Thursday 2 March 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 6)

"Okey! First thing first... baju team kita. Team designing?" Kasyaf pandang pada orang-orang yang berada di kirinya, "Macam mana Arif?"
"Okey. Kami ada dua design. Kami dah print untuk senang semua tengok," Arif, ketua team designing menjawab sebelum memberi isyarat mata pada anak buahnya untuk mengedarkan printout yang sudah disediakan sebelum mesyuarat tadi, "As you all can see, ada dua design. Sebelah kanan designnya penuh, yang sebelah kiri kita cuba kurangkan hiasan dan lebihkan motto team kita. Sehati Kita Bersama, Sejiwa Kita Bersatu."
Ika yang sedang meneliti design yang disediakan angkat tangan, "Yang belah kanan ni motto you guys letak kat mana?"
Arif terdiam sebelum dia berdehem. Tanpa mempedulikan soalan Ika, dia menyambung penerangannya yang terhenti, "Kami decide untuk logonya untuk diletakkan di lengan tangan kanan dan..."
"Excuse me, Arif!" Kasyaf berdehem. Wajahnya serius saja, "Bila orang tanya soalan, kau sepatutnya jawab. Apatah lagi soalannya berkaitan dengan design kau. Design yang kau dan team kau buat. Kami yang lain tak tahu kat mana kau letak logo, letak motto. Sebab tu orang tanya."
Arif terdiam. 
"Kita kat sini bukan sebagai individu sebaliknya kita kat sini sebagai satu kumpulan. Aku tak tahu apa masalah kau dengan Ika, be professional please. Yang lain pun sama. Korang suka atau tak, Ika penolong aku. Kalau aku tak dapat datang perjumpaan, Ika yang akan gantikan aku dan aku bukan tegur Arif je, aku tegur semua orang. Be professional! Faham?"
"Fahammm..." antara dengar tak dengar saja suara mereka semua menyahut.
Kasyaf menggeleng, "Proceed, Arif."
Arif mengangguk sebelum dia menyambung penerangannya tadi.
Kasyaf pula menghela nafas. Dia kerling pada Ika.
Kebetulan, Ika sedang memandangnya.
Dia jungkit kening pada Ika namun sesaat kemudian, dia terpaku.
Ika ukir senyum dan mengangguk, mengucapkan terima kasih.
Kasyaf laju mengalihkan pandangan ke tempat lain. Lainnya kalau dia senyum...
Ika dah kerutkan dahi. Orang senyum cakap terima kasih pun nak menyombong. Kata be professional.
Jihan di sisi Ika tersengih jahat. Di bawah meja, aplikasi Whatsapp dalam telefon dibuka. Nama Danny dipilih sebelum dia menaip mesej.
Jihan
- Danny!-
Danny
- Ya, sayang?-
Jihan
- 
😒 😒 😒-
Danny
- Bersyukurlah aku nak panggil kau sayang. Mana ada orang lain nak panggil kau sayang selain aku-
Jihan
- Bongok!-
- Btw, ada cerita panazzzz-
Danny
- Cerita apa?-
Jihan
- Kacap bela Ika kejap tadi-
Danny
- Serius?
😱 😱-
- Bela macam peguam tu ke, bela as in membela ikan?-
Jihan
- Kalau aku cakap bodoh karang, kau marah aku-
- Bela macam peguam tu lah-
Danny
- Mana aku nak tauuu-
- Ha, ceritalaaahhh cepattttt-
Jihan
- 
😏 😏 😏-
- IKA SENYUM KAT KACAP OOO-
Danny
- MAIGAD-
- Tak tidurlah Mat Kacap malam ni-
- Kacap balas ke senyuman Ika? 
😋 😋 😋-
Jihan
- Kacap tersipu-sipu kot-
Danny
- SERIOUS SHIT!-
- Oopss, sorry! Tercarut pulew 
😂 😂 😂-
- Yeay, aku boleh bahan Kacap malam ni 
😁 😁 😁-
Jihan
- Ha, satu lagi...-
Danny
- Yas?-
Jihan
- Nak mee kari tak? Siang tadi aku buat banyak. Jual kat koperasi. Ada lebih-
Danny
- Jihan, kalau kau offer hati kau pun aku terima kot-
- 
😉 😉 😉-
Jihan
- Galak 
😒 😒 😒-
- Kejap lagi aku bagi-
Danny
- Okey sayang 
😘 😘 😘-
Jihan
- Galak 
😒 😒 😒-

Lutfi yang sedang berjalan menuju ke perpustakaan melajukan langkahnya bila terlihat seorang sedang mengutip kertas-kertas berserakkan  di atas lantai.
Tanpa berkata apa-apa, dia menunduk membantu si gadis mengutip kertas-kertas itu. Dikumpulkan sebelum dia menghulurkan kertas itu kepada si gadis, “Your paper, miss...”
Si gadis panggung kepala, “Oh, terima kasih saudara...”
Lidah Lutfi terkelu.
“Saudara?” Si gadis melambai-lambaikan tangannya di depan wajah Lutfi, “Hello...?”
Lutfi terus tersedar sebelum dia berdiri. Gadis itu sedikit terkejut namun dia berdiri juga, “Terima kasih.”
Lutfi ukir senyum manis, “Sama-sama. Macam mana boleh jatuh?”
Si gadis ikut tersenyum, “Kalut tadi. Telefon berbunyi apa semua. Habis semua yang ada kat tangan jatuh. Eh, terima kasih tau.”
"No problem lah! Hati-hati ya lain kali?"
Si gadis mengangguk.
"Er... kalau tak keberatan boleh saya tau nama saudari?"
Si gadis tersenyum, "Puspa Wangi."
Lutfi terkebil-kebil, "Awak kelentong saya ke?"
"Betul. Nama saya Puspa Wangi binti Zainal Abidin."
Lutfi tersenyum malu. Malu sebab ingat si gadis menipunya, "Sorry."
"Tak apa. Awak nama apa?"
"Muhammad Lutfi Kasturi."
"Kasturi? Awak tipu saya?"
"Mana ada. Betullah nama saya macam tu."
"Mana saya tahu." Puspa tersenyum manis.
"Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni. Student first year?"
"Taklah. Saya student master."
"Hah?!" Lutfi tercengang. Student master?! Ingatkan juniorrrrrrrrr...!!
“I’ve got to go. I’ll see you around, ya?”
Lutfi mengangguk perlahan, “Yeah, sure...”

Telefon pintarnya yang sedang bergegar di dalam poket tak dipedulikan. Matanya masih fokus memandang pensyarah yang sedang mengajar di depan. Tiba-tiba, dia terasa seperti lengannya disiku oleh orang di sebelah kanannya. Separuh berbisik dia bersuara, “Apa kau?”
“Lutfi mintak tolong dalam group,” balas Danny, juga separuh berbisik.
“Mintak tolong apa? Kau tanyalah...”
“Kau gila ke?” Danny mengecilkan matanya sebelum kembali berbisik,”Kena tangkap aku main telefon dalam kelas Dr. Azmi mampus aku kena repeat paper sem depan. Aman dengan Kacap pun senyap je. Sibuk kot!”
Radzi mengangguk, berpura-pura faham dengan apa yang diterangkan oleh Dr. Azmi, “Tadi kau bukak mesej dalam Whatsapp group macam mana?”
Danny sengih, “Acah-acah selak buku rujukan derr...”
“Okey, semua! Ada yang nak tanya soalan sebelum saya dismiss kelas hari ni?”
Suara Dr. Azmi menghentikan perbualan Radzi dan Danny. Masing-masing memandang ke depan dengan wajah tak bersalah namun sempat Radzi berbisik perlahan, “Kalau kantoi kita bersembang ni, semua salah kau!”
Danny mengerutkan hidung. Apa pulak salah aku?
“Tak ada soalan?” Dr. Azmi membetulkan cermin matanya sebelum dia bersuara kembali, “Okey. Kita bersurai dulu. Jangan lupa buat soalan yang saya bagi tadi. Untuk pelajar yang repeat, lepas ni datang ke bilik saya.”
“Baik, doktorrrrrrr...” satu dewan bergema dengan suara pelajar-pelajar kelas Kejuruteraan Awam.
Tak menunggu lama, Radzi cepat mengeluarkan telefon pintarnya yang ada di dalam poket seluar.

Lutfi
- Sesiapa... tolong aku...-
Radzi
- Tolong amende? Kalau tolong duit-duit, mintak Kacap. Dia banyak tabung 
😍 😍-
Kasyaf
- Kau nak dinner kaki ke malam ni?-
Radzi
- Maafkan saya, tuan! 
😢 😢 😢-
Lutfi
- Tolong aku. Aku dah dipanah busur cinta 
😵 😵-
Aman
- Busur cinta siapa pulak tersesat pergi kat kau?-
- Busur sesat je kot tu 
😂 😂-
Lutfi
- Jebon kau Aman!-
- Apa korang serentak balas mesej ni?-
- Tadi buat tak peduli kat aku!-
Aman
- Apa aku pulak jebon? Aku tanya serius kot! 
😂 😂 😂-
- Kelas aku baru habis, setan!-
- Kau nak aku balas mesej kau waktu lecturer mengajar ke?-
- Aku budak baik kot-
Lutfi
- Baik celah bontot-
- Wei...-
- Aku betul dah terkena panahan asrama kau tau?-
Radzi
- Asrama palaotak!-
Lutfi
- Typolah cetan!-
Danny
- Habis comellah eja setan jadi cetan? 
😌 😌 😌-
Lutfi
- Siotlah korang! Aku serius ni-
Kasyaf
- Siapa yang panah kau dengan asrama tu?-
Lutfi
- Tengok wei, Kasyaf pun typo. Apahal korang tak bahan woi?-
Kasyaf
- Siapa typo? Aku tengah menganjing kau kot 
😎 😎-
Aman
- KACAP DAH PANDAI PAKAI EMOJI 
😱-
Radzi
- KACAP DAH PANDAI PAKAI EMOJI 
😱-
Lutfi
- KACAP DAH PANDAI PAKAI EMOJI 
😱-
Danny
- KACAP DAH PANDAI PAKAI EMOJI 
😱-
- Ada orang senyum kat kau ke, Kacap?-
Kasyaf 
- Diam kau!-
Aman
- Siapa wei?!-
Lutfi
- Siapakah?-
Radzi
- Siapa, Danny?-
Danny
- 
😎 😎 😎-
Kasyaf
- Bongok Danny! Kau jangan makan malam ni!-
Danny
- Tak kisah. Jihan cakap nak bagi mee kari kat aku malam ni 
😜 😜 😜-
Aman
- TUNG AH, JIHAN SAYANG 
😍 😍-
Lutfi
- TUNG AH, JIHAN SAYANG 
😍 😍-
Radzi
- TUNG AH, JIHAN SAYANG 
😍 😍-
Kasyaf
- TUNG AH, JIHAN SAYANG 
😍 😍-
Aman
- 
😱 😱 😱 😱-
Kasyaf
- Bangang!-
Danny dah ketawa terkekek-kekek membaca carutan Kasyaf di dalam group Whatsapp. Kalau aku bagitahu ni, harus kena bahan lima keturunan Kacap ni...
“Wei, siapa yang senyum kat Kacap?” Radzi pandang Danny yang masih ketawa.
Danny pandang Radzi sekilas sebelum berdiri, “Malam karang aku cerita. Aku nak pergi jumpa Jihan kejap.”
Radzi menggelengkan kepala, “Hari-hari jumpa Jihan. Tak bosan ke?”
Danny jungkit kening, “Aku hari-hari tengok muka korang, tak pernah bosan pun...”
Radzi buat muka, “Kau tak bosan. Aku bosan...”
“Bosanlah sangat!” Danny ketawa, “Aku pergi dulu. Jumpa kat rumah nanti!”
Radzi mengangguk saja sebelum melambai Danny pergi. Tiba-tiba dia ukir senyum. Memang takkan pernah bosan kalau ada kau, Danny!

p/s: Aman ada Pijah, Danny ada Jihan, Kacap ada Ika, Lutfi pun dah ada kak Puspa Wangi. Radzi? ;) 

22 comments:

  1. Radzi adapeminat kat luar sana

    ReplyDelete
  2. senyum senyum je baca , best la kak

    ReplyDelete
  3. Radzi bg kt lea laaaaaa.. nk leaaaaa.. haha

    ReplyDelete
  4. Radzi ada saya. Hahahhahaha

    ReplyDelete
  5. Radzi punye rare😎 so, worth waiting..

    ReplyDelete
  6. Baru nak tanya...radzi nye mana...😉

    ReplyDelete
  7. Baru nak tanya...radzi nye mana...😉

    ReplyDelete
  8. radzi Ade crush on someone kan?

    ReplyDelete
  9. Best je geng dorg. Sekepala je memasing

    ReplyDelete
  10. radzi belum jumpa tu .. kang jumpa x dang lama dh dilamar haha

    ReplyDelete
  11. syioknya ! spontan betoi . asa fun gila BFF nie . huwaaa ~ Atieykecik

    ReplyDelete
  12. syok laa geng diorang...kepala gila2..
    sy suka

    ReplyDelete
  13. Radzi punya belum timbul lg....

    ReplyDelete
  14. Radzi ada mel mel... Danny ada aku. Silap taip tu kahkahkah

    ReplyDelete
  15. Terbaiklah... radzi single mingle. Berilah dia ruang belajar sepenuhnya dulu sbb diakan nak bantu keluarga kat kg. mungkin dah ada menanti kat luar sana.

    ReplyDelete
  16. haha... where the situation like happen before. sure we will be smile.

    ReplyDelete
  17. Watak danny nie mcm adib laa dlm cerita 4sahabat tuu.. Mike, jep,adib amd aman..

    ReplyDelete
  18. Sambungla kak ������

    ReplyDelete
  19. Radzi ade kawan skolah kain biru dia tu..hahaha

    ReplyDelete