Sunday 25 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (BAB 10)

Aku turun ke bawah dan aku lihat Mika sedang bersembang dengan along. Aku rasa kekok, macam nak pergi date dengan Mika pulak. Haih...
“Fira, termenung kat tangga kenapa? Sinilah,” along gamit aku dari sofa.
Aku dekati mereka berdua along dan Mika.
“Jarang along dapat tengok adik cantik macam ni,” along giat aku saat aku duduk di sebelahnya. Mika langsung tak tengok aku. Heh, aku pun tak nak dia tengok aku!
“Shut up lah you!”
“Afiq, minum ni dulu,” mama keluar dari dapur menatang sedulang air anggur dan diletakkan di atas meja kopi.
“Eh, susahkan aunty je.”
“Tak ada susah pun, tuang kordial, letak air, kacau, bubuh ais, dah siap,” air di dalam gelas mama letakkan di hadapan Mika.
Mika senyum dan terus menyisip air anggur itu.
“Afiq dapat masuk universiti mana? Hari tu aunty lupa nak tanya mama Afiq.”
“Saya dapat UMT, aunty. Dekat Terengganu.”
“La, ye ke? Sekali dengan Firalah ye.”
He what?! Aku pandang dia dan nyata dia juga memandang aku dengan riak tak percaya. Mungkin dia terkejut dengan kenyataan mama. Along pula asyik siku-siku aku. Ceit, ini orang perangai serupa Jija jugak!
“Kat sana nanti ambik course apa?” Along bertanya.
“InsyaAllah saya ambik teknologi makanan kat sana.”
Again! He what?! Aku rasa nak pitam! Aku rasa nak pitam! Along dah terkekeh-kekeh ketawa. Mama pulak tersengih-sengih. Oh my! Kalau aku cakap kat Jija ni...
Aku siku along bila dia tak habis-habis ketawa. Aku karate jugak along ni karang, “Along, apa gelak ni! Dahlah tu!”
Mika terpinga-pinga. Nampak sangat dia tak faham apa yang dah jadi.
“Nanti, bolehlah Afiq tengok-tengokkan Fira dekat kelas,” mama senyum lagi. Lagi lebar dari tadi.
Mika angkat kening, “Er...”
“Fira pun dapat teknologi makanan kat universiti tu,” ujar mama dengan sengih lebar yang tak padam dan sekali lagi, Mika tengok aku dengan riak tak percaya. Aku pulak rasa nak menangis. Kalau buat rayuan, boleh dapat universiti lain tak agak-agak?


Along dari tadi tak habis-habis menggiat aku. Ni aku dah masuk dalam kereta Mika pun dia nak menggiat lagi. Dah-dahlah tu, along.
“Jaga adik along elok-elok, Afiq.”
“InsyaAllah, along.” Ujar dia sebelum memulakan perjalanan kami ke Kuala Lumpur.
He called my brother along? Who gives you the permission mister? Aku julingkan mata ke atas. Lagi aku nak lari dari mamat ni, lagi dekat Allah letak aku dengan dia.
“Kau dapat UMT jugak, huh?” Mika bersuara, setelah hampir sepuluh minit kami memulakan perjalanan.
“So?” Aku bertanya separuh jengkel.
“Dhiya, kau mungkin nak pakai seat belt tu. Aku tak ada tiga ratus ringgit nak bagi dekat polis.”
Aku buat muka. Kalau cakap tak ada sinis-sinis tak boleh ke, mamat? Tali pinggang keledar aku tarik dan aku pakai.
“Rumah Jija dekat mana?” Dia bersuara lagi.
“She won’t be following us. Mama aku tak cakap ke tadi?”
“Tak pun. So, kira terus ke Kuala Lumpurlah ni?”
“Eh, tak! Jomlah singgah dekat mana-mana dulu. Boleh dating berdua,” aku buat muka.
Mika ukir senyum sinis, “Tak hingin aku nak dating dengan kau.”
“Habis kau ingat aku nak?” Aku jeling dia yang memakai aviator hitam. Handsomelah tu? Huh.
“Manalah tau…” dia jungkit kening.
“Urgh! Aku rela naik bas dari duduk dalam kereta ni dengan kau.”
Mika ketawa plastik untuk seketika sebelum kembali bersuara, “Kau betul ke nak pergi majlis pertunangan dia orang ni?”
“Kau nak provok aku lagi ke?”
Mika geleng kepala sambil ketawa, “Kenapa? Kau nak cekak kolar baju aku sekali lagi?”
“Kalau kau nak, aku boleh je nak buat sekali lagi.”
“Aku tak ada niat nak provok kau cuma aku nak kepastian, kau betul nak pergi? Emosi kau, boleh ke terima semuanya?”
Suara Mika. Suara Mika kala itu tunjuk yang dia care. Tapi betul ke dia care? “Mestilah aku okey. Why wouldn’t I be okay?”
“Dhiya, aku tau kau suka Faris.”
“Get over it, Mika. Kenapa kau suka cakap aku suka Faris?”
“Because I got that feeling yang kau memang suka Faris.”
Aku buang pandang ke luar tingkap, “Well, feeling kau tu tipu. Aku tak suka Faris.”
“Whatever you say, Lady tapi aku tau kau memang suka dia,” ujar dia, tenang. Aku pandang Mika. He called me what?!


“Dhiya. Bangun.”
Aku kesat mata yang terasa kelat. Perlahan aku buka mata. Aku kat mana ni? Aku kalih ke kanan. Zup! Terus aku duduk tegak. Aku tertidur dalam kereta? Serius?
“Aku nak turun ni. Kau nak apa-apa tak?” Mika bertanya. Aku kerling dia sekilas, nyata bibirnya terukir senyuman mengejek. Ei!!!
“Naik air mineral,” perlahan aku bersuara. Malunya! Macam mana aku boleh tertidur ni? Aku mengigau tak? Aduh!
“Itu je?”
“Yang tu je!” Aku bersuara. Sedikit kuat.
“I’ll be back. Lock the door,” pesannya dan sebelum dia menutup pintu kereta, sempat dia memberikan satu lagi pesan, “You might want to wipe off your air liur basi. And kemaskan tudung kau. Macam orang gila dah aku tengok kau.”
Air liur... what? Segera aku kesat tepi bibir. Eh, tak ada pun! Aku keluarkan cermin dalam beg tangan. Mukaku aku telek, memang tak ada langsung kesan air liur basi. Tudung aku pun still elok. Comel lagi. Arghh!! Aku cepuk jugak Mika ni karang! Aku beristighfar dalam hati sambil aku kunci pintu kereta. Haih, mamat ni memang suka cabar kesabaran aku!
Telefon bimbit dalam beg aku ambil dan terus tanganku laju menaip mesej kepada Jija, ‘I hate him,Ja! I really hate him! Aku nak cepuk dia, weh! Nak cepuk sangat-sangat!’
Seminit kemudian aku dapat balasan dari Jija, ‘Hahaha! Dia buat apa kali ni? Kau tak cekak kolar baju dia, kan?’
‘Aku bukan nak cekak dah kali ni! Aku nak cekik dia terus, Ja! Dia tipu aku! Aku tertidur. Lepas tu dia kejut dan cakap ada air liur basi. Lepas tu cakap tudung aku serebeh. Plus, dia cakap aku macam orang gila! Jahat gila dia, Jija! And you know what? Dia dapat UMT. Satu course dengan kita, minah!’ Aku menekan keypad dengan penuh geram.
Tak sampai seminit, balasan dari Jija aku terima, ‘WHAT?! Dhiya, memang jodoh kau dengan dialah!’
Aku kerutkan dahi, ‘Kau nak kena cekak dekat kolar jugak ke? Dah lama hidup kot, Ja?’
Jija membalas kemudiannya, ‘HAHAHAHAHAHA! Try me, Dhiya!’
Baru aku nak membalas, Mika mengetuk cermin tingkap pemandu. Aku simpan telefon dalam beg, aku membuka kunci di pintu kereta dan tak menunggu lama, dia terus masuk.
“Here’s your mineral water. Aku belikan sekali Nescafe Mocha. Okey tak?” Dia bertanya.
Aku mengangguk. Tadi rasa nak marah tapi bila dia beli Nescafe ni aku jadi tak nak marah pulak.
“Tu ada pau sekali, makanlah kalau lapar.”
Aku mengangguk lagi. Kenapa dah aku ni? Aku pandang Mika yang sudah mula memandu. Dia nampak... er... kacak.
“Kenapa?” Dia pandang aku.
Tersentak kejap bila dia tiba-tiba pandang aku lalu aku gelengkan kepala, “Aku cuba nak mencari jawapan kenapa ramai sangat manusia yang minat kat kau.”
Mika senyum sinis, “Oh really? Ke kau pandang aku sebab kau pun dah minat kat aku?”
Aku buat muka, “Urgh! Bagilah aku sejuta ringgit sekalipun, kau tetap takkan aku minat!”
“Oh really? We’ll see about that, Dhiya.”
Aku buat muka lalu aku buang pandang ke luar. Cepatlah sampai! Cepatlah sampai! Tak sanggup dah aku nak hadap muka dia ni!


Empat jam kemudian, kami akhirnya sampai di rumah Aireen. Aku pandang Mika yang masih tak matikan enjin.
“Kenapa?” Aku pandang dia. Pelik.
Mika menggeleng, “Kita tak payah pergilah, ye? Kita pergi tempat lain.”
 “Kita dah sampai kot! Kenapa nak pergi tempat lain pulak? Tak sanggup nak tengok Aireen bertunang dengan Faris?” Giat aku padahal dalam hati, aku menyetujui cadangan Mika. Rasa nak je aku suruh dia pergi ke Mid Valley.
Mika menggeleng dan menggumam sesuatu namun tak dapat aku dengar.
“Kau cakap apa?”
“Jomlah turun!” Tanpa membalas, terus dia matikan enjin dan memandang aku.
Aku mengangguk. Seat belt aku tanggalkan dan terus kau keluar dari kereta. Mika juga berbuat perkara yang sama. Sebaik saja dia locked kereta, kami terus beriringan ke rumah Aireen yang nyata memang meriah.
“Dhiya, kau betul ni?”
Aku pandang Mika, “Apa yang betul?”
“Kau betul nak masuk rumah Aireen? Kau tau kan, once kau jejak kaki kat rumah Aireen, kau takkan dapat jejak keluar dah?”
Aku mengangguk dan Mika seakan akur dengan keputusan aku. Apa masalah Mika ni sebenarnya?
“Dude, betul ke apa yang aku nampak ni?” Suara salah seorang tetamu buat aku berhenti berjalan.
“Cut it out, Iman! You guys know the story. Kami datang sekali sebab mama aku dengan mama aku paksa, okey?” Mika berjalan mendekati Iman dan menumbuk bahu si Iman manakala aku kaku di pagar. Okay, awkward gila! Saat Iman menggamit aku, baru aku mendekati mereka. Itu pun masih lagi kekok.
“Dhiya, you look nice!” Rendi ukir sengih gatal pada aku. Aku anggukkan kepala separuh ikhlas. Alahai...
“Rombongan lelaki dah sampai ke?” Aku dengar Mika bertanya pada Rendi.
“Belum. Awkward gila kami tadi. Nasib family Aireen mesra, kalau tak mati katak aku. Faris kata dia orang dah on the way.”
“Aku nak masuk dalam, jumpa Aireen,” beritahu aku pada Mika.
“You sure you gonna be okay?” Dia bersuara, separuh berbisik.
“Aku duduk dengan korang lagi aku tak okey!”
Mika buat muka serius, “Apa-apa cari aku kat sini.”
Aku mengangguk saja dan terus berlalu masuk ke dalam rumah untuk mencari Aireen.


“Rombongan lelaki dah sampai!” Suara dari luar buat aku berdebar. Aku pandang Aireen di sebelahku. Nyata, dia sendiri berdebar.
“Dhiya, saya takut.”
Aku ukir senyum, tawar, “Ala, takut apa? Belum akad nikah lagi, Aireen.”
“Dhiya...”
Aku pandang Aireen dan tanpa dapat aku duga, Aireen tiba-tiba memelukku, erat, “Terima kasih sebab datang. Kehadiran awak sangat saya hargai, Dhiya.”
Aku senyum lalu aku membalas pelukan erat Aireen. Bahagiakan Faris, Aireen... bahagiakan dia. Setitik air mata jatuh ke pipi.
“Kenapa awak menangis, Dhiya?” Aireen pandang aku.
“Saya terharu. Awaklah, buat ayat kasi saya terharu.”
Aireen senyum, “Awak buat saya nak menangis sekali, Dhiya.”
Aku senyum, mata Aireen yang berair aku kesat, “Jangan menangis. Faris mesti tak nak tengok awak menangis. Awak mesti senyum. Faris sangat bertuah sebab awak pilih dia,” dan awak sangat bertuah sebab berjaya memiliki Faris, Aireen.


Upacara menyarung cincin sudah selesai. Aireen akhirnya sah, menjadi tunangan Faris. Terbias kebahagiaan di wajah Aireen dan Faris. Aku masih belum sempat bertemu dengan Faris, hanya dari jauh aku dapat lihat wajahnya. Sungguh, walaupun hanya memakai kemeja biasa, Faris tetap nampak segak di mataku.
Aku berdiri di pintu bilik Aireen, memerhatikan bagaimana pasangan itu tertawa bahagia saat orang mengambil gambar mereka. Majlis pertunangan mereka sudah macam majlis perkahwinan aku rasa. Meriah. Aku tak dapat nafikan betapa aku cemburu melihat mereka berdua. Aku berharap yang di sisi Faris kala itu bukan Aireen tapi aku.
“Hai, Dhiya... tengok dari jauh je? Pergilah dekat sikit. Tak sanggup nak tengok dari dekat ke?” satu suara menegur aku, sinis. Aku kalih ke tepi. Nyata, di tepi aku berdiri teman sebilik Aireen, Mila. Dia yang dulu menuduh aku ingin merosakkan hubungan Aireen dan Faris. Sama seperti Mika.
“Kenapa pulak aku tak sanggup? Kalau kata aku tak sanggup, aku takkan jejaklah rumah Aireen,” aku bersuara, selamba. Kasar? Heh, kita berkasar dengan orang yang tak reti hormat kita je.
Dia buat muka mengejek, “Sure, Dhiya. Tempat kau, bukan kat sini. Kau... sampai bila pun takkan dapat Faris. Faris takkan pandang perempuan macam kau,” dan Mila terus berlalu.
Aku rasa macam ayat itu bagai menghiris hati aku. Aku sampai sekarang tak faham. Kenapa Mila tu macam benci sangat dengan aku? Apa salah aku dengan dia? Aku pandang kembali pasangan Aireen-Faris dan nyata, mereka saling berbisik-bisik. Ada air mata menitis di pipi. Cepat-cepat aku kesat saat mata aku bertembung dengan mata Mika. Matanya tajam memandang aku tapi cara pandangannya itu, lain dari selalu...

Bersambung...

p/s: Jadi Milikku ni habis kat blog. Kali ni saya janji, habis kat blog. Kikiki

27 comments:

  1. Bila agknya faris akn sdr tentng cintaya pd dhiya?
    Atau pn selamnya faris xakn tahu dan bila mika mnjdi pilihan dhiya faris akn mula rasa tercabar...segalnya mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. faris takkan sedar...selamanya takkan sedar kecuali kalau dhiya khabarkan pada faris...

      Delete
  2. Akak tunggu janji itu huhu cian dhiya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ni saya memang nak habiskan kat blog je...hehehe

      Delete
  3. kesian dhiyaaa :( tapi takpe ade mika :D

    ReplyDelete
  4. Kesian dhiya@fira....
    Xpe satu pergi..masih ada yg menanti....
    Kan dah nangis...itu yg mika xnak bg pergi..dia xnak orang ygdia sayang terluka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ye ke orang yg dia syg tu dhiya? u sure? ;)

      Delete
  5. grrr...kesiannya. I think Mika mcam jatuh hati je kat dhiya? hehe

    ReplyDelete
  6. Benci laa mila tuh..kesian fira..
    Mika mesti pujuk fira nnti..hehe
    dieorang dpt umt..kos yg same..omg..jodoh dieorang kuat..suka..suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kalau kena kat dhiya, mesti dia cakap, 'ni mesti spesies jija.' kikiki

      Delete
  7. wah best... kesian pada Dhiya cinta bertepuk sebelah tangan... Dhiya memang ada jodoh dengan Mika... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta yang tepuk sebelah tangan ni menyedihkan :(

      Delete
  8. Nak mika ubatkan hati dhiya


    Imah

    ReplyDelete
  9. mika..... seriously i like him soooooo much hahahha... :D

    ReplyDelete
  10. Mana yg bab 11 ? :(

    ReplyDelete
  11. mana sambungan bab 11??????????

    ReplyDelete
  12. Sis kata nak abeh dekat blog. jadi bila nak abeh ni? emmmmmm

    ReplyDelete
  13. Kak...... Bila nk habis kat blog ni... Ka kena beli novel

    ReplyDelete
  14. dh tk nk smbung dh ke story ni? 😄😄

    ReplyDelete