Monday 15 September 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 5)

Johanna senyum sinis lalu dia dekati Hadi dan terus dia membisikkan sesuatu di telinga Hadi yang buat Hadi termalu sendiri, “Kau bukan Tuhan nak menghukum aku, Hadi. Malah, kau tak ada hak pun untuk hukum aku! Orang kata, biar orang pandang kita buruk asalkan kita tak menghukum orang lain sesuka hati kita sebab kita pun tak sempurna mana.”
Hadi terdiam tanpa suara cuma matanya merenung terus ke dalam mata Johanna. Johanna pula mengangkat kening, seolah-olah mencabar Hadi.
"Well! Look who we have here!"
Johanna dan Hadi yang tadi saling merenung berpaling ke suara yang menegur. Wajah Johanna berubah terus. Hadi yang sedar dengan perubahan wajah Johanna hanya buat selamba.
"Jo, tak sangka dapat jumpa kau kat sini. So, how was your new school?" Miley atau nama betulnya Amelia mengukir senyum sinis. Saja nak mencabar Johanna.
"That school is way more awesome. You want to know why?" Johanna tersenyum manis, "Because they don't produce bitch like you!"
Wajah Miley berubah terus. Senyumannya mati, "Oh really?! Tapi still kesian dekat kau kena tukar sekolah lain sebab daddy kau paksa, kan?" 
Johanna mengepal penumbuk, "Tak apa. Asalkan tak nampak muka sundal kau!"
"You!" Miley mendekati Johanna.
"Apa? Kau jangan nak cari pasal, perempuan! Sebab bila-bila masa aje, kau mungkin akan kena tambah gigi palsu kau tu!"
Hadi hampir ketawa mendengar kata-kata Johanna. She is good at making people speechless!
Miley kalih memandang Hadi. Mamat ni siapa? Boyfriend Jo?! "Aku tahu kau takkan berani punya sebab boyfriend kau ada kat sini! Takkan kau nak tunjuk sisi buruk kau dekat dia, kan?"
Baru Johanna nak membalas, suara Hadi menghentikan gerakan bibirnya, "Miss whatever your name is, saya takkan halang Johanna buat apa pun dekat awak sebab saya rasa awak deserve it. Plus, saya dah tahu setiap sisi buruk dia. Tak perlu dia nak selindung-selindung depan saya. Saya suka dia, the way she is!"
Jawapan Hadi bukan hanya buat Miley tercengang. Malah, Johanna juga sudah hilang kata-kata.
“Jo!” Serentak, mereka bertiga kalih ke tepi. Luke berdiri tegak di situ. Cap dan Ken juga turut berada di situ.
Johanna kembali memandang Miley, “Oh, lupa aku nak cakap!” Johanna mengerling Luke lalu dia senyum sinis, “Tahniah atas relationship kau dengan Luke.”
Muka Luke berubah terus. Tangan Johanna dicapai, “Jo!”
Johanna menepis, “Kau paling lama aku kenal, Luke! Dari kita tadika sampai kita tingkatan lima, tapi kau jugak yang khianati aku.”
“Jo!” Luke mengeluh.
Miley mendekati Luke lalu lengan Luke dipeluk, “He’s mine, Jo! Back off!”
“Ambiklah! Aku pun tak nak sisa kau!” Ujar Johanna dan terus tarik tangan Hadi berlalu dari situ.

Hadi duduk bersandar pada tiang di bus stop, menunggu bas. Jam di pergelangan dikerling sebelum dia memandang Johanna yang duduk bersila di tempat duduk bus stop itu.
“Kau nak tanya apa sebenarnya, Head Boy?” Tanpa memandang Hadi, Johanna bersuara.
Hadi tersentak, “Aku tak nak tanya apa-apa pun.”
“Oh, c’mon! Dari tadi kau dok tengok-tengok aku. Takkanlah kau terpikat kat aku, kan?” Johanna pandang Hadi sekilas lalu dia mencebik.
“That guy yang kau panggil Luke tu... dia boyfriend kau ke?”
“Luke? Nah!” Johanna menggeleng, “He used to be my best friend tapi entahlah apa jadi... kita orang jadi renggang. Tapi aku dah fahamlah kenapa.”
“That Miley... apa masalah kau dengan dia?”
Johanna pandang Hadi lalu dia kerut dahi, “Kenapa kau nak tahu?”
Hadi angkat bahu.
“Miley tu...” Johanna hela nafas, “Dia anak kawan daddy aku. Somehow, kami memang tak sebulu.”
“Kau pernah tumbuk dia?”
Johanna ukir sengih, “Aku pernah belasah dia.”
“Why?” Hadi duduk di sisi Johanna.
“Dia pukul canang dekat bapak dia yang aku ni budak bermasalah dekat sekolah. Siap tuduh aku jual badanlah, apalah! Lepas tu, dia cakap aku beli gitar-gitar aku pakai duit yang aku jual badan!” Johanna buat muka, “Apa dia ingat aku macam dia ke?”
“Lepas tu?”
“Bila aku balik rumah, gitar elektrik aku dah hancur! Daddy aku yang buat. Kononnya malu dapat anak macam aku. Dalam mesyuarat apa entah, bapak dia pergi canang cerita pasal aku. Samalah bapak dengan anak, tak boleh tengok orang hidup senang!” Johanna ukir sengih tawar, “Sebab fitnah bodoh si Miley tu, aku dengan daddy aku makin renggang! Ya, aku mengakulah memang aku suka keluar sampai tengah malam dengan member aku, pergi jamming, lepak mamak apa semua tapi aku tak adalah tahap nak jual badan aku, hisap dadah ke apa ke!”
“Daddy kau percaya ke fitnah si Miley tu?”
Johanna angkat bahu, “Siap bawak aku pergi klinik, nak periksa aku ni mengandung ke tak. Kau agak-agak?”
Hadi terdiam lama, “Kau memang tak rapat dengan daddy kau?”
“Entah! Aku tak tahu nak klasifikasikan hubungan aku dengan daddy aku macam mana. Dengan mummy apatah lagi. Bila aku nak mengadu pasal si Miley tu, mummy aku cakap jangan nak buat fitnah pasal orang! Kau tahu tak apa perasaannya bila mak ayah kau percaya orang luar dari percayakan anak dia orang sendiri?”
“It’s sucks!”
“Definitely!” Johanna ketawa tawar, “Lepas tu, mulalah sesi membanding-bandingkan aku dengan adik-adik aku. Kononnya aku paling bermasalah apa semua.”
“Yang menyebabkan kau belasah Miley tu kenapa?”
“Dia tabur cerita pasal aku dengan kawan-kawan aku tadi. Kononnya setiap seorang dari member aku tadi pernah rasa aku! Dah mengata aku depan-depan, memang makan penumbuklah dengan aku!” Ujar Johanna, keras.
“Kenapa dia tak puas hati sangat dengan kau?”
“Entah, sebab aku hot kot!” Johanna ketawa.
Hadi tersenyum tiba-tiba. Hari ni pelbagai emosi seorang Johanna dapat dia tengok. Johanna is not bad as a person...
“Kak long?!” Serentak Johanna dan Hadi berpaling ke kanan.
Johanna terus berdiri, “Jihan!”

“Kak long!” Johanna biarkan saja tubuhnya dipeluk oleh Jihanna.
“Jihan buat apa kat sini? Merendek ek?” Johanna ukir sengih lebar lalu pipi Jihanna dicubit, “Apa tembam sangat pipi ni? Makan sedap nampak bila kak long tak ada kat rumah!”
Jihanna ketawa, “Mana ada tembam! Jihan anggun tau? Jihan rindu kak long! Jehan pun selalu tanya, mana kak long, mana kak long!”
“Ye sangatlah tu si Jehan! Mesti tak ada geng nak main playstationlah tu!”
Jihan ketawa lalu dia pandang Hadi yang berdiri di belakang Johanna, “Boyfriend kak long ke tu?”
Johanna buat muka, “Euw! C’mon Jihan! You know me better than that!”
“Tadi Jihan nampak abang Luke.”
Muka Johanna berubah, “Jihan macam mana kat sekolah? Ada orang buli Jihan tak?”
“Siapa berani kacau Jihan? Jihan kan pengawas sekolah paling berkaliber.”
“Manalah kak long tahu. Kalau si Miley tu kacau Jihan, bagitahu kak long tau?!”
Jihanna mengangguk lalu dia pegang tangan Johanna, “Kak long... kenapa kak long tak balik rumah?”
“Jihan...”
“Kita orang rindu kak long!”
“Mummy dengan daddy tak rindu pun.”
“Kak long...” Seru Jihanna. Dia tahu Johanna cuba mengalih topik. Kebetulan, sebuah bas Rapid berhenti di depan bus stop tersebut.
Johanna pandang Jihanna, “Kak long kena balik dah ni. Jihan kirim salam Jehan dengan Mak Mah, ya?”
“Mummy dengan daddy?” Jihanna bertanya, lembut.
“They don’t even care about me, Jihan!” Ujar Johanna sebelum masuk ke dalam bas. Jihanna mengeluh. Kak long...

“Hadi, what do you think of Jo?" Tanya D.O. tiba-tiba.
Hadi yang bersandar di dinding angkat muka, “Kenapa dengan Johanna?
“What do you think of her?"
“Kenapa? Kau suka dia?"
D.O. terus ketawa lalu dia menggeleng, “Gila ke apa?! Kau sendiri tahu aku suka Nuha."
“Gaya macam suka," Hadi angkat bahu.
“Jo tu kawan yang baik, tau?! Walaupun dia kasar, kadang-kadang gaya macam nak cari gaduh, dia baik."
Hadi angkat kening, “Maka...?"
“Aku lebih prefer dia jadi kawan baik aku. Aku lebih suka perempuan macam Nuha."
Hadi menggeleng lalu dia senyum, “Dah kenapa kau tanya aku pasal minah tu?"
D.O. sengih, “Saja. Nak tanya pendapat kau tentang Jo."
Hadi hela nafas sambil memejam mata, membayangkan wajah Johanna. Seketika kemudian, dia membuka matanya kembali, “She"s rude, egomaniac, love to curse, boyish, great at making stupid excuses, snobbish, arrogant..."
“Whoa!" D.O. mengangkat tangannya, menghentikan suara Hadi, “Takkanlah teruk sangat si Jo tu kat mata kau?"
Hadi senyum, “Dah kau nak aku puji dia tinggi melangit?"
D.O. mengeluh. Malaslah nak balas, “Aku tidur dulu. Good night!"
Hadi senyum lalu menggelengkan kepalanya. Poket seluar khakis tiga suku yang dipakainya diseluk. Sebuah pick gitar dikeluarkan. Hati Hadi tiba-tiba berbicara, Johanna tu taklah teruk pun, D.O.! I can tell that she is a very great friend, a loving sister, manusia yang bercita-cita tinggi, independent, walaupun dia suka bertepuk tampar dengan bukan mahram, dia punya maruah lebih tinggi dari orang lain. She is very unique... in her own way! Hadi senyum sambil memutarkan pick gitar pemberian Johanna dengan jari jemarinya. Teringat perbualan mereka di dalam bas tadi, dalam perjalanan pulang ke sekolah.
“Your sister?”
“Dah, takkan kau punya adik?” Johanna menjawab malas.
“Kenapa kau dengan adik kau lain?”
“Takkan kau nak aku copy paste adik aku sebijik? Kalau aku macam dia, tak adanya aku masuk sekolah berasrama macam sekarang. Dia tu anak emas mummy daddy aku!”
Hadi angkat bahu lalu dia memejamkan mata, “Adik kau tu nampak baik. No wonderlah dia anak emas mummy daddy kau. Dia nampak sopan, lembut, apa lagi...”
“Dah, kau pun nak jadi parents aku compare aku dengan adik aku?”
“Johanna...”
“Kenapa people tak boleh accept the difference between aku dengan adik aku? Kenapa perlu nak bandingkan aku dengan Jihan? Jihan is Jihan dan aku adalah aku! Kenapa orang tak nak terima benda tu? Sedangkan kembar pun berbeza, inikan pulak aku dengan adik aku!” Johanna merengus! “Dari dulu! Dari dulu, orang pandang Jihan tinggi! Aku dapat nombor dua dalam kelas, aku kena marah! Jihan dapat tempat pertama, kena puji sampai langit! Bezanya hanya satu angka, tapi kenapa layanan yang aku terima lain dari layanan yang Jihan terima? Yes, kalau kau nak cakap aku ni kaki cemburu ke apa, aku mengaku! Memang aku cemburu! Bukan aku tak bangga dengan Jihan, aku bangga. Aku sayang Jihan tapi kenapa... kenapa parents aku tak boleh berbangga dengan aku? Teruk sangat ke aku, Hadi?”
Hadi tercengang. Mata Johanna nampak berkaca...
Bunyi cicak di dinding menghilangkan lamunan Hadi tentang Johanna. Hadi mengeluh, hidup Johanna banyak lopong seperti hati dia...

Johanna bergolek di atas katil, sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan lalu dia bangun. Kepalanya digaru. Tak tahu kenapa dia rasa gelisah. Bila pejam mata, bayangan yang itu masuk ke dalam mindanya. Kacau! Kacau!
“Jo?” Nuha menggosok matanya yang terasa kelat. Dia tersedar dari lena bila terdengar katil berkeriut.
Johanna tersentak, “Nuha!”
“Awat ni? Tak boleh tidoq ka?” Nuha bangun dari baring lalu duduk mengadap Johanna.
Johanna sengih serba salah lalu dia turun dari katilnya lalu dia duduk berdepan dengan Nuha, “Nuha. Cuba rasa degupan jantung aku ni!”
Nuha kerut dahi. Mata yang kelat tadi rasa segar, “Hah?!”
Tangan kanan Nuha ditarik lalu dibawa ke dadanya. Johanna pandang Nuha, “Nuha, kau rasa tak?”
Nuha cepat-cepat menarik tangannya, “Jo! Hang pasaipa ni? Benda ni salah, Jo!”
Johanna kerut dahinya, “Kau kenapa, minah?”
“Hanglah! Benda ni salah, Jo! Lesbian, gay, semua tu salah! Songsang!” Nuha tarik bantal lalu dipeluk rapat ke tubuhnya.
“Kau dah gila ke?!” Johanna tercengang! “Bila masanya aku jadi lesbian ni?”
“Dah hang tarik tangan aku, suruh dengaq degupan jantung hang. Hang jangan jatuh hati dengan aku, Jo... aku tak nak terlibat dalam cinta songsang ni!”
“Kalau aku lempang kau, kau jangan tanya kenapa! Sekasar-kasar aku, selera aku bukan dekat perempuan tau! Euuww! Tolonglah!”
“Dah tu?”
“Aku nak suruh kau check degupan jantung aku ni,” separuh mengeluh, Johanna bersuara.
Nuha menghela nafas, “Oh yaka? Hang bukan suka akulah?”
“Nuha...”
“Okey! Am sorry!” Nuha ketawa, “Meh nak check degupan jantung kau tu!”
Tangan Johanna menarik tangan Nuha lalu dibawa ke bahagian kiri dadanya. Nuha terlopong, “Laju gila!”
Johanna mengangguk, “Tak pernah lagi aku rasa macam ni. Aku ada masalah jantung ke?”
“Tak mungkinlah!”
Johanna menggeleng, “Jantung aku ni berdegup sampai aku rasa sakit kat dada aku ni. Macam dia nak keluar aje. Sampai aku tak boleh tidur. Bila aku pejam mata je...”
“Bila hang pejam mata...?” Nuha mengerutkan dahinya.
Johanna laju menggeleng, “Tak ada apalah!”
“Apa, Jo? Bila hang pejam mata, hang nampak apa?”
Johanna ketap bibir, “Janji tak gelak?”
Nuha angkat tangan ala berikrar, “Janji!”
“Aku nampak...”
Nuha pandang Johanna. Nampak apa?
“Aku nampak...” Johanna hela nafas panjang, “Aku nampak Hadi!”
“What?!” Nida dan Elly yang disangka Johanna sedang tidur, menjerit kuat! Nuha pun sama! Johanna rasa muka dia dah panas. Pipi terasa berbahang dan entah kenapa, dia rasa malu tiba-tiba! Aiseymen, what happen to you, Johanna?!


p/s: ohmai! Jo dah suka Hadi ke? kekeke :)

29 comments:

  1. cinta sudah berputik nampaknya Johana. dalam dok garang2 tu sempat lg 'sangkut'. hbsla ko Hadi, terima jelah hahahaha

    ReplyDelete
  2. Jo dh jatuh cintan beb....cinta sudah berputikk....

    ReplyDelete
  3. Jo is a caring sister. Jo yaaa im prefer you with hadi. Hadi can guide you -inas-

    ReplyDelete
  4. Jo suka dgn hadi...
    Menarik ni...

    ReplyDelete
  5. Ok ini klakar...jo yg hati kering tu blh dup dap dup dap jntung ble ingt hadi...alahai...

    ReplyDelete
  6. Aiseymannn.... Krikk krikk..
    Cik jantung dah mula berirama rentak dup da dup dap untuk si head boy.. Muahahah,

    ReplyDelete
  7. Waaaaaaa jantung ku pon sama hahaha

    ReplyDelete
  8. Haha..jo dah suka hadi..hadi pun dah nmpk sisi baik jo :) x sabar nk bce next entry..

    ReplyDelete
  9. Ehhh... Knp jantung saya lg laju dr jo ni?? Hahhaa

    ReplyDelete
  10. ayok tak tau....johana sudah jatuh cinta. apa hadi dah buat sampai detak jantung johana larik...nak tau sambungannya najwa...tq juga. lupa nak cakap

    ReplyDelete
  11. Cinta dah berputik...dua2 dah jatuh hati...cepat2 sambung kisah cinta diorang ni

    ReplyDelete
  12. Nuha tu dah masuk af ke?hahahaha.taip laju2 lagi ek.kehkehkeh

    ReplyDelete
  13. ohhh mai.....jo ska hadi ke??

    ReplyDelete
  14. oh maiiiii..... ahahaha... sakit perut gelak part lesbian tuh.. agak dah nuha akan salah anggap.. btw can't for chapter 6!!

    ReplyDelete
  15. Johanna.... dah jatuh cinta pada hadi

    ReplyDelete
  16. Yeayyy!!! Sweet overloaded. Overdose. I likeeeeee lah writerrr!!!

    ReplyDelete
  17. Hahaha...best! Jantung i pun rasa nk terkeluar

    ReplyDelete
  18. gila best hahahahaa, tk dpt nk tahan senyum bila bukak je blog ada new entri. tbh, everyday sy bukak blog ni check ada new entri ke idak even ada bce sikit2 dlm fb hahahahahahha klau ni jd novel, sy akan beli HARUS BELI!

    ReplyDelete
  19. Haha..sengal la Nuha ni..
    Alahaiii..mesti jo segan 1 bilik tau
    yg jantung dia dok dup dap dup dap kat head boy..tp sweet ♡

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Ops.. cinta sudah berputik ka jo.. heheh

    ReplyDelete
  22. jeng jeng jeng apa dah jadi dengan ini Jo? Akk suka sangat story line ni bagus bangat...

    ReplyDelete
  23. Alahai jo...
    1 bilik dah dengar,memang tutup muka lah lepas ni.... #^_^

    ReplyDelete