Friday, 3 October 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 9)

Johanna menggaru lengan yang terasa gatal. Mesti nyamuk dah menghisap darah aku ni, getus hatinya. Kemudian dia memandang Hadi, “Head boy.”
“Apa?”
“Kenapa kau tak lepak dengan budak lain?”
“Entah. Rasa macam tak nak lepak dekat sana,” balas Hadi bersahaja.
Johanna mengangguk. Macam tu pulak, “Kalau macam tu, aku nak gerak pergi sanalah. Nak lepak dengan budak-budak tu.” Alasan aje tu! Padahal dia tidak betah untuk terus duduk di sisi Hadi. Jantungnya macam nak tercabut keluar dah ni!
Hadi angkat bahu, tanda tak kisah. Johanna, tanpa pamitan, terus berlalu meninggalkan pangkin yang diduduki Hadi tadi.
Langkah kakinya diatur kepada Nuha yang tersengih-sengih memandangnya. Johanna buat muka, “Jangan dok sengih sangat, boleh?”
Nuha sengih, gitar milik Johanna ditangannya dihulurkan kembali kepada Johanna, “Yours!”
“Jo, mainlah gitar sekali!” Muadz yang duduk di sebelah Zahin bersuara.
Johanna buat muka, “Kalau aku main gitar, korang menyanyi. Bolehlah!”
“ON!” Sahut semua yang ada di unggun api itu kecuali Rena dan kawan-kawannya. Johanna ketawa. Laju aje!
“Awak dah sihat betul ke ni, Johanna?” Cikgu Lah bertanya.
“Dah. InsyaAllah, cikgu!” Balas Johanna laju sebelum dia memandang kawan-kawannya, “Nak lagu apa?”
“Drowning-Backstreet Boys, boleh?” Nuha jungkit-jungkit kening, tanda mengusik.
Johanna pandang Nuha, “Kau perli aku ke apa ni?”
“Lah, aku nak dengaq lagu tulah! Ikut majoritilah, depa nak dengaq lagu apa!” Nuha sengih lagi. Elly dan Nida dah ketawa. Macam-macam.
“Aku ikut aje. Aku bosan, aku perlukan hiburan aje ni,” balas D.O. sambil mengukir sengih selebar sengihan si Nuha.
“Fine,” Johanna geleng kepala. Siaplah korang nanti. Jari jemari tangan kirinya mula membentuk kord dan jari tangan kanannya mula memetik tali gitar, membentuk lagu kumpulan Backstreet Boys itu.
Johanna memandang Muadz dan Muadz senyum tanda faham. Nak suruh dia menyanyilah tu.

Don't pretend you're sorry
I know you're not
You know you got the power
To make me weak inside
Girl you leave me breathless
But it's okay 'cause
You are my survival
Now hear me say

Usai Muadz menghabiskan rangkap yang tadi, Johanna membuka mulut, mula menyanyi bahagian yang dinyanyikan oleh Howie D.

I can't imagine life
Without your love
Even forever don't seem
Like long enough

Sebaik saja Johanna menghabiskan bahagian itu, mereka beramai-ramai mula menyanyikan bahagian chorus lagu tersebut sambil menepuk tangan.

'Cause everytime I breathe
I take you in
And my heart beats again
Baby I can't help it
You keep me
Drowning in your love
Everytime I try to rise above
I'm swept away by love
Baby I can't help it
You keep me
Drowning in your love

Johanna masih tekun memetik gitar sambil turut sama menyanyi lagu tersebut. Di rangkap seterusnya, D.O. pula yang membuka mulut menyanyi dan ketika itu, Nuha tidak sedar yang mata D.O. tepat memandang dirinya.

Maybe I'm a drifter
Maybe not
'Cause I have known the safety
Of floating freely
In your arms
I don't need another lifeline
It's not for me
'Cause only you can save me
Oh can't you see
I can't imagine life
Without your love
And even forever don't seem
Like long enough

Sewaktu menyanyikan chorus seterusnya, hampir saja jemari Johanna terhenti dari memetik gitar. Semuanya gara-gara Hadi tiba-tiba duduk di sebelah D.O. yang betul-betul mengadap dirinya. Jantungnya mula keluar irama yang entah apa-apa. Yang membuatkan hatinya semakin tak tentu arah apabila Hadi menongkat dagunya menggunakan kedua-dua belah tangannya dengan siku diletakkan dia atas lutut dan mataya terus menikam mata Johanna.

'Cause everytime I breathe
I take you in
And my heart beats again
Baby I can't help it
You keep me
Drowning in your love
Everytime I try to rise above
I'm swept away by love
Baby I can't help it
You keep me
Drowning in your love

Go on and pull me under
Cover me with dreams, yeah
Love me mouth to mouth now
You know I can't resist
'Cause you're the air
That I breathe

Head Boy! Stop looking at me like that! Karang aku lemas sekali lagi nanti! Bisik hati Johanna apabila Hadi masih lagi memandangnya, telus...

'Cause everytime I breathe
I take you in
And my heart beats again
Baby I can't help it
You keep me
Drowning in your love
Everytime I try to rise above
I'm swept away by love
And baby I can't help it
You keep me
Drowning your love

Baby I can't help it
Keep me drowning
In your love
I keep drowning
In your love
Baby I can't help it
Can't help it no, no

'Cause everytime I breathe
I take you in
And my heart beats again
Baby I can't help it
You keep me
Drowning in your love
Everytime I try to rise above
I'm swept away by love
Baby I can't help it
You keep me
Drowning in your love

Usai lagu itu habis, semua bertepuk tangan. Tak kurang, ada yang suruh mereka menyanyi sekali lagi! Nuha pula yang sedar tentang pandangan mata Hadi pada Johanna tadi terus menyiku Johanna. Johanna kalih memandang Nuha, “Apa?”
“Amacam? Dah lemas dalam cinta ka belum?”
Johanna buat muka. Nuha ni....!

Johanna ketawa apabila Nuha menggenggam erat lengan bajunya. Takut sangat dengan cerita hantu si Zahin tu.
“Lepas tu apa jadi?” Moni yang duduk di sebelah Rena, bertanya.
Zahin senyum. Matanya dihala ke wajah Moni, “Budak yang kena rasuk tu pun cakap, ‘Kami suka sama suka! Tak ada alasan untuk aku tinggalkan dia!’. Dia cakap dengan suara yang kasar gila. Suara yang lain dari suara asal dia.”
“Zahin! Stop! Stop! Jangan cerita dah! Aku tak nak dengar!” Mimi menekup telinganya dari luar tudung.
Zahin ketawa, “Ala, dah nak sampai part best ni!”
“Ish, berhentilah! Aku tak mau dengaq jugak!” Nuha menggelengkan kepalanya yang sudah ditekup pada bahu Johanna!
“Penakut betullah kau ni!” Johanna ketawa.
“Dah! Dah! Dah lepas pukul 12 tengah malam dah pun. Jom masuk, rehat. Esok pagi ada program lain pulak,” Hadi bersuara, tegas!
“Ala, cerita Zahin tak habis lagi!” Beberapa orang pelajar perempuan mengeluh, tak puas hati dengan saranan Hadi. Yang lelaki hanya sengih, dia orang tak kisah sebab nanti bila balik hostel, boleh suruh Zahin sambung cerita.
Johanna pandang Hadi lalu dia memandang orang lain, “Dah! Betul cakap Hadi. Esok pagi ada program. Balik tidurlah, jom!”
Mulut-mulut yang berkicau tadi terus senyap. Hadi yang nak bercakap pun dah mati kata. Betul ke apa yang dia dengar tadi?
Nuha pandang Johanna, “Betul ke apa yang aku dengaq ni?”
Johanna pandang sekeliling sebelum kembali memandang Nuha, “Kenapa?”
“Aku rasa macam bermimpi dalam jaga...” Nuha menepuk pipinya berkali-kali.
“Gila apa kau ni, Nuha?”
“Hang...” Nuha menuding jari pada Johanna sebelum memandang Elly dan Nida yang turut tersampuk bisu, “Hangpa dengaq kan apa aku dengaq tadi?”
Elly dan Nida serentak mengangguk.
“Kenapa dengan korang ni?” Johanna kerut dahi. Apa pelik sangat ke apa yang aku cakap tadi? Johanna memandang sekeliling. Ada yang masih tersampuk bisu, ada yang sudah bercakap sesama sendiri sambil berbisik-bisik sambil memandang dia.
Nuha tarik tangan Johanna lalu dia mendekatkan mulutnya pada telinga Johanna, “Hang tau dak hang baru ja bersetuju dengan apa yang Hadi cakap dan itu sangat rare!”
“Tu je? Gaya korang macam aku buat jenayah!” Johanna geleng kepala lalu dia angkat muka memandang semua orang, “Nuha buat request suruh main satu lagi lagu sebelum kita masing-masing masuk khemah. So, nak lagu apa?”
Nuha tercengang. Bila aku mintak main lagu baru? Ni mesti nak cover benda yang dia cakap tadi tu.
“Saya nak request satu lagu, boleh?” Johanna kalih memandang Cikgu Lah yang entah bila datang. Tadi dia dah masuk chalet. Nak tidur katanya.
Johanna sengih senget. Cikgu disiplin nak request lagu. Gila tak bagi? “Boleh, cikgu. Cikgu nak lagu apa?”
Cikgu Lah sengih, “Senggol-senggolan, Mas Idayu punya lagu.”
Johanna dah jatuh rahang. Hadi dah tersedak. Nuha tekup mulut. D.O. rasa nak masuk dalam unggun api. Senggol-senggolan?! Mas Idayu? Cikgu Lah minat dangdut?!

Johanna tarik selimut hingga menutup dadanya. Nuha yang masih berteleku di atas tikar sejadah di pandang. Mereka berdua dapat pengecualian dari tidur dalam khemah. Sebenarnya dia aje yang dapat pengecualian tapi dia minta kebenaran dari Puan Faridah untuk tarik Nuha sekali, kononnya dia takut tidur sorang.
Johanna tarik buku Adam dan Hawa milik Nuha yang ada di bawah bantal lalu dibelek-belek. Sinopsis di belakang novel dibaca.
“Cerita tu best!”
Johanna panggung kepala dari kulit belakang novel tersebut lalu dia memandang Nuha yang sedang melipat telekung, “I don’t read novels.”
“Trylah baca satu. Nanti confirm melekat.”
Johanna menggeleng, “Tak mau.”
“Ceh!” Nuha mencebik lalu dia mengambil tempat di sebelah Johanna, “Jo...”
“Hmm...?”
“Aku still tak boleh percaya yang Cikgu Lah request lagu Mas Idayu kat hang!”
Johanna sengih, “Layan pulak aku lagu Mas Idayu tu. Nasib baik aku tak tau chord, kalau tak confirm semua pakat bergelek-gelek kat luar tu.”
“Jo...”
“Hmm...?”
“Kau still berdebar ke kalau ingat kat Hadi?”
Wajah Johanna berubah sedikit namun laju dia menggeleng, “Nope!”
“Hadi tadi...” Nuha mengerling Johanna yang masih membelek buku Adam dan Hawa di tangannya. Nampak sangat Johanna berpura-pura, “Cemas gila waktu kau tak sedarkan diri tadi.”
“Maka?”
“Aku rasa... dia sayang hanglah, Jo.”
Johanna ketawa! “Gila! We’re only seventeen, Nuha. Plus, tak mungkin dia nak sayang or even suka orang macam aku ni.”
“Mak aku bercinta dengan ayah aku waktu umoq depa tujuh belaih, relaks ja.”
Johanna jungkit bahu, “Hadi dengan aku... bukan dalam satu league. Dia tu lagi sesuai duduk satu baris dengan Rena, tak pun Zufa.”
Nuha geleng kepala. Beg plastik yang diamanahkan oleh Hadi untuk diserahkan kepada Johanna diambil dari bawah katil, “Here!”
“Apa ni?” Johanna menyambut huluran Nuha.
“Hadi bagi waktu ceramah petang tadi. Bukak dan tengok. Lepas tu pikiaq apa aku kata tadi,” ujar Nuha sebelum memejamkan matanya.
Johanna pula membuka plastik yang diberi oleh Nuha tadi dan dia terkaku. Topi miliknya yang disangka hilang ditelan deras air sungai diambil dari dalam plastik.
“Lepas selamatkan hang tadi, Hadi menghilang. D.O. pun tak tahu mana dia pi. Tadi dia terlewat nak pergi ceramah, sepuluh minit lewat. Habis-habis ja ceramah, dia teruih mai dekat aku. Dia bagi benda tu, suruh bagi dekat hang. Aku rasa... hang tau dah kot pasaipa dia terlewat pi ceramah dan ke mana dia menghilang lepas selamatkan hang tadi," terang Nuha tanpa dipinta dengan mata masih terpejam.
“Mana...” Johanna telan liur yang terasa kesat, “Mana dia tahu topi ni penting untuk aku?”
“Aku cerita dekat dia tapi aku tak expect dia pi cari, Jo...” ujar Nuha lagi, “Katanya, dia jumpa topi tu tersangkut dekat ranting.”
Johanna menghela nafas. Topi yang masih terasa lembab itu diambil dan disarung ke kepala. Matanya dipejam. Wajah Hadi yang merenungnya tadi terbayang di mindanya. Hadi...

Bersambung...

Feeling 'lemas-lemas' dalam renungan...hehehe

19 comments:

  1. Wow! Sweet nyer head boy..patut la dia dok renung jo
    Tetiba dah feeling sengol - sengolan dlm hati ni.. ;)
    Bab ni mmg best & kelakar..
    Aduhaii..gelak tak ingat bila cikgu lah request lg dangdut tu..hihihihi
    btw dah lama xdgr bsb - drowing

    Tq Najwa <3

    ReplyDelete
  2. Hadi.... johanna dah cair... lemas dlm renunganmu...

    ReplyDelete
  3. Aawww..hadi nih. Tambah lemaslah jo kat head boy sorg ni :) thanks for the entry ;)

    ReplyDelete
  4. Tq Najwa....bab ni mrmsng kelakar kot..lagi2 cikgu lah minta lagu dangdut...adeiii layan dangdut lak cikgu lah ni....apa2 pun...you're the best...

    ReplyDelete
  5. dear...thanks. suka part2 lemas dlm renungan ni...nak lagi

    ReplyDelete
  6. Tak menahan cikgu Lah! Kakakakaka

    ReplyDelete
  7. nak lemas juga boleh??
    sweetnye si head boy nii...

    ReplyDelete
  8. Hadi jo...hadi jo...adehhhh...sweetnya ko ni hadi, sweet lagi mmg jo ni kencing mnis dh

    ReplyDelete
  9. walaupun diri ini dah masuk angka 3 series...tapi jantung ni masih dupdapdupdap baca, ngalahkan yang remaja...BSB? huhuhu teringat time old school...

    p/s : Cik Penulis,kalo tulis 'citer' ni sampai diorg habis belajar, keje ke... bolehhhh? huhu

    ReplyDelete
  10. Cheq pun dah mula lemas..... wow hadi.... tau berdebaq yer jo....

    ReplyDelete
  11. ohmaiiii.. this is damn cute love story... macam hindustan sangat rasa. kpop pun hinggap sama.. hahahaa

    ReplyDelete
  12. Head boy!!! Sweetnye!!!!

    ReplyDelete
  13. Arghhh.. Lemas ! lemas ! Mintak oxygen !! Hahha

    ReplyDelete
  14. Hadi terbaikkkk -inas- πŸ’“πŸ’“

    ReplyDelete
  15. I am drowning...fuhhhhh
    ~ednayu~

    ReplyDelete