Monday 7 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 4)

“MARDI tengah cari Pegawai Teknologi Makanan. Fafa tak nak cuba?”
Ulfah yang masih mamai, menguap sebelum menjawab. “MARDI dekat mana?”
“MARDI yang dekat Serdang tu lah.” Umi geleng kepala dengan anak bongsunya itu.
“Fafa malas lagilah, umi. Fafa nak relaks dulu. Boleh tak?”
Umi tersenyum. “Umi dah agak dah, Fafa mesti nak jawab macam tu.”
Bibir Ulfah terukir senyuman. ‘Umi jugak yang kenal Fafa.’
“Abah mana, mi?”
“Kat belakang.”
Ulfah pandang sekeliling rumah. Sunyi! Bosan! Syafiq dah balik Selayang. Suhail dah pergi kerja. Umairah balik rumah mak mertua dekat Sungai Besar. Tercongoklah dia dengan umi dan abah dekat rumah.
Haih! Bibirnya melepaskan keluhan, bosan.
“Hah, tu mengeluh kenapa? Tak baik tau mengeluh depan rezeki.” Umi menegur.
Ulfah sengih. “Fafa bosan. Rumah sunyi.”

“Kalau ye pun bosan, jangan mengeluh.”
“Sorry, mem!” Ulfah angkat tabik pada umi. Tangannya laju menyudu nasi goreng yang masih belum bersentuh. “Umi...”
“Ye?”
“Fafa nak pergi SACC Mall kejap lagi boleh?”
“Nak buat apa pergi situ?”
“Cuci mata.” Ulfah menjawab. Kemudiannya dia menyambung jawapannya dengan nada lebih rendah. “Cari jodoh.”
“Apa, Fafa?”
“Tak ada apa-apa.” Laju dia menggeleng.
“Boleh pergi SACC Mall tu tapi kena ikut umi ke pasar tani dulu. Boleh?”
Ulfah dah ukir sengih lebar. “Boleh!”

Pasar Tani di Seksyen 13 Shah Alam dah penuh dengan orang. Pasar Tani yang cukup famous di kalangan orang Shah Alam. Cakaplah nak apa, semua ada.
“Fafa, tolong umi beli ikan kembong yang fresh. Sekilo tau.” Umi dah berlalu ke bahagian menjual ayam. “Umi nak beli ayam.”
“Okey, umi.”
Dia melalui satu-satu gerai yang menjual ikan. “Ha, adik cantik. Pilih! Pilih ikan! Segar-segar semuanya.”
“Adik! Mai pilih ikan fresh adik. Baru naik dari laut.”
Ulfah akhirnya berhenti di sebuah gerai ikan. “Ikan kembong sekilo berapa?”
Peniaga itu ukir sengih pada Ulfah. “Sekilo tujuh ringgit.”
Ulfah angguk-angguk kepala. Tangannya cekap memilih ikan kembong yang segar. Dia sudah diajar oleh umi sejak dari kecil cara memilih ikan yang segar.
“Nah. Cukup tak sekilo?” Dia hulur bekas yang berisi dengan ikan kembong kepada abang yang meniaga tu.
Lelaki yang mungkin seusia dengan Suhail, cekap membungkus ikan kembong itu tanpa ditimbang.
“Eh, kenapa tak timbang?” Ulfah bertanya.
“Macam ni. Awak bagi saya nombor telefon awak, ikan ni free je saya kasi.” Lelaki itu ukir sengih nakal.
Ulfah angkat kening. “Brother, kalau macam ni cara awak meniaga. Saya tak naklah beli ikan awak. Harga nombor telefon saya, tak semurah harga sekilo ikan ni. Sengal!” Dan dia terus angkat kaki. Semua orang yang turut beli ikan di gerai itu memandang lelaki itu dengan pandangan jelek.
Si lelaki itu ketap bibir. Malu mengepung diri. Sungguh, gadis itu sangat lantang. Dia pulak yang jadi gerun.
Ulfah yang masih terasa sebal. Dia segera mendekati umi yang masih di gerai ikan. “Umi.”
Umi pandang Ulfah. “Eh, mana ikan? Kan umi suruh beli tadi?”
“Peniaga tu gatal. Harga sekilo ikan kembong, dia nak tukar dengan nombor telefon Fafa. Menyampah betul!”
Umi ukir senyum dengan rungutan Ulfah. “Mungkin Fafa dah patut berkahwin ni supaya tak ada orang lain yang akan kacau anak umi ni.”
Gulp! Air liur ditelan. ‘Kahwin?’

“Thaqif, kenapa kau termenung ni? Sejak kau jemput aku kat KLIA. Dah dua hari aku tengok kau macam kucing hilang laki.”
Thaqif angkat kening. “Apa aku ada rupa kucing ke?”
“Sebab adalah aku cakap.” Fakhrul ukir sengih.
Thaqif buat muka. “Kau tak ada kerja ke nak buat? Dok menempel kat ofis aku, apa kes?”
“Hoi, abang. Sekarang dah waktu lunch tau. Aku nak ajak kau pergi santap.”
“Oh, eh? Jomlah kalau gitu.” Thaqif berdiri.
“Kau tak jawab lagi soalan aku, bhai.”
“Soalan mana?”
“Kenapa kau banyak termenung sejak akhir-akhir ni?”
Thaqif mengeluh. “Entah. Aku rasa macam aku tengah kejar bayang-bayang.”
Fakhrul dah kerut dahi. “Maksud kau?”
“Aku terkejar sesuatu yang tak pasti. Aku mencari sesuatu yang tersembunyi. Faham?”
“Kau kan, aku suruh jadi macam A. Samad Said. Tak nak. Bahasa nak puitis saja.”
“See? Kau tak faham. Aku lagi tak faham. Serabut dah kepala otak aku ni.”
Fakhrul bangun dari duduk. “Sudahlah kau. Jom makan. Dari dengar kau berpuitis yang entah apa aku tak faham, baik aku makan.”
Thaqif ketawa dengan rungutan Fakhrul. “Kau jugak yang nak tahu tadi.”
Fakhrul buat isyarat diam.
Thaqif berhenti ketawa namun bibirnya terukir senyum. “Lepas makan, terus pergi Shah Alam kan?”
“Turun site ke?”
Thaqif angguk.
“Bolehlah boleh.” Fakhrul menyanyi kecil sebelum keluar dari ofis Thaqif.

Ulfah keluar dari SACC Mall. Tak sampai tiga puluh minit dia sampai, dia sudah bosan. Dia menuju ke kereta Myvi uminya yang diparking di luar SACC Mall. Dia bercadang nak ke Giant pula. Enjin kereta dihidupkan. Tali pinggang keledar ditarik dan perjalanannya ke Giant dimulakan.
Sampai sahaja di Giant. Dia parking kereta dan dia segera keluar. Matlamatnya cuma satu, nak pergi MPH. Ulfah teringat kembali perbualannya dengan Azira di Yahoo! Messenger.

Azira_Lutfiya: Banyak buku best sekarang. Serius!!
Fafa Syu: Hah, novel apa baru? Habaq mai sikit.
Azira_Lutfiya: KaryaSeni ada, JemariSeni ada, KakiNovel ada, macam-macam lagilah.
Fafa Syu: Tu je kerja kau kan, asyik nak baca novel je. Cuba jadi macam aku, tolong umi aku, tolong abah aku.
Azira_Lutfiya: Yelah kau. Kau masak pun tak pandai. Nak bising. Eh, bila-bila lepaklah!
Fafa Syu: Aku okey je tapi kau tu, jangan angkut si Ady tu. Kalau tak, aku bunuh kau.
Azira_Lutfiya: Yelah, buat apa aku nak bawak  dia pun? Nanti kau set time, ok? Aku nak kena log out dah nie. Mummy aku nak ajak dinner kat luar. Kirim salam  family kau.
Fafa Syu: InsyaAllah. Bye dear Zira Toek.
Azira_Lutfiya: Bye budak kambing, Ulfah...
:D .Salam.

 Ulfah tersenyum sendiri. Azira Lutfiya itu memang sahabatnya yang paling sejati. Walaupun Azira tu pernah dia buat marah, bengang, bengong tapi dia tidak pernah ambil hati. Itukan kawan baiknya?
Kakinya masuk ke MPH. Dia pandang sekeliling. ‘HEAVEN!!!’ Jerit hati kecilnya. Sejak dari kecil memang dia suka buku. Tak kiralah buku apa pun. Bibirnya terukir sengih gembira.
Di satu sudut di dalam kedai MPH itu, ada seorang lelaki ketawa melihat telatah Ulfah.
“Kau apahal, Rul?”
“Tu budak perempuan tu, macam tak pernah nampak buku.” Fakhrul tuding jari ke arah Ulfah.
Thaqif angkat kening lalu dia pandang ke arah yang ditunjuk oleh Fakhrul.
Zup!! Terasa gugur jantung. Dada terasa berdebar. Majalah tentang photography terlepas dari tangan.
“Hah, kau ni pulak kenapa? Tak pernah tengok perempuan?”
“Kau nak tau maksud terkejar sesuatu yang tak pasti dan mencari sesuatu yang tersembunyi?”
“Hah, apa benda tu?”
Thaqif capai majalah yang terjatuh lalu ditunjuk pada gadis itu. “Dialah yang aku maksudkan.” Dan pada masa yang sama, telefon bimbitnya bergetar. Di skrin telefon tertulis, Mama Terchenta.

Ulfah capai buku Kelabu terbitan Fixi. Dibelek seketika lalu dipegang kemas. Dia berjalan lagi. Dia capai pula buku Sebenarnya Saya Isteri Dia karya Zura Asyfar, dibaca synopsis di belakang buku lalu diletakkan di dalam raga. Lepas seketika, dia pandang buku yang ada dalam raga. ‘Mak aih, banyak benor aku ambik ni!’ Dia tepuk dahi. Buku JemariSeni, ada. Buku KaryaSeni, ada. Buku KakiNovel, ada. Buku Fixi, pun ada.
“Tak boleh buku macam ni saja, Ulfah Syuhada. Buku makanan rohani kena ada jugak.” Dia membebel sendiri lalu dia capai pula buku terbitan PTS Publications. Buku tentang Fatimah anak kepada Rasulullah itu turut diletakkan di dalam raga.
“Hai.”
Langkah Ulfah terhenti akibat sergahan mengejut oleh lelaki di depannya.
“Awak siapa? Tak reti bagi salam?”
Fakhrul tersengih-sengih. “Sorry.”
“Tepi. Saya nak jalan.”
“Sekejaplah awak. Nak sampaikan pesanan ni.”
Ulfah mengeluh keras. “Pesanan apa? Dari siapa?”
“Nah, ambil gambar ni. Baca apa yang tertulis kat belakang. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Dan Fakhrul cepat berlalu. ‘Perempuan singa macam tu kau suka, Thaqif?’
Ulfah kerut dahi. Dia tengok gambar itu dan dia terpempan. ‘Ni gambar aku!’
Wajah dia tersenyum terpampang dalam gambar itu. Gambar ketika hari pertunangan Syafiq dan Hidayah. Dia dah tahu siapa yang bagi. Ulfah rasa macam nak demam. ‘Kenapa lelaki tu ada kat mana-mana ni?’ Tapi dia pelik, kenapa bukan lelaki gila itu yang bagi sendiri. Kenapa mesti mamat sengih tu yang bagi? Sungguh, jantungnya sudah tidak normal lagi. Debaran semakin menggila. Tangannya terketar-ketar membaca tulisan di belakang gambar itu.

Dear awak,
         Jangan marah kawan saya tau. Saya sebenarnya bukanlah orang gila macam yang awak fikirkan. Saya baik tau? Cuma saya boleh jadi gila juga at a time. Saya minta maaf buat awak resah gelisah dengan saya. I’m sorry, okey?  Saya tak sempat jumpa awak hari ni. Gambar ni saya pulangkan balik pada awak. *sebab saya dah ada banyak...hehehe* Saya harap, lepas ni kita akan bertemu kembali sebabnya, saya nak KAWAN dengan awak... :D
 
Yours sincerely
Lelaki gila :)

Dan tanpa sedar, bibir Ulfah mengukir senyum.




to be continued...

 


p/s: sorry kalau ada silap kat mana-mana :)

10 comments: