Monday 6 October 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 10)

“Jo...” Bahu Johanna yang mengerekot digoncang perlahan, “Bangun, Jo! Dah subuh.”
Johanna diam tak berkutik. Nuha mengeluh. Liat Ya Rabbi! Bahu digoncang lagi, lebih kuat dari tadi. “Johanna, bangun...”
Johanna menggerakkan sedikit badannya lalu mata dibuka perlahan, “Nuha...”
Mata Nuha yang terasa payah nak dibuka tadi terus terbuntang luas, “Jo, seraknya suara hang!”
“Perit tekak,” balas Johanna, pendek.
“Hang demam ka?” Dahi Johanna dipegang, “Ya Allah! Panaihnya! Hang demam ni, Jo!”
Johanna sengih. Tangan Nuha dikepalanya ditepis, “Biasalah ni. Panas sikit aje. Dahlah, jom siap. Jom kejar pahala.”
Nuha mengeluh, “Hang nak tukaq topik.”
Johanna berdiri sambil tangan memegang dinding chalet. “Bukan tukar topik tapi malas nak berbahas benda tu dengan kau.”
“Hang boleh ka jalan ni? Kalau rebah macam mana?” Nuha pimpin Johanna yang nampak macam orang baru balik dari kelab malam. Terhuyung-hayang macam mabuk.
“Kalau rebah...” Johanna sengih senget lalu dia pandang Nuha, “Kaulah angkat aku!”
Nuha buat muka. Bahu Johann ditepuk-tepuk, “Tak kuasa aku! Hang rebah, memang aku panggil Hadi!”
Johanna yang sudah tiba di muka pintu bilik air buat muka dan dia berpaling pada Nuha, “Panggil dia buat apa? Dari rebah tak sedarkan diri, terus sedar! Nightmare!”
Tanpa menunggu balasan dari Nuha, pintu bilik air ditutup. Nuha sengih keji. Nightmare konon, kalaulah hang tau si Hadi tu dah buat pernafasan mulut ke mulut dengan hang... confirm pengsan tak mau bangun dah! Hahaha!

Rata-rata pelajar perempuan yang ada di saf tidak melepaskan peluang melihat Johanna yang lengkap bertelekung. Rare gila tengok Johanna pakai telekung! Tapi orang yang menjadi perhatian tak berapa nak larat makanya, kepalanya direbahkan di atas bahu Nida.
“Jo, okey tak ni, Nuha?” Nida pandang Nuha.
Nuha jungkit bahu, “Dia kata okey tapi badan panas macam gurun sahara. Tu pun gagah lagi nak mandi pagi-pagi buta ni. Kalau aku, memang daklah! Sejuk amat!”
Elly ketawa namun masih terkawal, “Kau punya hiperbola... bukan main!”
“Jo, kau sedar tak ni?” Nida menjungkitkan sikit bahunya. Konon nak bagi Johanna terjaga.
“Sedar. Nuha mengata suhu badan aku pun aku dengar.”
“Aku bukan mengata. I’m just stating the obvious,” balas Nuha sambil tersengih. Dengaq saja.
“Korang diam sikit, boleh tak!”
Sengihan Nuha terus mati. Elly yang nak ketawa lagi pandang ke arah yang menegur. Nida turut memandang ke arah yang sama. Johanna angkat kepala yang tadi berehat atas bahu Nida lalu pandang ke suara tadi.
“Korang tak belajar hormat orang lain ke?” Rena menjeling ke kumpulan Johanna dan kawan-kawan.
Johanna hela nafas. Haih, minah ni! Subuh-subuh pun nak cari masalah dengan aku, “Sebelum tegur kita orang, kau tegur dulu dua manusia kat sebelah kau yang dok terkekeh-kekeh macam toyol gelak tu. Jangan cakap dengan kami pasal hormat kalau kau tak pandai nak ajar kawan-kawan kau maksud H.O.R.M.A.T. tu!”
Rena buat muka lalu Moni di sebelahnya disiku sebelum dia kembali memandang Johanna, “Puas?”
Johanna senyum segaris sebelum kembali mematikan senyumanya, “Nope!”
“Just shut up, Johanna!” Ujar Rena, keras.
“Back at you...” Johanna sengih keji, “...bitch!”
Serentak, pehanya terasa dicubit dan dia terus berpaling ke tepi. Nida menjegilkan mata. Johanna sengih, “Ala... terlepaslah!”
Nuha dan Elly tekup mulut, tahan ketawa. Johanna... Johanna... bila datang angin mengada dia, dia keluar sisi dia yang satu lagi. Comel!

Johanna turun dari pangkin besar yang dijadikan surau itu dengan penuh hati-hati. Elly dan Nida sudah bergerak ke khemah mereka. Saat Johanna nak menyarung selipar ke kakinya, badannya terasa dirempuh dari belakang. Nuha yang berdiri di sisi Johanna sempat memegang tangan Johanna, menghalang Johanna dari jatuh ke tanah.
“Hang buta ka apa, Rena? Jalan tak reti guna mata?”
Rena senyum sinis, “Sorry, aku jalan guna kaki. Bukan mata.”
Johanna pandang Nuha, “Tak apalah, Nuha. Orang tak tahan nak berak, macam tulah! Semua benda dah tak nampak. Tambah kalau jenis cirit tu, haruslah kalut lebih sampai semua orang dia nak rempuh.”
“Apa maksud kau?!” Rena tuding jari ke muka Johanna.
Johanna pandang Rena dengan wajah tak bersalah, “Aku tak sebut nama kau, Rena. But as usual, kalau kau terasa... kau ambiklah!”
“Urghh!!”Rena menghentakkan kakinya sebelum berlalu. Benganglah tu!
Johanna sengih jahat pada Nuha sebelum menyarung seliparnya dan terus beriringan berjalan ke chalet mereka.
“Nuha!”
Langkah Nuha terhenti lalu dia berpaling. Johanna yang tadi berjalan laju turut menghentikan langkahnya dan berpaling.
D.O. yang nak tanya pada Nuha mana Johanna terus jatuh rahang. Hadi yang tadi bersembang dengan Azfan turut sama terkelu.
“Hang pasaipa D.O.?” Nuha jungkit kening. Gaya tersampuk bisu nampak aku pasaipa? Lawa sangat ka? Ada rupa Erra Fazira ka aku ni?
D.O. menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kalau Nuha in telekung is super sweet, Johanna in telekung is super duper sweet!
Nuha jungkit bahu lalu terus dia tarik tangan Johanna, “Jom blah! D.O. gila kot!”
Johanna ketawa, “Dia gilakan kau kot!”
Nuha buat muka, “Tumbuk mau?”
“Eleh, macam kau sorang reti bertumbuk!”
Nuha ketawa, “Of course!”

Johanna membetulkan letak hoodie di kepalanya. Kesejukan yang dialami terasa meresap hingga ke tulangnya.
Gigilan badan Johanna membuatkan Hadi yang baru melabuhkan punggung atas kerusi di sebelah Johanna mengangkat kening. Ni apahal dah budak ni? Menggigil semacam aje. Pagi tadi okey aje...
Hadi masih ingat lagi peristiwa selepas solat subuh tadi. Dia, D.O. dan Azfan terkaku beku bila melihat Johanna memakai telekung. Johanna yang kasar tu nampak comel. Yes, comel dalam telekung pagi tadi. Entah bila pulaklah dapat tengok Johanna macam tu lagi.
Johanna dikerling sekali lagi. Jelas di matanya yang badan Johanna terketar-ketar seperti orang gian dadah, “Johanna...?”
Johanna mengerling Hadi sekilas sebelum dia kembali menutup mata. Tekak terasa lebih perit tadi pagi tadi buat dia terus tak nak bercakap.
“Johanna...” Hadi memanggil Johanna lagi. Wajah Johanna yang pucat mengundang resah dalam hatinya, “Kau okey tak ni?”
Johanna mengerling Hadi lalu dia mengangguk.
“Dah kenapa menggigil macam orang gian aje ni?"
“Se... juk..." separuh terketar, Johanna bersuara.
Hadi mengeluh. Ni mesti sebab Johanna lemas semalam, “Demam?"
Johanna menggeleng.
Spontan tangan Hadi naik ke dahi Johanna. Tiba-tiba, tanpa dirancang! “Tak demam kebendanya! Panas gila!”
Johanna hanya menjeling. Over gila! Panas biasa aje pun, “Biasa ajelah!”
“Itulah! Orang kalau dah lemas, berehat! Bukan bersuka-ria, berembun sampai tengah malam,”
“Kau pernah dengar orang masuk hospital sebab membebel?” Tanpa nada, Johanna bersuara. Bising! Orang sakit kepala biasa-biasa, boleh kena migrain dengar dia ni membebel!
 “Tengah sakit pun ada hati nak mengugut orang,” Hadi menggeleng, “Kejap. Aku bagitahu Cikgu Lah kat depan!"
Baru Hadi nak bangkit, tangan Johanna lebih laju memegang lengan Hadi, “Tak payahlah. Kejap lagi okeylah ni. Kau tolong tutup aircond kat atas ni je."
Hadi menggeleng. Degil! Hatinya merungut namun tetap dia tutupkan lubang aircond seperti Johanna mahukan. Sweater yang tersarung di tubuhnya dibuka lalu dia letakkan di atas tubuh Johanna. Kemudian beg galasnya dibuka, sepapan panadol dikeluarkan lalu sebiji diambil. Air mineral milik Johanna turut dia ambil, ”Makan panadol ni dulu."
Johanna ambil panadol yang ditangan Hadi lalu disuap terus kedalam mulutnya. Air mineral diteguk sikit sebelum dia menghulurkan semula botol itu kepada Hadi.
Johanna kemudian memejamkan matanya dan perlahan dia menggumam, ”Terima kasih, Hadi."
Hadi mengeluh lalu kepala Johanna ditarik dan dijatuhkan ke bahunya, “Kasih diterima, Johanna..."
Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang sedang berbara memerhatikan mereka berdua.

“Aku dah cakap! Hang degil!” Nuha mula membebel saat memimpin Johanna turun dari bas sebaik saja bas berhenti di Dataran Karisma, “Ni hang balik macam mana ni?”
Johanna jungkit bahu, “By bus kot! Rumah aku dalam bandar ni jugak. Not a problem.”
“Not a problem apa? Problem besaq kot! Hang demam,  jalan macam orang mabuk and still hang cakap it’s not a problem?”
Johanna sengih, “Chill, Nuha! People know me well in this town.”
“Hang pernah dengaq orang cakap, jangan berlagak?”
Johanna masih sengih. Ni satu lagi spesies kuat membebel! “Dah, hang nak aku buat macam mana?”
“Aku telefon ayah hang, noh?”
Sengihan Johanna mati lantas dia menggeleng, “Tak payahlah. Dia bukan kisah pun. Cuba telefon nombor rumah aku. Suruh Jihan minta tolong Cap ambik aku.”
“Cap?” Elly yang baru menyertai mereka berdua, kerut dahi, “Kawan kau yang hari tu?”
Johanna mengangguk. Elly pandang Nuha, “Kalau bukan dia, tak boleh? Kau... balik dengan...”
“Kenapa kecoh-kecoh ni?” Serentak tiga pasang mata beralih pada D.O. dan Hadi yang berdiri di depan mereka.
“Ni, Jo ni! Dilema nak balik rumah, padahal rumah sekangkang kera ja!” Nuha sengih tak bersalah.
“Balik dengan aku jom!” D.O. jungkit kening sambil tersengih.
“Kau pun tumpang aku,” kata-kata Hadi mematikan sengihan D.O.! Cis!
“Tak apalah, wei! Aku dah suruh Nuha tolong telefon adik aku. Mintak tolong member aku ambik aku,” balas Johanna sambil tersenyum memandang D.O..
“Ayah kau tak datang ambik?” D.O. bertanya.
Riak wajah Johanna berubah sedikit sebelum dia menggeleng, “Busy.”
“Member kau yang mana nak datang ambik?” Tanya Hadi.
Johanna kerut dahi, “Dan kau nak tahu... kenapa?”
Hadi mati kata. D.O. dan Nuha dah tersengih-sengih. Elly dah kelam mukanya, tanda tak faham apa-apa.
“Cap kot yang datang ambik aku,” ujar Johanna tiba-tiba, tanpa nada.
Hadi hela nafas. Cap? Si topi? “Balik dengan aku jelah. D.O. pun ada sekali. Menyusahkan kawan kau aje nak datang ambik kau kat sini.”
Nuha dan D.O. terus saling berpandangan! Yes!!                

Johanna hanya senyum nipis pada Encik Hashim yang memandangnya dengan senyuman. Tadi, sebab dipaksa oleh budak-budak tu. Dia bersetuju juga nak balik dengan Hadi.
“Ayah, ni Johanna. Kawan angah. Yang tersengih lebar tu, tak payah kenallah. Ayah dah kenal. Dah tujuh belas tahun ayah jumpa dia,” Hadi tersengih pada D.O. yang buat muka usai dia bersuara.
“Danial tu tak payah kamu kenalkan. Johanna? Manis namanya,” Encik Hashim menganggukkan kepalanya pada Johanna sebelum kembali memandang Hadi, “Bakal menantu ayah ke?”
Hadi yang sedang memasukkan barang ke dalam bonet tersentak. Johanna pula rasa nak tarik terus hoodie menutup muka. Apa pak cik ni, tiba-tiba aje?
D.O. yang mendengar terus ketawa! Haha! Tepat mengena!
“Amboi, Danial! Suka sangat nampak?” Encik Hashim bersuara dengan nada mengusik.
“Mana ada, pak cik!”
“Dah, jom!” Encik Hashim dah bersedia nak masuk ke dalam kereta sebelum memandang Johanna, “Johanna duduk dekat mana?”
“Taman Nilam dekat dengan padang golf.”
“Oh, dekat situ tapi pak cik tak tahu jalan. Nanti Johanna bagitahu jalannya, ya?” Encik Hashim senyum pada Johanna.
Johanna mengangguk sebelum masuk ke dalam kereta milik ayah Hadi. D.O. pula masuk melalui pintu yang belah kiri dan duduk di belakang tempat duduk Hadi.
Selepas kereta milik ayah Hadi keluar dari perkarangan sekolah mereka, suasana kereta menjadi sedikit kekok. D.O. dan Johanna saling berlawan mata.
“Johanna...”
Johanna yang baru nak menjeling D.O. yang buat muka mengusik tersentak, “Ya, pak cik?”
“Johanna dah lama kenal dengan Hadi?”
“Hah?”
“Ayah!” Hadi tepuk dahi! Ah, sudah...
“Baru lagi. Saya kenal Hadi dalam bulan Mac hari tu sebab saya baru tukar sekolah.”
“Oh! Pak cik bukan apa, pak cik tanya aje sebab tak pernah lagi Hadi minta tolong pak cik tumpangkan kawan perempuan dia.”
“Dia demamlah, ayah...” ujar Hadi, membela diri.
Encik Hashim tersenyum. Matanya terus memandang wajah Johanna melalui cermin pandang belakang keretanya, “Pak cik rasa Johanna ni istimewa. Johanna dengan Hadi rapat ke?”
Hadi tepuk dahi lagi! Ayah ni dah kenapa?
“Er...” Johanna kerling memandang D.O., meminta bantuan. Celah mana aku rapat dengan budak tu?
“Dia orang rapat, pak cik!” Ujar D.O. bersemangat, “Rapat gila...”
Spontan Hadi berpaling ke belakang! Johanna pula menjeling D.O.! Nak kena budak ni!

“Terima kasih, pak cik!” Ucap Johanna pada Encik Hashim, “Betul pak cik tak nak singgah dulu?”
“Tak apalah, Johanna! Johanna masuk rumah, rehatlah,” Encik Hashim tersenyum, “Johanna jaga diri, ya? It’s nice meeting you, Johanna!”
 “Back at you, pak cik!” Johanna tersenyum sebelum memandang D.O, “Balik dulu, D.O.!”
D.O. mengangguk dengan sengihan, “Take care, Jo! See you next week!”
Johanna mengangguk sebelum memandang ke arah Hadi yang langsung tak kalih memandangnya, “Thanks, Hadi!”
Hadi hanya mengangguk tanpa memandang Johanna. Johanna jungkit bahu lalu terus menutup pintu kereta dan dia menunggu sehingga kereta Encik Hashim berlalu dari depan rumahnya.
Saat dia nak buka pagar rumah, bunyi kereta dari belakangnya buat dia mengalih pandangan. Nafas dihela. Encik Suffian dan Puan Suhana dah pulang dari kerja! Great!
Pagar rumah dibuka kuncinya lalu terus dia menolak pagar tersebut seluasnya sebelum dia ke tepi, memberi laluan kepada kereta jenama Hyundai itu masuk ke perkarangan rumah.
Laju dia melangkah nak masuk ke dalam rumah namun namanya dipanggil, “Johanna Sofea!”
Dia berpaling. Kening dijungkit, “Yes?”
“Dari mana ni? Cuti sekolah dah mula lama dah, kenapa hari ni baru balik?  Tadi balik dengan siapa? Pia jangan nak buat benda bukan-bukan yang boleh malukan mummy dengan daddy, ya?” Panjang lebar syarahan dan tazkirah dari Puan Suhana.
“Muka lesu macam orang tak tidur semalaman. Pia buat apa semalam? Mabuk?” Encik Suffian bercekak pinggang.
Johanna kerut dahi, “Boleh tak sekali je... mummy and daddy tak prejudis pada Pia? Kenapa Pia baru balik hari ni, huh? Pia ada kem cemerlang SPM dekat Perak yang Pia dah bagitahu mummy through  the phone last two weeks which obviously mummy tak ambik port pun. Pia tak habis cakap, mummy dah letak telefon!”
Muka Puan Suhana berubah. Betul, Johanna ada telefon dia dua minggu lepas namun butir bicara langsung tak dapat dia ingat.
Johanna mengalih pandangan dari muka Puan Suhana ke muka Encik Suffian, “Muka Pia lesu bukan sebab tak tidur atau mabuk tapi Pia demam! Semalam, pihak sekolah telefon mummy dan daddy just to inform you yang Pia hampir lemas dekat sungai tapi mummy daddy tak angkat which I know why. Because I’m not that important for you to bother! So, sekarang ni, my beloved mummy and daddy, stop bothering me! I’m tired and I need my rest!”
Puan Suhana memandang Encik Suffian, “Ada orang call awak semalam?”
“Ada tapi saya tak angkat, saya dalam mesyuarat. Awak?”
Puan Suhana mengangguk, “Pia hampir lemas, bang.”
Encik Suffian mendengus, “Saya rasa dia buat cerita aje tu. Ingatkan masuk sekolah asrama, biadap dia dah kurang tapi makin biadap aje jadinya! Jom masuk! Nampak muka ketat si Pia tu buat jiwa rasa panas aje!”
Puan Suhana memandang langkah Encik Suffian yang dah berlalu ke dalam rumah. Dia mengeluh, “Saya tak rasa Pia tipu, bang...”


Bersambung...


p/s: malasnya nak balik ganu -_-

25 comments:

  1. Uhhh cian nyer dgn pia.. parents dia ermm sgt2 mengecewakan

    ReplyDelete
  2. Pak cik hashim.. Saya bakal menantu pakcik.. Bukan johanna.. Pak cik silap ni ..

    ReplyDelete
  3. Ini lah punca ank rosak....
    mak bapak ....
    Sian jo

    ReplyDelete
  4. Apa masalah pak cik sufian tu eh ni yg panas hati ni haish

    ReplyDelete
  5. JM n DI special entri tu nanti masuk blog tk? -ana

    ReplyDelete
  6. Aarrrrghhhh rasa nak tampar tampar parents Jo. Btw back at you kena tukar jadi back to you. Hehehe

    ReplyDelete
  7. Ish2x..Kesian johanna sofea..tk patut sungguh la..anak hampir lemas pun daddy dia bleh bersangka buruk lg..sekurang -kurangnya call la sekolah utk kepastian....
    Tp salute ngan pakcik hashim yg sempoi jer..bleh gurau2 lg..ngan 'bakal menantu..hehe

    Tq Najwa..deabak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak suke kan. Bila bgus pn jd xbgus.. Kalo jo lemas tenggelam x timbul2 bru ayh dia percaya agknye..erm

      Delete
  8. Rsa nk ketuk je kepala mak ayah jo ni, karang ketuk nbtl2, kurang aja lak...hahaha...geram btl la, sian la kt jo tu

    ReplyDelete
  9. Eeee geram3...apa punya bapak la mcm tu...tpi realiti dunia skrng mmg mcm tu kn..anak pndai disanjung...anak yg lmbat dibiarkn je..mnusia~

    ReplyDelete
  10. Bapaknhadi wowww baiknya. Hahaha jahat nya mak bapak pia. Why like that? Errr -inas-

    ReplyDelete
  11. Aduh sentap gila bila bapak sendiri tak percaya anak. Tapi part 'bakal menantu ayah' itu sangat comel okey

    ReplyDelete
  12. Masih jadi tanda tanya kenapa mak bapak pejudis gila ngn jo... Kak tlglah rungkaikan persoalan dlm kepala sy nie..hehe.

    Sian jo,xrse dia nk kurg ajar tp dia cuba menahan rse kecewa dgn sikap mak ayh dia.. Sedih sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya! Kalo jo salam cium tgn parents dia msti dyorg dpt rse hangat nye bdn jo yg demam tu..hehe.. Kan?? Huhu

      Delete
  13. Best! Tahniah najwa.. :-)

    ReplyDelete
  14. ya Allah, annoying nye bapak cmtu...grrrrr!!

    ReplyDelete
  15. Arghhh geramnye gan bapak si pia ni

    ReplyDelete
  16. Kalau aq jdi jo mmg aq trasa sgt2 la...sek baik parents aq x truk mcm tu even ada la aq trasa hti

    ReplyDelete
  17. Oh akak.. Cepat lah sambung. Kesian 'Pia'.. Hehehe

    ReplyDelete
  18. layan jer la..... next n3 biler lak.....

    ReplyDelete