Tuesday, 28 February 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 5)

“Pilihlah nak lauk apa.”
Pijah jungkit kening memandang Aman. Tersengih-sengih, ingat elok agaknya! “Saya dah kenyang.”
“Rugilah! Kedai ni lauk sedap-sedap especially ikan bakar dengan air asam,” ujar Aman sambil menyenduk kerabu kerang masuk ke dalam pinggannya. Sebiji telur masin diambil dan diletakkan di tepi kerabu kerang. Dia kemudiannya mendekati kawasan ikan bakar sebelum memesan pari bakar bersama air asam.
Pijah dah telan air liur. Dia tau kedai ni lauknya sedap-sedap tapi dia juga tahu kedai ni boleh tahan juga harganya. Purse yang dipegang dibuka lalu dia mengira bilangan not biru yang ada di dalam dompet itu. Bibir digigit sebelum dia mendekati Aman yang sudah mengambil tempat duduk di salah sebuah meja yang ada di dalam kedai, “Saya nak pergi bank kat hujung sekejap.”
“Nak buat apa pergi bank?” Aman bertanya sebelum dia menyedut air kosong yang dipesan tadi.
“Nak pergi cuci baju!” Pijah menjawab geram, “Nak pergi bank mestilah nak bawak keluar duit.”
Aman tahan senyum. Marahlah tu, “Kejap lagilah cucuk duit tu! Duduk dulu. Teman saya makan!”
“Takkan tak boleh makan sorang?”
“Boleh tapi saya kan dah ajak awak teman saya makan.”
“Bukannya saya nak sangat teman awak. Awak yang ugut saya!”
“Hafizah, kalau saya tak ugut... awak nak ke makan dengan saya?”
Pijah diam sebelum dia hela nafas, “Saya nak pergi cucuk duit.”
“Lepas kita makan, kita pergi, okey? Saya pun nak cucuk duit!”
Pijah rasa nak sepak je Aman yang masih buat muka selamba kambing.
Aman tiba-tiba berdiri, “Duduk kejap. Saya nak ambik ikan bakar.”
Pijah hela nafas sebelum kerusi yang bertentangan dengan tempat duduk Aman ditarik sebelum punggungnya dilabuhkan di kerusi itu. Matilah aku nak bayar karang. Mamat ni makan ke melantak? Lauk bukan main banyak! Badan besar tu jugak, tak ada pulak aku tengok dia makin gemuk.
Baru Pijah nak menyambung kutukannya terhadap Aman, tiba-tiba ada sebuah pinggan diletakkan di depannya. Dia yang terkejut langsung mengangkat wajah memandang Aman yang sudah duduk di kerusinya, “Apa ni?”
“Sepinggan nasi bersama lauk-pauk. Takkan tak kenal.”
“Siapa punya?”
“Orang yang bertanya tu punya.”
“Saya dah katakan saya dah kenyang.”
“Elin kata awak tak makan lagi.”
Pijah jungkit kening, “Hah?”
“Saya tanya Elin tapi through PG lah.”
“Tapi...”
“Makan, Hafizah dan jangan risau, makanan ni semua saya dah bayar. Lain kali pulak baru awak bayar hutang awak dengan saya!”
“Tapi...”
“Makan! Ma Kacap cakap tak baik bercakap sambil makan.”
Pijah mengerutkan dahinya. Ma Kacap? “Siapa?”
Aman sengih keji. Wajah Kasyaf terbayang di matanya. Minta maaflah, Kacap oiii... “Mak angkat saya!”

“Lepas tu nak buat apa ni, Kacap?” Danny yang baru menapis kentang rebus memandang Kasyaf yang sedang memasukkan ayam ke dalam kuah soto.
“Lenyekkan!” Balas Kasyaf sepatah.
Danny kerut dahi. Nak lenyek pakai apa ni? “Er...”
“Kau tak tau ke lenyek tu macam mana?” Tiba-tiba ada suara menyampuk dari pintu dapur.
“Radzi baby, bila kau balik?” Danny sengih.
“Baby palaotak!” Radzi buat muka, “Aku balik lama dah. Sempatlah tengok kau jadi bibik Kacap.”
Danny mengerutkan hidungnya, “Mana ada aku jadi bibik.”
Kasyaf berpaling memandang Radzi, “Kau sibuk tak?”
Radzi geleng, “Tak. Awat?”
“Tolong potong bawang dengan daun bawang. Bawang potong dadu. Lepas tu tolong mangkuk tu lenyek kentang.”
“Okey. Mana bawangnya?” Radzi melangkah masuk ke dapur sebelum berdiri di sebelah Danny
“Tu kat sinki, dah siap basuh dah!”
Danny yang sedari tadi memerhati, mencuit bahu Radzi.
Radzi kalih memandang Danny. Kening dijungkit, “Kenapa?”
“Macam mana nak lenyek kentang ni?”
“Tu ambik lesung tu, lenyek-lenyek dengan lesung tu.”
“Mana muat! Lesung kecik,” Danny merungut.
“Wei, bingai!” Radzi melibas belakang Danny, “Buat sikit-sikitlah, bukannya aku suruh sumbat semua dalam lesung tu. Aku pun tau tak muat!”
“Ooo...” Danny tersengih, “Thank you Radzi baby.”
Radzi yang baru memegang pisau memandang Danny, “Kau terasa nak kena sembelih ke?”
Danny pantas menggeleng sebelum dia ambil lesung dan dibawa turun ke lantai, “Tak nak! Tak nak!”

Jihan menongkat dagu dengan sebelah tangan sambil matanya melilau memandang sekeliling. Ada yang tengah dating. Ada yang tengah pulun buat assignment. Kafe hostel memang hari-hari meriah. Sentiasa hidup, kata orang.
"Jihaaaannnn!" Dari jauh, Danny melambaikan tangannya pada Jihan.
"Dannnnyyyy!" Jihan spontan tersenyum sebelum melambaikan tangannya juga.
"Gedik!"
"Mengada!"
Serentak mereka ketawa. 
Setelah tawa keduanya reda, Jihan mula bersuara, "Kau kenapa nak jumpa aku? Nak duit, aku tak ada!"
"Bengong! Apa kau nampak aku ni sengkek sangat ke?" Danny buat muka sebelum dia kembali tersenyum. Dia kemudiannya meletakkan sebuah tupperware di depan Jihan, “Nah!
“Wahhh! Kau masak ke? Macam tak boleh percaya je anak bongsu Acik Arfah memasak. ,” Jihan ketawa lalu tupperware itu ditarik dekat dengannya, “Apa ni? Maggi?”
"Baik sikit! Ada ke maggi. Penat aku dengan Kasyaf dan dibantu oleh Radzi masak soto ni tau!"
"Soto? Wah, lamanya tak makan soto! Agak-agak sama macam Acik Arfah punya soto tak?”
Danny sengih, " Adalah kot, sebab anak Acik Arfah yang masak!"
"Poyo!" Jihan menjelir lidah sebelum dia ketawa.
"Jihan..."
"Ya?" Jihan yang sedang membuka tupperware pandang Danny, “Eh, aku makan ni tak apa kan?”
“Lah, makanlah! Memang aku bawak nak kasi kau pun!” Danny ketawa, "Wei, aku nak tanya ni."
"Ha. Tanyalah!” Jihan mengangguk sebelum dia menuang sup soto ke dalam tupperware. Macam nak meniaga aje gaya bungkus ni. Kuahnya diletak di dalam plastik, siap berikat!
"Kau kenal Ika, kan?"
Jihan kerut dahi, "Ika, Syafikah or Ika, Zulaikha?"
"Entah! Minah gothic!"
"Oh, Syafikah. Kenal sangat!" Jihan mengangguk sebelum dia membaca doa makan. Usai membaca doa makan, dia terus menyuap soto ke dalam mulutnya. Matanya bersinar sebelum dia panggung muka memandang Danny, “Wei, macam Acik Arfah masak!”
"Haaa, kan aku dah kata," Danny ukir sengih, "Eh, sambung balik dengan topik kita tadi! Kenapa dia macam selalu sorang-sorang wei?"
"Kau berkenan ke dengan dia?"
Danny ketawa lalu menggeleng, "Mana adaaaa! Saja tanya."
"Ika tu... dulu ramai kawan. Tapi ada satu kejadian yang buat kawan-kawan dia tiba-tiba pakat pulaukan dia."
"Oh, aku ingat memang jenis lone ranger."
"Tak tapi sekarang dia memang suka asingkan diri dia dari orang lain. Sebab kes yang pernah jadi dulu kot."
"Kes apa?"
Jihan senyum lalu menggeleng, "Cerita tu entah betul entah tidak. Tak payahlah aku cerita kat kau."
Danny angguk, "Dia memang susah senyum ke?"
"Hah? Aku rasa dia okey je senyum dekat aku. Kenapa? Siapa yang dok cakap dia tak senyum tu? Dia memanglah jenis suka menyendiri tapi dia murah tau dengan senyuman!"
"Kacap!"
Jihan tercengang sebelum ketawa, "Ika kan tak okey sangat dengan Kacap. Harus mahal senyuman dia dengan Kacap."
"Tapi apa salah Kacap?"
"Entah. Tapi seingat aku dia ada kata sebab Kacap tak senyum kat dia. Dia kata buat apa nak senyum kat orang sombong macam Kacap!"
"Hah?!" Danny ketawa, "Kacap cakap Ika yang tak pernah senyum kat dia, so dia ingat Ika tu sombong. Sebab tu dia pun tak mau senyum!"
"Aik? Maksudnya..." Jihan kerut dahi sebelum dia menyuap kembali soto ke dalam mulutnya.
Danny sengih lalu mengangguk, "Dia orang tu dok bergaduh bukan sebab tak suka satu sama lain."
"Dia orang dok tunggu pihak sana senyum dulu."
Danny ketawa. Cerita hot lagi!!! Boleh tengok si Kacap tersipu-sipu karang!
"Wei, Danny!"
"Apa?"
"Kacap betul ke ada girlfriend?"
Danny kerutkan dahi sebelum ketawa, "Aah, memang dah ada!"
"Ala, baru aku nak kenenkan Kacap dengan Ika."
"Bengong! Kena sembelih kau dengan Ika tu nanti!" 
Jihan kerutkan hidung. Tabiat yang dia sering lakukan kalau dia tidak berpuas hati.
"Tapi kan, Jihan..."
"Hmm...?"
"Girlfriend Kacap bukan kat dunia nyata."
"Maksud?"
"Ibu dia meninggal sejak dia kecik. So..."
Jihan terlopong sebelum dia mengangguk, "Okey. Faham."
Danny senyum, "So... kau bolehlah teruskan niat murni kau nak kenenkan Kacap dengan Ika!"
Jihan ketawa lalu dia menepuk tangan gembira sebelum dia sambung menyuap soto ke dalam mulutnya. Entah kenapa, dia rasa suka pula nak kenenkan Kacap dengan Ika. Mesti comel! Sorang tak ada perasan, sorang gothic!
Danny pula dah menongkat dagu, tersenyum melihat telatah Jihan.

“Ika!”
Ika yang sedang menaip sesuatu di dalam laptopnya memanggung kepala memandang pintu biliknya yang dibuka dari luar, “Kau dari mana Jee?”
“Jumpa Danny kejap tadi,” Jihan sengih sebelum dia duduk di sebelah Ika, “Kau buat apa?”
“Tengah betulkan discussion untuk lab report aku.”
“Lab report? Wah, rajin...”
“Kenalah rajin! Aku sorang je yang buat.”
“Eh?”
“Sebenarnya lab report ni kena buat dalam group tapi sebab... kau tau kan sebab apa. Aku buat sorang-sorang!”
Jihan hela nafas, “Sampai bila kau nak tahan orang pulaukan kau, Ika?”
“Sampai habis belajar. Tak lama dah, lagi setahun lebih je!” Balas Ika sebelum tersenyum.
“Aku tau kau tak suka aku tanya benda ni tapi aku rasa aku kena tanya jugak.”
“Jee, please...”
“What happened? Apa jadi antara kau dengan Encik Amirul?”
“Jee, please! Aku tak minta benda lain. Aku minta kau jangan tanya aku pasal benda tu. Cukup kau percayakan aku dahlah!”
“Aku percaya kau, Ika tapi aku nak tau, apa yang jadi? Sampai semua pulaukan kau. Apa yang jadi, Ika?”
Ika hela nafas, “Kalau kau keep on tanya, I’m sorry... aku kena suruh kau balik bilik kau!”
Jihan mengeluh, “Okey, sorry! Aku tidur kat bilik kau malam ni, boleh?”
“Kenapa?”
“Saja! Aku malas nak jalan!” Jihan sengih sebelum sebuah tupperware dihulurkan pada Ika, “Nah, ada orang bagi.”
“Apa ni?”
“Soto. Danny kasi, dia suruh kasi kat kau jugak!”
“Danny tu yang mana?”
“Ala, yang kawan dengan Kasyaf.”
Ika spontan buat muka, “Oh. Okey!”
“Jangan anti sangat dengan Kasyaf tu. Dia okeylah.”
Ika mencebikkan bibirnya, “Okey sangat. Soto ni Danny tu ke yang masak?”
“Ya, Danny masak...” dengan Kasyaf! Namun ayat akhir itu cuma bergema di dalam hati Jihan, “Makanlah. Sedap.”
Ika angguk, “Kau kalau nak baju ambiklah dalam almari tu.”
“Okey! Ika...”
“Ya?”
“Kenapa kau tak pernah senyum kat Kasyaf dulu?”
Ika kerut dahi, “Kenapa nak kena senyum dekat dia? Muka tak ada perasaan gitu, kalau senyum belum tentu dia senyum balik.”
“Kau dah cuba ke?”
“Cuba apa?”
“Cuba senyum kat Kasyaf.”
Ika buat muka menyampah, “Ei, tak kuasaaaaaaaaa...”
Jihan ketawa! Suruh senyum je pun, bukan suruh pergi meminang mamat tu!

p/s: best ke cerita ni? hehehe :D

10 comments:

  1. Aww...Ika tak tau dia dah merasa air tangan Kasyaf rupenye..hahaha.bagus betol Danny ngan Jihan nih..

    ReplyDelete
  2. Hai ada harapan tumbuh taman bunga dalam hati kacap n ika lps ni... Danny n Jihan sweet apa..Bagus3x. Nak lagi.

    ReplyDelete
  3. hahahaha .. senyum punya pasal bole jdi kes , kalu kacap masuk minang mau histeria ika .. haha

    ReplyDelete
  4. wah....mmg secocok betul Jee dan danny ni...suka suka

    ReplyDelete
  5. Tengok kasyaf ni mcm serupa dgn uncle apek😆

    ReplyDelete
  6. Ok saya suka semua semua semua mamat dalam ni..xde specific..hahaha

    ReplyDelete
  7. Serius rindu nak baca cerita najwa ni. anyway, mmg selalu member kahwin dengan adik member yang lain ke camne? huhu..

    ReplyDelete
  8. bestnya!!suka watak lelaki yg pandai masak..macam cerita pasal mamat gulp kafe tu.keep on writing najwa! your words can heal a soul.kalau stress msti bce cerpen dlm ni..confirm hilang stress.

    ReplyDelete