Friday 24 January 2014

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 7)

Dia pandang aku. Aku jungkit kening. Dia kerling periuk sebelum kembali memandang aku. Aku cebirkan bibir lalu dia menggeleng.
“Kenapa geleng?”
“Dani mana pandai masak.”
“Sebab tak pandai kena belajar.”
“Siapa nak ajarnya?” Aku kerutkan dahi.
“Sayalah!” Dia sarungkan apron ke tubuhnya lalu tersengih memandang aku. Habis comellah tu? Nasib baik memang comel.
Aku buat muka, “Tak kerja hari ni?”
“Cuti,” balas Koji, pendek.
“Saja cuti atau sengaja nak cuti?”
“Neither!” Pap! Kepala aku dia jentik, “Cepat sarung apron tu.”
“Tak nak apron ni. Nak apron tu!” Aku tunjuk apron yang tersarung pada badannya.
“Kenapa tak nak pakai?” Dia pandang aku dengan muka keliru.
“It’s pink! Girly punya pink! Me, pink no likey!”
Dia ketawa kuat lalu dia cubit pipi aku, “Awh, Puan Dani tak suka pink ek? Kenalah suka-sukakan warna pink lepas ni.”
Aku tepis tangan dia, “Bagilah Dani apron yang awak pakai. Dani tak suka apron ni. Dahlah banyak bunga-bunga.”
Dia ketawa lagi, “I never thought the cold-hearted Dani can be so cute when she’s ramble.”
Aku terpempan. Eh, aku tak salah dengar kan? Did he just call me cute? Kenapa hati rasa macam ada bunga-bunga ni?
“Ni terlopong kenapa pulak?” Dia jungkit kening.
“Mana ada! Dahlah, jomlah cepat masak!” Aku tinggalkan dia yang masih pelik memandang aku. Entah kenapa, aku rasa malu tiba-tiba.

Aku lipat sejadah yang aku dan Koji gunakan sewaktu solat Isya’ bersama-sama tadi. Koji dah berlalu ke ruang tamu. Saat aku ingin menggantungkan telekungku, telefon bimbit Koji berbunyi. Lantang.
Aku capai telefon bimbit yang ada di atas meja. Tiada nama pemanggil yang tertera, sebaliknya hanya ada nombor telefon. Dek kerana terfikir panggilan yang masuk ini panggilan penting, aku terus menyentuh skrin telefon pintar itu, “Hello. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam, may I speak to Khairul Hafizi please?” Suara lembut seorang perempuan menerjah telingaku.
Aku kerutkan dahi, dia panggil nama penuh. Orang pejabat Koji kot, “Sekejap ye. Saya panggilkan dia.”
“Tak apalah. Just tell him, Ogy telefon.”
“Ogy? Kalau dia tanya nama penuh, what should I say?”
“Cakap Ogy kawan Ayu, dia mesti kenal. Bye!” Tak sempat aku nak balas, dia matikan talian. Ogy kawan Ayu? Apa dia nak dengan suami aku? Hmm...

Aku dekati Koji yang sedang termenung di balkoni rumah. Masih rindukah dia pada Ayu? Betulkah dia sudah buang Ayu dari minda dan hatinya? Pasti susah bukan? Bukan sekejap hubungan mereka. Sejak dari zaman sekolah lagi.
“Awak...” Bahu Koji aku cuit.
Dia sedikit tersentak sebelum memandang aku, “Bagi salam dulu boleh Puan Dani?”
Aku buat muka lalu aku berdiri di sisinya. Kedua-dua belah lenganku aku letakkan di atas besi penghadang, mata mengadap terus pada bandar yang tak masih hidup pada malam pekat.
“Awak...” panggil aku, perlahan.
Dia pandang aku. Tak bersuara namun aku faham gaya pandangannya. Dia bertanya kenapa.
“Tadi lepas awak keluar dari bilik, telefon awak bunyi. Saya angkat sebab ingat panggilan penting.”
“So, penting tak?” Dia tanya tanpa memandang aku.
“Orang tak habis cakap, pergi potong,” gumam aku dengan suara yang perlahan sebelum kembali bersuara, “Penting kot. Dia cari Encik Khairul Hafizi.”
“Siapa yang telefon? Kenapa dia telefon?”
Aku cebirkan bibir. Ingat aku PA dia ke apa? “Dia tak cakap kenapa dia telefon. Orang yang telefon tu namanya Ogy. Kawan Ayu katanya.”
Aku buang pandang ke kolam renang yang ada di bawah. Ada beberapa orang sedang bermandi-manda. Amboi, malam-malam pun mandi lagi? Perlahan aku menggeleng.
Tiba-tiba ada sentuhan di kepala aku yang membuatkan aku memandang si lelaki di sisi aku, “Kenapa?”
“Kenapa muka monyok?”
Aku kerling dia, “Mana ada monyok.”
“Ni... monyok ni,” dia pegang pipi aku.
Aku ketawa. Kuat, “Bila masa entah monyok. Orang tengah memerhatikan keindahan malam.”
“Indah tapi penuh noda,” perlahan dia menuturkan.
Hatiku sedikit sebanyak dijentik satu rasa. Terasa? Bukan, lebih kepada rasa berdosa kerana dulu aku pernah terjebak dengan noda itu.
“Monyok lagi,” ujar dia tanpa memandang aku.
“Mana ada!” Bentak aku lalu aku memuncungkan mulut. Pandangan aku terus aku tebarkan pada pekat malam. Langsung tak pandang dia. Konon merajuk.
“Dani...”
“Hmm...”
“Lain kali, kalau ada nombor tak bernama call handphone saya, awak ignore je kalau saya tak ada kat situ.”
Aku angguk kepala saja, “Tadi saya angkat sebab ingat benda penting.”
“Tahu tapi selalunya kalau penting, akan ada nama naik atas skrin. Kalau unknown number, ignore. Okey?”
Aku mengangguk saja, “Eh, tadi kan...”
Koji pandang aku, kening sedikit terangkat, “Kenapa dengan tadi?”
“Dani ternampak nama Dani dalam handphone awak,” aku ukir sengih. Sengih selebar mungkin.
Koji buat muka, “Happy sangat nampaknya.”
Aku ketawa. Gembirakah aku? Ya, aku akui aku gembira membaca namaku yang dia simpan di dalam telefon pintar itu sebagai My Cute Wife. Perempuan mana tak happy? Cuba cakap dengan aku.
“Dahlah. Jom masuk! Dah lewat, esok saya kerja. Awak tak apalah, duduk rumah bela lemak aje kerjanya,” dia menarik tanganku agar mengikuti langkahnya.
“Mana ada bela lemak! Ni pinggang ramping tau!” Aku tarik tanganku dari tangannya lalu aku mencekak pinggang.
“Lebar!” Balasnya sambil berpeluk tubuh. Kerek.
Aku capai tangannya lalu aku letakkan di pinggangku. Tindakan spontan dari aku, “Tengok, tak lebar kan?”
Senyap. Aku angkat muka pandang Koji, “Kenapa senyap? Lebar ke?”
Tiba-tiba dia menarik aku dekat dengannya. Ah, sudah! Tebiat apa suami aku ni? “Er... tak payahlah dekat sangat kot...” Wajahnya serius. Buat aku cuak. Kenapa dengan Koji?
“Ingat lagi tak peristiwa yang jadi dalam lif dulu?” Separuh berbisik, dia bersuara.
Gulp! Air liur aku telan. Kata-kata yang ingin diluah, bagai tersekat di kerongkong. Dani jadi lembik tiba-tiba. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
“Ingat lagi tak?” Sekali lagi dia bertanya.
Aku sekadar mengangguk. Nak jawab ingat, aku takut.
“Ingat saya pernah cakap apa waktu tu?”
Aku gigit bibir. Aku ingat lagi. Ayatnya bagai terngiang-ngiang kembali di dalam telinga, ‘Kenapa kau tutup kecantikan kau dengan semua ni?’
“Er... awak. Dah lewat, ke... kena masuk tidur...”
Dia ukir senyum, “Awak ajak saya tidur?”
Aku geleng laju! Bila pulak aku ngajak dia tidur? “Bu... bukan...”
Dia tarik aku semakin dekat dengan dirinya. Saat hampir tubuh kami bersentuh, dia berbisik, “Your pinggang, lebar gila! Mohon pergi gym, kurangkan lemak!” Serentak, ketawanya pecah.
“Ei!!! Tepilah!” Aku tolak dia yang masih ketawa lalu terus masuk ke dalam rumah. Cinabeng punya husband! Jatuh saham aku!
“Dani manja!” Dari dalam rumah aku terdengar jeritan dari dia, mengejek aku. Dalam hati, tiba-tiba ada sekuntum bahagia yang menjengah.

Aku keluar dari bilik tidur dan segera mengetuk pintu bilik yang berhadapan dengan bilikku, “Awak, dah siap belum? Nanti lambat, Aliya marah.”
“Kalut sangat ni, kenapa?” Dia buka pintu lalu berpeluk tubuh.
“Jom!” Aku tarik baju Koji supaya segera pergi namun sentuhan tangannya menghentikan perbuatanku. Aku pandang dia, angkat kening konon bertanya kenapa.
“Nak keluar macam ni?”
Aku kerutkan dahi lalu aku tunduk memandang baju di tubuhku. Aku pakai baju kurung kot. Ada yang kurang ke? “Anything wrong?”
Dia geleng kepala, “Tunggu sini sekejap,” dan dia berlalu masuk ke bilik aku. Eh, kenapa dia masuk bilik aku?
Baru nak masuk, dia tiba-tiba keluar dengan sehelai selendang di tangan. Tanpa sebarang kata, dia letakkan selendang itu di kepalaku dan dia lilitkan, kemas. Dia kemudiannya mengetuk dagu dan terus mengukir senyum, “Now, this is perfect. Baru boleh pergi. Jom!”
Aku terkaku. Tak tahu nak buat rupa macam mana. Rasa nak menangis pun ada, rasa nak senyum pun ada, “Kenapa...?”
Dia senyum lalu dia pegang tanganku, “Sebab Dania Ezmira kan isteri Khairul Hafizi?”
Aku ketawa lalu aku eratkan pegangan tanganku di tangannya. Sesungguhnya, aku bersyukur dengan apa yang terjadi di antara kami sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah.

Majlis pertunangan antara Feril dan Aliya sangat meriah. Feril nampak gembira, Aliya nampak cantik dan manis. Aliya, mulanya hubungan dia dengan Feril hanyalah sebagai peminat setia Feril. Entah macam mana, hubungan antara peminat dan idolanya itu bertukar sejak mereka saling berhubungan di Twitter.
“Cantikkan?” Aku tersentak saat ada suara menegur aku. Bila aku kalih ke kanan, aku rasa macam nak tarik tangan Koji dan lari balik rumah.
Baru aku nak melangkah pergi, tangannya cekap memegang lenganku, “Nak pergi mana? Kau tak nak temankan aku?”
Aku rentap tangan aku dari pegangan tangannya, “What are you doing here, Adi?”
“I’ve got invitation, so I came. Kenapa? Rindu aku? Well, I missed you too, Dani!”
“Pergi mampus dengan rindu kau tu!” Kasar aku bersuara. Where is my husband? Aku melilau mencari kelibat sang suami yang hilang saat berjumpa rakan-rakannya.
“Suami kau tu tengah dating dengan ex dia. Tak payah cari-cari. Aku kan ada,” kata-kata Adi buat aku berhenti melilau.
 Aku kalih pandangan aku ke arah wajah yang pernah mendiami hati aku,“Apa masalah kau dengan aku, Adi?”
“I miss you and I want us to get back together,” balasnya, serius.
“Well, too bad! I’m married.”
“Perkahwinan kau takkan tahan lama, Dani. Aku kenal Koji, tak mungkin dia senang-senang nak lepaskan Ayu,” Adi senyum sinis sebelum dia pandang aku atas bawah, “Kau dengan Ayu... jauh bezanya. Kau lebih sesuai dengan aku.”
Aku ukir senyum, sama sinis seperti senyuman yang terukir di bibirnya, “Well, siapa dulu yang tinggalkan aku hanya sebab aku tak macam perempuan lain? Sebab apa kau nak kat aku sekarang? Sebab aku yang dulu bukanlah yang sekarang?”
“Dani...” dia cuba meraih tangan aku namun tak sempat aku tepis, ada sepasang tangan lain yang menepis, “Cukup-cukuplah tu Adi, Dani dah kahwin!”
Aku pada mulanya menyangka Koji yang datang menepis tangan Adin, terasa sedikit hampa kerana yang datang bukan Koji tapi... Ijad. Tak menunggu lama, aku tinggalkan Ijad dan Adi yang masih berlawan pandang.

Aku melilaukan pandangan mencari kelibat Koji. Dan di suatu sudut aku terlihat Koji sedang duduk di buaian di perkarangan rumah Aliya. Saat aku dekati sudut itu, langkahku terkaku sendiri. Koji dan Ayu, sedang bersembang berdua. Wajah Koji serius manakala Ayu kulihat sedang menangis.
Aku perhatikan saja mereka sehingga tiba-tiba ada orang mencuit bahuku, “Mengintai ek?”
Aku kalih, Ijad tersengih memandang aku, “Kenapa tak pergi situ? Kau skodeng dari jauh bukan best. Pergi dekat, dengar apa yang dia orang sembangkan.”
Aku geleng kepala, “Tak nak aku! Dia orang nak selesaikan urusan dia orang yang lama-lama kot.”
Ijad mengangguk lalu dia tersenyum sambil menggeleng.
“Kau kenapa? Sengih geleng-geleng. Sawan ek?” Aku buat muka manakala Ijad ketawa.
“Tak, lawak tengok kau yang macam sekarang. Nampak ciri-ciri perempuan sejati, bhai!” Ijad ketawa. Aku buat muka ketat namun dalam hati aku rasa gembira. Sungguh, aku rindukan suasana ini. Aku, Ijad dan Feril perang mulut dan saling membahan antara satu sama lain.
“Dani...”
“Hmm...?” Aku pandang Ijad.
“Koji...” Ijad hela nafas panjang sambil menggosok leher, “Dia layan kau baik tak?”
Aku ukir senyum. Baik tak layanan Koji pada aku? Dulu mungkin agak terus tapi sekarang dah membaik, kan? “Alhamdulillah, dia baik.”
“Sungguhlah kau dah lain Dani. Bukan luaran je, dalaman pun sama.”
“Huh? Maksud?!”
“Cara kau jawab soalan aku. Dulu kau pakai taram je jawab macam samseng kampung nak cari gaduh dengan tok ketua, sekarang kau jawab macam anak-anak dara pingitan dah.”
Aku ketawa, “Mana ada. Aku banyak benda lagi nak kena belajar. Nampak je aku macam ni, kadang-kadang keluar jugak perangai jantan aku.”
Ijad mengangguk, “Aku happy untuk kau.”
“Thank you, dude!” Aku sengih saat Ijad menjegilkan mata bila aku menggelarkannya ‘dude’ seperti dulu, “Kau datang dengan siapa ni? Maya? Or girl baru?”
Ijad ketawa, kuat. “Dalam banyak-banyak soalan, itu yang kau tanya? Aku single sekarang. Dengan Maya tak, dengan girl baru pun bukan.”
“Eh? Ye ke kau ni? Bukan boleh percaya!” Aku buat muka tak percaya.
Ijad geleng-geleng kepala, “Ikut kaulah nak percaya ke tak tapi aku dah lama putus dengan Maya.”
“Eh? Sejak bila?”
Dia senyum, “Sejak kau mintak aku jadi boyfriend pura-pura kau dulu.”
Senyuman di bibir aku mati. Apa maksud Ijad?
“Dania!” Satu suara yang aku kenali memanggil aku tiba-tiba. Saat aku kalih, mata itu mencerun gaya marah dan gadis di sebelahnya tersenyum sinis. Malapetaka apa pulak yang datang ni?!

Bersambung...

p/s: oh no! rasa macam nak jadikan ijad hero pulak tapi... dani dengan koji dah kahwin and me no likey cerai-berai. Buat koji matilah, lepas tu ganti dengan ijad. Boleh? Haha! Confirm, kena tembak dengan senapang gajah nanti -_-

55 comments:

  1. superb... (y) ....

    -nur-

    ReplyDelete
  2. Buat lah,tukar hero..haha..bru thrill nanti..haha

    miss N

    ReplyDelete
  3. Huuu jgnlah mcm tu tak suka lah biarlah dani ngan koji ok apa.,,<3#

    ReplyDelete
  4. Huuu jgnlah mcm tu tak suka lah biarlah dani ngan koji ok apa.,,<3#

    ReplyDelete
  5. BEST!! Pelezzz eh cik writer jgn pepandai nk tukar hero yg super duper ohsem!!

    ReplyDelete
  6. janganlaa kak..
    dah best dani ngn koji..takyah ade cerai2 nih..
    tak syok..

    ReplyDelete
  7. Berani nak matikan watak koji???!!!
    Haha..cepat2 sambung..
    Tak puas

    ReplyDelete
  8. X takmou lah cerai2..cian dania :'( ntah apa2 lah cite si ayu tu kat koji..hishh..ijad tu biar jd mcm faris je..bestfriend sudah..huhu. Thanks akak..best sngt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syoknya baca. Hari ni first time jumpa blog ni. . Dua hari lagi nk exam tapi mlm ni xboleh nk stop naca. Berkobar kobar perasaan nak tau ni,
      cerita menarik. Saya suka.. Btw, bila nk sambung lagi?

      Delete
  9. Alah...bleh gak tu..kasi mati watak koji..kui3..xpn ijad bg akak je la..nk wt spare part..kikiki..

    - kak jijah -

    ReplyDelete
  10. TAK NAK!!
    sbb koji lagi hensem dari ijad..hahaha...

    ReplyDelete
  11. Jangan matikan watak koji dan jgn cerai2. Xsyok ah kalau camtu.

    ReplyDelete
  12. Matikan watak dania laa sng.xde laa hero2 yg berebut nk kat dania..fair n square gtu :P..biar ending sedih plak..confirm fans sume mrh..sori2

    ReplyDelete
  13. Biar la koji ngn dania,xmau la pisahkn dorg..

    ReplyDelete
  14. Oiiittttt, buat koji mati? Aku bom trus takyah tembak..kahkah. Bab ijad tu next cerita ja, buat ijad jumpa cik Aryssa... Khakah

    ReplyDelete
  15. Wohoooo suspen nih...buat koji jeles ngn dani plak,baru dia tau erti penyesalan..hahaha

    ReplyDelete
  16. Best..lol utk next entiti...idea yg bagus tu najwa...nanti tmasuk nama najwa dlm satu watak coz matikan watak koji.

    ReplyDelete
  17. Mcm best je idea matikan koji , then Dani and Ijad live happily ever after. haha!

    ReplyDelete
  18. x pyh la matikan wtk si koji tu...dh elok2 kahwin tu nk pisahkan diaorang pulak!..kak najwa mmg nk kena ni...hehehe...

    ReplyDelete
  19. Cepatla sambung wahai cik writer..
    X sabar rasanya no tahhu sambungnya..
    He he he...... :)
    "RA"

    ReplyDelete
  20. Akak bila ada sambungan dia ni? Tak sabar sungguh ni ;(

    ReplyDelete
  21. Akak... Bila nak sambung? Dah dekat 2 bulan tunggu.. :((

    ReplyDelete
  22. search2 cerpen then jumpa cerita ni.serious talk best gilerr!!please sambung cepat and jgn tukar Koji dengan Ijad...pleaseeeee!!! :c
    -HM-

    ReplyDelete
  23. Ohmai. Kak najwa plisssss sambung :(

    Lama dahhhh ni tunggu. Jangan lah diseksa hati rapuh ni. Menci. Haha

    ReplyDelete
  24. Best sngat cite nie..plessss jgn tukar watak hero tue.suka sngat tengok koji ngan dani same2..bia ijad jadi bestie dani pn dah oke.coz nanti dia bleyh protect si dani as bff.

    ReplyDelete
  25. wahhh.bila nak smbg ni..x sbr nak baca

    ReplyDelete
  26. Nak nak nak lagi...
    Smbunglah lagi....
    Best sangat cerita ni...
    We love IT....
    :D

    ReplyDelete
  27. wahai cik writer tlg la smbung citer ni dh lama dh tunggu...
    best citer ni...
    n jgn pisahkn dani n koji..

    ReplyDelete
  28. bila nak sambung. dah best dah cerita yg awak tulis nih.

    ReplyDelete
  29. Nk sambungan lg...best sngt2
    Harap2 kak najwa dpt bt sambungannye

    ReplyDelete
  30. Nk sambungan lg...best sngt2
    Harap2 kak najwa dpt bt sambungannye

    ReplyDelete
  31. Nak sambungan lagi dah best dah cepat sikit tau tak sabar nie

    ReplyDelete
  32. kak najwa please please and please buat sambungannya :'(

    ReplyDelete
  33. sis..bila nk smbung cerita ni...

    ReplyDelete
  34. Akakkk... sambung lagi plisss ����

    ReplyDelete
  35. Akakkk... sambung lagi plisss ����

    ReplyDelete
  36. Bila Nk smbg lagi😥😥

    ReplyDelete
  37. Tlglah sambung wahai writer yg cute dn baik.....

    ReplyDelete
  38. Jadinya, kesudahannya ialah?

    ReplyDelete
  39. Apa kesudahan dia?

    ReplyDelete
  40. Mane sambungannye lame dh tunggu

    ReplyDelete
  41. still waiting sambungannye.... :)

    ReplyDelete
  42. Andai dapat ku gapai endingnya😭😭😭

    ReplyDelete
  43. Akak kalo ada ebook pls bagithu sangat mngharap nieeee

    ReplyDelete