Sunday 8 April 2012

Your Guardian Angel (Edited Version)

Dia mengukir senyum saat  Farah mendekati dirinya. “Lambat.”
“Diam. Aku penat, tahu?” Farah merengus.
“Siapa suruh lari?” Dia senyum lagi bila si gadis mencebik.
“Ewah, tadi dia yang cakap orang lambat. Ni nak marah ni!”
Syazwan tergelak bila Farah mula nak membebel. “Nah!” Dihulur sebungkus Choki Choki pada Farah.
“Hah, ni aku sayang kau lebih ni.” Farah dah tersenyum manis.
“Eleh, yelah sangat kau tu sayang aku lebih.” Syazwan buat muka.
“Tak nak percaya sudah. Blueekkk!!” Farah menjelirkan lidah pada Syazwan.
“Macam budak-budak.”
“Biarlah!”
“Jomlah jogging.” Syazwan bangun.
Farah yang baru nak bukak bungkusan Choki Choki angkat kening. “Relakslah, bro. Kejap lagi, okey? Kasi aku rehat sekejap. Please...”
“No! Now!” Syazwan dah mula stretching.
Farah akhirnya turut bangun. “Syazwan ngok ngek.” Gumamnya perlahan.
“Heard that, Farah Jasmin.”
Farah buat tak tahu saja. Syazwan pula cuma senyum menggeleng dengan perangai Farah yang macam budak-budak.
Sesiapa yang memandang, pasti ada yang menyangka mereka pasangan kekasih walau hakikatnya mereka sebenarnya kawan baik. Mereka telah berkawan sejak tadika sampai sekarang. Dari zaman mereka berhingus sampai zaman mereka memegang ijazah. Hubungan itu masih utuh hingga saat kini.

“Wan, kau tak dating dengan Farah petang ni?” Hafizi sengih mengusik.
Syazwan jungkit kening. “Dating dengan Farah? Ayat tu kasi betul sikit, bro. Aku dengan Farah kawan je kot.”
“Kawan? Kalau berkepit setiap masa, itu kawan? Kalau ber-sms tak kira masa, itu kira kawan?”
“Yes, we are friends. Tak mungkin lebih dari itu. Aku memang sayang Farah but only as a friend. Got it?”
“Wan, kau pergi check balik hati kau tu. Betul ke rasa dalam hati tu cuma kasih sayang dari seorang sahabat kepada sahabatnya?”
“Hati aku, aku tahulah. Tak ada cinta dalam hati aku. Cuma sayang semata-mata.” Syazwan berdiri. “Sudahlah menyembang. Jom. Meeting dah nak mula.”
Hafizi jungkit kening. “Jangan nak lari topik selalu Wan. Satu je nasihat aku untuk kau, jangan sampai Farah jadi milik orang lain.”
“Kalau dia jadi milik orang lain, baguslah. Kahwin jugak kawan baik aku tu.”
“Susahlah cakap dengan kau, Wan.”
“Kalau susah, kenapa harus kita bercakap?”
Hafizi menggeleng. “Sudahlah. Jom.”
Syazwan tersenyum bangga. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, Nama Farah tertera di skrin. Dia kerling Hafizi yang senyum mengusik.
 Dicapai terus telefon jenama Sony Ericson itu lalu ditekan butang hijau. “Farah? I’ll call you back.” Dan talian terus dimatikan. “Kau jangan cakap apa-apa, P-Gee.”
“Aku tak bukak mulut pun lagi.” Hafizi dah ketawa lepas. “Eh, kau matikan panggilan macam tu, Farah tak marah ke?”
“Dia marah? Pandailah aku pujuk dia.” Syazwan terus melangkah keluar dari pejabatnya.

Farah terpinga-pinga bila talian dari sebelah sana dimatikan. Terasa panas hati seketika. Kambing punya member. “Jaga kau, Syazwan!”
“Kau kenapa, Farah?” Dila angkat kening pada Farah yang mengepal penumbuknya yang tak besar mana tu.
“Tak lain, bengang dengan Syazwan la tu.” Imani tahan ketawa. Konon kawan baik tapi hubungan macam dah lebih dari kawan baik je.
“Korang kan, kalau sehari tak gaduh tak boleh?” Dila menggeleng. ‘Susah nak faham betul dua orang budak ni.’
“Bukan aku yang cari pasal. Syazwan tu yang cari pasal!”
“Sekejap lagi, adalah seorang mamat datang terkedek-kedek memujuk dengan Choki Choki dia.”
“Ah, tak layan. Nak Cadbury je.” Farah buat muka.
“Sembang apa ni? Tak ada kerja?” Muka ketua mereka dah terjojol kat workstation Farah.
“Relakslah, sembang saja maa. Bukan buat apa pun.” Dila tersengih pada Hanson yang turut mengendeng di meja Farah.
“Kalau lu olang ini macam, wa punya bisnes muleh kasi bangkrap oo.”
“Holeh, kami nok gi wak la ni.” Si Imani dah keluar slang Kelantan dia.
“Hei, I gurau jelah.” Hanson dah sengih bila Imani dah berlalu ke workstationnya. Merajuklah tu.
“You guys kan, sangat cute. Macam pasangan.” Hanson angkat kening bila Farah mengeluarkan kenyataan yang berbaur usikan.
“Farah, not funny!” Imani dah menjerit dari workstationnya.
“Singa!” Gumam Hanson sebelum mengenyitkan matanya pada Farah dan Dila manakala mereka berdua menekup mulut menahan tawa. Hanson dan Imani memang kuat bergaduh. Si Hanson suka betul kacau Imani, Imani pula senang betul merajuk dengan Hanson. Macam suami isteri pulak. Farah menggeleng sendiri sambil tersenyum kecil bila Hanson membuat isyarat diam padanya sebelum berlalu
“Telefon kau bunyi tu.” Sergahan Dila buat Farah tersentak.
Farah tengok skrin telefon. Nama Syazwan tertera. Terus dia tekan butang merah. Reject!

“Merajuk lagi?”
Diam
“Farah Jasmin.”
Diam.
“Aku ada Choki Choki.” Syazwan tak tahu nak buat apa. Merajuk pula kawan baiknya ni.
“Aku tak nak Choki Choki.”
Syazwan garu kepala. “Dah tu, nak apa?”
“Cadbury Blackforest.” Laju Farah menjawab.
“Jom pergi 7E kat depan tu.”
“Tak nak. Aku tunggu sini.” Farah menggelengkan kepala sambil mencebirkan bibirnya.
Syazwan mengeluh. ‘Manja betul.’
“Duduk sini diam-diam.” Farah cuma mengangguk dengan arahan Syazwan. Sebenarnya Farah bukan seorang perempuan yang manja mengada-ada dengan lelaki tetapi bila Syazwan ada di sisinya perangainya berubah. Selalunya dia cuma manja mengada-ada dengan ahli keluarganya sahaja. Tapi entah mengapa dengan Syazwan, dia lebih senang begitu. Dia lebih senang menjadi diri sendiri di depan Syazwan.
Farah tengok jam di tangan. ‘Beli Cadbury pun lama ke?’ Farah kemudiannya terus bangun dan melangkah menuju ke 7E. Ketika dia melintas jalan, dia tidak sedar ada sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.
“Cik.” Dan Farah rasa badan dia ditarik ke belakang. Rasa macam jantung nak gugur. Ya ALLAH, macam mana aku boleh tak sedar dengan kereta tu?
“Cik okey?” Dan dia pandang muka lelaki yang masih pegang erat lengannya. ‘Eh, dia pegang lengan aku?’
“Saya okey. Tolong lepaskan tangan saya.” Sungguh dia tak selesa. Mana pernah lelaki pegang tangan dia.
“Oopps! Sorry. Saya cuma menolong cik je.” Lelaki itu melepaskan tangan Farah.
Farah mengangguk. “Terima kasih.”
“Farah, kenapa ni?” Syazwan muncul dengan Slurpee saiz besar di tangan dan seplastik makanan ringan.
“Syazwan.” Farah langsung mendekati dan terus berdiri di sebelah Syazwan. Syazwan mencerlungkan matanya ke arah lelaki yang masih kaku di situ.
“Sorry, aku tak kacau dia. Aku cuma tolong dia dari dilanggar kereta.” Syazwan terus pandang wajah keruh Farah bila lelaki itu bersuara.
“Farah?”
“Kaulah lambat sangat. Naik kematu aku tunggu kau.” Farah merengus.
“Sorry bro. Aku serius tak kacau awek kau.”
Syazwan angkat kening. “No. Small matter.” Entah kenapa, Syazwan tak suka lelaki di depannya itu. Siapa dia?
“Saya bukan awek dialah.” Farah mengomel.
“Dah. Jom!” Syazwan tarik lengan Farah. Tidak betah berlama di situ. “Thanks, bro.”
Lelaki itu mengetap bibir namun saat Farah berpaling ke belakang, bibirnya mengukir senyum.

“Mata tu lain kali letak kat kepala, bukan kepala lutut.”
Farah merengus dengan teguran Syazwan.
“Aku cakap ni nasihat, kalau tak suka cakap. Jangan merengus.” Syazwan bersuara lagi.
Farah diam terus. “Aku nak balik.” Dia dah berdiri.
“Farah Jasmin, siapa lelaki tadi?” Syazwan bertanya perlahan.
“Manalah aku kenal dia.” Farah geleng kepala. “Kenapa?”
Syazwan menggeleng. “Entah. Aku tak suka dia. Aku tak suka cara dia pandang kau.”
Farah angkat kening. “Kau cemburu ke?”
Pantas Syazwan menoleh pada Farah. “Aku bukan cemburu. Cuma aku tak suka cara dia pandang kau. Kau kawan baik aku. Selamanya kau kawan baik aku.”
Farah tiba-tiba rasa macam kena hempap batu. Terasa sedar dari mimpi panjang, nasib baik dia tidak pernah meluahkan apa-apa pada Syazwan. Rahsia hatinya sejak berusia 12 tahun. Tidak pernah ada sesiapa yang tahu, dia mencintai Syazwan dalam diam. Sangkanya Syazwan simpan rasa yang sama, rupanya tidak sama sekali. Syazwan cuma nampak dia sebagai kawan baiknya sahaja. Sungguh dia rasa sedih.
“Syazwan, aku nak balik dululah.” Sebak di dada cuba ditahan. Kolam mata yang dah digenangi air, bila-bila masa sahaja ia akan tumpah.
Syazwan pandang Farah dengan pandangan pelik. “Kau kenapa ni?”
Farah ukir senyum palsu. “Aku tak ada apa-apa, aku okey je.” Bersungguh-sungguh dia mengangguk. Tanpa sedar, ada air yang jatuh ke pipi.
“Farah Jasmin, don’t tell me...” Syazwan hilang kata-kata.
“Aku balik dulu. Assalamualaikum.” Dan Farah cepat-cepat berlalu. Rahsia hatinya terbongkar sudah. Pasti hubungannya dengan Syazwan tidak akan jadi seperti dulu. Perkara yang paling dia takuti telah terjadi, dia bakal hilang kawan baiknya. Air mata semakin deras mengalir ke pipi. Farah tak mampu menahan lagi tangis. ‘Maafkan aku, Syazwan. Aku akan cuba buang perasaan ni.’
Syazwan yang ditinggalkan di meja kayu di taman permainan itu terpinga-pinga. ‘Farah suka aku?’

Sudah sebulan berlalu, hubungan Syazwan dan Farah semakin jauh. Sudah tiada lagi kata-kata mesra, sudah tiada lagi kata gurauan antara mereka. Sudah tiada panggilan telefon, sudah hilang semua kiriman sms.
“Farah.” Dila angkat kening bila Farah tidak menyahut. Dah dekat sebulan Farah macam ni, fikiran selalu menerawang kat tempat lain. Termenung tak kira masa tetapi kerjanya tetap tip-top. Hidup Farah sekarang seolah-olah hanya untuk kerjanya. Nama Syazwan juga tidak lagi meniti di bibir gadis yang berusia 26 tahun itu.
“Biar I panggil.” Ujar Hanson yang entah dari mana muncul.
Dila angguk kepala.
“Farah Jasmin.” Sengaja nada suaranya dibunyikan tegas.
Farah tersentak. “Yes, Hanson.”
“Jom lunch.” Hanson tersengih, lebar.
“Eh, I thought you nak marah I tadi.”
“Kenapa?” Hanson dah berkerut dahi manakala Dila dah tergelak-gelak.
“Tadi you panggil nama penuh I.”
“Eh, I panggil sebab nak ajak you makan.” Hanson sengih lagi.
“Oh, okey. Jomlah.” Farah terus galas beg tangan jenama Vincci yang berwarna coklat cair.
“Imani mana, Hanson?” Dila angkat kening.
“Dia puasalah.” Hanson laju menjawab.
Dila dan Farah angguk laju. Imani memang selalu berpuasa sunat bila tiba hari Isnin atau Khamis.
“Jomlah. Perut dah berkeroncong ni.”

Kedai makan Selera Kampung itu memang terkenal dengan makanan kampung yang enak-enak. Padanlah Hanson yang berdarah kacukan itu turut meminati makanan di situ.
“Nak duduk kat mana?” Dila bertanya.
“Dalam ke luar?” Farah memandang Hanson yang melilaukan matanya.
“Eh, yang kat dalam tu bukan Syazwan?” Dila bersuara sambil menudingkan jarinya pada sebuah meja yang menempatkan Syazwan dan seorang gadis yang tidak diketahui siapakah gerangannya.
Farah pandang dan ternyata memang Syazwan. Wajah Syazwan nampak berseri. Nampak ceria. Seolah-olah tidak terkesan langsung dengan ketiadaannya.
Syazwan yang tengah rancak berbual terasa seperti diperhatikan, dia angkat muka dan dia tergamam. Farah Jasmin sedang merenungnya.
Farah yang menyedari pandangan mata Syazwan terus pandang muka Hanson dan Dila.
 “Girls, I don’t think I want rice today. Let’s eat burger lah.” Hanson bersuara, tiba-tiba.
Dila laju mengangguk. “Jom, Farah.”
“Nope. Kita makan nasi. Aku nak nasi.” Farah dah masuk ke dalam kedai. Dia buat tak peduli dengan mata Syazwan yang galak merenungnya. ‘Apa kau ingat kau sorang je boleh hidup tak ada aku? Aku pun bolehlah!’
Hanson dan Dila berpandangan sebelum mereka menuruti langkah Farah yang dah pun mencedok lauk-pauk yang tersedia.
Usai membayar harga makanan, Farah sengaja memilih tempat di sebelah Syazwan. Dila dan Hanson dah rasa tak sedap hati tapi mereka turutkan juga kehendak si Farah. Kalau mengamuk karang, lagi susah.
“You girls nak air apa? I nak pergi orderkan.” Hanson angkat kening.
“Teh o’ ais limau.” Farah menjawab, perlahan.
“Make it two, please.” Dila sengih pada Hanson.
Farah dan Dila terus mulakan suapan usai membaca doa makan. Farah sebenarnya dah hilang selera nak makan namun dia paksakan juga menelan nasi berlaukkan ikan keli goreng berlada dan sayur kangkung goreng belacan.
Syazwan masih merenung gadis itu. ‘Sebulan tak berjumpa, Farah nampak kurus.’
“Farah, kau kenapa?” Dila bertanya bila Farah berhenti menyuap makanan.
“Aku dah hilang selera nak makan.” Suaranya masih lagi perlahan.
“Eh, kau nak makan benda lain tak?” Dila angkat kening pada Farah.
“Tak nak. Tell Hanson, I’m off. Sesak dada duduk kat sini.” Farah bangun dan terus berlalu keluar selepas membasuh tangan. Hanson yang baru sampai dengan air di tangan terpinga-pinga bila Farah keluar dari kedai makan tersebut.

“Kenapalah aku lembik sangat bila berdepan dengan dia?” Farah menggumam sendiri.
BUK! Farah kaget. Dia tak sengaja terlanggar seorang lelaki. “Sorry.”
Lelaki itu merengus. Habis air kopi tumpah di baju kemeja birunya. Dia angkat muka dan dia tergamam. ‘Dia!’
Farah gigit bibir saat mata lelaki itu tepat merenung matanya. ‘Dia.’
“Kita jumpa lagi.” Lelaki itu tersenyum.
Farah terdiam terkelu.
“Accident happens. Janganlah buat muka ketat sangat.”
“Saya ingat awak marah.” Perlahan suara Farah.
Lelaki itu melebarkan senyuman. “Memang saya marah.”
Farah telan air liur yang terasa kesat. “Saya kena ganti baju awak ke?”
Lelaki itu menggeleng. “Saya nak berkenalan dengan awak.” Dan lelaki itu kenyit mata, manakala Farah terpana.
Syazwan yang memerhati dari jauh terasa sakit di hatinya tiba-tiba. ‘Lelaki hari tu. Apa hubungan dia dengan Farah?’

“Fitri, awak buat apa ni?” Terkedu Farah saat lelaki yang dikenali sebagai Fitri datang ke tempat kerjanya dengan sejambak bunga sambil melutut di depannya.
“Saya nak kawan dengan awak.”
Farah kerling kiri kanan, ternyata ramai yang sedang menonton drama sebabak antara dia dan Fitri. Malunya rasa. Wajah Fitri yang ada iras seperti wajah Kamal Adli itu dipandang seketika. “Okeylah. Kita kawan, okey? Sekarang awak boleh balik.” Farah berlalu.
“Tapi saya tak makan tengah hari lagi.”
Farah garu kepala. Dia sebenarnya sudah berjanji untuk makan bersama Hanson tapi nak buat macam mana, kalau dia tak ikut cakap Fitri ni, mahu dia kejar Farah sampai rumah. “Ha, tunggu. Saya pergi ambil beg tangan kat atas. Tunggu sini.”
Fitri tersenyum. Akhirnya, dia berjaya buat si gadis itu menerima huluran persahabatan darinya. Farah, nampak lembut tapi sebenarnya hati keras. Susah rasanya nak menebak hati dan fikiran gadis itu. Ketika perlanggaran mereka berdua dulu, Farah beria-ia mahu membayar harga baju kemejanya dan menolak sekeras-kerasnya untuk menjalinkan ikatan persahabatan dengannya. Oleh kerana itu, dia bertekad untuk menjadi pengikut setia Farah sehinggalah Farah setuju untuk berkawan dengannya.

Dalam masa yang singkat, Farah dan lelaki yang cuma dikenali sebagai Fitri itu mulai rapat namun dia masih berhati-hati. Hubungannya dengan Syazwan seperti tergantung. Syazwan ada menghantar mesej kepadanya namun semuanya dipandang bagai angin lalu. Dia sudah tidak mahu berharap. Dia lebih rela begini.
“Jasmin?” Suara Fitri di sebelah menyentak lamunan Farah. Dia ketap bibir. ‘Suka betul panggil aku Jasmin.’
“Berapa kali saya nak cakap, panggil saya Farah, bukan Jasmin.”
Fitri menyengih. “Sorry. Tapi saya suka Jasmin. Nampak moden.”
Farah mengeluh. “Farah. Jasmin cuma untuk family semata-mata.”
‘Ala, tak lama lagi saya tetap jadi family awak.” Farah angkat kening dengan kata-kata Fitri.
“Pandai je awak, kan?”
“Thank you sebab cakap saya pandai.” Fitri senyum meleret.
Farah menggeleng. Perangai Fitri berbeza benar dengan Syazwan. Selalunya kalau dengan Syazwan, pasti dia yang rajin mengusik Syazwan namun bila dengan Fitri, dia sering jadi bahan usikan.
“Awak nak bawak saya ke mana ni?” Farah angkat kening. Hari ni dia terima pelawaan Fitri untuk makan malam bersama. Pada mulanya dia menolak namun kerana Fitri terus-terusan mendesak. Entah kenapa, hatinya rasa tak sedap. Mungkin perasaan semata-mata.
“Makan.” Lelaki itu tersenyum penuh makna. Fikirannya mula merencana suatu agenda.

Syazwan ketap bibir. ‘Kenapalah Farah ikut lelaki ni keluar malam? Dulu, susah benar dia nak keluar malam kalau dengan aku.’
Entah sejak bila, dia jadi stalker Farah. Mungkin sejak dia terpandang Farah dengan lelaki asing itu tidak lama dulu. Diakui, sejak nampak Farah dengan  lelaki itu hatinya sakit yang teramat sangat. Cemburu merajai jiwa namun semuanya dipendam sendiri. Ingin diluah pada Farah, rasa tidak sesuai apatah lagi dengan kehadiran lelaki di sisi Farah itu. Pernah dia cuba untuk berbaik dengan Farah dengan menghantar pesanan namun tiada balasan yang diterima. Sedarlah dia bahawa Farah sudah tidak sudi lagi dengan kehadirannya. Dia akui juga akhirnya, hatinya sentiasa terukir nama Farah. Dulu, kini dan selamanya.
Dia tergamam saat kereta Proton Waja milik lelaki itu membelok ke sebuah lorong yang gelap. Hatinya rasa sesuatu buruk akan berlaku. Dicapai telefon bimbitnya lalu didail terus nombor Izuddin, sahabatnya yang bekerja sebagai pegawai polis.
“Assalamualaikum, Iz.” Syazwan angguk seketika. “Aku ada kat Lorong Merpati. Farah is in trouble. Aku tak sedap hati. Datang sini, Iz.” Dia angguk lagi. “Thanks. Aku cuba ikut kereta tu dari jauh. Assalamualaikum.” Lega rasa hati bila Izzudin setuju untuk datang ke lorong gelap itu.
Syazwan memerhatikan kereta Proton Waja yang sudah berhenti di tepi jalan itu. “Apa dia nak buat ni?”

“Fitri, kat mana awak bawak saya ni? Saya nak balik.”
Fitri cuma senyum. “Nanti awak tahulah.” Dia dah melangkah keluar dari kereta.
Farah rasa macam nak demam. ‘Ya Allah, tolonglah hambamu ini dari sebarang kecelakaan.’
“Jasmin, keluar.” Tersentak Farah bila Fitri dah bukak pintu kereta.
Dia menggeleng laju. “Tak nak.”
“Keluar!” Fitri menengking sambil menarik tangan Farah.
“Bro, mana fresh meat yang kau cakap tu?” Seorang lelaki yang bersinglet hitam tiba-tiba muncul. Di belakang lelaki itu, ada lagi beberapa orang lelaki di situ.
“Ni!” Fitri tarik tangan Farah lalu ditolak Farah si lelaki bersinglet hitam.
“Cantik.” Tangan kasar itu mengusap pipi Farah.
“Jangan sentuh aku!” Farah tepis tangan lelaki itu.
Lelaki itu tarik tudung Farah dari belakang. “Kau sekarang milik aku. Jangan melawan.”
“Lepaslah.” Farah memukul-mukul tangan lelaki yang pegang tudungnya itu.
“Jet, aku kira hutang aku dengan kau yang hari tu langsai. Aku kasi kau yang baik punya, tak pernah kena sentuh dengan mana-mana jantan lagi.” Lelaki yang bernama Jet itu mengangguk dengan senyuman penuh makna.
“Lepaskan dia!” Syazwan muncul dari belakang Fitri.
Farah menoleh kepada suara yang amat dikenalinya itu. “Syazwan.”
“Kau siapa? Nak tunjuk hero pulak kat sini.”
“Aku kawan baik dia. Lepaskan dia”
“Botak! Apek! Selesaikan budak tu!” Dan lelaki yang dipanggil Botak dan Apek itu terus membelasah Syazwan yang ternyata tidak sekuat mana manakala Fitri terus melarikan diri dari kawasan lorong itu.
“Syazwan! Lepaskan dia! Jangan pukul dia!” Farah meronta-ronta supaya lengannya dilepaskan oleh Jet namun apalah sangat kudratnya jika dibandingkan dengan Jet. Air mata merembes laju. Sebak dadanya bila jasad Syazwan dibelasah tanpa belas kasihan. Tendangan demi tendangan diterima oleh Syazwan yang sudah kaku di atas jalan.
Tiba-tiba siren polis berbunyi.
“Jangan bergerak, kami polis!” Dan Botak, Apek dan Jet terkaku terus manakala Farah terus berlari mendekati Syazwan yang dah terbaring kaku.
“Syazwan, bangunlah! Aku tak nak kau mati! Bangunlah, Syazwan!” Air mata yang sudah turun semakin lebat bila Syazwan mengukir senyum sebelum terkulai di pangkuan Farah.

“Kenapa Wan tak boleh bergerak? Umi? Kenapa Wan tak dapat rasa kaki Wan? Umi, tolong cakap dekat Wan!” Farah yang baru nak melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Syazwan, terhenti di muka pintu apabila suara Syazwan kedengaran begitu kuat. Dadanya rasa sebu, sedihnya cuma dia yang tahu. Kerana dia, Syazwan terlantar. Kerana dia, Syazwan lumpuh separuh badan!
“Sabar, Wan. Mengucap banyak-banyak. Ini ujian Allah, nak. Jangan macam ni.” Suara Puan Mazidah pula kedengaran.
“Wan nak jalan, umi. Wan tak nak macam ni. Kenapa kaki Wan ni?” Air mata Farah gugur terus bila Syazwan memuntahkan kata-kata.
“Farah, masuklah. Dia dah sedar, tolong dia. Bantu dia.” Suara Doktor Miza buat Farah menganggukkan kepalanya. Dia harus bantu Syazwan.
“Syazwan.” Farah masuk sambil tersenyum.
Syazwan mencerlungkan matanya pada kelibat Farah yang masuk ke dalam wadnya. “Kau nak apa, hah? Sebab kau, aku jadi macam ni! Perempuan tak guna! Keluar! Aku tak nak simpati kau!” Mati senyuman Farah dengan kata-kata berbisa dari Syazwan.
“Wan, mengucap.” Puan Mazidah menenangkan anak lelakinya itu.
“Wan tak suka tengok muka perempuan tu! Wan benci dia!” Syazwan membentak sambil menudingkan jarinya ke arah Farah. Merembes terus air mata Farah.
“Wan, Farah...”
“Diamlah, perempuan! Aku tak nak dengar suara kau! Sebab kau aku lumpuh. Sebab kau, aku tak mampu hidup macam dulu! Semuanya sebab kau!” Syazwan menjerit sekuat hatinya.
“Farah, umi rasa baik Farah keluar dulu. Bagi Syazwan masa.” Puan Mazidah tepuk bahu Farah yang sememangnya amat terluka dengan kata-kata Syazwan dan perlahan, Farah meninggalkan wad tersebut.

“Syazwan, makanlah. Penat tau aku masak.” Farah mengukir senyum walaupun Syazwan tidak langsung membuka matanya sejak dari awal dia datang.
“Ada aku suruh kau masak untuk aku? Tak payahlah semua ni, aku tak nak. Aku tak perlukan simpati dari kau.” Ujar Syazwan dengan suara yang keras.
Senyuman di bibir Farah semakin tawar. “Aku tak simpati pun dengan kau.”
“Jadi, kau gembiralah kau aku jadi macam ni?” Syazwan dah buka mata.
“Bukan itu maksud aku.”
“Sudahlah.” Syazwan menjeling Farah.
“Syazwan, kau tahu kan aku sayang kau? Kita kahwin?” Farah takut-takut meluahkan rasa hatinya.
“Kau gila ke? Kau sengaja kan? Kau ajak aku kahwin sebab kau kesiankan aku, kan? Aku tak perlu belas kasihan kau!” Syazwan membentak.
“Aku serius nak jadi isteri kau. Jadi orang yang jaga kau siang dan malam. Yang jadi pendamping kau.”
“Diam! Jangan kau sebut benda macam tu! Aku tak nak perempuan macam kau jadi pendamping aku! Kau tak layak!”
“Syazwan Ilyas, aku tahu tak layak tapi aku tetap nak jadi pendamping kau.” Farah menahan sebak.
“Sudah! Keluar. Aku tak nak tengok muka kau! Aku tahu kau rasa bersalah dengan aku tapi aku rasa sudah-sudahlah. Aku tak nak perempuan macam kau masuk dalam keturunan aku.”
Syazwan pejam mata, sudah tidak mahu menatap mata Farah yang sudah basah dengan air matanya sendiri.
“Syazwan.” Suara Puan Mazidah membuatkan Syazwan membuka kembali matanya. Hati Syazwan tertanya sejak bila umi masuk ke dalam wadnya. Kelibat Farah langsung tidak dia nampak.
“Umi, Wan nak balik.” Rengeknya. Dia memang manja.
“Memang umi nak bawa Wan balik pun.” Puan Mazidah mengusap lembut rambut anaknya yang nampak serabut. “Umi nak cakap something pada Wan.”
“Kenapa umi?”
“Wan tahukan yang umi sayangkan Wan.”
Syazwan mengangguk.
“Umi ada terima pinangan dari keluarga Farah untuk Wan dan umi dah terima.”
“Umi!” Syazwan terkejut.
“Umi rasa Farah boleh jaga Wan dengan sebaiknya.”
“Wan tak nak! Wan tak nak perempuan tu! Umi, jangan buat Wan macam ni.” Syazwan menyebak rambutnya yang terasa serabut. “Wan ni cacat umi, Wan tak nak seksa hidup dia. Dia boleh dapat orang yang lebih baik dari Wan.”
“Syazwan Ilyas! Kamu boleh sembuh kalau kamu jalani fisioterapi tapi kamu degil. Kamu kata tak nak! Umi tak kira, Farah Jasmin telah pun umi terima untuk jadi isteri kamu.” Bila Puan Mazidah guna kata ganti diri sebagai kamu, maksudnya dia dah marah.
“Umi.” Syazwan rasa nak hantukkan dirinya di cermin.
“Kamu fikirkanlah. Kamu sudah cukup beruntung Farah masih mahukan kamu.” Dan Puan Mazidah terus angkat kaki meninggalkan Syazwan.

Atas desakan Puan Mazidah, Syazwan akhirnya melafazkan jua akad ke atas Farah. Tiada kenduri kendara yang besar-besaran, cuma ada sedikit majlis doa selamat yang dijalankan di atas permintaan pengantin sendiri.
“Abang.” Farah masuk ke bilik pengantin yang sudah dihias indah. Wajah sugul suaminya yang duduk di atas kerusi roda.
“Kenapa kau beria-ia sangat, Farah?” Syazwan bertanya, perlahan namun cukup kuat untuk Farah dengari.
“Sebab Farah sayangkan abang. Sebab Farah cintakan abang, tak kira abang yang dulu ataupun abang yang sekarang. Selamanya, Farah cintakan abang.”
“Aku tak sayangkan kau. Aku tak cintakan kau. Kau faham tak? Kenapa kau ikat aku dengan perkahwinan ni?” Syazwan meraup wajahnya yang kusut.
“Abang.” Farah pegang tangan Syazwan namun segera di tepis oleh Syazwan.
“Jangan pegang aku! Aku tak nak kau sentuh aku.” Syazwan tolak kerusi rodanya ke depan balkoni.
Farah menghela nafas panjang. “Abang nak makan? Farah masakkan.”
“Tak nak.”
“Abang nak...”
“Dah, aku tak nak apa-apa. Aku nak kau keluar je dari bilik ni.”
Farah cuba untuk menahan tangis. “Farah keluar dulu, okey? Nanti abang nak apa-apa, abang cakap kat Farah, tau.” Farah keluar. Air mata yang menitis, diseka. ‘Jangan bersedih. Ini salah satu cabaran yang kau kena hadapi untuk memenangi hati dia kembali.’

“Abang, dah solat?”
Syazwan menggeleng,
“Farah bawak abang pergi ambil wudu’ ye?”
“Tak nak. Nanti air sembahyang aku batal kalau kau pegang aku. Panggil Amir untuk tolong aku.”
Farah ketap bibir sebelum pergi memanggil Syazmir, ada Syazwan yang paling kecil.

“Bang Chik ni manja tau, kak Farah. Manja mengalahkan orang.”
Farah cuma tersenyum kecil sebab takut lelaki itu berkecil hati.
“Amir.” Suara Syazwan bergetar amaran.
“Yelah, takut sangat rahsia terbongkar.” Syazmir tersengih. “Kak Farah, tolong kemaskan katil tu sikit. Nak bagi bang chik solat kat situ.”
Farah cuma mengangguk dengan arahan Syazmir. Sayu hatinya bila mengenangkan Syazwan terpaksa bersolat secara berbaring kerana kedua kakinya sudah tidak dapat digunakan. Dalam hati, dia mengutuk dirinya sendiri.
“Kak Farah, Amir rasa akakboleh pergi siapkan makanan bang chik.” Syazmir senyum pada kakak iparnya yang sudah dikenali sejak dia berusia 7 tahun lagi.
“Yelah. Amir tengokkan bang chik ye.” Dan dia berlalu apabila anak muda yang berusia 17 tahun itu menganggukkan kepalanya.

“Sedap tak abang?” Laju dia bertanya sebaik sahaja Syazwan menghirup sup yang dimasak khas olehnya untuk Syazwan.
“Siapa masak?”
“Farahlah.” Dengan senyuman, Farah menjawab.
“Tak sedap! Cair! Masin! Aku tak suka.” Dia menolak mangkuk berisi sup ayam itu jauh darinya.
Farah terkedu. Masakan supnya cair namun dia tidak bersuara, bimbang ditengking oleh Syazwan. “Abang nak makanan lain? Farah masakkan.”
“Tak nak! Suruh bibik yang masakkan. Aku tak nak makan makanan kau. Tak sedap!”
Farah diam tak berkutik. Sedikit sebanyak dia terasa. Dulu, bukan main lagi Syazwan memuji masakannya, sekarang sedikitpun dia tidak peduli.
“Kau duduk apa lagi kat situ. Aku tak nak ni. Aku nak makanan lain.”
Farah memaniskan mukanya. “Abang tunggu sekejap. Nanti Farah bawak naik.”
“Aku tak nak makan kalau kau yang bawak! Boleh hilang selera makan aku kalau kau yang bawakkan. Aku nak Syazmir yang bawakkan makanan aku.”
Farah terkedu namun perlahan dia menganggukkan kepalanya.

“Farah, kenapa duduk dalam gelap?” Terangkat sedikit bahu Farah bila ditegur oleh Puan Mazidah. Air mata yang mengalir dikesat laju.
“Farah cari air, umi.” Suaranya yang sedikit serak dan sengau itu ternyata dapat dikesan oleh Puan Mazidah.
“Farah menangis?”
“Farah...” Dia kehilangan kata-kata.
“Farah terasa dengan Syazwan?”
“Tak, Farah terkilan. Farah terkilan sebab Farah, Syazwan lumpuh. Sebab Farah, Syazwan dah berubah. Semuanya sebab Farah, umi.” Farah terus memeluk Puan Mazidah.
“Farah, semua yang berlaku ada hikmahnya. Umi tak pernah salahkan Farah. Mungkin Syazwan marah tapi bukan sebab Farah. Dia marah sebab dia tak mampu nak berjalan, tak mampu nak solat macam biasa, tak mampu nak pergi kerja, tak mampu nak turun bawah. Dia rasa rendah diri. Farah kena salami perasaan dia.”
“Farah cuba umi tapi dia... dia tak nak Farah masuk dalam hati dia. Dia tak nak Farah dekat pun.” Farah kesat matanya yang masih basah dengan air mata.
“Farah kena banyak sabar. Umi tahu Farah faham Syazwan dan umi rasa Farah lebih memahami Syazwan berbanding umi sendiri.”
Farah diam.
“Farah, umi tahu Farah banyak makan hati dengan semua perlakuan Syazwan. Umi minta maaf atas semua perkataan kasar Syazwan pada Farah.”
“Tak apa umi. Farah terima seadanya. Farah sayangkan Syazwan tak kiralah dalam dia sempurna sifatnya ataupun dalam keadaan dia lumpuh. Farah nak sentiasa di sisi dia, meskipun dia kata macam-macam dekat Farah. Farah nak jaga dia, selagi nyawa Farah masih bersama jasad Farah.”
“Terima kasih, Farah.” Puan Mazidah sayu dengan pengakuan ikhlas Farah. Benarlah kata hatinya selama ini, Farah sememangnya mencintai Syazwan.

“Abang, biar Farah urutkan kaki abang.” Farah mengeluarkan minyak angin yang sudah tersedia di atas meja.
Syazwan diam. Malas mahu melayan. ‘Kalau aku larang pun, dia tetap nak buat.’
‘Orang tua kata kalau diam maknanya dia setuju.’ Farah terus melumurkan minyak angin ke atas tapak tangannya lalu dia terus mengurut betis Syazwan.
Syazwan merenung Farah yang tekun mengurut kakinya. ‘Kenapa kau baik sangat, Farah? Kau sedar tak kalau kau buat macam ni, lagi susah aku nak lepaskan kau? Farah, tolonglah faham hati aku. Aku tak nak seksa hidup kau. Aku tak sempurna sifat. Kau cantik, pasti ramai lelaki lain mahu berdamping dengan kau. Aku tak cukup sempurna untuk kau, Farah. Aku sayangkan kau, tapi aku tak nak terus ikat kau dengan satu hubungan yang tak pasti.’
“Kenapa abang renung Farah macam nak telan? Abang dah terpikat dengan Farah eh?”
Syazwan paling wajah ke tempat lain. ‘Kantoilah pulak.’
“Abang, tak salah pun kalau abang renung Farah. Tambah pahala lagi.” Farah cuba menyembunyikan senyum.
Syazwan diam.
“Abang, esok kita pergi buat fisioterapi ye? Kita kena usaha untuk abang kembali sembuh macam dulu.”
“Kenapa? Kau dah letih jaga orang cacat macam aku?”
“Taklah, Farah tak kisah macam mana pun. Farah ajak abang buat fisio pun sebab doktor sendiri kata abang boleh sembuh kalau buat fisio. Lagipun, kita kenalah berusaha.”
“Aku tak nak.”
“Abang.”
“Dah! Aku nak tidur.”
Farah mengeluh. ‘Degil betul. Dari dulu sampai sekarang, degil tu tak pernah nak berubah.’ Farah akhirnya bangun lalu dia memadamkan lampu. Dia mendekati semula katil. Dibelai rambut Syazwan yang dah panjang. “Farah akan sentiasa jaga abang. Farah akan sentiasa jadi guardian angel abang.” Lalu di kucup dahi Syazwan.

“Farah Jasmin!!” Jeritan dari tingkat atas mengejutkan Farah yang berada di dapur. Dia segera berlari ke tingkat atas.
“Kenapa abang?”
“Mana baju aku?”
“Ni atas katil ni.” Farah capai baju jenama Polo yang ada di atas katil.
“Tak nak! Aku nak baju lain.”
“Pakailah baju ni. Kan dulu abang yang cakap abang suka baju ni.”
“Aku tak nak! Dulu mungkin aku suka tapi tidak lagi sekarang. Cari baju lain untuk aku.” Syazwan membentak.
“Abang ni kenapa degil sangat? Pakai jelah baju ni.” Farah mula rasa nak marah. Sedih sebenarnya bila baju yang dihadiahkan olehnya dipandang sinis oleh Syazwan.
“Suka hati akulah. Aku tak nak baju ni!” Baju yang dihulur Farah ditepis.
Farah ketap bibir. “Susah sangat ke nak pakai baju ni?”
“Aku tak nak pakai baju yang kau bagi dekat aku! Aku jijik!”
Farah terduduk terus. ‘Susahnya nak mengawal tingkahnya yang tidak pernah mahu mengambil hatiku.
“In fact, aku jijik tengok muka kau! Aku benci tengok muka kau! Aku nak kau keluar dari rumah ni! Aku boleh hiduplah tak ada kau!”
Air mata yang ditahan, mengalir sendiri. “Abang betul benci Farah?”
“Ya. Teramat sangat.” Suara itu kedengaran tegas.
“Abang nak Farah keluar terus dari hidup abang?”
“Ya!”
Farah terus melangkah ke arah almari. Dikeluarkan beg besar miliknya dan dipunggah terus semua baju miliknya yang berada di almari itu. Syazwan pula sekadar memerhati dari ekor mata. ‘Ini yang terbaik untuk kita, Farah.’
Syazwan terkejut saat Farah melutut di depannya. “Abang, Farah minta ampun pada abang. Sebab Farah, abang jadi macam ni. Sebab Farah, abang hilang hidup abang. Farah minta ampun sangat pada abang. Farah tahu, abang tak suka Farah dekat dengan abang. Tambah-tambah abang tak sayang Farah macam Farah sayang abang. Farah mintak abang halalkan makan minum Farah sejak dari awal kita kenal. Farah sayang abang sangat-sangat dan Farah cintakan abang sangat-sangat. I’m sorry.” Syazwan terasa sayu dengan ucapan Farah dan dia semakin sayu saat Farah mengucup lembut tangannya. ‘Betul ke apa yang aku buat ni? Kenapa aku sendiri rasa sakit?’
“Farah minta izin dari abang untuk keluar dari bilik ni.”
Dan saat Syazwan mengangguk, Farah terus berlalu tanpa berpaling lagi.

“Farah!”
“Bang chik, demam ke apa? Kak Farah dah tak ada kat sini. Nak apa-apa panggil Amir.” Syazmir yang masih lelah kerana berlari tetap melayan kerenah Syazwan.
Syazwan  meraup wajahnya. “Bang chik rindu dia.”
“Bang chik patut happy dia dah tak kacau hidup bang chik. Amir tak faham dengan bang chik.” Syazmir mengeluh. Abang yang satu itu, memang perangainya kadang-kadang memeningkan kepala.
“Bang chik tau bang chik salah. Bang chik rindukan dia, sangat-sangat.” Baju Polo yang pernah dia pandang sinis, dia peluk erat. Sangkanya tanpa Farah, dia mampu hidup sendiri. Sesungguhnya, dia tiada niat memperlakukan Farah seperti sebelum ini namun dia terpaksa. Dia tidak mahu menjadi beban kepada Farah. Dia tidak mahu Farah susah kerananya. Dia sayangkan Farah namun untuk menjadi beban kepada Farah, dia tidak mahu. Dia mahu Farah terus hidup senang tanpa kehadirannya. Bukan Farah saja menanggung kesakitan, dia sendiri menanggung sakit apabila terpaksa menengking Farah. Terpaksa melukakan hati Farah. Sungguh, hatinya turut menangis bila Farah mengalirkan air matanya
“Bang chik menyesal pun tak guna. Sudahlah, jom Amir bawak bang chik ambik wudu’.” Syazmir menolak kerusi roda abangnya menuju ke tandas.
“Amir, tolong bang chik.” Perlahan suara itu kedengaran.
“Tolong apa?”
“Esok bawak bang chik ke hospital. Abang nak jalani fisioterapi.” Syazwan menyatakan hasratnya. Dia terkenang kembali perbualannya dengan Puan Mazidah beberapa hari lalu selepas Farah meninggalkan dirinya minggu lepas.
“Kamu nak umi carikan Farah untuk kamu?”
“Umi.” Tangannya berhenti dari menyuapkan makanan.
“Umi tak faham kenapa kamu buat Farah macam tu?” Kata ganti diri KAMU itu kedengaran sangat pedih di telinga Syazwan.
“Wan tak nak dia terseksa dengan Wan. Wan tak nak dia dicemuh masyarakat bila bersuamikan lelaki cacat macam Wan. Wan tak nak Wan jadi beban dia. Sebab Wan, dia kena berhenti kerja. Wan tak suka macam tu, Umi.” Syazwan mengeluh. “Tapi Wan dah menyesal. Wan nak Farah balik dalam hidup Wan.”
Puan Mazidah mengeluh. “Ada Farah merungut? Ada Farah membentak bila kena jaga kamu?”
Syazwan menggeleng. Sup di depannya direnung. ‘Sedap. Sama macam masakan Farah.’
“Maaf, kali ini umi tak mahu menolong kamu. Pandai-pandailah kamu, Syazwan Ilyas.”
Syazwan mengeluh. “Tak apalah umi. Wan akan cuba mencari Farah, tak kira kat mana dia berada.”
“Kamu nak jalan pun tak mampu, nak pergi mencari Farah? Lupakan jelah.”
Syazwan diam. Pedihnya ayat Puan Mazidah, dia tahan kerana yang lahir dari mulut Puan Mazidah itu benar semuanya.
Dek kerana perbualan itulah, dia bertekad untuk menjalani fisioterapi. “Amir, kenapa diam?”
Syazmir berhenti menolak kerusi roda Syazwan. Hatinya sebak namun dia sangat bersyukur, Syazwan akhirnya mahu juga jalani fisioterapi. “Amir speechless. Bang chik jangan risau, esok Amir rela jadi pak supir bang chik asalkan bang chik jalani fisioterapi.” Syazwan sekadar mengangguk.

Sudah dua bulan Syazwan jalani fisioterapi dan sudah dua bulan juga Farah meninggalkan dirinya. Dia tekad, dia ingin mencari semula Farah andai kakinya boleh digunakan semula dan kini, doanya dimakbulkan Tuhan. Dia sudah mampu berjalan semula. Terasa macam nak berlari je dalam hospital bila doktor cakap yang dia sudah tidak perlukan tongkat ataupun kerusi roda.
“Bang chik, segaknya. Nak pergi mana ni?” Syazwani, kakak kepada Syazni menegur.
“Er... nak cari permata yang hilang.” Syazwan garu kepala yang tak gatal. Dikerling wajah sendiri di cermin. Bersih sudah jambang-jambang yang dulu tumbuh meliar di wajahnya.. ‘Mak aih, handsome jugak aku ni. Macam muka Mario Maurer yang Farah suka tu.’
“Umi, Wan nak tanya sikit ni.” Syazwan duduk di meja makan.
“Kenapanya?” Puan Mazidah bertanya.
“Bilik tetamu kat sebelah bilik Wan tu ada orang duduk ke? Ada sesiapa datang rumah ke?”
Tiba-tiba Puan Mazidah tersedak. Syazni yang baru nak menyuap mee goreng, terkaku terus. Syazmir pula buat muka selamba.
“Eh, kenapa ni umi? Wan tanya je.” Syazwan tiba-tiba rasa bersalah.
Puan Mazidah menggeleng sambil meneguk teh. “Tak ada apa, Wan. Umi tersedak. Ada orang mengumpat umi agaknya.”
“Alonglah yang duduk kat situ.” Syazni pantas menjawab.
“Mana alongnya?” Syazwan mencari kelibat Syazhan.
“Along dah pergi kerja.” Syazmir menjawab laju. ‘Aduh, tambah dosa aku menipu.’
“Kenapa along tak tidur kat rumah dia sendiri?”
“Masalah rumah tangga kot.” Syazni menjawab tanpa memandang muka Syazwan.
“Abang ngah mana, angah?” Entah kenapa Syazwan rasa pelik dengan semua ahli keluarganya.
“Outstation seminggu. Sebab tu angah duduk kat sini. Abang ngah takut angah terjatuh ke apa ke. Dia takut apa-apa jadi kat baby ni.” Syazni usap perutnya yang sudah semakin membesar.
“Untunglah nak dapat baby.” Syazwan menggumam sendiri.
“Hah, pergilah cari permata kamu tu. Lepas tu, nak dapat baby ke apa ke senang sikit.” Syazwan tersentak dengan kata-kata Puan Mazidah.
“Wan pergi dulu.” Syazwan berdiri. Baju Polo yang tersarung di badannya dibetulkan. Bagi nampak kemas dan kacak. ‘Kacak? Ahaks.’
“Tak sabar, nampaknya.” Syazmir senyum senget.
“Diamlah, Amir!” Dia meluku kepala Syazmir yang masih tersengih.
“Umi, tak apa ke kita buat dia macam ni?” Syazni bersuara saat kereta Syazwan dah meninggalkan pekarangan rumah besar itu.
“Tak ada apanya. InsyaAllah. Kita cuma nak sedarkan dia. Isteri itu untuk dihargai bukan untuk diperlakukan sesuka hati.” Puan Mazidah bersuara perlahan dan Syazni cuma mengangguk.

“Dia dah tak kerjalah, Syazwan.” Dila merengus bila lelaki di depannya itu mendesaknya.
“Dah tu dia pergi mana?”
“Eh, manalah saya nak tahu. Awakkan suami dia.” Dila sengaja menyindir lelaki itu. Geramnya pada lelaki itu ditahan sudah lama.
“Saya tahu saya salah sebab tu saya cari dia.”
“Well, awak dah silap tempat. Dia tak ada di sini. Mungkin dia ada di tempat lain.”
Syazwan mengangguk. Jambangan ros merah ditangan direnung. Bungkusan Choki Choki yang terselit di celah kuntuman bunga itu dibetulkan meskipun kedudukannya sudah elok.
“Saya pergi dulu.”
“Er... Syazwan.”
“Farah pernah cakap, kalau nak cari dia, cari kat tempat yang paling membahagiakan dia.”
Syazwan memikirkan tempat kegemaran mereka berdua. ‘Taman permainan itu.’
“Thank you, Dila,”
“Apa you cakap kat dia?” Hanson muncul dengan Imani.
“I suruh dia cari Farah kat tempat yang paling membahagiakan Farah.”
“Dia faham ke?” Imani bertanya.
“Hope so.”

Syazwan menghenyak punggung di lantai sambil bersandar pada katil. Air mata keluar tanpa dapat ditahan lagi. Dia sudah pergi ke tempat kegemaran mereka berdua namun Farah tiada di situ. Sungguh dia rindu gadis itu. Di mana dia?
Pintu bilik terkuak dari luar.
“Umi, Wan tak nak jumpa sesiapa pun.”
Gadis itu tersenyum dengan suara serak lelaki itu. “Tak macho langsung lelaki menangis.” Gadis itu melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu.
Syazwan berpaling ke kanan. Wajah Farah tersenyum di kelihatan kabur di matanya. “Farah?”
“Kenapa menangis macam budak kecik ni?” Air mata di mata lelaki itu dikesat dengan jarinya.
Tanpa menjawab apa-apa, Syazwan menarik Farah ke dalam pelukannya dan dia menangis di bahu gadis itu.
“Kenapa ni?” Farah usap rambut lelaki itu.
“Jan... jangan...tinggalkan...aaa...abang...lagi...” Lelaki itu bersuara dalam keadaan yang masih tersedu.
Farah tersenyum. Comelnyalah dia menangis macam ni. “Ye. Farah tak tinggalkan abang lagi.”
“Farah pergi mana?” Lelaki itu merungkaikan pelukannya.
“Ada je kat sisi abang. Farah tak pergi mana-mana pun.”
Syazwan menggeleng tanda tak faham. “Tadi abang pergi cari Farah dekat pejabat lama Farah tapi Dila kata Farah dah tak ada kat situ. Dia kata Farah ada kat tempat yang paling membahagiakan Farah. Lepas tu, abang pergi dekat taman permainan yang selalu kita lepak tu, Tapi Farah tak ada.”
“Situ bukan tempat paling membahagiakan Farahlah.” Farah memuncungkan mulutnya.
“Dah tu kat mana?”
“Kat rumah ni, saat Syazwan Ilyas melafazkan akad ke atas Farah Jasmin.”
Syazwan terlopong. “Tapi Farah tak tidur dalam bilik ni pun.”
“Yelah. Mestilah. Dah ada orang tu tak suka tengok muka Farah. Lagipun, kan hari tu Farah dah minta kebenaran nak keluar dari bilik ni. Bukan keluar dari rumah ni. Nampak sangat orang tu tak suka kita.”
Syazwan garu kepala. “Bukan tak suka tapi terpaksa. Orang tu tak nak jadi beban Farah.”
Farah muncung mulut. “Sebab tu orang tu suka maki kita, suka marah kita? Suka cakap kita bukan-bukan?”
Syazwan peluk kembali isterinya. “Setiap kata-kata yang terbit dari mulut ni tidak pernah dimaksudkan. Semuanya untuk bagi orang tu benci kita sebab kita tak nak orang tu terseksa jadi isteri kita.”
“Kita tak pernah rasa terseksa. Kita bahagia sangat bila dapat jadi isteri orang tu walaupun orang tu suka marah kita.” Dia balas pelukan suaminya.
“Abang minta maaf sebab selalu marah Farah, maki Farah dan macam-macam lagi. Abang jahat kan?”
“Memang jahat pun.” Farah tolak badan suaminya. “Abang ni mesti tak pernah dengar lagu Your Guardian Angel yang Farah pernah bagi dekat abang dulu kan?”
“Lagu apa? Time bila?”
“Lagu The Red Jump Apparatus. Lagu tu Farah bagi tahun lepas, time birthday abang.”
“Abang...”
“Tak ingat.” Farah menyambung. “Biar Farah nyanyikan dekat abang.”
Syazwan mengangguk lalu dia tarik bahu isterinya supaya bersandar padanya. “Nyanyilah cepat.”
Farah merengus namun dia tetap tersenyum. “I will never let you fall, I’ll stand up for you forever, I’ll be there for you through it all, even if saving you sends me to Heaven.” Farah berhenti menyanyi. “Faham tak?”
Syazwan mengangguk. Terharu rasanya bila mendengar bait-bait yang keluar dari bibir Farah. “Thank you Farah for being my Guardian Angel.”
“Almost welcome, abang.” Farah bangun.
“Nak pergi mana?” Syazwan pegang tangan Farah. Wajahnya terlakar keresahan dan kebimbangan.
“Nak pergi ambik bajulah.” Farah tarik tangan suaminya supaya turut berdiri di sampingnya. “Jom, teman Farah.”
“Ambik dekat mana?”
“Bilik sebelah je.”
“Maksud Farah?”
“Farahlah yang duduk kat bilik sebelah bilik abang bukan along. Makanan yang abang makan tiap-tiap hari tu, Farahlah yang masakkan. Everytime abang keluar bilik, Farah menyoroklah dekat mana-mana.” Farah tersengih.
Syazwan tepuk dahi. ‘Kiranya umi, Amir, angah ni menipu akulah. Sabarlah Wan oii... nasib kau.’
“Nasib baiklah abang jumpa jugak Farah.”
“Farah sebenarnya nak merajuk lama lagi tapi bila tengok ada budak tu menangis macam budak kecik, tak jadilah nak merajuk.” Farah tersengih. “Ni Farah punya, eh? Cantik, cantik...dahlah ada Choki Choki.” Jambangan bunga ros yang ada atas katil dia ambil lalu kakinya laju nak melangkah namun sekali lagi langkahnya terhenti saat Syazwan menariknya ke dalam pelukan.
“Ni kenapa pulak? Nak menangis lagi ke?” Farah tersengih, mengusik.
“I love you, Farah Jasmin. I never realized my feelings for you but ever since I saw you with that Fitri guy, I felt a very deep pain in my heart. Now, I admit to you. I am really really in love with you.”
“I love you too, abang. Really really in love with you too.” Farah bersuara. Ada senyum di pinggir bibir masing-masing.


6 comments:

  1. huahaha.. akhirnya ai abis bc dah..hehe.
    hmm,, cite ni versi edit kan.. rasanya dah ok..
    cuma kalu boleh selitkan lebih emosi.. contoh waktu part y syazwan halau farah tu kan... selitkan emosi farah sebagai seorang isteri y dihalau suami.. hehe.. n kurangnya part yang pendek2... sebab rasa cm semput jeh..hehe..
    overall.. cite ni masih dlm kategori menarik.. hehe.. msih nk bc smpai habis.. congrats najwa..

    ReplyDelete
  2. hahaha...tenkiu...part pendek2 tu tandanya kebuntuan...tapi insyaAllah saya akan perbaiki...thank you...memang rasa kekurangan sikit tapi tak apalah...:)

    ReplyDelete
  3. Best. Congrats writer :)

    ReplyDelete
  4. sangat best! =)

    ReplyDelete
  5. best!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    =D

    ReplyDelete