Saturday 1 July 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 15)

“Tengahari ni jom lunch sekali,” ajak Radzi yang sedang menyarung kasut ke kaki kanannya.
Kasyaf yang sedang memanaskan enjin kereta mengangguk saja, “Aku okey je.”
Lutfi yang sudah duduk di atas motornya angkat isyarat bagus, tanda setuju dengan idea Radzi, “Jumpa tengahari karang. Aku gerak dulu!”
Radzi dan Danny serentak mengangguk. Kasyaf pula tanpa kata terus berlalu, mengikut motor Lutfi.
“Radzi, kau tak payah tanya jawapan aku. Ke mana saja kau pergi, aku rela ikut!” Danny sengih sambil menjungkit-jungkit keningnya.
Radzi buat muka sebelum dia memandang Aman yang sedang membetulkan kemeja yang tersarung pada tubuhnya, “Amboi, segaknya! Berkemeja bagai, ada presentation ke?”
Aman sengih lalu angguk, “Madam Evelyn punya kelas.”
“Aaa... yang suka panggil nama secara random aje kalau nak suruh orang buat presentation, kan?” Danny memetik jari setelah wajah Madam Evelyn bermain di mindanya.
“Spot on!” Aman angguk, “Kalau ikut naluri aku, aku tak kena present lagi hari ni tapi naluri ni kan boleh menipu.”
“Kau nak tak lunch sekali kejap lagi?”
Soalan Radzi buat Aman mengerutkan dahinya sebelum dia menggeleng, “Hari ni tak boleh kot. Aku dah janji dengan orang lain.”
“Oh, tak apalah gitu!” Radzi mengangguk sebelum dia berlalu ke tempat duduk penumpang kereta Danny, “Good luck presentation...”
“Kalau kau yang kena present!” Sambung Danny yang sudah duduk di tempat duduk pemandu keretanya. Radzi yang sudah masuk ke dalam kereta mengangkat tangan pada Aman.
Aman sengih sebelum ibu jari diangkat! “Thank you!”
“Kau rasa Aman ada janji dengan siapa?” Tanya Danny sebaik saja keretanya mula menjauh dari kawasan rumah sewa.
“Sakinah?”
Danny kerut dahi, “Eh, Aman dengan dia lagi ke?”
“Entah! Aku pun tak tahu.”
“Tapi kan... aku tak tahulah korang sedar ke tidak, Aman dengan adik PG tu makin rapat, kan?”
“Aku sedar je... aku sebilik dengan Aman kot. Malam-malam dia rajin betul ber-whatsapp. Aku ingat dengan Sakinah tapi hari tu ada aku terbaca mesej dia, nama Pijah bukan Sakinah.”
“Aman tak pernah macam ni, kan?” Tanya Danny pada Radzi lagi.
Radzi geleng, “Tiga tahun aku kawan dengan dia, aku tak pernah lagi nampak dia yang macam gini. Gaya dia tu macam...”
“... orang yang first time jatuh cinta!” Sambung Danny sebelum dia memarkirkan keretanya di kotak parkir yang tersedia. Dia kemudiannya memandang Radzi yang memandangnya dengan riak terkejut. Danny kerutkan dahi, “Kenapa kau pandang aku macam tu? Aku salah cakap ke?”
“Aku kagum sebab apa yang aku fikir, sama macam apa kau cakap.”
“Ingat kau jatuh hati dengan aku!”
“Palaotak! Geli, setan!” Radzi tumbuk bahu Danny sebelum dia keluar dari kereta.
Danny pula dah ketawa terkekeh-kekeh. Geli konon. Suka kat aku, tak nak mengaku...

Aman mengeluh memandang slaid-slaid pembentangan. Tadi di dalam kelas Madam Evelyn, ramai rakan sekelasnya yang ditegur mengenai isi slaid yang tak kena dengan apa yang dibentangkan, sekali dengan bahagian rujukan ditegur. Kepala digaru sekali sebelum dia mula menekan papan kekunci.
"Hari ni nak makan kat mana?" 
Aman panggung kepala memandang orang yang menegur, " Eh, hai! Duduklah, Hafizah."
"Sibuk ke?" Tanya Pijah, "By the way, awak boleh panggil saya Pijah je. Tak payahlah panggil saya pakai nama penuh saya."
Aman tersenyum namun matanya tetap pada komputer riba, "Kenapa? Tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh. Rasa kekok macam mana entah."
“Yang kekok tu yang lagi thrill."
"Yelah sangat," Pijah tongkat dagu, "Kalau awak sibuk, kita cancel lah hari ni."
Aman panggung kepala, "Tak apa ke?"
"Tak apa je!" Pijah dah berdiri, mahu bersiap-sedia untuk balik ke rumah.
Aman memerhati saja Pijah sebelum dia menekan butang save pada Microsoft Powerpoint, "Wait! Kita pergi makan, jom!" 
Pijah tercengang, "Eh, tapikan kerja awak tak siap lagi?"
"Kita pergi makanlah. Saya lapar jugak tapi kita makan dalam kampus je, ek? Sebab saya ada nak sambung buat kerja nanti."
Pijah tersenyum lalu dia menggeleng, "Tak payahlah. Awak sibuk, kan? Lain kali pun tak apa."
"Kalau awak balik, awak nak makan apa? Elin keluar dengan PG, kan?"
"Megi banyak. Makan megi jelah."
Aman terus menggeleng, "Jom! Kita pergi makan nasi. Awak bukan suka megi pun. Lagipun saya lapar. Dari pagi tadi saya tak makan."
Pijah gigit bibir, "Tak apa ke? Awak terkejar-kejar nanti."
"Tak apa! Lagipun, siapa nak teman saya makan nanti. Sedih kot makan sorang-sorang!" Aman ukir senyum manis.
Pijah terdiam, lama sebelum dia mengangguk. Dia pun tak nak makan sorang-sorang. Tak seronok!

“Kata nak makan kat dalam kampus je?” Tanya Pijah sebaik saja Aman meletakkan sepinggan nasi hujan panas ke atas meja.
“Tiba-tiba rasa tak nak makan kat kafe dalam tu. Bosan dah. Awak cukup ke makan nasi kerabu tu je?”
Pijah buat muka, “Apa awak ingat saya ni makan banyak sangat ke?”
Aman ketawa lalu dia menggeleng, “Tak adalah. Saya gurau je. Jom, makan.”
“Baca doa dulu!” Ujar Pijah sebelum dia menadah tangannya, mahu membaca doa. Usai berdoa, dia terus saja menggaulkan nasi kerabu yang ada di dalam pinggannya. MasyaAllah, sedapnya...
Pada masa yang sama Aman memerhatikan tingkah laku Pijah yang sudah mula menyuap nasi ke dalam mulutnya. Pijah yang tak peduli pandangan orang padanya, Pijah yang jenis tak reti nak bajet-bajet lawa, Pijah yang jenis makan ayam tak cubit-cubit tapi terus ambik seketul dan gigit. Pijah yang tiba-tiba angkat kepala tengok dia... eh?
"Kenapa pandang saya macam tu?"
Aman senyum lalu menggeleng. Dia pantas tunduk sebelum dia menyuap nasi hujan panas ke dalam mulutnya. Kantoi! Kantoi!
"Apa muka saya ada jerawat ke?"
Aman geleng lagi, masih tak mengangkat wajah.
Pijah merenung tajam wajah Aman. Lama...
Apabila dia sudah tidak mendengar suara Pijah, dia panggung kepala dengan niat mahu merenung gadis itu makan.
Tak sampai dua saat, kepalanya ditundukkan semula. Kantoi lagi!
"Haaaa! Baik awak cakap kenapa awak pandang saya?"
Aman panggung kepala, "Mana ada saya pandang awak. Jangan perasan ye?"
"Helooo, terang-terang awak pandang saya tak lepas. Tadi pun, awak angkat kepala nak usha saya kan? Tapi sebab saya dok renung awak, awak jadi termalu sendiri kan? Kan?"
Aman yang geram dengan kata-kata yang keluar dari mulut Pijah pantas menongkat dagu lalu wajah Pijah dipandang selamba, "Siapa kata saya malu?"
Pijah buat muka geram lalu dia turut sama memandang Aman tanpa berkelip.
Lama mereka begitu sehinggalah tiba-tiba kedengaran suara sumbang dari tepi meja mereka. 
"Menjeling-jeling ku bertentang, mata kita sama memandang, ku cuba ku cuba nak bertanya, siapakah dia namanyaaa..."
Aman mengerutkan dahinya. Macam pernah dengar je suara ni. Perlahan-lahan, Aman berpaling ke kanan. Meja yang tadinya kosong dah penuh dengan empat orang manusia yang paling dia nak elak dari terjumpa.
"Patutlah ajak lunch sekali tak mau ikutttt..." Radzi yang menyandarkan belakang badannya pada dinding jungkit-jungkit kening.
"Dating dengan marka tak ajak!" Lutfi di sebelah Kasyaf buat muka sedih.
Kasyaf yang sama seperti Radzi, bersandar bahu menepuk kepala Lutfi, "Buat apa ajak setan macam kau ikut pergi dating?"
Danny yang duduk di sebelah Radzi sengih jahat, "Diam-diam berpandangan, mata bertentang mata, malu-malu aku malu, kau buat begitu. Jeling-jeling kau menjeling, senyuman kau menggoda, lama-lama dalam diam aku jatuh cintaaaa..."
Aman pantas tunjuk penumbuk pada Danny.
"Jangan-jangan kau berpura, sembunyikan hatimu. Bukan-bukan aku tak tahu, debar di dadamu..." tiba-tiba Radzi sambung menyanyi, sekali pakej bermanja-manja dengan Danny, "Kita saling sama cinta, tetapi malu-malu. Diam-diam jadi rindu, rinduku padamu..."
Kasyaf dah tutup muka. Malu!
Lutfi pula menyorok di sebalik buku menu, menahan ketawa.
Pijah dah rasa mukanya panas. Segannya alahai... 
Aman rasa nak menyorok kat dapur kedai makan aje bila pelanggan di meja lain dah tertoleh-toleh pada meja mereka. Banganglah! Dahlah bantai lagu Ramlah Ram! Bongok!

“Kau apahal tersengih-sengih ni? Dapat awek ke?” Adib jungkit-jungkit kening pada Radzi yang tersengih-sengih pada telefonnya.
“Manaa... saya bukan macam Abang Adib. Kasanova!” Ujar Radzi pada Adib dengan nada mengusik.
“Cis! Kasanova tu nama dulu-dulu!” Adib buat muka sebelum tersengih, “Kau mesej dengan siapa? Tersengih-sengih.”
“Dengan opah sayalah! Saya tak ada awek keliling pinggang macam Abang Adib.”
“Tepat sekali ayat tu, Radzi! Tepat sekali!” Mike yang sedang membuat latte art membalas dengan sengihan lebar!
“Kau jangan nak suka sangat! Menyembur air liur kau dalam kopi customer,” dengan sebelah tangan, kepala Mike ditepuk Jet yang baru keluar dari dapur.
Mike buat muka sebelum dia memandang Radzi, “Latte dengan Strawberry Mojito siap!
“Meja berapa ni?” Radzi dah berdiri.
“Latte kat meja lima. Strawberry Mojito dekat meja dua.”
“Noted!” Radzi mengangguk sebelum dia mengangkat dulang berisi dua minuman itu.
Dia kemudiannya pergi menghantar kopi latte ke meja lima sebelum dia mendekati meja dua. Strawberry Mojito yang ada di dalam ocean glass diletakkan di atas meja yang diduduki dua orang gadis itu, “Your drink, miss.”
"Awak salah hantar ni. Saya tak order air ni."
Radzi kerutkan dahi? "Eh? Bukan cik order ke air ni?"
"Mana ada. Awak ni reti buat kerja ke tidak?" Gadis yang berambut merah hati mengerutkan dahinya, "Saya order lain, awak bagi air lain."
"Saya minta maaf. Saya tukar sekarang!" Radzi kalut sendiri. Tak menunggu lama, dia bawa semula Strawberry Mojito ke kaunter minuman namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara gadis berambut merah tadi.
"Stupid!"
"Dena!” Si rambut perang dah ketawa, “Gilalah!”
“Sesekali nak berlagak!” Gadis yang dipanggil Dena ketawa pula, “Tapi agak-agak dia bagitahu manager dia tak?”
Radzi berpaling ke belakang. Wajahnya berubah!
"Chill, Dena. Tu memang kerja dia! Sekali-sekala mainkan orang macam tu. Plus, gaji dia kita yang bayar tau?" Sambil menyebak rambut perangnya, gadis yang dipanggil Mel itu tersenyum sinis.
Radzi menghela nafas sebelum kembali mendekati meja si gadis. Gelas Strawberry Mojito itu diletakkan di depan si gadis, "Air cik!"
"Saya dah cakap kan, saya tak order air ni!" Dena mengerutkan dahinya, masih lagi mahu mempermainkan Radzi.
"Mungkin bagi awak, waiter macam saya ni dungu dan bodoh tapi saya rasa awak lagi bodoh dari saya sebab orang yang terpelajar takkan buat kerja bodoh macam cik buat sekarang!"
Mel berdiri, "You!"
"Ya?" Radzi ukir senyum manis tapi sinis.
Mel keluarkan not berwarna ungu dari beg tangannya lalu diletakkan di atas meja, "Keep the change!"
Radzi pandang duit itu lalu dia ukir senyum sinis, "Meja ni bukan kaunter bayaran, cik! Kaunter bayaran kat sana. Saya cuma pelayan, bukan cashier!" 
"You! I peduli apa you pelayan ke cashier ke apa? You kerja sini, kan? Buat macam kerja kat sinilah!”
"Cik Mel, kan? Cik mesti fikir duit boleh beli segalanya kan? Sayangnya cik terlupa beli adab cik. Eh, adab mana boleh beli kan? Kalau adab tu boleh dibeli, mesti cik adalah manusia paling beradab sekali dalam dunia!" Radzi capai duit RM100 itu lalu tangan Mel ditarik. Not itu diletakkan di atas tangan Mel, "Saya belanja cik hari ni. Have a nice day, miss..."
“Let’s go, Mel! Tempat low class macam ni bukan untuk orang macam you!” Dena pantas menarik tangan Mel, berlalu dari kafe itu.
Mel terkaku di tempatnya. Dia cakap aku tak ada adab?
Radzi pula dah berlalu ke kaunter minuman, "Potong gaji saya ya untuk minuman meja tu."
"Apa kes tu?" Tanya Adib.
Radzi jungkit bahu sebelum berpaling memandang si gadis yang sudah berlalu bersama temannya. Kesian, muka lawa dah tapi adab tak ada...
 p/s; maaf lama menghilang. biasalah saya ni, macam chipsmore sikit. Eh, selamat hari raya maaf zahir dan batin <3 <3

31 comments:

  1. Wah, sweet betul aman dan pijah tu. Mel bakal awek radzi ka? Lain dari yg lain tu.

    Fmrz

    ReplyDelete
  2. Fuh..adab memang tak boleh beli😅

    ReplyDelete
  3. Part lagu ramlahram tu .... senyum2 sebelum tido. Penghibur

    ReplyDelete
  4. Wahhhh saya suka saya suka

    ReplyDelete
  5. seriously this is the best cerpen i ever read...keep it up writer..and please make the ending for this k.a.d.l.r..i wanna know what happen to each of them..hehehe..anyway good job and love ur cerpen..heheheh

    ReplyDelete
  6. Hahaha haaa skli kluar lgu ramlahram kau....btw suka friendship diorg..n Mel srsly lain dari yg lain...tk sabar nk tunggu love story diorg plk

    ReplyDelete
  7. Lama dah duk tunggu😍😍😍
    Akhirnyaa...Minta2 habis dekat blog ehhh...Hihihii😉

    ReplyDelete
  8. Dorang ni kat mana mana pon boleh jadi 😂😂

    ReplyDelete
  9. Cepat la update bab baru sis😢😢😢

    ReplyDelete
  10. Macam 1 bln 1 part je.. Nk kena tunggu ogos la nmpk nya��

    ReplyDelete
  11. Setia menunggu new update☺ fighting sis��

    ReplyDelete
  12. Lamenye menyepi...��

    ReplyDelete
  13. Setiap hari check..tp xde lg samb..hmmm sedey...huhuhu...jgn la menyepi ..plsss

    ReplyDelete
  14. Akak , sambung la lagi 😁😁😁

    ReplyDelete
  15. Dear writer, last yr it took me two days to read all the stories in your blog ( sbb br discover ur blog in June 2016 ). I fell in love with all the stories and also ur writing style...simple yet meaningful. Then u diaappeared again for a few month and cane back with this interesting n funny mini novel ( KADLR ). I hope u will go on writing and be successful as a writer.

    ReplyDelete
  16. Sya tunggu new chapter..

    Datg sni sbb nk release tension.. lepass dokk hadap paper Sejarah for SPM

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Akakk..... Sambung lh.... Or akak dh publish buku ni.. Saya pergi beli lalu...
    Akak, saya suka cara penulisan akak. Santai n interesting. Keep it up kak, saya support akak dri blkg😊💪

    ReplyDelete
  19. Lama menyepi
    .....rindu daaa

    ReplyDelete
  20. WHERE IS THE WRITER?

    ReplyDelete
  21. Akak jangan buat pembaca macam ni. In your older post you told us that u want to finish this story within a year.. Saya dah nak balik asrama.. Entah bila dapat baca lagi

    ReplyDelete
  22. Akak... Sambung lg pls, saya suke cara penulisan akak macam hidup n ada aura berbeza ngan blog lain

    ReplyDelete
  23. hmmm dh setahun tggu smbungan dia.tp smpai skarang x ada smbungan.pls smbung lgi.😞

    ReplyDelete
  24. hmmm dh setahun tggu smbungan dia.tp smpai skarang x ada smbungan.pls smbung lgi.😞

    ReplyDelete
  25. Akak bila nk sambung tulis blog? Lama dh tunggu nii 😭

    ReplyDelete
  26. akak bila nk sambung? lama tggu

    ReplyDelete