Sunday 20 January 2013

Dia Imamku (Bab 19)


Aku mengiring ke kiri. Hati aku masih tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan. Haih, kusutnya jiwa Puan Insyirah hari ini. Blackberry di bawah bantal aku tarik. Wajah senyuman Naufal yang menghiasi skrin telefon pintar itu aku usap. Rindu pada Naufal, pertolongan yang Ash pinta dari aku, semuanya menyerabutkan kepala.
Muhasabah Cinta berlagu tiba-tiba. Serentak, bibirku terukir senyum. Dia mai dah! Butang hijau aku tekan dengan laju.
“Assalamualaikum cinta hati saya.”
“Waalaikumsalam penyejuk jiwa saya.”
“Tengah buat apa tu?”
“Tengan bergolek-golek nak tidur.”
“Baby sihat? Umi sihat? Susu dah minum? Supplement dah makan?”
“Amboi, tanya soalan macam machine gun,” aku ketawa kecil sebelum menyambung, “Alhamdulillah, baby dengan umi sihat. Susu dengan supplement pun dah masuk dalam perut, insyaAllah.”
“Good. Hari ni buat apa je?”
“Hari ni mama buatkan laksa Johor untuk Insyirah.”
Aku terdengar Naufal ketawa, “Mengidam?”
“Teringinlah!”
“Samalah tu.”
“Tak!”
Seketika, aku dan Naufal terdiam di talian. Entah kenapa, terasa kekok pulak tiba-tiba.
“Insyirah.”
“Ye?”
Aku dengar Naufal menghela nafas, “Abang mintak maaf.”
“Mintak maaf kenapa ni?”
“Sebab abang tak dapat balik, teman Insyirah.”
Aku tersenyum, hal semalam rupanya, “I’m sorry too. Insyirah yang salah, tak patut mintak macam tu padahal kita pernah cakap dah pasal ni.”
“Insyirah berhak mintak macam tu, you’re my wife. Isteri abang sedang mengandungkan anak abang, jadi isteri abang ni berhak mintak abang ada di sisi Insyirah cuma abang yang tak dapat penuhi permintaan tu.”
“Insyirah faham. Insyirah boleh terima, jangan risau,”
“Glad to know that.”
“Abang...”
“Ye, sayang?”
“Ash telefon Insyirah tadi.”
Lama Naufal diam di talian.
“Abang?”
“Dia nak apa?” Datar suara Naufal kala itu, buat aku berdebar tiba-tiba.
“Dia nak Insyirah...” Tak sempat aku menghabiskan bicara, Naufal bersuara.
“Tell him to stop! He won’t get you. I’ll never let you go! Takkan pernah sekali abang akan lepaskan Insyirah!”
Aku tergelak dengan kata-kata Naufal. Nadanya tinggi namun sedikitpun tidak menggentarkan aku.
“Kenapa gelak?”
“Abang cemburu, ye?”
Diam.
“Dia telefon nak Insyirah pujuk Jue balik pada dia, bukan dia telefon sebab dia nak Insyirah.”
Naufal di talian masih diam.
“Insyirah sendiri tak rela abang lepaskan Insyirah. Separuh jiwa Insyirah bersama abang, hati Insyirah ada pada abang. Tak mungkin akan ada pada orang lain.”
Diam.
“Abang? Cemburu lagi?”
“Abang tak cemburu, okey?”
Aku ketawa. Lebih kuat dari tadi, “Cemburu cakap cemburu, sayang. Kita boleh bincang.”
Naufal akhirnya ketawa, “Abang mengaku, memang abang cemburu. Cemburu, marah, geram... rasa macam nak pergi tumbuk muka Ash tu!”
“Muhammad Naufal, kawal cemburu tu.”
“Sorry.”
“Oh, yes! Abang, can I ask you something?”
“Of course. Nak tanya apa?”
“Is it really true yang abang bagi tau mama yang abang nak kahwin dengan Insyirah sebelum abang pergi London dulu?”
“Hah?”
“Don’t ‘hah’ me. I want an answer.”
“Maaf, jawapan tiada dalam skema pemarkahan.”
“Abang!”
“Abang akan bagitahu jawapannya bila abang balik Malaysia.”
“Lambat lagi!”
“Really?”
“Apa yang really?”
Naufal ketawa, “Nothing. Dah, go to sleep. Lewat dah ni, pergi tidur. Mimpikan saya, ye?”
“InsyaAllah, sayang. Dalam setiap tidur saya pasti ada awak sebagai mimpinya, Naufal.”
“Oh, so sweet sayang. Now off to bed.”
“Okey, abang. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, sayang,” dan talian pun mati. Bibir aku terukir senyum. Bahagia rasa dapat berbicara dengan dia, imamku.

Pagi-pagi lagi aku sudah mengerah Irdina menghantar aku ke rumah Jue. Ada banyak benda yang mahu aku tanya dan mahu aku tahu.
“Angah, dah bagitau abang ngah ke?”
“Abang ngah?” Blur sekejap aku. Siapa abang ngah?
“Abang Naufallah!”
“Oh, tadi lepas subuh sempat Skype sekejap. Dah mintak izin. Kenapa?”
Irdina angkat bahu, “Just asking.”
“Okey,” aku mengangguk.
“Angah.”
Aku berpaling memandang Irdina, “Kenapa?”
“Seronok ke kahwin?”
“Hah?!”
“Apa hah? Orang tanya betul ni. Seronok ke kahwin? I mean, kahwin yang jarak jauh.”
Aku tersenyum lalu aku bersuara, “Kenapa? Dina nak kahwin jugak?”
“Huish, agak-agaklah! Tak nak Dina kahwin muda macam angah. Dahlah berjauhan. Tak sanggup Dina menanggung kerinduan.”
Aku ketawa dengan jawapan Irdina, “Kahwin ni seronok, Dina. Perkahwinan ini salah satu untuk menjaga kita dari fitnah manusia. Perempuan muda macam kita ni kan senang nak kena fitnah dengan manusia-manusia lain.”
“O... key...” Irdina mengangguk kepala, memberi ruang kepadaku untuk terus berbicara.
“Berkahwin seronok tapi berkahwin then kena berjauhan ni kurang seronok,” aku ukir senyum saat Irdina memandang aku, “Angah bahagia, angah seronok, angah rasa hidup angah lengkap tapi...”
“Tapi susah nak tahan rindu?”
Aku mengangguk, “Salah satunya. Yang paling susah bagi angah, bila jarak dan waktu yang menghalang kami. Cuti dekat sana, berbeza dengan cuti kita. Waktu sana berbeza dengan waktu kita tapi itulah cubaan dan dugaan untuk kami berdua.”
“Angah selalu contact dengan abang ngah macam mana? Through phone ke through Skype semata-mata?”
“Both. Skype kalau nak tengok muka. Telefon kalau rindu suara tapi mostly Skype.”
“Abang ngah kerja dekat sana?”
“You know, you sound so weird calling him ‘abang ngah’. Angah rasa macam we’re talking about someone else and not my husband.”
“Eh, hello! Orang dah biasa panggil dia abang Naufal tapi hari tu mama tegur, mama cakap kena panggil abang ngah because he is part of our family now.”
“Haha... okey! What is the question again?”
“Abang ngah kerja dekat sana?”
“Hujung minggu, dia ajar orang mengaji dekat masjid. Isnin dengan Rabu jadi babysitter.”
“Bagusnya abang ngah tapi tak kacau study dia ke?”
“Entah. Angah tanya, dia kata okey je. Tak ada kacau cuma dia kata kalau dah makin busy nanti, dia berhentilah.”
Irdina mengangguk, “Bertuah angah dapat abang ngah.”
“Sangat bertuah,” aku menggumam sendiri sambil mengangguk.

“Assalamualaikum.”
Pagar rumah Jue aku pegang. Irdina sudah pulang. Meninggalkan aku dengan sekaki payung di depan rumah Jue.
“Waalaikumsalam.” Salamku berjawab! Yes! Pintu rumah terbuka dari dalam. Kelihatan bibik Jue yang membuka pintu.
“Eh, Insyirah! Udah lama tidak ketemu, ya?”
“Ya, bik. Jue ada di rumah?”
“Ada. Ayuh masuk! Panas ni di luar. Waduh-waduh, kamu udah hamil?.”
Aku mengangguk, “Rezeki Allah, bik.”
“Bibik kepingin sekali ketemu sama suami kamu, pasti ganteng bukan? Kata Juliana, orangnya kacak persis pelakon sinetron.”
Ketawa aku terlepas. Tang mana pulak suami aku muka macam pelakon Indonesia ni? Jue ni, kelentong bibik dia ke apa?
“Kok ketawa?”
“Lucu, bik!” Balas aku. Bersembang dengan bibik ni kadang-kadang buat aku nak ketawa.
“Siapa datang, bibik?” Satu suara menyapa kami dari pintu rumah.
“Insyirah yang datang, Juliana.”
“Ya Allah! Insyirah!” Sekelip mata, Jue datang menerpa ke arah aku manakala bibik terus masuk ke rumah. Aku dipeluk namun perut aku yang memboyot ini membuatkan pelukan itu terasa kurang selesa bagiku.
“Kau dah besar, perempuan!” Juliana ketawa melihat aku saat dia meleraikan pelukan.
“Amboi! Mulut kau, tak ada insuran!” Pantas aku mencubitnya.
“Aku rindu kau!” Jue memeluk aku sekali lagi. Terharu aku saat dia berkata begitu. “Aku mintak maaf, Insyirah! Aku banyak salah dengan kau.”
“Aku pun banyak salah dengan kau. Aku mintak maaf jugak.”
“Dah. Kau tak ada salah pun. Jom masuk!”
Aku ketawa saat Jue menarik tangan aku untuk masuk ke rumahnya, “Aku ingat kau tak nak jemput aku masuk tadi.”

Macam-macam cerita aku bercerita dengan Jue. Dari kisah kami waktu kecil sampailah ke cerita tentang pertunangan yang tak jadi antara Ash dan dia.
“Apa yang jadi?” Kerepek pisang yang ada di dalam bekas aku lalu aku suapkan ke mulut.
Jue angkat kening memandang aku lalu dia menggeleng, “Seminggu sebelum kami bertunang, family Ash ada buat tahlil.”
Aku mengangguk sambil menunggu Jue menyambung cerita.
“Nak dijadikan cerita, aku pergi awal hari tu. Kononnya nak tunjuk aku ni menantu pilihan,” Jue ketawa dengan ceritanya. Ketawa yang bagi aku menyakitkan.
“Sedang aku menolong tu, Aunty Lia suruh aku ambikkan sejadah dekat bilik atas. Aku tak faham arahan Aunty Lia waktu tu. Sepatutnya aku pergi bilik tamu tapi aku masuk bilik Ash.”
“Lepas tu?”
“Banyak gambar kita bertiga atas meja dia. Aku rasa happy sangat tengok gambar-gambar tu sampailah aku terjumpa satu buku biru. Aku tak sengaja langsung nak buka buku tu tapi yelah, rasa hati ni membuak-buak nak tahu.”
Tiba-tiba hatiku berdebar-debar nak tahu apa yang ada dalam buku biru tu, “Lepas tu?”
“Dalam tu, banyak luahan hati Ash... untuk kau.”
Nah, itu dia! Patutlah Jue membatalkan hasrat untuk bertunang.
“Tapi mulanya aku anggap itu dulu, tarikh lama namun bila aku selak ke muka surat terakhir. Ada sebuah luahan hati, untuk aku. Yang menyedarkan aku tentang realiti dan fantasi.”
“Luahan hati Ash untuk kau?”
Jue mengangguk. Aku nampak mata Jue sudah berkaca, “Dia cakap, simpati buat sahabat buat dia hilang cinta. Cinta yang tak kesampaian buat dia terima aku atas dasar simpati. Tak ada cinta untuk aku. Tak ada kasih untuk aku. Semuanya simpati.”
Terkedu aku saat lihat Jue menangis. Jue lebih kuat berbanding aku tapi hari ini dia menangis di depan aku, “Kau masih...”
“Aku tetap sayangkan dia, aku tetap cintakan dia tapi aku tak nak simpati dia dekat aku buat dia hilang cinta. Apa guna kami bersama kalau hati dia bukan untuk aku? Cinta dia masih untuk kau, aku batalkan pertunangan sebab aku rasa lebih baik dia cari cinta yang baru. Cinta yang kembali buat dia bersemangat, macam dulu waktu dia cintakan kau.”
“Ash ada telefon aku semalam.”
Jue pandang aku lalu dia mengangguk, “Mestilah dia telefon kau. Buat apa dia telefon aku.”
“Dia minta tolong aku.”
Jue pandang aku.
“Dia minta tolong aku, pujuk kau balik. Dia cakap, dia tak mampu hidup tanpa kau. Aku rasa, dia dah mula cintakan kau, Jue.”
Jue menggeleng lalu ketawa, “Insyirah, tak payahlah nak sedapkan hati aku.”
“Demi Allah, dia telefon aku!” Aku pandang Jue dan Jue membalas pandangan aku.
Tiba-tiba telefon pintarku berbunyi, mematikan perlawanan renung-merenung antara aku dengan Jue.
Blackberry yang ada di dalam beg tangan aku capai. Nama ibu tertera di skrin lalu aku tekan butang hijau. Tak sempat aku beri salam, ibu sudah bersuara, “Insyirah, balik rumah nak! Naufal... Naufal…”
Dup! Jantungku terus bergerak pantas, “Kenapa dengan Naufal, ibu? Ibu?”
Talian tiba-tiba mati. Ya Allah! Apa yang jadi sebenarnya?
“Insyirah? Kenapa?”
“Naufal... Naufal...”
“Kenapa dengan Naufal?”
Kepala aku berpusing. Mata aku berpinar-pinar dan dalam sekelip mata, pandangan aku gelap.

“Insyirah, bangun sayang!”
Aku buka mata perlahan-lahan. Wajah ibu, mama, Dina dan Jue ada di depan mata. Keadaan di sekeliling aku sedikit asing bagi aku. Aku masuk hospital ke?
“Ibu, Naufal! Mana Naufal?! Insyirah nak Naufal! Insyirah nak Naufal!”
“Shush, sayang... jangan macam ni. Angah buat kami semua risau. Insyirah tak sedarkan diri dekat setengah hari,” ujar mama tiba-tiba. Mengubah topik.
“Mama, mana Naufal? Kenapa dengan Naufal? Tadi ibu telefon, tapi talian mati. Kenapa dengan Naufal?”
“Insyirah rehat dulu, kesian baby!”
“Nak Naufal!!” Aku menjerit, seperti diserang histeria. Apa yang dah jadi sebenarnya? Kenapa dengan Naufal? “Mana Naufal?!”
“Bawak mengucap, Insyirah!”
“Naufal!” Aku dah menangis, aku tak tahu kenapa tapi aku sedih. Aku sedih bila mereka mendiamkan diri saat aku bertanya tentang Naufal.
Keadaan jadi huru-hara. Aku dapat dengar mama memanggil doktor. Seketika kemudian aku nampak seorang doktor dan dua orang jururawat mendekati aku. Lenganku dipegang lalu terus mereka mencucuk sesuatu. |Pandangan aku tiba-tiba kabur dan terus gelap.

“Abang nak pergi mana?”
Naufal memandang aku sekilas cuma namun tangannya ligat mengemas barang.
“Abang?”
Dia masih diam.
“Insyirah ada buat salah ke?”
“Jaga diri, Insyirah. Jangan jadi cengeng. Jaga baby, terapkan nilai-nilai hidup seorang Muslim pada dia. Abang sentiasa sayang Insyirah, ingat tu.”
“Abang?”
Dia bangun, angkat beg lalu pipiku dia usap perlahan, “Maafkan abang.”
Dia mula melangkah pergi meninggalkan aku.
“Abang!” Aku mengejar.
“Jangan kejar abang, Insyirah! Insyirah duduk situ diam-diam,” dia berpaling namun wajahnya terbias ketegasan.
“Abang!”
“Selamat tinggal, sayang!” Dia tersenyum. Senyuman yang begitu sayu. Yang buat hati ini sakit. Sakit yang amat sangat. Abang? Abang nak pergi mana?
“Abang!” Mataku terus aku buka. Aku pandang sekeliling. Gelap. Di sisiku ada mama yang sudah tertidur. Dina pula sudah tertidur di sofa. Apa dah jadi? Kenapa aku di hospital? Kenapa aku bermimpi seperti itu? Kenapa dengan Naufal?
Aku pandang ke meja sisi katil. Ada beg tangan aku. Segera aku capai. Blackberry aku tarik keluar. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Malangnya tiada satu panggilan pun dari Naufal. Whatsapp dan BBM juga tiada.
Adakah sesuatu telah terjadi pada Naufal? Ya Allah, jauhkanlah suamiku dari kecelakaan. Aku bermohon kepadaMu, Ya Allah.
“Angah?” Mama menegur aku, tiba-tiba.
“Angah nak pergi toilet, mama tolong angah boleh?” Spontan aku bersuara.
Mama mengangguk lalu mama membantu aku turun dari katil.
“Mama...”
“Ye, sayang?”
“Kenapa dengan Naufal?”
Tangan mama yang tadi kemas memegang bahuku terasa semakin kemas. Ya Allah!

Bersambung...

p/s: Kenapa dengan Naufal? :(

39 comments:

  1. alorh... nie dah knapa nie.... kak najwa..... u make me my heart stop beating!!!!! T_T
    tpi best tpi relai rindu dkt abg naufal hahhaha
    thanks kak najwa
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa.. Xmo la jd pape :(
    ~acu~

    ReplyDelete
  3. ahhh!! kenapa dgn naufal...daku terseksa ni :(

    ReplyDelete
  4. Arrgghhhhhhhh..... x suka suspen gini. Naper dia jd blik ka. Famili insyirah sj nk buat surprise kan kan kan...

    ReplyDelete
  5. wwannurr...
    naufal kena tangkap basah ke mek gedik kat sana??

    sabar insyirahhh

    ReplyDelete
  6. Thanx sis, lama tunggu...... nape benti kat tempat yg sespen....

    ReplyDelete
  7. Adik Najwa,

    Suspen.. jantung akak dup.. dap.. dup.. dap.. x mo jd apa2x kat naufal ya.. kesian insyirah nanti.. :( anyway, thanks for the entry.. lama akak tunggu.. :) cepat2x sambung ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheeheh....sama2...maaf kena tunggu lama :)

      Delete
  8. kite nak novel seketoi!!!..bila nih??? :D

    ReplyDelete
  9. Best..... #^_^
    Kenapa dengan Naufal????
    Apa yang dah jadi pada Naufal????

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.....kenapa dengan naufal??? tunggu bab 20 :D

      Delete
  10. Kenapa ngan naufal...
    Ya allah, ep lak yg nk pingsan ni
    Sian nyer insyirah... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan pengsan....ish3...teruk penangan naufal ni

      Delete
  11. kak najwa ni asyik jeng jeng jeng je...hehee...kasi la teaser utk bab 20...X sbr nk tau...cpt la smbng k.najwa...

    ReplyDelete
  12. sebenonye Naufal dah tiba m'sia. kannn kannn kannn

    ReplyDelete
  13. kak najwa,...DI habis dlm blog x???klau blh habiskn la dlm blog je...please...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm blog, habis dalam blog....tapi versi cetak ada penambahan beberapa bab :)

      Delete
  14. byk x penambahan bab dlm versi cetak??klau byk nampak gayanya kena beli la...hehe...

    ReplyDelete
  15. Adooiiiii jgn di seksa jiwa n hatiku wahai najwa naufal ok kn dhlh jauh if jd pape oh my..xdpt nk bygkn....jiwa kacau nie...next n3 plzzzzzzz..m.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jiwa kacau please...n3 baru dh masuk..baca2 ^^

      Delete
  16. Adooiiiii jgn di seksa jiwa n hatiku wahai najwa naufal ok kn dhlh jauh if jd pape oh my..xdpt nk bygkn....jiwa kacau nie...next n3 plzzzzzzz..m.

    ReplyDelete
  17. fuhhh... ending tang saspen btulll... ok... check out entry baru pulak.. =p

    ReplyDelete