Saturday 21 March 2015

[Mini Novel] FLY (BAB 19)

Johanna melangkah masuk ke dalam kelasnya selepas hampir dua jam berada di dalam bilik kuarantin. Dia mengetuk pintu kelas sebaik saja menyedari kehadiran Puan Faridah di dalam kelas ketika itu. Puan Faridah yang sedang mengajar, berhenti sebelum mengangguk, tanda menyuruh Johanna masuk.
Seulas senyuman dihadiahkan kepada Puan Faridah sebelum dia berjalan ke tempat duduknya di sisi Nuha.
Sebaik saja Johanna duduk di tempatnya, Nuha tiba-tiba memegang tangannya yang ada di bawah meja, “Stay strong, Jo! Aku percaya hang.”
Johanna senyum sebelum dia menggumam rendah, “Thank you.”
“Johanna, lepas kelas ni saya nak jumpa awak sekejap ya?” Suara Puan Faridah buat Johanna tersentak sekejap sebelum dia mengangguk.
“Pasaipa dia nak jumpa hang?”
Johanna jungkit bahu, “Entah. Nak basuh aku lagi kot.”
Tiba-tiba D.O. yang di depan Johanna berpaling ke belakang, “Jo, I’m with you!”
Johanna tersenyum lalu mengangguk, “Thank you, D.O.!”


“Ini latihan awak yang awak hantar tadi, saya dah semak. Saya dah tanda semuanya. Awak check balik soalan yang salah itu dan tengok balik cara penyelesaiannya.” Puan Faridah menghulurkan beberapa helai kertas kajang yang sudah siap ditanda kepada Johanna.
Johanna mengangguk sebelum mencapai helaian kertas kajang yang dihulur oleh Puan Faridah itu, “Ada apa-apa  lagi, cikgu?”
“Ada apa-apa awak nak cerita dekat saya, Johanna?”
Johanna menggeleng, “Tak ada.”
“Pasal kes kecurian dalam kelas awak tu, awak tak nak cerita apa-apa dekat saya?”
“Saya rasa cikgu pun tahu kisahnya. Saya malas nak cerita apa. Yang saya tahu, saya tak bersalah.”
Puan Faridah ukir senyum, “Saya pun rasa awak tak bersalah. Tapi setakat cakap di mulut, tak dapat buktikan apa-apa, Johanna.”
“Cikgu, sejahat-jahat saya... saya takkan curi barang orang. Senakal-nakal saya, saya takkan sentuh barang orang tanpa kebenaran orang tu,”  ujar Johanna, tegas.
“Saya tahu tapi macam mana awak nak buktikan kata-kata awak tu?”
“Entahlah cikgu, apa saja yang saya cakap orang takkan percaya. Orang dah label saya sebagai pencuri. Dahi saya ni dah kena cop dah cikgu.”
“Jadi, awak kenalah buktikan kepada orang yang melabel awak tu yang awak tak bersalah.”
Johanna terdiam, lama.
“Johanna, awak mungkin nakal, keras kepala, degil tapi saya juga tahu hati awak tak seperti luaran awak.”
Johanna tersenyum tawar, “I’ll take that as a compliment, cikgu.”
“It is, Johanna. Kalau kata awak masih tak dapat nak buktikan yang awak tak bersalah, awak jangan risau, perbanyakkan doa kepada Allah. Doa orang yang teraniaya, Allah akan makbulkan, insyaAllah.”
“InsyaAllah, cikgu! Saya akan pegang pesan cikgu tu.”
“Alhamdulillah. Okeylah. Awak boleh pergi sekarang.”
“Terima kasih, cikgu!” Ucap Johanna laju sebelum dia keluar dari bilik guru itu. Cikgu Lah yang memerhatikan perbualan antara cikgu dan pelajar itu mendekati  Puan Faridah yang sedang mengemas mejanya.
“Apa yang Id cakap dengan Johanna tu?” Cikgu Lah mengjungkit kening.
“Saya cakap, doa orang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah.”
“Id rasa Johanna tu teraniaya?”
Puan Faridah tersenyum, “Saya kenal dengan student saya, Cikgu Lah.”
“Awak yakin dia teraniaya?”
“Johanna tak bersalah. Saya percaya tu...” Ujar Puan Faridah, tenang sebelum dia berlalu ke pantry, meninggalkan Cikgu Lah yang kelihatan seperti tidak percaya dengan kenyataan Puan Faridah.

Nuha dan Elly duduk di kerusi batu yang tersedia di luar bilik guru. Masing-masing hanya diam, tak mahu bersuara. Johanna yang baru keluar dari bilik guru terus melangkah ke arah Nuha dan Elly, “Yo!”
Nuha dan Elly sama-sama mengangkat muka, “Jo!”
Johanna ukir senyum, “Korang tunggu aku ke?”
Elly mengangguk. Nuha membalas senyuman Johanna, “Puan Faridah cakap apa kat hang?”
“Puan Faridah cakap aku kena buktikan kat satu sekolah yang aku tak bersalah. Tapi masalahnya...”
“Macam mana nak buktikan kau tak bersalah, “sambung Elly, senafas. “Kau nak buat apa, Jo?”
Johanna angkat bahu, “Aku tak tahu. Aku tak dapat berfikir secara normal dah.”
“Pencuri macam kau memang tak dapat berfikir secara normal. Dah buat salah, lepas tu kantoi. Haruslah dah tak boleh nak bersihkan nama sendiri,” satu suara menyapa mereka bertiga.
Johanna tak kalih memandang manusia yang bersuara itu. Elly pula hanya tunduk menggeleng sambil tangannya menggenggam penumbuk. Nuha pula menghela nafas panjang, “Hang kalau setakat nak buat fitnah, pi buat kat tempat lain. Kat sini, kami tak dengaq cakap-cakap orang yang macam hang. Orang macam hang, sepuluh hang cakap. Sebelas tak boleh nak percaya!”
Peah hanya buat muka tak tahu. Moni pula memandang Johanna dengan pelbagai rasa. Dia rasa kasihan pada Johanna namun dia tak boleh nak buat apa-apa.
“Peah!” Seru Johanna, tiba-tiba.
Peah dan Moni yang baru nak berlalu, sama-sama berhenti. Peah memandang Johanna dengan wajah angkuh, “What?!”
“Kau bagitahu Rena, aku akan pastikan yang dia akan menyesal dengan apa yang dia buat pada aku. Aku ada bukti yang aku kena fitnah dengan kawan baik kau tu,” ujar Johanna, dengan wajah yang tenang namun ada aura sinis.
Wajah Peah berubah sedikit namun dia pura-pura berani, “Eleh, ingat kami nak percaya dengan cakap kau?”
“Mungkin aku tak nampak tapi Allah nampak...” ujar Johanna, selamba sebelum berlalu meninggalkan Peah dan Moni.

Nida memandang kosong ke arah katil milik Johanna. Nafasnya dihela panjang. Akalnya kuat mengatakan bukan Johanna yang mencuri namun hatinya meragui kenyataan itu.
“Assalamualaikum,” pintu bilik tiba-tiba dibuka dari luar. Nuha, Elly dan Johanna melangkah masuk ke dalam bilik itu.
“Waalaikumussalam...” jawab Nida, perlahan.
“Eh, awal kau balik? Kenapa tak tunggu kami tadi?” Elly senyum pada Nida sebelum tudung di atas kepalanya ditarik.
“Aku... ada hal tadi,” ujar Nida dengan senyuman yang dipaksa.
“Kau okey ke, Nida? Macam tak sihat aje?” Tanya Johanna sambil menjungkit kening. Baju kurung sekolah di tubuhnya sudah berganti dengan t-shirt lengan pendek.
“Aku okey,” jawab Nida, senafas sebelum dia memandang Johanna, “Jo...”
Johanna pandang Nida, “Ya?”
“Kenapa kau ambik purse Rena?”
Elly yang baru nak buka tudung, berpaling terus pada Nida. Nuha yang baru nak duduk di kerusi meja studinya terus berdiri, “Nida!”
Johanna menghela nafas, “Kau pun nak tuduh aku ambik purse Rena tu, Nida?”
"Kalau bukan aku yang jumpa aku takkan syak, Jo."
Johanna senyum sinis, "Aku ingatkan kau kenal aku. Aku silap rupanya."
Nida ketap bibir. Dia nak percayakan Johanna tapi bila dia sendiri yang jumpa purse Rena dalam beg Johanna, hatinya berbelah bagi.
"Nida, takkan kau tak kenal Jo lagi?" Elly bersuara, sedikit bergetar! "Dulu, waktu Jo tak solat, waktu Jo kuat mencarut, kau pesan dekat aku dengan Nuha, jangan judge Jo. Sekarang? Hanya sebab kau yang jumpa purse tu, kau terus nak hukum Jo? Kau tak adil! Kau ada saksi yang kata Jo ambik dompet Jo tu? Ada?!"
Nida menundukkan wajahnya. Tangan kanannya digenggam kuat.
"Dahlah tu, Elly. Aku tak kisah orang nak tuduh aku dah. Yelah, aku ni kan dari dulu jahat. Dalam luar, serba-serbi jahat," Johanna senyum sinis lalu dia segera keluar dari bilik itu.
Nuha yang sedari tadi diam terus berdiri, "Nida, satu ja pesan aku. Jangan hukum dia dengan apa yang hang nampak sebab pandangan mata boleh menipu!"
Nuha dan Elly terus keluar bilik. Nida pula terduduk. Aku nak percaya kau, Jo. Aku nak sangat tapi aku tak boleh...

Johanna kesat air matanya yang mengalir. Hari ni orang yang paling rapat dengan dia pun tuduh dia macam-macam. Orang yang dulunya membela dia, sudah pun meragui dirinya. Dulu dia tak seperti ni, dulu orang tuduh dia macam-macam, dia tak pernah ambik kisah. Kenapa hari ni, senang sangat hati dia tersentuh?
“Jo...” seru D.O. sebelum duduk di sisi Johanna. Nuha di sisi D.O. duduk memeluk lututnya.
Johanna kalih ke tempat lain, melindungi matanya yang basah, “Korang buat apa dekat sini?”
“Saja. Ambik angin,” ujar Elly yang tiba-tiba duduk di belah kanan Johanna, “Kau okey ke, Jo?”
Johanna senyum tawar, “Entah. Aku tak tahulah nak definisikan perasaan aku sebagai apa sekarang. Aku tak tahulah aku okey ke tak.”
“Hang terasa dengan apa yang Nida cakap tadi?” Tanya Nuha.
Johanna angkat bahu, “Aku dah lali kena tuduh cuma aku jadi terkilan bila orang yang aku anggap sebagai saudara aku sendiri pun buat aku macam musuh.”
“Jo, aku percaya kau. Senakal-nakal kau, sejahat-jahat kau, sedingin-dingin kau... kau bukan pencuri. Aku tahu tu,” ujar D.O., tegas.
Johanna ukir senyum tawar, “Aku tak kisah wei kalau orang yang tak rapat dengan aku nak tuduh aku tapi dia kawan aku! Nida kawan aku. Dia tahu cerita aku, dia kenal aku... or mungkin aku saja yang assume dia kenal aku.”
Elly dah peluk bahu Johanna. Dia sebak dengan kata-kata Johanna. Jujurnya, dia sendiri pun kalau jadi Johanna akan terasa. Inikan pula Johanna sendiri.
“Jo, mungkin Nida tak bermaksud nak tuduh kau. Dia sendiri tengah keliru. Antara tanggungjawab dan sahabat. Aku bukan nak bela Nida tapi aku dapat tengok, Nida sendiri rasa berbelah bagi. Dia resah. Dia nak percaya kau tapi dia sendiri yang jumpa purse tu dalam beg sandang kau.”
Johanna jungkit bahu, “Terpulanglah pada dia nak percaya aku atau tidak. Aku dah malas nak yakinkan orang yang aku tak bersalah.”
Elly dan Nuha saling berpandangan.
D.O. menghela nafas, “Kami percayakan kau, Jo! Walaupun semua dalam dunia ni tak percayakan kau, kami tetap percayakan kau.”
Johanna ukir senyum lalu dia mengangguk, “Terima kasih kawan.”

Johanna tekun menyalin nota komsas yang ditulis oleh Cikgu Sakinah di papan putih. Nuha pula dah tersengguk-sengguk di meja sebelah Johanna. Dia memang tak boleh kalau kelas subjek Bahasa Melayu ni. Harus nak membuta aje kerjanya.
Bunyi ketukan di pintu buat semua orang yang tadi sibuk menyalin nota mengangkat muka. Johanna turut mengangkat mukanya dari buku latihannya. Nuha di sebelahnya sudah membuka mata seluas-luasnya. Dia pandang Johanna, “Siapa?”
Johanna cuma jungkit bahu namun dia dapat agak siapa yang mengetuk pintu kelasnya. Cikgu Sakinah yang tadi duduk di meja guru terus mendekati pintu kelas. Kelihatan dia sedang berbual dengan seseorang. Wajahnya serius saja sebelum dia menggeleng. Cikgu Sakinah tiba-tiba mengalihkan pandangannya pada Johanna, “Johanna Sofea, Hadi Azraff, Rena Aleeya dan Nuha Nuradila, sila ikut Cikgu Lah ke bilik pengetua sekrang.”
Nuha pandang Johanna. Johanna berdiri tanpa berkata sepatah apa sebelum dia melangkah menuju ke pintu depan kelas. Langkahnya turut diikuti oleh Nuha. Hadi dan Rena pula beriringan berjalan mengikut langkah Johanna dan Nuha.

Pintu bilik Puan Suriani, pengetua sekolah diketuk perlahan oleh Cikgu Lah sebelum pintu bilik itu dibuka, “Assalamualaikum, cikgu!”
“Waalaikumussalam. Kenalkan, ini Encik Suffian dan Puan Suhana, ibu bapa kepada Johanna.”
Johanna yang baru nak melangkah masuk ke dalam bilik pengetua, terkaku langkahnya.
Encik Suffian berjabat tangan dengan Cikgu Lah. Puan Suhana pula mendekati Johanna, “Pia?”
“Kenapa datang sini?” Tanya Johanna sebaik saja dia mendekati ibunya.
Nuha yang berdiri di sebelah Johanna laju-laju menghulurkan tangannya kepada Puan Suhana, “Aunty, saya Nuha. Kawan sebilik dan sekelas Jo.”
Puan Suhana menyambut huluran tangan Johanna dengan senang. Wajah Nuha yang manis bertudung membuahkan rasa syukur di dalam hatinya. Ternyata, Johanna berkawan dengan orang yang baik-baik.
“Maaf, saya terpaksa mencelah. Encik Suffian dan Puan Suhana pasti tertanya-tanyakan kenapa pihak sekolah menelefon encik dan puan untuk datang ke sekolah?”
“Saya dah biasa dipanggil ke sekolah kalau berkaitan dengan Johanna ni,” bersahaja saja intonasi suara Encik Suffian.
Johanna ukir senyum sinis, “Memang. Daddy saya memang suka bila dia dipanggil datang ke sekolah.”
Puan Suriani menggosok lehernya tiba-tiba melihat situasi tegang di antara dua beranak ini. Cikgu Lah pula turut sama merasai ketegangannya.
Encik Suffian mengepal penumbuk. Johanna Sofea! “Apa pulak yang dia buat kali ni, cikgu?”
“Macam ni, Encik Suffian. Semalam, berlaku satu kes yang jarang terjadi di sekolah ini. Dompet salah seorang rakan sekelas Johanna hilang dan malangnya, dompet itu dijumpai di dalam beg sekolah Johanna. Pihak sekolah memandang serius kes seperti ini. Namun begitu, bukan itu masalahnya. Yang menjadi isunya di sini ialah Johanna telah mengasari rakan sekelasnya iaitu Rena Aleeya.”
Wajah Encik Suffian berubah. Puan Suhana pula terlopong, “Maksud cikgu?”
“Johanna telah menumbuk Rena. Kesan tumbukan Johanna masih ada di pipi Rena,” Cikgu Lah bersuara, perlahan. Dia menggamit Rena supaya mendekati meja pengetua, “Rena, sini!”
Encik Suffian berdiri. Dia mendekati Rena lalu dia menunduk sedikit, “Maafkan anak uncle. Mungkin uncle yang bagi salah didikan pada dia.”
Johanna mengepal penumbuknya, “Kenapa nak minta maaf pada dia? Pia ada sebab kenapa Pia tumbuk dia! Kenapa tak tanya Pia? Kenapa nak mintak maaf pada dia?”
Encik Suffian memanahkan pandangan matanya kepada Johanna. Pandangannya tajam ibarat pedang. Dia mendekati Johanna dan...
Pang! Kepala Johanna terteleng ke kanan. Hadi tercengang. Nuha terkedu. Rena menahan senyum yang nak menguntum. Cikgu Lah tersentak.
"Anak tak tahu diuntung!" Encik Suffian mengangkat tangan kanannya sekali lagi namun sempat dihalang oleh Puan Suhana.
"Abang, sudahlah tu!"
Johanna angkat muka pandang Encik Suffian, "Tamparlah lagi! Tampar sampai daddy puas! Sampai Pia mati pun tak apa! Tamparlah!"
Encik Suffian mengetap bibir sebelum sekali lagi pipi Johanna ditampar, "Biadap!"
Encik Suffian mengangkat tangan sekali lagi namun tangannya dihalang lagi tapi bukan oleh Puan Suhana.
Johanna memandang manusia yang masih memegang tangan daddynya.
"Bukan ini caranya, uncle!" Hadi melepaskan tangan Encik Suffian, "Maafkan saya menegur tapi bukan begini caranya."
“Kau jangan sibuk dengan hal aku!” Ujar Johanna dengan suara yang tertahan-tahan. Johanna pandang wajah ayahnya, “Daddy nak tahu kenapa Pia pukul dia? Sebab dia tarik nama daddy dengan mummy atas satu kesalahan yang patut dia letak atas bahu Pia! Pia tumbuk dia sebab daddy dengan mummy! Tahu tak?!”
Encik Suffian tersentak. Puan Suhana sudah terasa sebak, “Pia...”
“Saya tak kisah kalau orang nak tuduh saya cikgu. Tapi jangan tarik nama mak ayah saya! Kalau betul nak tuduh saya, cukup dengan tuduh saya! Jangan libatkan mak ayah saya!” Ujar Johanna dengan matanya memandang tepat ke arah Puan Suriani.
“Sudah, Johanna Sofea! Aku dah lama bersabar dengan perangai kau yang tak pernah menguntungkan aku dengan isteri aku!” Ujar Encik Suffian keras. Cikgu Lah pula sudah menggosok belakang badan Encik Suffian, cuba menenangkan lelaki itu yang nyata sudah hilang pertimbangannya sedari tadi.
“Saya minta encik untuk bertenang seketika,” Puan Suriani menghela nafas panjang sebelum dia memandang Johanna yang pada pandangannya seorang anak yang baik, “Johanna, saya faham maksud kamu tapi kamu kena ingat, kekerasan bukan penyelesaian pada masalah sebaliknya ia akan menimbulkan masalah yang lain.”
Johanna hanya diam dan menunduk. Dia cuba menahan air matanya dari gugur. Cuba beritahu dia, anak mana yang tak sakit hati bila orang tuanya dikata yang bukan-bukan oleh orang luar.
“Dan di atas perlakuan kasar kamu terhadap Rena dan juga di atas kes kecurian yang melibatkan kamu, saya dan ahli lembaga sekolah telah membuat keputusan untuk menggantung persekolahan kamu selama seminggu. Maafkan saya, Johanna.”
Johanna memejamkan matanya. Dia kalah! Air mata yang ditahan gugur jua akhirnya.
Nuha mengetap bibir. Air mata sudah bertakung di kolam matanya, hanya menunggu masa untuk gugur. Hari ni, dia saksikan sendiri betapa buruknya hubungan Johanna dan ayahnya. Simpatinya terhadap Johanna semakin melimpah. Sudahlah keruncingan hubungan Johanna dengan ayahnya sudah diketahui ramai, kini Johanna pula digantung sekolah. Perlahan-lahan dia memeluk Johanna dan menenangkan Johanna yang sudah mula menangis. Dia tahu kerana dia dapat dengar esakan halus yang keluar dari Johanna.
Encik Suffian tak menunggu lama dan terus keluar dari bilik pengetua itu. Dadanya tidak dapat menahan sebak melihat Johanna menangis. Anak itu tidak pernah menangis sebelum ini. Ini kali pertama dia melihat Johanna menangis dan tangisan itu bagai menghantui dirinya kala itu.
Hadi tunduk. Entah kenapa dia terasa mahu membangkang dengan keputusan yang dibuat oleh Puan Suriani. Bunyi esakan halus yang keluar dari Johanna buat dia rasa sakit di hatinya. Andai dia mampu menghentikan tangisan Johanna...
p/s: sedih tak? sedih tak?

32 comments:

  1. Manyak jahat lorrr bikin orang sedih... bila nak terbongkar perbuatan jahat rena? Allah makbulkan dia orang yang teraniaya. Terus berdoa pada Allah.

    ReplyDelete
  2. Sedih teramat menitik air mata huhuhu

    ReplyDelete
  3. Mau xsedih..mna tisu ni...uwaaaa

    ReplyDelete
  4. sedih sngt ni..huhu...ksian jo..kwan baik xprcya..hadi pun mcm tu..mak ayah mcm tu..sian sngt.huhu..plis hbiskn d blog cite ni..

    ReplyDelete
  5. sdihla...x sbaq nk tnggu next entry...

    ReplyDelete
  6. Sedihhhh...huaaaaa...anak mana yang xsedih...bila ayah sendiri benci dan hukum tanpa periksa...pleaseeee...smbg lagiiii...

    ReplyDelete
  7. Mau nyer tak sedih..klu pasal daddy mmg dah boleh agak reaksi dia..kes sblm ni pun dia dah menghukum anak tu tanpa usul periksa..takkan senang2 dia nak percaya kali ni
    tp pasal nida tak caya jo tu pun agak sentap sket arr..

    Best! Deabak! Najwa

    ReplyDelete
  8. Yeahh..menangis baca citerr ni..Sgt mnyentuh hati..please la abiskan di blog.. Please kak najwaa..and sorry for demand..huhuhukk..sedihh

    ReplyDelete
  9. Ala.. Apsal pilu sgt ni?? Huhu.. Mata sy pedas!!

    ReplyDelete
  10. Ala.. Apsal pilu sgt ni?? Huhu.. Mata sy pedas!!

    ReplyDelete
  11. uwaaaaa....ni siapa yang kijam ni. cik najwa ke rena...bergenang air mata baca. kesiannya jo. harap cik najwa buat dia jadi lebih kuat. sedih tau

    ReplyDelete
  12. Sedihhhnya. Cikgu lah ni dn ahli lembaga tak siasat betul betul dh jatuhkn hukuman.
    Kesiannnya Jo dh lah bapa dia x dgr dn x blh pandang muka Jo. X nk dgr ckp Jo.
    Beri kn tumbukan padu lagi pd si reana poyo.

    ReplyDelete
  13. Normal tindakan jo tu sebenaqnya.. ;) tengok je cara papa dia bertindak bila emosi kena kuis.. bapa borek anak rintik.. so papa kalau nk jo jd anak sopan hormat papa.. i think papa yg kena sopan dan hormat jo jugak.. masing2 give and take! *its remind me.. always follow what Rasulullah s.a.w teach us.. comfirm the ending will change to happy ending forever.. in shaa Allah..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah.. someone mungkin kena 'campakkan batu' dekat papa juga.. biar sedar jo just follow what papa react bila tengah marah.. erm.. marah aja penampar.. marah aja penampar.. stresssss~~ papa kena ingat suatu ketika dulu papa paling rapat dgn siapa? Dan papa mesti tahu idola.. dan kesayangan jo sejak dulu siapa? ;) please papa.. sy syg papa.. sy jgk syg jo..

      Delete
  14. arghhhh........... tak pernah tak menangis baca fly ni. keep it up babe.

    ReplyDelete
  15. dah la bru lps nangis bce bab nih trus mencurah2 xhnti... sedih bangett... good job kak!!

    ReplyDelete
  16. Every time bc mesti mgalir air mata.....

    ReplyDelete
  17. Waaaaaaa........
    - ila

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. aaaa, sedih...
    pleasee sambung lagi T_T

    ReplyDelete
  20. sedihnya huhuhu kesian dgn jo.....best next n3 pls

    ReplyDelete
  21. Sede sgt..cpt2 update ye cete nie

    ReplyDelete
  22. Adoi... bila la rena nk kena balik ni..

    ReplyDelete
  23. sedihnye...hope lepas ni Rena akan dapat balasan atas perbuatan dy.. n Nida aku tak sangka kau yang rapat dengan Jo boley ragu tentang Jo! kalau kena gantung n Jo tak balik rumah parents dia pun x pe.. sebab daddy dia tak percayakan anak sendiri.. lain kali tanyela dulu,ni tak main tampar je!! GRRRR

    ReplyDelete
  24. Aiyaaa sedih nyaaa.sumpah

    ReplyDelete
  25. bla nk smbunggggh...

    ReplyDelete
  26. Nak meleleh2 air mata ni... kesiannya jo... puaslah hati rena skrg ni...

    ReplyDelete
  27. Bila ayah kita menyalahkan kita tanpa paham situasi kita yg sebenaqnya . Itu sangat menyakitkan . I feel u jo .. banyak kan besabaq noh .. Aish .. Sedeh la kak .. 😭😭😭🎊
    Tq kak . Bestt⭐⭐⭐⭐⭐

    ReplyDelete
  28. Mata masuk habuk.... Sob sob..

    ReplyDelete