Saturday, 1 July 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 15)

“Tengahari ni jom lunch sekali,” ajak Radzi yang sedang menyarung kasut ke kaki kanannya.
Kasyaf yang sedang memanaskan enjin kereta mengangguk saja, “Aku okey je.”
Lutfi yang sudah duduk di atas motornya angkat isyarat bagus, tanda setuju dengan idea Radzi, “Jumpa tengahari karang. Aku gerak dulu!”
Radzi dan Danny serentak mengangguk. Kasyaf pula tanpa kata terus berlalu, mengikut motor Lutfi.
“Radzi, kau tak payah tanya jawapan aku. Ke mana saja kau pergi, aku rela ikut!” Danny sengih sambil menjungkit-jungkit keningnya.
Radzi buat muka sebelum dia memandang Aman yang sedang membetulkan kemeja yang tersarung pada tubuhnya, “Amboi, segaknya! Berkemeja bagai, ada presentation ke?”
Aman sengih lalu angguk, “Madam Evelyn punya kelas.”
“Aaa... yang suka panggil nama secara random aje kalau nak suruh orang buat presentation, kan?” Danny memetik jari setelah wajah Madam Evelyn bermain di mindanya.

Friday, 2 June 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 14)

"Ika..."
"Hmm?"
"Thanks."
Ika yang sedang mengutip sampah yang bertaburan di kawasan program Sehati Sejiwa tadi berdiri terus, "Kau cakap apa?"
"Aku cakap terima kasih."
"Tiba-tiba je kau ni. Kau letih sangat ke ni?"
Kasyaf ukir senyum, "Aku cakap terima kasih je kot."
"Dah tiba-tiba je kau cakap terima kasih."
Kasyaf menggeleng. Cakap terima kasih pun pelik ke?
"Wei, Kasyaf."

Monday, 8 May 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 13)

"Hai, Kak Jihan!" 
“Ha...” Jihan yang sedang membungkus kuah mee kari panggung kepala, "Ceh, korang ke? Ingat budak junior mana nak mengorat aku."
Aman ketawa, "Ada ke budak junior nak mengorat kau? Mangkuk ni je yang dok mengorat kau tak lepas-lepas."
Danny buat tak peduli dengan usikan Aman, "Kau sorang je? Orang lain mana?"
"Pagi ni kami tiga orang je tapi yang dua orang tu pergi toilet.”
"Budak koperasilah?"
Jihan angguk, "Ala, korang kenal kot."
"Huh? Siapa? Budak koperasi yang aku kenal kau je," Aman mengerutkan dahi sebelum memandang Danny.
"Ala, junior kita setahun. Tak salah aku, budak dua orang tu budak kelab korang waktu first year. Apa ke entah nama dia orang..."
"Kau ni tak tua lagi dah nyanyuk," Danny menggeleng kepala, seolah-olah menyesali takdir hidup Jihan.

Friday, 5 May 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 12)

"Wei, Kacap! Bangun! Kau tidur kat sini apahal?"
Kasyaf yang terasa bahunya diketuk membuka mata! "Aku tak larat nak jalan masuk bilik."
Danny kerut dahi, "Pukul berapa kau balik? Aku terjaga pukul satu, kau tak balik lagi."
"Pukul tiga lebih. Sekarang pukul berapa?" Kasyaf gosok mata. Badannya masih terasa letih.
"Pukul enam setengah dah. Bangunlah. Solat subuh dulu!" Danny menepuk bahu Kasyaf sebelum dia berlalu ke bilik Aman dan Radzi.
"Bangun dah?"
Radzi yang mencangkung di tepi tilam Aman menggeleng, "Tak mahunya nak bangun! Tinggal simbah air panas je ni."