Sunday, 19 February 2017

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 13)

Iman tak menunggu lama, dia segera bangun dari duduknya. Dia memandang Jun, “Maafkan I, Jun! Antara you dan Lily, I akan pilih Lily. Dia yang pertama dan terakhir dalam hati I. Tak ada yang lain.”
Jun kaku. Kata-kata Iman, wajah Lily yang basah dengan air mata bagai menghantui dirinya. Demi melihatkan air mata yang mengalir di pipi Lily buat dia terasa berdosa! Ya Allah, kenapalah aku harus menjadi orang ketiga di dalam hubungan mereka?!
“Jun...?” Seru Iman. Dia nak berlalu pergi tapi wajah Jun yang berubah habis buat dia tak jadi nak melangkah.
“Kejar dia...” perlahan saja suara Jun sebelum dia memandang Iman, “Kejar dia, Iman!”
Iman terkaku sebelum mengangguk, “Maafkan saya, Jun!”
   Jun hanya kaku memerhatikan Iman yang sudah berlari meninggalkan restoran itu. Air matanya tiba-tiba menitis. Dia tak mahu jadi yang ketiga. Dia rasa bersalah sangat pada Lily... Sangat berdosa!
Iman yang berlari keluar segera mencapai telefon pintarnya dan nombor Azrul didail. Baru sekali deringan panggilannya bersambut, “Iman? Kenapa?”
“I’ve got to go, Azrul! Kau please datang je ke kafe tu, jumpa Jun. Aku kena pergi dah ni!” Laju Iman bersuara.
“Kenapa ni? Cemas aje suara kau ni?” Tanya Azrul, risau.
“Lily...” Iman hela nafas, “She saw me with Jun! Kebetulan Jun tengah pegang tangan aku!”
“What?!”
“I know! Aku pun terkejut. Aku tak sangka Lily ikut aku, Azrul! Dia dah pergi tapi aku tak tahu ke mana. Mungkin dia balik rumah terus. Aku kena balik, Azrul! Aku kena terangkan hal sebenarnya pada dia,” balas Iman.
“I’m sorry, Iman!”
“It’s okay! Betul cakap kau, sepatutnya aku bagitau dia. Dia dah salah faham. Aku harap dia nak dengar penjelasan aku.”
“InsyaAllah,” balas Azrul, “By the way, Jun macam mana?”
“Dia pun terkejut nampak Lily! Kau tolong datang sini. Aku kesian dekat dia.”
“Aku dah nak sampai dah. Kau pergilah cari Lily. Pasal Jun, biar aku selesaikan,” ujar Azrul, cuba menenangkan Iman.
“Thanks, Azrul! I owe you one,” balas Iman sebelum dia dan Azrul saling berpamitan. Tak menunggu lama, dia segera mendapatkan keretanya. Dia mahu betulkan segalanya sebelum terlambat!

Lily kesat air matanya yang mengalir laju. Dia tak mampu menahan lagi rasa sakit di hati. Selama ini dia cuba butakan mata, butakan hati, butakan jiwa tapi dia dah tak mampu menjadi buta lagi apabila dia sudah nampak dengan mata kepalanya sendiri, gadis yang menjadi pilihan Iman. Lily, kau dah kalah!
Tak menunggu lama, dia terus berhentikan keretanya di tempat parking kereta taman tasik yang pernah dia datang dengan Iman sebelum ini. Dia tak tahu kenapa dia boleh bawa kereta sampai ke sini. Air matanya mengalir bagaikan tak mahu berhenti. Hancur luluh hatinya melihat si gadis tadi memegang tangan Iman.
Kalau sudah tidak mahu kepadanya, kenapa harus Iman buaikan hati dia yang masih setia mencinta? Kalau sudah memilih dia, kenapa harus Iman memanggilnya sayang seperti dia memaksudkan kata-katanya? Kenapa harus Iman lukai hati dia yang sedia terluka?! Kenapa?!
Entah bila, hujan mulai turun. Langit yang tadinya biru, semakin gelap. Semakin mendung, sama seperti hatinya kala ini. Andai dia mampu undurkan waktu, dia tidak akan ikut Iman tadi. Dia tak mahu tempoh seminggu dia bersama Iman habis begini saja. Tapi dek kerana dia turutkan kata hati, hari ini dia terluka.
Lily tekup wajahnya. Sendunya makin deras kedengaran. Dia dah kalah! Dia dah kalah dalam merebut kembali kasih Iman. Dia dah tak mampu lagi. Tertanya, Iman bukanlah untuk dirinya. Lirik lagu yang berkumandang dari corong radio menambahkan lara di hatinya.
Dahulu kau mencintaiku
dahulu kau menginginkanku
meskipun tak pernah ada celaku
tak berniat kau meninggalkan aku
Dahulu, ketika masih menginginkan dirinya, dia tolak Iman menjauh. Dan kini saat Iman sudah menjauh, yang tinggal di dalam hatinya cumalah penyesalan semata-mata. Dia perlu pergi... dia harus pergi!

Lily memarkirkan keretanya di porch sebelum keluar dari kereta. Dengan langkah yang lemah, dia mendekati pintu rumah. Gugusan kunci dari dalam beg tangannya dicapai. Dengan tangan yang terketar-ketar, anak kunci cuba dimasukkan ke dalam lubang kunci namun getaran tangannya membuatkan dia tak mampu nak memasukkan anak kunci ke dalam lubangnya.
Tanpa dia mampu menahan, air matanya mengalir lagi. Perasaan sedih masih menyelubungi hatinya. Dengan mata kabur dan sedu-sedan, dia mencuba sekali lagi. Berjaya! Dia segera masuk ke dalam rumah sebelum pintu rumah ditutup. Tak menunggu lama, dia naik ke tingkat atas. Air mata yang masih mengalir dikesat kasar. Lily, kau kena kuat! Kena kuat! Kau menangis air mata darah sekali pun, kalau Iman dah tak suka... sampai bila-bila dia tak suka!
Dia segera menapak masuk ke dalam bilik tidurnya. Kakinya terus melangkah ke arah katil sebelum dia menarik sebuah bagasi besar yang diletakkan di bawah katil. Habuk-habuk yang melekat pada bagasi itu disapu-sapu sebelum bagasi itu dibuka. Dia kemudiannya mendekati almari baju. Baju-bajunya yang bergantungan ditarik keluar sebelum dicampakkan di tepi bagasi. Baju-bajunya yang berlipat juga ditarik keluar dan dicampakkan di tepi bagasi.
Bunyi telefon yang dari beg tangannya buat Lily segera menapak ke katil di mana dia mencampakkan beg tangannya tadi. Nama yang tertera di skrin telefon buat dia sebak kembali. Dayah! Tak mahu Dayah menunggu, panggilan itu diambil Lily.
“Lily? Are you okay? Aku mesyuarat tadi. Aku baru baca mesej kau. Lily... are you there?”
Suara Dayah yang kalut buat Lily tersedu, “Da... dayah...”
“Lily? Kenapa ni? Kau nak aku pergi rumah kau ke?”
Lily menggeleng walaupun dia tahu Dayah tidak nampak, “A... ku tum... pang rumah kau ma... lam ni? Bo... leh tak?”
“Lily? Kenapa ni?”
“A... ku dah kalah, Dayah... dah ka... lah! Ka... lah teruk!” Dengan sedu-sedan Lily bersuara.
“Lily?”
“Aku tum... pang... ru... mah kau ma... lam ni ya?”
“Kau gaduh dengan Iman, ya? Lily... nak keluar rumah pun bincanglah dengan dia dulu. ,” Dayah cuba menasihati Lily yang nyata diselubungi emosi.
“Nak bincang apa lagi? Aku minta tujuh hari je, Dayah... tak sampai tujuh hari, dia cari balik perempuan tu! Dia dah janji, Dayah... dia dah janji...” adu Lily dengan tangisan yang masih tak mahu berhenti.
“Tujuh hari? Tujuh hari apa ni, Lily?” Dayah bertanya, tak faham.
“I don’t want to talk about this. Please, Dayah... aku tumpang rumah kau ya?”
Kedengaran Dayah menghela nafasnya, “Fine. Kau nak datang bila ni?”
“Right now!” Ujar Lily, tegas. Air mata yang mengalir tadi dikesat kasar. Sedu-sedan yang kedengaran cuba ditahan. Dia tak mahu jadi lemah! Dia kena kuat!
“Sekarang? Aku kat ofis lagi ni.”
“Tak apa. Aku tunggu.”
“Kau memang dah nekad ke Lily?”
“Ya!”
Sekali lagi kedengaran keluhan dari Dayah di talian sana.

Lily mengangkat bagasi besar miliknya menuruni tangga. Dia tak mahu berlama-lama di rumah  itu. Tempoh yang sekejap tadi pun dah buat dadanya sesak. Bayangan Iman kelihatan di mana-mana. Dia juga tak mahu berlama. Dia tak mahu bertembung dengan Iman lagi.
Ketika di anak tangga yang terakhir. Pintu rumah dibuka dari luar tiba-tiba. Spontan, Lily memandang ke arah pintu rumah itu. Iman!
“Lily...” Iman yang basah kuyup melangkah masuk ke dalam rumah. Bagasi besar yang dipegang Lily membuatkan jantungnya berdegup laju, “Awak nak pergi mana...?”
“Saya nak keluar!” Tanpa perasaan, Lily bersuara. Dia meneruskan langkahnya namun sempat dihadang Iman.
“Awak nak pergi mana? Tempoh seminggu awak belum habis lagi, Lily...”
Lily ukir senyum sinis, “Saya dah tak perlukan tempoh seminggu tu lagi! Lagipun, awak dah mungkir janji Iman. Apa perlunya saya duduk kat rumah ni lagi!”
“Lily... awak dah salah faham!” Iman memegang kedua-dua belah bahu Lily.
“Salah faham apanya? Saya nampak sendiri! Awak berjumpa dengan kekasih hati awak tu! Jangan risau, tempoh dah tamat! Pergilah jumpa dia semula! Pergi!” Tangan Iman dibahunya ditepis sebelum tubuh Iman ditolak, “Pergi!”
“Lily...”
“Cukuplah Iman. Hati saya ni tak cukup kuat dah nak tanggung semua ni. Saya tahu awak terseksa dalam masa seminggu ni tapi tak boleh ke awak tunggu lagi sehari? Sehari je lagi... lepas tu awak bebas!”
“Awak dah salah faham, Lily...”
“Saya tak boleh nak tengok muka awak sekarang! Saya sayang awak sangat tapi saya dah mula nak bencikan awak!”
“Lily...”
“Saya perlukan masa. Izinkan saya keluar dari sini.”
“Lily, dengar dulu penjelasan saya!” Iman cuba pegang tangan Lily namun Lily lebih laju melarikan tangannya.
“No! Awak dah hancurkan hati saya sebelum ni Iman, dengan pengakuan awak. Susah payah saya cantumkan balik. Hari ni awak hancurkan semula... awak rasa saya patut dengar penjelasan awak lagi ke, Iman?”
“Lily...”
“I’m sorry, Iman tapi saya dah letih nak hadapi semua ni. Bagi saya masa...” Lily dah menangis semula.
Iman terpaku. Kenyataan Lily buat dia hilang kata-kata, “Awak nak tinggalkan saya?”
Lily ukir senyum sinis pada Iman walau pandangan matanya kabur, “Sepatutnya, dari dulu lagi saya tinggalkan awak. Lepas awak buat pengakuan tentang hadirnya Jun dalam hidup awak.”
Iman terdiam.
Lily capai semula bagasi besar di tangannya. Dia melangkah melintasi Iman sebelum berhenti dan bersuara, “Maafkan saya, Iman. Halalkan makan minum saya selama saya jadi isteri awak. Terima kasih untuk segalanya.
Iman masih kaku di tempatnya manakala Lily sudah melangkah keluar dari rumah itu. Air mata yang mengalir, dia kesat laju. Di muka pintu, dia berpaling. Segala isi rumah itu, dia pandang dengan air mata yang masih penuh mengaburi mata.
Di setiap sudut di rumah itu, dia terbayang kemesraan dan kebahagiaan yang pernah dia dan suaminya rasai satu ketika dahulu. Batang tubuh suaminya yang membelakangi dirinya dipandang lama. Dia kesat lagi air mata yang semakin galak mengalir. Selamat tinggal, Iman Zariff. Terima kasih untuk segalanya. Bagasi besar miliknya diangkat dan terus dia melangkah pergi. Dengan air mata yang mengalir laju, dia terus berlalu dan tak berpaling lagi.
Sebaik saja bunyi enjin kereta Lily kedengaran, Iman jatuh terduduk. Kakinya terasa lembik tak berdaya. Ingin dikejar namun langkahnya terasa sumbang. Tanpa sedar, air matanya mengalir. Kerana terlalu mahu berahsia, dia kehilangan Lily. Kerana terlalu turutkan kata hati, dia kehilangan cinta hati.
Di dalam kereta, air mata Lily makin laju mengalir. Dadanya yang terasa sakit ditepuk-tepuk, bagai mahu menghilangkan sakit. Walau beribu pujukan Iman berikan, hatinya tak mahu memaafkan. Bukan dia tak sayang tapi dia takut dia dilukai lagi. Iman, carilah bahagia awak semula. Maafkan saya kerana tak mampu berikan kebahagiaan pada awak. Maafkan saya...

p/s; hai semua! Maaf lambat update cerita ni. Kena writer's block. Tudiaaa tiga tahun writer's block. Trust me, idea cerita ni entah kemana perginya, Ni baru dapat sambung itu pun masih tersangkut-sangkut. Saya cuba untuk bagi lagi update cerita ni kemudian. Semoga terus sabar menunggu. Maaf jugak kalau cerita ni jadi klise, hambar dan lain-lain. Maaf sangat-sangat. Terima kasih juga sudi menunggu update cerita ni. Saya baca komen anda semua tapi masih belum ada waktu nak balas komen-komen anda. Semoga terhibur ya :)

16 comments:

  1. huhuhu ... sedihnya baca part ni , nk suruh lily dgr penjelasan iman pon hati tgh sedih teruk ..huhu moga iman mulakan projek memujuk lily

    ReplyDelete
  2. Rindunya dngn your stories sis. Finally update jgk . Go lily find yourself back . When you got it , come back to Iman .

    ReplyDelete
  3. Ada sambungan lagi dak?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sedihnya cite ni.. kesian lily dia dah trsalah faham dkt iman.... harap dyeorg berbaik semula.. :)

    ReplyDelete
  5. Kenape jadi begini Iman... Nk berahsia sgt... Kan Lily making terluka

    ReplyDelete
  6. BestπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  7. Wah!!! Finally after so long!! Welcome back!! It's ok if its cliche or what..still ade masa untuk edit or tambah baik before dinovelkan kan? Huhuhu

    ReplyDelete
  8. Cerita ni habis dekat blog ke atau nak dinovelkan

    ReplyDelete
  9. Mmg best sis....
    Hwaaa sdihnya....
    Tu la iman curang sngat....cpatla pjuk lily

    ReplyDelete
  10. tks sis..x sabar nk baca sambungan die..

    ReplyDelete
  11. Huwaaaaa. Nak entry baruuuu.😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  12. lama tunggu sambungan cerita ni. iman kena kuatkan diri dan gandakan usaha untuk memenangi hati lily lagi dan memujuk lily agar mendengar penjelasannya. selepas itu terpulanglah semuanya kepada lily. sayang betul jika terpaksa berpisah hanya disebabkan salah faham. mereka berdua masih saling menyayangi. semoga jodoh mereka masih panjang..
    ~ azean78 ~

    ReplyDelete
  13. How about F.L.Y? Rindu sangat dgn jo..

    ReplyDelete
  14. Cerita ni dan novel fly memang takkan ada sambungan ke..? Ending dia memang tergantung eh..?

    ReplyDelete