Friday 24 February 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 2)

"Lawa ke budak yang nak langgar kau tu?"
Aman jungkit bahu menjawab soalan Radzi. Mulutnya masih penuh dengan nasi. Karang jawab bersembur mulut, kena carut pulak.
"Kau kenal ke budak tu?" Tanya Lutfi sambil menyudu kobis masak lemak ke dalam pinggannya.
Aman angguk, "Kenal."
"Siapa?" Danny yang tadi asyik menyuap nasi bertanya pula.
"Adalah... kalau aku sebut karang, belum tentu korang kenal."
Danny mencebik, "Eleh... nak berahsia konon. Kau pun bukannya kenal sangat budak-budak perempuan kolej."
Kasyaf yang tadi diam menghulurkan pinggannya kepada Radzi, meminta nasi tambah, "Korang punya kapten basketball nama apa entah?"
"PG!" Jawab Danny laju.
Aman mengangguk, "Kenapa?"
"Dia ada adik kan?"
Mendengar soalan Kasyaf, Aman rasa ayam goreng kunyit yang ditelan tadi terasa lekat di kerongkongnya.
"Ada. Second year!" Laju Danny menjawab.
"Adik dia tadi menangis terduduk dekat kawasan parking library."
Aman tersedak! Uhuk! Lutfi dan Radzi kalut menghulur air pada Aman.
"Tudialah, gelojoh lagi!" Danny senyum sinis.
Kasyaf ukir senyum sinis yang lagi sinis dari senyuman Danny, "Kau agak-agak kan Aman, siapa yang buat dia menangis ek?"
Aman yang meneguk air, tersedak sekali lagi! Uhuk!
Lutfi dan Radzi saling berpandangan.
Danny terlopong.
Kasyaf pula selamba menyambung suapan nasi.
“ADIK PG KE YANG NAK LANGGAR KAU TU?” Soal Danny dengan nada tinggi.
Aman berdehem sikit sebelum menjeling Kasyaf! “Mana kau tau dia menangis?”
“WOI, AKU TANYA KAU NI!” Danny bersuara lagi.
Lutfi yang geram dengan suara Danny yang kuat terus menyumbat isi ayam ke dalam mulut Danny, “Kau nak tanya, tanya slow-slow lah gila! Kau ingat Aman tu duduk rumah hujung ke kau nak menjerit?!”
Danny yang terkejut dengan sumbatan (ada ke perkataan ni) Lutfi memuncungkan mulut sambil dia mengunyah isi ayam yang ada di dalam mulutnya.
Kasyaf menggeleng sebelum dia menjawab soalan Aman, “Aku nampaklah! Kecoh jugak kat tempat parkir tu tadi. Tangan terketar-ketar macam dia yang kena langgar.”
Aman mencebik, “Ingat hati kental! Waktu first year dulu muka toya je kena marah dengan aku!” Teringat balik dia sewaktu dia mengajar Pijah main bola keranjang dulu. Kena marah banyak kali pun, muka dia tetap toya tak berperasaan. Pelik... takkan kena tengking sekali dah koyak?
“Perempuan, emosi hari ni bukan sama dengan emosi semalam. Bukan macam Kacap, satu emosi je dia ada,” ujar Radzi tiba-tiba.
“Apa kait dengan aku pulak?” Kasyaf jungkit kening.
“Saja...” Radzi sengih sebelum dia pandang Danny, “Ha, Danny...! Kau kata ada cerita hot! Cerita apa wei?”
Danny langsung tersengih. Hilang rajuk dia tadi ditegur Lutfi tadi, “Haaaa...”
“Danny...” Suara Kasyaf kedengaran namun nadanya biasa tapi terasa aura amaran.
Danny buat tak peduli sebelum kembali bersuara. Matanya mengerling pada Kasyaf, “Aku jumpa orang tu dating dekat library tadi...”
“Siapa?” Aman bertanya sebelum dia kembali menyuap nasi.
Lutfi menggeleng. Radzi senyum saja. Datang dah dia punya lembab, “Kasyaf...”
Aman kerut dahi, “Kasyaf dating? Perempuan gila mana yang nak dating dengan dia?”
Kasyaf buat muka, “Apa kau ingat muka aku muka tak ada market ke?”
“Haaa...” Aman mengangguk sebelum dia sengih keji.
“Kau dating dengan siapa, Kacap?” Tanya Radzi yang sudah selesai makan.
“Mana ada aku dating. Percaya sangat cakap Danny tu. Bukannya betul.” Balas Kasyaf sebelum menyuap nasi yang masih berbaki.
“Dating tak mengaku!” Danny buat muka nakal, “Dia dating dengan minah gothic ooo...”
“Ika?” Lutfi dah mengerutkan dahinya, “Kau sure ke dating? Bukan perang. Kacap dengan minah tu mana boleh jumpa, perang je.”
Kasyaf hela nafas, “Betullah tu.”
Danny ketawa lalu dia pandang Lutfi, “Kalau dah duduk berdua... tak ke dating namanya?”
Kasyaf menggeleng sebelum dia berdiri, “Tak kuasa aku nak dating dengan minah tu! Dah, siapa last makan... kemas!”
Sebaik saja Kasyaf selesai berkata-kata, serentak... Lutfi, Radzi dan Aman berdiri, “DANNY, KEMAS!”
Danny tercengang, “Bila korang habis makan? Cinabeng!”

Kasyaf menatap laptop yang diletakkan di atas meja belajar. Mouse digerakkan sebelum dia berhenti. Tiba-tiba dia teringat peristiwa petang tadi. Peristiwa di mana dia dan Ika dikatakan dating oleh si Danny. Dia hela nafas. Kenapa agaknya Ika tu suka cari pasal dengan dirinya...?
"Ika, ni Kasyaf ketua program dan Kasyaf... ni Ika, pembantu awak!" Puan Suhaila, penaung Program Sehati Sejiwa ukir senyum.
Kasyaf angkat tangan antara ikhlas dengan tidak, "Hai."
"Hai." Ika senyum dua saat sebelum kembali memasamkan wajahnya.
"O... key..." Puan Suhaila dapat rasakan aura tegang antara Ika dan Kasyaf, "Awak berdua kenal ke satu sama lain?"
"Tak!" Serentak, mereka menjawab.
"Okey..." Puan Suhaila ukir senyum paksa, "So, jom mulakan perbincangan kita."
Kasyaf dan Ika serentak mengangguk.
"Program Sehati Sejiwa ni kami berdua tahu kan tentang apa?"
Kasyaf angguk.
Ika geleng, "Saya tak tahu."
"Lain kali kalau ada perjumpaan datang! Jangan memonteng je kerja!" Perlahan saja suara Kasyaf namun masih cukup kuat di telinga Ika dan Puan Suhaila.
Ika pantas menjeling Kasyaf.
Puan Suhaila dah kalut! Ah, sudah! "Bukan Ika ponteng hari tu, Kasyaf..."
"Tak payah terang kat dia pun, Puan. Orang bebal kalau kita terang pun bukan faham. Dia tau main sembur je."
Bebal?! Kasyaf jeling Ika.
Baru Puan Suhaila nak menyampuk, telefonnya berbunyi, "Jangan gaduh! Saya pergi angkat call kejap!"
Melihat Puan Suhaila berlalu, Kasyaf pandang Ika dengan pandangan yang tajam! "Apa masalah kau dengan aku?!"
"Tak ada masalah apa-apa."
"Kenapalah kau jadi penolong aku?" Separuh mengeluh, Kasyaf bersuara.
"Kau ingat aku nak sangat ke? Kalau bukan Jihan paksa aku, aku pun tak naklah!"
"Macam aku kebulur sangat."
"Nampak macam kebulur!"
Tak sempat Kasyaf nak balas, bahunya terasa dipeluk.
"Kacapppppppp!" Danny ukir sengih lebar, "Rindu kau!"
"Berambuslah, mangkuk!"
Danny kerling si gadis yang ada di sebelah Kasyaf, "Uuu... dating! Patutlah halau aku!"
"Please, siapa nak dating dengan Mat Kayap ni!"
Berdesing telinga Kasyaf mendengar kata-kata Ika. Mat Ka... what?! "EXCUSE ME?!"
Danny bulatkan mata. Eh?! "Kau dating dengan Ika?!" Separuh berbisik dia bertanya pada Kasyaf.
"Aku tak gila lagi Danny, nak dating dengan minah gothic ni!"
Ika malas nak melayan terus menyarung headphone ke telinganya. Sembanglah nak sembang. Jangan kacau aku!
Danny tersengih lebar, "Uuu... cerita hot ni! Best ni dapat story kat budak-budak lain!"
"Kau rasa nak kena sepak dekat punggung, kau ceritalah!"
"Ala, setakat kena sepak. Bukan rasa apa!" Danny jungkit-jungkit kening, "Elok-elok dating Kacap, takut ada yang memerhati..."
"Bingai!"
“HA, TERMENUNG! TERINGAT AWEK BAJU HITAM PETANG TADILAH TUUUUUUUUUU...” Suara Danny yang kuat menghentikan lamunan Kasyaf.
 “Tak kuasa aku nak ingat dia!” Balas Kasyaf dengan muka bersahaja.
“Eleh...” Danny buat muka sebelum dia duduk di sebelah Kasyaf, “Eh, Kacap!”
“Apa?”
“Jihan join jugak kan program Sehati Sejiwa kau tu?”
Kasyaf mengangguk, “Kenapa? Nak kirim salam?”
“Buat apa nak kirim salam? Aku sendiri boleh hantar mesej bagi salam dekat dia...”
“Dah tu. Kau tanya kenapa?”
Danny buat muka sedih, “Lah, tanya pun tak boleh ke?”
“Ni kau menempel dekat aku ni... kau tak ada kerja ke nak buat?”
Danny angguk sambil tersengih, “Ada tapi aku malas...”
“Asyik malas je... bila entah nak rajinnya,” balas Kasyaf! “Cubalah jadi rajin sikit. Jangan nak malas je! Lawan sikit malas kau tu...”
Mendengar bebelan Kasyaf, Danny cepat-cepat menggeliat, “Astaghfirullahal’azim... mengantuknya! Aku tidur dululah, Kacap...”
Kasyaf sengih dalam hati. Bagus, pergi tidur! Jangan kacau aku buat kerja! “Ha, pergilah tidur...”
Danny cepat-cepat lari masuk ke bilik tidurnya. Takut dibebel lagi dengan Kasyaf.
“Eh, mana Danny?” Radzi yang baru keluar bilik bertanya, “Tadi aku rasa aku dengar suara dia bersembang dengan kau.”
Kasyaf senyum dua saat, “Lari masuk bilik. Kena bebel dengan aku.”
Radzi langsung ketawa. Danny... Danny... anti betul kau dengar si Kasyaf ni bebel.

Kasyaf keluar dari bilik air dengan wajah basah. Dari bilik air, dia terdengar suara Danny mengejutkan Aman yang masih lagi lena. Dia melangkah mendekati bilik Aman sebelum dia bersandar bahu di muka pintu, “Bangun dah ke?”
Danny geleng, “Liat bebenor nak bangunnya...”
Kasyaf hela nafas sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia mencangkung di sebelah Danny sebelum dia memandang Danny, “Kau pergi bentang sejadah kat depan. Biar aku kejut dia.”
Danny geleng kepala lagi, “Kalau mamat ni kahwin, isteri dia harus terseksa tiap-tiap pagi nak kejut dia bangun Subuh!”
Kasyaf tersenyum kecil mendengar rungutan Danny sebelum dia menepuk bahu Aman, “Aman... bangun!”
Aman tak bergerak. Masih statik dalam posisi mengiring.
"Aman... bangun! Dah subuh!" Kasyaf garu kepala sebelum dia menepuk kaki Aman pula, namun tepukannya lebih kuat dari tadi.
"Hmm..." 
"Aman, bangun."
"Hmm..."
"Nak masuk syurga tak?" 
"Mengantuk, ma!" dalam tak sedar, Aman merengek. Danny yang berdiri di muka pintu dah tekup mulut nak ketawa. Dia tak jadi membentang sejadah bila dia nampak Radzi sudah membentangkan sejadah di ruang tamu.
"Bangun, Aman!"
Aman mengiringkan badannya mengadap dinding.
“Tak bangun lagi?” Entah bila Lutfi berdiri di sebelah Danny di muka pintu.
Kasyaf geleng. Betul cakap Danny, harus terseksa isteri Aman nanti nak kejut bangun Subuh...
Lutfi senyum senget mendekati Aman. Tubuh Kasyaf ditolak sikit untuk memberikan dia ruang untuk duduk di sisi tilam Aman. Perlahan dia berbisik di telinga Aman, suaranya sengaja digaraukan! "ASSALAMUALAIKUM, ZAYYAD AIMAN!"
Zup! Aman terus bangkit, "Waalaikumussalam, cikgu!"
"Ha, dah bangun! Pergi ambik air sembahyang! Orang lain dah tunggu dah!" Lutfi menepuk bahu Aman sebelum menjungkit kening pada Kasyaf. Berlagak!
Kasyaf buat muka. Ceh! "Radzi bangun dah ke?"
"Sudah, maaaa!" Radzi menyahut dari ruang tamu.
Danny pula dah ketawa suka. Makin lama, makin banyak nama panggilan Kasyaf.
Bingai! Carut Kasyaf dalam hati. Aman yang masih lagi terpisat-pisat di tepuk bahunya, "Cepat!"
Aman mengangguk saja. Baik dia pergi sekarang, kalau tak bergerak ni harus empat ekor jebon tu pakat baca Yasin kat telinga dia!

p/s; terima kasih tukang buat cover kat atas tu. awak tahu awak sapa. lawa sungguh.I loike <3
p/s/s; maaf pendek sikit bab ni. hehehe saya dah mengantuk kakaka :D

15 comments:

  1. Best je dorg ni. Mmg kamceng gila

    ReplyDelete
  2. Bagusnye dpt kawan2 camne... Kejutkan kawan yg liat bangun ssolat.... Best

    ReplyDelete
  3. hahaha .. dale duk suka mngata mencarut pon solat ber jemaah x lupa .. sape la jdi isteri zayyad aiman ni ..ngeeee~

    ReplyDelete
  4. Hahaha.....best...nak lg....😂😂😂

    ReplyDelete
  5. Best....Sgt....
    -Azzna-

    ReplyDelete
  6. Ini calon2 suami gegadis luar sana.. mulut mengata sesama depa bkn main laser.. tapi solat jemaah sesama buat.. limited edition nih..kihkih

    ReplyDelete
  7. bestttt. smbung la lagi. heeeeee

    ReplyDelete
  8. Hahaha..baca byk kali tetap gelak 👍

    ReplyDelete
  9. Hahaha menarik betul... makin tak sabar tunggu n3 seterusnya.

    ReplyDelete
  10. Jihan tu Jihan Firas ke?

    ReplyDelete
  11. bila baca kisah ni.. Akif teringatkan hero² gulp's cafe, si Jet, Mike, Adib, Apek dan jugak Is.. mmg sempoii...

    ReplyDelete