Sunday, 28 June 2015

[MINI NOVEL] Untuk Seminggu Saja (BAB 11)

Jari jemari Lily bermain sesama sendiri, menyorokkan resah di hatinya. Tak tahu bagaimana penerimaan ibu Iman bila nanti.
Iman yang menyedari keresahan Lily, pantas mencapai tangan kanan Lily lalu digenggam erat.
Lily berpaling kepada Iman. Iman tersenyum, “Everything’s gonna be fine, Lily...”
Lily senyum tanpa rasa lantas dia mengangguk, “I hope so.”
Iman tersenyum sebelum mereka berdua sama-sama senyap, tak bersuara.

“Assalamualaikum!”
Lily menggenggam erat tangan Iman. Jiwanya semakin tidak tenteram saat kereta Iman sudah pun berhenti di perkarangan rumah ibunya.
“Waalaikumussalam!” Pintu gelongsor yang tadi tertutup, dibuka dari dalam. Encik Ismail tersenyum lantas dia berpaling ke belakang, “Puan Melissa oii, mari tengok siapa yang balik ni!”
Iman tak menunggu lama lantas menghampiri Encik Ismail lantas dipeluk tubuh tua itu, “Sihat, yah?”
“Sihat orang tua aje,” balas Encik Ismail sebelum memandang Lily, “Lily sihat?”
Lily menghampiri Encik Ismail lantas tangan Encik Ismail dikucup perlahan, “Alhamdulillah, sihat ayah.”
“Iman! Anak ibu!!” Serentak Lily dan Iman berpaling pada suara yang kedengaran dari pintu gelongsor. Puan Melissa lantas memeluk Iman, “Ingatkan dah tak nak balik jumpa ibu...”
“Mana ada, ibu...”
Puan Melissa meleraikan pelukannya lantas dia mendekati Lily, “Menantu ibu...”
Lily tersenyum. Senyuman Puan Melissa yang pernah dia lihat suatu ketika dulu... senyuman saat Puan Melissa menyarungkan cincin pada jarinya. Tubuh Puan Melissa didakap erat, “Ibu...”
Iman ukir senyum. Matanya bertemu dengan mata Lily. Ibu still loves you, Lily...

Iman tersenyum saat melihat Lily bergurau dengan ibunya di kerusi batu yang ada di bawah pohon mangga. Sesekali dia lihat Lily ketawa, adakalanya Lily melentokkan kepalanya di bahu Puan Melissa. Lily nampak gembira...
“Hai, Iman! Senyum-senyum pandang Lily tu. Kenapa?” Teguran Encik Ismail buat Iman menoleh pada ayahnya itu.
“Tak ada apa ayah...”
“Ayah nampak Lily tu makin kurus. Iman kasi makan ke tak dekat Lily?”
Wajah Iman berubah sikit sebelum dia ukir senyuman tawar, “Iman...”
“Ayah faham...” ujar Encik Ismail tiba-tiba, “Lily tersenyum tapi senyuman bukan dari hati, Iman. Ayah sedar tu. Iman ada apa-apa nak cerita dengan ayah?”
Iman mengeluh, “Iman tak tahu nak mula dari mana.”
“Iman dan Lily ada masalah?”
Iman mengerling Lily yang memegang tangan Puan Melissa lalu dia mengangguk, “Lepas Lily keguguran kali ketiga hari tu...”
“Kenapa?”
“Lily berubah, dari ceria jadi pendiam. Dari yang suka tersenyum, dia jadi perengus. Suka marah-marah. Dan di atas permintaan Lily...” Iman pandang Lily lalu dia memandang Encik Ismail, “Kami tak lagi tidur sebilik.”
Wajah Encik Ismail berubah terus, “Lepas tu?”
“Iman turutkan permintaan Lily tapi lepas tu kami makin jauh. Iman cuba bagi ruang untuk Lily cari semula diri dia yang hilang. Tapi Iman tak sangka, saat dia kembali... Iman yang hilang diri Iman. Iman... ada hubungan dengan perempuan lain.”
“Ya Allah, Iman!”
“Iman tahu. Iman silap, Iman salah. Bila Lily hilang arah, Iman patut ada di sisi dia, tunjuk dia jalan yang sepatutnya dia lalu tapi sebaliknya, Iman letakkan jurang yang lebih luas lagi. Iman salah...”
“Lily tahu?”
Iman mengangguk laju, “Tahu. Hubungan kami dah lama dingin sejak Iman dan Lily berpisah katil. Permintaan Lily selepas dia tahu pasal hubungan Iman dan perempuan tu, dia cuma mahu masa Iman selama satu minggu.”
“Maksud Iman?”
“Selama seminggu, dia nak Iman jadi suami dia yang dulu. Dan hari ni...” Iman mengeluh, “Hari ni hari yang kelima...”
“Lepas seminggu?” Encik Ismail, “Kamu dan Lily nak bercerai?”
Iman pantas menggeleng, “Tak nak! Tempoh lima hari ni buat Iman sedar... siapa yang Iman mahukan dalam hidup Iman sebenarnya. Iman tak perlukan orang lain. Iman mengaku Iman tersilap langkah dan Iman harap sangat, Iman masih sempat untuk berpatah balik. Iman tak sanggup hilang Lily...”
Encik Ismail menepuk bahu Iman, “Habis budak perempuan yang seorang lagi tu?”
“Kami baru berkawan. Tak sampai sebulan. Iman tahu Iman salah, Iman macam mainkan perasaan dia tapi Iman tak sanggup lukakan hati Lily lagi. Cukuplah!”
Encik Ismail mengangguk, “Jadi, Iman dah putuskan hubungan Iman dengan dia?”
“Belum!” Iman menggeleng, “Iman nak tunggu tempoh seminggu Lily dengan Iman ni habis.”
“Baik Iman putuskan dengan dia secepat mungkin sebab ayah takut, kalau Iman nak berbaik dengan Lily tapi Iman masih ada hubungan dengan dia... Lily mungkin rasa Iman nak mainkan dia.”
“Tapi Iman dah janji dengan Lily takkan contact dengan Jun dalam masa seminggu ni.”
“Terangkan pada Lily... dia akan faham nanti.”
Iman akhirnya mengangguk, “Doakan Iman, ayah...”
Encik Ismail mengangguk lalu dia ukir senyum. Bahu Iman ditepuk, “Tak ada manusia sempurna dan tak lari dari buat masalah. Iman hanya manusia biasa, Lily juga. Kamu berdua sama-sama tak sempurna tapi kamu berdua saling menyempurnakan diri masing-masing. Lepas ni, hargailah Lily. Tatanglah dia. Andai kata dia kembali lemah, sentiasa jadi pendokong dia, sentiasa pimpin dia, sentiasa beri semangat kepada dia. Biarlah maut yang memisahkan kamu berdua dan bukannya kerana perceraian...”
Iman menghela nafas lalu mengangguk. Lily dan Puan Melissa dilihat beriringan menghampiri tempat dia dan Encik Ismail bersembang. Puan Melissa ukir senyum, “Rancak bersembang, tak nak share ke sembang apa?”
Iman ketawa, “Alah, ibu dengan Lily pun rancak jugak bersembang. Tak nak kongsi juga ke?”
Lily mencebik, “Hal orang perempuanlah. Awak tak boleh tahu.”
Encik Ismail tersenyum. Wajah anak lelakinya dan menantu kesayangannya dipandang berkali-kali. Sinar kebahagiaan bagai terpancar pada wajah kedua-duanya. Semoga pernikahan mereka kekal selamanya.

Iman mengisi pinggan Lily penuh dengan lauk pauk yang ada di atas meja. Lily dah kerutkan dahinya, “Eh, awak!”
“Kenapa?”
“Banyak sangat ni, karang tak habis, membazir aje.”
Iman senyum, “Awak boleh punya habiskan. Awak kena makan banyak sikit. Ayah tegur saya tadi kenapa awak kurus sangat.”
Puan Melissa tersenyum, “A’ahlah Lily, makan lebih sikit. Kurus ibu tengok kamu. Macam mana nak mengandung lagi kalau kurus sangat.”
Wajah Lily berubah sedikit sebelum dia ukir senyum, “Ibu...”
 “Ya?”
“Lily mungkin dah tak boleh nak mengandung lagi nanti.”
Serentak tiga pasang mata memandang Lily. Puan Melissa sudah mengerutkan dahinya, “Kenapa Lily? Doktor tak bagi Lily mengandung dah ke?”
Tak sempat Lily balas, Iman menyampuk, “Doktor kata rahim Lily tak kuat. Iman tak nak Lily hadapi tekanan perasaan sekali lagi kalau perkara sama berulang lagi.”
Lily pandang Iman. Bukan itu dia nak sampaikan pada ibu.
Iman juga memandang Lily. Jangan... jangan bagitahu ibu lagi, Lily...
“Habis, ibu takkan dapat timang cuculah?” Suara Puan Melissa seperti berjauh hati sebelum dia menghela nafas, “Tapi tak apalah. Kamu berdua masih boleh ambil anak angkat. Ibu tak kisah. Yang penting Lily tak perlu hadapi perkara yang lepas itu lagi.”
Encik Ismail hela nafas. Dia sedar, Lily cuba sampaikan benda lain sebenarnya. Iman pula menghalang Lily dari menyampaikan perkara itu, “Sudahlah tu! Jom makan. Sejuk dah makanan ni, dah tak sedap pulak. Nanti, awak jugak yang bising Puan Melissa oi...”
Puan Melissa buat muka, “Ye aje awak tu!”
Iman dan Lily sama-sama tersenyum. Lily berpaling memandang Iman, “Ibu perlu tahu pasal kita.”
Iman mengangguk, “Saya dah beritahu ayah petang tadi. Ayah akan beritahu pada ibu nanti.”
Lily ketap bibir lantas tangannya yang digenggam Iman ditarik. Entah kenapa, dia terasa hati. Iman dah beritahu ayah? Nampak sangat Iman dah tak sabar nak buang dia! Apa yang jadi dalam tempoh lima hari lepas hanyalah satu lakonan saja oleh Iman. Oh Lily, kenapalah cepat benar kau terbuai dengan cinta?

Iman sedar Lily senyap saja lepas makan malam tadi. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Bila dia buat lawak, Lily hanya senyap saja. Sangkanya dia terasa dengan Puan Melissa tapi dia baik saja dengan Puan Melissa.
Iman menyandarkan tubuhnya pada kepala katil. Nafasnya dihela perlahan. Kenapa agaknya dengan Lily? Matanya dipejam sebelum kembali dibuka apabila terdengar pintu bilik dibuka dari luar.
Lily masuk ke bilik dengan wajah bersahaja. T-shirt Iman yang tersarung di tubuhnya dibetulkan sedikit. Dari nak balik hari, Iman tiba-tiba buat keputusan nak tidur di rumah ibu bapanya. Nasib baik dia bawak juga baju salin namun baju untuk tidur tak ada. Nak tak nak, dia terpaksa memakai kain batik milik Puan Melissa dan baju milik Iman.
Rambutnya yang basah, dilap perlahan. Dia sedar Iman sedang memerhatikan dia dari katil. Jujurnya dia masih terasa dengan Iman namun cepat-cepat dia buang rasa itu. Dia sedar. Iman yang dulu bukan Iman yang sekarang jadi buat apa dia nak terasa hati lebih-lebih. Iman tak akan memujuknya seperti dulu.
“Lily...” panggil Iman perlahan.
“Ya?”
“Nak duduk depan cermin tu sampai bila? Dah nak retak dah cermin tu,” perli Iman, sambil tersenyum.
“Biarlah retak! Sekurang-kurangnya cermin ni sudi lagi nak pandang saya,” entah kenapa, Lily balas begitu.
Iman kerutkan dahi, “Ni saya nak pandang awak ni.”
“Tak payahlah. Lepas ni, awak pun dah tak sudi pandang saya.”
“Lily...”
Lily bangkit dari duduknya lantas dia mendekati suis lampu utama, “Iman, tolong buka suis lampu tidur tu.”
Iman mengikut saja kata-kata Lily. Sebaik saja lampu tidur terpasang, lampu utama dimatikan suisnya oleh Lily. Tanpa sebarang kata, bantal dan selimut diambil lalu dibawa turun ke lantai yang berkarpet.
Iman pegun, “Kenapa bantal tu awak bawa turun?”
“Sebab nak tidurlah.”
“Kenapa tak tidur atas katil?”
Lily jungkit bahu sebelum berbaring, “Awakkan yang tak nak tidur sebilik dengan saya sebelum ni.”
Iman mengeluh lantas bantal miliknya dibawa turun dan diletakkan betul-betul di sebelah bantal Lily. Lily yang baru nak pejam mata kembali membuka matanya. Terkejut dia saat wajah dia dan Iman sangat rapat.
“Kenapa nampak terkejut sangat ni, hmm...?” Tangan Iman laju menyebak rambut Lily yang jatuh di dahinya.
“Kenapa tidur sini?”
“Kenapa? Tak boleh?”
Lily menggeleng, “Kan awak takut awak sentuh saya...”
Tanpa sebarang kata, tangan Iman terus menarik pinggang Lily mendekati dirinya lalu tubuh Lily dipeluk, erat, “Saya dah sentuh pun.”
“Iman...”
“Shush... tidur, sayang,” dahi Lily dikucup lembut sebelum dia menepuk belakang Lily sambil bibirnya mengalunkan lagu tidur kegemaran Lily yang sering dia nyanyikan dulu bila Lily tidak boleh tidur.

p/s: bila ada sayang dalam hati, kenapa tidak mahu mengaku siapa bertakhta di situ?


16 comments:

  1. Hemmmm.... mungkinkah bahagia milik mereka

    ReplyDelete
  2. Though I love it when iman is like this but not too sure if this would be fine.. When they initially started, I won't let lily be with iman again.. But now... Huh.. Not sure..

    ReplyDelete
  3. tetiba Mata rasa mcm panas smcm je...hope iman n lily kmbli mcm dulu... :')

    ReplyDelete
  4. thaks for the new entry, always waiting for untuk seminggu sahaja..
    my favorite novel of all.
    i love it to see how iman's trying to pujuk lili, cant wait for the next one.
    cant wait to see what's gonna happen to both of them after seminggu.

    Thanks for the good work, keep it up.

    ReplyDelete
  5. Iman, Jika benar cintakan Lily.... lafazkanlah.... x perlu menunggu lagi agar Lily ketahui yg dirinya masih dicintai... jgn biarkan Lily salah faham lagi dan pergi membawa diri.... berterus terang pada Lily dan cepat putuskan hubungan dgn Jun sebelum semuanya terlambat...

    ReplyDelete
  6. Selamanya Lily akan salah faham. sekiranya Iman tak lafazkan masih cinta dan sayang pada Lily. Berterus terang Iman. Cepat putuskan hubungan dengan Jun sebelum terlambat. Mungkin Lily boleh terus mengandung. Sepanjang tempoh kehamilan duduk hospital aje laa. Pengorbanan.

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  8. Iman ni ngada plk aku rasa. Kalau betul nk putus nga jun putus jela. Simpan2 plk. Kalau laki aku mmg dah lama aku tolak masuk gaung. Nasib baik laki org. Haha.


    Nur

    ReplyDelete
  9. Sambung please.. ;)

    ReplyDelete
  10. Kadang - kadang cinta ni sukar utk difahami....

    ReplyDelete
  11. Hari2 jenguk blog awak cik penulis..huhu.. ternanti-nanti smbungan kisah iman-lily..

    ReplyDelete
  12. Bila ni nak sambung lg....hope for happy ending...klu x buang je iman tu ke laut...

    ReplyDelete
  13. penat tunggu sebulan lebih.. still x sambung..

    ReplyDelete
  14. Bila nak sambung untuk seminggu saja ni najwa? Rindu dgn iman n lily.

    ReplyDelete
  15. sis najwa plz sambung mini novel nie..

    ReplyDelete