Wednesday 3 May 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 11)

"Hai baby!"
"Gedik!" Radzi melibas belakang Lutfi dengan tangannya, "Kau sorang je ke? Yang lain mana?"
"Semua keluar. Kasyaf ada meeting dengan team Sehati Sejiwa. Aman Danny ada latihan basket."
"Lulz! Kesian dok sorang-sorang."
Lutfi buat muka, "Ikut aku, nak je dok dalam rumah tapi aku bosan dok sorang-sorang."
"Bosan ke takut?"
"Diamlah. Kau habis kerja pukul berapa?"
Radzi kerling jam di pergelangan tangan, "Tak tahu lagi. Malam ni ada bola, mesti ramai lepak. Kau nak minum apa, cetan?"
"Bangang cetan!" Lutfi ketawa, "Lain feel bila baca dengan cakap. Euww..."
"Bongok! Cepatlah nak minum apa?"
Lutfi berkerut-kerut dahi memikir, "Teh tarik satu."
"Makan?"
"Burger ayam jelah satu."
Radzi mengangguk, "Baik..."
Baru Radzi melangkah, apron yang dipakainya tiba-tiba ditarik Lutfi, "Radzi!"
"Apa kau?"
"Puspa Wangi."
Radzi kerut dahi, "Mana?"
"Tu! Yang duduk dekat televisyen tu."
"Rambut sanggul tu ke?"
"Dialah tu. Cantik, kan?"
"Biasa je aku tengok! Tapi aku fahamlah, mata kau kan kero sikit!"
"Kureng... kau hina Puspa aku!"
Radzi ketawa, "Aku hina kaulah, jebon! Sudah! Bos aku dah cekak pinggang dah."
Lutfi mengangguk saja namun matanya masih asyik merenung Puspa Wangi yang tidak menyedari kehadirannya. Cantiknya ciptaanMu, Ya Allah...
Radzi berjalan ke kaunter sambil menggeleng. Payah betul orang angau ni, "Teh tarik satu. Chicken burger satu. Meja lima belas."
"Apahal kawan kau tu dok senyum sorang-sorang?" Si lelaki yang bertocang satu bertanya.
"Orang angau macam tulah," balas Radzi ringkas.
"Macam kau dululah, Mike!" Balas si lelaki berkaca mata sebelum menghulurkan cawan berisi kopi pada Radzi, "Meja lapan."
"Bengong Jet! Kau jangan percaya cakap mamat ni, Radzi!"
Radzi ketawa saja. 
"Radzi, pick up! Vampire chicken, meja sepuluh!" 
Suara dari dapur itu buat Radzi tersentak namun dia tetap mengangguk, "Noted!"

"Saudari Puspa?"
Puspa yang sedang menaip di laptop, angkat muka. Spontan bibirnya mengukir senyum, "Kasturi!"
Lutfi tersengih malu, "Janganlah panggil saya Kasturi. Segan saya. Panggil Lutfi dahlah!"
"Eh, bukan nama awak jugak ke?"
Lutfi garu kepala, "Memang nama saya tapi orang suka ejek saya limau kasturi dulu. Rasa tak sanggup dah nak kena ejek."
Puspa tertawa, "Maaf! Maaf... eh, duduklah! Janganlah berdiri aje."
Lutfi tersengih lebar. Yes, boleh duduk dengan dia! Yes! "Awak sorang aje?"
Puspa mengangguk, "Aah. Sepatutnya teman saya naj datang tapi entah dia tak sampai-sampai lagi pun."
"Teman ke kekasih?"
Puspa tersipu-sipu, "Cepat aje awak tangkap ye, Lutfi? Teman bukan, kekasih pun bukan."
Muka Lutfi berubah, "Takkan suami kot?"
"Bukanlah! Adik perempuan saya. Tak sampai-sampai lagi ni."
Lutfi hela nafas. Fuuhh, lega! Ingat tunggu suami dia! "Tak call?"
"Dah call, tak angkat-angkat."
Lutfi mengangguk saja. Baru dia nak bersuara, ada satu suara lain menyampuk, "Hazelnut latte for you, miss. Dan teh tarik untuk customer yang tiba-tiba hilang dari tempat sendiri."
"Sibuklah kau!" Lutfi mencerun pada Radzi.
Radzi buat muka tak berperasaan, "Nak duduk kat meja lain pun informlah dulu, bingai! Sikit lagi gaji aku nak kena potong sebab kau. Ingat kau dah blah!"
Puspa yang sedari tadi memerhati, ketawa kecil! "Sorry, saya yang jemput dia duduk dekat sini."
Radzi spontan ukir senyum, "Cik Puspa Wangi, kan?"
Puspa kerut dahi namun tetap dia mengangguk, "Iya saya."
"Saya Ir-Radzi. Lutfi panggil saya baby!"
Lutfi dah tepuk dahi! Cinabeng Radzi. Kau saja nak jatuhkan saham aku ke macam mana?
"Baby?!" Puspa bulatkan mata, "Er... you guys bukan..."
"Jangan percaya cakap dia ni, Puspa. Saya masih lagi punya perasaan pada wanita."
Radzi buat muka nak termuntah sebelum dia tersenyum, "Saya bergurau je, Cik Puspa!"
Puspa mengangguk dalam tawa. 
"Kau tunggu apa lagi? Blahlah wei!" Ujar Lutfi pada Radzi namun rendah saja suaranya.
Radzi buat muka menyampah, "Aku boleh balik pukul sebelas karang. Nak balik sekali ke?"
Lutfi mengangguk, "Sekali!"
Radzi pandang Puspa sebelum tersenyum, "Enjoy your drink, Cik Puspa dan jangan layan sangat si Lutfi ni. Dia bukannya betul sangat."
"Blah!" Lutfi tolak Radzi supaya berlalu.
Radzi ketawa saja. Takut sangat orang kacau dia dating. Galak

“Assalamualaikum...” Aman menolak pintu sliding sambil memberikan salam, “Lutfi... ooo... Lutfi...”
“Lutfi tak ada ke?” Tanya Danny sebelum menolak Aman masuk ke dalam rumah.
Aman berjalan ke bahagian tengah ruang tamu sebelum dia berbaring. Mak, letihnya! “Entah! Tak menyahut pun. Tidur kot.”
“Lutfi tidur awal? Pelik...” Ujar Danny yang sudah duduk bersandar pada dinding, “Wei, letih gila!”
“Kan? Harapnya lepas ni PG tak buat dah latihan malam. Letih dia lain macam!”
Danny angguk, bersetuju! “Mana Lutfi ni? Selalu kalau kita tak ada, dia duduk kat ruang tamu je.”
“Keluar kot! Motor dia ada ke tadi kat porch?”
“Entah! Tak perasan aku. Aku fikir nak masuk rumah je tadi,” Danny tersengih sebelum telefon pintarnya dikeluarkan dari beg sandangnya.
Danny
- Lutfi sayang-
- Where are you? I dengan Aman dah balik ni-
Aman
- Lutfiiiiii...-
- Menyahutlah oiiii...-
Radzi
- Lutfi datang bawak diri kat kafe aku kerja ni ha. Takut dok sorang gamaknya-
Danny
- Badan katang macam Malek Noor tapi penakut pahit 
😂😂😂-
Aman
- Statement tak beragak. Celah mana badan Lutfi tu macam Malek Noor?-
- Macam badan belalang kunyit adalah-
Radzi
- Kahkahkah 
😂😂😂-
- Belalang kunyit kau kata-
Kasyaf
- Aman-
- Danny-
- Korang ada kat rumah ke?-
Danny
- Yeszaa! Baru sampai. Bontot pun tak panas lagi-
- Kenapa Kacap sayang? 
😚😚-
Kasyaf
- 😒😒😒-
- Masak nasi wei! Aku lapar-
Aman
- Dah kau nak makan lauk apa? Barang dapur dah habis. Telur pun tak ada-
Kasyaf
- Lah, dah habis ke? Ingat ada lagi-
- Tak apalah. Nanti aku beli tomyam kat mana-mana kedai otw balik nanti-
Danny
- KACAAAAAPPPPPPPPP-
- EMERGENCYYYYYYYYY-
Kasyaf
- Kenapa Danny?-
Danny
- Beras dah habis 
😂😂-
Kasyaf
- Aku nak buat emoji sedih tapi nanti korang bahan aku-
- Tak apalah. Nanti aku beli nasi bungkus ajelah-
Radzi
- Ke nak aku belikan makanan kat kafe aku kerja ni je?-
Aman
- Bagus jugak idea Radzi tu-
- Bergeliga jugak rupanya otak kau, Radzi-
Radzi
- Apa selama ni aku bebal ke? 
😒😒😒-
Aman
- Aku tak kata pun 
😁😁😁-
- Tapi kalau terasa, ambiklew-
Radzi
- Cissss-
- Ha, nak order apa?-
Kasyaf
- Nasi-nasi ada ke?-
Radzi
- Ada-
- Nasi butter dengan ayam gril, kambing gril dll-
- Dasar perut Melayu-
Kasyaf
- Dah aku Melayu-
- Bukan macam kau, perut Mexico-
Radzi
- Ah, sudah-
- Order cepat-
Kasyaf
- Ayam gril-
Aman
- Burger ayam satu-
- Sayur lebih-
Danny
- Mee kari Jihan ada jual tak?-
Radzi
- Rindu Jihan lettew-
- Mee kari Apek ada, mee kari Jihan tak ada-
Danny
- Apek pun Apeklah-
- Mana tahu kalau makan aku boleh berkungfu 
😁😁😁-
Aman
- Bangang abadi 
😂😂-
Kasyaf
- ...-
Radzi
- Wei, gila!-
- Nama tukang masak je Apek, dia melayu-
Danny
- Ala, baru nak berkungfu 
😂😂-

“Assalamualaikum...”
Danny laju berpaling memandang pintu, “Waalaikumussalam! Yeayyyy! Radzi dah balik!”
Radzi sengih, “Sukanya kau nampak aku! Tahulah sayang aku.”
“Memang aku sayang kau pun,” ujar Danny sebelum mengenyitkan matanya.
“Geli!” Radzi buat muka seperti dia geli dengan kata-kata Danny sebelum dia duduk di sebelah Danny yang sedang meniarap, “Aman mana?”
“Ada kat dapur. Bancuh air.”
“Wei, aku balik kau tak bersorak pun!” Lutfi yang baru siap mengunci motornya buat muka pada Danny yang buat tak peduli kepadanya.
Danny pandang Lutfi sekilas sebelum dia bertepuk tangan, sekali! “Yeay!”
“Tak ikhlas gila tapi tak apa. Sebab malam ni ada benda happy terjadi dekat aku, aku terima segalanya.”
Danny menjungkit kening pada Radzi, “Benda apa jadi kat dia?”
Radzi senyum senget, “Dia duduk semeja dengan Kak Puspa Wangi kesayangan.”
“Ooo... patutlah! So sawit!” Danny buat gaya ‘tangan ke dada, mata ke atas’.
“Kau tengok apa wei?” Tanya Lutfi yang sudah duduk di sebelah Radzi.
“Slam dunk!”
Lutfi buat muka bosan, “Tak bosan ke kau? Asyik tengok cerita ni. Cuba tengok anime lain.”
“Tak mahu!” Danny geleng sebelum dia memandang Lutfi, “Wei, kau ada cerita Samurai X tak? Jihan tanya.”
“Ada. Nanti kasi pendrive la, aku save dalam tu.”
Danny angguk sebelum dia menjerit, “Amannnnnnnnn... mana airnyaaaaaaaaa?”
“Ya! Siap dah ni!” Aman keluar dari dapur dengan menatang sebuah dulang berisi jag plastik dan empat biji gelas.
“Amboi, siap berdulang bagai!” Ujar Radzi separuh mengusik.
“Aku tak cukup tangan nak bawak semua.”
“Eh, korang nak makan dulu ke? Ke nak tunggu Kacap?”
Danny pantas menekan butang PAUSE sebelum dia duduk. Komputer riba miliknya diletakkan di bawah meja belajar, “Kacap kata tak payah tunggu dia. Dia tak habis lagi meeting kot.”
Radzi mengangguk, “Sibuk betul dia sekarang.”
Lutfi ukir sengih, “Kenalah sibuk, demi nak bagi anak-anak makan.”
“Bangang Lutfi!” Aman dan Danny dah ketawa.
Radzi pula menggeleng sebelum dia berdiri, “Korang makanlah. Aku nak mandi.”
Tak sempat Radzi nak masuk bilik, Aman menyeru namanya, “Radzi, karang tengok movie jom. Esok cuti.”
Radzi berpaling, “On! The Conjuring aa...”
Lutfi buat muka, “Korang tengoklah. Aku tak nak join.”
Danny yang sudah membuka bungkusan makanannya senyum keji, “Siapa yang ajak kau pun?”
“Kureng, Danny!”
Aman dan Danny dah ketawa sambil ber-high five.
Lutfi pula dah buat muka menyampah. Kau tunggu, Danny... kau tunggu...!

p/s; haiiiiiiiiii... maaf lama menghilang. Selamat membaca ya. Jangan lupa komen <3

12 comments:

  1. Awww rindunya Mike jet apek!!Adib xde ke?Hurmmm btw best sgt cite ni...Nt update lagii😀😀😀

    ReplyDelete
  2. Rindu Pcik Apek, Mike,Jet n Adib... Citer yg santai n best... Tq Najwa

    ReplyDelete
  3. ����������������

    ReplyDelete
  4. rindu...hahaha
    gelak sorang2 je bace kisah diorang

    ReplyDelete
  5. Ok i iz cannot..mesti gelak kalau baca especially dekat group ws diaorang tu..hahaha

    ReplyDelete
  6. miss all about the hero of gulp's cafe

    ReplyDelete
  7. Bila nak sambung sis? ��

    ReplyDelete