Wednesday, 18 April 2018

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 16)


“Aik, tak tidur lagi korang?”
Danny yang sedang buat assignment panggung kepala memandang Lutfi yang menegur, “Assignment tak siap lagi, hoi! Mana boleh tidur.”
Lutfi mengangguk, “Eh, Aman dah sampai kampung?”
“Dah.” jawab Danny.
“Teruk ke atuk dia?” Tanya Lutfi lagi.
“Aku mesej dia tadi. Dia cakap tak ada apa yang serius. Penat je katanya,” balas Danny, tak mengangkat wajah dari komputer ribanya, “Nasib baik tak jauh mana kampung si Aman tu.”
Lutfi mengangguk. Teringat dia tadi, Aman terkocoh-kocoh balik ke rumah sewa mengemas baju. Ketika itu, hanya ada dia dan Danny saja di rumah. Walaupun kalut, Aman masih lagi mampu bergelak ketawa dengan dia dan Danny.
“Lut...” Danny meleretkan suaranya, manja.
“Mende kau? Panggil manja-manja macam gitu. Nak kena sepak?”
Danny sengih, “Aku mengantuk...”
“Dah? Kau nak aku buat apa? Dodoi kau?”
“Aku nak kopi. Assignment aku banyak lagi tak habis. Kesian aku, Lutfi...” dengan riak wajah yang acah-acah sedih, Danny bersuara.
“Kau tak payah nak gedik sangat boleh?“ Lutfi buat muka menyampah namun tetap dia juga melangkah masuk ke dapur.
Sayang jugak kau dengan aku, Kasturi... “Lutfi, nak kopi ais tau?”
“Kau ingat aku anney kedai mamak ke, setan?” Dari dapur, Lutfi menyahut garang!
Danny spontan ketawa berdekah-dekah!
Kasyaf yang sedang melukis di atas buku lakarannya panggung kepala. Earphone yang terlekat di telinganya ditanggalkan, “Kau apahal gelak macam tak cukup nafas ni? Gila ke gelak sorang-sorang?”
Danny menjeling Kasyaf. Baru dia nak menjawab, satu suara dari luar rumah memberi salam menghentikan niatnya, “Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...” spontan Kasyaf dan Danny menjawab.
Radzi melangkah masuk ke dalam rumah sebaik saja pintu gelungsur ditolak. Pintu grill ditarik dan dikunci sebelum pintu gelungsur ditutup. Sebaik saja pintu itu dia kunci, tanpa sebarang kata dia terus bergolek di sebelah Danny yang sedang duduk bersila.
"Danny, buat milo kat aku Danny..."
"Kau ingat aku bibik kau ke?" Danny menjeling Radzi sebelum kembali membuat assignment.
Radzi mencebik sebelum dia memandang Kasyaf yang sedang melukis sesuatu, "Kau buat apa, Kacap?"
"Dia buat komik tu. Kau jangan kacau dia," Lutfi yang baru muncul dari dapur duduk di depan Danny sebelum menghulurkan gelas besar pada Danny, "Nah kopi you, baby!”
"Geli gila baby," Radzi terus bangkit dari baringnya sebelum mug di tangan Lutfi ditarik dan isinya dihirup. MasyaAllah, inilah syorga doniaaaa...
"Woi, Lutfi buat untuk aku tu!" Danny membentak.
“Eleh, minum sikit je pun!” Radzi buat muka sebelum gelas itu dihulurkan pada Danny. Dia kemudiannya memerhatikan sekeliling. Eh? "Aman mana? Dah tidur ke?"
"Aman balik kampung petang tadi. Atuk dia masuk hospital," balas Lutfi sebelum dia mengintai buku lukisan Kasyaf, "Wei, watak heroin tu... macam kenal je."
"Diam!" Ujar Kasyaf tanpa mengangkat muka.
Radzi turut sama mengintai sebelum dia memandang Lutfi, "Teruk ke atuk dia?”
“Tak. Penat je. Aman kata terlebih rajin menebas lalang kat kebun,” jawab Danny bagi pihak Lutfi.
“Wei, nak dengar story tak?” Radzi bersuara.
Lutfi dan Danny pantas memandang Radzi dan kening diangkat, serentak!
“Hari ni ada sorang customer gila datang kafe aku kerja, kau tau?"
"Customer gila?" Danny pandang Radzi, "Dia buat apa? Dia menari lagu M Daud Kilau ke?"
"Kalau dia menari, aku boleh terima lagi! Ni tak, dia order air... aku hantar ikut pesanan yang dia nak. Dia kata dia tak order air tu. Aku yang yakin aku tersalah hantar bawaklah air tu ke kaunter tapi tak sempat pergi, aku dengar dia kata aku bodoh dekat member dia!"
"Huh?" Lutfi berkerut dahi.
"What the...?" Kasyaf panggung kepala.
"Kau tak simbah ke air yang dia order tu ke muka dia?" Danny tersengih.
Radzi geleng, "Tak. Aku gentleman kot."
"Wait... yang buat perangai tak semengah tu perempuan ke lelaki?" Lutfi menyampuk.
"Perempuan. Lawa tapi tulah, ada masalah otak sikit. Kesian..."
"Kau tak balas apa-apa ke, Radzi?"
Radzi sengih senget, "Banganglah aku kalau tak balas apa-apa. Aku sekolahkan minah tu. Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah."
"Nak perhatian tu," ucap Danny sebelum kembali mengadap assignmentnya yang masih lagi tak siap.
"Tak cukup kasih sayang kot," balas Kasyaf sebelum kembali menatap buku lakarannya.
Lutfi tiba-tiba senyum jahat, "Kalau dia tak cukup kasih sayang..."
Radzi dah dapat agak makna senyuman Lutfi tapi dia buat tak tahu saja.
Danny turut sama tersengih, "Radzi kasilah kasih sayang dia dekat Cik Tak Ada Adab tu..."
Radzi buat muka, "Euuww... bagi free pun aku tak mau."
"Mula-mula memang tak mau, lama-lama kita tak tau..." tiba-tiba Kasyaf menyampuk.
Lutfi terlopong, "Maigad! Kacap, cakap berdasarkan pengalaman sendiri ye..."
"Bangang!" Kasyaf menendang peha Lutfi dengan kaki kanannya.
Serentak, Danny dan Radzi ketawa! Kacap... Kacap...

“Ibu baliklah dulu. Biar abang lang teman atuk malam ni,” Aman menggosok bahu ibunya yang sudah tersengguk-sengguk menahan kantuk.
Puan Zaimah mengangguk, “Abang lang nak makan apa untuk sarapan esok? Ibu buatkan?”
“Tak kisah apa pun, ibu.”
Puan Zaimah mengangguk sebelum dia bangkit dari duduknya. Kepala Aman diusap perlahan sebelum dia keluar dari wad persendirian itu.
Aman mengambil tempat duduk ibunya tadi lalu telefon pintar dari poket seluarnya dikeluarkan. Aplikasi Whatsapp dibuka lalu dicari nama PG. Nama PG ditekan lalu dia mula menaip mesej ringkas kepada PG.
Aman
- PG, aku kat kampung. Training esok aku tak dapat datang-
PG
- Eh? Baru tengahari tadi aku tengok kau dating dengan adik aku-
Aman
- Ada hal mengejut. Atuk aku masuk hospital-
PG
- Lah, sakit apa atuk kau? Okey dah ke?-
Aman
- Alhamdulillah. Dah okey.
- Sakit orang tua. Biasalah. Malam esok kot baru aku balik kampus-
PG
- Okey. Ada apa-apa bagitahulah. Ni nak pesan apa-apa kat Pijah?-
Aman
- Tak apa. Aku boleh pesan sendiri 😝😝-
PG
- Gatei-
- Sudah. Aku nak pi dating dengan wife aku! Take care, dude!-
Aman
- Thanks baby 😘-

Danny yang berjalan ke luar gelanggang melepas nafas. Matanya melilau ke kiri kanan, seperti mencari seseorang.
“Kau cari siapa?” Achik yang sedang mengelap peluh dengan tuala bertanya.
“Aman! Tadi ada. Ni dah hilang,” jawab Danny sebelum botol air lutsinar yang berisi air masak dicapai.
“Apa hilangnya? Tu ada kat bangku hujung tu. Dengan adik PG. Eh, Danny... Aman dengan adik PG eh sekarang? Tak sangka aku. Dulukan waktu Pijah tu join kelab kita, teruk kena buli dengan si Aman. Aman pulak, ada je yang dia tak puas hati dengan Pijah.”
Danny pantas berpaling. Cinabeng punya member. Aku ingat dah kena culik. Cis! “Kau tanya apa tadi?”
“Aman memang dengan adik PG ke?”
“Kau tanyalah Aman sendiri. Hal dia, aku tak campur,” balas Danny selamba, “Hah, tu dia dah datang. Tanyalah!”
“Gosip apa wei?” Tanya Aman sebaik saja dia melabuhkan punggung di sebelah Danny.
“Gosip pasal kaulah,” ujar Achik yang sudah men-dribble bola menjawab.
Huh? Aman jungkit kening sebelum memandang Danny.
Danny hanya angkat bahu. Tak nak campur.
“Kau dengan adik PG tu...” Achik mencampakkan bola di tangannya pada Meek yang ada di tengah gelanggang, “... ada apa-apa ke?”
Aman ukir sengih, “Kami kawan. Kawan yang baik.”
Achik jungkit kening, macam tak percaya.
“Aman, jomlah! Aku ada kuiz esok tapi satu hapah aku tak study lagi,” keluh Danny sebelum berdiri.
“Jom! Aku pun nak basuh baju lepas ni. Sejak balik dari kampung, baju aku tak berbasuh.”
Achik spontan ukir senyum. Danny, nak alih topik. Aman, nak lari dari topik. Tau sangat dah, “Aku tumpang boleh? Aku malas nak jalan balik hostel.”
“Hostel sekangkang kera pun malas lagi nak berjalan. Bersyukurlah, nak! Bersyukur...” bebel Danny, acah-acah pak cik geng surau sambil berjalan meninggalkan gelanggang.
Aman ketawa sebelum bahu Achik dipeluk, “Jom, wei.”
Achik ketawa, “Wei...”
“Hmm...?”
“Kau dengan Pijah memang tak ada apa-apa?”
Aman ukir sengih, “Kau ni, hostel sekangkang kera pun malas nak jalan. Bersyukurlah dapat duduk hostel...”
Achik tarik muka, “Cis!!”

“Kau nak tahu tak?” Radzi menegur Kasyaf yang sedang melakar sesuatu di atas sketch book.
“Tak nak!”
Radzi buat muka. Ni aku malas nak pergi dobi dengan mamat ni. Bercakap dengan dindinglah jawabnya, “Wei, kau dah bagitahu tuan rumah pasal mesin basuh tu?”
“Dah. Tapi tuan rumah tak ada kat sini. Next week baru dia datang tengok.”
Radzi mengangguk, “Baguslah kalau macam tu. Aku tak larat dah nak basuh baju kat sini. Dengan duit habisnya. Aku dahlah tengah nak berjimat ni. Nasib baik yang ni kongsi sorang sikit.”
Kasyaf mengangguk saja. Faham sangat dengan situasi Radzi, “Kau nak cerita apa tadi?”
“Hah?”
“Tadi. Kau macam nak cerita sesuatu kat aku tadi. Tanya aku tahu ke tak.”
“Oh!” Radzi mengangguk, “Tak. Aku cuma nak bagitahu, aku jumpa Lutfi dengan Kak Puspa dia dekat library tadi. Hari tu aku tengok kat kafe aku kerja tu, nampak biasa aje. Tapi tadi, nampaklah kenapa Lutfi suka sangat dekat dia.”
“Cantik ke?”
“Cantik. Warna kulit secerah kuning langsat, bibir merah merekah bak delima masak ranum, hidung mancung bak seludang, ha... macam gitulah si Lutfi describe Puspa tu.”
Kasyaf ketawa, “Aku ingat kau nak tukar kerjaya jadi penulis novel pulak.”
Radzi turut sama ketawa, “Memang taklah, wei! Eh, tu baju kita dah berhenti. Aku masukkan dalam mesin pengering dululah.”
“Alright! Radzi, aku nak pergi beli burger kat depan sana. Kau nak?”
Radzi angguk, “Boleh jugak. Macam biasa, ya.”
Kasyaf angguk. Macam biasa, daging double special! Telefon yang ada dalam poket seluar ditarik keluar. Nombor Danny dicari sebelum didail sambil berjalan keluar dari kedai dobi layan diri.
Radzi yang sudah mengeluarkan baju dari mesin basuh menolak raga baju dengan kakinya sampai ke mesin pengering yang ada di hujung kedai.
Dia dengan pantas membuka pintu mesin pengering dan baju-baju yang sudah dibasuh tadi dicampak masuk ke dalam mesin pengering sambil bernyanyi kecil. Dia seterusnya menutup pintu mesin pengering itu dengan lututnya (jangan ikut perangai ni noh, tutup pintu tu elok-elok please).
Radzi kemudiannya mengeluarkan token yang sudah ditukar dari mesin penukaran token dan terus memasukkan token itu kedalam slot yang disediakan. Selepas menekan butang [HIGH], Radzi duduk semula di bangku yang tersedia di dalam premis itu. Selesai dah, lepas ni aku nak balik tidur...

“Assalamualaikum...” Radzi yang sedang mengangkat raga memberi salam, “Wei, tolong wei... buka pintu wei!”
Aman yang terdengar jeritan Radzi laju keluar dari bilik, “Waalaikumussalam. Kacap mana?”
“Parking kereta. Siapa entah park kereta dekat tempat dia selalu park tu.”
Aman angguk sebelum memberi laluan kepada Radzi masuk ke dalam rumah.
“Yeay, burger dah sampai! Burger dah sampai!” Danny dah bersorak dari pintu dapur melihat Radzi yang sudah terbaring di ruang tamu, “Radzi, mana burger wei? Perut aku dah berdangdut lagu Mas Idayu dah ni.”
“Over je!” Lutfi yang keluar dari biliknya menolak sikit kepala Danny.
“Hei, don’t touch my head!”
“Burger dengan aku ni!” Entah bila, Kasyaf masuk ke dalam rumah. Pintu rumah ditutup dan dikunci sebelum dia meletakkan burger di atas meja belajar miliknya, “Yang ni, tak payah bayar. Aku belanja.”
“Seriuslah?” Tanya Danny dan Aman dengan nada teruja. Alhamdulillah. Jimat duit...
Kasyaf mengangguk saja sebelum dia masuk ke bilik, mahu menukar baju.
“Sebelum melahap burger tu, pi tengok baju-baju korang!” Ujar sebelum berlalu ke dapur untuk meminum air.

"WEI, NI SIAPA PUNYA WEI? RADZIIII!!!" 
Radzi yang sedang meneguk air di depan peti ais, terbatuk! Dia berdehem beberapa kali sebelum dia menyahut, "Apa lagi kau ni, Danny?"
"Huyoooo, merah siakkkkk!" Suara Aman kedengaran dari ruang tamu.
Radzi menyimpan air di dalam peti ais sebelum dia keluar ke ruang tamu, "Apahal kecoh sangat ni?"
Lutfi yang sudah ketawa tergolek hanya menunjuk ke arah Aman yang sedang membelek sesuatu, "Tu... tu..."
Radzi kerut dahi sebelum dia mendekati Aman, "Apa benda wei?"
Aman terus mencampakkan benda di tangannya ke arah Radzi, "Sejak bila kau pakai benda ni? Tak pernah nampak punnn..."
Radzi menyambut sebelum matanya terbuntang, "Wei... jebon apa ni?"
Danny dah ketawa melihat respon Radzi, "Orang Melayu panggil coli, orang putih panggil bra!"
Radzi terus mencampakkan benda alah itu ke arah Danny, "Bangang, siapa punya ni?"
"Mana kami tau! Kau dengan Kacap yang bawak baju pergi dobi!" jawab Lutfi sebelum mengesat air mata yang bergenang di matanya. Siot, Radzi... siapa punya bra sesat masuk dalam bakul entah!
Danny ketawa sebelum dia mencampakkan benda alah di tangannya pada Aman.
Aman mengelak. Tak nak dia sambut benda alah tu. Bukan dia punya.
Kebetulan, ketika itu Kasyaf yang baru keluar bilik terhenti langkahnya apabila benda alah berwarna merah garang itu terjatuh elok di atas kepalanya.
"KAHKAHKAHKAHKAH!" Danny dah bergolek ketawa di sisi Lutfi.
Aman pula dah ketawa sambil menutup wajahnya dengan tuala yang tersangkut di bahunya.
Radzi turut ketawa sehingga terduduk. Hilang mengantuk aku!!
Lutfi ketawa sambil menunjukkan ke arah kepala Kasyaf.
"Wei, bangang? Siapa pakai benda ni, ha?" Kasyaf menjerit kuat selepas dia tersedar benda apa yang landing di atas kepalanya!
Makin kuat bergema ketawa mereka berempat mendengar pertanyaan Kasyaf.


p/s; maaf lama menghilangkan diri. Saya ada cuma saya perlu masa untuk diri sendiri. Saya perlu sort diri saya balik dan cari balik tujuan saya hidup di dunia ini. Saya takkan menghilangkan diri lagi selepas ini, insyaAllah. Saya cuba sentiasa untuk update blog saya. Salam sayang, Najwa Rahman <3





17 comments:

  1. Selamat kembali...smg brjumpa apa yg dicari:)

    ReplyDelete
  2. rindu geng2 nie...welcome back

    ReplyDelete
  3. πŸ˜‚πŸ˜‚ ni lawak.

    ReplyDelete
  4. Rindu nk bca cerpen & novel sis najwa..

    ReplyDelete
  5. Welcome back for good ������
    They make my day ����

    ReplyDelete
  6. Terkejut tiba ada update. Hahaa welcome back akak.

    ReplyDelete
  7. Welcome back....Najwa....

    ReplyDelete
  8. Akhirnya.. muncul juga ko dkt blog. Dh lama menghilang smpai aq pun db bosan nk baca cerpen dkt blog lain. Pada aq, cerpen ko mmg terbaik di antara cerpen yg prnh aq baca. Good job, sis!πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  9. FinallyπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚btw thankx fr update. Love it

    ReplyDelete
  10. Update la lgy sis....

    ReplyDelete
  11. Finally.. Rasa macam keluar love² je dekat mata ni.

    -widadamsyar-

    ReplyDelete
  12. Sangat terbaik dan best bila baca rasa kelakar dan sentiasa tersenyum2...tk sbr menanti yg lain pulak

    ReplyDelete