Tuesday, 14 April 2015

[NOVEL] FLY (BAB 21)

Johanna membuka matanya saat terasa tangan Jehan meronta-ronta bagai meminta pertolongan. Tangannya laju menggoncangkan bahu Jehan, “Adik, bangun adik!”
“Tak nak! Tak nak!” Masih dalam keadaan tidak sedarkan diri, Jehan meronta-ronta.
“Jehan Putra!” Pipi gebu milik Jehan ditepuk beberapa kali.
Jehan buka matanya tiba-tiba sebelum dia menerpa ke arah Johanna, “Kak long!”
“Adik, kenapa ni?”
“Adik tak suka nightmares!”
“Adik mimpi apa ni?” Johanna memeluk erat Jehan.
“Adik mimpi ada orang tarik adik ikut dia. Adik nampak kak long menangis, tak kasi adik pergi. Tapi dalam mimpi tu, adik tak melawan pun. Lepas adik tak nampak kak long, baru adik menangis.”
Johanna hela nafas panjang, “It was just a nightmare adik. Tadi tidur basuh kaki tak? Baca doa tidur tak?”
“Baca tapi adik lupa nak basuh kaki.”
“Hah, sebab tulah adik mimpi pelik-pelik. Dah, pergi basuh kaki.”
Jehan menurut kata Johanna namun ketika di depan pintu bilik air, dia berpaling pada Johanna. “Kak long...”
“Hmm..? Kenapa?”
“Adik sayang kak long.”
Johanna terpempan seketika sebelum mengangguk, “Kak long pun sayang adik. Dah, pergi basuh kaki.”
Jehan tersenyum sebelum masuk ke bilik air. Johanna pula bersandar di kepala katil. Kata-kata Jehan, mimpi Jehan... semuanya bagai berputar kembali di mindanya namun dia tak pasti kenapa.


“Panas badan Jehan ni, Pia. Risau Mak Pah,” ujar wanita separuh abad yang sedang menuam dahi Jehan yang terbaring di atas sofa.
Johanna garu kepala. Rambut yang panjang menjadi serabut, “Mak Pah dah cuba call daddy dengan mummy?”
“Sudah tapi tak berangkat. Tengah mesyuarat agaknya.”
Johanna hela nafas, “Meeting tak habis-habis. Kita nak buat apa sekarang ni, Mak Pah?”
“Mak Pah pun tak tahu Pia.”
Johanna ketap bibir. Telefon wireless dicapai. Nombor sahabat yang seorang itu didail. Baru satu deringan, panggilannya berjawab, “Cap!”
“Yo! Kenapa kau call aku ni?”
“Kau kat mana, dude?”
“Aku on the way nak balik rumah. Baru habis kelas tambahan. Kau call aku dari rumah ke ni, minah?” Tanya Cap sambil menghidupkan enjin kereta.
“Ya, ya! Cap, I need your help.”
“Kenapa?”
“Jehan demam,” sepatah dia menjawab.
“Kau tunggu aku sampai,” dan talian dimatikan. Johanna hela nafas. Thank you, Cap! Kaulah kawan aku, dunia akhirat.

Johanna menggenggam erat kedua belah tangannya. Jehan masih belum keluar dari bilik pemeriksaan di Klinik Husna. Cap yang masih berpakaian sekolah bersandar pada kepala kerusi. Letih dengan kelas tambahan, letih berkejar ke rumah Johanna.
“Cap...”
“Ya?”
“Thanks.”
“Not a big deal. By the way, apa kau buat dekat rumah? Kau bukan patut ada kat asrama ke?”
“Long story.”
“Keep it short.”
“Aku kena tuduh mencuri, aku belasah orang yang tuduh aku mencuri, aku digantung sekolah. The end!”
“Kau pukul orang lagi?”
Johanna senyum senget, “Siapa suruh dia kacau hidup aku?”
Cap senyum. Johanna... kau masih tak berubah.
Pintu bilik pemeriksaan yang dibuka dari dalam buat Johanna dan Cam sama-sama berdiri. Jehan keluar dari bilik itu dengan langkah yang longlai.
“Doktor cakap apa?”
Jehan menyandarkan kepalanya ke bahu Johanna, “Demam biasa aje. Doktor suruh makan ubat.”
Johanna mengangguk, “Adik lapar tak? Nak makan?”
Jehan menggeleng, “Adik nak tidur aje boleh tak? Sakit kepala.”
“Okey, kita ambik ubat dulu then kita terus balik. Okey?”
Jehan mengangguk. Cap yang sedang asyik memerhatikan perbualan dua beradik itu mengukir senyum. You’ll be a great mom, Jo.
“Jehan Putra!”
Baru Johanna mahu bangun, lengannya dipegang oleh Cap, “I got this, Jo. It’s on me.”
Johanna tersenyum lalu dia menggumam rendah, “Thanks, Cap.”

Hadi merenung padang sekolah yang penuh dengan pelajar-pelajar yang bersukan. Di gelanggang bola keranjang, ada perlawanan antara senior dan junior. Di trek larian juga terdapat beberapa orang pelajar yang berlari, ada yang berjoging dan ada juga yang melenggang kangkung.
“Jauh menung. Teringatkan siapa?” D.O. melabuhkan punggung di sebelah Hadi.
Hadi ukir senyum nipis, “Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh...” balas D.O. panjang.
“Kau dari mana?”
“Koop. Cari  jajan. Kau tak jawab pun soalan aku.”
“Soalan apa?”
“Kau menung teringatkan siapa?”
Hadi senyum tawar. Kemuncup yang melekat di seluar sukannya ditarik, “Tak ada sesiapa.”
“Kau teringatkan Jo ke?”
Hadi buat muka, “Motif aku nak teringatkan dia.”
“Manalah tahu. Hati kau. Kalau hati aku, aku taulah kenapa aku nak rindu Jo ke apa ke.”
“Jangan merepek D.O.!”
“Lepaklah. Sentap je kenapa,” D.O. ukir senyum senget.
Hadi menjeling D.O. sebelum kembali memandang ke arah padang bola.
“Kau yakin ke Jo yang curi purse Rena?”
Hadi kalih memandang D.O.
“Aku rasa kau lebih kenal Jo dari aku kenal Jo, Hadi.”
“D.O., I don’t want to talk about her.”
“Percayalah. Johanna Sofea tak bersalah!” Ucap D.O. sambil mencekak bahu Hadi kejap sebelum berlalu pergi meninggalkan Hadi.
Hadi menghela nafas. Dia menekup wajahnya dengan kedua belah tangannya sebelum sebuah keluhan dilepaskan. Arghh, serabut!

Jehan buka mata. Dahinya laju mencapai tuala basah yang didemah di atas dahinya, “Kak long...”
“Ya? Adik lapar ke?”
Jehan mengangguk, “Nak makan.”
“Kejap ya. Kak long panaskan bubur.”
Jehan mengangguk manakala Johanna bingkas berlari masuk ke dapur, “Mak Pah!”
“Ya, Pia?” Mak Pah yang sedang membasuh pinggan mangkuk berpaling, memandang Johanna.
“Tolong Pia panaskan bubur untuk Jehan, boleh?”
“Boleh,” laju Mak Pah mengangguk, “Er... Pia.”
“Ya?”
“Pia dah bagitahu mummy dengan daddy pasal Jehan?”
Johanna angkat bahu, “Entah. Pia dah pesan kat Jihan. Jihan kata dia dah call mummy dah tapi tak tahulah respon mummy macam mana.”
Mak Pah mengangguk. Dalam hatinya dia mengeluh kesal. Tidak faham dengan sikap kedua orang tua Johanna itu. Anak yang sakit, tiada usaha pun untuk pulang ke rumah sebaliknya mereka lebih selesa tinggal di Singapura atas urusan perniagaan. Kerana perniagaan, anak-anak ditinggalkan.
“Mak Pah, nanti dah siap panaskan panggil Pia, ya? Pia nak tukarkan tuala kepala Jehan sekejap,” ujar Johanna sebelum keluar dari dapur. Di pintu dapur dapat dia lihat Jihanna sedang tekun menukar tuala demahan dahi Jehan.
Perlahan-lahan dia mendekati Jihanna, “Demam adik macam mana?”
Jihanna sedikit tersentak sebelum dia mendongak memandang Johanna, “Tak surut pun demam adik.”
“Hmm, tu yang kak long risau tu.”
Jihanna usap lembut rambut Jehan, “Kak long balik asrama bila?”
“Lusa,” Johanna duduk di sisi Jihanna, “Tapi... kak long risau nak tinggal adik.”
“Jihan kan ada?”
Johanna senyum sebelum dia memandang Jihanna, “Jihan dah call mummy?”
“Dah.”
“Mummy cakap apa?”
Jihanna ukir senyum sinis. Dia rasa geram tiba-tiba, “Mummy cakap adik demam biasa aje ni. Mummy dengan daddy balik lusa sebabnya delegasi dari Arab tu sampai esok ke Singapore and it’s their job to entertain the client!”
Johanna menggeleng, kesal! “Takkan tak ada sekelumit rasa risau dia orang pada adik? Kalau kak long, lain cerita. Ni adik!”
“Entahlah, kak long!” Jihanna jungkit bahu.
Johanna pegang dahi yang terasa berdenyut, “Kak long kesal, Jihan...”
Jihanna mengangguk. Jihan pun, kak long.

Johanna mengemas barangan yang mahu dibawa pulang ke asrama. Tempoh ‘bercuti’ dah nak habis, dah tiba masa untuk dia kembali ke ‘neraka’.
“Kak long!” Pintu bilik Johanna tiba-tiba dibuka dari luar. Jehan meluru masuk ke dalam bilik tidur kakaknya sebelum dia melompat naik ke atas katil milik Johanna.
“Haip! Apa ni, lompat-lompat! Awak tu demam lagi, tahu?”
Jehan ketawa sebelum dia meniarap di atas katil Johanna sambil menongkat dagunya, “Mana ada demam dah. Adik dah baiklah!”
“Baik apa? Pucat lagi mukanya!” Ujar Johanna sebelum meletakkan belakang tangannya ke dahi Jehan. Suam, sudah tidak panas seperti dua hari lepas.
“Kak long, tak payahlah balik asrama! Duduklah sini. Jaga Jehan. Jehan kan sakit?”
“Kak long kenalah balik. Kak long kan dah nak SPM.”
“Ala, sakit pening adik siapa nak jaga?”
Johanna ketawa dengan kata-kata yang keluar dari mulut Jehan. “Amboi, sakit pening ek? Kalau pening, nanti kak long suruh Mak Pah sediakan ubat.”
“Tak naklah ubat! Ubat tak sedap. Pahit! Yek!” Jehan menjelirkan lidahnya, tanda tak suka dengan rasa ubat yang harus dia telan dua hari lepas.
“Mana ada ubat manis, sayang.”
Jehan ketawa ceria sebelum dia turun dari katil dan duduk di sisi Johanna. Lengan Johanna dicapai, “Kak long... jangan balik, ya?”
“Tak bolehlah adik. Kak long dah nak SPM ni. Kalau kak long gagal, kak long kena marah dengan daddy, dengan mummy. Adik nak kak long kena marah dengan daddy dengan mummy?”
Jehan menggeleng sebelum dia memeluk lengan Johanna, “Tapi adik nak kak long ada dengan adik. Adik nak kak long jaga adik!”
“Adik, kak ngah kan ada?”
Jehan menggeleng lalu dia peluk erat Johanna. Entah bila, air mata Jehan dah mengalir, "Tak nak kak ngah. Nak kak long. Kak long jangan balik ya..."
"Jehan Putra, tak naklah menangis macam ni. Nanti kak long baliklah."
Jehan menggeleng, "Macam mana kalau kak long balik sini adik dah tak ada?"
Johanna kerutkan dahi, "Lah, adik nak pergi mana?"
Jehan meleraikan pelukannya sebelum mengesat air matanya yang masih mengalir, "Mana tahu nanti Allah panggil adik. Nanti kak long balik, dah tak sempat jumpa adik."
"Adik!" Tanpa sedar, Johanna tinggikan suara. Dia menggeleng perlahan sebelum tubuh kurus Jehan dipeluk, "Kenapa cakap macam tu? Kak long tak suka."
Jehan kembali menangis di dalam pelukan Johanna, "Kak long jangan balik asrama, ya?"
Johanna mengeluh, tak menjawab. Belakang Jehan ditepuk-tepuk lembut, bagai memujuk. Kak long bukan tak nak tinggal kat sini dengan adik. Maafkan kak long, ya?
“Kak long.”
“Ya?”
"Kak long, walaupun semua orang tak percaya kak long. Kak long kena tahu, adik percaya kak long, kak ngah pun. Nanti adik mesti rindu kak long. Sangat-sangat. Kak long jangan lupa balik, ya? Teman adik kat sini,” ucap Jehan, perlahan namun cukup untuk Johanna dengari. Johanna pejam mata. Setitik air matanya jatuh membasahi pipi. Terima kasih adik!

“Mak Pah, tolong jagakan Jehan dengan Jihanna ya?” Ucap Johanna pada Mak Pah yang berdiri di muka pintu rumah banglo dua tingkat itu.
Mak Pah mengangguk, “Pia tak nak tunggu tuan dengan puan balik dulu?”
Johanna senyum senget, “Pia tunggu ke, Pia tak tunggu ke... sama aje Mak Pah.”
“Kak long!” Suara dari dalam rumah buat Johanna menggeleng kepala. Jehan Putra!
“Ya? Kak long tak pergi lagilah,” ujar Johanna pada Jehan sebaik saja Jehan berdiri di depannya dengan sengih melebar.
“Nah, hadiah untuk kak long!” Jehan memberikan model figura Kamen Rider Decade pada Johanna.
“Aik? Ni kan patung mainan kesukaan adik?”
Jehan sengih, “Kak long simpanlah! Nanti kalau kak long rindu adik, kak long ciumlah patung ni.”
Johanna mengangguk sebelum model figura itu dicapai dan disimpan di dalam beg galasnya. Kemudian dia melutut di depan Jehan sambil mendepangkan tangannya, “Come and give me a big hug, dude!”
Jehan tak tunggu lama sebelum dia memeluk Johanna. Erat! Bagai tidak mahu dilepaskan, “Kak long...”
“Hmm...?”
“Kalau nanti kak long balik, adik tak ada. Kak long jangan sedih tau. Jangan lupakan adik, tau?”
Johanna terasa sebak tiba-tiba, “Adik nak pergi mana? Kan kak long dah kata tadi, kak long tak suka adik cakap benda macam ni.”
“Ala, adik cakap aje! Mana tahu, kak long balik nanti. Adik pergi bercuti ke. Mana nak tau,” Jehan cubit pipi Johanna. “Adik sayang kak long!”
“I love you too, big boy!”
Jehan tersenyum. Johanna pula kembali berdiri dan terus bersalaman dengan Mak Pah, “Jagakan adik-adik Pia ya, Mak Pah?”
Mak Pah mengangguk lagi sebelum dia mengusap kepala Johanna, “Mak Pah suka tengok Pia pakai tudung. Manis aje.”
Johanna senyum, “Doakan Pia terus istiqamah ya, Mak Pah? Lagi satu, kirim salam dekat Jihan dan bagitahu dia yang Pia minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat tunggu dia.”
Mak Pah mengangguk. Johanna pula mengusap rambut Jehan yang setia memandangnya sebelum dia mengangkat beg pakaiannya. Perlahan-lahan dia melangkah meninggalkan perkarangan rumah, menuju ke arah teksi yang sudah menunggu di luar pagar. Sempat dia menoleh ke belakang, memandang Mak Pah dan Jehan yang melambai kepadanya. Entah kenapa, hati dia terasa berat nak tinggalkan rumah kala itu. Seperti ada sesuatu yang bakal terjadi...
p/s: entry bonus kisah Johanna. Saya saja kasi, sebab... SAYA BAIK! Muahaha <3

20 comments:

  1. Terharu melihat kasih sayang antara Johanna n adik2 nya sgt kukuh...
    Sedih sebab ada parent yg lebih pentingkan biznez dari anak2..
    Cap.. sahabat yg baik.... sentiasa ada pada masa susah dan sgt memerlukan bantuannya...
    Hadi... mengapa ada sangsi pada kejujuran Johanna..

    ReplyDelete
  2. ya ALLAH! sedihnya baca entry nie mcam tahu je apa da jadi. TT..TT
    Johanna tu anak yg baik kenapala parent tu buta hati x nmpak benda tu.............
    dia lbih percaya ckp org berbanding dari anak sendiri. hati anak mne yg x sedih parent lebih dri diri dia.

    ReplyDelete
  3. Arrgghh..sedihnyer ...dah boleh agak ape yg akn jdi...Johanna syg gile kat adik2 die..harap2 parents Johanna cepat2 sdr.. walau byk mne pn harta tak same klau anak dah hilang satu..~T_T~~T_T~

    ReplyDelete
  4. Huhuhu menitis air mata....allhamdullilah my parents tak begitu.

    ReplyDelete
  5. Sedyh plakk... Fmly tlalu pntngkn keja dr anak2... Hmmmm
    Nak lagiii

    ReplyDelete
  6. Iman sedihnya. Kasih sayang kakak kepada adiknya yg tak berbelah bagi. Adakah mimpi Jehan akan menjadi kenyataan.

    Kmas

    ReplyDelete
  7. Ya Allah .. if ak kat tmpat jo . Ak xtau cmne nak lalui . Dengan adik xsihat . Mak ayah xad . Pastu kne balik asrama .. xkuat rasenye .. but . Something la dengan adik die . Cm ad yg bruk je nak jdi .. hope xad pape la .. mst jo sdih nnti ..
    Btw kak . Tq so much😘 .. rindu da terubatt . Tq 😘 bestttttπŸ˜πŸ˜˜πŸ˜šπŸ˜‚

    ReplyDelete
  8. Jgnla jdik apa2 dekat jehan...

    ReplyDelete
  9. Huhu mata saya pedas!! Alah, sygnye Johanna kt adik2..n jehan pn syg Kakak die juga. Terharu dgn kasih syg ni.. Be strong Jo.. You can do it!!

    ReplyDelete
  10. Sambung la cepat dear.dear kan baik.

    ReplyDelete
  11. Smbungla...best..akak kn baik

    ReplyDelete
  12. Mohon sambung lagi ya...
    Najwa kan baik... #^_^

    ReplyDelete
  13. Najwa..tq very much dear..awak mmg baik.. Tp awak tambah baik kalau awak smbung kisah lily n iman..hehe

    ReplyDelete
  14. menarik giler! but jangan tak sambung pulak.. orang tak tahan suspen.. akak jgn tunggu buku diterbitkn.. hhuhuhuhhu :'( tak sabar2 nie.. puhleasee...

    ReplyDelete
  15. Bsan...blala nk smbung...x lrat nk tnggu lama

    ReplyDelete
  16. Bila nak jd buku ni!!!

    ReplyDelete
  17. dh kluar buku blom? Hiks xsabar nk beli

    ReplyDelete
  18. Rasa x sedap hti dengr jehan ckp mcm tuu 😭😭😭

    ReplyDelete