Friday 2 June 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 14)

"Ika..."
"Hmm?"
"Thanks."
Ika yang sedang mengutip sampah yang bertaburan di kawasan program Sehati Sejiwa tadi berdiri terus, "Kau cakap apa?"
"Aku cakap terima kasih."
"Tiba-tiba je kau ni. Kau letih sangat ke ni?"
Kasyaf ukir senyum, "Aku cakap terima kasih je kot."
"Dah tiba-tiba je kau cakap terima kasih."
Kasyaf menggeleng. Cakap terima kasih pun pelik ke?
"Wei, Kasyaf."

Kasyaf berpaling memandang Ika namun dia tak bersuara. Matanya saja yang bertanya, kenapa.
"Aku tak pernah cakap lagi terima kasih kat kau."
"Hah? Terima kasih sebab apa?"
"Ada dulu tu, waktu kita meeting pasal design apa tu."
"Oh, no biggie. By the way, Ika..."
"Ya?"
"Sorry."
"Sebab?"
"Kes dulu-dulu."
Ika spontan ukir senyum, "Tak ada hal. Aku pun nak minta maaf sebab dulu aku kekwat dengan kau."
Kasyaf senyum nipis, "So... friends?"
"Friends." Ika mengangguk dengan senyuman!
Dari jauh, ada empat pasang mata sedang memerhati dengan senyuman nakal yang terukir pada bibir masing-masing. Uuu...
Pap!
Laju tangan Danny menggosok kepalanya yang diketuk dengan botol air kosong oleh Jihan, “Jihannnnnnnnnnnn! Sakit kot!”
“Kutip sampahlah, gila! Bukan mengendap orang!” Jihan buat muka garang.
Aman, Radzi dan Lutfi saling berpandangan sebelum mereka bertiga angkat ibu jari kepada Danny. Padan muka!

"Ceroinyaaa..." Si lonjong macam zirafah tapi perangai macam tenuk bersuara sambil dia mengacau-ngacau kuah tomyam
"Kata nak masak..." Si pendek tak cukup zat bersuara pula.
Kasyaf yang memerhati menghela nafas. Budak dua ekor ni memang nak kenalah! " Tak payah makan! Tak payah makan!"
Radzi ketawa, "Ha! Ha! Tak tahu! Ma dah marah..."
"Ala, kitew gurau jew..." Danny sengih.
"Makanlah!" Kasyaf hela nafas, "Sorry tak sempat masak."
"Lah, kau sibuk! Kami faham je!" Aman sengih, "Tapi kau beli lauk ni kat kedai mana?"
"Kedai Ana Tomyam."
"Ooo... eh, mana Lutfi?" Danny memandang ke kiri dan ke kanan, konon mencari Lutfi sebelum menyedok lauk masik ke pinggannya. 
"Lutfi pergi tapak karnival dengan kakak dia." Jawab Radzi sambil mengunyah makanan.
"Kakak dia datang melawat ke?" Aman kerut dahi sebelum menyudu kuah tomyam ke dalam pinggannya.
Danny yang sedang mengunyah nasi, tersedak! Uhuk! "Air... uhuk... a... air!"
Radzi laju menghulurkan air teh o panasnya pada Danny, "Minum ni!"
Aman pula terus menepuk belakang Danny. Kalau tak tersedak, tak sah...
Danny tanpa ragu terus menghirup air tersebut sebelum dia terjerit kuat, "Panas!"
Kasyaf yang memerhati menggeleng saja. Dia tanpa perasaan, terus menyuap nasi ke mulut.
"Kau apahal gelojoh sangat? Makan slow-slowlah!" Bebel Aman pada
"SEBAB KAULAH BANGANG! LUTFI MANA ADA KAKAK, GILA!!!" Danny melibas belakang Aman, geram.
"Adoi!" Aman mengaduh kesakitan sebelum dia tersengih, "Oooo... yang Radzi maksudkan tu Kak Puspa kesayangan Lutfi ek? Sorry! Sorry!"
Radzi dah ketawa berdekah-dekah. Lembab punya Aman!!

“Korang nak buat apa ni?” Kasyaf kerut dahi apabila melihat Danny yang sibuk membelek perakam video miliknya. Dia juga pelik melihat Aman yang sedang menggosok sehelai selendang sambil menyanyi kecil.
Danny ukir sengih saja, tanpa menjawab.
Aman juga turut mengukir sengih sebelum dia memandang Danny, “Jarum peniti kau ada beli ke, Danny?”
“Ada. Ada... kejap lagi aku ambik!” Danny menjawab laju.
Kasyaf yang bersandar di dinding mengerutkan dahinya lagi, “Korang tak buat benda merepek kan?”
Danny dan Aman serentak memandang Kasyaf, “Manaaa adaaaaaa...” merepek, sambung mereka di dalam hati.
Kasyaf memicingkan matanya. Dia tak rasa dia boleh percaya pada budak ekor tu. Sorang tengah gosok selendang, sorang lagi tengah belek perakam video. Jangan-jangan...
“Assalamualaikum...” Pintu sliding yang ditolak dari luar membuahkan senyuman di bibir Danny dan Aman.
Kasyaf pula memandang ke arah Lutfi yang sedang menjungkit-jungkitkan keningnya dengan sengihan pada Danny dan Aman. Beg plastik bunga-bunga yang ada di tangan Lutfi membuatkan rasa ingin tahu Kasyaf semakin kuat, “Korang nak buat apa sebenarnya ni?”
Sengihan Lutfi mati, “Aik? Korang tak cerita dekat Kacap ke?”
“Korang nak buat apa ni?  Aku tanya sekali lagi, kalau korang tak jawab aku cari rumah sewa baru.”
“Mak ai, sampai gitu sekali!” Aman ketawa lalu dia menggeleng, “Kau tunggu kejap. Kita tunggu Radzi keluar bilik dulu.”
Danny kemudiannya membuka pintu bilik Radzi yang tertutup, “Wei, dah siap semua!”
Radzi yang sedang berbaring mengeluh! Aduhai, kenapalah aku yang jadi mangsa!Teringat dia kembali pada malam mereka bermain Jenga. Kalaulah dia tak main...
“Wei, ambik blok tepi sekali! Yang second row tu! Biar Lutfi kalah!” Penuh keterujaan Radzi memberi arahan kepada Danny.
Aman dan Lutfi saling berpandangan. Radzi ni betul ke tidak? “Radzi...”
Radzi berpaling memandang Aman, “Kenapa?”
“Lepas Danny bukan turn Lutfi tapi turn...” Aman pandang Radzi sekilas sebelum dia memandang Danny yang sudah berjaya mengeluarkan blok yang disuruh Radzi tadi.
“Yes! Yes!” Danny dah melompat suka!
Muka Radzi berubah apabila dia tersedar sesuatu. Oh, damn!
Aman sengih serba-salah. Ikutkan rancangan asal, mereka nak Danny yang kalah tapi... “Radzi, turn kau!”
Radzi rasa nak hempuk kepala sendiri. Satu-satunya cara nak menang, dia harus ambil blok yang berada di tengah-tengah barisan kedua. Dengan lafaz bismillah, dia menjentik blok kayu itu dengan kuat! Dan keputusannya...
“Wei, termenung pulak! Cepatlah!” Gesa Danny pada Radzi sebelum dia tersengih lebar.
Radzi menghela nafas panjang sebelum dia berdiri. Moga-moga tak viral benda alah ni nanti!

Aman menekup mulutnya, menahan ketawa dari meletus. Kasyaf dah tutup wajahnya dengan tapak tangan, juga menahan ketawa dari meletus. Lutfi yang mengadap dinding sudah terhincut-hincut bahu menahan tawanya.
Radzi yang sudah meletakkan selendang di atas kepalanya menghela nafas, “Wei, jangan gelaklah gila!”
Danny ukir sengih lebar, “Mana ada kami gelak! Cepatlah mula! Aku kira ya? Satu, dua, tiga... action!”
Sebaik sahaja butang record perakam video ditekan Danny, bibir Radzi spontan mengukir sengih gedik dan dia mula bersuara dengan nada gedik dan mengada-ngada, “Assalamualaikum, y’alls! Hari ni I rasa nak buat tutorial shawl yang senang gila nak mati, yang sangat sesuai untuk sis-sis kat luar sana cuba!”
Aman yang sudah tidak mampu menahan ketawanya terus mengigit bantal yang ada di atas ribanya! Kasyaf pula menggigit bibir lalu dipalingkan wajahnya memandang ke arah lain.
“First of all, apa yang you guys perlu ada is a shawl! Tak kisahlah shawl macam mana, yang ada corak ke, yang ada lubang kat tengah-tengah ke... up to you! Asalkan shawl, okey?” Radzi mengukir senyum plastik sebaik mungkin, “What you guys need also... a pin! Small pin! Tak payah gabak-gabak dan satu dua jarum peniti. Kalau you guys rasa tak cukup, tambahlah ikut kemampuan masing-masing.”
Lutfi yang mendengar ayat terakhir Radzi dah menumbuk-numbuk dinding rumah sewa mereka, masih mencuba menahan ketawa. Bongok gila!!
“Dah lengkap semua kelengkapan you guys, kan? So, let’s start!” Radzi menepuk tangan, konon nak memulakan ‘tutorial shawl-nya’ sebelum dia tiba-tiba bersuara, “Eh, kejap... kejap! Satu lagi yang you perlu ada iaitu inner scarf! Kalau tak ada inner ni, you guys boleh kot pergi beli. Takkan itu pun nak I ajar?”
Danny dah tergeleng-geleng menahan ketawa! Bongok gila! Kau nak buat tutorial shawl ke kau nak jual barang, setan?
“Okey, tanpa perlu kita lengahkan masa kita yang berharga ni. Mari kita mula, ya?” Radzi tersenyum gedik sebelum dia membetulkan letak selendang di atas kepalanya, “Mula-mula sekali, pastikan selendang you sebelah panjang dan sebelah pendek ya? Kemudian... you ambik bahagian pendek dan you lipat sikit or dalam term orang perempuan, you kelepet sikit. Kalau you rasa you tak lawa kalau kelepet tudung you, jangan kelepet!”
“Kahkahkah!” Lutfi, tanpa sengaja melepaskan tawanya!
Radzi menjeling sikit ke arah Lutfi sebelum dia kembali mengukir senyum kepada perakam video, “Sorry! Kucing jiran I kalau nak mengawan memang buat bunyi macam tu!”
Danny dah bergolek-golek di atas lantai dengan kata-kata Radzi. Mangai kucing nak mengawan bunyi macam tu!
“Kita sambung ya? Okey lepas tu, bahagian pendek yang you dah kelepetkan tu, you tarik masuk ke bawah bahagian panjang shawl you guys, okey? Then, you ambik satu jarum peniti you tadi and you cucuk je shawl you dengan jarum peniti dengan inner scarf you yang I suruh beli tadi. Kalau you tak ada inner scarf, pandai-pandailah you cucuk shawl tu kat kepala otak you. Nak cucuk kat telinga pun boleh. It’s all up to you!”
Jibauk! Jibauk! Aman menggerakkan bibirnya menyebut perkataan itu kepada Radzi tanpa mengeluarkan suara.
Kasyaf dah menggeleng-gelengkan kepalanya. Hilang penat aku mengadap program Sehati Sejiwa bila tengok tutorial shawl Radzi ni.
Walaupun rakan-rakannya dah tergedik-gedik ketawa kepadanya, Radzi masih kekal tenang. Bibirnya masih mengukir senyum plastik yang paling manis, “Lepas you dah cucuk shawl you tadi, you adjust bahagian depan ni supaya labuh menutupi dada ya? Kemudian, you tarik bahagian shawl yang panjang ni dan you campak je ke belakang! Bila dah campak ke belakang, jangan pernah menoleh lagi! Biarkan je dia kat belakang!” Radzi ketawa gedik sebelum kembali bersuara, “Oh ya, sorry kalau I nampak selekeh what-so-ever, I don’t have any mirror with me! You guys faham-faham sendirilah, ek?”
“Hahahahahaha!” Meletus jua tawa yang ditahan Aman. Bodohlah, Radzi!
“Abaikan bunyi tu, ya? Tu semua mainan syaitan!” Radzi ukir sengih lebar.
Kasyaf dah ketawa tanpa suara. Mainan syaitan palaotak!
“Last sekali, you ambik jarum peniti yang satu lagi dan you cucuk shawl yang ada kat bahu you ni. Jangan cucuk dekat bahu you, cucuk kat baju sudah! Oh lupa nak pesan, bahagian depan ni loose, supaya ada effect ala-ala hindustan sikit bila angin tiup,” Radzi mengerdipkan matanya beberapa kali, acah comel, “Lepas you dah cucuk shawl tadi dekat bahu you, you dah siap! You dah bolehlah nak pergi keluar dan berambus! Tak perlu lagi tengok tutorial ni. Untuk yang tengok tutorial shawl ni, I just nak cakap...” Radzi hela nafas sebelum dia menukar suaranya kepada yang asal, “This is just a parody of shawl tutorial. Don’t take it so seriously and no, eventhough I’m so beautiful wearing hijab, I am still a man. Good bye and let’s just hope that you guys won’t meet me in another shawl tutorial, again!”
“And... cut!” Butang stop ditekan Danny dan sejurus selepas itu, bergema ketawa di dalam rumah sewa itu!
Radzi pula terus mencabut selendang yang ada di kepalanya sebelum dia menjerit geram, “Arrghh!! Apa aku baru buat tadi?”
Kahkahkah! Sekali lagi tawa bergema di rumah teres setingkat itu!


p/s; I'm sorry for the late update. Saya sangaaaaaaaaaaaaaaattttttttttttttt busy. I'm trying my best to write you guys an update. So, please be patient with me, yeah? Oh ya, selamat berpuasa bagi yang menjalani ibadah puasa. Sekali lagi saya minta maaf sebab lambat update. Please love me, people. Kekeke <3



26 comments:

  1. Lama sy tnggu awk update. Setiap hari bukak blog awk. Hari ni je rse nye pagi ptg and mlm sy bukak. And akhirnya ada update ... i love your story ��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. So sorry. Saya tersangatlah busy buat masa sekarang. Terima kasih sebab membaca :)

      Delete
  2. Owhhh..Love itπŸ’–πŸ’–
    Dah lama tunggu kak najwa update..Akhirnyaa....

    ReplyDelete
  3. Suka... Suka... Suka...
    Tq sis.

    ReplyDelete
  4. Yes....btol pun radzi yg kena..tak sabar tgu next

    ReplyDelete
  5. Tq so much Najwa. Bab ni so hilariousπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  6. Akhirnye terjawab sudah siapa yg kena... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  7. Hahaha.... Seriously lawak giler.... Kejang perut teman weihhh....
    - Azzna -

    ReplyDelete
  8. Penat duh gelak . tak sabar nk tgu next chapter ����

    ReplyDelete
  9. Klakar siaa!!! Ahahahahaha... Dpat byang kan lah mcam mana diorg tahan gelak tu and bila dh habis tutorial. Hahahaha. Siyes klakar!!

    ReplyDelete
  10. I love it...sayaaaaa sukaaaa...

    ReplyDelete
  11. Finallyyyy radzi yg kena.... kahkahkah

    ReplyDelete
  12. Setakat ni..ni cte yg terakhir ka dlm blog akk?

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Srs radzi lawak gila πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ thanks sis sbb update .. take ur time 😊😊

    ReplyDelete
  15. Ika n kasyaf so sweettt 😍😍

    ReplyDelete
  16. kelakar gile. hati yang tengah sedih ni boleg gelak besar bila baca part ni. radzi..radzi..

    its ok. janji update.. tiap2 hari bukak x perna jemu.

    ReplyDelete
  17. Caya lah radzi...pandai pakai shawl...
    Kahkah

    ReplyDelete
  18. Janji update dan best hihi. Can't wait to see what's next. Goodluck kak

    ReplyDelete
  19. Serius.. baca story ni boleh hilang stress kt tmpat kerja.πŸ˜‚rindu zaman duk uni ng kwn2.pragai sbiji housmate kitew.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜

    ReplyDelete
  20. Haha... terubat hati time tempuh jam. Sampai terispu2 kalau kat rumah dah terbahak2 ni kat tgh jalan takut org sangka gila plak. Hahaha.

    ReplyDelete
  21. Hahaha....mmg tak mengecewakan....tak sabar nak tunggu next chapter...

    ReplyDelete
  22. Bestnya akak! Saya suka semua cerpen akak😊❤ It's okay akak, take your time. We'll wait. Janji ada sambungan πŸ˜πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  23. Love it.. πŸ’• x sabr nk thu kesmbugnyer..

    ReplyDelete
  24. Love it.. πŸ’• x sabr nk thu kesmbugnyer..

    ReplyDelete
  25. Sis kenapa cerpen coffe dah tkde . I miss jet ,iman , mike , Sarah , apek , Lisa, adib , Peah .

    ReplyDelete