Saturday 27 September 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 8)

Johanna membuka hoodie yang menutup wajahnya apabila dia terasa bas berhenti. Dia kerutkan dahi melihat kawasan hutan di sekelilingnya. Bunyi cengkerik, deru air sungai buat dia mengeluh. Dah sampai...
Dikerling Hadi yang masih belum sedarkan diri di sebelahnya. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum dan cepat pula senyumannya mati. Ehhhh! Apahal kau nak senyum-senyum pandang
Hadi ni? Johanna menggelengkan kepalanya berkali-kali. Gila, Jo! Gila!
“Kau kenapa?” 
Gelengan kepala Johanna terhenti. Dia pandang Hadi yang sudah duduk tegak walaupun matanya masih kelihatan kuyu. 
“Kau...” bibir Johanna terhenti sendiri dari berkata-kata. Dia dah kena sumpahan apa ni?
“Kau kenapa, Johanna? Tak pernah tengok hutan ke macam mana?” Sindir Hadi bila lihat Johanna macam tersampuk bisu.
Johanna terus pandang ke luar tingkap. Shit! Benda apa ni? Kenapa aku jadi macam ni? Ish...
“Johanna?” Hadi angkat kening. Kenapa budak ni?
“Pergi turunlah, Head Boy!” Ujar Johanna, keras tapi masih tak memandang Hadi.
Hadi jungkit bahu, “Tak payah kau cakap, memang aku nak turun pun.”
Johanna mengangguk, “Baguslah!”
Hadi kerutkan dahi. Apa masalah Johanna ni? 
“Blahlah! Kau tunggu apa lagi?” Johanna buat muka. Turunlah! Janganlah duduk sebelah ni. Blahlah!
Hadi geleng kepala. Budak pelik! “Yelah!”
Saat Hadi bangun dan keluar dari bas. Johanna melepas nafas lega. Hailah hati, kenapa kau boleh berdebar tengok dia tadi?
Tiba-tiba Johanna rasa kerusi di sebelahnya diduduki orang. Perlahan-lahan dia kalih. Nuha tersengih memandangnya, “Jo!”
Johanna ukir sengih nak tak nak, “Nuha!”
“Hang pasaipa? Muka lain macam ja…” Nuha pegang dahi Johanna, konon memeriksa suhu. Mana tahu, Johanna demam ke tiba-tiba.
“Aku okey! Aku okey!” Ujar Johanna lalu menepis tangan Nuha, “Pening dok dalam bas aje.”
“Oo…” Nuha mengangguk, “Eh, jomlah! Kita kena berkumpul dekat dataran sana.”
Johanna mengangguk lalu dia berdiri. Nuha sudah bergerak turun ke bawah. Johanna pula memegang dadanya. Nafas dihela. Jantung, tolong jadi normal balik…

“Kamu kalau nak ke mana-mana dalam kawasan hutan ni, pastikan berteman! Kalau boleh biar lebih dari dua orang,” suara Cikgu Lah disahut oleh semua pelajar dengan suara yang tak berapa nak bersemangat.
Usai sesi tazkirah ringkas Cikgu Lah tadi, pelajar-pelajar mula bertaburan ke sana-sini. Ada yang berlari masuk ke tandas. Ada jugak yang mula mengeluarkan khemah masing-masing untuk dipasang.
“Jo, jom pasang khemah!”
Johanna buat muka, “Malas.”
“Dah, nanti malam nak lena kat mana?”
“Chalet tu berlambak tapi kenapa dia orang nak suruh kita berkhemah bagai? Aku serabutlah!” Johanna memuncungkan mulutnya.
“Kem ni lain dari kem kecemerlangan yang lain. Setiap tahun, sekolah kita memang buat.”
Johanna mengeluh lalu dia pandang Nuha, “Nuha…”
“Apa?”
“Jom jalan-jalan kat sekitar kawasan ni.”
“Tapi khemah tak pasang lagi ni,” Nuha kerutkan dahi.
“Ala, kita jalan-jalan kejap aje. Lepas tu kita pasanglah khemah ni.”
“Dan ka? Nak solat lagi. Ceramah mula pukul 2.30 petang, tau? La ni pun dah pukul 1.45 petang.”
“Dan, Nuha! Aku nak tengok sungai aje. Nanti kita balik semula ke sini.”
Nuha akhirnya mengangguk. Sebenarnya, dia pun teringin sangat nak tengok air sungai yang kedengaran menderu di bahagian hujung kawasan perkhemahan mereka, “Janji sat ja noh?”
Johanna mengangguk! Yes!!

Johanna menolak bahu Nuha sambil tertawa apabila Nuha mengusiknya pasal Hadi, “Gila aku kalau nak suka dekat mamat nerd tu!”
Nuha ketawa, “Hang tak boleh tarik balik kata-kata hang tu! Aku doakan jodoh hampa dua orang panjang. Biaq hang menyesai dengan kata-kata hang!”
“Merepek kau ni, Nuha! Nak ke si Head Boy tu dengan aku yang banyak cela ni? Tak lawa macam Mimi, tak pandai macam Zuha, tak hot macam Rena. Kau ingat dia pandang aku ni? Dia pandang aku sebelah mata aje tau,” ujar Johanna sambil tertawa.
“Hang ni… hang tau dak hang tu ada kelebihan sendiri. Hang pandai main gitar. Hang muka taklah selawa aku tapi muka hang ni kira lakulah kat Malaysia ni!” Nuha sengih.
“Bengong,” Johanna ketawa.
Dalam mereka berjalan di kawasan itu, tanpa sedar ada sepasang mata sedang memerhatikan topi Johanna.
Tiba-tiba topi yang dipakai Johanna ditarik dari atas pokok. Johanna tersentak lantas dia mendongak! Matanya yang tak berapa besar terus dibulatkan! “Weh, monyet! Bak balik topi aku!”
Nuha pula menyorok di belakang Johanna, “Jo, aku takut dengan kera. Depa kata kera ni ganaih! Jom balik tempat kem!”
“Tak nak! Selagi aku tak dapat topi aku, selagi tu aku takkan berganjak dari tempat ni!”
Nuha mengeluh namun tangan tidak lepas dari memegang baju Johanna.
Johanna capai ranting yang ada di tanah lalu dicampak pada monyet yang masih bermain dengan topi miliknya! “Bagilah balik topi aku tu!”
Tak cukup dengan ranting, Johanna capai pula batu-batu kecil yang ada di situ lalu dicampak kepada monyet tadi dengan harapan monyet itu takut dan terus melarikan diri.
“Janganlah Jo! Aku takut dia marah nanti!”
Johanna merengus, “Aku yang patut marah! Dia yang ambik topi aku!”
Nuha mengeluh, “Tapi dia monyet, Jo!”
“Memanglah monyet! Aku tak kata dia dinosaur!”
Johanna capai pula sebiji batu sederhana besar lalu terus dia mencampakkan batu di tangannya kepada monyet tadi namun tak kena!
Si monyet pula. Mungkin kerana dia berasa terancam dengan Johanna terus mencampakkan topi milik Johanna ke dalam sungai!
Johanna menjerit! “No!”
Tanpa sempat Nuha menahan, Johanna sudah pun terjun ke sungai sebab nak menyelamatkan topinya.
Tapi lain jadinya saat Johanna tiba-tiba terkapai-kapai di dalam air sungai. Nuha terkedu! Ya Allah!
“Tolong!!" Nuha menjerit sepenuh hati. Johanna yang di dalam air sungai itu kelihatan tercungap-cungap dan tangannya tergapai-gapai bagai meminta tolong buat Nuha rasa tak sedap hati, “Tolong!!! Hadi!! D.O.!!"
Hadi yang sedang memasang khemah tersentak lalu dia memandang D.O. yang turut memandang Hadi. Tanpa suara mereka bergegas berlari ke arah suara Nuha yang menjerit meminta pertolongan.
“Tolong!!" Nuha dah terduduk di atas tanah. Johanna sudah hilang dari permukaan air. Dalam hatinya tak putus-putus berdoa untuk keselamatan Johanna.
Tiba-tiba Johanna keluar semula ke permukaan air namun tangannya masih tergapai-gapai meminta pertolongan.
Hadi yang baru sampai, terkejut melihat Johanna sudah lemas di dalam air sungai itu. Tanpa menunggu lama, dia terjun ke sungai dengan niat mahu menyelamatkan Johanna. 
Sebaik sahaja dia berjaya mencapai Johanna yang sudah separa sedar, dia menarik Johanna ke tebing sungai.
Hadi membaringkan Johanna ke atas tanah. Pipi Johanna ditampar berkali-kali, “Johanna! Johanna! Johanna Sofea!"
Hadi yang mula resah apabila Johanna tidak memberikan respon, “Nuha, tolong tekan dada Johanna. Aku rasa dia dah banyak tertelan air sungai."
Nuha mengangguk dan mula menekan dada Johanna, mengikut arahan dari Hadi.
Melihat Johanna masih tidak memberi respon, Hadi memicit hidung Johanna. Udara disedut lalu pipi Johanna ditekan, membuatkan mulutnya membentuk huruf `O' dan terus dia merapatkan mulutnya ke mulut Johanna. Berkali-kali. Tangan Nuha di dada Johanna ditepis lalu dia menekan dada Johanna berkali-kali dengan tangannya, “C'mon, Johanna! Don't die on me! Please!"
Nuha tercengang. D.O. pula terkesima. Mereka saling berpandangan dan minda mereka, tanpa disuruh, membuat konklusi sendiri.

Nuha pegang tangan Johanna yang sejuk. Dalam hatinya tak putus-putus mengucap syukur pada Allah SWT kerana masih memanjangkan nyawa Johanna. Nida dan Elly turut berada di bilik chalet yang menempatkan Johanna. Masih terbayang di mata mereka semua bagaimana Hadi mencempung Johanna ke tempat perkhemahan.
“Macam mana boleh jadi ni. Nuha?”
“Ada monyet curi topi Jo. Tak taulah pasaipa tapi Jo nampak sayang sangat dengan topi tu. Tapi tulah, topi Jo tu tak dapat diselamatkan. Nasib baik Hadi sampai on time… kalau dak, aku tak taulah apa jadi dengan Jo sekarang.”
Elly mengangguk lalu dia pegang belai rambut Johanna. Tadi Cikgu Lah cuba menelefon parents Johanna namun tiada siapa pun yang mengangkat. Kesiannya Johanna…
“Nuha, Hadi ke yang buat CPR dekat Jo?”
Nuha pandang Nida lalu dia mengangguk, “Darurat… tak apa kan?”
Nida pandang Elly lalu Elly angkat bahu, “Tak apa… kot.”
Nuha tiba-tiba berdiri, “Eh, aku nak keluar kejap. Nak panggil Puan Faridah kejap.”
Elly dan Nida sama-sama mengangguk dan Nuha terus berlalu keluar.
Di luar bilik chalet, D.O. yang duduk di tangga terus berdiri sebaik saja mendengar bunyi pintu dibuka dan ditutup kembali.
"Nuha, macam mana dengan Jo?" tanya D.O. sebaik saja Nuha berdiri di sebelahnya.
"Alhamdulillah. Getting better. Hadi mana?"
D.O. jungkit bahu, "Entah. Tiba-tiba hilang."
Nuha mengangguk lalu dia pandang D.O., "Wei..."
"Kenapa?"
"Hang nampak tak apa yang aku nampak?"
D.O. kerut dahi, "Nampak apa?"
"Tadi... hang tak nampak ka?"
"Nampak apa, Nuha Nuradila?" ujar D.O.
Nuha mengeluh, "Tak apalah..."
Baru Nuha nak berjalan turun dari tangga chalet tersebut, D.O. bersuara, "Aku nampak. In fact, dah lama aku nampak."
Nuha pandang D.O., "Sejak bila hang nampak?"
"Sejak hari kokurikulum hari tu."
Nuha mengangguk, "Memang Hadi suka Jo ka?"
"Aku tak pasti tapi pada gaya dia waktu Jo lemas tadi, lebih dari suka..." D.O. membuat kesimpulan sendiri. Terbayang di mata dia wajah cemas Hadi sewaktu Johanna tak sedarkan diri tadi.
Nuha senyum, "Bukan Hadi seorang rasa macam tu kot."
"Maksud kau..." D.O. bulatkan matanya, "Jo pun...? Kau biar betul!"
Nuha mengangguk sambil mengukir sengih lebar, "Aku pasti seratus peratus!"

Johanna buka mata yang terasa perit.  Tekaknya turut terasa perit. Perlahan-lahan dia bersandar pada kepala katil. Kepalanya yang terasa berpinar dia pegang. Aku ada kat mana ni?
“Jo? Hang dah bangun?”
Johanna kalih memandang Nuha yang baru masuk dari luar, “Nuha… bukan aku lemas ke tadi?”
Nuha mengangguk lalu dia mendekati Johanna, “Jangan buat stunt macam tu lagi, Jo! Takut gila aku tadi!”
Johanna senyum, “Aku sayang topi tu.”
“Tahu tapi kau kena sayang diri kau dulu.”
Johanna mengangguk, “Aku tahu tapi aku sayang gila topi tu.”
“Siapa yang bagi sampai hang sanggup nak korbankan nyawa sendiri ni?”
Johanna sengih tawar, “Daddy aku bagi. Waktu tu, hubungan kami okey lagi. Masih dalam kategori normal. Itu hadiah dia yang pertama dan yang terakhir yang pernah aku dapat.”
Nuha senyap. Baru dia tahu nilai topi Johanna itu, “Sorry. Aku tak tahu.”
“It’s okay! Lagipun, topi tu dah pergi mana entah. Dah tak ada jodoh aku dengan topi tu.”
Nuha senyum serba-salah. Johanna… kalaulah aku tahu…
“Nuha…”
“Hmm…?”
“Siapa yang selamatkan aku tadi?”
“Er…”
“Kenapa, Nuha? Kau jangan cakap Nik, Nuha! Pengsan aku kat sini nanti.”
Nuha ketawa, “Bukanlah. Bukan Nik tapi…”
“Tapi…?” Johanna jungkit kening.
“Hadi.”
Johanna bulatkan matanya, “Head Boy?!”
Nuha menganggukkan kepalanya lalu dia sengih, “And I think you should really thank him.”
Johanna kembali bersandar pada kepala katil. Head Boy selamatkan aku…
“Eh, Jo! Ni aku ada bawak balik makanan. Makanlah. Aku kena keluaq ni. Kejap lagi ada ceramah.”
“Aku nak join!” Johanna tolak selimut yang menutup lututnya.
“Eh, hang dah diberikan pengecualian dari terlibat dengan sebarang aktiviti.”
“Dah, takkan aku nak buat bodoh semata-mata aje?”
Nuha jungkit bahu, “PIlihan apa yang hang ada? Hang pun nampak lembik lagi. Rehatlah dulu.”
Johanna mengeluh lalu dia mengangguk, “Nuha…”
“Hmm…?”
“Tolong ambilkan gitar aku boleh?”
Nuha mengangguk, “Duduk elok-elok. Rehatkan badan hang tu. Jangan paksa diri sangat.”
Johanna mengangguk. Macam mak nenek aje si Nuha ni!

Malam itu, Johanna keluar dari chalet lengkap dengan bersweater dan berhoodie. Gitar dipegang dengan sebelah tangan.
Nuha yang sedang bersembang dengan Mimi bangun dan terus mendekati Johanna, “Kenapa keluar bilik?”
“Bosanlah, Nuha! Kau pun tinggal aku sorang dalam bilik tu. Memang aku nak bercakap dengan cicak and lipas pun.”
Nuha gelak, “Sorrylah! Jom lepak sana.”
Johanna mengikuti langkah Nuha yang sudah kembali mendekati bulatan unggun api yang dibuat oleh pelajar lelaki selepas solat isya’ tadi.
“Jo, kau dah cakap terima kasih dekat Hadi?”
Johanna menggeleng, “Nak cakap macam mana? Dia tak ada pun kat sini.”
“Dia adalah! Tu dekat pangkin sana tu. Pilah kat sana! Cakap terima kasih.”
Johanna mencebirkan bibirnya lalu dia menggeleng.
“Ish, tak baik hang tau?! Orang dah tolong hang, selamatkan hang.”
Johanna merengus. Gitar ditangannya diberikan kepada Nuha, “Pegang ni!”
Nuha sengih! Yes! Gitar yang dihulur Johanna diambil, “Good luck, Jo!”
“Shut up, Nuha!” Hoodie ditarik hingga menutup wajahnya lalu kakinya diatur mendekati Hadi yang duduk di atas pangkin.

Head Boy..."
Hadi panggung kepala. Johanna berdiri di depannya, memandangnya telus. Hadi angkat kening kanan, "Kenapa?"
"Aku duduk sebelah kau, boleh?"
Hadi jungkit bahu, "Duduk ajelah. Bukan aku ada letak nama aku kat situ pun yang kau nak minta kebenaran aku."
Johanna buat muka sebelum duduk di disi Hadi. Sinis!
"Kenapa tak duduk dalam chalet?" 
Johanna kalih memandang Hadi lalu dia mencebik, "Sebab bosan. Korang dengar ceramah apa semua, aku pulak renung siling. Bosan gila!"
Hadi senyum, "I thought ceramah, camping apa semua ni is not your thing."
"Memang pun tapi better dengar ceramah dari renung siling and tengok cicak jantan mengurat cicak betina."
Hadi terus ketawa sejurus selepas Johanna selesai berkata-kata. Ramai kalih memandang Hadi dan Johanna. Johanna dah tepuk dahi. Head boy ni pun...
"Head boy, dahlah tu!" 
Hadi menghentikan tawanya namun bibirnya masih mengukir senyum.
"Head boy..."
"Apa Johanna?"
"Kenapa kau selamatkan aku? Aku ingatkan kau benci aku."
Hadi kalih memandang Johanna sebelum dia pandang tempat lain, "Kau hampir mati lemas, Johanna! Takkan aku nak tengok dan buat tak tahu aje. Kalaupun aku benci orang, aku takkan biar orang tu mati. Lagipun, siapa cakap aku benci kau?"
Johanna menggeleng, "Aku ingat kau benci aku..."
"Tak ada sebab untuk aku benci kau, Johanna."
Johanna mengangguk lalu dia pandang Hadi, "Head boy..."
"Apa lagi, Johanna Sofea?" Hadi pandang Johanna sekali lagi.
"Terima kasih," tanpa Hadi sangka, Johanna mengukir senyum manis. Hadi terasa detak jantungnya menjadi laju tiba-tiba. Johanna, senyuman kau... kenapa manis sangat ni?



p/s: sumpah letih gila! Maaf kalau bab ni kurang memuaskan. Love you guys muchos

20 comments:

  1. Best sngt!! Senyuman Jo yg manis gitu..haha head boy dah angau. Thanks k.najwa utk bab 8 ni :)

    ReplyDelete
  2. Wahh..head boy jd hero hari ni ;)
    ada sentimental value rupanya..
    patut la jo sanggup bergadai nyawa nak ambil topi tu..
    Tp kesian jo..jd mcm ni pun xleh nak contact family dia :(
    mujur ada kwn yg ambil berat.

    **jo tau tak yg hadi wat CPR ;) **
    TQ Najwa Ulfa ♡

    ReplyDelete
  3. ai pun senyum aje ....dah ada progress hubungan diorg ni. jangan ada mata2 yang cemburu dahla tgk hadi ni yg dah nyata punya taman dalam hati milik johanna....tq dear. kalau boleh nak lagi tapi takpe akak tunggu

    ReplyDelete
  4. Kenapa sekolah saya cuma ada headgirl? Hhaha

    ReplyDelete
  5. Best sgt....nk lagi....

    ReplyDelete
  6. Best!!!! So Jo bkn la bertpuk sblh tgn...yay!!!

    ReplyDelete
  7. best apa bab ni. headboy jadi hero... hohoho... mmg best

    ReplyDelete
  8. waahhhh...cpr...mintak nyawa!! hihihi

    ReplyDelete
  9. Hohoho head boy jd hero, cinta berputik sudah..

    ReplyDelete
  10. Kesian jo dgn keadaan mcm ni pun tak dpt contact mak bapak dia. Wah hadi become heroooo yeahhhhh. Jo tak tahu hadi buat cpr. Kalau tau msti malu -inas-

    ReplyDelete
  11. Lahai hadi dah tangkap cintan ke tu?huhu.thank you for the entry,kak najwa!

    ReplyDelete
  12. perghhhhh....si jo lmas msa terjun sungai,si head boy plak lemas kna panahan snyuman manis si jo...hahahaha...terbaek r..

    ReplyDelete
  13. Cinta mula berputik antara hadi n johanna.... pasti rena cemburu...

    ReplyDelete
  14. Sama2 ada rasa rupanya...
    Walaupun jo n hadi selalu gaduh,still nampak sweet.... #^_^

    ReplyDelete
  15. Bestnya citer ni...kalo kluar buku bg tau la ya...seronok sangat baca sbb dkat dgn hati...hehehe good luck...��������

    ReplyDelete