Saturday 25 February 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 3)

“Danny, hari ni aku tumpang kau! Aku malas nak bawak kereta!” Kasyaf yang baru keluar dari bilik tidur bersuara pada Danny yang bersila di lantai.
Danny yang sedang mencicah biskut kering empat segi jenama Hup Seng ke dalam cawan berisi Milo panas mengangguk saja.
“Aku pun nak tumpang!” Lutfi yang sedang merapikan rambutnya bersuara dari dalam bilik.
“Boleh je tapi nanti korang nak balik pukul berapa?” Danny bertanya sebelum dia menghirup air Milo dari cawan. Dia kemudiannya bangkit dari duduknya dan terus ke dapur membawa cawan yang digunakan dia tadi, “Petang karang aku ada latihan basketball dengan Aman. Habis kelas terus pergi court.”
“Aku tumpang coursemate aku balik karang. Kasyaf aku tak tahu!” Lutfi yang segak berkemeja keluar dari biliknya sebelum pintu bilik ditutup.
Kasyaf yang sedang menyarung kasut membalas, “Aku balik pukul enam hari ni. Lepas habis kelas aku ada discussion. Aku balik dengan kau ajelah nanti, Danny.”
“Haa... boleh je,” Danny angguk sebelum dia mengetuk pintu bilik Aman dan Radzi, “Aman! Radzi? Dah siap ke? Jomlah!”
“Dah! Dah!” Aman laju keluar dari bilik dengan beg galasnya sebelum dia berpaling pada Radzi yang masih berada di dalam bilik, “Tutup lampu, Radzi!”
“Okey!” Radzi menyahut.
“Aman, kau drive kereta aku boleh? Aku malaslah...” ujar Danny dengan sengihannya sebelum dia menghulurkan kunci keretanya pada Aman, “Karang kau drop aku dengan Radzi kat fakulti je.”
“Habis kereta kau?” Aman kerut dahi namun kunci kereta yang diberi Danny dicapai juga.
“Kau bawaklah.”
Aman menggeleng saja, “Kaulah manusia paling pemalas sekali aku pernah jumpa.”
Danny buat muka tak kisah dengan kata-kata Aman. Buat apa dia nak nafikan, memang itu hakikatnya, “Dahlah! Jom!”
Aman pula terus memandang ke arah biliknya sebelum dia menjerit, “Radzi!!! Cepat!!!”
“YAAAAA!!! SIAP DAH NI!!!!”

Lagu Why This Kolaveri Di berkumandang di dalam kereta. Serentak, empat pasang mata memandang Aman.
"Kau tak reti tukar ringtone ke, mat?" Lutfi menggeleng. Dah dua tahun siAman pakai ringtone yang sama. Tak bosan ke?
Aman sengih. Telefon yang berbunyi tadi dah berhenti bunyinya, "Awat? Syok kot lagu dia. Why this kolaveri, kolaveri, kolaveri... di!"
"Kau ni sungguhlah taste pelik," komen Radzi pula.
"Apa yang peliknya? Aku bukan macam kau Radzi, minat dangdut ah ah!"
Serentak Lutfi berpaling ke tingkap belah kanan dan Danny berpaling ke tingkap belah kiri, masing-masing menahan tawa. 
Teringat balik malam Jalinan Mesra waktu mereka tahun satu dulu. Radzi jadi insan terpilih kena naik atas pentas, fasi suruh buat persembahan. Dia boleh bantai nyanyi lagu Ramlah Ram, Selamat Jalan Romeo. 
"Bangang, Aman! Bangang!" Carut Radzi yang duduk di antara Danny dan Lutfi.
Serentak ketawa mereka bergema di dalam kereta. Namun mereka tak sedar, kereta di depan mereka dah berhenti mengejut.
"Aman, brek!" Kasyaf yang tersedar, segera memberikan arahan!
Spontan Aman menekan brek dan mereka semua terlontar ke depan dek kerana inertia.
"Bangang apa kereta depan ni berhenti mengejut?!" Danny yang terpenyek hidungnya akibat berlanggar dengan kepala seat Kasyaf merengus.
Aman yang bengang terus keluar dari kereta. Tanpa mempedulikan kawan-kawannya yang masih merengek dan mengaduh kesakitan dia melangkah mendekati tempat pemandu kereta depan.
Tingkap kereta itu diketuk berkali-kali, "Wei! Bukak tingkap sekarang! Wei!"
Si pemandu menurunkan tingkap kereta.
Wajah yang terpampang buat Aman rasa lagi nak mengamuk, "Kau lagi? Kau dapat lesen kat mana, hah? Kau nak bunuh aku dengan kawan-kawan aku ke?"
"Tadi..."
"Tadi apa? Kawan aku sorang dah dekat patah hidung tau? Kau kalau tak pandai bawak kereta, jangan bawak kereta. Jangan menyusahkan orang lain!"
Si pemandu terdiam.
Kasyaf yang keluar bersama Danny mendekati Aman, "Dahlah tu. Benda dah jadi, Aman!"
Danny yang menggosok bahu Aman memandang si pemandu, "Eh, Pijah!"
Pijah ukir senyum paksa. Wajahnya memerah menahan malu akibat ditengking Aman, "Sorry, Abang Danny!"
"Tak apa! Tak apa!" Danny sengih serba-salah. Dia pun ikutkan turun kereta sebab nak marah tapi bila dia ternampak Pijah, dia rasa tak jadi nak marah, "Pijah okey?"
Pijah mengangguk, "Sorry sekali lagi!" Tanpa menunggu balasan tiga jejaka itu, Pijah terus memecut pergi.
"Nasib baik dia adik PG kau tau?! Kalau tak..."
"Kalau tak apa, Aman? Kau nak pukul dia?" Tanya Kasyaf.
Danny yang masih menggosok bahu Aman terpandang sesuatu yang ada di tepi jalan, "Dia berhenti mengejut sebab kucing tu agaknya!"
Kelihatan seekor kucing betina sedang menggonggong anaknya melintas jalan menuju ke sebuah kedai makan.
Serentak Kasyaf dan Aman berpaling ke arah yang disebut Danny.
Kasyaf hela nafas, "Malu dia, Aman... kena marah dengan kau. Memang dia salah tapi boleh je tegur dia baik-baik."
Aman turut sama menghela nafas. Kata-kata Kasyaf menusuk ke hatinya. Betul... kenapalah aku tak tegur dia baik-baik? Kenapalah nak marah-marah?

“Radzi...”
“Hmm...” Radzi menyahut tanpa mengangkat wajah memandang Danny.
“Aku nak tanya ni.”
“Tanya ajelah! Sejak bila kau pandai mintak kebenaran nak tanya apa-apa?”
Danny sengih sebelum dia bersuara kembali, “Kau kan... betul ke tak pernah ada girlfriend?”
Radzi mengerutkan dahinya dengan soalan Danny, “Hah?”
“Tak adalah. Aku curious. Kau ni boleh tahan kacak tapi taklah sekacak aku!” Ujar Danny dengan nada bersahaja, “Senang cakap kau ada pakej lengkap kot. Rajin, pandai, kacak... kau ada semua benda yang perempuan nak.”
“Ye sangat kau tu!”
“Betullah...” Danny sengih lagi, “Tapi... kenapa kau tak ada awek? Kau sendiri pun jarang nak cerita pasal perempuan.”
“Kasyaf pun tak ada cerita pasal perempuan.”
“Kasyaf tu android!” Balas Danny sebelum ketawa, “Mati aku kalau dia tau aku cakap dia macam android!”
Radzi ketawa lalu menggeleng, “Nasib baik dia bukan satu course dengan kita.”
“Wei, jawablah soalan aku...”
Radzi hela nafas, “Kau tau kan... aku anak yatim piatu. Opah aku dengan arwah tok ayah aku yang bela aku sejak kecik.”
Danny angguk.
“Aku rasa macam aku tak layak nak cakap pasal benda-benda berkaitan relationship ni. Opah aku priority aku sekarang. Lagipun, aku ni mana ada harta apa-apa. Basikal buruk aku tu je yang aku ada, mana ada perempuan pandang aku yang pergi kelas pun naik basikal. Nak mewah sikit pun, tumpang kau.”
“Ala, tapi takkan kau tak pernah minat sesiapa langsung?”
Radzi senyum sebelum dia memejamkan matanya. Satu bayangan gadis berpakaian seragam sekolah melintas di fikirannya, “Tipulah kalau tak ada...”
“Serius?”
Radzi angguk sebelum bersuara perlahan, “Tapi macam aku cakap, aku ni tak ada apa-apa... dia pun tak pandang aku.”
“Kalau aku ni perempuan kan... dah lama aku mengorat kau! Muka handsome, badan katang. Aum...” Danny buat gaya gedik sambil tangannya membelai belakang tangan Radzi. Cuba mengubah suasana muram yang terjadi.
“Palaotak, Danny! Geli, bongok!” Radzi menepis tangan Danny sebelum dia menyepak kaki Danny di bawah meja.
“Sakitlah, setan!” Danny mengaduh kesakitan.
“Haa... tau pun sakit! Siapa suruh kau buat gaya gay kau tu!” Radzi ketawa, “Kau, Danny... takkan tak ada perempuan yang kau suka?”
“Tak ada!” Danny laju menggeleng.
“Ye ke?” Radzi senyum senget, “Jihan tu?”
“Ish, aku dengan dia kawanlah! Dari tahun satu ke tahun tiga, tak habis-habis gosip aku dengan Jihan!” Danny ketawa, “Jihan pun tak gila lagi nak suka aku yang dia kenal sejak kecik ni.”
“Mana kau tau dia tak suka kau?”
“Aku taulah. Aku kawan dia kot...” Danny menekankan perkataan kawan pada Radzi, “Sudah! Aku nak beli air. Dahaga! Kau nak tak?”
Radzi angguk, “Beli air mineral je kat aku.”
“Okey!” Danny bangun dari duduknya sebelum dia melangkah ke kedai runcit yang berada tidak jauh dari tempat dia dan Radzi duduk tadi.

“Pijah... aku nak pergi toilet kejap! Kau tunggu kat dalam kereta dulu, boleh?”
Pijah mengangguk, “Okey! Aku pun nak pergi beli buah dulu.”
“Okey! Tunggu tau! Jangan kau balik sudahlah!”
Pijah ketawa, “Kau nak aku kena bunuh dengan along ke tinggal kau kat library?”’
Elin tunjuk penumbuk sebelum dia berlalu pergi ke bilik air. Pijah pula melangkah mendekati sebuah gerai kecil yang menjual buah-buahan dan gula-gula.
"Jambu batu satu ye, cik!"
"Seringgit je dik!"
Pijah terkocoh-kocoh mengeluarkan purse yang ada di dalam beg.
"Asam nak dik?"
"Nak... nak..." Pijah angguk dalam kekalutan.
"Nah, dua ringgit cik untuk tembikai ni dengan duit untuk jambu batu saudari ni!" Plastik berisi tembikai ditunjuk.
Pijah spontan angkat muka! Ni bala apa pulak ni? 
Baru mak cik gerai nak capai duit yang dipegang Aman, suara Pijah lebih laju menegah, "Tak payah ambik, cik. Ambik seringgit je. Saya bayar sendiri untuk jambu batu saya."
"Orang kalau nak belanja jangan tolak, saudari."
"Saya tak minta pun abang Aman belanja saya. Saya ada duit sendiri."
Mak cik gerai dah mengerutkan dahi. Eh, budak ni boleh lawan siapa nak bayar depan kedai aku pulak! Spontan, mak cik gerai mencapai duit yang dipegang Aman lalu dia memandang Pijah, "Orang nak belanja dik, terima aje!"
Pijah ketap bibir. Dia masih lagi terasa dengan Aman. Sesuka hati dia je nak marah-marah orang. Dua kali pulak tu! "Tak apalah mak cik. Mak cik bagi je jambu batu tu dekat saudara ni. Tiba-tiba rasa tak nak makan!"
Aman tercengang melihat Pijah yang dah berlalu. 
Mak cik gerai menggeleng sebelum menghulur plastik berisi buah-buahan yang dibeli tadi kepada Aman, "Orang perempuan kalau merajuk memang macam tu. Pergilah pujuk! Sabar sikit, jangan marah-marah pulak!"
Aman tersengih saja sebelum menyambut huluran mak cik gerai itu. Mak cik ni ingat kami couple ke apa?! "Saya beli cik!" 
Dan tak menunggu lama, dia laju berlari mahu mengejar langkah Pijah yang makin menjauh.
“Hoi, Aman!”
Mendengarkan namanya diseru, membuatkan dia berhenti berlari sebelum berpaling ke belakang. Danny dan Radzi menjungkit kening memandangnya. Aman mengeluh. Plastik berisi buah jambu batu dipandang sekilas sebelum dia mengeluh lagi.

p/s: Siapa yang paling anda suka dalam lima mangkuk sengal ni?

10 comments:

  1. nice kak. bestt. hahaaha, semua lima mangkuk gilagilaa. semua besttt. seronok tgk friendshipp kaum adam nii yee . :)

    ReplyDelete
  2. Mestilah Kasyaf... Best citer 5 mamat sewal ni... Ade je yg nk dibahankan.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  3. Betullah... 5-5 best dgn kesengalan masing2
    -Azzna -

    ReplyDelete
  4. Suka semua lima2 tu..haha klau tak cukup salah sorg mcm x lengkap gitu..

    ReplyDelete
  5. suka semua , semua sengal2 bongok2 loklak2 .. x bole nk pilih sapa jdi nk pilih semua je.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Best sis. Teringat kisah jejaka2 kacak dlam cerita coffee shop tu. ��

    ReplyDelete
  7. After accident... then... story about.location?... tutup kedai runcit ok but aku hilang relocate location. Hihi. Or saya yg tak berapa nak pandai baca

    ReplyDelete
  8. Semua 5 mamat tu saya minat πŸ˜‚ belaka kelakor dan sengal😁❤

    ReplyDelete