Sunday 18 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (BAB 6)

Keputusan matrikulasi yang aku terima buat aku rasa ingin melompat tinggi. 3.89 CGPA! Siapa yang tak gembira. Dalam hati terdetik yang aku ingin mengikut jejak langkah Faris yang ingin ke luar negara.
“Senyum kenapa ni?” Mama menegur aku yang masih merenung skrin komputer ribaku.
“Ma, result dah keluar. CGPA keseluruhan Fira dapat 3.89, ma.”
Aku tengok mama tersenyum, “Alhamdulillah. Kena beritahu papa ni,” mama berlalu meninggalkan aku.
Aku sengih saja. Gembira bila dapat lihat senyuman di bibir mama. Telefon bimbit yang tiba-tiba berbunyi segera aku capai, nama Jija terpampang di skrin, “Mok cik!!”
“Hoi! Tak sempat aku nak bagi salam! Happy semacam ni, kau dapat 3.50 and above, kan?”
“Alhamdulillah Jija! Lega sangat dapat keputusan macam ni. Walaupun tak dapat 4.00, 3.89 dah cukup bagus kot. Kau punya result macam mana?”
“Hoi, tiru! Kenapa result kita sama ni?” Jija ketawa di talian, “Kau cadang nak apply mana untuk first choice?”
Aku ketawa. Sungguh aku gembira, “Aku rasa aku tak tukar dah UPU aku. UM first choice. Kau?”

“Aku first choice UPM. Last choice...”
“UMT!” Ujar aku dan Jija serentak. UMT atau Universiti Malaysia Terengganu. Entah kenapa, aku dan Jija tertarik dengan universiti yang terletak di pantai timur itu padahal kami tidak pernah dengar pun nama UMT sebelum ini.
“Kenapa kita pilih UMT sebagai last choice?” Aku tiba-tiba bertanya pada Jija.
“Sebab kau dan aku yakin kita takkan dapat universiti tu.”
Aku ketawa, “Kalau kita dapat masuk universiti tu, mau nganga kita. Tak ketahuan aku universiti tu kat mana.”
“Ala, takkan dapat punya. Percayalah cakap aku,” Jija ketawa dan kami terus menyambung perbualan kami tentang benda lain pula.

Tengah malam itu, aku dapat panggilan daripada Faris sewaktu aku sudah hampir terlena, “Lady, kau dah tidur ke?”
“Eh, tak! Aku tengah menari dangdut,” aku menjawab, sarkatik.
“Haha... I can imagine you dancing to dangdut!”
“Hoi! Merepek, kau nak apa ni?”
Faris ketawa di talian, “Macam mana result kau?”
Aku tepuk dahi, “Kau tak boleh tanya siang hari ke, pak cik?!”
“Aku busy tolong mama Aireen dekat bakeri,” jawapan Faris buat aku terus mencelikkan mata. Hilang terus rasa mengantuk yang melekat di mata aku.
“Kau musnahkan bakeri mama Aireen, ye?”
“Jahat gila kau!”
Aku ketawa, tawar. Cemburu membuak-buak di dalam hatiku, “Kau nak cakap apa lagi ni? Aku mengantuk.”
“Soalan aku kau tak jawab lagi.”
“Alhamdulillah, result aku okey.”
“Berapa?”
“Buat apa nak tahu?”
“Kata member.”
“3.89. Kau?”
“Sama dengan Aireen.”
Aku merengus, “Aku bukan tanya CGPA kau sama dengan sapa. Aku tanya CGPA kau berapa.”
“Lady, kenapa ni? Sleepy ye?”
“Kau nak jawab ke tak?”
Faris ketawa, “Aku dapat 4.00 CGPA. Sama dengan Aireen.”
Aku terdiam di talian. Aku sedikit cemburu dengan kejayaan Faris dan Aireen. Sedikit sebanyak aku rasa rendah diri.
“Lady? You there?”
“Ha, ada. Aku tertidur,” aku pura-pura terkejut seperti baru bangun dari tidur.
“Lady, pergilah tidur. Esok kita sembang lagi.”
“Okey. Good night. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam,” dan talian mati. Aku hela nafas, kenapa mesti macam ni?

Sebulan berlalu, aku masih menanti keputusan UPU untuk keluar. Sudah lebih sebulan juga aku memulakan kerja di sebuah kedai kasut Bata. Kenapa aku kerja? Nak cari duit lebih dan nak tambah pengalaman hidup.
“Dhiya, ada customer,” suara Bang Chik, salah seorang pekerja senior menyuruh aku melayan customer yang baru masuk ke dalam kedai.
Aku yang sedang menyusun stok baru di dalam stor, keluar dan terus pergi kepada seorang lelaki yang sedang meninjau kasut sukan yang baru sampai dari kilang atau nama lainnya, ‘new arrival’.
“Yes, how can I help you sir?”
Diam. Lelaki itu tak mempedulikan aku yang berdiri di belakangnya. Dia masih meninjau kasut yang tersusun elok di atas rak.
“Aku tak tahu pulak kau kerja kat kedai kasut ni.”
Eh? Dia cakap dengan aku ke?
“Awak cakap dengan saya ke?”
Lelaki itu berpaling dan memandang aku dengan kening yang terjungkit, “Ada orang lain kat sini selain kau dan aku?”
Aku terlopong. Aku tak tahu kenapa aku boleh terkelu macam ni, mungkin sebab aku tak sangka aku jumpa dia kat sini?
“Kau kenapa? Tak sangka jumpa aku?” Suaranya datar, bersahaja.
Tiba-tiba aku teringat peristiwa di kenduri kahwin along. Payback time! Senyuman manis aku ukir, “Awak siapa ye? Kita kenal ke?”
Dia senyum sinis, “Kau tengah balas dendam ke?”
“You think?” Aku buat muka.
“Kasut ni, saiz 11 ada?” Dia mengangkat kasut yang berwarna biru gelap lalu diunjukkan kepada aku.
“Ada, sekejap!” Aku berlalu meninggalkan dia yang duduk di sebuah kerusi yang disediakan.
Lima minit kemudian aku keluar semula dengan sebuah kotak berisi sepasang kasut yang dia ingini. Baru aku keluarkan kasut dari kotak dia tiba-tiba berdiri.
“On a second thought, I kinda like this one,” dia menarik kasut yang ada di rak depannya. Aku yang sedang melutut di lantai dia tak hiraukan langsung.
“Nak yang ni ke yang tu?”
“I’m not sure. Ambilkan yang ni saiz 11, boleh?”
Aku hela nafas, “Sure can do.”
Kotak kasut yang aku ambil tadi aku biarkan saja di atas lantai. Mana tahu dia nak tengok, kan?
Aku berlalu ke stor. Kening Bang Chik yang terangkat, pelik melihatku mungkin aku balas dengan senyuman. Sepuluh minit kemudian, aku keluar semula dari stor dengan membawa sebuah kotak. Kenapa sepuluh minit? Sebab aku kena panjat naik rak yang paling tinggi dalam stor untuk ambil kasut ni untuk tuan putera tu.
Sampai kat depan, dia tengah duduk sambil mencuba kasut yang aku ambil untuk dia tadi.
“Ni yang awak nak tadi.”
Awak? Blergh! Geli gila guna awak dengan dia ni!
“Cut the formalities. Treat me like you always do.”
Aku ukir sengih tak ikhlas, “We never really talked before so I’m not really sure how to treat you.”
Dia senyum sinis, “But you sure do know how to treat Faris well.”
“What’s your problem?” Nadanya yang sinis, bibir yang terukir senyum sinis itu buat aku jadi marah.
Kasut yang tersarung di kakinya ditanggalkan. Dia berdiri selepas kasut di tangannya diletak ke bawah, bibirnya masih terukir senyum sinis, “I’m thinking of buying this shoe however I changed my mind. Later, Dhiya Zhafira.”
Aku tercengang bila dia berlalu begitu saja. Dasar android! Sungguhlah aku tak faham kenapa orang puja sangat si Mika ni! Urgh!!


Aku baru balik dari rehat saat aku terlihat Mika dan seorang perempuan dilayan oleh Bang Chik. He came back? For what? Bagai menyedari aku sudah pulang, Bang Chik terus menggamit aku mendekatinya, “Dhiya, tolong Bang Chik layan customer ni sat. Bang Chik nak pi toilet sat.”
Aku mengangguk saja. Kesian pulak aku tengok Bang Chik. Nampak sangat tak tahan sangat. Dua orang lagi pekerja kedai ini sedang melayan customer lain.
“Apa yang saya boleh bantu?” Separuh hati aku bersuara.
“Eh, abang tadi mana?” Si perempuan tadi bersuara, terkejut melihat aku.
“Nature’s call,” pendek aku menjawab.
Si gadis tersenyum, “Okey. Tak apa. Nak tanya, heels ni ada saiz tujuh tak?”
Kasut tumit tinggi yang diunjukkan oleh gadis itu aku capai dan aku lihat tag yang ada pada kasut itu, “Maaf, saiz tujuh dah habis. Yang tinggal cuma saiz empat dan lima saja.”
“Seriously? Abang! I want that heels!” Si gadis memegang tangan Mika lalu merengek. Tercengang aku. Abang? Mika dah ada awek? Wow, hot story ni! Boleh buat bahan gosip dengan Jija ni.
“Don’t whine around, Fiqa. Kita pergi cari kat tempat lain.”
Oh, awek dia nama Fiqa. Aku menyusun kasut yang sedikit bersepah angkara awek si Mika. Cantik. Sepadan dengan Mika.
“No! I want that heels! Tak nak yang lain.”
“Fiqa!”
“Abang!”
“Cut it out!”
“I want that heels!”
“Nurul Afiqah Haini! Stop it!” Terus terdiam si cik awek bila si cik abang meninggikan suara.
“I’ll tell mama you yell at me in public! You are such a heartless brother!” Erk! Kata-kata Fiqa buat aku terkesima. Adik Mika ke ni? Mati-mati aku ingat dia awek Mika.
“Heartless abang pun, abang jugak yang Fiqa heret masuk kedai ni kan?”
“You should comfort me, abang!”
“Dah kasut tu dah habis saiz, takkan Fiqa nak abang pergi bertukang dekat kilang kasut tu, buat kasut tu untuk Fiqa?”
“Well, if that what it takes for me to have that heels!”
Aku yang dari tadi berdiri macam patung cendana sungguh rasa pening, “Please. Stop it. Nak gaduh ke, nak pukul ke, nak bertukang ke, sila buat kat rumah anda. Orang lain nak masuk kedai ni pun fikir dua tiga kali.”
Terdiam si adik-beradik tu dengar suara aku.
Mika aku lihat hela nafas, “Fiqa, go wait in the car. Kita cuba cari kasut tu dekat kedai Bata yang lain.”
Fiqa yang masih dalam mode sedih-merajuk terus berlalu.
“And you,” Mika pandang aku lepas Fiqa berlalu.
“What?”
“Dua pasang kasut yang aku nak tadi. Aku nak beli. Both of them.”
“You what?!”

Selepas balik dari kerja, aku terus mandi dan solat. Ketika aku memberi salam yang terakhir, telefon bimbitku yang ada di atas katil berbunyi. Pada mulanya aku biarkan saja tapi dek kerana si pemanggil terus-terusan mendail nomborku membuatkan aku tak senang hati.
Tanpa menanggalkan telekung, telefon bimbitku di atas katil aku capai. Nama Faris terpampang di skrin.
“Hello, assalamualaikum,” salam aku beri, perlahan. Entah kenapa, aku berdebar bagai ada sesuatu yang sedang menanti aku.
“Waalaikumsalam. Lady, kau pergi mana tak angkat call aku.”
“Aku sembahyanglah. Kenapa? Kau macam kalut je tak menyempat telefon aku.”
“Sebab kalutlah aku telefon kau. Kau orang pertama... eh tak, kau orang kedua yang aku nak cakap pasal benda ni.”
Makin berdebar aku jadinya, “Benda apa ni? Care to tell me?”
“Aku...” Faris meleretkan suara.
“Kau dah berjaya jadi bidan untuk kucing kau, Lela kan?”
“Bukanlah! Cuba jangan menyampuk Lady!”
Aku tarik sengih, “Sorry, kau lambat sangat.”
“Aku... dapat tawaran ke UK!”
Aku terdiam terus. Suara Faris menunjukkan betapa dia gembira.
“Lady?”
“Here! Aku terkejut. Congrats, weh!”
“Tapi ada interview. Aku harap okeylah semuanya.”
“Scholarship?”
“MARA,” pendek dia menjawab.
“Alhamdulillah. Aku happy untuk kau,” aku bersuara separuh ikhlas. “By the way, siapa orang first yang tahu pasal ni?”
“Kau rasa?”
“Bonda kau yang tercinta?”
“Salah. Aireen!” Jawapan dia buat aku terus hilang kata.
“Oh, aku lupa. Aireen cakap apa bila dapat tahu kau dapat tawaran?”
“She is damn excited sebab...”
Aku makin berdebar. Don’t tell me dia pun dapat jugak. Please, Faris. Tolong jangan cakap dia pun dapat tawaran yang sama.
“Sebab apa?”
“She got the same offer as me,” Faris ketawa di hujung talian.
Kenapa aku tak terkejut? Telefon di tangan aku genggam erat. Jahatkah aku untuk tidak berasa gembira untuk Faris? Sebagai kawan baik... jahatkah aku?
“Lady, kau ada lagi ke tak ni? Diam je!”
“Ada. Aku tengah mengelamun.”
Faris ketawa, “Actually, ada satu benda lagi aku nak cakap dengan kau.”
“Apanya?”
Faris ketawa, “Ayah aku dengan bonda aku dah pergi jumpa mama Aireen.”
“Maksud?” Aku dah kelam. Tak dapat berfikir.
“Dia orang pinangkan Aireen untuk aku. Kalau aku dengan Aireen jadi fly, kami insyaAllah akan bertunang sebelum fly.”
“Kau... nak bertunang?” Tanya aku, separa gagap.
“Yup. Dengan Aireen.”
“Kau serius?” Aku bertanya. Air mata yang bertakung di mata hanya tunggu masa untuk mengalir.
“More than serious, Lady. Kau happy untuk aku kan?” Tanya dia, polos.
Aku ketawa, menutup kesedihan di hati, “Of course, dummy! Aku happy untuk kau!” Not.
“Glad to hear that. Kau kawan baik aku selamanya, Dhiya. Serius!”
“Me too. Weh, aku rasa mama aku panggil akulah. Later kita cakap lagi, kay?”
“Okay, Lady!”
“G’nite. Assalamualaikum.”
“Dhiya!” Suara Faris di talian buat aku tak jadi menekan butang merah.
“Kenapa?”
“Aku sayang kau, kawan. Serius. Kau memang kawan yang terbaik yang pernah datang dalam hidup aku. Thank you so much, Lady!”
“You’re welcome mister,” aku ketawa dan usai memberi salam buat kali kedua, aku matikan talian. Aku yang tadi duduk di birai katil, jatuh terduduk terus di atas karpet. Air mata terus pecah, tanpa sempat aku tahan. Sungguh, hati ini hancur sehancur-hancurnya.

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa

Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta


Bersambung...

p/s: Kesiannya Dhiya :(

22 comments:

  1. Super duper tak suka kat faris!!!
    sekian.. soobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks...hahaha...ala, kalau faris dah baik nanti macam mana? :)

      Delete
  2. So heronya mika ek hihi. Okla tp mcm nk faris. Takpe tgu 2-3 N3 nk tgk performance mika then br decide nk pilih sapa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tatau lagi siapa heronya, susah nak pilih...tgklah mcm mana flow ;p

      Delete
  3. This story is getting interesting!

    ReplyDelete
  4. Sambung lg...faris cm batu kot tsk rasa langsung prasaan diya

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk...faris mcm batu...mika la mcm batu, keras je dgn dhiya :P

      Delete
  5. nak dhiya dgn mika lah..

    ReplyDelete
  6. kesiannya Dhiya.. dlm msa yg sama happy sbb diorg still lgi kawan.... n Faris x lupakan Dhiya... x blh nk slhkan Faris sbb dia pon x tau Dhiya suka dkt dia.... bgi je la Dhiya dkt Mika.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...hahaha...faris taktahu pun dhiya suka dia. nak bagi dhiya kat mamat batu tu? :P hehe

      Delete
    2. mne la tau kot2 mamat batu tu boleh tukar jdi mamat bunga ke? heheh

      Delete
  7. nak mika jadik hero boleh...faris tuh campak jauh2..tak suka..
    rasa mcm mika suka dhiya...

    ReplyDelete
  8. tak suka faris..kesian dhiya..kasik dhiya ngn mika lah..
    btw..best giler..!!

    ReplyDelete
  9. sy suka mika lgd

    ReplyDelete