Sunday 27 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 16)

Ulfah pegang Bubi, teddy bear miliknya yang sudah hidup bersamanya selama 22 tahun. Kemudian dia renung QiQi, teddy bear yang telah diberi oleh Thaqif. “Bubi, kalau aku nak peluk QiQi malam ni, boleh?”
Mata Bubi yang berwarna hitam direnung. “Bubi, aku sayang kau tapi aku sayang QiQi jugak.”
“Fafa! Gila ke apa cakap dengan teddy bear tu?” Suhail muncul di muka pintu dengan sengihan lebar.
Ulfah sorok QiQi. Kalau Suhail nampak, pasti teruk dia dibahan. “Suka hatilah! Angah baru balik ke?”
Tadi selepas Suhail hantar dia pulang, Suhail terus pergi ke majlis tahlil di rumah kawannya.
Suhail angguk kepala. “Dengar kata ada orang tu dapat teddy bear baru.”
Ulfah jungkit kening. “Eleh, cemburulah tu.”
“Eh, ada apahal angah nak cemburu?”
“Sebab angah tak dapat teddy bear!” Ulfah menjawab.
“Bagilah Bubi kat angah.”
Ulfah tarik Bubi ke belakang. “Not in a million years, bro. Bubi and QiQi is mine!”
“Alalala, comelnya nama teddy bear dia. QiQi.” Suhail dah ketawa terbahak-bahak di pintu.
Darah menyerbu ke muka. “Keluarlah, angah! Kacau orang je kerjanya. Patut boleh kawan dengan si Adam Thaqif tu.”
Suhail senyum. “Malulah tu. By the way, sleep with QiQi lah. Bubi tu dah busuk, bau macam Fafa dah!”

“Whatever!” QiQi dicapai lalu dibaling pada Suhail yang laju-laju menutup pintu untuk mengelak dari QiQi.
Ulfah turun dari katil lalu dia capai QiQi yang berada di atas karpet. “Sorry, QiQi. Aku tak boleh baling Bubi sebab Bubi saiz kecil. Kau besar sikit, kalau kena kat angah, impaknya besar sikit. Sorry, QiQi. I still love you.” Ulfah cium QiQi. ‘Hey, Adam Thaqif! Awak dah buat saya jadi budak-budak balik.’

Aidil menyuap laju makanan ke dalam mulut. Dia nak mengelak dari Thaqif sebenarnya. Semalam dah kantoi, dia cekap melarikan diri dengan mengatakan perutnya sakit. Hari ni, dia kena laju. Dia nak lari dari dihujani dengan pelbagai soalan dari Thaqif.
“Lajunya makan? Nak pergi mana-mana ke hari ni?” Mama angkat kening pada Aidil.
Aidil angkat muka dari pinggan. “Dah janji nak buat discussion pasal FYP.” UiTM Shah Alam dekat je dengan rumah. Sebab itu dia lebih selesa tinggal di rumah berbanding duduk rumah sewa berbeza dengan Thaqif. Thaqif seboleh-bolehnya nak mengelak dari duduk di rumah milik ibu bapanya.
“Sekarang baru pukul 7.50, yang kalut sangat makan ni kenapa?”
Aidil angkat kening. Dia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Iz nak pergi library, nak cari bahan.”
“Ye ke, Aidil ni?”
Aidil laju mengangguk. Derap tapak kaki yang kedengaran dari tingkat atas buat dia lebih kalut memasukkan makanan dalam mulut.
“Tak payah nak kalut sangat, Aidil Taufiq!”
Uhuk! Tepukan di bahu buat dia tersedak.
“Hah, itulah! Gelojoh lagi. Nak minum air ni.” Air suam dihulurkan kepada Aidil oleh mama.
Air diteguk rakus. Tekak yang tadi terasa tersumbat sudah terasa kosong. “Adam ni lah, buat Aidil terkejut.”
Thaqif ukir sengih. “Aku jugak yang salah, ni?”
“Haruslah!”
“Dah. Bergaduh aje kamu ni. Pening mama.” Mama pegang kepala. “Adam, pakai kemeja cantik-cantik ni kenapa?”
“Adam masuk kerja hari ni, ma.”
“Tangan tu dah okey ke?”
“InsyaAllah, dah okey.” Thaqif hirup air teh panas yang ada di dalam cawan. “Kejap lagi Fakhrul yang datang ambil Adam.”
“La, menyusahkan si Fakhrul kenapa? Aidil ni kan ada.”
Thaqif hambur ketawa. “Ada orang tu nak ke library hari ni.”
“Diamlah kau!” Aidil tahu Thaqif menyindirnya.
Mama geleng kepala. “Tak baik gelak, Adam. Alhamdulillah dia nak ke library, kalau tidak melencong je dengan DSLR tu.” Mama juih mulut pada DSLR yang ada di atas meja.
“Mama, dah namanya Aidil amik Photography, mestilah melekat dengan DSLR ni. Bukan macam Adam, melekat dengan vespa padahal tak ada pun kursus pasal vespa pun dekat UTM.”
“Kau kutuk aku? Nak aku bongkarkan cerita semalam?” Suara Adam yang berbisik di telinganya buat Aidil kecut perut tiba-tiba.
‘You know what, ma? I’m late. Got to go. “ Aidil segera bangun dari kerusi lalu pinggan kotor diangkat lalu dibawa ke dapur.
“Kenapa dengan Aidil tu? Benda apa yang korang tahu, mama tak tahu ni?”
Thaqif angkat kening. “Rahsia lelaki, mama.” Mata kanan  dikenyit lalu dia ukir sengih nakal.

DVD player dipasang. Cerita Princess Hours bermula. Walaupun cerita itu dah bertahun lamanya, ia masih menjadi kegemarannya. Ulfah capai bertih jagung yang tersedia di dalam mangkuk. Dia bersila di atas sofa. Matanya tidak lepas dari menatap Prince Lee Shin yang  bermata sepet.
“Fafa.” Umi menjerit dari dapur.
“Ye, umi?”
“Tengah buat apa tu?”
Ulfah renung mangkuk bertih jagung yang ada di atas riba. “Tengok cerita korea sambil makan bertih jagung, umi.”
“Sambil-sambil tu tolong umi, boleh?”
“Apa umi?”
“Bersihkan kawasan depan tu. Umi rasa macam dah bersepah sangat.”
“Tadi lagi Fafa dah bersihkan umi.” Balasnya dalam mata masih merenung Lee Shin.
Derap kaki dari dapur menandakan umi sudah keluar dari dapur.
Ulfah tidak berkalih langsung.
Umi duduk di sebelah Ulfah. “Bila Fafa kemas ni?”
“Tadi. Waktu umi dalam dapur, Fafa kemaslah. Baju dalam mesin pun Fafa dah sidai. So, umi boleh relaks dengan Fafa sambil tengok cerita korea.” Dia ukir sengih pada umi.
“Sejak bila Fafa jadi rajin ni?” Umi bertanya tidak percaya. Sungguh dia terkejut, anak daranya yang seorang ini sebenarnya liat sikit kalau nak buat kerja rumah tapi bila dia tengok keadaan ruang tamu yang sudah kemas dan teratur, dia kagum. Anaknya sudah berubah sedikit demi sedikit.
“Umi, soalan umi tu buat Fafa kecik hati tau.” Ujarnya namun bibirnya masih ukir senyum. “Fafa dah kena mula tolong umi buat kerja. Persediaan nak jadi isteri orang dan...”
“Dan?”
“Dan bila lagi Fafa nak tolong umi? Nanti kalau Fafa dah kahwin, Fafa dah tak boleh nak tolong umi.”
“Alahai, anak umi ni. Fafa, umi kagum yang Fafa dah sedar tanggungjawab Fafa untuk menjadi seorang isteri. Fafa tak boleh malas-malas macam dulu, tahu?”
“Tahu. Umi, Fafa nak tidur atas riba umi boleh?”
“Sini.” Umi bersila lalu ditepuk pehanya.
Ulfah letak kepala di riba umi. “Umi, doakan Fafa jadi isteri yang terbaik buat Adam ye?”
“InsyaAllah, Fafa.” Dahi Ulfah dikucup, lama. Dan itu buat Ulfah sebak, terus dia peluk pinggang umi dan disembam wajahnya di perut umi.
Princess Hours yang terpasang sudah tiada penontonnya. Hanya tangisan dari Ulfah yang kedengaran. Umi tidak memujuk, sebaliknya dia cuma membelai rambut Ulfah. Sungguh, umi sendiri sedang menahan tangis.

Thaqif renung wajah Ulfah yang ada di dalam dompetnya. Sungguh, dia memang mencintai gadis yang bernama Ulfah Syuhada namun untuk menzahirkan rasa itu, dia kira masa sekarang masih tidak sesuai. Luahan hati itu biarlah dia zahirkan setelah Ulfah Syuhada sah menjadi miliknya.
Samsung Galaxy S II di capai. Nama Ulfah Sayang dicari. Lalu dia sentuh icon call di skrin telefonnya. Jam di dinding di kerling, sudah pukul 9.30 malam.
Tak sampai sepuluh saat dia mendail, panggilannya bersambut. “Hello, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Hai, awak.”
“Hah, kenapa telefon ni?” Suara garang di talian buat Thaqif hambur ketawa. Comel saja suara Ulfah yang garang.
Terdengar Ulfah mendengus. “Gelak pulak!”
“Awaklah, kelakar sangat.”
“Apa yang kelakarnya? Saya tak main-main, saya serius tahu?”
Thaqif tahan tawa. “Awak. Sangat. Comel. Bila. Buat-buat. Garang.”
Ulfah diam.
“Malu ye?”
“Diam! Shush!” Ulfah bersuara tapi perlahan.
Terbayang di benaknya wajah Ulfah yang memerah menahan malu. Pasti comel. “Saya nak tanya ni, bila awak free?”
“Setiap hari saya free. Saya bukan kerja lagi.”
“Habis tu mana awak dapat duit beli Samsung Galaxy ni?”
Ulfah diam seketika sebelum menyambung. “Saya ada simpanan sejak sekolah rendah. Saya rajin menabung tau. Saya tak rompak bank, jangan risau.”
“Awak cakap saya membazir tapi awak sendiri membazir, Ulfah.”
“Apa pulak? Saya belikan telefon untuk tunang saya je pun.”
“Kalau awak belikan 3310 pun saya terima, tau? Tak payah nak beli mahal-mahal macam ni.” Separuh merungut Thaqif bersuara.
“Fine! Bagi balik telefon tu, nanti saya tukar dengan 3310.”
Thaqif tahan ketawa. ‘Manja.’ Desis hatinya. “Buruk siku!”
“Ish, kata kat orang pulak dah! Tadi dia yang bising membazirlah, apalah. Orang nak tukarkan, kata orang buruk siku. Orang beli bukan suka-suka je, orang nak senangkan dia je.” Ulfah membebel di talian.
“Awak merajuk, ye?”
Diam.
“Awak marah, ye?”
Ulfah masih diam.
“Saya minta maaf, okey? Saya bukan apa, saya tak suka awak bazirkan duit saya untuk beli telefon mahal-mahal ni. Awak bagi telefon cikai pun dah cukup bagus bagi saya. Tambah-tambah lagi, awak belum kerja.” Thaqif bersuara, lembut.
Ulfah mengeluh di talian. “Saya minta maaf jugak. Tak sepatutnya saya membebel dalam  telefon ni. Saya belikan telefon untuk awak untuk kesenangan awak. Tak ada niat nak membazir pun. Lagipun, sampai bila awak nak pinjam telefon Aidil? Saya kesiankan awak dan Aidil.”
Thaqif terdiam. Terharu. Tunangnya itu berniat baik cuma tersilap perhitungan. “Tak apalah. Benda dah lepas tapi lain kali, janji dengan saya jangan keluarkan duit simpanan awak tu melainkan untuk benda yang penting.”
Ulfah ketawa. “Okey, bos! Saya janji!”
Thaqif pula tertawa dengan kata-kata Ulfah. “So, bila awak free?”
“Kenapa?”
“Mama kata nak pergi tempah baju pengantin.”
Ulfah terdiam. “Ba... baju pengan..tin?” Separuh ketar dia bersuara.

To be continued...

p/s:nak beli baju kahwin jugak ^^

6 comments:

  1. Dgr nk g tempah baju pengntin terus ketar lutut. Apa daaaa ulfah ni nmpk ja garang hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah ketar...tak pernah kahwin kan ^^...dia garang2 manjalah...:D

      Delete
  2. Hai apsal pulak time Thaqif ajak nak tempah baju kahwin sampai macam tu sekali reaksi Ulfah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. nervous kak...tak sangka dah nak kena tempah baju..hihi ^^

      Delete
  3. betullah.. menggelabah je ulfah ni.. x heroinlah gitu.. haha.. mana hilang taring bila selalu bertekak ngan thaqif tuh.. =p

    ReplyDelete