Wednesday 15 January 2020

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 20)

Aman hela nafas. Perbualan dia dengan rakan-rakannya dua hari lepas bagai terngiang-ngiang di telinganya. Betul ke Pijah suka pada dia? Atau rakan-rakannya saja nak mengenakan dia?
Kalau betul Pijah suka dia, apa patut dia buat? Dia suka Pijah jugak tak? Tapi Sakinah macam mana? Sakinah pula, apa definisi hubungan kami ni? Aduh, serabut perut aku!
“Aman! Danny! Kacap! Lutfi!” Suara Radzi dari ruang tamu buat lamunan Aman mati namun tidak dia menyahut. Aman mengeluh. Serabut! Nak study pun tak tenang!
Bunyi notifikasi dari telefon pintarnya buat dia terus mencapai telefon pintarnya sebelum dia berbaring di atas tilam.
Radzi
- Wahai sahabatku sekalian makhluk alam-
- Si lonjong macam zirafah tapi perangai macam tenuk-
- Si pendek tak cukup zat, selalu perasan kacak tapi pandai main basketball-
- Si kaum kerabat Hang Kasturi tapi tak wangi-
- Si serius yang hidup hari-hari macam ada paper statistik-
- Keluarlah kamu semua...-
Danny
- Pendek tak cukup zat kau kata kat aku 😒😒😒 –

Lutfi
- Bangang Radzi  -_- -
Aman tersenyum membaca mesej di aplikasi Whatsapp itu. Hilang rasa serabut yang dia rasakan tadi. Jarinya laju menaip mesej untuk dihantar dalam grup itu.
Aman
- Lonjong macam zirafah tapi perangai macam tenuk?-
- Tenuk Radzi  :poop: -
Kasyaf
😒😒😒-
Radzi
- Kahkahkahkah-
- Dah aku menjerit dari tadi haram sekor pun tak menyahut-
- Dalam ni, baru nak muncul sekor-sekor-
Aman
- Sibuk der...-
- Esok aku ada presentation EOP-
- Bersembur-sembur air liur aku hafal nota-
Kasyaf
- Laptop Aman dah tercemar 😏😏😏-
Lutfi
- Kenapa nama Kacap tapi mesej macam Danny-
Danny
- Memang Danny pun. Selamba badak dia je ambik telefon aku-
- Ni Kasyaf-
Radzi
- Ni Kasyaf-
- Aku tak tau kenapa aku baca mesej kau macam nada Arnold susah-nak-eja cakap I'll be back-
Lutfi
- KAHKAHKAH! AKU PUN! 😂😂😂-
Danny
- Kau seru kami kenapa, Radzi?-
Kasyaf
- Peliknya aku baca nama aku hantar mesej serius je-
Danny
- Dah tu, baklah balik telefon aku-
Aman
- Bongok apa korang dua ni?-
- Kau Kacap, ambik jelah balik telefon kau-
- Takkan benda senang nak aku yang kacak ni ajar-
8|  8|  8| -
Danny
- Dia bawak telefon aku masuk bilik air, gila! Aku sedar telefon aku hilang lepas dia masuk bilik air-
Lutfi
- Euwww, Danny  -_-  -_-  -_- jijik siot -
Kasyaf
- Aku salah ambik telefonlah. Aku ingat telefon aku-
- Siapa suruh Kacap beli telefon sama model dengan warna macam telefon aku-
Aman
- Kau nak buat apa bawak telefon masuk bilik air-
- Takkan kau tangkap gambar 'hasil' kau untuk post kat insta kot-
Kasyaf
- Palaotak!-
- Adalah sebab aku nak bawak telefon aku masuk bilik air-
- Takkan aku nak bagitau korang kot-
Radzi
- Wei, korang...-
Aman
- Awat baby?-
Radzi
- Jom pekena teh tarik malam ni. Aku bosanlah-
Lutfi
- On!-
Aman
- Kejap, nak pakai baju-
Kasyaf
- Wei, nak ikut jugak-
Danny
- Habiskan urusan kau tu dulu!-
Kasyaf
- Dah selesai daaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh...-
Lutfi
- Serius aku tak boleh nak hadam mesej Kacap gedik macam tu-
- Kembang tekak aku-
Danny
- Bangang, Kasturi-
Radzi
- Kasturi 😂😂😂-


“Aman, apasal kau diam je malam ni?” Soal Kasyaf. Serentak tiga pasang mata memandang Aman yang kelihatan lost.
“Tak ada apalah. Nervous nak present esok kot.”
Danny mengerutkan dahi. Radzi jungkit kening. Lutfi memicingkan matanya. Kasyaf hela nafas sikit, “Ke... kau fikirkan apa yang kami cakap hari tu?”
Aman tersentak sikit sebelum dia hela nafas, “Betul ke Pijah suka aku?”
“Kenapa? Kalau dia suka kau, kau nak balas balik perasaan dia?” Tanya Danny, laju! “Kalau kau nak balas balik, aku okey je!”
Aman mengeluh, “Habis Sakinah macam mana?”
Radzi meneguk sikit teh tariknya. Selepas seketika dia bersuara, “Kau dengan Sakinah tu... apa hubungan korang sebenarnya? Korang macam couple tapi tak couple. Macam abang dengan adik pun ada tapi...”
“Jujurnya...” Aman pejamkan matanya seketika, “Sakinah tu amanah yang Shark bagi pada aku.”
“Siapa Shark?” Tanya Lutfi.
“Arwah kawan baik aku waktu sekolah dulu. Kami berempat dulu; aku, Judin, Jay dan Shark. Kami satu sekolah rendah sampailah tingkatan tiga. Shark pandai, dia dapat tawaran masuk SBP yang sama dengan adik perempuan dia, Sakinah. Walaupun terpisah, kami berempat masih akrab. Macam kita sekarang,” Aman ukir senyum tawar, “Tapi waktu tingkatan lima, aku dapat panggilan telefon dari keluarga Shark. Shark kemalangan!”
Mereka berempat tersentak sikit, “Macam mana?”
“Shark dilanggar kereta waktu nak selamatkan seorang budak junior sekolah dia. Shark kritikal. Petang lepas dapat panggilan tu, aku, Judin dengan Jay bergegas ke hospital. Waktu tu Shark dah sedar tapi doktor tak letak harapan. Waktu aku masuk dalam ICU untuk jumpa Shark, keadaan dia teruk tapi dia sempat bisik dengan aku, minta aku jagakan keluarga dia terutamanya Sakinah. Malam tu, lepas Isya’ Shark pergi tinggalkan kami buat selamanya.”
Mereka berempat diam seketika sebelum Danny bersuara, “Jadi kau dengan Sakinah?”
“Waktu kat matrikulasi, Sakinah confess. Dia kata dia suka aku dah lama. Aku waktu tu terima je sebab amanah Shark tapi kami tak declare apa pun. Lama-lama aku jadi sayang pada Sakinah tapi...”
“Kau tak tahu, sayang kau pada Sakinah tu sayang seorang abang atau apa, kan?” Sampuk Lutfi, laju.
Aman angguk, “Dan sejak Sakinah masuk universiti, kami jadi renggang. Aku tak tahu aku yang jauhkan diri atau Sakinah yang jarakkan hubungan kami. Aku tak mesej dia, dia tak mesej aku.”
“Complicated ni...” Gumam Radzi, “Kau macam mana, Aman? Apa kau rasa pada Pijah? Pada Sakinah?”
Aman mengeluh lalu dia jungkit bahu.
Kasyaf tepuk bahu Aman sikit, “Buat keputusan untuk diri kau sendiri, Aman. Bukan sebab amanah arwah atau apa.”
Aman mengangguk saja.
“Er... Kasyaf!”
Mereka berima laju memandang ke arah gadis cantik yang entah bila berdiri di tepi meja mereka.
“Ya?”
“Boleh I jumpa you kejap?”
Kasyaf mengerutkan dahinya sikit sebelum mengangguk.

“Kenapa ya?” Kasyaf terus bertanya, “Sebelum tu, mana awak kenal saya, ya?”
“You Kasyaf kot. Semua orang kenal. I, Kayla by the way!” Dengan senyuman manis, gadis yang bernama Kayla itu memperkenalkan diri.
Kasyaf kerutkan dahi, “Jadi kenapa nak jumpa saya?”
“You... kenal Ika, kan?”
Muka Kasyaf berubah, “Huh?”
“C’mon! I tahu you rapat dengan Ika. Tak payahlah buat-buat terkejut,” sinis saja senyuman yang dilemparkan Kayla waktu tu.
Kasyaf jungkit sebelah kening sebelum dia senyum sedikit sinis, “Kalau kau dah tahu aku rapat dengan Ika, kenapa nak bersimpang-siur tanya aku kenal Ika ke tak? Straight to the point jelah!”
Terdiam sekejap Kayla bila Kasyaf membahasakan dirinya aku-kau bukan saya-awak seperti awalnya, “Ehem... consider this as a warning, Kasyaf.”
Kasyaf buat muka pelik. Warning apa pulak dah?
“Stay away from Ika! Nama baik you boleh tercemar sebab dia, Kasyaf.”
“What?”
“I buka nak buka aib Ika tapi... Ika tu, nampak je baik tapi dia licik. Dia pernah buat pensyarah kami dibuang kerja. Buat macam-macam cerita pasal lecturer kami tu padahal dia yang menggatal,” ujar Kayla, serius.
Kasyaf garu kening sikit sebelum dia senyum dan menggeleng, “Nama kau apa tadi?”
“Hah?”
“Kay El? Keli?” Kasyaf pura-pura berfikir sebelum dia bersuara semula, “Cik Kay El or whatever your name is, mind your own business! Aku nak rapat dengan Ika ke, mak cik cleaner dekat fakulti ke, itu hak aku! Kau jaga tepi kain kau sendiri. Jangan nak sibuk hal orang lain, jangan sibuk nak jaga kain orang padahal kain sendiri koyak rabak!”
“I just nak ingatkan you je! I nak selamatkan you dari jadi mangsa Ika tu!” Bentak Kayla dengan wajah merah. Geram dengan Kasyaf yang mengejek namanya.
“Aku rela jadi mangsa Ika dari jadi mangsa fitnah ular tedung!” Kasyaf senyum sinis sebelum berlalu ke mejanya.
“Siapa tu Kasyaf?” Laju Danny bertanya.
Kasyaf kerling sikit pada Kayla yang kelihatan sedang mengata dia pada kawan-kawannya, “Entah! Aku pun tak kenal. Datang-datang kat aku, cakap macam-macam pasal member aku. Pelik!”
“Dia mengata kitorang ke?” Tanya Lutfi, serius.
Kasyaf julingkan mata, “Korang ingat korang je ke member aku kat universiti ni?
Serentak, mereka berempat menganggukkan kepala!
“Bingai!” Kasyaf buat muka malas nak layan.
“Eh, ada sorang lagilah kawan Kacap!” Danny tiba-tiba bertepuk tangan.
Aman nampak Danny bertepuk tangan mula bersuara, “Aku tau! Aku tau!”
“Aku pun!” Lutfi menyahut panjang.
“Nak aku sebut nama tak, Kacap?” Radzi senyum mengusik.
“Diamlah, mangkuk!” Kasyaf terus teguk air di dalam cawannya. Kalau dilayan makin menjadi perangai mat-mat cetan ni!

Aman mengeluh. Hari ni sudah masuk seminggu dia mengelak dari bertemu dengan Pijah. Pijah telefon, dia reject. Pijah mesej, dia cuma balas dia sibuk. Itupun cuma sekali itu dia balas.. Dia tak tahu macam mana nak bagitahu Pijah yang dia perlu jarakkan diri dari Pijah.
“Aman!”
Terkejut Aman bila disergah oleh Danny, “Kenapa?”
Danny gosok kepala sikit sebelum dia memuncungkan bibirnya ke satu arah, “Aku rasa Pijah datang nak jumpa kau.”
Berubah muka Aman. Dia pandang arah yang ditunjuk Danny. Dia mengeluh. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Pijah, “Nak jumpa saya ke? Kita jumpa nanti, ya? Saya ada practice ni!”
Pijah ketawa sinis, “Jumpa nanti? Saya mesej pun tak balas, call pun tak jawab!”
“Please, Hafizah! Saya... saya tengah serabut ni!” Aman bersuara separuh merayu sebelum dia berjalan mendekati begnya yang ada di seat penonton.
"Kenapa awak jauhkan diri dari saya? Saya buat salah apa?" Tanya Pijah sambil mengikuti Aman yang dah berlalu ke tepi gelanggang. Danny dan pemain bola keranjang yang lain hanya memerhati saja.
"Tu bukan adik PG ke?" Satu suara bertanya.
"Adik PG lah tu, kan? Yang semester lepas join kelab kita, kan?" Satu suara lagi menjawab namun nadanya tidak pasti, "Aman sejak bila dengan adik PG tu, Danny? Dulu kerja nak bergaduh je.”
Danny hela nafas, "Entah. Aku hal-hal personal tak campur!" Tipu!
“Awak nak apa cari saya ni, Hafizah?” Aman bertanya tanpa memandang Pijah. Kata-kata kawan-kawan serumahnya bagai terngiang-ngiang di telinga.
"Saya buat salah apa? Kenapa nak ignore saya? Whatsapp saya awak tak reply, saya call pun awak tak angkat. Saya salah apa?"
"Awak tak ada salah. Abang Aman yang banyak salah pada awak, Hafizah!" nada Aman mendatar. Panggilan juga sudah bertukar walaupun kedengaran janggal di telinganya sendiri.
"Abang Aman?" Pijah kerut dahi.
"Dari awal lagi memang patut macam tu pun," Aman hela nafas, "Kita tak patut rapat, Hafizah. Ada hati yang saya perlu jaga dan saya tak nak terus bagi harapan pada awak. Perasaan awak, saya tak boleh balas, Hafizah.”
Pijah terkedu. Mukanya terasa hangat. Malu dan marah! "Awak ingat awak elok sangat ke yang perasan sangat saya suka kat awak? Tolonglah! Lagipun dulu bukan saya yang terhegeh-hegeh nak berkawan awak. Sekarang awak nak buat saya nampak terhegeh-hegeh dekat awak pulak?"
Terkedu Aman. Eh?
"Awaklah lelaki paling perasan saya pernah jumpa! Lagi teruk dari along saya!" Pijah bersuara, garang! Dia berpaling mahu berlalu namun sempat dia memandang Aman, "Satu lagi, kalau dah tahu ada hati nak dijaga, kenapa nak galak sangat nak berkawan dengan orang lain? Bongok tak boleh fikir ke apa? Salah sendiri, tuding kat orang lain! Ingat aku hadap sangat ke?"
Suara Pijah yang kuat buat semua pemain di gelanggang terlopong. Mak oii, garang...
Sewaktu Pijah melintasi pemain-pemain itu, dia berhenti lalu memandang mereka semua, "Apa pandang-pandang? Ada hutang ke? Nak kena sekolah dengan aku jugak?"
"Pijah?" PG yang baru sampai tercengang. Apahal dengan adik aku ni?
Pijah pandang PG sekilas, "Balik dulu!"
Eh? PG lebih tercengang, "Pijah..."
"Bye!" Tanpa memandang PG, Pijah dah berlalu. Tanpa sesiapa sedari, ada air mata yang mengalir di pipi Pijah. Dia malu! Dia malu yang Aman nampak perasaannya. Dia malu kerana Aman menolak tanpa sempat dia meluahkan. Allah, kuatkan hati aku!

p/s: bonjour! haluuu... apa khabar orang kampung? Hehehe. Maaf lama menghilang. Biasalah, Najwa Rahman ni memang macam chipsmore, sat ada sat takda #eh! Sebenarnya sekarang saya aktif di Wattpad, boleh follow saya di @NajwaRahman91. Kat blog saya akan terus update KADLR, insyaAllah.

p/p/s: kita dah nak masuk konflik ni. Konflik Aman dan Kacap dulu. Radzi konflik dia lambat lagi, Lutfi pun tak lama dah. Danny... konflik dia Jihan je kot kekeke! Happy reading, guys! It is good to be back <3 





6 comments: