Saturday 21 March 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 9)

Iman melambung-lambungkan kunci di tangannya. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas sebelum dia sekali melambung-lambungkan kunci di tangannya, “Lil...”
“Saya dah siap!” Lily tiba-tiba muncul di muka pintu sambil senyuman manis.
“Mujur awak cepat. Saya baru nak tinggal tadi,” usik Iman pada Lily.
Lily senyum lalu dia mendekati Iman, “Kita nak pergi mana sebenarnya, Iman?”
“Adalah. Dah, jom!” Iman membuka pintu kereta untuk Lily.
“Terima kasih,” Lily ukir senyum manis sebelum masuk ke tempat duduk penumpang. Iman juga selepas itu masuk ke dalam kereta.
Seketika kemudian, kereta Nissan Almera milik Iman meluncur laju di jalan raya. Iman bersiul rendah sambil memandu kereta.
“Awak ni nampak happy semacam. Siap bersiul bagai. Kita nak pergi mana sebenarnya?”
“Piknik!”
Lily membuntangkan matanya, “Hah?”
“Kenapa?”
“Piknik?”
       “Ya, piknik sayang!” Balas Iman.
“Piknik apa kalau tak ada makanan. Saya tak masak apa-apa. Tikar pun tak ada,” ujar Lily, laju.
“Jangan risau, tu semua saya dah uruskan.”
Lily mencebik, “Awak ni...”
Iman hanya tersenyum. Piknik kita tak perlukan makanan. Cukup ada saya dan lengkap bila ada awak.

Lily dan Iman beriringan berjalan di kawasan taman tasik. Tangan kiri Iman menggenggam erat tangan kanan Lily manakalan tangan kanannya memegang tikar kecil yang digulung. Tadi Lily teragak-agak nak memegang tangan Iman namun saat Iman menghulurkan tangannya, barulah tangan itu dicapai.
“Iman...”
“Hmm...?”
“Kenapa tiba-tiba awak nak berpiknik bagai?”
Iman jungkit bahu, “Entah. Saja. Lagipun dulu kan kita selalu jugak keluar petang-petang joging sama-sama. Hujung minggu pergi piknik. Kadang-kadang camping.”
Lily mengangguk, “Dah lama tak buat semua tu.”
“Nanti kita buatlah semua tu sama-sama.”
Lily senyum tawar, “Tak sempat dah. Tempoh seminggu dah nak habis.”
Iman terkedu. Dia perlu luahkan sesuatu namun tak sempat dia nak cakap, tangannya ditarik oleh Lily, “Iman, layang-layang! Jom main layang-layang!”
Iman tersenyum lantas mengangguk, “Okey!”

Sedang mereka bermain layang-layang yang baru dibeli di kawasan taman tasik itu, telefon pintar Iman berdering, “Kejap Lily!”
Lily yang baru nak terbangkan layang-layang mengangguk. Bibirnya terukir senyum.
“Hello? Azrul!”
“Iman, hello! Sorry bro, kacau kau,” suara Azrul di talian yang satu lagi buat Iman mengukir senyum.
“Tak apa, wei! Kenapa?
“Oh, tak! Pihak Nusa Warisan tolak kertas kerja kita yang hari tu. Dia suruh buat balik semula. I am so sorry tapi boleh tak kau masuk kerja esok?”
Iman garu kepala yang terasa gatal, “Alamak, esok aku dah plan nak balik kampung kejap. Bawak Lily. Macam nilah, kertas kerja tu dia orang dah faks balik ke?”
“Dah, dah! Aku dah ambik pun.”
“Macam nilah, kejap lagi aku singgah rumah kau pergi ambik kertas kerja tu. Bila Nusa Warisan nak balik benda alah tu?” Iman menggaru kening sambil mengerling Lily yang sudah duduk bersila di atas tikar.
“Dia bagi tempoh seminggu dari tarikh dia faks.”
“Okey. Nanti aku pergi ambik dekat rumah kau dokumen-dokumen tu,” jawab Iman, “Okeylah, wei! Aku nak sambung dating dengan Lily. See you later.”
“Okey! Thanks, bro! Kirim salam Lily!”
“InsyaAllah,” balas Iman sebelum mematikan talian. Dia mendekati Lily yang sedang memandang dia.
“Anything bad happen dekat ofis?”
Iman laju menggeleng, “Nope! Just some paperwork yang kena betulkan balik. Kejap lagi kita singgah rumah Azrul kejap, ya? Saya nak ambik dokumen yang berkaitan.”
Lily mengangguk sebelum mengangkat layang-layang di tangannya, “Nak main layang-layang lagi?”
Iman ketawa lalu mengangguk, “Of course. Come!” Tangannya dihulurkan kepada Lily.
Lily tanpa sebarang kata menyambut tangan Iman sambil tersenyum. Tuhan, aku tak ingin masa ini berlalu...

“Awak tunggu kejap, ya?” Ujar Iman sambil memandang Lily. Lily hanya mengangguk. Iman tersenyum lantas dia keluar dari kereta dan terus mendekati Azrul yang sudah menantinya di pagar rumah.
Azrul melambai kepada Lily dan lambaian Azrul dibalas Lily dengan senyuman manis. Iman sempat menoleh ke belakang melihat Lily sebelum kembali memandang Azrul, “Sikit-sikit dahlah. Isteri aku!”
“Kau jealous ke apa, bhai?” Azrul ketawa.
Iman ketawa, “Aku gurau ajelah.”
Azrul mengangguk. Sebuah sampul surat bersaiz A4 yang berwarna coklat diberikan kepada Iman, “Dalam ni, semua dokumen ada. Kertas kerja yang dia orang reject pun ada sekali. Sorry sangat, Iman sebab susahkan kau. Kalau ikutkan, aku boleh aje buat tapi big boss suruh kau siapkan jugak sebab dia kata ni projek under nama kau.”
Iman menggeleng, “Not a big deal pun.”
“So, kau dengan Lily macam mana? Kau dah tahu mana satu pilihan hati kau?”
Iman menghela nafas lalu dia mengangguk, “Aku rasa aku sangat bodoh, Azrul sebab boleh ada perempuan lain selain Lily. She’s perfect. Dah tertulis, dari dulu sampai sekarang dalam hati aku cuma ada nama Lily.”
Azrul senyum lantas dia menepuk bahu Iman, “It’s not too late to amend everything. Cuma Jun nanti macam mana?”
“Jun...” Iman menoleh memandang Lily yang sedang bermain telefon pintarnya, “Jun kena faham. Bukan niat aku nak mainkan dia tapi dalam beberapa hari ni aku sedar, aku cuma layan Jun selama ni sebab aku sunyi bila Lily tak pedulikan aku. Salah aku, sepatutnya aku tak layan Jun. Salah aku, dulu aku patut terus dengan Lily tapi aku lalai dengan tugas aku. Aku mengaku tu.”
“It’s okay. Apa-apa pun, bagitahu Lily yang kau takkan lepaskan dia. Bagitahu Lily perasaan kau sebenarnya dekat dia.”
Iman ukir senyum, “I will tapi bukan hari ni, esok or lusa. Aku akan bagitahu dia pada hari ketujuh nanti and for that, I need your help.”
“Tolong? Kau nak minta tolong apa dari aku?”
Iman ukir senyum, “Aku nak melamar Lily. Sekali lagi...”
Azrul tercengang lalu dia ketawa! “Untuk kau dengan Lily, aku sanggup buat apa aje. So, apa yang aku patut buat?”
“Macam ni...” Iman mengamit Azrul dekat dengannya sebelum berbisik. Lily yang kebetulan menoleh memandang Iman dan Azrul kerutkan dahi. Apa yang dia orang bisikkan tu?

“Awak nak makan apa malam ni?” Lily pandang Iman yang sudah berbaring di atas katil selepas solat Maghrib.
“Tak kisah apa-apa pun. Spaghetti ke, lasagne... anything would be fine.”
“Nasi tak nak?” Lily labuhkan punggung di sisi Iman.
Iman pantas menggeleng, “Saya tak rasa nak makan nasi malam ni.”
“Okey. Kalau macam tu, saya nak turun dulu masak. Awak pergi mandi dulu, ya?”
Iman mengangguk namun matanya sudah terpejam, “Okey!”
“Iman Zariff. Buka mata, jangan tidur!” Lily menepuk sikit lengan Iman.
Iman buka mata lantas dia duduk, “Awak tahu tak kalau awak membebel, macam mak-mak?”
“Awak pulak perangai macam bapak-bapak? Kerja nak tidur, baca surat khabar, minum kopi.”
Iman ketawa lantas Lily yang duduk di sebelahnya dipeluk, tiba-tiba.
Lily yang tersentak cuba merungkai pelukan Iman, “Iman...?”
“Sekejap aje, Lily,” ujar Iman sebelum kembali mengeratkan pelukannya,“I just want to hug you for a while...”
Lily menghela nafas lantas dia mengangguk, “Lepas peluk saya, pergi mandi okey? Awak dah bau macam kambing.”
“Lily!” Iman ketawa lantas dia mengeratkan pelukannya. How I miss this...

Lily kerling jam di dinding. Sudah pukul 10.30 malam. Iman tadi usai makan malam terus naik ke bilik kerjanya. Buat kerja yang dia dapat dari Azrul tadi.
Spontan bibir Lily mengukir senyum saat teringat suatu ketika dahulu, ketika ada masa lapang. Dia dan Iman sama-sama akan menonton filem bersama-sama. Mereka sama-sama duduk di atas sofa, kadang-kadang Iman berbaring di atas pehanya, kadang-kadang dia berbaring di atas peha Iman. Adakalanya mereka duduk di sofa satu tempat duduk dan mereka duduk bersama-sama. Iman duduk di belakangnya dan dia duduk di depan Iman, bersandar pada dada Iman. Oh, rindunya dia pada kenangan dulu!
Lily pandang DVD Player yang sudah lama tidak terusik. Bibirnya digigit. Agak-agak kalau dia ajak Iman tengok movie, dia nak tak?
Sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri. Dia nak ajak Iman tengok movie tapi Iman nampak busy tadi. Kalau nak kacau macam tak patut aje.
“Lily?”
Lily pantas menoleh ke belakang. Iman berdiri di tangga, memandangnya dengan riak wajah yang penuh tanda tanya, “Er... hai?”
“Awak kenapa? Gelisah aje saya tengok?”
Lily laju menggeleng, “Awak turun kenapa? Kerja dah siap?”
“Belum. Saya turun nak buat kopi. Mata rasa berat je ni mengadap kerja tu.”
“Oh, kalau macam tu... biar saya yang buat kopi tu.”
Iman kerut dahi, “Tak apa ke?”
“Tak apa,” Lily senyum, “Kopi o ya?”
Iman mengangguk, “Kalau macam tu saya naik atas, ya?”
“Okey. Nanti dah siap, saya hantar kat awak.”
Iman senyum, “Terima kasih Lily.”
“Sama-sama...” Lily membalas senyuman Iman. Saat Iman sudah naik ke tingkat atas, Lily mengeluh. Iman busy...

Bunyi ketukan di pintu buat mata Iman yang tadi pada komputer riba beralih ke pintu, “Yes?”
Lily tolak daun pintu bilik Iman sebelum dia mengukir sengih, “Coffee delivery!”
Iman ketawa, “Kedai kopi apa yang buat delivery sampai ke bilik kerja customer ni?”
“Lily’s Coffee,” Lily menjungkit kening sebelum melangkah masuk ke dalam bilik kerja Iman dan kopi yang dibuat tadi diletakkan di atas meja kerja Iman, “Only the best.”
“Thank you, Lily.”
“Don’t mention it,” ujar Lily sebelum mengintai meja kerja Iman yang bersepah, “Banyak lagi ke kerja awak?”
Iman menggangguk, “Bolehlah! Serabut jugak buat benda ni.”
“Oh...” Lily mengangguk lantas dia pandang Iman, “Iman...”
“Ya?” Iman menjungkit kening.
“Erm...” Lily ketap bibir sebelum menggeleng, “Tak ada apa-apa, saya keluar dulu, ya?”
Iman kerutkan dahi saat Lily sudah pun berjalan nak keluar dari bilik, “Lily?”
“Yes?” Lily berpaling. Ketika itu, dia sudah pun melepasi pintu bilik kerja Iman.
“Awak nak cakap apa-apa ke?”
Lily menggeleng, “Nope! Buat kerja elok-elok...”
Iman pandang Lily sambil tersenyum, “Obviously you want to say something to me...”
Lily menghela nafas, “Saya...”
Iman merenung Lily, “Yes...”
“Saya nak ajak awak tengok movie,” ucap Lily senafas.
"Movie? Tengah malam ni?"
"Bukan dekat panggung. Tengok kat rumah jelah. Apa guna tv besar gedabak kat ruang tamu tu?"
Iman tak mampu menahan bibirnya dari mengukir senyum, "Nak tengok cerita apa?"
"A Walk To Remember."
"Again?"
Lily muncungkan mulut, "Dah lama tak tengoklah."
"Cerita hantulah. The Conjuring, nak?"
"Ala, you know how much I hate ghost story!"
Iman ketawa, "The Dark Knight?"
“Second movie kita decide nantilah!" Laju Lily menjawab.
Iman mengangguk, “Okey!”
 "Tapi Iman, your work?" Lily kerutkan dahinya memandang meja Iman yang penuh dengan kertas-kertas A4 yang berselerakan.
"Bukan nak hantar malam ni pun,” Iman menjungkit bahu sebelum tersengih.
Lily ukir senyum sambil menepuk tangan, "Yeay!!"
Iman tutup laptop dan terus berjalan ke arah Lily. Tangan Lily dicapai, "Jom?"
Lily tercengang sebelum kembali tersenyum, "Jom!"

p/s: ni takdak scene leleh meleleh :D

20 comments:

  1. Wahh.lapang hati tgkdepa nie...
    thanks najwa
    -mieza-

    ReplyDelete
  2. waaa...
    best...
    pasni mst dah berbaik semula...
    tapi..jun ttp akn jdk langau jgk kan...

    ReplyDelete
  3. hmmm..nampaknya penerimaan dan ketelusan iman terhadap isterinya menampakkan cahaya yg rumahtangga mrk akan kembali ceria.. hmmm..tetapi masalahnya adakah iman sempat menyatakan pada lily... spt ada yg disembunyikan oleh lily pada iman kan... adakah masanya telah sampai utk dia melangkah pergi dari hidup iman ...

    ReplyDelete
  4. harap iman sempat bgtau rasa hati nya sblm ckup tempoh semggu tu ... huhu

    ReplyDelete
  5. Aah.. Ni semua scene nk bg kecut kidneys.. Wah manisnya.. Kalah gula.. But will it lasts?

    ReplyDelete
  6. Best2.. syok glerr.. nk Fly plk.. update laju2 cik writer.. jemput dtg ke blog sy jgk.. lynanovel.blogspot

    ReplyDelete
  7. Please jgn ade scene leleh air mata...cukup la dh leleh baca FLY... :/

    ReplyDelete
  8. Wah... iman nk lamar lily balik.. nice...

    ReplyDelete
  9. ini sudah bagusssssssss....emmmm...yummy...

    ReplyDelete
  10. Najwa..nak next chapter =D hehe

    ReplyDelete
  11. Sempatkah Iman meluahkan rasa cintanya pada Lily telah kembali mekar atau Lily pergi membawa hati yg penuh luka.
    Terlewatkah sudah mereka pertahankan rumahtangga mereka...

    ReplyDelete
  12. Baru perasan bab ni .. best kak . Rase bunge2 je ni .. hope semuenye baik kan . Tq kak 😘😍😁

    ReplyDelete
  13. Akak please saambung next bab...lama tunggu dah :( nak tahu apa jadi pada pada lily Please Najwa Rahman :(

    ReplyDelete
  14. Kak najwa :') update laa lg tajuk niey . Dh lme tgu . Plss em .

    ReplyDelete
  15. Rndunye smbungan cte ni.....
    Plssss..

    ReplyDelete
  16. Bilaaaa sambunganya? X sabar dh mnunggu

    ReplyDelete
  17. Sis..cite ni xmo sambung ke..

    ReplyDelete