Tuesday 17 February 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 2)

Iman menjungkit keningnya pada Lily, “Apa yang awak nak cakap?”
“Kita.”
“Maksud?”
“Saya nak cakap pasal kita.”
Iman mengangguk, “Okey. Kenapa?”
“Tengahari tadi saya nampak awak dengan seorang perempuan ni...”
Wajah Iman berubah sedikit sebelum dia mengangguk, “Okey.”
“Siapa dia?”
“Jun.”
“Apa hubungan awak dengan dia?” Lily angkat muka memandang Iman.
“Kenapa awak nak tahu?”
“Sebab saya isteri awak.”
Iman ukir senyum sinis, “Oh, really? Sejak bila awak mengaku awak isteri saya?”
Wajah Lily berubah.
“Jun tu...” Iman hela nafas. Wajah keruh Lily dipandang sekilas, “She is my girlfriend, special girlfriend.”
Lily angkat muka memandang Iman, “Wh... what?”
“You heard me, Lily. Jun kekasih saya.”
Lily tercengang. Tiba-tiba hatinya terasa bagai ditikam, sakit! “Habis, saya?”
         “Awak tanya diri awak, siapa awak dengan saya.”
“I’m your wife, Iman!” Lily berdiri.
“Ye ke? Sejak bila? Awak tak pedulikan saya selama lima bulan, Lily. Awak buat saya macam tak wujud dalam hidup awak. Itukah peranan seorang isteri, Lily Emiza?”
Lily tertunduk dan terus terduduk, “Awak dah tak sayangkan saya?”
 “Jujurnya...” Iman jungkit bahu, “Saya tak tahu...”
“Awak nak ceraikan saya?”
Wajah Iman berubah sebelum dia menggumam rendah, “Jun tak mahu bermadu.”
Lily gigit bibir, menahan sebak. Dia dah kalah dengan perempuan entah datang dari mana. Dia dah kalah... “Saya naik dulu!”
Iman hanya mampu memerhatikan langkah Lily yang sudah menjauh. Nafasnya dihela. Bahagian kiri dada dipegang, masihkah ada rasa itu untuk Lily?

Lily memeluk lutut. Air matanya, mengalir laju! Jiwanya bagai direntap pergi. Sakit di hatinya lebih sakit dari saat dia keguguran dulu. Mudahnya Iman mencari pengganti! Salah diakah, Iman mencari lain? Tiga bulan dia melayani perasaan sendiri yang keguguran buat kali ketiga, salah diakah? Kenapa Iman tak mahu faham hatinya?
Kenangan dia dan Iman dulu, sewaktu perkahwinan mereka baru masuk tahun kedua datang menerjah mindanya. Kenangan yang hanya akan tinggal memori andai Iman melepaskan dia pergi nanti...
“Iman...”
“Hmm...?”
“Apa terma bahagia bagi awak?” Lily memandang Iman yang tunduk memandang dia yang sedang berbaring di atas peha Iman.
Iman kerutkan dahi sebelum dia tersenyum, “Bagi saya, terma bahagia saya harus ada awak. Tanpa awak, saya takkan bahagia. Bahagia saya, awak yang pegang.”
“Awak nak beli jiwa saya, ya?!” Lily kerutkan hidung dan memuncungkan mulutnya. Manja!
Iman ketawa lalu bibir Lily dikucup, sekilas. Wajah Lily berubah warnanya, “Tak payah beli, memang saya punya kan?”
Lily buat muka sebelum dia tersenyum.
Iman cuit hidung Lily sebelum jari jemarinya disulamkan dengan jari jemari milik Lily, "Bahagia dalam terma saya bukan saja ada awak tapi mesti ada keluarga saya, kawan-kawan rapat saya dan insyaAllah, satu hari nanti anak-anak kita."
Lily yang tadi mengukir senyum terus mati, "Tapi saya..."
"Shush... belum rezeki kita lagi, sayang."
Lily bangun dan matanya merenung mata Iman, "Kalau kata Allah tak kurniakan kita cahaya mata, awak masih ingin bersama saya?"
Iman terpempan lalu dia terus memeluk Lily, lama, "Sampai syurga, saya ingin terus bersama awak. Biarlah tak ada anak sekalipun asalkan saya ada awak, Lily."
Lily kesat air matanya yang semakin laju mengalir. Sendu yang ditahan tadi akhirnya kedengaran. Tangannya ditekup ke mulutnya, tidak mahu Iman dengar dia menangis! Dia tak nak nampak lembik di depan Iman tapi dia sedar diri, dia sememangnya lembik! Dia tak mampu menahan rasa lagi. Dia tak mampu! Iman nak lepaskan dia. Iman sudah tidak mahukan dia. Dia tahu, salah dia juga tapi Iman kena faham dia juga. Bukan niat dia nak jauhkan diri dari Iman. Dia masih tak boleh lepaskan hakikat, bayi yang ketiga di dalam rahimnya turut pergi meninggalkan dia seperti mana abang dan kakaknya sebelum ini. Kenapa Iman tak nak faham rasa hatinya? Kenapa Iman senang-senang cari orang lain?
Hatinya sudah tak mampu bertahan lagi. Dia rasa sakit sangat di bahagian kiri dadanya. Sakit yang buat dia rasa nak terus menangis dan terus menangis. Dulu, kalau dia menangis Iman akan pujuk dia tapi kenapa Iman...? Lily geleng kepala. Kalau betul Iman sudah tidak mahu dia lagi... dia reda!

Lily membancuh kopi di sebiji mug. Dia sudah buat keputusan walaupun keputusannya itu bakal melukakan hatinya sendiri, dia reda. Untuk kebahagiaan lelaki yang dia cinta.
Bunyi derap kaki dari tangga buat dia menghela nafas, panjang. Mug ditinggalkan di tepi sinki sebelum dia mengatur langkah ke depan. Hujung minggu tapi Iman sudah bersiap untuk keluar. Kacak!
“Iman,” panggilnya, lembut.
Iman yang baru nak ambil kasut dari rak berpaling. Mata Lily bengkak, dia sedar. Hidung Lily merah, dia nampak, “Demam?”
“Hah?”
“Awak demam ke?”
Lily menggeleng, “Tak. Selsema aje.”
Iman mengangguk, “Kenapa panggil saya?”
“Pasal semalam...” Lily ketap bibir lalu dia menghela nafas, “Saya nak kita berbincang, sekali lagi.”
“Tak ada apa yang nak dibincangkan lagi. Awak dah tahu kan, saya ada orang lain sekarang!”
“Jun...” Lily sentuh bahagian kiri dada yang terasa sakit, “Dia tak nak bermadu kan?”
Iman kalih memandang Lily. Terkejut!
“Saya pun tak nak bermadu, Iman.”
“Lily...”
“Saya tak minta lama. Saya cuma nak kita berbincang.”
Iman hela nafas. Iphone dicapai dari poket kiri seluarnya. Dia menekan sesuatu di atas telefon pintar sebelum dibawa ke telinga. Matanya memandang Lily yang masih tegak berdiri, memandangnya. Dua minit menunggu, panggilannya bersambut, “Hello, Jun?”
Lily mengepal penumbuk di tangannya. Sabar, Lily...
“Sorry, I ada hal hari ni. Esok kita jumpa, ya?” Suara Iman kedengaran lembut di telinga Lily. Nada suara yang pernah memujuk dia dulu. Nada suara yang selalu menemaninya dulu.
“Jun, please...” Iman mengerling Lily yang masih memandangnya, “Jun, listen to me! I ada hal lain. Emergency case! Please...”
Lily pandang Iman. Wajah kacak penghuni hatinya itu ditatap lama. Lepas ni, dia akan rindu pada wajah Iman.
“Great!” Tiba-tiba Iman menumbuk rak kasut di depannya. Lily pula tersentak, terkejut.
Iman menarik nafas, panjang! Geram sungguh dia bila Jun terus mematikan panggilannya. Merajuk!
Iman terus kalih memandang Lily, “Nak bincang apa?”
Lily tersentak. Iman meninggikan suaranya! Lily cuba senyum, “Saya nak minta seminggu masa awak... untuk saya!”
Iman terkejut. Lily hela nafas, aku nekad!

Iman pandang Lily yang sedang bermain dengan cawan di depannya. Dia masih menantikan kata-kata dari mulut Lily. Sudah hampir lima belas minit begini. Dia sudah rasa serabut.
“Lily, saya tak ada masa nak tunggu awak main-main dengan cawan tu!”
Lily tersentak lalu dia senyum tawar, “Dulu awak ada aje masa untuk saya.”
Wajah Iman berubah, “Masa berubah...”
“Manusia juga.”
Iman hela nafas sebelum bangun. Dia tak ada masa nak dengar Lily merepek.
“Untuk seminggu saja. Saya minta masa awak untuk saya seorang. Seminggu saja, boleh?”
Iman kembali duduk, “Selepas seminggu?”
“Awak bebas buat keputusan awak. Nak lepaskan saya, nak gantung saya tak bertali, saya serahkan semuanya kepada awak.”
Iman pandang Lily, “Kenapa seminggu?”
“Sebab kalau saya minta selama-lamanya, mungkin awak takkan dapat bagi.”
“Lagi?”
“Sepanjang seminggu tu, saya tak nak awak contact dengan Jun, saya tak nak awak sebut nama dia. Awak cuma perlu berlakon yang awak sayangkan saya, macam dulu. Macam waktu awal-awal kita kahwin dulu. Cuma itu permintaan saya.”
Iman pandang Lily dengan dahi yang berkerut, “Apa yang awak cuba buat sebenarnya, Lily?”
“Saya cuma nak merasa kembali kasih sayang awak balik walaupun hanya untuk seminggu saja.”
“Kenapa?”
“Sebab saya nak jadi terma bahagia awak, walaupun hanya untuk seminggu saja,” jawab Lily sebelum bangun dan berlalu ke dapur. Air mata yang dia tahan dari tadi, mengalir jua.

Iman melepaskan keluhan panjang. Wajah mendung Lily masih bermain-main di mindanya. Tipulah kalau dia tak terkesan dengan permintaan Lily. Tipulah kalau dia sudah tak sayangkan Lily. Lily itu cinta pertama, tak pernah ada yang lain. Tapi sejak Lily keguguran kali ketiga, dia bagai sudah tidak diperlukan lagi oleh Lily. Lily jauh berubah. Bukan dia tak cuba nak bantu Lily melepaskan semua benda yang terbuku di hatinya tapi setiap kali dia mencuba, Lily berpaling dan buat tidak peduli pada dia. Lama-lama, egonya tercabar. Dan ketika itulah dia berjumpa dengan Jun, seorang junior executive yang dia kenal ketika perjumpaan bersama kliennya. Dengan Jun, rasa itu berputik kembali...
“Termenung jauh, nampak...” Iman tersentak saat bahunya disentuh. Saat dia berpaling, Azrul menjungkit kening.
“Aku...” Iman melepaskan keluhan, “Aku serabut!”
“Pasal?”
“Lily.”
Azrul kerutkan dahi, “Lily?”
“Lily dah tahu pasal aku dengan Jun.”
Azrul menghela nafas. Men! “Lily kata apa?”
“Entah, she doesn’t seem care pun pasal aku dengan Jun. Tenang aje. Semalam nampaklah macam dia down apa semua tapi hari ni, dia minta tempoh seminggu masa aku untuk dia.”
“Dia pun ada ego, Iman. Kau ingat kau aje ada ego sendiri? Lily mungkin dah sedar silap dia pada kau tapi tengok-tengok kau dah ada orang lain. Orang bodoh je nak tunggu kau, Iman.”
Wajah Iman berubah, “Maksud kau?”
“Macam aku pernah cakap dekat kau dulu. Tempoh lima bulan Lily jauhkan diri dari kau, bukan sebab dia tak perlukan kau tapi dia cuma nak cari diri dia balik, dia nak get rid of perasaan bersalah dekat kau sebab dia rasa dia isteri yang tak berguna, tiga kali dia keguguran. She needs time for herself. Tapi bila dia dah dapat diri dia semula, kau pulak ada orang lain.”
Iman ketap bibir, “Kau cakap semua ni berpunca dari aku? Salah aku ke semua ni jadi?”
Azrul menggeleng, “Kau, dengan Lily sama-sama salah. Komunikasi antara korang tak ada...”
Iman mengeluh lalu dia bersandar pada kerusi yang dia duduk, “So, apa aku nak buat sekarang?”
“Kau dah tak sayangkan Lily langsung, Iman?”
Iman diam tak menjawab sebelum bertanya, “Jun macam mana?”
“Kau...” Azrul menggeleng, “Dalam Malaysia ni, ramai lagi lelaki yang bujang dia boleh jadikan suami. Kau dengan Jun baru aje bermula, Iman. Dari dulu lagi, aku tak setuju kau dengan Jun tapi aku tak ada hak nak larang. Itu hidup kau. Fikirkan tentang Lily, korang dah harungi macam-macam benda. Sejak umur korang tujuh belas tahun sampai umur masing-masing dah dua puluh tujuh tahun. Kau yang pilih Lily dulu, Iman. Kau dengan Jun tak ada ikatan yang sah manakala dengan Lily, kau dengan dia memang dah dijodohkan oleh Allah.”
Iman pandang Azrul, “Aku... sayangkan Jun.”
Azrul hela nafas, “Lily?”
Iman diam, tak mahu menjawab.

“Lily...”
“Ya?” Lily memandang Nura yang sudah duduk di sebelahnya, “Kenapa Nura?”
“Tolong bagi ni kat Iman, boleh?” Sekeping surat dihulurkan pada Lily.
Lily kerut dahi, “Kenapa awak tak bagi sendiri?”
“Saya seganlah. Lagipun saya tengok Iman dengan awak macam rapat aje. Mesti korang kawan baik, kan?”
Lily ukir senyum plastik. Kita orang bukan kawan baiklah! “Okey. Nanti saya sampaikan.”
“Thank you, Lily!” Nura memeluk Lily sebelum dia berlalu meninggalkan Lily yang sedang buat latihan Kimia itu.
Lily mengangguk. Buku Kimia di depannya ditutup. Surat yang diberi Nura dikeronyok! Geramnyaaaaaaaaaaaaaa! Iman tu boyfriend akulah!
Lily mengeluh. Hailah, susah betul bercinta dengan orang popular macam Iman. Kalau orang tahu dia dengan Iman, mesti dia akan kena ganyang. Haih...
“Lily?”
Spontan Lily mendongak. Iman berada di depannya dengan berkerut dahi. Lily menghela nafas. Dia berangan lagi, “Dah lama awak balik?”
“Sempat juga tengok awak mengelamun,” balas Iman, ringkas.
Lily mengangguk, “Awak nak minum?”
Iman menggeleng, “Saya nak cakap sikit.”
“Pasal apa?”
“Pasal tempoh seminggu yang awak minta tu.”
Lily mengangguk, “Okey...”
“Saya setuju untuk tempoh seminggu awak tu.”
Lily telan liur lalu dia mengangguk, “Okey.”
“Okey!” Iman bangun, nak berlalu namun suara Lily menghentikan langkahnya.
“Jangan berhubung dengan Jun untuk seminggu ni. Seminggu ni hanya ada saya dan awak, boleh?”
“Okey tapi ingat Lily... lepas seminggu, awak harus akur dengan keputusan saya.”
Lily ukir senyum tawar lalu dia mengangguk, “Saya dah lama akur...”

23 comments:

  1. Bencik imannnn

    ReplyDelete
  2. manusia cepat berubah .. bile tak dilayan .xpenah nk sabar tok usaha jernih kan .. bkn senang nk jd seorg yg sabar .. bkn senang nak setia .. bkn senang jgk nk puas kn hati org ..
    Iman .. lily sanggop harungi ape pon yg berlaku dengan awk .. tp jun . Sanggop k? Xjmpe sekejap pon da marah .. fikirr la imannn!!!! Ish geramnye dengan iman ni .. awk prempuan yg kuat lily ..😘 semoga seminggu tu jd yg terindah buat awk . N dpt kmbli balik ati iman tok awk lily..
    Tq kak . Best .. iloveit😍😘😁

    ReplyDelete
  3. Hero lain laaaaaa ... Benci iman... Mudah tergoda..

    ReplyDelete
  4. lelaki ...memang mcm tu kan...ble dia buat hal si istri sabar je ...tp bile istri buat hal ...cepat je dia cari yg lain dgn menunding jari pad si istri....

    ReplyDelete
  5. realiti hidup mmg begini seorg suami selalunya mengambil jalan yg mudah... meninggalkan siisteri yg masih lagi merasa kehilangan keguguran anak .. sudah memasang seorg lagi... bagi akak..kalau seminggu ini..tiada cinta dalam hatinya..lagi..biarlah dia berlalu pergi..lkemungkinan bila mrk bersama utk kali yg terakhir ini..akan ada tanda cinta yg lahir dari rahim lily...

    ReplyDelete
  6. best ceerita ni... alahai ... sedih dan ngilu benar rasa hati... moga iman dan lily masih ada rasa cinta pengikat jiwa.. Semoga masih ada bahagia untuk mereka..

    ReplyDelete
  7. maaf kalau komen saya terlalu emo...senangnya seorang lelaki. .....bila berlaku masalah cari rasa sayang yg lain..lily biar iman sasau nanti bila lily tiba2 hilangkan diri selepas seminggu tempoh yg diminta.....

    ReplyDelete
  8. Kesiannya lily.. Saya dah nangis :'(((

    -athirah-

    ReplyDelete
  9. urghhhh....sakitnya....iman tu lelaki lemah...tinggalkan aje dia lily...

    ReplyDelete
  10. Can't wait to see iman going after lily again.. Why he never considers lily before involved with jun? Really easy life for a man.. Just 5 months and you gave up? You're not a man, k..sorry bit emo when it comes to this kind of issue

    ReplyDelete
  11. kesian Lily harap2 ada sinar baru utk dia. Kalau ada lagi bagus... hehe

    ReplyDelete
  12. Sedihnyeeeee..kesian lily..blahlah iman,cepat sgt hati berubah !!!

    ReplyDelete
  13. Biar betul...baru 5 bulan kot...itu pun dh berubah hati cari perempuan lain ke?sabar ye lily.

    ReplyDelete
  14. Sakitnya tuh disini.. di dalam hatiku.. sakit wooo.. lily.. be strong...

    ReplyDelete
  15. sedih..iman kejam..bru 5 bln kot..

    ReplyDelete
  16. sedih..iman kejam..bru 5 bln kot..

    ReplyDelete
  17. Sikap iman x mncerminkan namanya yg indah.. Huhu.. Be strong lily!! X sabar tunggu next entry ;-)

    ReplyDelete