Wednesday 8 October 2014

[CERPEN] JADI MILIKKU? RAYA SPECIAL

Tak Selamanya Bahagia Milik Kita
Sunyi. Kalau ada sebatang jarum jatuh atas lantai ni harus berbunyi satu rumah. Adilla dan Darwisy menunduk saja, tak berani nak angkat muka memandang aku.
"Cuba ulang mummy cakap apa tadi?"
Senyap.
"Along! Abang! Mummy cakap apa tadi?!" Aku bersuara dengan suara naik lebih satu oktaf!
"Mum... mummy syuruh minta maaf," Darwisy bersuara perlahan.
Adilla kulihat mengesat air mata lalu dengan tersekat-sekat dia bersuara sambil menghulurkan tangannya kepada Darwisy, "Ab... abang, along minta maaf syebab habisykan konplek abang."
Aku menganggukkan kepala lalu aku pandang Darwisy, "Abang?"
Darwisy kulihat mengerling sikit pada Adilla lalu menyambut tangan Adilla, "Abang pun minta maaf syebab marah ayong abisykan konplek. Lepas ni abang pwomish abang share dengan ayong."
Senyuman terus menguntum di bibirku lantas aku depangkan tangan, "Now, come to mummy!"
Serentak, mereka berdua berlari mendapatkan aku. Adilla yang memelukku di sebelah kiri menangis tersedu-sedu. Darwisy juga sama. Tadi nampak macho aje minta maaf tapi ni menangis pula, "Lepas ni, tak nak bergaduh dah tau? Mummy tak suka. Along kalau nak apa-apa dari abang, minta baik-baik. Abang pun sama. Jangan sebab makanan tu nak bergaduh. Apa-apa, kongsilah. Faham?"
Serentak mereka menganggukkan kepala. Nafas aku hela. Lega. Teringat balik apa yang terjadi tadi antara Darwisy dan Adilla tadi yang mencetuskan kemarahan aku...
"Mummy!"
Serentak aku berpaling ke pintu dapur bila terdengar namaku diseru Hannah dan Darwisy.
"Mummy, tengok Ayong! Dia habisykan konplek abang!" Darwisy menghentak-hentakkan kakinya di atas lantai. Gaya merajuk seorang Darwisy Zaihan.
"Along tak habisykan pun! Along nak rasya syikit je! Abang pendekut! Along bagitahu daddy!" Adilla memuncungkan mulutnya sambil berpeluk tubuh.
Baru aku nak buka mulut nak bersuara, tangisan dari ruang tamu kedengaran. Ah, sudah! Airina dah jaga pulak! Abang, baliklah cepat! Tolong Dhiya!!!
Darwisy dan Adilla mula bertekak dan berlawan cakap. Tangisan Airina di depan semakin menjadi-jadi. 
"SENYAP!" Aku meninggikan suara. Adilla dan Darwisy terus terdiam, "Along dengan abang pergi berdiri bawah tangga sana! Berdiri senyap-senyap. Kalau bergaduh lagi ke apa ke, siaplah dengan kamu berdua!"
Mereka berdua perlahan-lahan berjalan ke arah bawah tangga yang menjadi tempat hukuman kepada mereka andai mereka ada membuat kesalahan. Aku pula melangkah laju mendapatkan Airina yang menangis tanpa henti.
Sebaik sahaja Airina sudah kembali terlena, aku panggil Adilla dan Darwisy datang 'mengadap' aku.
Sekarang, aku sangat lega! Mereka sudah pun berbaik. Alhamdulillah. Aku akui, antara aku dan Mika, aku lebih garang. Mika tak garang tapi kadang-kadang, kalau meletup lebih menakutkan dari aku.
"Eh, ada program Jejak Kasih ke apa ni? Peluk-peluk bagai. Siap ada menangis-nangis lagi."
Pelukan aku pada Adilla dan Darwish terlerai lantas bibir mengukir senyum melihat dia yang bersandar bahu di pintu depan, "Salam mana?"
Dia jungkit bahu sambil buat muka tak ada perasaan, "Dah bagi salam lebih tiga kali, tak ada siapa pun menyahut. Ada program Jejak Kasih rupanya."
"Daddy!" Darwisy berlari mendapatkan Mika dan sekelip mata Darwisy sudah pun ada dalam dukungannya. Adilla juga turut mendapatkan Mika.
"Hari ni masak apa untuk berbuka?" Mika pandang aku yang sedang menepuk Airina yang bergerak-gerak. Dia sudah pun duduk di sofa berdekatan dengan aku.
"Tak masak lagi sebenarnya. Dhiya baru masak lauk untuk bersahur. Abang nak makan apa berbuka ni?"
Mika jungkit bahu, "Anything will do. Barang nak bawa balik kampung dah kemas?"
"Dah kemas setengah. Nanti abang tolong sambung kemas, boleh?"
Mika mengangguk lalu dia bersandar di kepala sofa. Darwisy dan Adilla tadi sudah pun duduk mengadap televisyen, menonton Upin dan Ipin.
"Tengokkan budak-budak. Dhiya nak masak makanan untuk berbuka."
Dia angguk dan aku terus berlalu masuk ke dapur.

Selepas sejam aku bertungkus lumus di dapur, juadah berbuka puasa akhirnya tersedia. Namun, rupa makanan yang aku masak tidaklah cantik mana. Aku harus akui, memasak bukanlah kepakaran aku. 
"Hari ni kita makan apa untuk berbuka?" Terjengul kepala Mika di sebelah kanan aku, menjenguk pencuci mulut yang baru siap dimasak, "Ini apa?"
"Puding karamel."
"Kenapa semacam je rupa dia?"
Jelingan diberikan pada orang yang asyik bertanya, "Abang pernah tak buka puasa makan sudip kayu?"
Sengih. Lauk yang ada di atas dapur dia jenguk, "Ni lauk apa? Kenapa ceroi sangat kuah dia?"
"Abang, buka puasa karang makan kurma je!" 
"Cantik cadangan Dhiya tu. Abang takut abang keracunan, tak pasal-pasal tak pergi solat terawih malam ni," sinis saja kata-katanya walaupun nada suaranya biasa-biasa saja.
"Okey, mulai esok sahur bangun sendiri, masak sendiri. Buka puasa pun masak sendiri. Kritik orang tahu, tolongnya tak nak! Kritik macam hebat sangat masak kat dapur," balasku bersahaja.
Terdiam terus Mika kena fire dengan aku. Hah, main-mainlah dengan Dhiya Zhafira waktu bulan puasa!
"Ala, abang gurau aje," ujarnya perlahan.
Aku buat tak tahu. Malas nak melayan, nanti menjadi-jadi nakalnya.
"Abang dah kemas beg nak balik kampung?" Aku mengerling dia.
Mika tiba-tiba tersengih, "Er... er...."
"Muhammad Afiq Hakim!" Seruku dua oktaf.
"Ala, abang tertidur kat depan tadi. Sorry."
"Ni dah solat Asar, belum?"
Mika mengangguk, "Dah."
"Pergi duduk depan, tengok anak-anak!" Balasku, tegas.
"Ala..."
"Apa ala?" 
"Jangan kau jauh dariku..." Mika tiba-tiba mengambil sudip dan berlakon seolah-olah sedang memegang mikrofon, "Aku jenis tak tahan rindu. Nanti hidupku bercelaru..."
Aku ketawa, kuat! "Sengetlah abang ni."
Mika senyum lalu dia letakkan kembali sudip di atas kaunter dapur, "Abang pergi depan dulu. I love you!"
"Love you too," balasku dan dia keluar dari dapur dengan senyuman yang terus memekar.

Usai bersolat terawih malam itu, aku kembali mengemas keperluan untuk pulang ke Ipoh esok. Mika pula bertanggungjawab menidurkan Darwisy dan Adilla. Airina pula sedang elok tidur di baby cot di dalam bilik kami. Sejak Mak Tam pulang ke kampung untuk beraya, aku menjadi agak sibuk dan kelam-kabut. 
"Assalamualaikum," Mika melangkah masuk ke bilik dengan wajah yang kelihatan berseri, lebih dari biasa.
"Waalaikumussalam," perlahan aku menjawab sebelum memandang dia, "Anak-anak dah tidur?"
"Dah," balas Mika sebelum berbaring di atas katil dengan kakinya berjuntai di lantai.
"Sayang..." aku berpaling saat Mika menyeruku.
"Mengapa wahai kekanda?" Tanya aku sambil tangan masih mengemas beg untuk pulang ke kampung esok.
Mika tergelak kecil sebelum menepuk tilam katil, "Ke sinilah wahai adinda, marilah bermesra bersama kanda."
Aku menggeleng kepala. Mai dah angin nak manja dia, "Kenapa ni?"
"Sinilah," Mika menepuk lagi tilam katil, "Sini."
Aku ketawa lalu aku atur langkah mendekati dia. Sebaik saja aku melabuhkan punggung di sisi Mika, dia terus berbaring di pahaku seperti kebiasaannya.
"Ni kenapa manja mengada sangat ni?"
Mika cuma tersenyum lantas tangannya mengelus wajahku, "I miss you."
"Lah, kan Dhiya ada kat sni?"
Mika tersenyum, "I'm going to miss you, a lot."
Aku memandangnya dengan wajah hairan, "Going to miss me? Abang merepek apa ni?"
"Haha! Mana ada apa-apa. Dhiya tahu kan abang sayang Dhiya?"
"Tahu."
"Abang sayang Dhiya sangat..."
"Dhiya pun sayang abang, sangat."
Tiba-tiba Mika mengalunkan suara, menyanyi sebuah lagu yang pernah didendangkan oleh kumpulan Westlife.

Took my hand, touched my heart, held me close
You were always there by my side
Night and day through it all
Maybe come what may
Swept away on a wave of emotion
Over caught in the eye of the storm and whenever you smile
I can hardly believe that you're mine
Believe that you're mine
This love is, it's unmistakable and each time I look in your eyes
I know why this love is untouchable
I feel that my heart just can't deny, each time I look in your eyes
Oh baby, I know why this love is unbreakable
Shared the laughter, shared the tears
We both know, we'll go on from here
'Cause together we are strong
In my arms that's where you belong
I've been touched by the hands of an angel
I've been blessed by the power of love
And whenever you smile
I can hardly believe that you're mine
This love is, it's unmistakable and each time I look in your eyes
I know why this love is untouchable
I feel that my heart just can't deny, each time you whisper my name
Oh baby, I know why
This love is unbreakable
Through fire and flame
When all this over
Our love still remains
This love is unbreakable, it's unmistakable
And each time I look in your eyes I know why this love is untouchable
I feel that my heart just can't deny, each time you whisper my name
Oh baby, I know why 'cause each time I look in your eyes
Oh baby, I know why this love is unbreakable

Tanpa sedar, air mataku mengalir. Tanganku memegang tangan Mika yang masih mengelus pipiku.
Mika yang terkejut melihat air mataku terus bangkit dari baringnya. Tangannya di dalam genggamanku dia tarik dan wajahku dipegang dan dipusing mengadap wajahnya, "Why the tears, love?"
"Kenapa menyanyi lagu ni?" Tanyaku, teresak-esak.
Mika senyum lalu air mata di pipiku dikesat, "Sebab walau apapun jadi, cinta kita akan tetap kekal, kan? Unbreakable..."
"I don't like this song," ujarku sebelum memeluk Mika, erat.
"Kenapa tak suka lagu ni?" Tanya Mika sambil membelai rambutku.
"Sebab... dalam... mu... muzik video la... lagu ni... lelaki tu... meninggal. Ke... kesian kekasih dia. Se... sekarang a... bang nyanyi lagu ni, macam a... abang nak tinggal... tinggalkan Dhiya pulak," ujarku dalam sedu yang tak dapat ditahan.
Mika ketawa sebelum mengeratkan pelukan kami, "Mana boleh macam tu. Kalau kata maut tu datang menjemput, kita kenalah redha, kan?"
"Tak nak!" Ujarku, kuat.
"Sayang. Jodoh, ajal tu di tangan Tuhan. Kalau kata esok abang meninggal, Dhiya kena redha."
Usai dia berkata-kata, air mataku mengalir lebih laju. Pelukanku padanya, aku eratkan.
"Kalau..." Mika meleraikan pelukan kami lalu dia menatap wajahku. Matanya tunak merenung mataku, "Kalau abang pergi dulu, Dhiya mesti janji dengan abang. Janji dengan abang, Dhiya akan jaga diri Dhiya elok-elok. Dhiya mesti jaga anak-anak kita elok-elok. Beri pendidikan agama, pelihara mereka dengan penuh kasih sayang dan selalu ingatkan mereka yang daddy sangat sayangkan dia orang."
"Abang nak pergi mana?" Tanya aku dengan air mata.
"I'm not going anywhere tapi tak salahkan abang ingatkan Dhiya?"
Aku mengangguk perlahan. Air mataku semakin galak mengalir.
"Dan satu perkara lagi yang Dhiya perlu tahu."
Aku diam, memberi ruang untuknya menyambung bicara.
"Abang sayangkan Dhiya. Sangat-sangat sayangkan Dhiya..."
Dan tubuhnya kembali aku dakap, erat, "Dhiya pun sayangkan abang. Sangat-sangat sayangkan abang!"

Selepas sesi Mika-bagi-pesanan-terakhir itu berakhir, aku tidak sedar bila aku tertidur dan aku cuma sedar bila jam locengku berbunyi. Selepas bersahur dan solat Subuh secara jemaah dengan Mika, aku kembali mengemas barang yang belum sempat dikemas semalam.
Mika pula menjaga Airina yang terjaga sewaktu kami solat Subuh tadi.
"Dhiya..."
"Hmm...?"
"Kejap lagi abang nak pergi isi minyak dulu, tau? Dhiya siapkan anak-anak dulu. Lepas siap, kita boleh terus balik kampung."
Aku kerutkan dahi, "Isi minyak waktu nak pergi nantilah."
"Susah nanti. Abang karang nak ikut masuk ke kedai serbaneka situ, dengan along lagi. Biar abang pergi isi minyak dulu."
Aku akhirnya mengangguk, "Okey."
Sewaktu sedang memasukkan baju-baju Airina ke dalam beg, pintu bilik tidur kami dibuka dari luar. Adilla berdiri dengan teddy bear di tangan, di sebelahnya Darwisy dengan patung Gundam kegemarannya, "Mummy!"
"Eh, awalnya anak-anak mummy bangun! Come here!" Aku menggamit mereka mendekati aku.
Mereka berdua mendekati aku lalu Adilla duduk di ribaku dan Darwisy pula bersandar pada lenganku.
"Kenapa bangun awal ni?" Tanyaku pada Darwisy yang matanya merenung jauh.
"Abang windu mummy," balasnya lalu memeluk lenganku.
Spontan senyuman terukir di bibirku, "Mummy pun rindu abang."
"Dhiya, abang nak pergi dulu," Mika yang baru keluar dari bilik air bersuara.
Aku mengangguk. Mika tampak sangat berkarisma walaupun hanya bert-shirt dan berseluar jeans lusuh. Gaya dari zaman universiti yang masih tak berubah.
"Daddy nak pergi mana? Abang nak ikut, boleh?" Darwisy bangun dari bersandar dan terus mendekati Mika yang sedang duduk di birai katil.
Mika pandang Darwisy, "Abang tanya mummy dulu."
Darwisy berpaling kepadaku,"Mummy, abang nak ikut daddy, boleh?"
Entah kenapa, aku rasa tidak sedap hati. Namun aku juga tak tahu kenapa aku mengangguk, "Boleh, sayang."
Darwisy ukir senyum lalu dia berlari mendekati aku dan terus memeluk aku dari tepi. Bibirnya mengucup pipiku, "Abang sayang mummy!"
Aku tersenyum, "Mummy pun sayang abang."
"Abang, jom!" Mika menghulurkan tangan kepada Darwisy lantas anak lelaki kami itu menyambut tangan ayahnya.
Entah kenapa, setiap langkah kaki mereka berdua buat aku sebak. Aku tiba-tiba rasa sedih.
Tiba-tiba Mika berhenti melangkah dan berpaling kepadaku, "Abang sayang Dhiya."
Aku gigit bibir lalu aku mengangguk, "Dhiya pun sayang abang. Come back home, safely."
Dia mengangguk, "InsyaAllah!"
Darwisy berpaling kepada aku lalu dia melambai, gembira, "Bye, mummy!"
Aku membalas lambaiannya sebelum dia dan Mika hilang dari pandangan mataku. Tanpa sedar, air mataku menitis. Kenapa aku sedih sangat ni?

Allah Menguji Kita Kerana Dia Sayangkan Kita
Aku mundar-mandir di sekeliling rumah. Sesekali aku memandang Adilla yang sedang menjaga Airina yang berbaring di sebelahnya. Hatiku resah dan gelisah. Mika dan Darwisy masih belum balik. Sudah hampir sejam mereka pergi. Takkanlah isi minyak sampai sejam kot.
"Mummy..." Adilla mendekati aku.
"Kenapa, along?"
"Daddy dengan abang mana?" Tanya Adilla, perlahan.
"Daddy dengan abang pergi isi minyak, sayang."
"Ala, bila dia orang nak balik? Along tak sabar nak jumpa opah dengan tok ayah," Adilla merengek.
"Sabarlah sayang. Kejap lagi daddy dengan abang baliklah. Along sambung tengok Oggy, ya?" Adilla mencebikkan bibirnya namun dia mengangguk lalu dia tinggalkan aku.
Aku kerling jam di dinding. Nak telefon Mika, Mika tinggalkan telefon di rumah. Bunyi deruman kereta dari luar rumah buat aku menarik nafas lega. Dia orang dah balik!
"Assyalamualaikum!" Bunyi suara Darwisy memberi salam buat aku ingin menangis. Perlahan aku dekati pintu dan aku buka pintu. Di depan pintu, kedua-dua hero kesayanganku mengukir senyum manis kepadaku. 
"Sayang! Sorry lambat. Tadi bawak kereta pergi bengkel kejap, check tayar." Mika buat muka bersalah di depanku. Aku ketap bibir dan tak menunggu lama, tubuhnya aku dakap, erat. Sungguh aku lega melihat dia ada di depanku!
"Eh, mummy! Kenapa mummy peluk daddy?" Darwisy bertanya, polos, "Abang, mummy tak mau peluk ke?"
"Mummy windu daddylah, abang," ujar Mika sambil membalas pelukanku, "Daddy pun rindukan mummy!"
Aku pejam mata. Haruman badan Mika aku cium bersungguh-sungguh.. Sungguh aku rindukan Mika. Sangat rindukan dia!

Usai bersiap, kami sekeluarga memulakan perjalanan kami untuk pulang ke Ipoh. Selepas hampir lima jam di atas jalan raya, kami sekeluarga akhirnya sampai ke destinasi. Adilla dan Darwish begitu teruja dapat pulang ke rumah opah dan tok ayah mereka.
“Opah!” Adilla dan Darwish berlari mendapatkan mama yang sudah menunggu mereka di muka pintu.
“Cucu opah! Along dengan abang puasa tak hari ni?” Aku terdengar suara mama bertanya kepada dua orang anakku itu.
“Tak puasya. Abang tak layat,” petah Darwish menjawab manakala Adilla pula mengangkat tangan, “Ayong pun!”
Mama menggeleng, “Dahlah, jom masuk. Nina, mari dekat opah!” Mama menghulurkan tangan, mahu mengambil Airina yang sedang melentokkan kepalanya dibahuku. Mengantuk lagi agaknya.
“Dhiya...” Panggil Mika dari belakangku.
“Jom?”
“Pergi mana?”
Mika ukir senyum nakal, “Dating berdua!”
“Eh, tak penat ke?” Aku kerutkan dahi.
“Dengan Dhiya, mana abang penat. Jomlah!”
Aku gelengkan kepala, “Nak dating ke mana?”
“Taman depan tu aje,” Mika menunjukkan ke arah taman permainan yang ada di hujung jalan.
“Masuk solat dululah.”
“Nanti anak-anak nak ikut.”
“Ala, opah dia orang ada. Jom, masuk dulu! Kita solat dulu, ya?” Aku hulurkan tangan kepada Mika.
Dia memasamkan muka tapi tanganku tetap dia capai dan dia genggam erat, “Jemaah sekali?”
“Kalau bukan dengan abang, Dhiya nak jemaah dengan siapa lagi?”
Mika senyum lalu dia peluk bahuku. Entah kenapa, perangai Mika terlebih manja hari ini tapi tak mengapalah. Sudah lama kami tidak bermanja seperti ini.

“Dhiya pandai ke tidak anyam ketupat ni?" Mika jungkit kening pandang aku. Entah bila dia masuk ke dapur ni, tak tahulah! Jija dan kak long tersengih-sengih memandangku.
“Abang, don't start!"
Mika senyum sinis sebelum membelek kuih tart nenas yang ada dalam balang, “Ni tart nenas ke kuih tepung berinti jem nenas?
Jija dah ketawa kuat. Kak long dah gelengkan kepala sambil tersenyum. Tahu sangat dah. Tiap-tiap tahu kalau raya, mesti scene Mika masuk dapur, mengusik aku harus ada! Dah, dikutuk semua kuih-kuih raya buatan tangan aku! Grr!
Aku jeling Mika, “Jangan makan nanti!"
“Tak adalah. Dah empat tahun kahwin, tiap-tiap tahun buat kuih yang sama tapi tiap-tiap tahunlah rupa kuih ni berubah-ubah."
“Ini namanya inovasi, tahu? Kan Jija?”
Jija ketawa terkekeh-kekeh, “Aku tak campur hal rumahtangga orang!”
Aku buat muka. Cis, tak membantu adik ipar langsung!
Mika senyum mengejek, “Itulah, kelas Encik Aziz dulu tak belajar betul-betul. Main-main dengan Jija je. Kan semua tak jadi."
“Apahal aku terkait sekali ni?” Jija buat muka. Kak long dah ketawa, terkekeh-kekeh. Aku pula senyap. Malas nak melayan, nanti lagi teruk aku disindir Mika!
“Tapi tak kisahlah, asalkan semuanya sedap dan boleh dimakan walaupun rupa out sikit," Mika peluk bahu aku lalu dagunya direhatkan di bahuku, “I love you."
“Ni kenapa tiba-tiba?"
“Takut Dhiya merajuk. Senyap je," Mika ukir senyum manis. Jija buat muka nak muntah! Kak long dah bangun dan pergi check microwave. Aku mencebir bibir sebelum pipinya aku cubit. Mengada.
“Kalau aku lempar tepung ni kat muka korang, jangan tanya kenapa!” Jija bersuara, penuh amaran!
Ala, jealouslah tu tak boleh bermanja dengan suami sebab suami dia masih bertugas. Malam raya baru balik! Haha!

Pagi raya,
"Songkok abang mana, Dhiya?" Mika membetulkan letak sampin di pinggangnya.
“Ada atas meja tu, Dhiya dah sediakan dah. Butang baju pun ada kat situ," tanpa memandang Mika, aku menjawab. Tanganku ligat menyikat rambut Darwish.
“Mana? Tak ada!" Separuh merungut dan merajuk, Mika bersuara.
Aku mengeluh lantas menggeleng lalu aku menepuk bahu Darwish. Darwish pun berpaling memandangku, “Dah handsome dah anak mummy! Abang turun bawah dulu, ya? Hati-hati turun tangga. Pergi duduk dengan Tok Ayah dulu, eh?"
Darwish mengangguk lalu dia segera keluar dari bilik.
“Ni yang buat perangai ala Darwish Zaihan ni kenapa, Encik Afiq Hakim? Ni songkok, ni butang baju, kenapa tiba-tiba boleh ada ni, hmm...?" Aku angkat songkok dan butang baju yang sedia ada di atas meja.
“Tadi tak ada," tanpa nada, Mika bersuara. 
Aku menguntum senyum. Ada budak merajuklah! “Meh sini, Dhiya pakaikan butang baju abang tu."
“Abang buat sendiri," butang di tanganku diambil, laju. Amboi, merajuk sangat ni!
Aku ketawa, “Ala, comelnya merajuk. Takkan dengan anak-anak pun cemburu?"
“Mestilah," Mika menggumam, rendah.
“Mehlah sini, Dhiya pakaikan."
Dengan muka masam, Mika berpaling memandang aku, “Cepat. Dah lambat dah nak pergi sembahyang raya."
Aku ketawa lalu aku pakaikan butang baju melayunya. Tak sampai dua minit, segalanya selesai, “Dah siap dah suami kesayangan Dhiya ni."
Tanpa kata, Mika segera bergerak nak meninggalkan bilik namun tanganku lebih laju mencapai lengannya. Tubuhnya kutarik agar dia mendekati aku. Tangannya aku salam dan aku tunduk mencium belakang tangannya, “Selamat hari raya, abang. Maafkan segala salah silap Dhiya sepanjang Dhiya jadi isteri abang. Halalkan makan minum Dhiya. Terima kasih kerana jadi sumber kebahagiaan Dhiya."
Kepalaku terasa diusap lantas aku angkat wajah. Pipiku dielus Mika, “Semua dah abang maafkan.
Semua dah abang halalkan. Dhiya tak ada salah dengan abang. Dhiya pelengkap hidup abang, Dhiya kesempurnaan abang. Dhiyalah segalanya bagi abang."
Aku memeluk Mika, erat. Entah kenapa hati ini jadi sayu. Terbayang di mindaku apakah yang akan terjadi andai Mika pergi dulu sebelum aku? Hampir aku hanyut dalam pelukan Mika tapi suara mama buat kami tersentak lalu pelukan dileraikan, “Afiq!!"
“Alamak! Dah lambat nak pergi sembahyang raya," Mika tepuk dahi sebelum dia mengucup dahiku, ”Abang pergi dulu. I love you, sayang!"
Aku ketawa melihat Mika berlari keluar dari bilik. I love you too, abang!

Aku sedang memakaikan tudung kepada Adilla sewaktu bunyi kereta kedengaran di perkarangan rumah mama. Saat pintu dibuka, along, angah, papa dan diikuti mama dan Jija masuk ke dalam rumah, “Eh, Afiq mana?”
“Afiq pergi kedai runcit. Cadang nak balik sama tapi Darwish merengek nak jajan,” jawab mama
Aku kerutkan dahi, “Ada ke kedai runcit yang buka pagi-pagi raya ni?”
“Kedai Ah Tuck tu buka rasanya,” angah kerutkan dahi seperti berfikir. Jija duduk di sebelahku lalu dia bermain dengan Adilla. Jija dan angah masih belum dikurniakan cahayamata lagi walaupun sudah empat tahun mereka berkahwin. Ada juga saudara-mara kami yang berkicau mulutnya bertanya bila nak dapat anak. Hailah, tak faham kot maksud rezeki tu?
“Nina! Cucu opah!” Mama mengagah-agah Airina yang baru bangun tidur.
“Adik,” along tiba-tiba datang menghampiriku. Kak long di sebelah memandangku dengan wajah yang mendung.
“Kenapa along?” Angah yang bertanya, bagi pihak aku.
“Jom pergi hospital,” ujar along, serius.
Aku kerutkan dahi, “Nak buat apa? Ada saudara kita sakit ke?”
Along pandang kak long lalu dia menggeleng, “Tadi along kat atas. Telefon adik yang ada dekat ruang tamu atas tu berbunyi. Bila along tengok skrin, nombor Afiq yang keluar.”
“Dah?” Aku tiba-tiba rasa berdebar. Tanganku tiba-tiba digenggam Jija. Erat.
“Bukan Afiq yang telefon. Polis yang telefon dan cakap...”
“Cakap apa, along?” Semua memandang along, menanti kata-kata along yang seterusnya.
“Afiq...”
“Kenapa dengan suami adik?” Tanya aku dengan suara bergetar.
“Afiq dengan Darwish....” along hela nafas lalu along pegang bahuku, “Dia orang... kemalangan. Kereta Afiq hilang kawalan, berlanggar dengan lori.”
Aku tekup mulut! Kata-kataku mati. Ya Allah! Apa yang aku bayangkan sebelum ini... jadi kenyataan?!
“Dhiya,” Jija terus memeluk aku, “Sabar, Dhiya. Ni ujian Allah. Allah menguji kerana Dia sayangkan kita. Jom, kita pergi hospital dulu. InsyaAllah tak ada apa-apa.”

Jangan Tinggalkan Aku
Hancur luluh hatiku melihat Darwish dan Mika yang telah disahkan koma oleh doktor yang bertugas. Wajah putih bersih Darwish sudah bercalar sana-sini. Dahinya pula berbalut. Kata polis yang menelefon aku tadi, ketika mereka berdua ditemui, Darwish sedang elok berada di dalam pelukan Mika. Nyata, suamiku itu mementingkan keselamatan anak kami.
Katil Mika dan Darwish yang diletakkan bersebelahan buat aku tak dapat menahan rasa sedih. Perlahan aku dekati katil Mika. Tangan Mika yang ada kesan calar itu aku genggam erat, memberinya kekuatan untuk bangkit semula.
Entah bila, air mataku menitis. Selalunya genggaman tanganku akan dibalas Mika tapi hari ini, tangan itu kaku tidak memberi reaksi. Kata doktor, Mika dan Darwish mungkin koma kerana berlakunya kecederaan otak ketika kemalangan pagi tadi dan mengakibatkan  bahagian yang mengawal fungsi jaga tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
“Fira, tak nak macam ni sayang!” Lembut mama Nurul memujukku. Menggosok bahuku, memberi semangat.
“Ma, Afiq dengan Darwish tak nak bangun! Hari ni kan hari raya, mana boleh dia orang terbaring macam ini aje. Ma, kejutlah dia orang bangun, ya? Ya?” Di luar sedar, aku bersuara.
“Fira...” aku terasa mama Nurul menggosok bahuku berkali-kali, “Fira, jangan macam ni. Fira kena kuat untuk along dan Nina. Mereka perlukan Fira.”
Aku terasa kakiku lembik untuk berdiri dan tanpa dapat ditahan, aku terduduk di lantai hospital, “Tapi Fira perlukan Afiq dan Darwish, ma! Keluarga kami tak lengkap kalau tak ada Darwish dan Afiq, ma! Fira perlukan Afiq. Dia sumber kekuatan Fira. Fira... tak nak kehilangan Afiq. Fira tak bersedia.”
Mama Nurul terus memelukku erat, “Afiq akan sedar, sayang. Darwish pun akan sedar! Mama tahu Afiq akan sedar. Tapi sekarang, Fira kena kuat. Kalau Fira lemah macam ni, Afiq dan Darwish mesti sedih, sayang.”
Kata-kata mama Nurul dapat kudengari dengan jelas namun pandanganku mula berbalam-balam. Yang hanya aku nampak wajah Mika dan Darwish, tersenyum kepadaku. Saat aku hulurkan tangan untuk menggapai tangan Mika, pandanganku terus gelap...

“Dhiya, makanlah sikit ni,” Jija menghulurkan bekas berisi rendang dan ketupat kepadaku.
Aku geleng kepala.
“Kau tak boleh macam ni, perut kau tu kena isi jugak Dhiya. Nanti kau pitam macam pagi tadi.”
“Macam mana aku nak makan, Jija? Suami aku dengan anak aku tengah bertarung kat dalam sana,” ujar aku, tanpa memandang Jija.
“Aku tahu. Bukan aku suruh kau makan semua pun tapi sekurang-kurangnya alas perut kau, Dhiya.”
“Aku...” tak sempat aku nak habiskan ayat, satu tangan kecil memegang tanganku.
“Mummy?” Adilla pandang aku dengan wajah penuh tanda tanya.
“Along?” Tak menunggu lama, Adilla aku tarik dalam pelukanku. Mencari kekuatan dari si kecil ini, “Along datang dengan siapa ni?”
“Ayong datang dengan pak yong. Mummy kenapa syedih-syedih? Ayong tak syuka tengok mummy syedih-syedihlah.”
Kata-kata Adilla itu tanpa sedar buat aku menangis. Bagaimana harusku terangkan kepada Adilla apa yang terjadi kepada Mika dan Darwish? Dapatkah Adilla terima sebaiknya?
“Mummy...”
“Ya, sayang?”
“Mak yong cakap, daddy dengan abang syakit. Betul ke?” Adilla pegang pipiku dengan kedua belah tanganku lalu matanya terus merenung mataku. Gaya Mika kalau aku tengah bersedih.
“Daddy dengan abang sakit. Sekarang daddy dengan abang tengah tidur kat dalam sana,” ujar aku sambil mengelus pipinya sebelum aku menunjukkan pintu masuk ICU.
Adilla mengangguk tanda faham, “Syebab tu ke mummy syedih?”
Aku mengangguk.
Adilla terus peluk aku, “Mummy jangan syedih-syedih, ayong kan ada? Nina pun ada. Syemua ada. Lagipun daddy dengan abang tidur syekejap aje kan? Esyok-esyok daddy dengan abang mesyti bangun!”
Aku mengangguk dalam pelukan Adilla. Kata-katanya walaupun hanya biasa-biasa tapi mampu menenangkan jiwaku yang gundah.
“Along, mummy along tak mahu makan! Along tolong mak ngah suap mummy, ya?” Jija tiba-tiba bersuara.
Adilla meleraikan pelukan kami lalu dia memasamkan mukanya, “Kenapa mummy tak nak makan? Kesyian baby dalam peyut mummy!”
Wajah Jija berubah terus, “Baby? Kau mengandung lagi?”
Aku mengangguk.
“Kau ni...” Jija bersuara separuh mengeluh, “Makan sikit please. Untuk baby kau.”
Tak sempat aku nak jawab, Adilla menyampuk, “Mummy nak ayong syuap?”
Aku pandang Jija dan Jija pandang aku menyuruh aku mengangguk. Pipi Adilla aku pegang, “Along suapkan mummy, ya?”
Adilla senyum lebar, “Mummy tunggu syekejap. Ayong basyuh tangan dulu.”
“Along nak pergi basuh tangan dengan siapa?” Tanya Jija sebelum berura-ura nak bangun menemani Adilla.
“Tak apa. Biar abang pergi. Sayang tunggu sini, temankan adik,” entah bila angah muncul lalu dia capai tangan Adilla.
Jija mengangguk dan angah terus berlalu bersama Adilla sebelum berpaling kepadaku, “Kau kena kuat untuk Adilla, Nina dan baby dalam perut kau, tahu?”
Aku anggukkan kepala lalu aku pegang tangan Jija dan aku genggam erat, “Jeej!”
“Hmm?”
Aku sandarkan kepalaku di bahu Jija, “Aku rindu Mika. Bila aku pandang Adilla, aku nampak Mika.”
Jija kudengar menghela nafas, “Kuat, Dhiya! Kau kena kuat.”
Aku mengangguk. Betul, aku kena kuat...

“Dhiya...” Mika tiba-tiba mencapai tanganku lalu jari-jemarinya disatukan dengan jari-jemariku.
“Hmm...?” Aku pandang Mika lalu aku ukir senyum, “Pegang sterenglah abang. Bahaya.”
“Ala, biarlah abang nak pegang tangan Dhiya. Esok-esok kalau abang tak boleh pegang tangan Dhiya dah, baru tahu!”
“Abang! Tak naklah cakap macam tu. Dhiya tak suka,” ujar aku, merajuk. Aku tarik jemariku dari genggamannya.
“Abang main-main ajelah. Kuat merajuk betullah budak ni!” Giat Mika, “Kalah along dengan abang.”
“Ish!” Aku palingkan wajah ke luar tingkap.
Aku dengar Mika ketawa, kuat. Selepas seketika, tiada kata-kata yang keluar dari bibir kami berdua. Tiba-tiba suara Adifashla dan seseorang yang sangat kami kenal keluar dari speaker kereta. Aku berpaling kepada Mika. Mika juga pandang aku.
"Saya nak tujukan ucapan raya ERA saya ni khas buat Juwa, isteri saya. Juwa, baliklah rumah nenda semula! Abang dah tak tahu kat mana nak cari Juwa. Walaupun abang tak tahu Juwa dengar atau tidak ucapan abang ni, abang harap sangat ucapan ini sampai kepada Juwa. Nenda rindu Juwa, bonda rindu Juwa dan abang... abang sendiri rindukan Juwa. Pulanglah, sayang."
“Faris?!” Serentak kami bersuara sebelum tawa kami berpadu! Lagu Pulanglah dendangan Aishah berkumandang dalam kereta Mika.
“Sayang, nak telefon abang kejap.”
“Nak buat apa?”
“Nak mesej Faris,” Mika sengih jahat.
“Nantilah. Kan abang tengah drive. Bahaya!” Ujarku.
“Ala, abang bolehlah mesej sambil drive. Lagipun lampu merah ni,” balasnya pula, “Cepatlah! Nanti lampu hijau.”
Aku hela nafas lalu aku menggeleng sebelum aku beri telefon pintarnya kepada dia, “Kalau accident, Dhiya tak tahu.”
Mika ambil telefon pintarnya dan terus menaip. Laju! Dalam dia sibuk menaip tu sempat dia bersuara, “Jadi sungguh nanti, Dhiya jangan menyesal. Setiap kata-kata tu satu doa, tahu?”
“Abang!” Aku memukul lengannya! Geram!
“Lah, kenapa? Dhiya yang cakap macam tu kan?”
Aku terus memalingkan wajah dari memandangnya. Geramnya aku dengan Mika ni!
“Ni merajuk ke? Nak abang telefon ERA macam Faris ke?” Ujar Mika dan aku tahu, dia sedang tersengih nakal.
“Dah hijau dah tu! Drivelah dulu,” ujarku, separuh ikhlas.
Tiba-tiba suara Adifashla yang sedang berceloteh hilang. Mika tutup radiolah tu! Hmmph! Baru aku nak buka kembali siaran radio, suara Mika kedengaran. Suaranya ceria saja dan aku tahu, dia mahu memujukku.

Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yang pertama kucintai

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu
Dengarkanlah sekali lagi

Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata I said i love youu..

Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yang pertama kucintai

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu
Dengarkanlah sekali lagi

Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata I said i love youu..

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata Oh i love youu..

“Oh, maafkan aku...” Mika akhiri nyanyiannya sambil mengerling aku.
“Kalau tak nak maafkan?” Sengaja aku mengujinya.
“Abang menyanyi sampai Dhiya bosan,” ujar dia sebelum jemarinya mencapai jemariku, sekali lagi, “Tapi abang tahu, Dhiya takkan pernah bosan dengar abang menyanyi, kan?”
Aku mengangguk, “Dengan abang, takkannya Dhiya akan bosan!”
“Dhiya?”
“Hmm...?”
“Kalau abang pergi dulu?”
“Abang!” Baru aku nak tarik kembali jemariku, dia genggam erat.
“Abang tanya aje sayang.”
“Kalau abang pergi dulu, mestilah Dhiya sedih,” balasku, rendah, “Abang...”
“Hmm...?”
“Jangan tinggalkan Dhiya, ya?”
Mika senyum lalu dia mengangguk, “I will never leave you, sayang...”
Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila Jija menepuk bahuku, “Dhiya? Kenapa ni?”
“Kenapa apa?”
“Kenapa kau menangis?”                            
Aku tersentak lalu aku raba pipiku. Basah! Sungguh aku tak sedar aku menangis saat aku terkenang kenangan aku dengan Mika, “Jeej!”
“Ya?”
“Mika dengan Darwish akan sedar, kan?” Tanya aku, meminta kepastian.
Jija hela nafas sebelum dia memeluk bahuku, “InsyaAllah, Dhiya! InsyaAllah.”

Bahagia Ini, Sama-sama Kita Pertahankan
Aku meraup wajahku usai aku membaca doa namun aku masih tiada rasa mahu bangun dari sejadah. Aku teringat perbualanku dengan Adilla dua hari lepas,
“Mummy, bila daddy dengan abang nak balik? Along windu daddy dengan abang," Adilla meletakkan kepalanya diribaku.
Pipi gebu itu aku elus, perlahan. Sebak yang datang, menyesakkan dadaku, “Daddy..."
“Mummy, mati tu apa? Bulan puasya hari tu kawan kakak dekat tasyka cakap ayah dia mati. Mati tu apa, mummy?"
Aku mati kata. Air mata aku menitis lantas aku kesat, “Mati itu macam tidur tapi bila tidur, kita boleh terjaga tapi kalau mati, kita tidur selamanya."
Macam abang dengan daddy ya, mummy?" Adilla bangkit dan duduk di sisiku, “Hari tu dekat hosypital, along tengok abang tidur, daddy pun tidur. Tak bangun-bangun. Abang dengan daddy tak nak bangun ke mummy? Mummy kejutlah dia orang bangun, along nak main dengan abang, dengan daddy. Janganlah bagi daddy tidur terusy, nanti kalau mummy marah tak ada syiapa nak pujuk along lagi! Mummy kejut daddy, ya? Abang syekali!"
Tak dapat kutahan sebak, tubuh kecil Adilla aku peluk erat. Air mataku mengalir laju. Along, mummy tak tahu abang dengan daddy akan bangun atau tidak. Mummy tak punya kuasa untuk kejut abang dan daddy, sayang! Kalau mummy ada kuasa itu, sudah lama mummy kejut mereka berdua.
“Dhiya...?” Tepukan dibahuku buat aku tersentak. Saat aku berpaling, Jija merenungku, lama.
“Kenapa Jija?”
“Angah telefon. Doktor nak jumpa kau. Penting!”
Aku tersentak lantas, telekung yang aku sarung di tubuh tadi aku tarik dan aku lipat laju. Sejurus selepas itu, aku capai tudung sarungku dan terus aku sarung ke kepala. Aku dan Jija segera keluar dari rumah rehat hospital dan terus kami pergi ke unit rawatan rapi.
Setibanya di unit itu, aku lihat angah sedang bercakap dengan seorang doktor di bangku yang menjadi tempat tidurku sejak tiga malam lepas. Aku tarik tangan Jija mendekati angah dan doktor itu yang nyata kelihatan serius dengan perbincangan mereka.
Saat aku berdiri di sisi angah, angah terus bersuara, “She’s here, doc.”
Doktor itu menganggukkan kepalanya, “Puan Dhiya?”
“Saya?”
“We need you in the pediatric intensive care unit,” doktor itu bersuara.
Aku tergamam. Takkanlah? “Ada apa yang tak kena dengan anak saya, doktor?”
Doktor itu pantas menggeleng, “Nothing is wrong with Darwish. Dia cuma keep on sebut nama puan sejak dia sedar.”
“Darwish dah sedar?” Aku bertanya kepada doktor itu, meminta kepastian, “Dia dah sedar?”
Doktor itu mengangguk, “Yes. Alhamdulillah tapi badannya masih lemah. Tambah tulang di bahu kirinya dislocated, jadi dia tak boleh bergerak sangat. Kami perlukan puan di dalam sana, menenangkan dia.”
Aku mengangguk kepala. Air mata yang hampir menitis, aku cepat-cepat kesat! Darwish dah sedar akhirnya! Alhamdulillah! “Kita pergi sekarang.”
Doktor itu mengangguk dan berlalu, aku pula mengikut langkahnya dengan jiwa separuh lega dan separuh lagi masih resah. Darwish sudah bangun dari lena. Bagaimana pula dengan Mika?

Dapat aku lihat dari jauh Darwish menangis-nangis walaupun dia terbaring. Dapat aku dengar dari jauh dia memannggil-manggil aku, “Nak mummy! Awish nak mummy! Kakak, Awish nak mummy!”
Laju aku melangkah ke katil yang menempatkan Darwish lalu aku berdiri betul-betul di hadapannya, “Abang...”
“Mu... mummy! Mummy!” Makin kuat Darwish meraung bila dia ternampak aku. Tangan kanannya tergapai-gapai mahu memeluk aku. Lantas tubuh kecil itu aku dakap erat.
“Darwish Zaihan,” seruku, perlahan! Leganya rasa bila tubuh kecil itu dapat aku dakap seperti selalu.
“Mu... mummy! Ab... abang syakit. Tan... tangan abang kena ba... yut. Abang syakit...” rengeknya dalam sedu.
“Mummy tahu, sayang! Anak mummy kan kuat? Jangan menangis macam ni, sayang!”
“Abang takut...” dapat aku rasakan tangan kanannya memelukku erat, “Daddy peluk abang tadi! Daddy mana mummy? Kenapa daddy tak datang jumpa abang? Daddy mayah abang ke? Abang janji, lepasy ni abang tak nak syuyuh daddy beli jajan lagi! Abang janji!” Ujar Darwish dengan air mata yang masih meleleh laju.
Daddy peluk abang tadi? Sudah pasti si kecil ini mengingati apa yang terjadi pada hari raya pertama tempoh hari, “Shush! Tak nak menangis. Daddy tak marah abang, sayang. Daddy ada tapi daddy sakit. Sekarang daddy tengah tidur. Nanti daddy sihat, daddy mesti nak jumpa abang, hmm... sayang?”
“Daddy syakit syebab abang ke, mummy? Abang nak jumpa daddy!” Darwish tersedu-sedan di dadaku, menangis.
“Tak, sayang. Daddy bukan sakit sebab abang,” ujarku sambil menepuk belakang Darwish, menenangkan dia yang masih lemah, “Abang tak boleh jumpa daddy lagi. Kita tunggu daddy sihat dulu, ya sayang?”
Darwish menganggukkan kepala namun sedu-sedannya masih kedengaran. Aku angkat muka, memandang jururawat-jururawat yang menenangkan Darwish tadi. Tanpa suara, aku mengucapkan terima kasih kepada mereka dan mereka menganggukkan kepala. Aku sedar, ada di antara mereka yang mengesat air mata. Mungkin terkesan dengan rayuan Darwish yang mahu berjumpa Mika...

Beberapa hari kemudian, ketika aku sedang menunggu Mika di bangku menunggu di luar ICU. Aku dikejutkan dengan kehadiran Faris dan isterinya, Juwa.
“Apa sebenarnya yang jadi, Dhiya?” Tanya Faris sebaik saja dia duduk di sisi Juwa yang duduk di sebelahku.
“Honestly, aku tak tahu! Yang aku tahu, pagi raya tu aku dapat call dari pihak berkuasa yang Mika dengan Darwish terlibat dalam kemalangan,” jawabku, tanpa nada.
Faris mengeluh perlahan, “Dia kat katil berapa?”
“Katil 12.”
Sewaktu Faris bangun, aku lihat dia bercakap sesuatu dengan Juwa namun Juwa menggeleng. Baru dia melangkah nak masuk ke Unit Rawatan Rapi, aku menyeru namanya, “Faris...”
Faris berpaling kepadaku.
Aku ketap bibir menahan sebak yang hadir tiba-tiba, “Tolong kejut dia! Suruh dia kembali pada aku, pada keluarga kami! Tolong, Faris...”
Entah bila tanganku digenggam Juwa. Faris mendekati aku lalu dia duduk mencangkung di hadapanku, “Aku akan cuba kejutkan dia ya, kawan? Jangan sedih macam ni. Kalau dia tahu, dia mesti sedih.”
Aku menganggukkan kepala. Faris bangkit dari mencangkung lalu dia berlalu tinggalkan aku dan Juwa, berdua.
“Juwa...”
“Hmm...?”
“Saya takut,” ujar aku sebelum memandang Juwa, “Saya takut Mika tak nak bangun dah.”
Juwa menghela nafas panjang sebelum memeluk bahuku. Aku terasa bahuku diusap berkali-kali, “Jangan macam ni, Dhiya. Sekarang bukan masa untuk awak cakap yang bukan-bukan. Sekarang masanya untuk awak meminta dan memohon kepada Allah agar mengembalikan Mika kepada awak. Awak kena sentiasa positif, Dhiya. Saya tahu susah tapi cubalah. Setiap yang jadi ini, sudah ditakdirkan oleh Allah. Apa saja terjadi. Dari mula awak kenal Mika sampai sekarang, semuanya sudah tertulis di tangan Tuhan. Jangan putus asa, sayang.”
Aku menyembamkan wajahku di bahu Juwa. Sedihku masih sudah tidak dapat kubendung lagi.
"Dhiya kena kuat. Ni ujian Allah untuk Dhiya dan Mika. Yang penting, Dhiya jangan patah semangat," tangan Juwa erat memegang jemariku.
Aku mengangguk. Air mata yang ingin mengalir aku tahan, "Terima kasih ada di sini dengan saya."
Juwa pantas memeluk aku, "Apa pun jadi, Allah lebih mengetahuinya, ya?"
Aku mengangguk dalam pelukan Juwa. Mataku tertancap pada Faris yang baru keluar dari bilik yang menempatkan Mika.
"Dhiya..." seru Faris, lembut.
Aku mendongak memandangnya lantas aku mengukir senyum tawar.
"Be strong, kawan. Mika mesti tak suka tengok kau patah semangat. Teruskan berdoa kepada Allah. Allah mendengar setiap doa kita, InsyaAllah!" Faris memandang tunak kepada aku dan aku mengangguk. Seberat mana ujian Tuhan kepadaku, pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
“Darwish dah sedar kan, Dhiya?" Juwa memandangku.
Aku mengangguk, "Dia ada di wad biasa tapi bilik persendirian. Sekarang mama saya dengan mama Mika yang jaga dia kat sana. Kejap-kejap lagi saya ke sana."
Juwa dan Faris sama-sama mengangguk, "Kalau kau nak, aku boleh duduk sini kejap, tunggu Mika. Kau pergilah tengok Darwish dulu. Dia mesti nak mummy dia."
Rasa sebakku kembali semula, "Terima kasih Faris. Terima kasih Juwa. Kalau bukan sebab kau orang berdua, mungkin aku sendiri dah lemah."
"Untuk kau dan Mika, segalanya aku sanggup buat, Dhiya!" Ujar Faris. 
Aku pejam mata, cuba membuang air mata yang bertakung di kolam mata. Terima kasih Allah kerana kurniakan sahabat yang baik kepada aku dan suamiku...

“Puan Dhiya Zhafira?”
Aku yang sedang membaca Yasin terus angkat muka. Aku tergamam melihat seorang lelaki lengkap memakai kot putih, berdiri di depan aku. Aku mengangguk, “Ya, saya?”
“Isteri Encik Afiq Hakim?”
Terus aku berdiri. Mama, mama Nurul dan ahli keluarga aku yang duduk di bangku lain menghampiri aku dan lelaki berkot putih itu.
“Kenapa dengan anak saya, doktor?” Mama Nurul bertanya, cemas.
Doktor itu menghela nafas panjang sebelum bersuara, “Apa yang akan saya cakap ini mungkin sedikit mendukacitakan tapi ini hanya kemungkinan.”
“Kenapa doktor?” Perkataan ‘mendukacitakan’ itu buat hatiku tidak tenang. Resah mula bertamu di hati.
"Ada kemungkinan Encik Afiq telah kematian otak kerana apabila pemeriksaan gerakan tindak balas spontan terhadap ransangan yang kami jalankan terhadap pesakit tidak mendapat respon yang positif." 
Aku yang mendengar terus tersandar di dinding. Kakiku terasa makin lembik untuk menampung berat tubuhku. Mama Nurul sudah pun menangis di bahu ayah. Mama pula menangis di bahu kak long.
Aku terduduk. Air mataku terus menitis laju. Ya Allah... andai ini takdirMu untuk kami, redhakanlah hatiku ini...
Aku tutup wajahku dengan kedua-dua belah tanganku. Air mata yang gugur, aku biarkan terus mengalir di kedua-dua belah pipiku. Kata-kata doktor tadi buat aku sudah hilang harapan.
“Dhiya!” Aku terasa tanganku digenggam erat.
"Jija..." aku angkat muka lalu aku peluk Jija yang duduk di depanku. Di pipinya turut ada air mata yang mengalir, "Aku... tak boleh lepaskan dia pergi. Aku tak boleh!"
Jija tidak bersuara sebaliknya dia menepuk belakangku, menenangkanku. Namun, aku dapat dengar juga esakan yang keluar dari bibirnya.
"Dhiya, apa saja yang bakal terjadi... kau kena redha, ya?"
Aku menggeleng tanda tak mahu. Mika akan sedar semula! Dia akan sedar!
“Fira!” Aku terasa bagai ada tepukan di pipiku. Kuat.
“Dhiya Zhafira!” Suara mama di telingaku buat aku terus buka mata. Spontan!
Aku pandang sekeliling, doktor lelaki tadi tidak kelihatan. Jija juga tidak ada. Yang ada cuma mama saja, “Mama! Afiq, ma! Afiq!”
“Kenapa ni, Fira?!” Mama memandangku dengan pandangan keliru.
“Doktor...” ujar aku, kalut! “Doktor kata Afiq dah mati otak, ma... doktor tu kata...”
Mama pantas memelukku, kuat, “Fira, Fira mimpi ni! Afiq okey. Tadi doktor datang jumpa mama, dia kata Afiq belum sedar tapi dia dah boleh keluar ICU.”
Aku terkesima, “Afiq... Afiq okey?”
“Belum okey sepenuhnya. Masih lagi koma tapi sekarang ni Afiq boleh bernafas sendiri, dia dah tak perlukan bantuan mesin. Pukul 4.00 nanti dia discharge dari ICU dan akan ke Wad Kenanga 3A.”
Aku meraup muka. Alhamdulillah! Aku sangat lega! Pertama, kerana apa yang aku alami tadi hanya mimpi dan yang kedua, Mika sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan mesin. Alhamdulillah!

Aku merenung wajah yang putih bersih itu. Tadi ada jambangan meliar pada wajahnya dan sudah aku cukur dengan bantuan angah. Aku menongkat dagu dengan tangan kanan dan jari jemari tangan kiriku membelai wajah itu.
Nafas aku hela. Betapa aku rindukan suaranya...
“Abang... bila abang nak bangun? Abang tak nak jumpa Dhiya dah ke? Abang tak nak buka mata tengok Dhiya dan anak-anak ke?" Tangan kananku lantas mencapai tangannya yang penuh wayar berselirat dan aku genggam erat. Sudah dua minggu tubuhnya terbaring kaku di atas katil dan masih tiada tanda dia mahu sedar.
Tangan Mika yang aku genggam aku kucup, lama. Tanpa sedar, air mataku mengalir. Aku rindukan keletahnya. Aku rindukan kesinisan dia. Aku rindukan kemanjaannya. 
“Fira...”
Aku berpaling ke belakang saat bahuku disentuh.
“Ma, bila abang nak bangun?” Entah kenapa, soalan itu aku tanyakan kepada mama. Aku tidak tahu sudah berapa lama mama dan mama Nurul masuk ke bilik yang menempatkan Mika ini.
"Fira... Fira balik dulu, ya? Biar mama pula yang jaga Afiq sementara Fira balik.,” ujar mama Nurul sambil membelai kepalaku yang masih bersarung dengan tudung.
Aku pantas menggeleng, “Tak apalah, ma. Biar Fira tunggu. Fira nak tunggu abang. Mana tahu kalau abang buka mata nanti."
Mamaku pandang mama Nurul lalu mama Nurul mendekati aku, "Sayang, anak-anak Fira semuanya tunggu Fira. Semua rindu Fira, tambah-tambah si Darwish. Dari semalam dia cari Fira, Nina pun perlukan Fira sekarang. Fira kena fikir anak-anak jugak . Mama tahu, Fira nak tunggu Afiq tapi anak-anak Fira pun perlukan Fira."
Aku tersentak! Anak-anak? Astaghfirullah! Aku sudah terlupa dengan tanggungjawab aku sebagai seorang ibu. Ya Allah, ampunkanlah dosaku kerana mengabaikan anak-anakku...
Lantas aku bangkit dan aku dekatkan wajahku ke wajah Mika dan dahi Mika aku kucup, lama, "Dhiya balik sekejap. Kesian anak-anak. Nanti Dhiya datang balik ya?" 
Baru aku nak lepaskan genggaman tangan Mika, tiba-tiba tangan Mika membalas genggaman tanganku. Aku tersentak lalu aku pandang mama dan mama Nurul, "Mama! Ab... abang..."
Nyata, mama dan mama Nurul juga terkejut lantas mama berlari keluar dari bilik Mika, mencari doktor.

Aku duduk merenung Mika. Masih terasa lagi genggaman tangannya semalam. Kata doktor, itu adalah tanda-tanda positif dari Mika. Tangan Mika aku pegang. Rindunya aku ingin mendengar suaranya, rindunya aku pada keletahnya, pada kesinisannya... sungguh aku rindu.
“Abang...” Aku eratkan genggaman tanganku pada tangannya.
“Bila abang nak bangun? Abang tak rindu dengan Dhiya ke? Dengan anak-anak?” Luah aku dalam sendu. Air mata yang bertakung di tubir mata aku kesat, “Raya dah nak habis pun, bang. Bangunlah. Darwish dah bangun pun. Abang? Tak nak ke bangun? Tengok Darwish, tengok along... tengok Nina. Baby dalam perut Dhiya pun rindu abang...”
“Semalam along datang dekat Dhiya. She says she miss daddy so much. Dia rindu nak berlindung balik daddy bila mummy marah. Dia rindu nak dengar daddy menyanyi lagu nabi dekat dia,” aku hela nafas, membuang sendu.
Bunyi pintu wad ditolak dari luar buat aku menoleh. Adilla dan Darwish tersenyum memandang aku, “Mummy!”
“Come here!” Gamit aku kepada mereka, “Sini, jumpa daddy.”
Adilla menghampiri Mika lalu dia memandang aku, “Mummy? Daddy tak buka mata pun...”
Aku ukir senyum semanis mungkin, “Daddy tidur, sayang.” Rambut Adilla yang diikat tocang satu, aku belai perlahan sebelum aku kalih memandang Darwish yang berada di dalam dukungan angah, “Abang, sini. Jumpa daddy.”
Darwish geleng kepala. Matanya kulihat sudah banjir dengan air mata, “Daddy syakit... syebab abang...”
“Bukan abang. Daddy bukan sakit sebab abang tapi Allah yang bagi sakit ni kat daddy, Dia nak jadikan sakit ni penawar dosa daddy,” angah menjawab bagi pihak aku.
“Daddy ada dosya?” Adilla memandang aku lagi. Tangannya bermain-main dengan jari jemari Mika.
“Mummy pun ada dosa sayang. Semua orang ada dosa, along dengan abang kalau tak ikut cakap mummy pun boleh berdosa, tahu?” Tak sempat aku membalas, Jija menjawab dulu.
Adilla mengangguk faham, “Mummy?”
“Hmm...?”
“Bila daddy nak bangun?”
Soalan yang acapkali ditanya namun acapkali jua aku biarkan saja tanpa jawapan, “Mummy...”
Adilla kalih memandang Mika yang masih terbaring di atas katil, “Daddy! Bangunlah. Syian mummy. Hari-hari mummy nangis rindu daddy. Bangunlah...”
Darwish yang sudah turun dari dukungan angah mendekati aku. Tangan kanannya diawang-awangkan ke depanku, tanda ingin aku mengangkatnya duduk di atas ribaku. Perlahan-lahan, tubuh Darwish aku angkat dengan berhati-hati lalu aku dudukkan dia di atas ribaku. Tiba-tiba Adilla yang tadinya lembut memegang lengan Mika, menggoncangkan tangan Mika, sambil merengek, “Daddy, bangunlah. Ayong windu daddy."
Aku tahan air mata yang nak mengalir. Sedih bila aku melihat Adilla menggoncang tangan Mika berkali-kali seperti itu.
“Along, jangan macam ni. Daddy tengah sakit tu," angah memegang tangan Adilla menghentikan perbuatannya.
“Ayong nak kejut daddy! Ayong kesyian tengok mummy nangisy malam-malam, windu daddy. Ayong pun windu daddy. Abang pun windu daddy! Syemua windu daddy!" Adilla dah menangis, teresak-esak.
Baru aku nak memujuk Adilla, ada satu suara menyerunya, lemah... “A... A... Along..."
Aku terus kalih pandanganku ke kepala katil. Aku tergamam.
“Sa... Sayang..." dan dia memanggilku walaupun suaranya serak dan lemah. Semua orang turut terkaku.
Adilla yang tadi menangis terus mengesat air matanya. Bibirnya spontan mengukir senyum, “Daddy!"

“Nak lagi?" Tanya aku pada Mika sambil mengacau oat yang masih berbaki separuh.
“Tak nak. Rasa macam makan surat khabar," ujar Mika dengan suara yang masih lemah.
Aku hampir ketawa mendengar kata-katanya, “Abang pernah makan surat khabar eh?"
“I miss your smile," ujar dia tiba-tiba.
“Kenapa ni?" Cawan berisi oat aku letak di atas kabinet sebelah katil sebelum aku sulam jemariku dan jemarinya bersama.
“Everyday, sejak abang koma... abang dengar Dhiya menangis, merayu abang suruh abang bangun. Abang rasa nak bangun, peluk Dhiya, tenangkan Dhiya tapi abang tak berdaya. Abang lega sangat abang dapat juga tengok Dhiya senyum, Dhiya ketawa. I'm glad, Dhiya. I really am."
Aku senyum. Air mata yang bertakung di tubir mata, aku kesat, “Allah beri kita peluang kedua. Allah beri abang peluang kedua."
“Alhamdulillah," Mika pegang pipiku lalu dia elus perlahan, “Terima kasih Dhiya sebab tak putus-putus mendoakan abang. I'm lucky to have you."
Aku senyum. I'm more lucky to have you, Mika! “I miss you singing to me...”
“Nak abang menyanyi?”
Aku menggeleng, “Kali ni... biar Dhiya yang nyanyi untuk abang.”
Mika senyum lalu dia mengangguk.

Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permata di hati isteri
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih

Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati
Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu

Nyanyianku terhenti saat Mika menggenggam erat jemariku, “Sampai masa... kita akan terpisah juga, kan?”
Aku mengangguk kepala. Air mata di pipinya aku kesat, “Sebelum masa tu sampai, let’s make the best of our lives.”
“Andai takdir, kita bersama lagi...” lafaz Mika sambil mengelus pipiku lantas ayatnya aku sambung, “...kuingin hidup bahagia bersamamu.”
“Mummy!” Pintu bilik terbuka dari luar. Serentak aku dan Mika berpaling. Adilla, Darwish bersama Airina menerpa ke arah kami.
Mataku bertemu dengan Mika. Mika tersenyum manis. Bahagia ini, bersama-sama kita pertahankan sampai akhir nyawa kita. InsyaAllah...

TAMAT

p/s: the reason saya tak nak upload cerita ni haritu bukan sebab merajuk pun cuma bila saya tak dapat bagi FLY, sekurang-kurangnya saya ada cenderahati lain nak bagi pada anda semua bila saya busy. Selamat membaca ya. Maaf, FLY saya dapat bagi lepas hari Isnin minggu depan. Doakan saya punya presentation minggu depan. Mak nervous noks!

p/s/s: ikutkan saya nak buat Mika... ehem... pergi tapi saya tak buat sebab haritu saya buat, saya teriak. kakaka. Eh, bye *lambai-lambai tangan*

29 comments:

  1. Sad sad sad.. najwa ni mmg cian my mika n dhiya dah la dulu punya ssh nk bersama.. uwaaa nsb happy ending.. best

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tak matiiii.. Ni pun dh leleh dh niii

    ReplyDelete
  3. Air mata jatuh part mimpi dhiya tuhh..haihh..pape pon..memang best..rindu sngt dengan mika dan dhiya..terubat sudahh..nak DI raya pulak k..hahaha
    Btw gud luck utk presentation.. 😘

    ReplyDelete
  4. best kak .. klau akk buat ending mika xdak. bkn setakat akk je teriak . kami pon teriak sama kak .. sedih + best .. :D

    ReplyDelete
  5. aduhhhh,trkjut bila mika n abang accident,seb baek x buat mika pergi,law x dh bnjir dh bilik ni....hahaha...anyway best2...

    ReplyDelete
  6. Huwaaaa... Akak jahat.. Buat saya nangis malam2 .. :'( tahniah... Best sgt

    ReplyDelete
  7. Wawa....sedihnya mummy baca. A good one. Tq darling

    ReplyDelete
  8. Mujur bkn sad ending..ni pun dah meleleh jer ayor mate..huhu

    Tq Najwa..
    ** all the best for your presentation..aja2 fighting!! **

    ReplyDelete
  9. Aww..sooo sweet! Seriously rindu mikaya :) akhirnya happy ever after. Nasib baek mika ok klau x nangis x sdh lah jwbnye :'( thanks k.najwa.

    ReplyDelete
  10. bru nk mngalir ayak mate tp mujur mika dh sedar so i'am happyyyyyyyy .. hehe

    ReplyDelete
  11. Aipppp jangan lahh kasi Mika pergi... Nanti kesian baby dalam perut tuuu ã… .ã… 

    ReplyDelete
  12. Kak najwa suka buat orang nangis!

    ReplyDelete
  13. Kak najwa suka buat orang nangis!

    ReplyDelete
  14. Moga berjaya dgn presentation...amiinn.....all the best

    ReplyDelete
  15. Ini pun dh habis banjir dh, andai kata mika pergi mesti lg truk banjir sy ni kak. Kak for DI nanti please sy tk nk yg sedih sedih lagu ni dah

    ReplyDelete
  16. Sedih... but nice.. ai like.. anyway.. good luck for ur presentation ya najwa.... :)

    ReplyDelete
  17. Thanks a lot njwa..huwaaa :'( sedih..
    Best sgt2.. :-) all the best 4 ur presentation!

    ReplyDelete
  18. sedih sangat2.....tapi bestttttttttt

    ReplyDelete
  19. Best3!!! 😄😄

    ReplyDelete
  20. Terima kasih Najwa, sebab tak buat Mika PERGI ... kita pun baru nak baca ni, sebab, takut2 cerita yang sedih ending dia, kita tak nak. tapi Alhamdulillah, HEA. sayang Najwa ketat2. cerita yang sungguh berkesan bagi diri kita, dari buku hingga ke special edition ni. you hav a gift yg tak banyak org dapat. you hav magic yg buat org suka tulisan Najwa. Good luck my dear and diharapkan sentiasa maju jaya didalam kehidupan, pelajaran dan penulisan. keep up the good work.

    ReplyDelete
  21. Cerita yang menarik dan buatkan air mata saya mengalir ketika membacanya. Thanks AN sebab buat happy ending. Good job dear...

    ReplyDelete
  22. Cerpen ni buat sy teringat saat insan tersayang koma dulu.. accident dan severe head injury..

    Setiap hari sy tunggu tepi katil dia.. bercakap dgn dia, bacakan yasin dgn harapan dia boleh sedar.. tapi Allah lebih sygkan dia..

    ReplyDelete
  23. Sdihnyew akk..mngis saya..mjur hepy endg..love mika n dhiya

    ReplyDelete
  24. Air mata keluar macam air hujan dahh

    ReplyDelete
  25. Air mata keluar macam air hujan dahh

    ReplyDelete
  26. Tak henti air mata menitis. Hukhuk

    ReplyDelete
  27. Masih ada stock untuk buku tak? Nak baca yang full. Novel ni best sangat :). Teruskan menulis ")

    ReplyDelete