Friday 20 February 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 4)

Talian yang masuk dari telefon pintarnya, dibatalkan. Dia pegang pada janjinya dengan Lily. Dia tak mahu berhubung dengan Jun. Jun sendiri sudah dia maklumkan semalam namun Jun tak mahu faham permintaannya. Lehernya yang terasa tegang, diurut perlahan. Hari ni dah bermula tempoh seminggu yang diminta Lily. Dia sedar Lily cuba nak baiki keadaan tapi dia rasa kekok.
“Pagi-pagi lagi dah tegang, Iman?”
Senyum nipis diberikan kepada Azrul yang sudah tarik kerusi dan duduk di hadapannya, “Biasa aje.”
“Kau okey tak? Nampak serabut aje.”
“Tempoh seminggu Lily tu bermula hari ni.”
Azrul menganggukkan kepala, “Takkan baru mula dah serabut? Lagipun, sejak bila Lily pandai menyerabutkan kau?”
“Bukan Lily yang serabutkan aku. Jun tu, aku dah minta dia jangan contact aku seminggu ni. Tak faham-faham. Keep on jugak call, mesej. Naik rimas aku!”
“Orang dah sayang...” perli Azrul, perlahan.
Iman jeling Azrul, “Kau perli aku ke kau perli Jun?”
“Dua-dua sekali. Seorang tak sedar diri dah ada bini, seorang lagi tak sedar yang dia tu dok meruntuhkan rumahtangga orang.”
“Azrul!”
“Chill! Lily macam mana?”
Iman jungkit bahu, “Entah. Macam tulah.”
“Aku pelik dengan kau, Iman.”
“Apa yang peliknya?”
      “Kau pernah cakap dengan aku, kau tak suka perempuan yang manja mengada-ngada, yang buat kau serabut tapi kau sedar tak sekarang kau sedang pilih perempuan yang macam itu dan kau tinggalkan perempuan yang tak pernah buat kau serabut.”
Iman pandang Azrul. Baru dia sedar. Betul apa yang Azrul cakap tu. Kenapa dia pilih Jun?
“Iman, hargai masa seminggu kau dengan Lily ni. Buka mata, buka hati. Siapa sebenarnya yang bertakhta dalam hati kau.”
Azrul yang sedang melangkah pergi itu dipandang. Tanya sama hati, siapa yang bertakhta...

Lily buka album gambar perkahwinan dia dan Iman dulu. Bibirnya terukir senyum. Dia ingat lagi, Selepas mereka diijabkabulkan, mereka segera menukar pakaian. Dari baju pengantin, ke baju sekolah sebabnya mereka nak tangkap gambar untuk album post wedding picture mereka. Tiba di satu gambar, matanya mulai kabur. Dadanya sudah terasa sebak.
Dulu, dia dan Iman berkenalan ketika mereka sama-sama bersekolah. Ketika itu, Iman baru berpindah ke sekolahnya dan lelaki itu ditempatkan di meja sebelah mejanya. Mereka tidak pernah bersembang mengenai perkara lain kecuali tentang pelajaran sehingga suatu hari, Iman melekatkan sehelai kertas 'post-it-note' di mejanya.
'Lily...' Hanya itu yang tertulis di atas kertas itu dan dia pun membalas namun dengan menggunakan kertas lain.
+ Apa?
- Kenapa hari ni awak comel sangat?
+ Eh, saya hari-hari comel!
- Lily...
+ Apa dia?
- Saya suka awak!
Dan Lily ingat, selepas itu dia tak berani langsung nak pandang Iman. Seminggu selepas kejadian itu, mereka berkawan lebih rapat namun mereka cuma berkomunikasi dengan menggunakan kertas berpelekat itu saja dan mereka akan berdating senyap-senyap di kantin sekolah tanpa pengetahuan sesiapa pada hari Khamis petang.
Siapa sangka cinta zaman persekolahan itu akhirnya berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan tapi sayangnya, ia tidak kekal lama. Sayangnya, Iman mahu melepaskan dia pergi sedangkan dulu, dia memulakan segalanya.
Air mata yang ditahan, gugur akhirnya. Lily teresak-esak di birai katil, menyesali apa yang telah berlaku dalam hidupnya.

Bunyi pintu depan yang terbuka buat Lily terkocoh-kocoh menyiapkan kerjanya di dapur. Lauk ayam masak merah dan sayur campur dibawa ke meja makan. Iman yang baru masuk ke rumah, mengangkat kening memandang Lily yang kelihatan ‘sibuk’.
Sebaik saja Lily selesai menyusun pinggan mangkuk di atas meja, dia segera mendekati Iman. Tangannya laju disua kepada Iman, mahu bersalam. Iman sedikit tersentak namun huluran tangan Lily disambut. Lily tunduk mengucup belakang tangan Iman, satu rutin yang sudah lama dia tinggalkan, “Lapar tak?”
Iman mengangguk. Tipu! Tadi dia dah makan dengan Azrul sebelum balik tapi entah kenapa dia tak sampai hati nak cakap perkara sebenarnya pada Lily.
“Jom makan dulu. Saya masak lauk favorite awak,” berserta senyuman, Lily menarik tangan Iman yang nampak kekok itu.
Iman telan liur apabila melihat lauk-lauk yang ada di atas meja. Ada sup tulang, ayam masak merah, sayur campur, ulam-ulaman dan sambal belacan. Seperti suatu ketika dulu, Lily menarik kerusi dan menyuruh Iman duduk.
Sebaik saja Iman duduk di atas kerusi yang ditarik Lily, Lily segera mencedok nasi dan diletakkan di atas pinggan Iman.
This is damn awkward! Iman merengus dalam hati. Lily di depannya dipandang lama. Nasi di pinggan masih tak bersentuh.
“Kenapa?" Lily pandang Iman balik.
“Tak kerja hari ni? Rajin masak," Iman tanpa sengaja menyindir Lily.
Lily ketawa tanpa perisa. Terasa dengan sindiran Iman. Dia tahu dia dah lama tak memasak, “Saya cuti seminggu. Saya nak habiskan masa seminggu dengan suami saya."
Iman terpempan. Teringat kata-kata Lily semalam, ‘Saya nak minta seminggu masa awak... untuk saya!’
 “Awak nak lauk apa? Saya cedokkan?" Lily bertanya, lembut.
Iman menggeleng, “Saya boleh cedok sendiri."
“Tak apa. Biar untuk seminggu ni, saya cedokkan lauk untuk awak."
Iman tergamam lantas dia mengangguk. Hanya untuk seminggu saja...

Usai makan malam bersama, Lily terus mengemas meja. Iman pula terus naik ke atas untuk mandi dan solat. Sedang Lily mengemas pinggan mangkuk yang digunakan tadi, telefon pintar Iman berdering. Laju dia meninggalkan sinki dan terus ke meja makan. Baru dia nak angkat panggilan tersebut, tangannya terkaku. Nama Jun tertera di skrin. Lily ketap bibir sebelum dia mengambil panggilan tersebut.
Tak sempat dia beri salam, suara Jun terlebih dahulu menerjah telinganya, “Iman, kenapa you buat I macam ni? Tak angkat call I, tak balas mesej I. Penting sangat ke seminggu you dengan isteri you tu! You... jangan buat I macam ni...”
“Assalamualaikum...” perlahan suara Lily memberi salam, “Jun kan? Iman ada kat atas, solat. Ada apa-apa nak pesan ke? Saya boleh sampaikan pada dia.”
Jun yang di talian terus terdiam. Isteri Iman!
“Maaf kalau saya buat awak terkejut tapi saya ingat ini panggilan penting. Awak tanya tadi, penting ke masa seminggu Iman dengan saya? Jawapan saya, sangat penting. Sebelum Iman lepaskan saya, sebelum Iman tinggalkan saya untuk awak, takkan awak tak boleh beri saya ruang dan waktu untuk merasa kasih sayang suami saya untuk kali terakhir? Saya cuma minta seminggu, Jun. Bukan sebulan. Hormati permintaan saya sebagai isteri Iman yang sah sebelum awak, dia angkat sebagai isteri. Boleh, kan?”
Sebaik saja Lily bertanya seperti itu, Jun terus mematikan taliannya. Lily menghela nafas. Suami orang nak, hormat isteri si suami tu tak pandai!
“Siapa yang telefon?”
Terangkat sikit bahu Lily sebaik saja Iman menegurnya di tangga. Lily kalih ke belakang lalu telefon milik Iman itu diletakkan di atas tapak tangan Iman, “Jun.”
Wajah Iman sedikit berubah, “Apa awak cakap dengan dia?”
Lily jungkit bahu, “Saya cuma meminta dia bagi peluang pada saya untuk rasa ‘kasih sayang’ awak hanya untuk seminggu ni.”
Iman terdiam. Wajah tenang Lily dipandang, “Kasih sayang?”
Lily ukir senyum tawar, “Oh, bukan! Bukan kasih sayang tapi simpati...”
Iman tersentak manakala Lily sudah pun berlalu meninggalkan ruang tamu dan terus ke dapur untuk menyelesaikan kerjanya yang tergendala tadi.

Iman baca mesej yang dihantar oleh Jun tadi. Mesej yang dia kira sebagai mesej orang bengang! Iman menggeleng perlahan. Dia sebenarnya dengar apa yang Lily cakap Jun. Lembut saja cara Lily bercakap tapi mesej yang Jun hantar ni cakap yang Lily menengking-nengkingnya. Iman menghela nafas. Dia tutup telefon pintarnya lalu dia terus keluar dari bilik tamu yang sudah menjadi bilik tidurnya.
Entah kenapa, terdetik di dalam hatinya ingin menjenguk Lily di bilik tidur utama. Perlahan-lahan kakinya diatur ke bilik tidur utama lalu tombol pintu dipulas perlahan. Iman tercengang di muka pintu bila Lily tiada di atas katil sebaliknya Lily sudah terbaring di atas lantai dengan album gambar di dadanya.
Perlahan-lahan kakinya diatur kepada Lily. Album gambar yang dipeluk Lily ditarik perlahan. Baru dia nak tutup album gambar itu, dia terpaku. Gambar Lily dalam gaun pengantin bersama dia yang duduk melutut, konon sedang melamar Lily. Spontan, bibirnya mengukir senyum. Terus dia teringat peristiwa bersejarah itu.
“Pengantin perempuan, awak buatlah muka konon-konon terkejut bila Iman melutut nak melamar,” ujar si jurugambar yang berbadan besar.
Lily kerutkan dahi lalu dia pandang Iman yang sedang tersenyum memandang dia, “Macam mana nak buat muka konon terkejut tu?”
Iman ketawa, “Awak buat muka terkejut. Tangan kanan awak buat-buat macam nak tutup mulut tapi tak tutup.”
“Ala, macam mana? Saya tak retilah...” Lily bersuara, separuh merengek.
“Awak ada tengok kan video klip kumpulan Korea yang dia sebut ‘Omona’, dia angkat tangan letak kat mulut tu?”
Lily mengangguk.
“Cuba buat muka macam tu. Bulatkan mata, tangan dekat mulut, konon terkejut!” Arah Iman dan Lily mengikut kata-kata Iman.
Jurugambar tadi terus tersenyum, “Yes! Muka macam tu!”
Iman terus melutut dan Lily pula buat muka terkejut dia.
“Nice!” Si jurugambar buat isyarat bagus kepada mereka.
Iman hela nafas, dadanya terasa sebu bila mengingati peristiwa itu. Album gambar itu ditutup akhirnya dan diletakkan di tepi sebelum tubuh Lily dicempung. Perlahan-lahan dia mengangkat tubuh Lily sebelum diletakkan di atas tilam. Selimut ditarik lalu terus tubuh Lily diselimuti. Buat seketika, Iman merenung wajah Lily. Wajah itu masih manis, seperti sepuluh tahun yang lalu.
Dia ingat lagi, dia mula tertarik pada Lily bila dia lihat Lily langsung tak memandang dia sewaktu dia masuk ke kelas mereka sedangkan budak perempuan yang lain memandangnya macam nak telan. Lily ketika itu, lebih senang tunduk memandang buku dari memandang wajahnya. Saat Lily memanggung kepala apabila Cikgu Rokiah menyebut namanya, mata mereka bertemu dan ketika itu, dia jatuh hati pada si pemilik mata bundar itu.
Iman hela nafas. Baru dia nak bangun, dia terasa tangannya digenggam erat, “Iman... jangan pergi! Jangan tinggalkan saya...”
Iman terkesima melihat titisan air jernih yang keluar dari mata yang terpejam rapat itu.
“Iman, saya janji... saya akan berubah! Saya janji, Iman. Tolong... jangan tinggalkan saya...” Tangan Lily yang tadi memegang erat tangan Iman, terlerai dan terkapai-kapai seolah-olah sedang lemas, “Iman... jangan pergi!”
Iman terduduk di atas lantai. Tangan Lily yang terkapai-kapai itu ditarik dan dikucup lembut, “Saya ada dekat sini, sayang. Saya ada dekat sini...”
“Iman...” perlahan, bibir itu memanggil namanya.
Iman hela nafas. Lily...

Lily buka mata saat alarm berbunyi dari telefon bimbitnya. Baru dia nak gerakkan tangan kanannya, dia tersentak saat dia sedar tangan kanannya digenggam erat oleh Iman yang sudah terlentok di birai katil.
Dia nak belai rambut Iman namun saat Iman bergerak, dia cepat-cepat berpura-pura tidur kembali. Entah kenapa, dia takut dengan reaksi Iman.
Iman yang terasa bagai ada pergerakkan dari atas katil, buka mata. Iman kesat matanya yang terasa kelat dengan tangan kanannya. Bibirnya spontan mengukir senyum melihat wajah polos Lily yang masih terlena. Tegarkah hati dia nak melepaskan Lily? Rasa yang dulu yang disangka mati, bagai menyala kembali. Tak payah tempoh seminggu. Hanya dalam masa sehari, hatinya sudah kembali terisi dengan nama Lily.
Iman pantas menggeleng. Tangan kirinya yang menggenggam erat tangan Lily, ditarik perlahan-lahan. Sebaik saja genggaman tangan mereka terlerai, Iman terus bangun. Iman meregangkan sedikit pinggangnya yang terasa sakit lalu dia terus keluar dari bilik yang didiami Lily dan terus masuk ke bilik tamu.
Lily buka mata. Genggaman tangan Iman bagaikan masih terasa. Masih ada peluangkah dia dengan Iman atau itu hanya simpati yang ditunjukkan oleh Iman?

25 comments:

  1. Ok,, kalau iman berubah lebih baik.. Saya akan suka dia.. Haha.. Kalau x , iman boleh gantung diri sendiri.. Nyampahhh

    ReplyDelete
  2. Macam pernah baca plot citer begini... saya harap Iman tak buat keputusan salah melepaskan Lily. Jun tu hanya nampak didepan...belakang belum tahu lagi.

    ReplyDelete
  3. Iman.. tgk dgn mata hati.. jgn cpt buat keputusan..

    ReplyDelete
  4. Sentap ngan Iman,. Huhu

    ReplyDelete
  5. Mareton saya bc cite sbb ada sorang adik suh saya bc katanya sedih ya memang sedih apabila seorg isteri sedar akan khilafnya tp cam dah terlambat apabila suami dah ada yg lain begitu mudah n cepatnya cinta beralih arah bukan xboleh bercakap dr hati ke hati carik a balik apa yg puncanya bukan g carik lain nak lepaskan perasaan cam nak balas dendam jer eeeeee sakit lak rasa hati rasa kalu Iman lepaskan lily memang bodoh a tgk c Jun tu cam nak kongkong jer dah terang pun xpaham pastu wat cite lak tu org camtu yg Iman nak wat bini pikir a betul2 grrrrr

    ReplyDelete
  6. Haiiiilaaaa apasal ada hujan tempias kat mata aii ni..ish ish ishhh

    ReplyDelete
  7. Benda mcm ni selalu jd pd psgn suami isteri.. ujian rumah tangga.. cumanya utk kebiasaan kalau jd mcm ni psgn selalu ikut emosi.. msing2 x nak mengalah.. erm.. keep it up! Bahan bacaan @ cite mcm ni Leh jd cth utk kita semua.. suburkan semula kasih syg yg pudar.. bukan terus matikan dgn ikatan penceraian.. tahniah utk cite ni! :)

    ReplyDelete
  8. org yang sabar bakal menerima ganjaran yg besar...sabar lily. moga bahagia milikmu jua walau siapapun masa hadapanmu

    ReplyDelete
  9. Huaaaaa...kesiannya lily..iman kijam

    ReplyDelete
  10. Usaha lagi lily .. ad lagi harapan . Baru hari pertama .. iman da mula untuk buka hati tanpa die sedar .. kak . Tq . Best😘😁😍

    ReplyDelete
  11. sedih..jgn lpaskn permata n pilih kaca...

    ReplyDelete
  12. Sorry sis.. But I vote for lily with someone better.. Not iman.. I believe that lily deserves more than that.. Just because lily fell for him for years, doesn't mean that he can take that for granted..

    ReplyDelete
  13. Tiba tiba rasa n sokong Fazila Hassan....... Someone betterforher....

    ReplyDelete
  14. Moga bahahia milik mereka berdua......

    ReplyDelete
  15. klau sya jdi lily mgkin sya akn lpaskan iman... biarkan lily pergi mncri kbhagia yg mgkin mnti dihadapan...buat ape nak ditanggih ksih suami...mgkin stgah org ckp bodoh lpaskan suami untuk org lain...tpi bgi sya x...biarkan die pergi...

    ReplyDelete
  16. saya sokong fazila dan sewaktu dgn fazila.saya dibesarkan dlm keluarga yg seorg suami yg sanggup tinggalkan isteri krn perempuan lain yg lebih cantik.saya tidak suka lelaki yg hipokrit Cuba mencari kesalahan isteri. saya ego biarlah lily pergi slps 7 hari. bila Iman balikk kerja terkejut tgk lily tak ada.maafkan saya tp bg saya lily mampu hidup sendiri, biar iman tahu dan menyesal.setelah cinta itu pergi tiada maknanya lg...

    ReplyDelete
  17. Moga kasih mereka kembali bertaut.... khilaf rumah tangga memang selalu ada.. Jadi biarlah Iman sedar sebenarnya cintanya masih buat lily. Bukan senang untuk menghapuskan rasa cinta di hati... begitu juga lily.. saya harap mereka masih boleh temui satu jalan lurus untuk bersama... tak mau mere

    ReplyDelete
  18. Selalunya suami hanya salahkan isteri bila hatinya mula berubah.... x pernah terfikir pengorbanan yg telah isterinya lakukan.. tertanya2 mengapa begini akhirnya hubungan cinta yg mekar dulu.... dimana kesetiaan dan kebahagiaan yg diagung2 kan dulu.... iman, rebut semula peluang tu atau sesalan akan mengiringi hidupmu selamanya... hati isteri yg terluka bukan mudah dipujuk kembali lebih2 lagi berkaitan org ketiga...

    ReplyDelete
  19. Sis...best sngat...mne smbugannye....

    ReplyDelete
  20. please dear continue this story ASAP..it's very interesting and i really can't wait for the next entry

    ReplyDelete
  21. Dah lbh 3 kali sya ulang baca..haha
    x sbr tunggu sambungan.. :-)

    ReplyDelete
  22. Sedilah....sambil baca kisah iman dgn liliy sambil dgn ost lagu master sun(k-drama korea..)
    Menangis sampai merah mata...bab pertama dah start nangis...huwaaaa...penulis awak nie sentimetel ke??????..semua karya awak boleh buat saya menangis......saya harap penulis terus melangkah ke dalam dunia penulisan dgn menulis cerita yg bagus.....selalu update cerita2 yg best...semoga berjaya fighting....saya sokong cik penulis

    ReplyDelete