Sunday 24 November 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 1)

Air berwarna hitam pekat itu di teguk. Mataku masih lekat memandang pentas yang masih penuh dengan sekumpulan penari b-boy sedang bergerak dengan move masing-masing. Cekap dan kemas.
“Dani, jom lepak dekat Pazzi lepas ni!” Jay yang memeluk bahuku aku pandang lalu tolak tangan lelaki itu.
“Nak cakap, cakap je. Tak payah pegang. Rimas,” balas aku.
“Chill, babe! Bukan tak biasa,” Jay ketawa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Aku angkat bahu, “Aku nak blah dulu.”
“Eh, lepaklah weh!” Ijad yang tadi asyik mengulit aweknya berdiri saat aku dah berdiri.
“Malaslah! Esok kalau ada practice, roger dulu. Takut aku ada kerja. Chow dulu!” Dua batang kayu pemukul dram aku selit dalam poket. Malas nak tunggu lama. Dengan Jay si merenyam ada kat situ, buat sakit hati dan sakit mata.
Aku dapat dengar Ijad masih melaungkan nama aku tapi aku buat tak tahu saja. Malas nak berpaling, malas nak berhenti nanti makin sakit hati. Ijad bukan layan aku pun kalau aku lepak! Asyik dengan aweknya saja.

Suara papa membebel di talian hanya aku balas dengan frasa ‘hmm’ dan ‘hmm’ saja. Papa suruh balik rumah hujung minggu ni tapi aku tak berikan jawapan. Tak nak berjanji. Bukan tak rindu papa, tapi entah kenapa aku tak betah sejak hadirnya mummy. Dia baik saja dengan aku tapi sejak dia datang, aku rasa aku bukan lagi favourite girl papa. Lagipun, aku takut nak rapat dengan mummy. Aku takut dia tinggalkan aku dengan papa macam mama buat dulu.
Butang air-cond ditekan. Jaket yang tersarung di badan aku buka. Telefon bimbit aku campak ke atas katil. Rokok Malboro Light dikeluarkan lalu dicapai sepuntung rokok dan terus dinyalakan selepas rokok itu terkepit di celah-celah bibir.
Aku atur langkah ke balkoni. Sedang asyik menghisap rokok, aku terdengar suara orang menyanyi dari rumah sebelah. Aku alih pandangan ke rumah sebelah. Kebetulan, orang rumah sebelah turut memandang aku,"Aku nyanyi kuat sangat ke?" 
Suara orang sebelah buat aku jungkit kening lalu segera aku menggeleng.
"Aku Koji."
Aku angguk saja lalu aku tenyeh puntung rokok yang baru suku dihisap, "Aku Dani."
Dia nampak tercengang, "Eh, kau..."
"Kenapa?"
"Suara kau macam perempuan," dia pandang aku, masih tak percaya.
Aku senyum, "Aku Dani. Dania Ezmira."

Koji menggeleng memandang aku. Masih tak percaya gamaknya aku ni perempuan, “Kau dah kenapa?”
“Kau serius tak macam perempuan.”
Aku jungkit bahu, dah agak dah, “Kenapa?”
“Kau smoking. Rambut pendek macam mamat Korea sesat. Baju kau gedebeh gila. Memang tak ada rupa perempuan pun.”
“Smoking tu memang khusus untuk lelaki ke?” Aku pandang dia yang bersandar pada pagar besi balkoni rumahnya.
“Well, aku dah biasa tengok lelaki smoke. Perempuan smoking... macam tak kena,” ujar Koji tanpa memandang aku.
“Gender discrimination, huh?” Aku senyum sinis sambil memandang langit.
Dia ketawa lalu menggeleng, “Bukan gender discrimination tapi aku jarang tengok perempuan smoking. Aku sendiri tak merokok so I find it weird.”
 “Sorry then but I’d live not to please everyone! Aku nak masuk dulu. Nice meeting you, Koji!” Aku angkat tangan tanpa pandang dia lalu terus aku masuk ke dalam rumah.
Sebelum sempat aku menutup pintu gelongsor aku dengar dia bersuara, “Dani, I never meant to offended you with my words. Thus, I’m sorry.”
Malas nak melayan, terus aku tutup pintu gelongsor. Apalah sangat dengan ayat Koji tu. Bukan tak pernah kena tapi aku tak tau kenapa aku sentap. Mungkin sebab aku tak suka dia judge aku? Mungkin...

Butang turun aku tekan. Aku selak lengan bajuku untuk melihat jam. Dah lambat. Hailah! Lif ni pun, tak reti nak laju sikit ke? Aku merengus, kasar.
“Pagi-pagi pun masam aje muka!” Ada suatu suara menegurku. Aku kalih ke kiri, Aunty Lim, jiran depan rumahku tersenyum memandang aku.
“Sudah lambatlah aunty! Semalam tidur lambat, ni dah kalut.”
“Aiya, jangan risaulah Dani! Tarak lambat lagi maa...” aunty Lim menepuk bahuku.
Aku ketawa lalu mengangguk.
Ting! Pintu lif terbuka. Segera aku dan aunty Lim masuk ke dalam ruang lif yang sudah ada dua tiga orang di dalamnya.
Saat pintu lif sudah mahu tertutup, tiba-tiba ada tangan menghalang dari luar, “Sorry!”
Terpaku kejap aku. Kacak dan kemas! Itu tanggapan aku pada si lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam lif. Khairul Hafizi, si jiran yang baru menegur aku semalam.
Aku betulkan cap di kepala. Mohon janganlah dia nampak aku!
“Dani,” entah bila dia berdiri mengadap aku.
Aku buat muka. Tangan kanan aku angkat, “Heya!”
“Nak pergi kerja?” Tanya dia.
Aku kerutkan dahi, lalu aku menggeleng, “Taklah. Nak pergi rumah urut!”
Dia ketawa, “Sarcastically cute.”
Aku buat muka, “Malas nak layan kau!”
Dia angkat kening lalu dia ukir senyum sinis, “Satu hari nanti kau mesti nak layan aku tiap-tiap hari!”
“Gila!” Dan ketawa dia meletus lagi saat aku sebut perkataan itu. Gila ini orang!
Tiba-tiba lif berhenti di tingkat empat, makin ramai orang bersesak-sesak masuk ke dalam lif. Badan Koji ditolak sehingga betul-betul rapat dengan tubuhku. Saat itu, aku terasa badanku mula hangat. Peluh merenik di dahi. Belum pernah lagi aku rasa macam gini!
“Alahai, main tolak-tolak pulak orang belakang ni!” Aku dengar Koji menggumam. Nyata dia sendiri rasa tak selesa berada sebegini dekat denganku.
Aku tundukkan wajah saat Koji melekapkan tangan kanannya pada dinding lif, menghalang tubuhnya semakin mendekati tubuhku.
“Dani...” Suara Koji buat aku mengangkat wajah. Pandangan kami bertemu. Hati aku mula bergetar hebat!
“Kenapa?”
“Kau cantik. Kenapa kau tutup kecantikan kau dengan semua ni?”
Zup! Aku larikan mata aku. Mata Koji yang redup itu mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang sudah aku buang dari hidupku!

Peristiwa pagi semalam masih menghantui aku. Sebaik saja pintu lif terbuka, terus aku meluru keluar, meninggalkan Koji yang masih menanti jawapanku. Semalam, lepas habis practice dengan band, aku balik ke rumah. Terserempak dengan Koji lagi! Tapi kali ni dia bersama seorang gadis cantik. Dia tak menegur aku. Aku pun malas nak menegur.
Hari ni, aku balik ke rumah terus selepas habis kerja aku di Kentucky Fried Chicken (KFC). Malas nak join practice. Ponteng sekali sekala, tak salah kan? Aku buka pintu gelongsor. Lengan bajuku aku sinsing hingga ke paras siku. Aku meletakkan siku di atas pagar besi balkoni. Mata terus merenung pekat malam yang tiada bintang.
“Termenung!”
Bahu aku terangkat sikit. Bila aku kalih ke kanan, Koji bersandar pada pagar besi, sama seperti dua malam lepas. Bezanya kali ni, baju t-shirt berganti dengan baju kemeja, kain pelikat berganti dengan seluar slack.
“Kau baru balik kerja ke?” Tanya aku.
“Lebih kuranglah!” Balasnya lalu raup muka, “Aku letih!”
“So? Pergilah tidur!” Ujar aku.
“Aku lapar.”
“Makan,” balas aku lagi.
“Tak ada teman!”
“Manja!”
Dia ketawa, “Kau dah makan ke?”
Aku geleng.
“Jom teman aku makan!”
Lagi sekali aku geleng.
“Jomlah! Kita makan kat bawah je!”
Aku kalih memandangnya, “Aku malaslah.”
“Ala, teman aku kejap je! Please!”
Aku garu kepala, “Yelah! Tapi pergi salin baju kau dulu. Mandi dulu ke apa. Serabut selekeh je aku nampak kau.”
Dia ketawa, “Yelah! Tunggu kejap!”

Aku meneguk air milo ais yang ada di depanku. Koji masih menjamah nasi goreng kampung yang dipesan tadi. Aku jarang makan kat gerai bawah ni. Selalunya aku akan makan dulu sebelum pulang ke rumah. Dah terbiasa macam gitu. Dulu waktu duduk dengan papa pun macam tu jugak. Selalu aku makan dulu sebelum balik rumah. Mama bukan pernah ambik tau pasal aku dan papa waktu tu.
“Dani,” suara Koji menghilangkan lamunan aku tentang mama.
Aku angkat kening, bertanya kenapa.
“Kau orang mana?”
“Orang sini.”
Dia mengangguk, “Aku orang Kedah.”
Aku jungkit kening, “Aku tak tanyalah, bhai!”
“Saja nak cakap.”
Aku buat muka. Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar dari poket seluar, nama Ijad tertera di skrin. Tanpa mempedulikan Koji, panggilan itu aku ambil, “Hello!”
Suara Ijad yang memetir di talian buat aku mengeluh, “Aku penat dowh! Pedulilah kalau si Jay tu nak bengang ke apa ke aku tak ada! Bukannya aku ni bini dia pun yang dia nak kecoh sangat!”
Koji pandang aku. Aku pandang Koji, “Here’s a thing Ijad. Aku tak suka Jay! Banyak lagi event yang kita boleh join, bukan setakat event si Jay! Kalau kau rasa dengan cara ‘menjual’ aku pada Jay, kau boleh dapat event si Jay tu. Aku mintak ampun! You’ll be losing me in the band and consider yourself an enemy of mine!” Terus butang merah aku tekan.
“So... kau ada band?”
“Bukan band aku pun. Aku menumpang je.”
“Kau main apa?”
Aku kerutkan dahi, “Kenapa nak tau?”
“Curious.”
“I’m a drummer!”
Dia angguk, “Kawan aku ada nak cari drummer untuk band dia. Kau nak try?”
“Huh? Band apa?”
“Pillow Fight,” balas Koji sebelum menghirup Nescafe ais yang ada di dalam gelas.
“Pillow Fight? Legend tu? Kau biar betul!” Terjerit aku kat situ. Biar betik mamat ni?
“Betullah mangkuk! So, nak join ke tak?”
“Tengoklah macam mana. Kalau kawan aku masih nak ‘jual’ aku kat member dia, I would consider your suggestion,” balas aku, konon jual mahal padahal aku memang rasa teruja habis. Dari zaman sekolah aku minat Pillow Fight! Gila tak minat. Yang paling aku minat mestilah drummernya, Paei.
“Nanti dah tau, bagi tau aku! Senang aku nak bagitau Mika.”
“Mika?” Pergh... mamat ni kenal Mika!
“Lyricist cum guitarist Pillow Fight tapi dulu jelah. Sekarang jadi lyricist je.”
“Dah tu siapa guitarist Pillow Fight? Takkan kau nak aku jadi guitarist kot. Aku bukan reti goreng gitar.”
Koji ketawa, “Kan aku cakap dia orang cari drummer. Guitarist yang ganti Mika dah ada.”
“Siapa?” Tanya aku.
“Aku,” ujar Koji sebelum berdiri meninggalkan aku. What? Koji ni budak band Pillow Fight yang legend tu?!

“Dani!”
Aku kalih ke tepi. Mamat ni lagi! Getus hati aku. Aku cuma angkat tangan, tanda tahu dia ada di situ.
“Kau dah buat keputusan belum? We need a drummer ASAP.”
“Aku tak quit lagi band lama aku.”
Koji melepas keluhan, “Kitorang ada event hujung minggu ni.”
Aku pandang dia, “Kau cari orang lainlah ganti drummer kau.”
“Tapi aku nak kau je jadi drummer Pillow Fight.”
Aku buat muka, “Ramai lagi orang lain yang hebat.”
“Tapi aku rasa kau hebat dah.”
“Kau tak pernah dengar aku ketuk dram lagi.”
“Aku tengok gaya kau, aku dah tau cara kau ketuk dram macam mana.”
Aku pandang Koji, “Kenapa kau main muzik padahal kau dah ada kerja tetap as an engineer?”
Dia angkat bahu lalu dia ukir senyum, “Muzik tu... minat aku. Jurutera kerjaya aku. Aku jadi jurutera untuk tampung hidup aku. Aku main muzik untuk hilangkan beban hati aku.”
Aku angguk saja, “Kau bila nak kahwin?”
“Aku muda lagi kot,” balas Koji sambil ketawa.
Aku jungkit kening, “Dah rupa macam bapak budak. Muda apa lagi?”
“Kureng!”
Aku ketawa. Baru nak membalas, telefon bimbitku berlagu. Nama mummy tertera di skrin, “Hello?”
Aku kerling Koji yang memegang telefon bimbitnya, “Kenapa telefon? Yang menangis ni pulak kenapa?”
Suara mummy yang tersekat-sekat di talian buat aku susah hati. Resah bertamu tiba-tiba.
“You say what?!” Separuh menjerit aku bersuara. Koji aku lihat sedikit tersentak, terkejut kot aku menjerit tiba-tiba, “Kenapa baru telefon Dani?!”
Jawapan di talian buat aku merengus kasar. Telefon aku campak ke dalam rumah. Air mata tiba-tiba mengalir di pipi. Aku terduduk terus di balkoni. Aku rasa longlai! Ya Allah, selamatkanlah papaku...

Aku tunduk menggenggam erat jari jemari papa. Penuh wayar berselirat namun bibir itu tetap terukir senyum, “Dani mintak maaf papa.”
“Dania...” lembut tangan papa mengusap jemariku, “Jangan nangis, papa hidup lagi kan!”
“Papa! Tak naklah cakap macam tu!” Rengek aku! Ya, dengan papa saja aku jadi Dania, bukan Dani seperti selalu.
“Itu siapa? Boyfriend Dania?”
Aku rasa badan aku kejung. Aku kalih ke belakang. Koji terpinga-pinga bila papa kata macam gitu. Aku rasa berdebar tiba-tiba, “Dia jiran sebelah apartment Dani je, papa.”
“Saya... Ko... eh Khairul Hafizi, panggik Hafiz pun boleh uncle.”
“Handsome!” Usik papa.
Aku buat muka, “Dia kawan Dani je.”
“Yelah,” papa senyum lalu dia angkat jemarinya membelai pipiku, “Dania pindah balik rumah kita ye? Papa nak Dania jaga papa. Mummy kena pergi pejabat, uruskan syarikat. Boleh ye, sayang?”
Aku pandang mummy. Mummy angguk kepala, “Dania balik ye? Mummy risau kalau tinggal papa dengan Mak Ita.”
Aku mengeluh. Mummy baik, tapi kenapa aku sukar terima mummy? Fobia ditinggalkan oleh mama itu masih ada, “Nantilah Dani fikirkan.”
“Dania masih main muzik?” Soalan papa buat aku tersentak sebelum aku mengangguk.
“Kalau papa suruh Dania berhenti, Dania nak berhenti tak? Untuk papa?”
Serentak, aku lepaskan tangan papa. Tindakan refleks, “Papa tahu kan itu minat Dani?”
“Papa tahu sayang tapi... papa tak sanggup rasanya nak biar Dania terus dalam dunia tu. Kembali ke fitrah Dania balik, ye sayang?”
Fitrah aku sebagai seorang perempuan. Mampukah aku? “Tapi...”
“Papa nak mati lihat anak papa kembali jadi Dania Ezmira, bukan hanya Dani. Papa nak mati tengok Dania menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang mampu gantikan tempat papa di sisi Dania.”
Aku hilang kata-kata. Kahwin? Jadi Dania Ezmira balik? Tinggalkan muzik? Beratnya permintaan papa.

p/s: Haha! Ini cerpen je tau cuma dia ada part-part. Panjang sangat. So, Koji... mampu dia jadi sehebat Mika? :)

14 comments:

  1. hohohoh..I'm the first...
    cepatla update yg baru..hehe suke suki jek mengarah..macam best jer..macam best jer citer baru nih..hehe(minn edina)

    ReplyDelete
  2. Ooo..rasa2nya koji pun sehebat mika

    ReplyDelete
  3. wah..serius best!:)

    ReplyDelete
  4. Yeay! Cite baru dah kluar..hehe.best2 ;)

    ReplyDelete
  5. Nama unik dowh n cerita pun serius best...suka sangat....

    ReplyDelete
  6. best2,,,,smbung cpt2,,, heehheh,,^_^

    ReplyDelete
  7. tsd : ada nama mika..... (Y) nice...

    ReplyDelete
  8. wehhhh... can't wait... arrrhhh.. ko ni selalu buat aku rasa teruja nk tunggu part seterusnya...

    ReplyDelete
  9. typical novel..again with syarikat. 1st baca suka,suki..terjumpa syarikat mcm nak terbahak. actually good not worse but its typical as a malay novel yes its good...very good

    ReplyDelete
  10. Waahhhh, bestnya....nak lagi.....thanks.....^^

    ReplyDelete