Sunday 29 July 2012

Dia Imamku (Bab 1)

2010
“Jom!” Aku terpinga-pinga. Lelaki di depanku ini selamba saja mengambil beg di tangan aku.
“Nak pergi mana?” Aku bertanya saat dia sudah mula melangkah. Terkejar-kejar aku mengikuti langkahnya itu.
“Balik rumah oranglah ke awak nak stay kat airport ni?” Tanya lelaki itu dengan kening terangkat sebelah. Ingat comel ke angkat kening macam Ziana Zain tu?
Aku geleng laju. Tak nak aku duduk dekat airport yang berlonggok orang yang warna kulitnya tidak sama dengan warna kulit aku. “Nak pergi rumah awak naik apa?"
“Naik teksi. Orang tak mampu nak beli kereta dekat sini,” ujarnya sedikit sinis.
Aku angguk saja dengan jawapannya. Sedang aku membontoti langkahnya yang laju itu, dia tiba-tiba berhenti. Bum! Terus aku terlanggar belakang badannya yang berhenti tak beri signal itu.
“Ish, awak ni! Nak berhenti bagi isyaratlah. Sakit hidung orang, tahu!” Aku bersuara separuh merungut.
“Nur Insyirah, tak baik merungut dengan suami! Berdosa, tahu?”
Aku angguk saja. Malas nak bertikam lidah. “Kenapa awak berhenti tiba-tiba ni?”
“Awak turun kapal terbang, tak salam orang pun kan?”
Erk! Tersedak aku dengan pertanyaan lelaki itu. Dia berhenti sebab tu je?

“Maksud awak?”
“Nah, salam!” Ujar dia dengan suara berbaur arahan dengan tangan kanan dihulurkan pada aku.
Aku tahan senyum. Kelakar jugak suami aku ni. Huluran tangannya aku sambut tanpa banyak bicara lalu aku tundukkan wajah mencium tangan lelaki itu.
Saat aku angkat muka, bibirnya singgah ke dahiku. Terus wajahku hangat!
“Awak malu ye?” Bisik dia, selamba.
Wajahku tidak kuangkat. Malunya kurasa.
“Insyirah!” Aku dengar suaranya memanggilku, romantis.
“Insyirah!” Aku kerut dahi, kenapa aku dengar suara mama pulak ni?
“Nur Insyirah!”
Mata yang terpejam terus kubuka. Wajah mama yang menyinga menggantikan wajah lelaki tadi.
“Anak dara apa ni? Tidur sampai pukul 10! Bangun cepat!”
Aku gosok rambut yang terasa kusut. Aku pegang dahi. Sumpah, berdebar sungguh hatiku kala ini. Siapakah gerangan dia yang masuk di dalam mimpiku itu? Wajahnya kabur. Tidak kunampak wajahnya di dalam mimpiku tadi tapi sungguh, aku terasa bahagia.
“Hah, berangan! Cepat bangun, tolong mama dekat bawah!” Suara mama naik satu oktaf lagi.
Ala, mama ni! Kacau je. Separuh merungut hatiku membebel. Aku bangun dari katil lalu mendekati mama yang sedang mencekak pinggang di depanku.
Tuala di ampaian belakang mama aku capai. “Morning mama!” Terus kukucup wajah mama lalu segera kulari masuk ke dalam bilik air sedang di luar aku dengar mama menjerit namaku dengan kuat.

“Apa punya mimpilah, wei! Banyak baca novel kau ni,” Jue ketawa besar, diikuti oleh Ash yang sedang enak mengunyah aiskrim Malaysia perisa Milo.
Aku tepuk dahi dengan komen Jue. “Ish, aku serius ni! Aku rasa bahagia, Jue!”
“Mengarutlah semua tu, Insyirah,” Ash pula bersuara. “Semua tu mainan tidur.”
“Tapi aku betul rasa bahagia!” Aku ulang semula ayat aku pada Ash yang tidak mengambil serius kata-kataku itu.
“Mimpi itu mainan tidur, Insyirah. Tambah-tambah kau tu jenis banyak baca novel. Tak mustahil kau boleh mimpi benda macam tu,” Jue bersuara, seolah-olah memujuk aku yang nyata terbawa-bawa dengan mimpi aku malam itu.
Aku angguk saja. Mengiakan saja. Aku agak kecewa sebenarnya apabila mereka tidak mempedulikan perasaan aku sebaliknya mereka terus menghentam aku dengan teori mereka.
“Kau masuk balik matrikulasi bila?” Tanya Ash kepadaku.
“Minggu depan.”
“Ala, tak boleh nak lepak lagi macam selalu!” Ujar Jue, separuh kecewa.
“Boleh je. Rumah kita bukan jauh mana pun.” Aku bersuara, sedikit kasar. Entah kenapa, aku terasa dengan mereka berdua.
“Yelah!” Jue atau nama sebenarnya Juliana bersuara perlahan. Kami bertiga sudah berkawan sejak kecil lagi. Aku, Jue dan Ash. Ke mana saja kami bertiga. Habis SPM, kami mula mengorak langkah ikut haluan masing-masing. Ash, Asasi Undang-undang di UiTM Merbok, Kedah. Jue pula dapat buat TESL di UiTM Shah Alam. Aku? Aku UPU pun tak dapat, yang dapat matrikulasi yang dua tahun. Yang itu saja yang aku dapat. Pada mulanya memang aku kecewa tapi kalau sudah rezeki Allah nak bagi pada aku. Aku terima saja.
“Eh, dah lewat! Jom balik. Nanti mama si Insyirah ni marah pula,” ujar Ash sambil menelek jam di pergelangan tangannya. Aku angguk. Mama aku memang garang. Pengetualah katakan. Semua orang takut termasuk aku. Hehehe…
“Insyirah,” Ash memanggilku, perlahan.
Jue pula berjalan dulu ke depan, seolah-olah memberi ruang untuk kami berdua berbicara. “Kenapa?”
“Aku harap kau jangan fikirkan sangat mimpi kau. Semua tu…”
“Bullshit?” Tanpa dipinta, aku menyambung ayat Ash.
Wajah Ash sedikit terkejut lalu dia berdehem sebelum kembali bersuara.“What I meant was…”
Sekali lagi tanpa dipinta, aku memotong ayat Ash. “ I get it, Ash. I live in the world full of fairytales. I get it! Kau dan Jue tak faham apa yang aku rasa, Ash. Sebab tu apa saja yang aku cakap, kau anggap sebagai benda mengarut. It’s okay, Ash! I get it. Kau tak perlu terangkan pada aku. Dah, jom balik!” Dan aku terus berlalu meninggalkan Ash yang kelihatan terpinga-pinga dengan bicara panjang aku.

2011
Aku raup wajah. Satu keluhan terlepas dari bibirku. Aku terfikir semula tentang mimpi aku malam tadi. Patutkah aku bercerita kepada mereka? Aku menggendang meja computer di depanku. Dua tahun dulu, kerana mimpi yang dikatakan mengarut oleh mereka itu menjadikan hubungan kami renggang seketika. Kalau aku berbicara pula tentang mimpi yang terbaru ini, apakah mereka akan menuduhku gila pula?
“Insyirah, Juliana dengan Ashraf dah sampai tu.”
Suara mama menjerit dari tingkat bawah buat aku terkocoh-kocoh mencapai tudung yang tersangkut. Seluar tiga suku yang tersarung tadi sudah kutukar pada seluar trek berwarna hitam. Dompet di atas meja solek aku capai lalu terus aku melangkah turun ke tingkat bawah.
“Jom!” Aku bersuara pada mereka berdua yang sedang menanti aku dengan penuh sabar.
“Jom!” Jue ketawa lalu dia capai tanganku. Kami beriringan ke bazaar ramadhan. Ash pula sekadar membontoti kami berdua tanpa sebarang suara.

“Banyaknya korang beli,” Ash geleng kepala saat kami sudah masuk ke kawasan perumahan kami.
“Eh, rumah aku ramai orang okey? Dengan anak saudara aku lagi,”bidas Jue menjeling Ash.
Aku pula, cuma ketawa dengan keletah mereka berdua. Ada saja yang akan buat mereka bertikam lidah dan aku selalu bertindak sebagai pendamai.
“Insyirah, tahun ni raya dekat Perak?”
Soalan Jue aku jawab dengan anggukan. “Eh, jom pergi taman permainan tu. Duduk sekejap. Penatlah.”
Ash dan Jue ikut saja langkah aku yang laju. Aku duduk di atas buaian manakala Jue duduk  di atas jongkang-jongket dan Ash cuma berdiri di tiang buaian.
“Insyirah, you had something in mind aren’t you?”
Aku geleng. Aku masih ragu-ragu nak bercerita kepada mereka.
“Insyirah, dari dekat bazar lagi aku tengok kau tak tentu arah, gelabah, gelisah. Kenapa sebenarnya?”
Aku geleng.
Ash jungkit kening sikit. “C’mon, kami ni kawan kau. Ada apa sebenarnya?”
“Well...”
“Kau mimpi lagi?” Tebak Jue.
Terkejut aku. Hampir terjatuh aku dari buaian.
“Betullah tu,” Jue senyum pada aku manakala Ash menggeleng perlahan.
Aku berdehem. “Aku mimpi sesuatu yang pelik semalam tapi…”    
Dua pasang mata merenung  aku pelik. “Tapi?”
Aku senyum nipis segaris. “Tapi aku suka mimpi tu. Buat dada berdebar tiba-tiba.”
“Apa yang kau mimpikan?”
“Seorang lelaki merajuk dengan aku.”
“What the...?” Jue angkat kening pada aku.
“Betul. Tak tipu,” Aku ketawa, tawar. “Aku tak kenal pun siapa dia. Yang pasti, dia merajuk sebab aku tak layan dia yang dah nak balik ke Ireland. Study.”
“Kau… pelik!” Ash geleng kepala.
“La, kenapanya?”
Ash diam, tidak menjawab.
“Kenapa kau boleh berdebar hanya pada mimpi macam tu. Sudahlah! Semua tu mainan tidur semata-mata.”
Aku diam sebelum mengangguk. “Memang mainan tidur semata-mata but I wish somehow, it’ll come true.”
“Mengarut! Dah, aku balik dulu,” Ash angkat punggung lalu berlalu pergi. Aku tak faham kenapa dia nak marah sangat? Bukan aku mimpi pasal dia pun.
Jue geleng kepala saat dia lihat Ash dah berlalu. “Let him be. PMS maybe.”
Aku ketawa dengan kata-kata Jue.
“Insyirah, aku nak minta maaf.”
“Kenapa pulak?”
“Sebab dulu aku tak faham perasaan kau. Aku gelakkan kau.”
“Not a big deal,” balas aku.
“Insyirah,” Jue pandang aku.
“Ye,” sahut aku.
”Mungkin mimpi kau tu boleh kenyataan, Insyirah.”
“Mustahillah.” Aku ketawa kecil.
“Nothing is impossible, Nur Insyirah. Just pray to Allah. Who knows, Allah will grant your prayer. Dan aku doakan mimpi kau jadi kenyataan.”
Jawapan dari Jue buat aku tersedak. Betul kata dia, andai kita berdoa kepadaNya, mana tahu Dia akan perkenankan doa kita jika itu yang terbaik untuk kita.
Aku angguk dan senyum. “Terima kasih.”
“Jomlah balik. Kejap lagi mak aku bising pulak, dah nak berbuka puasa ni.”
Aku angguk saja..

Malam itu, aku masih teringatkan wajah merajuk lelaki itu. Aku tutup buku Sengih Kerang 2.0 karya Aisa Linglung. Aku garu kepala yang tidak gatal. Setiap yang berlaku di dalam mimpi itu masih bermain di dalam ingatan walaupun wajahnya tidak kukenal. Namanya tidak kutahu. Aku capai Blackberry yang ada di atas meja lalu aku dail nombor Nurul Imanina, alongku yang tinggal berasingan dengan kami sekeluarga dek kerjayanya sebagai seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
“Helo.  Assalamualaikum,” ucapku saat talian disambungkan.
“Waalaikumsalam.”
“Along tengah buat apa?”
“Tak ada buat apa, tengah mark paper,” jawab along. “Kenapa telefon ni?”
“Orang nak tanya pendapat along ni.”
“Kenapa? Ada orang nak couple dengan angah ke?”
“Taklah macam tu.”
“Dah tu?”
“Macam ni ceritanya...” Dan aku terus bercerita.
Selesai bercerita aku terdengar along ketawa kecil. “Are you hoping for this dream to come true?”
“Sort of,” aku bersuara perlahan. Malu.
“Then, pray to Him. Ask for His mercy. Kalau apa yang didoakan itu baik untuk angah, insyaAllah, Dia akan makbulkan,” aku dengar along hela nafas panjang. “Tapi lebih afdhal kalau kita minta diberikan jodoh baik-baik dengan kita.”
Aku angguk. “Baik, along. Terima kasih.”
“Welcome. Dah, pergi tidur. Dah pukul 12.00 dah. Esok, jangan lupa bangun sahur tolong mama kat dapur.”
“Ha, yelah. Along bila cuti?”
“Dekat nak raya nanti.”
“Ooo… okeylah along. Angah tidur dulu. Along pun jangan tidur lewat sangat.”
“Yelah,” aku dengar along bersuara separuh tidak ikhlas.
“Assalamualaikum, along.”
“Waalaikumsalam,” dan talian mati.

Aku kemaskan lipatan tudung di kepala. T-shirt I’m A Genius yang tersarung di badan aku kemaskan. Kardigan hitam yang tersarung aku biarkan bebas tidak berbutang. Lebih selesa begitu. Beg laptop aku sarung ke bahu. Blackberry aku capai lalu aku simpan di poket seluar jeans. Dompet lusuh milikku aku masukkan juga ke dalam poket seluar. Beg pakaian separuh sarat aku capai lalu aku keluar dari bilik tidur. Di luar, aku lihat mama masih belum siap. Ayah, lepak duduk di depan televisyen menonton Raja Lawak yang sudah berkali-kali diulang tayang.
“Awal angah siap,” tegur mama padaku.
Aku sengih saja. “Excited nak balik kampung, ma.”
Sungguh, aku tidak tipu. Aku tak tahu kenapa, aku sangat teruja untuk pulang ke kampung. Seperti ada sesuatu menungguku di sana.
“Angah, tolong pin tudung adik,” jerit adikku yang paling kecil, Irdina. Usianya sudah mencecah 17 tahun tapi manjanya seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.
“Sini,” aku gamit dia agak mendekati aku.
“Mama, kejap lagi pergi ambil Izham dulu kan?” Tanya aku.
“Yelah.”
“Sudah. Jom!” Ayah bersuara. Aku angguk saja. Irdina yang sudah siap bertudung mengangkat beg Barbie kesayangannya.
Kami mula memunggah barang masuk ke dalam kereta. Bonet kereta sendat dengan pelbagai barang yang akan kami bawa pulang ke kampung.

Aku kesat peluh yang merenik di dahi. Langsir lama dah diganti baru. Aku kerling along yang sedang menggantikan sarung kusyen.
“Along”
“Ye?” Aku nampak along angkat muka memandang aku sebelum kembali tunduk menyarung sarung kusyen.
“Kenapa opah macam beria-ia benar nak raya tahun ni? Tak rasa pelik ke?”
“Normallah ni. Raya kan?” Along ketawa tapi aku rasa pelik dengan tawa along. Seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari aku.
“Ada benda yang dirahsiakan dari angah ke?”
“Tak ada apa-apalah,” ujar along dengan seyuman.
Aku angguk saja, malas nak komen lebih-lebih. Yang aku pasti, semua ada simpan rahsia daripada aku!

Aku lihat dia kemas bajunya dengan wajah masam. Masam benar sampai aku sendiri tak berani nak menegur.
Aku nampak along mendekati aku, “Kenapa diam je? Cakaplah dengan Naufal tu. Kejap lagi dia dah nak pergi airport. Nak balik Ireland.”
Aku geleng kepala, “Angah takut.”
“Takut apa? Pergilah. Masam benar mukanya,” ujar along lagi.
Aku angguk lantas mendekati si lelaki yang sedang mengemas barang, “Nak orang tolong?”
Lelaki itu diam.
Aku garu kepala, “Biar orang tolong,” Aku capai baju yang sudah siap dilipat.
Tiba-tiba si lelaki menarik balik baju ditangan aku.
“Tak payah,” aku terdengar dia menggumam.
Aku garu kepala. Teruk benar merajuknya.
“Angah, jom kait rambutan,” ajak Irdina bersama sepupu-sepupuku yang lain.
Aku angguk lantas aku bangun. “Awak, orang pergi kait rambutan ye?”
Dia masih diam. Tak bersuara langsung.
Aku bangun dan terus pergi ke belakang rumah.
Di belakang rumah, aku nampak adik aku, Izham sudah mula mengait rambutan.
Aku kumpul rambutan yang ada di dalam guni. Aku jadikan ia seikat lalu aku berlari ke rumah dan aku lihat dia sudah siap sedia nak ke airport.
“Awak!”
Dan aku lihat dia berpaling.
“Awak dah nak pergi?”
Dia angguk. Aku tengok mata dia kosong.
“Orang ambik ni untuk awak,” aku hulurkan seikat rambutan yang aku kumpul tadi.
Dia geleng kepala, tanda tak mahu.
Aku sedih. Air mata dah bertakung di mata. Dia hulurkan tangan untuk bersalam dan aku capai lalu aku cium tangan itu. Saat aku angkat kepala, dia kucup dahi aku dan terus berlalu tanpa suara.
Tanpa mampu ditahan air mata aku mengalir, “Awak...”
Serentak, aku buka mata. Aku pegang mata aku yang berair. Sudah kali kedua aku bermimpi tentang dia. Aku kesat mata. Aku berdebar dan aku sedih. Mimpi itu seakan-akan benar-benar berlaku. Aku tengok jam. Baru pukul 2.30 pagi lantas aku bangun dan ke bilik air. Aku mahu ambil wudu’, menenangkan jiwa aku yang resah gelisah.


Bersambung...

p/s: mungkin akan ada yang kata cerita ni ada persamaan dengan ADDV. Tapi cerita ni ada banyak bezannya dari ADDV,, insyaAllah...


46 comments:

  1. Dr mimpi jd betul ker. Tgu adengan seterusnya hihi. Btw scene kait rambutan tu cilok smlm punya ka hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin..hihihi...scene rambutan tu, memang ada dalam mimpi...hikhik

      Delete
  2. menanti next bab... mimpi jadik nyata ni..

    ReplyDelete
  3. mimpi eh? nmpak muka tak ? hehe. btw nice starting :)


    kDija

    ReplyDelete
  4. Best!
    Tapi lagi best kalau adik letak part istikharah, sebab mimpi berkaitan jodoh ini adalah rentetan daripada istikharah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..mmg akn ada part tu dalam bab dua nnti ;)

      Delete
  5. Best best best. Hihi. Cepatcepat sambung. :p

    -akuZan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikzan :P...sabaq sat...minggu depan baru aku sambung...hahaaha

      Delete
  6. besttttttttt..sambungggg2..hehe..
    (nurul jannah)

    ReplyDelete
  7. bez!! x sbar nk tggu next chpter...hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah la umai..best... najwaulfah.. sambunggg2

      Delete
    2. hehehe...sabar ye, terima kasih :)

      Delete
  8. kenapa rasa macam mengolahan cerita ni lebih matang n nampak idup berbanding AADV.. hehe... itu maknanya, ko mkin improve dalam penulisan.. teruskan.. menanti dengan sabar.. =)

    ReplyDelete
  9. besttt..xsabar tggu next2 bab aih hehehe.. <3 <3 <3
    (k.zaihan)

    ReplyDelete
  10. ADDV novel apa ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dia dan vespa...novel saya sebelum Dia Imamku

      Delete
  11. sengaje tak nak bace cite ni awal2, sebab nak kumpul n3 banyak2 dulu baru bace terus, hikhik. tapi baru dapet 13 n3 dah tak tahannn dah nak bace, cik Najwa asyik tayang sedutan jeu, hehe. daannnn setelah bace, tak menyesal aku tunggu lame2, best dari awal lagi, nak teruskan bace ye, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiks...haha...thank you :), teruskan membaca DI :)

      Delete
  12. najwa...(^^) da jd pnulis no..

    ReplyDelete
  13. Bab satu pun dah best... Tahniah..

    ReplyDelete
  14. Baru dpt layan... Mmg best!!!

    ReplyDelete
  15. Baru dpt layan... Mmg best!!!

    ReplyDelete
  16. kenapa lagu kat blog awak lagu encik mimpi je semua? hehe. minat EM ye? hehe. btw, teruja nak baca karya awak :)

    ReplyDelete
  17. Crita ni mmg real ke ? Hee ^_^

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete