Tuesday, 27 November 2012

Cerita Tentang Dia Yang Tidak Kau Tahu :)



Kau nampak dia
Dia macam Ratu Cantik Dunia
Gedebum gedebam hati kau tergolek
Dalam sekelip mata kau jatuh cinta


Kau ikut langkah dia
Kau bersaing jalan dengan dia
Sekejap kau kedip-kedip mata
Sekejap kau kenyit-kenyit mata
Dia ingat kau gila

Dia berhenti
Kau pun berhenti
Dia marah-marah
Kau tersengih
Dia menjeling
Kau terpana
Haih, kau dah parah!


Esoknya kau cari dia
Kau nampak dia jalan dengan lelaki entah mana
Cemburunya kau tak terkata
Bunga mawar yang kau curi dari rumah sebelah
Yang kau niatkan untuk menghadiahi dia
Kau campak ke longkang dengan sepenuh hati
Kau terus berlalu pergi
Tapi ada sesuatu yang kau tak tahu
Dia tersenyum dari jauh tengok kau cemburu

Kau duduk atas bangku
Merengus marah berkali-kali
Kau rasa macam nak maki orang di sekeliling
Heh, teruk betul penangan orang cemburu macam kau!

Dalam kau merengus sorang-sorang
Dia datang duduk di sebelah
Kau menjeling sedas dua pada dia
Tapi dia buat selamba tanpa rasa
Kau berpaling ke tempat lain
Merajuk kononnya
Padahal kau dengan dia tak ada apa-apa

Dia letak Ferrero Rocher dengan sekeping kad kecil
Dia bangun bila kau masih buat tak tahu
Dia berjalan pergi tapi sempat lagi berpaling
Tapi kau masih 'menyombong' diri
Perlahan dia geleng kepala
Macam budak kecik!

Kau tengok langkah dia yang dah menjauh
Kau tarik kad dan coklat tadi
Coretan dalam kad buat kau tersengih tak nak berhenti
Tulisan dia cantik
Buat kau tertarik
Coretannya juga menarik
Buat kau nak terbang-terbang sampai langit

Dia kata dalam kadnya
Lelaki itu budak kelas dia
Kau terus tersengih lebar
Kau tersedar yang kau tu cemburu tak tentu hala
Malunya kau tak terhingga
Tapi dalam hati ada rasa bahagia

Esoknya kau kembali mengacau dia
Bunga mawar merah kau curi sekali lagi dari rumah sebelah
Kau genggam erat dalam tangan
Kau bersiul-siul panggil dia

Dia jeling
Kau senyum
Kau hulur bunga
Dia senyum sinis
'Eh, dah tak merajuk dah?' tanya dia
Kau menggeleng lalu tersengih, 'Dengan awak, saya tak boleh merajuk lama-lama.'
Dia geleng kepala lalu bunga yang kau hulur, dia ambil
Dan dia terus berlalu tanpa berpaling

Kau dah melompat-lompat gembira
Kononnya cinta kau dah diterima
Tapi kau tak tahu dia lebih gembira
Lelaki yang dia minat sekian lama
Sudah menyedari kehadiran dirinya
Saat lelaki itu hulur bunga
Dia sudah rasa gembira tak terhingga
Cinta yang dulu dia pendam saja
Akhirnya dia terima balasan yang bahagia

-END_271112-


11 comments:

  1. suka lahhhh...selain menulis novel taktahu pulak pandai buat yg mcm nie...haha :D

    ReplyDelete
  2. bagi kt najwa latif gerenti dia compose jadi lagu.. yang ala-ala KOSONG tu.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi...siapalah nak buat ni jadi lagu :P

      Delete
  3. ko mmg queen of LOVEY-DOVEY things la weh ha3

    ReplyDelete