Sunday 26 February 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 4)

“Umi!!!” Ceria saja nada suara Danny bila mengambil panggilan telefon dari uminya.
“Amboi, cerianya anak umi sampai salam pun tak bagi! Dhani sihat?”
“Sihat, umi! Umi sihat? Abah?”
“Sihat... umi abah sihat belaka. Dhani tu, kalau umi tak telefon... payah benar nak telefon umi. Nasib baik ada Jihan.”
Danny memusingkan pen di tangannya sambil mencebikkan bibirnya sebelum dia ukir senyum, “Ala umi tu... asyik Jihan je. Sayang sangat ke Jihan tu...”
“Aik? Jealous?” Suara Puan Arfah yang sinis di talian membuahkan tawa Danny.
“Tak jealous pun! Dhani sibuk, umi. Dengan assignment, latihan basketball tapi umi jangan risau, umi dengan abah sentiasa dalam doa Dhani.”
“Kawan-kawan serumah Dhani sihat semuanya?”
“Sihat, umi! Umi...”
“Ya?”
“Hari ni umi masak apa? Dhani rindulah masakan umi. Lama tak makan...” Danny sengaja bersuara lirih, acah-acah sedih.
“Hari ni? Umi buat soto. Abah nak makan. Lagipun kak long dengan abang ngah ada balik.”
“Ala, mana aci!!! Kenapa buat soto bila Dhani tak ada kat sana?”
“Ala anak manja umi ni...” Puan Arfah bersuara ala memujuk, “Nanti Dhani balik, jangankan soto... ratatouille pun umi boleh buat untuk Dhani!”
“Poyolah anak manja umi!” Kedengaran ada suara mengejek dari talian sana.
Danny ketap bibir, “Eiii... dengki!”
“Dayana, apa usik adik tu?!” Kedengaran suara abah menegur kak long.
“Umi...”
“Ya?”
“Rindu...”
“Umi pun rindu Dhani. Dahlah, umi nak pergi hidang soto dekat abah. Dhani belajar rajin-rajin. Jangan lupa solat, mengaji. Duit belanja ada tak?”
“Ada umi. Umi kirim salam semua orang ya?”
“Iyelah! Jaga diri. Kirim salam kawan serumah Dhani. Umi letak dulu ya?”
“Okey, umi! I love you!!”
“Ye, I love you too...” Puan Arfah bersuara dengan suara seperti mahu tergelak, “Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam...” Danny terus mematikan panggilan sebelum dia mencebikkan bibirnya. Nak soto!!

Aman yang sedang menelaah subjek Sukan dan Perhubungan Awam di perpustakaan menggeliatkan badannya. Kalau bukan sebab esok ada test, memang tidaklah dia nak study hari ni. Telefon pintar yang dari tadi dibiarkan dalam silent mode dicapai. Aplikasi Facebook dibuka. Scroll! Scroll! Bosan, dia tutup aplikasi itu. Baru dia nak meletakkan telefon itu kembali ke atas meja, satu mesej dari Whatsapp Group; Kacap dan Empat Budak Kacak masuk.
Mesej itu dibuka dan spontan bibirnya mengukir senyum sinis. Danny... Danny...
Danny
- Sedapnya sotoooo  😔 😔 😔-
Aman
- Kau apahal mangkuk?-
Danny
- Nak soto. Umi aku telefon cakap hari ni dia masak soto. Sedapnyaaaaa  😢 😢 😢-
Lutfi
- Habis kalau kau mengadu kat sini, kau boleh dapatlah soto kau tu?-
Aman
- Entahnya!-
Danny
- Huwaaa 
😭 😭-
- Sampai hati korang-
- Kawan korang ni teringin kot!-
- Layanlah sat kesedihan aku ni 
😭 😭 😭-
Radzi
- Sorry Danny. Aku tak boleh nak layan kesedihan kau! Assignment aku lagi berhak dapat layanan aku!-
- Aku bukan macam team kau, semua benda siap awal 
😂 😂-
Danny
- Sudahlah kau!-
- Kalau bukan sebab Cindy, confirm assignment aku pun terbengkalai jugak 
😂 😂 😂-
Kasyaf
- Kau nak soto sangat-sangat ke?-
Danny
- Nak 
😭 😭-
Kasyaf
- Kau kat mana?-
Danny
- Rumah-
- Kenapa Kacap sayang?-
Aman
- Euww... gay 
😖 😖 😖-
Kasyaf
- Aku dah nak balik ni. Kita pergi pasaraya, pergi cari barang buat soto kau-
Aman
- 
😱 😱 😱-
Lutfi
- 
😱 😱 😱-
Radzi
- 
😱 😱 😱-
Danny
- YASSSS!!-
- Tapi siapa nak masak?-
- Aku tak reti 
😂-
Kasyaf
- Kau mintak resepi dengan bahan-bahan dekat umi kau-
- Aku masakkan nanti-
Radzi
- Kasyaf, aku nak spaghetti aglio olio 
🍝 🍝-
Aman
- Aku nak jugak! Nak daging masak bawang goreng yang sedap tu-
Lutfi
- Aku nak nasi padang, Kasyaf 
😢 😢-
Kasyaf
- KAU INGAT AKU RESTORAN KE MAIN ORDER JE?-
Danny
- Kahkahkah! Padan muka korang!-
- Tulah! Tadi tak nak kesian dengan aku. Padan muka kamu semua. Muahahaha 
😈 😈 😈
Kasyaf
- Kau nak aku tarik balik ke pelawaan aku tadi?-
Danny
- Ala, janganlaaaaaahhhhhhhhhhhh-
Aman
- TUNG AH, KACAP SAYANG DANNY!-
Radzi
- TUNG AH, KACAP SAYANG DANNY!-
Lutfi
- TUNG AH, KACAP SAYANG DANNY!-
Kasyaf
- Bongok!-
- Siapa nak ikut aku dengan Danny?-
Aman
- Aku tak nak!-
- Aku nak teruskan misi mintak maaf dekat adik PG-
- Wei, nanti tolong belikan Cornflakes kat aku-
Kasyaf
- Okey-
- Yang lain?-

Radzi
- Assignment aku tak siap lagi-
- Nanti duit barang dapur bagitaulah berapa-

Kasyaf
- Okey-
- Lutfi?-

Lutfi
- Aku kena jumpa lecturer karang-
- Korang pergilah-

Danny
- Kacap-

Kasyaf
- Ya?-
Danny
- Aku dah siap!-
Kasyaf
- Tunggu kejap-
Danny
- Okey, baby <3 –

Kasyaf
- Bangang!-

"Apa lagi bahan ummi kau suruh beli?"
"Pes soto! Plastik hijau kuning kat tempat sejuk beku ummi aku kata."
Kasyaf mengangguk sebelum menolak troli. Matanya sekali sekala melilau ke kiri kanan, mencari andai ada barang yang mahu dibeli.
"Kacap, kenapa kau beli banyak sangat ayam?" Tanya Danny tiba-tiba.
"Saja. Persediaan untuk esok lusa."
Danny mengangguk, "Ooo..."
"Kau nak makan soto dengan bihun ke dengan nasi impit?”
“Aku boleh je mana-mana. Selalunya aku makan, aku boh dua-dua sekali.”
Kasyaf mengangguk, “Okey. Kau pergi cari pes soto tu dulu. Aku nak pergi ambik bihun dengan nasi impit kejap.”
"Baik, tuan!" Danny angkat tabik pada Kasyaf sebelum dia berlari meninggalkan Kasyaf. Kasyaf pula terus menolak trolinya ke bahagian beras.
"Sini ada kau, kat sana ada kau! Semak mata aku!"
Kasyaf berpaling pada suara yang membebel rendah (tapi dia boleh dengar aje). 
Si minah gothic kelihatan terkumat-kamit sendiri sambil berjalan melintasi Kasyaf.
"Macam mata aku tak semak nampak kau!"
Ika buat tak peduli sebelum dia capai beberapa pek bubur segera lalu dimasukkan ke dalam bakul.
"Bubur segera? Patutlah badan macam papan!"
"Kau sibuk apahal?"
"Saja!" Ujar Kasyaf sebelum dia menolak trolinya ke bahagian nasi impit.
"Raya lambat lagi nak makan nasi impit pun!"
"At least bukan bubur segera!"
Ika menjeling Kasyaf sebelum berlalu dari kawasan itu.
Kasyaf menggeleng perlahan. Apa masalah budak ni dengan aku?!
“Ai, tak puas jumpa dekat universiti. Kat Mydin pun nak dating juga ke?” Danny yang bersandar di bungkusan-bungkusan beras yang disusun di atas pallet menjungkit-jungkit kening.
“Jomlah balik! Tak jadi nak buat soto.”
“Alooooooooooooooooooooooooooooo... sorrylah, Kacap sayang!” Danny buat muka sedih!
“Kau sebut benda ni dekat budak rumah, kau jangan harap dapat jamah soto aku buat!”
Gulp! Danny telan air liur. Dia mengangguk laju. Aku rela tak bergosip, asalkan dapat makan soto, “Eh, Kacap... kalau ada lebih, boleh tak aku kasi dekat Jihan?”
Kasyaf jungkit bahu,“Suka hati kaulah.”
Danny terus ukir sengih lebar. Mesti Jihan puji dia lepas ni.

"Hai!"
Pijah terkejut bila Aman tiba-tiba muncul di balik pintu dewan kuliah! Nasib baik dia tak hayun buku kulit keras kat tangan dia dekat muka Aman!
Elin yang baru selesai berbual di telefon mendekati Pijah dan Aman. Wajah cemberut Pijah dan wajah ceria Aman membuahkan tanda tanya di hatinya, "Hai Aman!"
"Yo, kakak ipar!" Aman angkat sebelah tangan, "Mana PG?"
"Takkan setiap masa nak angkut dia kot!" Seloroh Elin, "Danny mana?"
Aman sengih, "Danny... entah? Kat rumah agaknya. Dah habis kelas ke?"
Elin kerling Pijah yang memandang ke tempat lain. Wajah Aman langsung tidak dipandang padahal mata Aman melekat elok di wajah Pijah, "Sudah tapi aku nak keluar dating kejap. Kau hantarkan Pijah balik rumah sewa kami boleh?"
Pijah terus berpaling memandang Elin, "Wei, dating apa ni? Tadi korang dua orang cakap lain. Kalau aku tau, baik aku drive sendiri pergi kelas."
Aman tersengih. Bagus betul PG laki bini ni! Baru mintak tolong tadi, terus dia hantar bantuan tambahan, "Beres kak ipar!"
"Hantar aje tau, jangan bawak pergi tempat lain pulak!"
"Kalau pergi makan?"
"Tanya tuan punya badanlah!" Elin kenyit mata sebelum menepuk bahu Pijah, "Aku pergi dulu. Hazwan pesan, sembang baik-baik!"
"Elin!" Pijah baru nak pegang hujung lengan baju kurung Elin namun Elin sempat menarik tangan lantas dia melambai Pijah sebelum dia berlalu pergi.
"So... jom?" Aman ukir sengih.
Pijah tak menjawab sebaliknya dia terus berjalan meninggalkan Aman. Eiii, nak kena penendang sungguh laki bini tu!!!!
Aman mengeluh. Lari lagi... aduhai! Tak menunggu lama, dia kembali mengejar langkah Pijah yang makin menjauh!
"Kejap! Kejap!" Aman segera menghadang langkah Pijah.
"Nak apa ni? Saya letihlah!"
"Kita kena bincang."
"Bincang apa lagi? Kereta Abang Aman hari tu tak ada rosak apa-apa kan? Saya dah minta maaf dah pun!" Ujar Pijah dengan suara tertahan. Dia nilah. Lagi orang nak elak, lagi dia datang dekat! Dulu waktu kita nak dekat, bayang dia pun tak nak rapat!
"Memanglah kereta tak rosak. Tapi..." Aman meleretkan suara sambil tangannya mengeluarkan telefon yang sudah retak seribu dari poket seluarnya sebelum diunjukkan kepada Pijah, "Ni dah retak tau? Nak selfie pun tak sanggup, muka retak-retak!"
Pijah yang melihat telefon Aman dah rasa lain macam. Peristiwa dia hampir terlanggar Aman kembali bermain di mindanya. Allah! Dengan tangan yang terketar-ketar dia mengeluarkan dompet dari beg sandangnya, "Be... be... berapa sa... saya ke... ke... kena ba... ba... yar?"
Aman yang melihat tangan Pijah terketar-ketar rasa bersalah bertimpa-timpa. Teringat balik perbualannya dengan PG tadi.

"Kau kenapa nak jumpa aku ni? Nak tanya tips perkahwinan bahagia ke?"
"Blah lah wei! Nak menunjuk kebahagiaan pulak dekat aku!" Aman buat muka menyampah.
"Eh, mestilah!" PG jungkit-jungkit kening sebelum ketawa, "Tak adalah. Kenapa wei? Macam serius je waktu kau telefon aku pagi tadi."
"Er... janji dulu kau takkan pukul aku?"
Muka PG berubah, "Jangan cakap kau dah jatuh hati dengan Elin!"
"KAU GILA KE MANGKUK?!" Ujar Aman sebelum ketawa, "Nak kata bangang, sambung Master!"
"Cis!" PG tarik muka, "Manalah aku nak tau. Kau bagi disclaimer lain macam."
"Er... ni pasal adik kau sebenarnya."
Dahi PG berkerut, "Pijah?"
Aman mengangguk, "Sebenarnya... aku dah dua kali termarah, tertengking, ter... apa lagi ek? Senang cakap, aku dah buat salahlah dengan adik kau."
Wajah PG berubah sebelum dia menggeleng, "Kau ke budak yang adik aku nak terlanggar waktu dia reversed kereta?"
Aman angguk, "Budak yang sama hampir nak langgar kereta adik kau bila dia berhenti mengejut."
PG mengeluh sebelum ketawa hambar, "Dia punya tak nak cakap siapa orang yang dia hampir nak terlanggar. Sekali kau datang mengaku."
"Dia tak cakap?"
PG mengangguk, "Adik aku tu ada trauma. Baru je baik sebenarnya. Dia pernah terlanggar anak jiran aku sampai budak tu masuk hospital. Budak tu melintas tiba-tiba, dia tak sempat nak tekan brek. Teruk jugak tekanan perasaan dia dulu sebab mak budak tu keep on salahkan adik aku. Luckily, ayah budak tu tak nak panjangkan cerita sebab dia kata bukan salah Pijah sepenuhnya."
"Allahuakbar! Teruk ke budak tu?"
"Warded seminggu. Patah tangan."
"Lepas tu, dia ada terlanggar kucing. Tambah-tambah trauma dia. Lagipun dia suka sangat dengan kucing."
"Oh, patutlah..."
"Dia kalau teringat peristiwa lama, automatik dia jadi ketar tangan, badan. Muka berpeluh-peluh. Lepas tu mesti menangis."
Aman garu kepala. Aduhai, rasa bersalah di hatinya makin bertambah-tambah.
"Aku tak salahkan kau tapi kalau kata adik aku hampir terlanggar kau lagi nanti, janganlah sembur dia sebab dia automatik akan trauma."
"Er... aku nak jumpa adik kau. Nak minta maaf dengan dia."
"Ha, lagi bagus! Pergilah minta maaf. Aku sokong!" PG sengih.
"Tapi adik kaulah! Lari-lari je kalau nampak aku."
"Habis takkan kau nak adik aku pergi peluk kau?"
Aman tersengih spontan, "Uuuu..."
"Kau jangan bayangkan kalau tak nak kena belasah."
"Kau yang mula dulu."
"Adik aku kalau kau nak pujuk kenalah bagi dia makanan. Memang senang je terpujuk tapi fast food adik aku tak layan. Dia suka makan nasi campur lauk kampung, nasi kukus, senang cerita nasi-nasilah."
"Ooo... lagi?"
"Lagi...?" PG ketuk dagu sebelum dia pandang Aman, "Kau pandai-pandailah pujuk. Takkan itu pun aku nak ajar? Kata hero gadis."
"Bangang!" Aman tunjuk penumbuk pada PG, "Ha, lagi satu... adik kau hari ni pergi kelas dengan kereta ke?"
"Tak, aku hantar."
"Ooo... boleh tak karang kau angkut bini kau je. Adik kau, kau tinggal. Biar aku je bawak dia balik."
"Bagus jugak idea kau tu. Boleh aku dating dengan Elin!" PG tersengih gatal, "On!"
"Thank you, bro!"
"Jangan buat adik aku menangis lagi nanti."
"InsyaAllah, bro!"

"Berapa?!"
Suara tinggi Pijah menghentikan lamunan Aman. Aman spontan tersengih, "Saya tak nak duit awak, Hafizah."
"Habis awak nak apa?" Hilang terus panggilan Abang Aman yang Pijah gunakan. Geram punya pasal.
"Teman saya makan tengahari. Boleh?"
"Cari orang lain. Saya sibuk."
"Okey, awak pilih. Saya bagitahu PG awak nak langgar saya atau awak pergi makan dengan saya?"
Pijah merengus, "Ha, nak makan. Makanlah!"
Aman buat muka selamba namun dia dah tersengih di dalam hati. Yes! Yes!



7 comments:

  1. terbaikkk. sentiasa sokong karya akak

    ReplyDelete
  2. Wah... Nk mintak maap je pun siap nuntut ilmu jgk ke

    ReplyDelete
  3. hahahaha pandai la abg aman ugut pijah , x psl terkona pijah kikiki

    ReplyDelete
  4. Haha.... Aman 2. Tak jln cara baik ko psiko plak eaaa....ish...ish...Apapun...chaiyok 3X
    -Azzna -

    ReplyDelete
  5. tak pernah mengecewakan cerita2 kak najwa nie . hee . semua bestttt ! syioknya hari2 update . hee . keep looking for next chapter ! keep it up !- atieykecik

    ReplyDelete