Thursday, 27 December 2012

Pintu Hati
























Pintu hati ini kau ketuk
Tanpa salam
Kau buka pintu hati ini
Dengan senyuman manis
Terus aku terjatuh
Tersungkur
Tersesat aku dalam rasa ingin mencintai dan memiliki
Saat kutahu dirimu bukan lagi sendiri
Perlahan aku mengundur diri
Setapak
Dua tapak
Menjauhi kamu
Bukan niatku ingin pergi
Tapi lebih baik begini
Takut hati ini makin terjebak
Dalam cinta yang tak pasti
Pintu hati yang kau ketuk tanpa sedarmu
Yang kau buka tanpa niatmu
Aku tutup rapat-rapat
Lalu aku selak kuncinya
Tidak mahu aku membukanya kembali
Berikanlah ia waktu
Waktu untuk melupakan kamu
Sayangku...

[NajwaUlfah, 271212]

6 comments:

  1. Dalam terhanyut mencintaimu
    Aku tersesat mencari makna
    Tertanya aku
    Tentang rasa yang kau tinggalkan.

    Dalam kekalutan malam
    Tercari aku semua tawa yang terbias
    Ternyata
    Bukan semua yang kau tinggalkan
    Teruntuk untukku.

    Pedih yang kau tiriskan
    Terkesan
    Hingga tak terlihat sakitnya

    Lalu akhirnya
    Aku sendiri
    Pergi dalam kekalutan rasa
    Biar keliru tak terus bermukim di hati

    Mungkin kali cinta itu bukan untukku..

    *Cinta tak harus dimiliki.
    Cukuplah sekadar diingati
    Kerana bukan semua cinta
    Duduk dalam hati*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencintai bukan bererti harus memiliki
      Mencintai bukan bererti dia juga mencintai
      Kadang-kadang bahagia dalam mencintai itu
      Dirasakan saat dia bahagia
      Bersama insan yang dicintai dan mencintai

      Delete
  2. Replies
    1. hati ini sedang cuba untuk jadi kuat...

      Delete
  3. Sungguh puisi ini mggmbarkan along skrg..moga kita sama utk kuat

    ReplyDelete