pintu. Iman sudah pulang! Pakaian di tubuhnya dia kemaskan lalu dia berpura-pura menonton televisyen yang menayangkan filem Hong Kong lakonan Jet Li.
“Assalamualaikum...” Berserta salam, pintu rumah dikuak. Iman yang masih lengkap berkemeja masuk ke dalam rumah.
“Waalaikumussalam,” perlahan Lily menjawab. Dia kalihkan wajah dari peti televisyen ke wajah Iman, “Awak nak makan?”
Iman menggeleng, “Saya dah makan tadi.”
“Minum ke?”
Iman menggeleng lagi. Dahinya berkerut sedikit, “Awak kenapa?”
“Kenapa?” Lily pandang Iman lagi.
“Nothing! Saya naik atas dulu.”
        “Iman...”
Iman yang baru nak melangkah naik tangga berpaling memandang Lily, “Yes?”
“Saya...” Lily ketap bibir, “Saya... nak cakap sikit. Boleh?”
Iman merengus, “Saya letih, Lily! Esok-esok ajelah kita cakap. Saya nak siapkan kerja lagi, esok ajelah nak cakap ke, nak bincang ke.”
Lily hela nafas. Iman sudah pun melangkah naik ke tingkat atas. Betullah. Iman sudah lain. Dulu Iman tak pernah merengus. Dulu Iman tak pernah nak berdalih sana sini. Bibir Lily mengukir senyum tawar, sebelum kau salahkan Iman, salahkan diri kau dulu. Semua ni berpunca dengan diri kau jugak, Lily!

Lily hela nafas melihat kereta Iman yang sudah tiada di dalam garaj rumah. Iman keluar awal pagi, tanpa pamitan, tanpa ucapan selamat pagi seperti selalu. Mereka juga sudah lama tidak berjemaah sekali. Dulu, dia yang akan mengejutkan Iman bangun tidur tapi sekarang, saat dia terjaga, Iman sudah pun duduk di atas tikar sejadah. Nak kata dia bangun lambat, tidak. Dia bangun paling lewat pun pukul 6.30 pagi. Apa dah jadi dengan hubungan mereka ini?
Dalam Lily meladeni perasaan sendiri, telefon bimbit yang ada di dalam beg tangannya berbunyi. Telefon jenama Samsung itu dikeluarkan lalu jarinya segera menolak icon panggilan yang naik di atas skrin.
“Hello, assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam, Lily!”
Lily spontan mengukir senyum mendengar suara Dayah, rakan baiknya di talian, “Dayah! Amboi, cerianya mak cik!”
“Cerialah! I have a good news. Sebenarnya aku nak hold sampai tengahari tapi aku dah tak boleh nak tunggu dah! Aku nak kena cerita jugak dekat kau.”
“Kenapa?”
“I’m getting married! Paan senyap-senyap hantar rombongan meminang semalam!”
Lily menekup mulut! “At last, Dayah! Alhamdulillah! I’m happy for you! Dan aku tak sangka Paan, kaki buli kau tu yang masuk meminang!”
“Kan? Aku pun tak sangka gila! Let’s meet up, Lily! Tengahari ni, lunch sama-sama. What say you?” Usul Dayah.
Lily pandang garaj kereta yang sudah kurang sebuah kereta. Cadangnya dia nak mengajak Iman makan tengahari bersama-sama. Dia ingin betulkan kesalahannya tapi tak sempat nak mulakan langkah pertama, Iman pula sudah menjauhkan diri.
“Lily?”
“I’m here!” Sahut Lily, laju. Terleka meladeni perasaan sehingga terlupa Dayah masih di talian, “Dayah, jomlah jumpa! Kebetulan, aku nak tanya pendapat kau ni.”
“Kenapa? Kau ada masalah?” Soal Dayah, risau.
“Tak adalah. I’m all good. Nanti jumpa, aku cerita okey?”
“Okey. Jumpa tengahari nanti. Nanti kau Whatsapp aje aku kat mana kau nak jumpa,” ujar Dayah, akur pada kata-kata Lily.
“Okey. Aku nak kena gerak dah ni, karang lambat pulak sampai ofis. Apa-apa nanti, aku bagitahu lain.”
“Okey! Hati-hati Lily. Assalamualaikum...” salam yang diberikan Dayah dijawab di dalam hati. Kunci kereta dikeluarkan dari beg tangannya. Butang hijau di yang pada kunci keretanya ditekan. Jam di tangan dikerling lagi. Dah pukul 7.30 pagi, lebih baik gerak sekarang, karang jammed, sesak jiwa raganya!

Lily ketawa mendengar cerita Dayah mengenai rombongan meminang dari Paan. Akhirnya, kawannya ini menikah juga! Dulu, dia selalu cakap dia cemburu dengan Lily sebab kahwin awal, “Tapi kau tetap happy kan?”
“Gilalah aku kalau tak happy! Dari zaman kita sekolah menengah sampai masuk universiti, kau pun tahu tak ada sesiapa yang approach aku. Lainlah kau, awal-awal Iman dah cop!”
Senyuman di bibir Lily mati. Betul, dia... awal-awal lagi Iman dah cop! “Tapi Paan kira dah lama juga cop kau, kan? Diam-diam Paan tu minat kat kau kan?”
Dayah jungkit bahu namun bibirnya mengukir senyum, “Lepas kahwin, jangan haraplah aku kasi dia buli aku lagi!”
Tawa Lily meletus, “Tengok gaya, korang akan saling membuli.”
Dayah ketawa, “So, apa cerita kau dengan Iman sekarang?”
Lily senyum tawar, “Same old, same old!”
“Kau nampak makin kurus sekarang, Iman tak bagi kau makan ke?”
“Ye ke? Aku busy sikit. Kadang-kadang ada skip makan. Iman ada jugak tegur,” Lily ukir senyum plastik sebelum dia berdiri, “Dahlah, wei! Jom pergi. Tadi kau kata nak survey baju pengantin.”
Dayah mengangguk dan terus berdiri. Mereka saling beriringan sambil keluar dari premis restoran makanan segera tersebut. Sesekali mereka ketawa apabila mereka berbual kosong sebelum telefon pintar Lily berbunyi, minta diangkat, “Kejap, Dayah!”
Dayah mengangguk lalu dia memandang kawasan sekeliling. Kompleks membeli-belah ini tetap ramai orang walaupun bukan hujung minggu. Sedang dia memerhatikan kawasan sekelililing, matanya terpaku pada gelagat sepasang manusia yang sedang ketawa mesra di sebuah premis restoran makanan segera yang lain.
Dayah segera mengalihkan pandangannya pada Lily yang sedang bercakap telefon. Bibirnya bergerak-gerak, ingin menyatakan sesuatu.
Lily yang baru selesai bercakap telefon memandang Dayah dengan keningnya terjungkit sebelah, “Kenapa, Dayah?”
Dayah menghela nafas, “Lily, kau... dengan Iman betul-betul okey ke?”
“Apa kau ni? Kan aku dah cakap, kami okey?”
Dayah mengangguk, “I saw Iman with someone else. Girl.”
Wajah Lily berubah sebelum tersenyum, “Kat mana?”
Dayah menuding jarinya ke arah restoran yang dia nampak Iman tadi. Lily membuang pandang ke arah yang dituding Dayah. Dia tergamam sesaat sebelum mengukir senyum yang dia tahu, bukan dari hati, “Klien dialah tu! Jom, Dayah! Nanti nak masuk kerja pulak.”
Dayah biarkan saja Lily menarik tangannya. Sempat dia menoleh ke restoran yang dia nampak Iman tadi. Kemudian, dia kembali memandang Lily yang tak habis-habis berceloteh. Lily, kenapa dengan kau dan Iman? Kenapa kau tipu aku? Tak mungkin perempuan tu klien Iman, Lily. Klien apa kalau makannya bersuap? Lily...

Lily menarik sila saat orang yang dinanti sudah muncul, “Lambat!” Bibirnya dimuncungkan ke hadapan. Bengang! Geram! Semua ada.
Iman yang baru duduk di hadapan Lily tersenyum. Comel sungguh dia ni! “Sorrylah! Saya ada perjumpaan dengan presiden kelab bolasepak.”
“Oh, pasal friendly match minggu depan ke?”
Iman mengangguk, mengiakan pertanyaan Lily, “Awak nak minum tak?”
Lily mengangguk, “Nak.”
“Tunggu kejap!”
Lily mengangguk. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Ada dua tiga orang lagi pelajar di kawasan kantin sekolah. Mungkin sedang mengulangkaji pelajaran, mungkin juga berdating. Macam dia dan Iman.
“Senyum sorang-sorang!” Tegur Iman sebelum meletakkan dua gelas air di hadapan Lily.
Lily buat muka sebelum dia mengukir sengih, “Biarlah.”
“Lily...”
“Hmm...?” Lily menyahut sambil menyedut air sirap limau di dalam gelas.
“Saya tak boleh biarkan awak senyum macam tu lagi, sorang-sorang,” serius saja wajah Iman kala itu.
“Kenapa?”
Iman ukir senyum manis, “Sebab senyuman awak tulah saya jatuh cinta!”
Lily buka mata! Dia meraup muka sebelum dia bangun dari baringnya. Jam di dinding dia pandang. Sudah pukul 9.00 malam. Iman masih belum pulang. Baru dia bangun untuk naik ke tingkat atas, pintu rumah dibuka dari luar. Sesaat, mata Iman dan Lily bertembung sebelum Iman melarikan matanya ke arah lain.
“Lambat awak balik,” tegur Lily, perlahan.
“Hmm...” sahut Iman sebelum melangkah, nak naik ke tingkat atas namun saat dia melintasi Lily, lengannya ditarik oleh Lily.
“We. Need. To. Talk.”
Iman kalih memandang Lily. Nafasnya dihela panjang lalu dia mengangguk.


p/s: maaf buat anda yang menunggu FLY. Di atas sebab tertentu, FLY tak akan diupdate di blog lagi. kalau ada pun, mungkin nanti. Saya tak tahu bila dan saya tak janji. Saya minta maaf sangat-sangat tapi jujurnya, saya sendiri sedih sebab tak boleh update FLY lagi tapi saya terpaksa. Maaf. 

15 comments:

  1. xpe kak .. kami sanggop tnggu . Hee
    Cerite ni best kak . Permula yg best . N ternanti2 ape yg akan jd .. tq kak . Loveit 😍😘😁

    ReplyDelete
  2. xpe kak .. kami sanggop tnggu . Hee
    Cerite ni best kak . Permula yg best . N ternanti2 ape yg akan jd .. tq kak . Loveit 😍😘😁

    ReplyDelete
  3. Alaaa nk FLY huhuu...tiap2 hari belek blog tunggu update fly sob..sob..sob..

    ReplyDelete
  4. Dah terasa ngilu di hati... huhuhu... best... cepat-cepat sambung ya..

    ReplyDelete
  5. rindu iman dan lily .. huhu sedihh

    ReplyDelete
  6. best... cite yg menarik tak sabar tunggu sambungannya.

    ReplyDelete
  7. Xpe la dik, wish you all the best. Huhu buat Jo n Head boy, hope to see u soon. Will miss u...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. sadisnyee. bru ade msa nk baca. nnti saya bacalah bab yg lain. bru smpat yg ni je..

    ReplyDelete