Monday 9 March 2015

[Mini Novel] FLY (BAB 18)

Johanna dan rakan-rakannya beriringan ke dewan makan. Johanna masih lagi diam, tak mahu bersuara. Nida, Elly dan Nuha cuba memahami Johanna dengan bercakap dengannya tentang perkara yang penting saja.
Rena yang nampak Johanna dari jauh mengepal penumbuknya. Rasa malu, geram, marah dan bengang dengan kisah semalam masih bersisa. Dendamnya pada manusia bernama Johanna itu makin membara.
“Rena, kenapa kau tak makan?” Moni yang baru meletakkan tray makanan di sebelah Rena bertanya.
Peah yang di depan Rena buat muka pada Moni sambil meletakkan jari telunjuknya pada bibir, “Don’t ask anything.”
“Aku benci budak tu!” Pap! Serentak, bahu Peah dan Moni terhincut, akibat terkejut dengan tindakan Rena yang tiba-tiba mencucuk sosej yang ada di dalam tray makanannya dengan garfu.
“C’mon, Rena! Dahlah tu. Kita dah nak SPM pun. Lepas ni kita takkan jumpa dia dah pun,” ujar Moni sebelum menggeleng. Dia sebenarnya tak faham kenapalah Rena ni suka sangat cari pasal dengan si Jo tu.
“Oh, just shut up Moni! Kau tak tau apa rasanya bila dimalukan depan satu dewan!” Bidas Rena, keras.
Moni buat muka sebelum menggumam rendah, “Siapa suruh kau cari pasal dulu?”
“Excuse me?” Rena memandang Moni dengan wajah cemberut.
“Whoa, people! Korang nak gaduh pasal Jo tu? Buang masa aje,” Peah menggeleng sebelum dia mengukir senyum sinis, “Instead of arguing and fighting among ourselves, apa kata kita bagi Jo tu rasa manisnya sebuah dendam?”
Moni menggelengkan kepalanya, kesal, “Dan kau ada masalah apa dengan Jo, Peah?”

“Hei, dia dah malukan kawan baik aku. Kau expect aku nak duduk diam semata-mata?” Peah merengus.
“At last, ada juga orang yang memahami aku!” Rena tersenyum, gembira.
“I don’t know, guys! Cukuplah tu. Tak boleh ke kita hadapi SPM ni dengan perasaan gembira semata-mata, tak payah nak dendam segala. Ini bukan cerita zaman sekolah rendah, wei!” Moni mengeluh.
“Are you in or are you out?” Rena jungkit kening, “Kalau kau betul kawan aku, kau akan tolong aku, Moni!”
Moni menggeleng kepala lalu dia mengeluh lagi, “Fine! What’s your plan?”
Rena dan Peah saling berpandangan sebelum Rena ukir senyum, “Aku nak Johanna dibuang dari sekolah ni!”
Wajah Moni berubah terus, “Kau dah gila ke? Kita tinggal lagi beberapa bulan aje nak SPM tau?”
“So?” Rena jungkit kening, “Dengan cara ni aje yang si Jo tu akan tahu betapa manisnya rasa sebuah dendam!”

Hadi mengerling jam tangannya yang menunjukkan waktu sudah menginjak ke pukul 2.30 petang. Sudah hampir setengah jam waktu berlalu, bayang Johanna masih tidak kelihatan. Sepatutnya sekarang Johanna sudah ada di depannya untuk program mentor mentee.
Sejak kejadian yang berlaku ketika ceramah tempoh hari, Johanna berubah terus. Masuk hari ini sebenarnya dah tiga hari Johanna ponteng mentor mentee. Tadi di kelas sudah dia ingatkan namun Johanna cuma diam tak membalas.
Barang-barangnya yang ada di atas meja dikemas sebelum dia melangkah ke kelasnya. Sewaktu berjalan menuju ke kelas, dia terserempak dengan Eman yang datang dari bilik guru, “Em!”
“Eh, Hadi! Lambat kau datang prep?” Eman jungkit kening sebelum bahu Hadi dipeluk.
“Apa yang lambatnya? Aku dekat library tadi,” ujar Hadi sebelum mereka beriringan ke kelas.
“Oh, kenapa tak prep terus kat library je?”
“Aku tunggu Johanna aje tadi. Kan sepatutnya kita orang ada yang mentor mentee tu.”
Eman kerutkan dahi, “Eh?!”
“Apa yang kau eh tiba-tiba ni?”
“Jo ada aje dalam kelas dengan Nuha. I thought korang punya program mentor mentee tu dah habis? Still going on ke?”
Hadi pula yang mengerutkan dahi, “Tak ada pulak Puan Faridah bagitahu aku apa-apa.”
Eman ketawa sebelum menggeleng, “Aku rasa Jo tak nak dah kot buat mentor mentee dengan kau. Tadi aku ada nampak dia jumpa Puan Faridah. Gayanya macam tengah belajar. Apa-apa kau tanyalah Jo sendiri or lebih baik, tanya Puan Faridah aje.”
Wajah Hadi berubah terus. Johanna dah tak nak buat mentor mentee dengan aku?

“Kenapa kau tak pergi perpustakaan?” Buku teks Kimia dan Fizik dihempas ke atas meja Johanna. Kuat. hingga buat yang kelas tadinya hingar jadi sunyi sepi.
Johanna angkat muka dari buku latihan Biologi lalu dia menghela nafas panjang, “Kau bukan mentor aku dah.”
“Says who?” Hadi menyilangkan tangannya. Serius.
“Me!”
“Aku tak terima arahan dari Puan Faridah.”
“Aku dah jumpa Puan Faridah sendiri. Aku sekarang belajar dengan dia aje. So, tak payah susahkan diri kau, tunggu aku kat library ke apa ke. Lagipun, aku lagi faham dia ajar dari kau ajar aku.”
Wajah Hadi berubah langsung. Nafasnya dihela lalu kepalanya digelengkan, “Perangai kau ni macam budak-budak kau tau?”
“Apa masalah kau ni sebenarnya? Aku dah takkan ambik masa kau untuk ajar aku. Kau guna masa kau tu untuk kau belajar sendiri. SPM dah dekat, kau fokus study untuk diri kau sendiri dahlah!” Ujar Johanna, datar.
Hadi menghela nafas lagi, “Fine! Suit yourself, Johanna!”
Johanna langsung tidak mengangkat muka dari buku latihan. Hadi pula terus duduk di tempatnya tanpa banyak kata. Seisi kelas senyap tak bersuara. Rena pula mengukir senyum dalam diam.

“Jo, hang tak mau rehat ka? Aku lapaqlah,” Nuha menarik lengan baju kurung Johanna yang sedang membuat karangan Bahasa Melayu.
“Kejap! Ayat last, ayat last!” Ujar Johanna sebelum menghabiskan ayat terakhir di atas kertas kajang itu, “And... done!”
“Wei, waktu rehat tak boleh duduk dalam kelas!” Serentak, Johanna dan Nuha angkat muka memandang pintu depan kelas 5 Aurum. Elly tersengih sambil mengangkat dua jari, “Yo!”
“Kejap!” Johanna ketawa sebelum dia berdiri, “Okey. Dah settle tapi korang pergi kantin dulu tau. Aku nak pergi bilik guru. Nak hantar latihan Puan Faridah bagi semalam.”
“Okie dokie!” Elly membuat isyarat okey sebelum mereka beriringan menuju ke destinasi yang ingin mereka tuju.

 Johanna dan Nuha melangkah masuk ke dalam kelas melalui pintu belakang dan serentak mereka terkaku. Di bahagian depan kelas, beberapa orang pengawas tingkatan lima termasuk Nida berdiri di samping Cikgu Lah. Johanna pandang Nida dan kening dijungkit, bertanya kenapa. Nida pula hanya menggeleng sebelum tersenyum.
“Saya minta semua pelajar kelas 5 Aurum berdiri di hadapan kelas. Sebelum itu, letakkan beg masing-masing di atas meja. Salah seorang daripada rakan sekelas anda kehilangan dompet, makanya saya harap anda semua dapat berikan kerjasama dengan saya dan pengawas-pengawas yang lain.”
Johanna dan Nuha saling berpandangan. Siapa pulak yang hilang purse ni? Johanna capai beg galasnya lalu diletakkan di atas meja sebelum beriringan bersama Nuha ke depan kelas.
Sebaik sahaja semua pelajar kelas berdiri di depan kelas, para pengawas mula menjalankan tugas mereka dengan menggeledah setiap beg sandang yang ada di atas meja dan juga di bawah meja pelajar.
Nida memeriksa beg sandang milik Nuha terlebih dahulu sebelum dia mencapai beg sandang Johanna. Sedang dia menggeledah. Wajahnya berubah sedikit melihat dompet berwarna merah jambu yang ada di dalam beg Johanna. Setahu dia, Johanna punya dompet berwarna biru tua.
“Sesiapa yang menjumpai barang yang mencurigakan, sila bawa barang tersebut ke depan,” arahan Cikgu Lah kedengaran di serata kelas.
Nida mengeluh. Kimie, pengawas dari kelas 5 Barium memandang Nida lalu menjungkit kening, bertanya. Nida menggeleng lalu dia berjalan ke depan kelas.
Wajah Johanna berubah saat melihat Nida membawa beg sandangnya ke depan kelas. Nuha memandang Johanna.
“Aznida, apa yang awak jumpa?”
Nida tak menjawab sebaliknya isi di dalam beg Johanna dibawa keluar. Purse berwarna merah jambu turut keluar dari beg sandang tersebut.
“Purse saya, cikgu!” Tiba-tiba Rena bersuara sebelum dia menuding jari ke arah purse tersebut.
Cikgu Lah mencapai purse tersebut lalu dia memandang Johanna, “Dompet ini milik awak ke, Johanna?”
Johanna menggeleng sebelum dia tenang bersuara, “Tak. Bukan dompet saya.”
“Jadi dompet ni siapa punya?” Keras Cikgu Lah bertanya.
“Saya tak tahu dan saya tak pernah nampak dompet tu. Kalau Rena kata dompet dia, dompet dialah gamaknya,” ujar Johanna, selamba.
“Awak nak main-main dengan saya?”
“Saya serius, cikgu.”
“Jadi macam mana dompet ni boleh ada dalam beg galas awak?”
“Saya tak tahu.”
Cikgu Lah menggeleng, “Johanna, saya terpaksa bawa awak ke bilik kuarantin untuk disoal siasat.”
“Tapi saya tak ambik dompet tu,” ujar Johanna, tegas.
“Kalau kau tak ambik, macam mana purse aku boleh ada dalam beg kau?” Rena melangkah mendekati Johanna.
“Mana aku tau! Mungkin kau yang busuk hati letak dalam beg aku!”
“Kau, kurang ajarkan!” Ujar Rena, kasar! “Nampak sangat mak ayah kau tak ajar kau jadi manusia!”
Wajah Johanna berubah terus dan spontan, penumbuknya naik ke muka Rena. Kuat hingga menyebabkan Rena terjatuh!
“Johanna Sofea!” Cikgu Lah menjerit kuat!
Johanna duduk di atas Rena sebelum sebiji lagi penumbuk di angkat untuk menumbuk Rena! “Kau nak cari pasal dengan aku, boleh! Jangan sesekali kau tarik nama mak ayah aku, betina!”
Tak sempat penumbuk itu sampai di muka Rena, tangannya dipegang kejap dari belakang, “Johanna Sofea, stop!”
Johanna berpaling ke belakang. Hadi memandangnya dengan wajah garang, “Bertumbuk tidak akan selesaikan apa-apa masalah, Johanna!”
Johanna menarik tangannya dari pegangan Hadi sebelum berdiri, “Mind your own business, Hadi!”
“Johanna! Ikut saya ke bilik kuarantin, sekarang!” Cikgu Lah bersuara, keras!
Johanna melanggar bahu Hadi sebelum mengikut langkah Cikgu Lah. Nuha memandang D.O. dan D.O. menggeleng, kesal.
Rena yang terbaring di lantai, dibantu oleh pelajar lain supaya bangun. Nuha mendekati Rena, “Hati hang memang busuk kan, Rena?”
Wajah Rena berubah dan Nuha terus melangkah ke tempat duduknya. Di dalam hatinya, dia berdoa agar Johanna dapat membela dirinya.

Hadi hampir melangkah masuk ke dalam bilik kuarantin sebaik saja Cikgu Lah keluar dari bilik tersebut namun langkahnya sempat dihalang oleh Cikgu Lah, “Hadi, awak cubalah cakap dengan dia. Saya letih. Kali pertama saya jumpa orang yang tak takut dengan ugutan saya. Sepuluh saya tanya, satu pun dia tak jawab. Awak cubalah cakap dengan dia. Mana tahu kalau awak cakap dengan dia, dia nak dengar.”
Hadi mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam bilik kuarantin. Johanna memandangnya sekilas sebelum dia mengalihkan pandanganya ke tempat lain.
"Kenapa?"
Johanna angkat kening, "Apa?"
"Kenapa kau ambik purse Rena? Kalau kau nak prank Rena, ini bukan caranya."
Johanna mengeluh kasar, "Bila aku kata aku tak buat, aku tak buat!"
"Then, explain macam mana purse tu boleh ada dalam beg kau?"
"AKU TAK TAHU! Mungkin purse tu jalan sendiri masuk beg aku tapi serius, aku tak tahu!" Johanna bersuara, keras. Nafas dihela, "Mungkin bagi kau, bagi Rena, bagi your so called BPP, aku ni troublemaker tapi bukan cara aku nak ambik hak orang macam tu. I'm not that kebuloq kelapaq nak makan duit orang!" Ujar Johanna, tegas. 
Hadi menggeleng kepala, "Benda ni senang je, Johanna. Mengaku salah aje salah kau."
"Aku tak buat, damn it!" Johanna mengetuk meja, geram! "Kenapa aku nak mengaku salah pada benda yang aku tak buat?"
Hadi mengeluh, "Apa aje kau cakap, bukti jelas nyata memang kau yang buat. Aku rasa sia-sia je selama ni aku bagi nasihat dekat kau. Cakap dengan kau ibarat mencurah air ke daun keladi. Buang masa!”
"What do you mean by that?"
Hadi senyum sinis, "Aku ingatkan bila aku dah bagi nasihat kat kau, bila kau dah dengar ceramah apa semua, kau akan berubah tapi kau masih di takuk lama, hati kau masih penuh dendam!”
"Kau..." Johanna mengepal penumbuknya, "Kau tak ada hak nak judge aku, kau tak ada hak nak cakap macam-macam pasal aku macam kau kenal aku!”
 Hadi tak membalas sebaliknya dia terus keluar dari bilik kuarantin itu. Johanna terduduk. Air mata terasa nak mengalir. Kau tak ada hak, Hadi. Kau tak ada hak!

p/s: saya rasa nak jadi baik :)

27 comments:

  1. Adoi, sakit hati baca, bennnncccciiiiii giler la ngn rena tu

    ReplyDelete
  2. Xpela Jo..let other people say what they want.. Let them judge.. Those who don't believe and know don't deserve the best..let it be.. Let it be..

    ReplyDelete
  3. harap kebenaran akan terbongkar.. kesian jo, benci dgn Rena ni, Hadi pula tak percayakan Jo. nak lagi...

    ReplyDelete
  4. Awat sikit sangat tak puas bacalaaa

    ReplyDelete
  5. Aisey...mencinya ngan hadi tuuuuu...ai x puas hati la...harapnya ada la yg akan bongkarkan kegiatan jahat si rena tu...geramnya mak jemah...cian jo..

    ReplyDelete
  6. Puas la hati rena kan..ishhh..gerammm
    Kalau sy kata nak tumbuk jer hadi azraff ni boleh tak..haishhh..
    betul la dorg ni suka jatuhkan hukuman tanpa usul periksa..asalkan budak bermasalah akan sentiasa di cop budak nakal/jahat..

    ReplyDelete
  7. Benci toi kat rena... jahat sgt... sian kat jo.... hadi ketahui la apabila kebenaran terbentang di depan mata maka kamu akan menyesali apa yg kamu cakap kat jo...... geramnya......

    ReplyDelete
  8. Aish . Hadi . Ang mmng xknal siape jo yg sebenar .. ang xkenal jo betol2 .. ak xbenci rena . sbb rena tu mmng hati die da lama busuk . Tp rasa nak benci ang hadi . Sbb ang xcube tok pham jo . Aishhh ..
    Sabar na jo . Ang kuat .. sangat kuat ..
    Tq kak .. best . Segala macam perasaan ad bila baca . Hee😍😘😁

    ReplyDelete
  9. Oooh hadi, kenape awk kejam sgt ni? Kesian jo...

    ReplyDelete
  10. Tampar lagi si Rena

    ReplyDelete
  11. Sapa potong bawang merah ni... berayaq dh mata cheq ni..

    ReplyDelete
  12. nuha, elly, cikgu faridah.. sila tampilkan diri bagi alibi pada jo... eee geramnye kat rena gedik tu... biar dia yg kena buang sekolah..

    ReplyDelete
  13. Sikit bebeno....tak puas membaca nye. More pleaseeeeeee, cik penulis yang cantik manisssssss!

    ReplyDelete
  14. Laaaa.. awat pndek sngt ni cik writer? Xpuas bca ni.. anyway, cian la kat si Jo tu. Hadi, hang mang xlyak la jd pngwas.. main judge2 je.. siasat arr dlu

    ReplyDelete
  15. akak! best bangettt...xsabar nak tau apa jadi kat jo..heheh

    ReplyDelete
  16. benci hadi!!! pn faridah, nuha n elly bleh jd saksi..plz smbung lg cik writer...

    ReplyDelete
  17. alaaa najwaaaaa.. nak lagiiiii.....

    ReplyDelete
  18. Cepat la smbung .omg rasa nak sepak.je rena ni

    ReplyDelete
  19. Kejam nya rena.dasar celaka.hmmm sambung lagi pls. Kesin joo.omgg hadii bodoh la

    ReplyDelete
  20. bencinya hadi.....xnak lah dia hero...may be cap lebih better...

    ReplyDelete
  21. I really can't wait what will happen next...hurm...tk sabar tunggu next post..

    ReplyDelete
  22. bla nk smbung....

    ReplyDelete
  23. kak bla nk smbung...x sbaq tnggu ni..

    ReplyDelete