Saturday 15 June 2019

KOMBO GULA (Love, Suga dan Chan, Mr Egois) [PREORDER]


Bismillahirahmanirahim...

PREORDER KOMBO GULA telah dibuka bermula hari ini selama dua minggu sahaja (28 JUN 2019).

·         Dalam 100 tempahan terawal akan mendapat photobookmark.
·         Kedua-dua buku berstatus LIMITED EDITION iaitu sekali cetakan sahaja.
·         Kedua-dua buku bergenre ROMANTIK KOMEDI free stress.
·         Kedua-dua buku merupakan MINI novel.
·         Harga kombo selepas tempoh preorder akan berubah (+RM 4)


SINOPSIS CHAN, MR. EGOIS (RINSYA CHASIANI)

William Chen Wei Ting, nama dia di dalam IC. Anak angkat Mak Ngah Tia. Keluarga kami menggelarnya dengan nama Rayfan untuk ‘meMelayukan’ lelaki itu. Orangnya perasan bagus, dan serba-serbi sempurna. Oleh kerana dia terlampau ‘majestic’, dia jadi lupa daratan. Ke aku aje yang rasa dia lupa daratan?

“Opah nak Min yang jadi isteri kepada Rayfan. Min yang paling layak untuk Rayfan.” - Opah

Opah dan satu keluarga besar kami bersetuju, aku, Azmin anak Pak Usu Fadhil kena kahwin dengan William gara-gara nak ‘meMelayukan’ Chan Wei Ting!

“Awak faham tak kesan tu? Awak dah buat jodoh saya block, tahu? Saya suka orang lain, bukannya awak. Sepatutnya awak tak ada dalam perancangan hidup saya, sekarang ni awak dah ganggu plan hidup saya.” - Aku

Tapi kerana satu insiden berdarah dalam hidupku, aku kena reda tak ada orang lain yang nak kan aku kecuali dia.

“Wo... pu... shi... huan... ni.” Aku cakap sebiji-sebiji. Pakej tekan suara kat ‘pu’ tu, menggambarkan aku betul-betul tak suka dia.

“Apa-apa yang jadi, bukan sebab saya kesiankan awak atau bukan sebab opah yang paksa saya untuk memperisteri awak.” – Chan

Jadi kenapa dia terima aku sebagai isterinya? “Min ingat, Min tak jadilah kahwin dengan abang, opah. Abang tak ikhlas terima Min.” – Aku

“Alah, setakat tak ada kaki je pun, bukan tak ada kepala. Okey lagi.” – Chan

Dan bagaimana untuk aku meneruskan hidup dengan lelaki, yang aku tak boleh nak baca isi hatinya?


SINOPSIS LOVE SUGA (NAJWA RAHMAN)

DIAN. Gadis comel itu sering menjadi bahan usikan Firas a.k.a Hantu Galah. Pantang bertentang mata, pasti berperang.

"Kau turun exercise ya, Mok? Nak bakar lemak ek?" - Firas

Serabut dengan si Hantu Galah, muncul pula nota misteri dari SUGA. Suga? Gula? Sugar Glider?


"You look beautiful. As always..."
Love, Suga

Dian keliru. Baru dia nak terbuai dengan Suga, PG hulurkan persahabatan.

"Nama I Hazwan tapi you boleh panggil I PG." -PG

Dian makin buntu. Siapa SUGA sebenarnya? PG, si Hantu Galah atau... siapa?



Saya tahu ramai dah baca Love, Suga versi blog tapi dalam versi cetak ada penambahan dan sedikit perubahan. Lain sikit dari versi blog. Saya jadikan cerita ini sebagai mini novel sebab lepas ni saya nak tutup blog, apa saja yang pernah ada dalam blog ini akan saya terbitkan. InsyaAlllah.

Sesiapa yang nak order, boleh whatsapp link di atas. Terima kasih <3




8 comments:

  1. Salam sis..kat mana nak wasap ye..xjumpa link nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.wasap.my/+60175192429/kombogula

      Delete
  2. Sis nak tanya fly x dibukukan ke ?

    ReplyDelete
  3. JADIKAN AGEN KAMI MENJADI FAVORIT ANDA ,
    AYOO BERGABUNG BERSAMA RIBUAN MEMBER KAMI YANG LAINNYA
    HANYA DI HTTP :// WWW.ARENA-DOMINO.COM
    BONUS ROLLINGAN TERBESAR 0,3 % SETIAP MINGGUNYA .
    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di: WA : [+855]964967353

    ReplyDelete
  4. Tolong bukukn novel kasyaf n the geng dan jgk apek n the geng dan yg paling penting FLY!!!🙏😭 PLEASE TERBITKN BUKU2 NI

    ReplyDelete
  5. Sis....Saya dah terlepas😭😭😭sbb baru jenguk blog niiii

    ReplyDelete
  6. kenapa cerpen saya awak kita dah takda? cerita tu best

    ReplyDelete