Sunday 29 March 2015

[Mini Novel] FLY (BAB 20)

Nuha dan Elly memandang saja Johanna mengemas beg pakaiannya. Sejak dari peristiwa dalam bilik pengetua itu tadi, Johanna masih tidak bersuara. Sebaik saja waktu persekolahan habis, mereka terus bergegas pulang ke bilik untuk berjumpa Johanna.
“Jo...” Elly mendekat Johanna yang sudah siap menggalas beg di bahunya.
Johanna ukir senyum, “Jangan rindukan aku.”
Nuha menunduk. Johanna masih mengukir senyum walaupun hatinya sudah rabak dek peristiwa tadi. Tanpa sedar, bahunya sudah terhincut-hincut. Nuha menangis!
Johanna yang terdengar esakkan Nuha terus memeluk bahu Nuha, “Janganlah teriak macam ni. Aku kena gantung sekolah aje, bukannya aku kena buang sekolah terus. Relakslah.”
Tak semena-mena, bahu Johanna ditumbuk Nuha! “Mulut tu jaga sikit! Hang tau dak kata-kata tu satu doa!”
“Tau,” balas Johanna sambil tersenyum. “Kau janganlah sedih sangat, Nuha. Anggap aje aku pergi bercuti.”
Elly tersenyum tiba-tiba, “Kau ni, Nuha! Aku ingatkan kau minah kental, rupa-rupanya minah leleh!”

Sekali lagi tumbukan Nuha melayang namun kali ni di bahu Elly pula, “Mengata kat aku!”
Serentak mereka bertiga ketawa. Nuha mengesat air matanya, “Jo, be strong!”
“For sure, I will!” Ujar Johanna, dengan senyuman sebelum dia memeluk Nuha. Diikuti dengan Elly. Mereka yang masih di sisi dia.
“Kau tak nak peluk aku, Jo?”
Serentak mereka bertiga berpaling ke muka pintu. Nida berdiri tegak. Wajahnya memerah, nafasnya sedikit mengah. Mungkin dia berlari agaknya.
Johanna pandang Nida, “Kau sudi ke peluk aku, Nida? Aku jahat kot!”
Nida ketap bibir, “I’m sorry! Aku tahu aku tak patut ragui kau. Maafkan aku.”
Johanna ukir senyum sebelum dia berjalan mendekati Nida, “Maafkan aku jugak, Nida.”
Nida tersenyum. Pandangannya sudah kabur. Air mata sudah memenuhi kolam matanya, “Kosong-kosong, ya?”
Johanna mengangguk sebelum dia dan Nida saling berpelukan, tanda pendamaian.
Nuha dan Elly sama-sama mengukir senyum sebelum mereka turut sama memeluk Nida dan Johanna, “Group hug!!”

Kereta yang dinaiki tiga beranak itu sunyi sepi. Yang hanya ada cumalah suara celoteh penyampai radio. Johanna menyarung headphone ke telinganya. Lagu Basket Case- Green Day berkumandang kuat di telinganya. Wajahnya dibiarkan kosong tanpa riak.
Encik Suffian memandang wajah Johanna melalui cermin pandang belakang keretanya. Wajah kosong Johanna buat dia rasa geram. Johanna tidak pernah meluahkan apa yang dia rasa, sebaliknya dia lebih senang mengekalkan wajah tanpa perasaan untuk tatapan ibu bapanya.
“Kenapalah Pia tak boleh jadi seperti Jihan?” Keluh Encik Suffian tiba-tiba.
Puan Suhana yang mendengar keluhan Encik Suffian, kalih memandang suaminya itu, “Sebab Pia bukan Jihan, bang.”
“Kita ada dua anak perempuan tapi kenapa perangai yang ini tak ubah seperti lelaki? Saya dah tak tahu nak letak muka di mana bila semua orang tahu tentang Johanna. Saya malu, Ana.”
Johanna yang menyedari ibu bapanya sedang berbual terus memperlahankan volume lagu yang berkumandang dari headphone miliknya.
“Mungkin salah didikan kita pada dia...”
Encik Suffian tersenyum sinis, “Salah didikan kita atau dia yang keras hati tak mahu menerima kesalahan sendiri?”
“Abang tengah cakap tentang diri abang sendiri ke?”
“Ana!”
Puan Suhana mengeluh, “Cukup-cukuplah kita bezakan kasih sayang kita pada Pia dari adik-adiknya. Dah berapa lama kita tak berikan perhatian pada dia? Abang ingat bila kali terakhir abang berbual dengan Pia? Cukuplah setakat ini kita pinggirkan Pia. Dia jadi macam ni, sebab kita. Salah kita.”
“Jadi Ana kata semua yang jadi ni salah kita?”
Puan Suhana mengeluh. Dia kalih ke belakang. Wajah Johanna masih beriak kosong, “Abang sedar tak perangai Pia tu macam abang? Cara dia, gaya dia, kelakuan dia. Semuanya dia ikut perangai abang.”
“Habis Ana nak salahkan abang?”
“Payahlah cakap dengan abang ni. Asyik abang aje yang nak betul.”
Encik Suffian diam tak membalas. Sekali lagi dia mengerling ke arah Johanna melalui cermin pandang belakang.
Johanna masih memaparkan riak kosong. Di dalam hati? Tiada siapa tahu.

Johanna memeluk erat tubuh Jehan yang menerpa ke arahnya sebaik saja dia masuk ke dalam rumah.
“Kak long!” Jehan menjerit kesukaan.
“Big boy!” Johanna mengusap lembut rambut lebat milik Jehan.
“Kak long balik sebab rindu adik ke?”
Johanna mengangguk, “Mestilah! Kak ngah mana?”
“Kak ngah ada kelas violin,” Jehan sengih sebelum tangan Johanna ditarik, “Kak long, jom main PS2. Adik ada game baru...”
“Adik, bagi kak long rehat dulu. Kak long baru sampai kan?” Tegur Puan Suhana.
“Ala...” Jehan buat muka sedih.
“Adik bagi kak long setengah jam boleh? Kak long nak mandi dulu, nak solat dulu. Okey? Lepas tu kita main game sama-sama, okey?”
Jehan mengangguk lemah, “Okey...”
“Ha, macam nilah adik kak long!”  Johanna mengusap rambut Jehan sebelum dia menarik tangan Jehan bersama dengannya naik ke tingkat atas rumah banglo itu.
Puan Suhana memerhatikan langkah Johanna dan Jehan itu. Dia mengeluh perlahan. Johanna Sofea, kenapa begini sekali jadinya kamu, nak?”

Suasana makan malam di rumah banglo dua tingkat itu sunyi dan sepi. Jihanna yang tak tahu apa-apa hanya mengikut suasana itu. Sebenarnya, dia masih lagi tertanya-tanya mengapa Johanna ada di rumah dan bukannya di sekolah.
“Lepas dinner ni, daddy nak jumpa Pia dan Jihan. Jehan, naik atas baca buku.”
Jehan angkat kening, “Kenapa daddy tak nak jumpa adik sekali?”
“Hal orang-orang tua, sayang,” ujar Puan Suhana sebelum tersenyum memandang Jehan yang nyata masih keliru.
Jehan mengangguk.
Johanna pula tenang menyuap nasi. Dia tahu apa yang ingin dikhabarkan oleh Encik Suffian. Pastilah dia mahu meninggikan Jihan dan merendahkan dia. Dia tahu, sangat. Perlahan dia mengeluh.
Jihanna yang mendengar keluhan Johanna kalih memandang kakaknya itu. Wajah Johanna tenang namun dia dapat rasakan ketenangan Johanna bakal berkocak sebentar lagi.

“Kenapa Pia mencuri?” Tanya Encik Suffian sebaik saja mereka semua berkumpul.
Jihanna terus kalih memandang Johanna. Dia nyata terkejut. Johanna masih tenang saja riak wajahnya. Langsung tidak terkesan dengan pertanyaan itu.
“I didn’t do it!”
“Jadi macam mana purse tu boleh ada dalam beg Pia?” Puan Suhana pula bertanya.
“I don’t know!” Balas Johanna.
“Johanna Sofea, jawab soalan daddy dan mummy dengan serius!”
“I am serious! Pia tak curi purse tu dan Pia tak tahu macam mana purse tu boleh ada dalam beg Pia. Sejahat-jahat Pia, Pia tak akan ambil hak orang lain.”
“Kenapa Pia pukul kawan Pia tu?” Tanya Encik Suffian, keras.
“She is not my friend!”
“Pia ni kenapa suka cari musuh? Dari sekolah lama ke sekolah baru! Tak boleh ke sekali Pia senangkan hati daddy dengan mummy?” Puan Suhana bersuara lagi, kali ini suaranya lebih tegas.
“Pia, kenapa Pia tak boleh jadi macam Jihan? Ni tak, bergaduh sana sini. Lagi sebulan nak SPM, kena gantung seminggu. Nasib baik seminggu, kalau kena gantung dari terus buat SPM?" Tambah Puan Suhana, cuba untuk menyedarkan Johanna.
Johanna hanya senyap namun hatinya makin sakit.
“Kalau kena gantung dari buat SPM, biar padanlah dengan muka dia. Tak pernah nak senangkan hati mak bapak. Dia lumur arang lagi adalah," ujar Encik Suffian pula.
Johanna pandang Encik Suffian dan Puan Suhana, “Kenapa daddy dengan mummy benci sangat dengan Pia?"
Senyap. Encik Suffian tersentap. Puan Suhana tersampuk bisu.
“Whatever I do, mummy dengan, daddy tak pernah nampak. Kelebihan Pia, mummy dengan daddy perlekehkan. Kekurangan Pia, kesalahan Pia, semua mummy dengan daddy nampak. Teruk sangat ke Pia ni? Kurang sangat ke Pia depan mata mummy dengan daddy?"
Jihanna pegang tangan Johanna. Bagai memberi kekuatan. Kesian kak long...
“Depan adik-beradik mummy, depan adik-beradik daddy, mummy dengan daddy asyik membandingkan Pia dengan Jihan. Jihan serba-serbi sempurna, Pia serba-serbi kurang. Semua Pia buat tak pernah betul. Selalu salah. Semua yang Jihan buat, semua betul, semuanya sempurna. Kenapa mummy dengan daddy tak pernah pandang Pia macam mummy daddy pandang Jihan? Betul ke Pia ni anak yang paling tak senangkan hati mummy daddy?"
Sunyi sepi. Soalan Johanna dibiarkan di situ, tak berjawab. Johanna bangun dari duduknya, “Pia janji. Kalau Pia dapat tawaran universiti mana-mana nanti, Pia akan keluar dari rumah. Tak payah mummy daddy rasa serabut sangat dengan kehadiran Pia ni. Biar senang sikit hati mummy dengan daddy."
Jihanna terus bangun, “Kak long!"
Johanna senyum tawar dan terus berlalu dari ruang tamu. Dia sendiri pun dah tak hadap nak duduk dalam rumah banglo besar ini. Besar tapi isinya kosong dan sunyi!

Johanna duduk di balkoni biliknya merenung langit. Tiada sebutir bintang pun yang ada ketika itu. Nafasnya dihela panjang. Kenapa dulu dia dilahirkan andai hari ini kedua ibu bapanya bagai menyesal mempunyai dia sebagai anak? Kenapa dulu dia ditatang penuh kemanjaan andai hari ini dia ditendang dengan kata-kata yang menyakitkan?
“Kak long?”
Johanna kalih. Jehan berdiri di pintu biliknya dengan tangan kanannya memeluk model figura Kamen Rider. Johanna ukir senyum, “Yes?”
“Can I sleep with you? Adik rindu nak dengar kak long dodoikan adik.”
Johanna mengangguk sebelum menggamit Jehan agar mendekati dirinya.
Jehan mendekati kak longnya di balkoni sebelum dia duduk di sisi kakak sulungnya itu. Kepalanya disandarkan pada lengan Johanna, “Kenapa kak long macam sedih aje?”
“Mana ada. Kak long okey ajelah,” rambut Jehan diusap lembut sebelum pipi Jehan ditarik, “Makin tembam ni. Makan banyak eh?”
“Mak Pah masak sedap sangat!” Jehan ukir sengih. “Kak long... kak long tak balik sekolah asrama dah kan? Kak long stay dengan adik aje kan lepas ni?”
Johanna senyum lalu dia menggeleng, “Kak long cuti seminggu aje, adik. Hari Ahad depan, kak long dah balik sekolah balik.”
“Ala...” Jehan buat muka sebelum dia kembali ukir sengih, “Tak apa. Lambat lagi kan hari Ahad nak sampai?”
Johanna mengangguk sambil tersenyum.
“Kak long...”
“Ya?”
“Kak long tahu kan adik sayang kak long?”
Johanna memeluk bahu Jehan sebelum mengangguk, “Tahu dan kak long pun sangat sayangkan adik.”

Nuha merenung kosong katil milik Johanna yang sudah dua hari kosong tidak berorang. Satu keluhan dilepaskan.
“Nuha, kau okey?” Elly yang sedang mengemas almari memandang Nuha.
“Aku rindu Jo,” ujar Nuha, perlahan. “Hang tak rindu dia ka? Aku semacam dah terbiasa dia ada depan mata tapi bila dia tak dak, aku rasa sunyi.”
“Aku pun rindu dia. Rindu nak dengar dia main gitar,” ujar Elly sebelum duduk di sebelah Nuha. Gitar milik Johanna dipandang sebelum dia turut mengeluh.
Nida yang baru selesai sembahyang sunat memandang mereka berdua, “Aku pun rindu Jo.”
“Woi, sembahyang khusyuk ka dak hang ni?! Menyampuk!” Nuha membaling bantalnya pada Nida sebelum ketawa.
Nida ketawa! “Aku dah habis sembahyanglah tadi! Aku tengah doa waktu korang cakap pasal Jo.”
“Agak-agak Jo kena marah tak dengan parents dia?”
Nida jungkit bahu. Nuha mengeluh. Mindanya teringat semula peristiwa di mana dia sendiri melihat betapa kuatnya Johanna ditampar oleh ayahnya.
“Lebih dari marah. Tadi siang, kat dalam bilik pengetua... depan mata aku, Jo kena tampaq. Dua kali!” Ujar Nuha, perlahan.
“Kenapa daddy Jo macam tu?”
Nuha angkat bahu, “Aku pun tak tau. Gaya dia macam marah sangat pada Jo.”
“Aku rasa daddy Jo sayang aje pada Jo cumanya dia tak tahu nak zahirkan sayang dia pada Jo and at the same time, dia letak expectation tinggi dekat Jo,” luah Elly, memberikan pendapat.
“Nida...” Panggil Nuha, perlahan.
“Hmm?”
“Waktu hang jumpa purse Jo hari tu. Apa hang rasa?”
Nida ukir senyum tawar, “Entahlah. Aku rasa... terkejut! Sebab aku tak jangka nak jumpa purse tu dalam beg Jo.”
Nuha dan Elly sama-sama turun dari katil lalu mereka terus bersila, mengadap Nida. Nuha pandang Nida, “Then?”
“Waktu tu, aku cakap pada diri aku. Tak mungkin Jo yang buat. Tak mungkin Jo nak ambik purse Rena. Jo bukan anak orang susah. Duit yang mummy dia bagi, dia tak pernah guna. Aku pernah nampak dia simpan dalam almari dia. Selalunya kalau Jo berbelanja, banyak dia guna duit yang dia simpan dalam bank itupun dia bukan berbelanja sangat. Paling banyak dia beli pun, jajan dekat koop bawah.”
Elly dan Nuha mengangguk, bersetuju dengan kenyataan Nida. Mereka pun tau yang Johanna tak guna duit yang mummy dia bagi. Johanna lebih senang menggunakan duit simpanannya yang dia ambil dari mesin ATM yang ada di pejabat sekolah. Bila mereka tanya dari mana dia dapat duit simpanan itu, dia kata duit tu arwah atuknya yang simpan untuk dia.
“Lepas tu, apa jadi?”
Nida senyum sinis sebelum menggeleng, “Lepas tu, orang sekeliling aku mula menuduh Jo bukan-bukan dan aku pun entah macam mana boleh terpengaruh dengan cakap-cakap kosong dia orang tu. Sungguh aku kesal.”
Elly menepuk belakang Nida beberapa kali, “Ala, benda dah lepas. Jo pun tak kisah dan dia pun dah maafkan kau.”
“Itulah! Jo tu, walaupun kasar dan kadang-kadang cakap lepas, hati dia baik.”
Nuha dan Elly mengangguk. Ya, Johanna memang mempunyai hati yang baik, kontra dengan perangainya.
 p/s: eh? Dah habis? Mana part sedih Jo? Hahaha! Panjang sangat kalau buat part sedih dalam bab ni. Part sedih tu ada dalam bab 21. Bila boleh baca part tu? Lepas buku terbitlah kot... hehe :D

20 comments:

  1. Erk... :( ingatkan habis di blog..

    ReplyDelete
  2. hbiskan di blog..

    ReplyDelete
  3. Ala. .lambat ke nak keluar

    ReplyDelete
  4. Ok...nangis baca...tambah rse nak nangis sbb xhbis dkt blog...huhuhu

    ReplyDelete
  5. La bkn mini novel ke ??Patutny habis di blog...Bila nk keluar ?

    ReplyDelete
  6. Ok.. If that's the case knela cpat2 yang? Dh xsabar nk baca kisah Jo ni..

    ReplyDelete
  7. Kesiannye . But . One day . Jo akan menjadi anak harapan tanpa ibu n ayah jo .. mse mereke susah . jo la yg akan tlong mereke .. then kat situ la baru mereke sedaq .. sabaq nah jo .. sedeh la tgh ang ni jo .. banyak sedeh dri happy .. 😃
    Tq kak .. akak selalu buat kami rase mcm2 perasaan bila bca .. nnti rinduu .. xsabaq nak tnggu buku .. tq nah .. semoga dipermudahkan segalanya nah .. iloveu kak .. muahh . Hihi😍😘😚😉😀

    ReplyDelete
  8. Sis bukan sepatutnya cite ni habis di blog aje? Huhu. Ke saya salah fhm? Erm. Anyway thanks 4 this n3. :'(

    ReplyDelete
  9. kata janji ni mini novel..knp tiba2 bukukan plk?hmmm..ok..klau mcm tu wish slmt tinggallah kat fly..bye jo n hadi..

    ReplyDelete
  10. Igt abis di blog.. lama tgu kesudahan dia

    ReplyDelete
  11. kmi dah lma tunggu fly...pngikut setia lah..smua sgka ni mini novel...rupanya2 novel ke..hmmm..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pernah beritahu yang saya tak pasti sama ada fly akan jadi full novel atau mini novel. Pada yang jelas marah dan terkilan, saya minta maaf. mungkin khilaf saya yang tak peka dan tak beritahu pada semua. Maaf sekali lagi atas kekhilafan dan salah faham yg berlaku. Yang betul-betul saya janji habis di blog adalah cerita Untuk Seminggu Saja. Maaf sekali lagi.

    ReplyDelete
  13. Huhuhu. Ye ke sis? Sy pun mntak maaf kalau komen sy mcm menekan sis. Pepun.. all the best utk setiap karya sis. Moga terus seccess dan menjadi penulis trbaik! :) maaf salah silap jugak.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Akak. Best novel ni. Tapi saya lagi suka kalau bukan Hadi yang jadik hero. Mungkin ada someone dari masa depan Jo. Someone yg dia akan jumpak suatu hari nanti. Kawen dengan kawan satu sekolah tak best sangat la. Hehehe.

    ReplyDelete
  15. Thanks najwa:-) mmg best sgt2.. X sbr tunggu smbungan kisah iman & lily :-D

    ReplyDelete
  16. Nice! Bila novel akan terbit kak? ke dah keluar? good luck kak! Saya suka!

    ReplyDelete
  17. Akak najwa!!! Novel akak serious la best. Feeling bila baca. Akak bila nk terbitkan novel nie? Saya teruja+excited+tertanya2 apa yg jadi dkat Jo.

    ReplyDelete
  18. Spoil lah najwa ni....
    Baru nak meleleh,dah habis pulak....

    ReplyDelete