Wednesday 8 January 2014

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 6)

Aku mengaminkan bait-bait terakhir doa dari Koji. Aku sebak, kali pertama aku bersembahyang sekali dengan dia. Aku rasa terharu. Tanpa aku sedar, air mata dah bertakung di kolam mata. Batang tubuhnya yang tadi ada depan mata, kelihatan kabur.
Saat dia berpusing ke belakang untuk bersalam dengan aku, aku lihat dia bagai terkaku, “Kenapa menangis?”
Aku kesat air mata yang laju menuruni pipi, “Mana ada nangis.”
“Dah tu? Takkan hujan pulak dalam rumah ni,” sinis dia.
“Orang sebak je,” ujar aku, perlahan.
“Kenapa sebak?”
Aku angkat bahu. Tanya lagi, buat-buat faham tak boleh?
“Nah, salam dan cium tangan ni kalau nak dapat redha suami,” aku tak sedar yang bibirnya tersungging senyum nakal.
Huluran tangannya aku sambut lalu aku tunduk mencium belakang tangan lelaki itu. Kala bibir bersentuhan dengan belakang tangannya, tubuhku rasa ringan dan dingin. Rasa nyaman dan tenang.
“Eh, apa cium lama-lama tangan aku ni?” Dia tarik tangannya bila aku terlalu lama mengucup belakang tangannya itu.
Aku angkat muka. Bibir aku muncungkan sikit. Dani dah dapat balik perangai Dania. Hailah, Dani... apa kau jadi manja-manja mengada sangat ni? “Bukan luak pun.”
“Memanglah tak luak tapi aku tak suka.”
 “Yelah!” balas aku sebelum menggumam kecil, “Tadi suruh salam and cium supaya dapat redha tapi ni, bila kita dah cium, tak suka pulak. Kalau suami tak suka, maksudnya suami tak redha. Dah tu aku nak buat macam mana?”
“Talking to yourself?” Dia angkat kening pandang aku.
“Nope, talking to the telekung and sejadah!” Balas aku sebelum cuba untuk bangkit namun tangan Koji lebih cepat menggapai tanganku.
“Aku bukan tak suka kau cium tangan aku macam tu, aku cuma tak selesa.”
Aku angkat bahu. Tadi cakap tak suka, ni dia tukar statement pulak, “Apa-apa jelah.”
Koji tarik tangan aku sambil buat isyarat menyuruh aku duduk. Perlahan-lahan, aku kembali melabuhkan punggung di depannya, “Kenapa?”
“Aku nak cuba...” Dia leretkan suara sekali dengan pandangan mata.
Aku angkat kening. Ni nak cuba apa pulak ni? “Tak faham.”
“Aku nak cuba...” dia usap leher sebelum kembali memandang aku, “Perbaiki hubungan kita. I want us to try.”
Aku tercengang. Dia ni betul ke tidak?

Aku tuang kopi yang aku bancuh tadi ke dalam cawan yang sudah tersedia dengan piringnya. Aku kerling jam di dinding. Sudah pukul 7.30 pagi. Koji masih belum keluar dari biliknya. Peristiwa ketika solat semalam masih bermain di minda aku. Dia ingin mencuba tapi bagaimana dengan Ayu? Bukankah Ayu mengandung? Andai kata percubaannya tidak berjaya, adakah dia akan tinggalkan aku?
“Air dah melimpah dah tu.”
Tersentak. Aku dengan kelam-kabut meletakkan teko yang berisi kopi ke atas meja lalu segera aku ambil tisu dan mengelap air kopi yang melimpah tadi. Apa ni Dania? Apa kelam-kabut sangat ni?
“Kenapa ni?” Suaranya biasa, tak lembut tapi tak juga kasar.
“Tak ada apa-apa. Saya ada masak nasi goreng tapi tak tahu jadi ke tak. Kalau tengok warna dia, macam jadi,” ujar aku sebelum membuang tisu yang aku gunakan tadi.
“Roti ada?” Tanya Koji sebaiks sahaja dia melabuhkan punggung di meja makan.
Aku yang baru nak duduk, angkat muka pandang dia. Oh, tak sudi makan nasi goreng aku, “Kejap. Ada kat dapur. Biar saya pergi ambik.”
Dia mengangguk dan terus meneguk kopi yang aku buat tadi. Saat aku baru nak melangkah, aku terdengar dia terbatuk-batuk.
Aku dekati dia lalu aku ambil cawannya yang masih berisi kopi, “Tak payah minum. Kejap, saya ambikkan susu je.”
Baru nak melangkah, tangannya Koji memegang erat tanganku, “Nak bawak pergi mana kopi tu?”
“Buang,” balas aku.
“Kenapa nak buang?” Dia angkat kening pandang aku.
Aku angkat bahu, “Dah awak terbatuk-batuk macam tu, mesti sebab kopi saya buat ni tak sedap.”
“Ada saya kata tak sedap?” Dia jungkit kening lagi. Eh, come again?! Dia bahasakan diri dia apa tadi?
“Ni terlopong kenapa? Letak balik cawan tu, ambikkan roti untuk suami awak ni,” balas dia lalu dia menarik tanganku yang memegang cawan lalu dia ambil kembali cawan di tanganku dan terus diletakkan di atas meja.
Aku terus ke dapur. Aku tersandar di pintu kabinet. Allah, rasa apa ni? Aku pegang dadaku. Rasa apa bertamu di dalam hati ini? Kenapa di saat tangan itu menyentuhku, hati ini rasa lain? Ya Allah!
“Dani?” Dia tiba-tiba muncul di dapur, “Kenapa ni? Muka pucat je. Sakit ke?”
Aku cepat-cepat menggeleng lalu aku capai roti Gardenia di belakangku lalu aku hulurkan kepada dia, “Roti...”
“Dah lambat dah,” ujar dia sambil mengerling jam di pergelangan tangan.
“Sorry, tadi macam rasa nak pitam. So lambat sikit nak ke depan,” entah apa kebenda alasan yang aku bagi entah. Lantaklah.
“Awak okey ke tak?” Tangannya spontan naik ke dahi aku.
Perlahan aku tepis lalu aku mengangguk, “Okey. Nak pitam sebab tak makan lagi kot.”
Dia hela nafas, nampak lega,“Jangan tak makan nanti. By the way, tolong tapaukan saya nasi goreng awak tu, boleh?”
Laju aku mengangguk lalu aku capai Tupperware di rak pinggan lalu segera aku cedok nasi goreng yang masih berbaki di dalam kuali. Aku tahu, setiap gerak-geriku diperhatikan oleh Koji. Aku tak tahu kenapa, hati ini jadi semacam pelik. Alahai, janganlah gini hati! Kawallah sikit, kot ye pun!
“Nah,” aku hulurkan tupperware yang sudah siap berisi dengan nasi goreng, “Tapi saya tak tahu sedap ke tak.”
“Tak apa,” ujar dia sebelum mencapai tupperware itu dari tangan aku, “Esok tak payah buat nasi goreng, saya tak makan makanan berat pagi-pagi. Roti dengan kaya pun dah cukup lain kali. Kopi tu... awak bancuh sendiri ke?”
Aku geleng lalu aku ketap bibir, “Er... saya pakai kopi Hang Tuah yang 3 in 1 tu.”
“Janganlah buat muka gitu, saya tanya je. Saya nak pergi dulu.” Aku buat muka macam mana maksud dia ni?
Aku angguk. Saat dia berlalu, entah kenapa tanganku laju menarik tangannya, “Awak...”
Dia berpaling, “Kenapa?”
Aku lepaskan tangannya lalu aku pandang mata hitam pemilik tulang rusukku itu, “Kenapa awak berubah macam ni sekali? Kenapa awak jadi baik sangat dengan saya ni?”
“Sebab saya nak cuba, berubah untuk keluarga kita, untuk hubungan kita. Later, wifey!” Dan dia terus berlalu meninggalkan aku.

Aku bersila di atas sofa yang ada di ruang tamu. Tangan laju memicit alat kawalan jauh televisyen, menukar siaran televisyen. Aku capai baju di dalam raga lalu aku letak di atas riba. Mata aku terpaku pada kaca televisyen. Ada rancangan bual bicara tentang kehidupan belia yang terlibat dengan gig.
Baju yang baru nak dilipat, aku ramas di luar sedar. Ada rindu tiba-tiba bertamu. Pada bunyi bingit, pada bunyi gitar bass, pada bunyi ketukan drum, pada sorakan suara pengunjung-pengunjung gig. Entah bila ada sebu dalam hati. Kenapa masih tak lepaskan kisah lama, Dani?
“Dani?”
Aku kalih ke tepi. Koji berdiri di sisi dengan wajah penuh tanda tanya.
Aku cuba nak ukir senyum tapi tak mampu, “Awak... nak pinjam bahu boleh?”
Serentak aku rasa diriku ditarik ke dalam pelukan Koji. Aku tahu aku nampak macam perempuan tipikal yang cengeng tapi aku tak mampu tahan lagi rasa hati. Aku rindu dunia aku yang dulu. Aku rindu Feril, Ijad, drum, bunyi bingit. Aku rindu semua tu. Ya Allah, kenapa mesti aku rindu pada benda-benda tu?
“Kenapa ni?”
“Saya... rindu dunia saya yang dulu tapi... saya tahu dunia tu gelap. Kenapa saya mesti nak rindu dunia tu? Kenapa saya kena teringat-ingat semua tu?”
Dia diam, tak membalas tetapi tangannya, setia menepuk belakangku, menenangkan kegalauan hatiku.

Hampir seminggu berlalu, hubungan aku dan Koji semakin membaik. Kami berdua sama-sama mahu mencuba.  Kami kembali menjadi kawan, seperti sewaktu kali pertama kami bertemu dulu. Tapi dulu aku dingin, sekarang dia yang suam-suam kuku.
“Buat apa?” Aku duduk di sisi dia di atas sofa.
“Goreng nasi,” balasnya, acuh tak acuh. Pensil yang ada di telinganya dia tarik lalu dia coretkan sesuatu di atas kertas di ribanya.
“Ajar Dani main gitar, boleh?” Oh ya, lupa nak cakap. Sekarang aku bahasakan diri aku Dani bila bercakap dengan dia. Kenapa? Saja, nampak comel. Ke tak?
 Koji pandang aku lalu geleng, “Tak boleh.”
“Kenapa?”
“Jahanam gitar nanti.”
“Kedekut.”
“Orang jari gebu mana boleh main gitar,” nadanya jelas mengusik. Kejamlah cakap jari aku gebu.
“Mana ada jari gebu! Ni runcing tau, runcing!” Aku layangkan tangan di depannya.
“Runcing celah mana entah,” balas dia dengan mencebirkan bibir. Mengejek!
Aku peluk tubuh lalu aku capai telefon bimbit dia yang ada di atas meja. Nak main Candy Crush! Telefon aku ada jugak Candy Crush tapi tak best, main kat handphone dia lagi best.
“Nak buat apa dengan telefon tu?”
“Macam biasa,” balas aku sambil mengerling dia yang masih tekun membuat lagu.
Baru aku nak buka aplikasi Candy Crush, telefonnya berbunyi. Tanda ada mesej masuk, nama yang naik di skrin telefon buat aku mengeluh.
“Kenapa?” Tanya dia.
“Are you sleeping mesej awak,” aku hulurkan telefon itu kepadanya.
“Biarlah. Malas nak ambik tau,” balasnya, sambil meneruskan kerjanya.
“Urgent kot,” aku cuit-cuit bahunya.
“Dania...”
“Apa?”
“Stop it! Nak move on dengan hidup baru ni, kita kena lepaskan kenangan lama. Kan?”
Aku angguk, “Apa yang awak nak sampaikan ni?”
Dia tarik telefon di tangan aku lalu tanpa membaca mesej dari Ayu, dia terus memadamkan mesej tersebut, “Saya nak lepaskan kenangan lama saya.”
Aku tahan bibir dari ukir senyum. Sejak dari kejadian hari tu, Koji nampaknya lebih memilih aku dari Ayu. Kejadian apa? Aku tak cerita, eh? Kejadian yang...

“Awak...” aku berdiri sambil memandang dia yang tekun menonton televisyen.
“Kenapa?” Dia kalih sekejap pandang aku sebelum kembali memandang depan.
“Awak kata nak mencuba kan?”
“Kenapanya?”
“Macam mana nak kita nak cuba kalau...”
Tak sempat nak habiskan ayat, dia menyampuk,“Kalau apa?”
“Kalau Ayu tengah mengandungkan anak awak, macam mana kita nak mencuba?”
Terus, matanya tajam menikam mataku, “Awak merepek apa ni?”
“Tapi Ayu... cakap dia mengandungkan anak awak,” balas aku, takut-takut.
“Kau jangan nak merepeklah! Kau ingat aku buat ke benda terkutuk macam tu?” Panggilan nama untuk aku sudah berubah, “Kau jangan nak cakap kosong, bukti tak ada jangan nak menuduh tak tentu hala. Jangan nak memfitnah membabi buta.”
“Saya takkan cakap macam ni sesuka hati saya kalau bukan sebab Ayu yang datang cari saya,” ujar aku, lantang. Geram sebab suka hati dia je cakap aku memfitnah! “Kalau awak tak percaya, awak tanyalah girl friend awak tu sendiri!”
“She wouldn’t do something like that!”
Aku angkat bahu, “Apa kata kalau awak call dia dan tanya dia sendiri!”
Koji merengus kasar lalu dia capai telefon di atas meja kopi. Nombor Ayu dia dail lalu dia pasangkan loudspeaker.
Selepas seketika, panggilannya bersambut, “Abang!” Suara itu manja dan mengada kalau nak dibezakan dengan aku. Aku, cakap lembut selepas menjadi isteri Koji tapi kadang-kadang keluar jugak perangai jantan aku.
“Ayu,” balas Koji sambil mengerling aku, “Ayu kat mana ni?”
“Kat rumahlah. Kenapa? Abang nak ajak Ayu keluar ke?”
“Tak. Abang penat hari ni!” Koji pandang aku, aku angkat kening. Penat sangat! “Ayu, abang nak tanya something ni.”
“Tanyalah...” meleret suaranya. Geli tekak! Geli!
“Kenapa Ayu cakap dekat isteri abang yang Ayu mengandung anak abang?”Aku tak tahu kenapa aku rasa sejuk saat dia menyebut ‘isteri abang’ kepada Ayu.
“Eh... apa abang merepek ni?” Suara Ayu yang tadi manja bertukar nadanya, “Isteri abang tu dah gila agaknya! Kenapa tiba-tiba nak tuduh Ayu pulak ni?”
Aku kerutkan dahi. Aku gila? Drama queen betul.
“Ayu, jujur dengan abang. Ayu tau kan abang tak suka orang tipu abang...”
Tiba-tiba kedengaran esak tangis di talian sana, “Abang... Ayu sayangkan abang sebab... sebab tu Ayu buat macam tu. Ayu tak nak... abang jauh dari Ayu. Sejak abang kahwin dengan dia, abang... dah jarang dengan Ayu.”
Koji terdiam langsung. Aku pula terus ke dapur namun sebelum sempat kaki aku melangkah masuk ke dapur. Aku terdengar Koji bersuara, walaupun perlahan namun tetap dapat aku dengar, “Let’s end everything here and right now, Ayu. Abang dah kahwin dan abang nak cuba bina hidup baru dengan Dani. Betul, abang tak cintakan dia lagi tapi dia tetap di bawah tanggungjawab abang. Mungkin memang Dani jodoh abang sebenarnya, bukan Ayu. Mungkin kita... Ayu dan abang, we are not meant to be together.”
“Abang!” Aku dapat dengar suara nyaring Ayu menjerit.

“I’m talking to you, wahai Dania Ezmiraku sayang,” sebiji bantal kecil dicampak ke riba aku.
Aku tersentak lalu aku berpaling kepada Koji yang sedang kerutkan dahi, “Apa?”
“Dani tu kenapa?”
“Kenapa dengan Dani?”
“Ish!” Koji jentik kepala aku dan terus kembali bermain dengan gitarnya.
“Apa benda entah orang tua ni? Tiba-tiba jentik kepala orang,” gumam aku sebelum berdiri.
“Nak pergi mana tu? Tak nak main dah Candy Crush?”
Aku kalih pandang dia, “Tak nak!”
Bibirnya tersungging senyum nakal, “Manja!”
“Apa?”
“Kena jentik sikit merajuk. Manja!” Giat dia tanpa memandang aku.
“Dani nak pergi buat airlah!” Aku buat muka sebelum angkat kaki ke dapur. Dia kata aku manja? Mana ada aku manja, kan?
“Buatkan untuk abang sekali.”
“Hah?” Aku kalih pandang dia. Dia sebut apa tadi?
“Apa? Tolong buatkan air untuk saya sekali.”
Aku kerutkan dahi! Aku silap dengar kot, “Nak air apa?”
“Kopi panas.”
Aku angguk saja dan terus berlalu tapi hati aku tetap rasa... dia ada sebut something yang luar biasa tadi. Apa agaknya yang dia sebut tadi? Hmm...

p/s: ehem... buat peminat Mika, oleh sebab ada masalah teknikal dan sebab saya exam, Mika akan mula dijual pada bulan Februari ya sekali Dia Imamku. Jangan marah saya, nanti saya merajuk! *gedik sangat* Btw, tak ada sesiapa lagi ke nak masuk contest Jadi Milikku? Dapat sign saya *bajet artis*, dapat buku JM? free sebuah dan sebuah hadiah misteri yang comel *tak pasti comel ke tak. comellah kot*. Sayang awak semua. Oh ya, maaf cerita ADKH ni dah jadi cerita ala-ala klise.

Satu lagi, saya dah ada group kat FB, mailah join. Pi kat link ni;
https://www.facebook.com/groups/SUKA.NajwaRahman/

15 comments:

  1. wah..tak sabar nak beli novel akak..
    tak dpt nak join contest tuu...tengah final exam jugak..
    gud luck akak.. all the best..hope novel akak laris..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli beli jangan tak beli. beli dua-dua sekali tau *promote habisan ni* hahaha. takpe2, fokus exam. itu lagi penting. good luck to you too sis. Amin insyaAllah :)

      Delete
  2. xde org komen lg ni..:P
    so sweet koji dh bhsakan dri abg..awwwww...

    ReplyDelete
  3. Ala sweet je koji kono salah panggil diri abang...nak kot dani panggil diri abang. Dani pun comel je la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...koji tak sedar diri. dani dah nak jadi dania :P

      Delete
  4. jgn risau,t kte nk join contest tu..tunggu abes exm lg 2 paper g..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila-sila join :) mana tahu menang keke :D

      Delete
    2. sila-sila join :) mana tahu menang keke :D

      Delete
  5. Kak najwa bagi sya dua2 novel free boleh siap dengan tandatangan?hahaha.. btw koji sangat sweet. Jatuh tergolek dekat koji

    ReplyDelete
  6. Teruk betol si ayu tu..nasib baek koji dah baek ngan dani skrg..huhu :) thanks akak ;)

    ReplyDelete
  7. Always waiting najwa n good luck k

    ReplyDelete
  8. Hurmmm...... Musykil.... Koji berubah mendadak. Ada apa apa ker nih?

    Wah.... Suka suka, nanti boleh buat koleksi. Februari...... Ohhhh dekat tp jauh...sbb x sabar. He he he

    Yanshi

    ReplyDelete
  9. Best sgt.......
    -Shafy-

    ReplyDelete
  10. Salam novel in dah diterbitkan ke

    ReplyDelete