Monday 24 June 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (Bab 4)

Benarlah telahanku, Faris dan Aireen sudah menjadi pasangan namun bukan dari Faris aku ketahuinya tetapi dari teman sebilik Aireen yang berbual-bual ketika membasuh baju. Semuanya aku secara tak sengaja. Waktu itu aku sedang menyidai pakaian di ampaian, manakala mereka sedang membasuh baju. Yang tidak enak aku dengar, namaku disebut sebagai penghalang hubungan mereka. Mengapa dikaitkan aku dengan hal mereka berdua? Aku sendiri tidak tahu mereka sebenarnya pasangan bercinta.
“Dhiya!”
Sungguh, aku terkilan. Kalau itu telahan mereka terhadap aku, aku tidak hingin lagi dekat dengan Aireen mahupun Faris.
“Dhiya Zhafira!”

Pap! Lamunanku terhenti, “Kenapa?”
“Penat aku dengan Jija panggil kau. Kau buat derk je!” Mira mencebikkan bibirnya. Eh, ingat lawalah tu?
“Ye ke? Aku tengah dengar lagulah!”
“Nak menipu agak-agaklah! Earphone tak pakai, dengar lagu kot celah mana? Ada orang menyanyi kat telinga kau ke?” Jija membidas, sinis.
“Choi!! Mintak simpanglah orang menyanyi kat telinga aku. Aku tengah terleka tadi.”
“Kau kenapa sebenarnya?” Jija angkat kening. Mira mengangguk.
Aku sengih tanpa rasa, “Kenapa dengan aku?”
“Kau asyik termenung. Lately. Keluar bilik pun tak nak. Kita orang ajak makan, kau suruh tapaukan je. Kenapa? Ada anything yang kau nak share?”
“Aku cuma terfikir, macam manalah hidup aku tak ada korang. Aku rasa sedih sebab kita dah nak habis matrik. Lepas ni, semua berterabur. Sama macam waktu SPM dulu.”
“Ala, tak suka tengok kau macam ni. Rasa... sedih.”
Aku sengih, “Aku okeylah. Cuma terfikir.”
“Korang...” Mira bersuara tiba-tiba.
“Kenapa?”
“Nanti jangan lupakan aku tau. Aku tak pernah ada lagi kawan sebaik korang. Aku sayang korang sangat-sangat,” air mata meleleh di pipi Mira.
“Ala, touchingnya dia!” Aku dan Jija ketawa sebelum meraih Mira dalam pelukan kami.
Ya, aku juga tak pernah ada teman sebaik korang. Faris? Layakkah dia jadi yang terbaik setelah janji yang terpateri dimungkiri.

“Dhiya, soalan Kimia ni aku tak faham. Reaction benzene ni... buat aku stress.”
Aku tengok kertas yang dihulurkan Jija. Ah, soalan Kimia Organik! Ni yang rasa stress ni, “Kejap lagi pergi jumpa Mr. Yeoh, nak?”
“Pukul berapa?”
“Lepas lunch. Lagipun aku nak jumpa Puan Rohayu. Ada soalan Biologi ni aku tak faham.”
Jija mengangguk-angguk, “Boleh.”
“Jija.”
“Hmm...” sahut Jija tanpa mengangkat muka.
“Mira dengan Syahir tu serius ke?”
Serentak Jija angkat muka pandang aku, “Kenapa?”
“Entah. Saja tanya.”
“Aku...” Jija hentikan kata lalu matanya memerhatikan Mira yang sedang ‘belajar’ dengan buah hatinya, “Aku sebenarnya tak suka bila Mira asyik berdua dengan Syahir macam ni.”
“Maksud?”
“Tak manis dipandang. Kita Melayu dan yang paling penting, Islam. Islam melarang lelaki dan perempuan yang tiada ikatan yang sah duduk sekali macam tu meskipun di tempat yang cerah dan orang ramai. Walaupun niatnya untuk belajar. Tetap boleh datangkan fitnah.”
Aku mengangguk, “Niat tak menghalalkan cara.”
“Betul,” Jija tiba-tiba mengenggam tangan aku, “Sebenarnya, waktu kau rapat dengan Faris pun aku tak berapa berkenan cara korang tapi aku tak berani tegur dan bila Aireen join korang, aku rasa lega sikit tapi tetap rasa tak senang hati.”
“Kenapa kau tak tegur? Aku bukan makan kau pun, kalau kau tegur, “aku membalas genggaman tangan Jija.
“Sebab aku tak sempurna mana nak menegur kau.”
“Manusia, memang tak sempurna. Aku ada celanya, kau pun ada kurangnya tapi itu tak bermaksud kau tak layak tegur aku. Kita sama-sama buat silap. Kalau aku silap, kau tegur je aku dan kalau kau buat silap, aku akan tegur kau. InsyaAllah.”
“By the way, kenapa sekarang kau dah jarang study dengan Faris?”
Aku ukir senyum, “Orang tak mengajak, takkan kita nak tersorong-sorong tunjuk muka.”
“Tak faham,” Jija mengerutkan dahi.
“Orang dah teman barukan.”
Jija menganggukkan kepala namun nampaknya dia masih tak faham.
“Study! Study! Kelaut dah kita ni.”
Jija anggukan kepala lalu tersengih.
“Hai, study berdua je?”
Aku angkat muka dari nota Biology. Aireen!
“Hai. Yup, berdua je. Awak datang dengan siapa, Reen?” Tanya aku berbasa-basi.
“Faris,” sudah ku agak jawapan itu.
“Mana Farisnya?” Jija bertanya.
“Kejap lagi masuklah. Eh, kami duduk kat meja ni, boleh? Dah tak ada meja kosong.”
Aku pandang Jija dan anggukkan kepala. Memang hari ni ramai di library, entah study, entah dating.
“Awak tak kisahkan duduk depan Jija?”
“Tak, kenapa saya nak kisah?”
Er... tak ada jawapan untuk itu. Jija dan Aireen pandang aku pelik. Akhirnya aku angkat bahu je.
“Reen, penat cari awak,” suara Faris memecah gegendang telinga aku.
“Sorry. Tak ada meja lain, awak.”
“It’s okay. Mind if I seat here?” Soalan itu aku kira dia tanyakan pada Jija.
“Sure.”
“Eh, lady! Lama tak nampak kau!” Suaranya kedengaran ceria.
Aku angkat muka, “Kita kenal ke?”
Terus dia terdiam. Aireen dan Jija pandang aku. Aku buat muka tak bersalah. Lama tak nampak aku? Semalam kau nampak aku kat kafe tapi kau tak tegur! Lama tak nampak aku?! Bullshit!

“Dhiya, kau kenapa?” Tanya Faris saat dia berjaya menyaingi langkahku.
Tadi, selepas aku berkata seperti itu, aku segera mengemaskan nota-nota yang bertaburan di atas meja dan terus berlalu. Aku tak sangka langsung yang Faris akan mengejarku.
“Kau dah kenapa ikut aku?”
“Aku tak faham. Kenapa kau buat macam tak kenal aku?”
“Siapa yang mula dulu?”
“Apa maksud kau?”
Aku perhati sekeliling. Ramai yang memandang kami dengan penuh tanda tanya. Argh! Jadi perhatian pulak, “Look! I don’t have time to talk to you. Aku tak nak jadi bahan gosip orang.”
“Dhiya, kau dah lain!”
Aku berpaling pada Faris, “Aku lain ke kau yang lain? Siapa yang semalam aku senyum tapi buat-buat tak kenal aku? Aku siap lambai tangan, kau buat tak tau. Siapa yang dah couple dengan Aireen tak bagitau aku? Siapa yang janji aku jadi orang pertama tapi last-nya aku jadi orang terakhir? Siapa?!”
Terkedu Faris dengan kata-kataku.
“Don’t you ever dare to say I’d changed when you are the one who changed! You are now just a somebody I used to know!”
Usai berkata-kata terus aku pergi meninggalkan dia yang nyata terpempan dengan semua benda yang aku utarakan.


“What happened?”
Aku angkat kening pada Mira yang bertanya.
“Kau dengan Faris. Hangat kot! Semua orang sok-sek-sok-sek. Aireen muka dah lain dah,” Jija duduk di birai katil aku.
Aku yang sedang pegang buku 5 Tahun 5 Bulan meletakkan buku itu di riba, “Apa yang kau dengar orang sok-sek-sok-sek.”
“Same old thing.”
“Yang aku bergaduh dengan Faris sebab aku cemburu Faris dengan Aireen rapat? Macam tu?”
Jija dan Mira mengangguk.
Aku meraup muka.
“Dhiya, kau menangis ke?” Jija pegang bahu aku.
“Dhiya...”
“Aku penat! Aku penat pendam apa yang aku rasa. Kenapa... kenapa sekali pun orang tak faham perasaan aku? Kenapa orang keep on blamed aku?” Air mata dah mengalir. Akhirnya...
“Dhiya...” Mira peluk bahu kanan aku.
“Salah ke kalau aku luahkan apa yang aku tak puas hati dekat Faris? Salah ke... kalau aku ada perasaan kat Faris? Teruk sangat ke aku ni?”
“Kau cakap apa ni Dhiya?”
Aku terusan menangis. Ya, aku akui kini... aku SUKA Faris!
“Ya Allah, Dhiya! Sejak bila?”
Aku menggeleng tak tahu.
“Faris tahu?”
Aku geleng lagi.
“Kau tak cakap dekat dia?”
Aku geleng lagi.
“Kenapa?”
“Kau ingat dia boleh terima? Kau rasa dia boleh anggap aku kawan dia lagi tak?”
Ini kali kedua dalam hidupku aku jatuh sayang pada seorang lelaki. Dalam usia 19 tahun, rasa itu bercambah tanpa dapat aku cantas.
“Dhiya...” aku dipeluk erat oleh Jija. Tanpa aku ketahui, dia turut mengalirkan air mata. Mira turut memeluk aku.

Dengan berbekalkan lampu meja, sebuah buku berwarna hitam aku bawa keluar dari laci meja. Helaian kedua aku buka. Ada sekeping gambar, aku dan Faris sewaktu LDK. Gambar candid yang diambil oleh Jihan. Ternampak kelat wajahku tika itu, kerana digandingkan dengan Faris.
“Dhiya, awak masuk group Faris, ye?” Suara Kak Syifa yang lembut tak mampu menahan rasa hati yang panas.
Aku anggukkan kepala saja. Entah di mana silapnya, hampir kesemua aktiviti dalam LDK, harus ada Faris di dalam kumpulan aku.
“Lady,” Faris angkat kening kepada aku saat aku menarik bangku duduk di sisinya. Bukan niatku untuk duduk di sisinya tapi sudah tiada ruang lain di meja itu yang boleh aku duduki.
“Debat ni untuk suka-suka, okey? Don’t take it serious, okey?” Kak Syifa bersuara lagi.
“Okey, ketua kumpulan datang depan undi untuk jadi pencadang atau pembangkang.”
Semua budak dalam kumpulan aku pandang aku. Aku jungkit kening lalu aku pandang Faris, “Kau, pergi!”
“Aku bukan ketua.”
“Dah tu, sejak bila aku jadi ketua?”
Faris terdiam, “Okey, aku jadi ketua.”
Dan bermula dari itu, hubungan yang tak berapa baik jadi lebih baik dan semakin baik sehinggalah…aku terjatuh SUKA pada Faris.
Helaian seterusnya aku buka. Ada sehelai kertas kecil bertulis Happy Birthday terlekat di situ. Kertas yang diberi oleh Faris padaku sebelum kami bercuti semester selama sebulan.
Bibir terukir senyum. Aku rindukan kami yang dulu. Sebelum rasa suka Faris pada Aireen wujud dan rasa suka aku pada Faris hadir. Rasa suka ini merumitkan dan menyesakkan dadaku kala ini.
Lagu Bunkface-Situasi tiba-tiba berbunyi dari katil tanda ada seseorang sedang menelefonku kala itu.
Cepat-cepat butang hijau aku tekan supaya tidak menganggu lena Jija dan Mira.
“Hello. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Lady!”
Faris!

“Nak apa?”
“Dhiya.”
Jangan panggil aku macam tu! “Kenapanya?”
“Kau...”
“Look Faris, kalau kau setakat nak telefon aku and just Dhiya, Lady, Kau dan bla bla bla. Tak payah! Aku tak berminat nak dengar.”
“Dhiya, listen! Kenapa kau jadi macam ni?”
“Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa kau jadi macam sekarang? Kau couple dengan Aireen tak bagi tau aku padahal dulu kau janji, aku orang pertama yang tau tapi kenapa Akmal tahu dulu dari aku? Kenapa Akmal tanya aku betul ke korang couple? Kenapa aku tak tahu apa-apa? Aku ni... betul ke kawan baik kau? Ke sekadar alat untuk kau dekat dengan Aireen dulu?”
“Dhiya... bukan macam tu.”
“Habis macam mana? Orang cakap, kau tak cakap kat aku sebab kau takut aku hancurkan relationship kau dengan Aireen. Betul ke kau takut aku hancurkan relationship kau dengan Aireen?”
Faris diam... lama, “Well... yes.”
Aku pejam mata. Setitis air mata menitis di pipi. Ini puncanya sebenarnya.
“Aku terpengaruh dengan cakap-cakap Iman, Rendi dengan Mika. Aku tak...”
Tiga nama itu, aku kenal. Kawan sebilik Faris. Mika, aku pasti memang tak suka aku sebab dia sepupu Amir Ayyad. Kenyataan yang aku dan dia saja yang tahu. Iman dan Rendi, entah! Jumpa senyum macam biasa, tak sangka di sebalik itu mereka nampak aku sebagai pengaruh buruk pada hubungan Faris.
“Mika cakap, kau suka aku sebab tu aku...” kata-kata Faris terhenti.
“Habis tu kenapa kau berjanji dengan aku?”
“Aku...”
“Dah! Kalau kau rasa aku ni cuma akan hancurkan relationship kau dengan Aireen. Fine! Mulai malam ni, aku tak kenal kau. Kau tak kenal aku! Jangan risau, dengan Aireen pun aku takkan bercakap! Semoga bahagia! Assalamualaikum.”
Talian aku matikan telefon aku off. Dan aku terus menangis. Aduh, pedihnya rasa ini.
Diari tadi aku capai dan pen aku tarik. Aku coretkan satu ayat yang buat air mata ini makin lebat turun.
‘He is now, just a somebody I used to know.’- (Dhiya Zhafira, 6 April 2008)


“Dhiya, kau menangis ke semalam?”
Aku geleng.
“Sure?”
Aku angguk.
“Kau okey tak ni?”
“Okey,” ujar aku sambil tersenyum.
“Mata kau bengkak.”
“Tidur lambat.”
“Study?” Mira angkat kening.
Aku angguk.
Jija buat muka pelik, “Kau? Study lewat malam? Jangan tipu, please.”
Aku sengih tawar.
“May I join all of you?”
Suara Aireen.
“Duduklah, kami pun dah habis makan.”
“Saya nak duduk sekejap je. Tunggu Faris.”
Ah, Faris pulak! I. Need. To. Go.
“Guys, aku nak pergi toilet. Sakit perut.”
“Eh, kenapa?” Mira terkejut.
“Kenapa? Nak membuanglah!” Aku ketawa. Hambar. Okey. Lawak aku hambar.
“Kau tak makan apa pun semalam, ada ke benda yang nak dibuang.”
Aduh, Jija! Tak tolong member langsung.
“Aireen,” serentak kami semua menoleh, termasuk aku. Faris.
“Now, I really have to go. So long, girls!” Aku capai beg dan terus berlalu walaupun aku tahu dia memerhatikan aku.

Nota carboxylic acid aku selak. Pena aku berlari di atas kertas kajang, menulis nota ringkas. Waktu study week yang singkat ini harus aku manfaatkan dengan sebaiknya.
“Dhiya!”
Aku angkat muka dan terus menunduk kembali, pura-pura tidak kenal insan di depanku.
“Dhiya Zhafira. I’m talking to you.”
“Do I know you?”
“Kita dah nak exam, tolong jangan buat macam ni kat aku.”
“Apa yang aku buat?”
“Kenapa kau marah sangat?”
“Sebab kau mungkir janji, lebai! Sebab tu aku marah!” Satu oktaf suara aku ternaik.
“Bukan niat aku.”
“You know what, mungkin betul cakap Mika. Aku cuma akan kacau hubungan kau dengan Aireen.”
“Dhiya, aku tak bermaksud macam tu.”
“Aku penat! People keep talking about me and your stupid relationship! Apa korang ingat aku hadap sangat dengan hubungan korang tu?”
Terdiam terus dia dengan kata-kata aku.
Sedar suara aku sudah mencapai oktaf tertinggi, segala barang-barang aku kemas dan segera berlalu, “Kau nak cakap dengan aku, kan? Ikut aku! Sini bukan tempat yang sesuai!”
Aku atur langkah ke tasik. Itu saja tempat yang aku rasa tak ramai orang kalau nak berdebat dengan Faris.
“Kau nak cakap apa? Cakap sekarang.” Beg sandang yang aku galas aku campak ke tepi.
Gaya aku, memang macam gangster nak cari gaduh tapi ada apahal. Memang ini gaya aku dan cara aku.
Faris hela nafas, “Kenapa sampai ke tasik?”
“Kenapa? Kau nak debat dekat library? Boleh, kita pergi balik!”
“No! I mean can we just sit and talk.”
“No, I don’t want to sit and talk!”
“Dhiya...”
“Kau cakap kat aku, yang tak ada sesiapa yang akan sakiti hati aku lagi tapi... kau... kau kawan baik aku sendiri yang buat macam tu! Kau kalau tak pandai nak berjanji, jangan pernah berjanji!”
“Dhiya, aku minta maaf.”
“Selama ni budak-budak lelaki selalu cakap. Kalau perempuan, jumpa boyfriend... kawan-kawan dia lupakan. Heh, sebenarnya lelaki pun dua kali lima! Bukti, ada depan mata!”
“Dhiya!”
“Aku terkilan. Aku tak kisah kalau kau nak buat apa pun tapi tolong... jangan berjanji kalau kau nak mungkiri,” aku rasa nak menangis tiba-tiba, “Kau... walaupun kau cakap aku tak macam perempuan, tapi aku tetap perempuan. Ada hati, ada perasaan! If you hadn’t noticed, I am a girl! Aku bukan lelaki macam kau. Keras, tak ada hati perut!”
“Dhiya...” suara itu kembali kendur.
“Aku penat. Orang tuduh aku macam-macam. Kau! Kawan aku, buat aku macam tak penting. Bela aku pun tak, kau biar je orang cakap aku macam-macam! Kawan jenis apa kau ni?” Air mata aku dah meleleh. Ah! Tak sukanya macam ni.
“Dhiya, jangan menangis macam ni,” Faris dekati aku namun aku mengundur ke belakang.
“Jangan dekat dengan aku! Aku tak nak kita jumpa ni, orang tuduh lagi aku macam-macam! Nak couple, couple jelah. Janganlah babitkan nama aku!”
“Dhiya...”
“Aku nak balik bilik!” Aku capai beg yang ada di atas tanah dan terus berpaling namun langkah aku terhenti. Aireen memandang aku, telus. Pipinya basah dengan air mata, “Dhiya, saya minta maaf.”

Bersambung...

p/s: suka Dhiya atau Aireen?

50 comments:

  1. Biarlah Aireen dgn Faris. Biarkanlah Dhiya jumpa cinta sejati yg menyayanginya tanpa berbelah bagi.. She deserves someone better than Faris.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi persoalannya...mampu ke Dhiya melepaskan Faris dalam hati dia?

      Delete
    2. boleh je.....xnk dhiya ngn faris...biar ngn smbdy yg better than him

      Delete
    3. Betoi!! Kasi dia ngan org lain. Mika pon ohsem :)

      Delete
  2. yup dhiya deserve someone better than faris....

    ReplyDelete
  3. amir ayyad kan ada...jeng jeng jeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. amir ayyad dua kali lima dengan faris...dahtu macam mana?

      Delete
  4. Oh NO!!!!
    Kesian Dhiya...
    Tak sangka jadi sampai macam tu sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kan :( huhu....tunggu bab seterusnya ok :)

      Delete
  5. kesian kat Dhiya......biarlah dia jumpa seseorang yang betul2 menyayangi dia....

    ReplyDelete
  6. h0pe farish akn menyesaaaaaaaal sngat .. tp tme tu dah trlambat ..

    ReplyDelete
  7. lady..hidup masih panjang, perjalanan masih jauh. cheer up dear! kat depan sana ada ramai hot stuff! ekekeke...cptlah bab 5

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii...hahaha, bagi semangat kat dhiya nampak...hehehe...sabar ye

      Delete
  8. Best...tetap nak faris juga ngan dhiya

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time orang nak faris dengan dhiya...hahaha

      Delete
  9. i prefer dhya to meet someone better.. she deserves better
    like what you say in one of your post, many people had faced this kind of situation.
    i had been in dhya situation once.. but al least in my case, the girl is not as nice as aireen which make it easier for me to say ' you deserved it' to that boy.. tp dlm cerita ni., ireen is one nice girl (at keast for now) and actually, sy skeptic sikit dgn girl yg overly nice ni, sbb i dont know...

    ReplyDelete
    Replies
    1. well, i'm planning to make aireen baik dari awal sampai akhir...maybe...hehehe

      Delete
  10. Haish! Sedih campur geram tapi geram lagi banyak. Ok.. memang tak si faris tu, dgn gf dia sekali. grrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best cita nihhh .. good job sis .. ;-) teruskan okayyyy. bagi laa faris nggn dhiyaa .. heeeee

      Delete
    2. dhiya tetap dgn faris tapi....faris akan susah nanti :)

      Delete
  11. geramnya si faris ni.......apapun cite ni best!

    ReplyDelete
  12. erm.. mungkin aireen akan berubah rasa dekat faris and terjumpa someone yg lain... kemudian , faris terjumpa diary dhiya and semua rahsia dhy=iya terbongkar ... amacam?? heheh just sayin ;) keep on the good work...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...akan dipertimbangkan...thank you yeah :)

      Delete
  13. hwaaa...sedihnya ... kesian dkt Dhiya... nah! amik kau Faris skali Dhiya meletup..... tau pon... dah nk couple couple je la yg nak kaitankn nama Dhiya dah knapa? *emo sma mcm Dhiya hahaha :D

    ReplyDelete
  14. Biar kn aje aireen dngn c faris .. Dhiya deserves someone better than faris .. Mika pun bleh gak .

    ReplyDelete