Sunday 13 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 9)

“Fafa. Termenung apa ni?”
Ulfah sengih sambil menggeleng. “Tak ada apa, umi.”
“Nervous ye?”
“Sikit.”
“Macam banyak je.” Suhail bersuara.
“Angah, diam!” Ulfah bagi amaran sambil menaikkan jari telunjuknya.
“Umi.” Umi, Suhai dan Ulfah sama-sama berpaling.
“Ye, kak chik. Kenapa?”
“Pihak lelaki dah sampai, umi.” Umairah melirik pada Ulfah yang nampak resah gelisah.
“Fafa buat air ye, sayang?”
Ulfah angguk. Teko di atas para diambil, uncang teh diletakkan di dalam teko. Air panas dalam cerek dia tuang penuh hati-hati. Balang gula ditarik. Tiga setengah sudu gula di bubuh ke dalam teko lalu dia mengacau air teh itu perlahan-lahan.
Umairah dan Suhail senyum tengok telatah adik bongsu mereka. Mereka tahu, Ulfah berdebar. Selalunya kalau di dapur mulut Ulfah paling bising, tapi kali ni mulut becok itu diam sahaja tanpa suara.
“Angah dengan kak chik kalau setakat nak usha Fafa, baik tak payah. Tolong keluarkan dulang dengan cawan.”
“Yelah, adikku sayang.” Serentak Suhail dan Umairah bersuara.
Ulfah cebik bibir. ‘Nak bahan oranglah tu.’
“Fafa bawak teko ni molek-molek tau.” Suhail ketawa sambil menghulurkan dulang berisi cawan. “Mak mertua nak tengok nanti.”
“Yelah.” Dulang bertukar tangan. Teko teh sudah ada atas dulang.
Dengan lafaz bismillah, dia mengangkat kaki melangkah meninggalkan dapur. Di ruang tamu, dia terkejut. Mak cik Amnah yang ada di majlis pertunangan alongnya turut serta di situ. ‘Mak cik Amnah ni ke bakal mak mertua aku?’
“Fafa, mari sini sayang.” Tersentak dia bila namanya di panggil oleh umi.
Dengan senyum yang terukir dia mendekati kawasan yang dipenuhi oleh orang itu.
“Manisnya bakal adik ipar Dina, mama.” Seorang perempuan muda berbisik namun masih dapat didengari oleh Ulfah. Wajah sudah memerah.
Saat dia hulurkan secawan teh kepada seorang lelaki muda yang mungkin sebaya dengannya dia rasa berdebar. Dia kerling tangan lelaki itu yang berbalut. ‘Ni ke bakal suami aku? Kenapa nampak macam budak je?’
“Yang ni, Aidil. Anak bongsu mak cik. Yang ni Adina, anak sulung mak cik.” Ulfah hulur tangan untuk bersalam dengan Adina saat mak cik Amnah berbicara.
“Boleh Ulfah tolong panggilkan Adam? Dia ada dekat luar.”
‘Adam? Macam pernah dengar.’ Ulfah angguk dan laju menapak ke luar rumah. ‘Siapa Adam ni?’
Di kolam mini milik uminya ada seorang lelaki yang berbaju t-shirt berkolar dan seluar jean biru yang sedang membelakangi Ulfah.
Ulfah berdehem namun tiada sebarang respon dari lelaki itu lalu dia ambil langkah untuk mendekati lelaki tersebut.
“Er... awak, masuklah dalam. Saya dah sediakan air.” Kekok dia berbicara. Sendi terasa lemah. Entah kenapa.
Lelaki itu berpaling dengan Nikon D7000 di mata dan sekelip mata gambar Ulfah ada masuk dalam memori kad Nikon tersebut. Lelaki itu turunkan Nikon dan ukir senyum.
Ulfah rasa nak pengsan. Tiba-tiba dia rasa nak hilangkan diri.  Wajah lelaki yang tersenyum itu buat dia penasaran. Rasa macam nak lari dari rumah pun ada.
“Jodoh kita memang panjang, kan?” Klik! Satu lagi gambar Ulfah masuk dalam memori kad Nikon.
Dan serentak, Ulfah rebah cium tanah.

“Fafa! Bangun, sayang.”
Ulfah buka mata. Kepalanya rasa berpinar. Tiba-tiba dia teringat sesuatu, terus dia bangun dari baring.
“Eh, Ulfah baring je. Tak payah bangun.” Mak cik Amnah duduk di birai katil Ulfah.
“Kenapa Fafa ada dalam bilik?”
Umi senyum. “Fafa pengsan tadi. Nasib baik pengsan depan Adam. Kalau tak ada orang kat luar, macam mana?”
Gulp! ‘Aku pengsan depan dia? Umi, Fafa malu!’
“Tak ada apa-apa ni.” Mak cik Amnah tersenyum pada umi.
“Amnah, marilah turun dulu. Kita makan dulu. Kesian kaum Adam yang dekat bawah tu.” Mak cik Amnah angguk lalu bangun.
“Mak cik turun dulu ye, Ulfah. Rehat elok-elok.”
“InsyaAllah, mak cik.” Ulfah senyum.
“Dia angkat Fafa ke?” Bisik Ulfah pada Umairah yang ada di sisinya sebaik sahaja umi dan mak cik Amnah keluar dari bilik.
“Memanglah...” Umairah ukir senyum. ‘Tak.”
Ulfah tarik nafas lega.
“Dia sangat baik, Fafa. Dia lari masuk rumah panggil angah.” Umairah bercerita.
“So?” Wajahnya bersahaja namun dia tetap terasa debaran yang menggila dalam hati.
“Mak cik Amnah tu marah dia sebab tinggal Fafa kat luar tapi dia cakap, takkan dia nak angkat Fafa. Tak halal lagi, katanya.”
Ulfah cebir bibir. “Yelah sangat.”
Umairah senyum. “Kenapa Fafa sampai boleh pengsan ni? Terkejut umi tadi.”
Ulfah ukir sengih. “Entah. Nervous sangat kot.”
‘Menipulah kau Ulfah Syuhada, padahal kau pengsan sebab terkejut dengan mamat tu.’
“Kak chik.”
“Ye?”
“Adam tu ke bakal suami Fafa?”
Umairah angguk. “Kenapa?”
Ulfah geleng. “Betullah.”
“Betullah apa?”
“Betullah, jodoh itu rahsia Allah.” Ulfah ukir senyum manis.

Thaqif tengok tangga, berharap orang yang ditunggu turun namun hampa hatinya bila yang turun mama dengan mak cik Syidah.
“Kau apahal, Adam?” Thaqif terasa lengannya disiku orang sebelah.
Thaqif angkat kening. “Apa?”
“Tengok-tengok tangga je dari tadi. Risaulah tu.”
Thaqif jeling Aidil. “Kau pernah makan DSLR tak?”
Aidil buat muka selamba. “Belum lagi. Mama tak pernah pun masak DSLR masak kicap, macam mana nak makan?”
“Meh aku nak suapkan.” Thaqif tarik leher Aidil lalu dia dekatkan DSLR yang ada di tangan ke mulut Aidil.
“Adam Thaqif! Ya Allah, apa kamu nak buat dengan Aidil tu.”
Erk! Leher Aidil terus dilepaskan. Dia ukir sengih pada mama. “Bermanja dengan Aidil, ma.”
Suhail ketawa. ‘Nakal jugak bakal adik ipar aku ni.’
“Dah semua. Jom, makan.”
Aidil dan Thaqif bangun serentak. Sempat Thaqif luku kepala Aidil saat Aidl laju meninggalkan ruang tamu.
Suhail mendekati Thaqif. “Kau kuat membuli, kan?”
Thaqif ukir senyum. “Aidil tu je aku buli pun.”
“Kita serupa. Memang jenis kuat membuli.”
“Cool. Boleh geng.” Thaqif ketawa. Terasa umur bukan 26 tahun.
“Aku Umar Suhail Abang nombor dua Ulfah. Kembar aku, Umairah tu.”
“Adam Thaqif. So, should I call you abang then?”
Suhail geleng lalu dia peluk bahu Thaqif. “Tak payah nak berabang sangat. Aku kureng sikit orang panggil aku abang. Fafa pun tak panggil aku abang. Panggil aku Suhail tak pun angah je.”
Dahi Thaqif berkerut. “Fafa tu siapa?”
“Ulfah Syuhada. Adik aku a.k.a your future wife.” Suhail tepuk bahu Thaqif sebelum berlalu ke meja makan.
Thaqif tergamam lalu dia ukir senyum. “Ulfah Syuhada. Balik ni nak kena Google maksud nama dia.”
“Adam, mari makan.” Mak cik Syidah senyum pandang dia.
Thaqif angguk dan terus ke meja makan. Dalam masa itu, sempat dia kerling tangga. Kot-kot ada ‘orang tu’ nak turun namun dia hampa.

“Cantikkan bakal menantu kita, papa?”
Thaqif yang sedang memandu cuba sembunyi senyum yang terukir di bibir.
Papa angguk saja. “Manis orangnya. Sopan pulak tu.”
Aidil yang duduk di sebelah Thaqif ketawa tiba-tiba.
“Aidil, kenapa kamu ketawa ni?” Mama bertanya pelik.
“Takde. Mama dengan papa puji si Ulfah tu tapi Aidil pelik, kenapa orang yang kat sebelah Aidil ni yang merah mukanya?”
Thaqif buat muka. ‘Cinabeng punya adik!’
“Aidil, jangan nak mengusik Adam sangat. Abang kamu mengamuk nanti baru kamu tahu.”
“Ala, hari ni dia takkan mengamuk. Dia sangat bahagia hari ni.” Aidil membalas.
Thaqif berdehem. “Better kau diam, Aidil. Nanti stereng ni masuk mulut kau.”
Erk! Aidil terus buang pandangan ke luar kereta. Dalam hatinya, ‘Matilah aku! Matilah aku!’
Thaqif senyum. “Tau takut.”
“Adam.”
“Ye, ma?” Dia sahut sambil matanya pandang mama dari cermin belakang.
“Bila nak hantar rombongan meminang?”
Thaqif diam namun bibirnya ukir senyum sebelum dia menjawab. “Esok pun boleh, ma. Adam tak kisah.”
Mama hambur ketawa besar. Papa pula dah tersengih.
Thaqif angkat kening. “Jawapan Adam kelakar ke, ma?”
Mama geleng kepala. “Tak, jawapan Adam tak kelakar mana pun. Mama ketawa sebab Adam tu, nampak sangat tak sabar nak  kahwinnya padahal dulu, bukan main susah nak suruh cari pasangan.”
Thaqif tersengih menyenget. “Mana ada mama ni. Adam relaks je.”
“Relaks apanya? Kau dah macam orang gila bayang.” Aidil tiba-tiba bersuara sambil menjelirkan lidahnya.
Thaqif buat muka. “Siap kau kejap lagi.”
Dan terus, Aidil diam.

Ulfah buka telekung yang tersarung di badan. Telekung itu dilipat lalu disidai di penyidai. Sejadah di lantai diambil dan terus dilipat juga. Dia kemudian duduk di birai katil. Menjadi Diriku berlagu dari Nokia C3.
Telefon berwarna beige itu dicapai. Dahinya berkerut. Ternyata nombor yang masuk bukan nombor orang yang dia kenali.
Butang hijau ditekan. “Hello. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Suara di talian itu buat Ulfah tergamam. Suara lelaki itu serak-serak basah. Tidak terlalu garau tetapi tidak terlalu lembut.
“Are you still there?” Lelaki itu bertanya lagi di sebalik talian.
“Siapa ni?” Ulfah pegang dadanya. Terasa berdebar semacam. Entah kenapa, dia dapat teka siapa yang menelefon.
“Thaqif. Adam Thaqif.”
Zup!! Gugur jantung Ulfah. Tekaannya tepat sekali. “Er... Adam... Thaqif yang mana ye?”
“Yang datang rumah awak tadi.”
Gulp! Ulfah telan liur. “Oh, ha. Lelaki gila!”
Terdengar ketawa si lelaki itu. “Nama saya Adam Thaqiflah awak. Bukan lelaki gila.”
“So?” Nada kerek dah mula keluar dari mulut Ulfah.
“Amboi, sombong betul jawapan dia.”
Ulfah ukir senyum. “Eh, bilanya saya menyombong? Saya biasa je. Awak ada apahal telefon saya ni? Tak elok tau telefon anak dara orang malam-malam.” Matanya mengerling jam di dinding. Dah pukul 9.15 malam.
“Erk. Tak boleh, eh? Saja call, nak tengok orang tu sihat ke idak. Sampai pengsan awak nampak saya tadi, kan?”
‘Mamat ni, kan!’Ulfah rasa mukanya dah panas. “Saya pengsan sebab darah rendah, okey? Pandai je awak. Mana awak dapat nombor saya nie?”
“Angah bagi.”
“Angah? Maksud awak, Umar Suhail yang bagi?”
Lelaki itu ketawa lagi di talian. “Yelah. Angah, abang awak tu.”
“Ewah-ewah, siapa bagi awak mandat panggil angah saya angah?”
“Angah awaklah bagi.” Thaqif ketawa lagi di talian.
“Sudahlah. Malas nak layan awak.”
“Ulfah.”
Ulfah terkaku di telefon. Lidahnya kelu. Entah kenapa, hatinya cair bila suara serak basah itu memanggilnya lembut.
“Ulfah?”
“Ha, ye! Kenapa?” Dia cuba keraskan suara untuk kurangkan debaran di dada.
“Saya nak tanya ni.” Suara lelaki itu kedengaran serius.
“Tanyalah.”
“Sudi tak awak kahwin dengan saya?”
Erk! Telefon bimbit itu melurut jatuh dari tangannya. Mulutnya terlopong. Jantung berdegup laju. ‘Umi, nak jawab apa ni?!’

To be continued...

p/s: cair tak?? :D

11 comments:

  1. Adoi macam mana boleh pengsan pulak ni...
    Gentlemen betul Adam Thaqif ni...

    ReplyDelete
  2. terpengsan...terkejut punya pasal...hahaha ;)

    ReplyDelete
  3. hoho...sweet...
    suke cara Adam Thaqif melamar...

    ReplyDelete
  4. sweet..tersenyum sendiri plak...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...angau pada adam thaqif nampaknya :D

      Delete
  5. boleh ulfah pengsan bila tgk adam...so sweet actually...

    ReplyDelete
  6. penulis terbang-terbang bila buat cerita nie :D

    ReplyDelete
  7. senyum jer baca

    ReplyDelete