Monday 12 November 2012

Dia Imamku (Bab 17)



Yahoo!! Dah bebas dari final exam. Seronoknya!! Terasa seperti dunia ini ana yang punya. Habis saja paper untuk pagi tadi, aku terasa nak melompat tinggi-tinggi tapi... sebab baby ada di dalam rahimku ini. Aku jadi tak berani nak menjadi terlebih aktif. Hehehe...

Sejak bermula minggu peperiksaan, seminggu yang lepas aku sudah jarang berhubung dengan Naufal. Bukan kerana aku masih merajuk atau dia yang kurang memujuk tetapi masing-masing memerlukan ruang untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran kami. Naufal sudah mula sibuk. Aku pula sibuk dengan peperiksaan akhir semester. Tetapi walau sesibuk mana dia, pasti ada saja pesanan penaja darinya setiap malam. Insyirah, jangan lupa minum susu! Insyirah, jangan lupa baca love letters dekat baby! Insyirah, jangan makan benda-benda sejuk! Insyirah itu! Insyirah ini! Mula-mula memang bosan tapi aku tahu, dia risau.
Esok, aku akan pulang ke rumah. Ah, rindunya pada rumah! Sudah lama tidakku jejakkan kaki ke rumah. Kali terakhir aku pulang ke rumah mama adalah ketika aku mahu ke Ireland. Aduhai, rindunya.

“Insyirah!” Tiba-tiba saja Anis melaungkan namaku dari luar bilik.

“Apa?”
“Ada orang datang nak jumpa kau.”
Terpana kejap aku. Jantung dah mula dup-dap-dup-dap, diakah? Atau...
Aku melangkah keluar dari bilik dan bibir terus terukir senyum.
“Anak mama,” dalam sekelip mata, badanku dipeluk mama. Mama, ayah, along dan adikku, Irdina datang.
“Hello, mama! Dina pun anak mama.”
Aku ketawa dengan kata-kata Irdina. Jealous-lah tu.
“How’s your baby? I still can’t believe I’m going to be a Mak Long Iman,” along ketawa dengan kata-katanya.
“Chill, lambat lagi long.”
“Dah siap packing, angah?”
Aku mengangguk, “Kenapa?”
“Nak pergi jalan-jalan dekat Pasar Payang.”
Aku ketawa, “Mama, nak shopping, cakap nak shopping. Ayah keluar duit.”
“Amboi!” Ayah dah bersuara.
Pecah ketawa kami semua.

“How come mama tergerak hati nak ke sini?”
“Bukan tergerak hati. Dipaksa sebenarnya,” along ukir sengih sambil tangannya ligat memilih kain batik. Nak buat ole-olelah tu.
Dipaksa? Aku terasa dahiku mula berkerut, “Siapa paksa?”
“Hai, lagi mau tanya? Suami awaklah.”
Aku angkat kening. Naufal? “Bila?”
“Sejak minggu lepas lagi, telefon mama. Telefon ayah. Telefon along suruh ambil angah dekat Terengganu. Dia tak bagi angah naik bas.”
Aku tersengih. Risau sangat. Sebenarnya memang aku ada bertegang urat sikit dengan Naufal itu hari. Pasal nak naik bas ni lah. Teruk jugak kami berdebat dan aku akhirnya menang apabila aku berjaya membuat dia mengalah dengan kata-kataku. Aku teringat kembali perdebatan yang berlaku sebelum aku menduduki peperiksaan akhir semester.
“Habis exam berapa hari bulan?”
Aku selak kalendar yang ada di atas meja lalu aku bersuara padanya di talian, “21 Januari.”
“Balik nanti naik apa?”
“Baslah!”
“Bahayalah.”
Aku angkat kening, “Bahaya apanya? Naik bas okey apa. Selama ni Insyirah naik bas tak ada masalah pun. Kalau rosak tepi jalan tu, normallah.”
“Bahayalah. Lagipun lalu Lebuhraya Karak kan? Not good sayang, not good. Take a flight.”
“Amboi, senangnya cakap! Take a flight! Nak beli tiket guna apa abang sayang? Air liur?”
“Abang bank in.”
Terdiam sekejap aku dengan kata-katanya. Serius sangat nampaknya nak suruh aku naik flight.
“Abang, abang tahu kan? Doktor dah tak bagi Insyirah naik flight dah.”
Giliran dia terdiam.
“Suruh along ambik, boleh?”
“Takkan nak menyusahkan along?”
Dia terdiam lagi.
“Please, baby nak merasa naik bas. Please...”
Naufal membisu. Lama. “Abang izinkan.”
Dan yang pastinya aku bersorak kegembiraan tika itu tapi kehadiran keluargaku hari ini membuktikan yang hatinya masih terselit kerisauan yang tak terperi. Hailah, suamiku Muhammad Naufal! Awak memang manis macam gula-gula kapas.
“Hai, termenung pulak dia. Mama tanya ni, kaftan ni nak tak? Mama nak belikan.”
Aku menggeleng sambil tersenyum, “Naufal dah belikan itu hari.”
“Untunglah ada suami,” along bersuara dengan wajah separuh cemberut. Jealous much?
“Kahwin cepat-cepat along.”
“Heh, along ni demand lebih. Tak nak calon pilihan keluarga, nak pilihan sendiri konon,” Irdina angkat kening pada along.
“Diamlah, Dina! Along tak nak belanja baju I LOVE TERENGGANU tu,” tegas along dengan wajah cemberut.
Irdina pandang aku, aku pandang mama. Mama angkat bahu. Ada sesuatu yang tak kena pada along.

Aku renung along yang sedang duduk elok di atas bangku yang disediakan oleh pihak MBKT di Pantai Batu Buruk.
“Kenapa dengan along?”
“Entah, Dina pun tak tahu,” Irdina mengangkat bahu.
Mama dengan ayah aku tengok tengah berasmaradana di bangku yang lain. Amboi, mengalahkan pengantin baru, “Dina, angah nak pergi teman along kejap.”
Irdina mengangguk saja sambil menyumbat burger ke dalam mulut.
Aku atur langkah mendekati along yang merenung kepekatan malam. Nak kata tengok laut, bayang laut pun tak nampak.
“Along,” tegur aku.
Along yang sedang termenung, sedikit tersentak saat aku menegurnya, “Angah, nak balik dah ke?’
“Belumlah. Angah nak duduk sebelah along boleh?”
Along mengangguk saja, “Duduklah.”
Bungkusan burger ayam yang masih panas aku hulurkan pada along, “Burger?”
“Along tak makan malamlah.”
“Amboi, sejak bila pandai diet-diet ni?”
Along tersengih tapi nampak hambar, “Sejak along jadi gemuk ni.”
“Bila masa pulak along gemuk ni? Angah tengok along slim je. Angah ni, yang makin membesar.”
“Angah mengandung, memanglah membesar takkan mengecil pulak.”
“What’s wrong with along?”
“What’s wrong with me?”
“Along P...MS?” Aku jungkit kening.
“Hello, tadi kita berjemaah tu apa?”
Aku garu kepala tak gatal, “Betul jugak.”
“Angah ni entah apa-apalah,” along menggeleng kepala.
“Along ada masalah ke?”
Along tersenyum hambar, “Angah rasa?”
“Macam banyak masalah je.”
“Along... tak tahan dengar suara-suara sumbang yang cakap along ni anak dara tak laku. Along baru 26, angah.”
“Sebab tu along marah Dina tadi?”
“Salah satu sebabnya.”
“O... kay. Ada sebab lain?”
Along senyum. Tanpa suara, cuma senyuman yang dia ukir.
“Why don’t you tell me?”
“Encik Arkitek left me. He left me.”
Aku terkedu. Suara along bersahaja buat aku tergamam. Ayat ‘He left me’ terngiang-ngiang di telinga. Aku tahu cerita Encik Arkitek dengan along. Aku tahu kisah mereka. Aku tahu persahabatan mereka tetapi aku tidak sangka ia sudah berakhir, “How come?”
Along senyum. Masih tersenyum. Seolah-olah dia tidak apa-apa tapi di hati siapa tahu.
“Kan dia sambung Master dekat Australia?”
Aku mengangguk.
“There, he met her and now they were engaged.”
“But I thought...”
“Kami kawan je, angah. Never a lover. Kami letak garisan di atas ikatan, ianya sebuah persahabatan.”
“Along still berharap dengan dia?”
“He’s engaged, dah tak ada apa-apa lagi yang along boleh harapkan.”
“He gives you hope!”
“Tak sebenarnya. Along yang terlebih berharap. Along yang perasan sendiri. He was just... being nice to me. He never had any special feelings towards me.”
“Habis tu, yang suruh tunggu dia tu apakebenda?”
Along angkat bahu.
“Along tutup hati along sejak sekolah menengah sebab dia. Along tolak segala pinangan sebab dia and now you’re telling me he left you?” Aku bersuara, separuh marah. Memang aku marah! Marah sebab Encik Arkitek tu mainkan hati along. Kalau tak nak, kenapa letak harapan? Dulu, setiap kali cuti mesti along akan tayang pelbagai hadiah dari Encik Arkitek. Kalau betul tak sayang, kalau betul tak suka kenapa bagi semua tu kat along?
“Angah! Shush! Mama dan ayah tak tahu lagi. Just keep it low.”
Lagi berbara aku bila along sebut mama dan ayah. Encik Arkitek tu pernah jumpa mama dan ayah sebelum ni! And now he left my along? Shame on you, Encik Arkitek!
“Angah, tarik nafas pelan-pelan. Jangan marah-marah. Not good for your baby.”
Aku hela nafas, “Along tak marah? Along tak sedih?”
“Along marah pun, apa along dapat? Tak ada apa-apa! Dia tetap tak pilih along. Dia pilih orang lain.”
Aku terdiam.
“I’ll get over it.”
“Bila?”
“Soon. Mungkin... along akan minta mama carikan jodoh untuk along.”
Aku pandang along, tak percaya, “Serius?”
“Dua rius!” Balas along, berjenaka sebelum dia kembali menyambung kata, “Tapi ada syaratnya.”
“Syarat apa?”
“Orang yang dipilih mama mestilah along kenal dan tahu budi bicaranya.”
“Amboi, nanti angah beritahu mama!”
“Jangan! Laju je kalau nak cari jodoh untuk along.”
Aku ukir sengih tak bersalah.
“Burger tadi ada lagi?”
Aku ketawa, “Tadi jual mahal. Nah, angah tak makanlah burger along.”
Along capai burger yang aku hulur dengan senyuman. Sedikit manis dari yang awal tadi.

Aku kerling along yang sudah terlena di katil. Dina juga aku lihat sudah terbongkang. Mama dan ayah di bilik sebelah mungkin juga sudah berdengkur.
Aku switch on laptop yang aku letakkan di atas meja solek bilik hotel ini. Dalam menunggu laptop aku ‘hidup’, Blackberry aku capai lalu aku godek-godek isi di dalamnya. Bosan! Itu yang aku rasakan. Naufal tidak menghubungiku. Pesanan-pesanan ringkas juga tiada. Terlupakah dia peperiksaan semesterku sudah tamat? Mungkin.
Sudahnya aku letak Blackberry di sebelah laptopku. Rambutku yang panjang aku ikat tinggi ala-ala penari ballet. Wah, boleh gitu? Laman web Facebook aku buka. Alamat e-mel dan kata laluan aku tulis ditempat yang disediakan lalu butang log in aku tekan.
Tiba-tiba telefonku berbunyi. Lagu Muhasabah Cinta berkumandang kuat. Cepat-cepat aku capai telefon bimbit itu lalu tanpa aku melihat siapa pemanggilnya, panggilan itu aku angkat.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam, tak tidur lagi?”
Terkedu kejap aku. Ni siapa pulak suara romantik ala Aaron Aziz ni? “Er... siapa ni?”
“Insyirah kan?”
“Hoi, siapa ni?! Jangan nak main-main boleh? Karang naya je aku report kat suami aku!”
Tiba-tiba berkumandang tawa di talian sebelah, “Garangnya isteri abang ni.”
“Main-main. Ketuk kejap lagi,” aku memberi amaran dengan suara masih bersisa. Aku sebenarnya pelik, sejak bila suara suamiku menjadi terlebih romantik ni?
“I’m sorry sayang.”
“Naik lorilah!”
“Mama dengan ayah mana?”
Aku tersenyum dengan soalannya, “Dah tidur kat bilik sebelah. Insyirah tidur dengan along dengan Dina malam ni.”
“Eh, tak balik rumah lagi ke?”
“Belum, mama shopping sakan kat Pasar Payang tadi.”
“Oh, okey. Sayang shopping jugak?”
“Tak. Abang buat apa ni?”
“Baru balik kelas. Malam ni nak pergi mengajar mengaji lagi.”
Aku tersenyum, “Baguslah. Pandai abang ye, telefon mama. Telefon along semua suruh ambik angah.”
Aku dengar dia ketawa, “I’m sorry but I can’t stop worrying about you and baby.”
“It’s okay. Abang pergi ajar mengaji dekat masjid ke?”
“Nope. Hari ni pergi ajar budak-budak kecik mengaji.”
“Maksud?”
“Minggu lepas ada sepasang suami isteri dari Malaysia bermastautin di sini. Si suami dan si isteri sambung belajar kat sini. Dah ada anak pun. Tiga orang semuanya, dua lelaki dan seorang perempuan. Mungkin rezeki abang kot, ayah budak-budak tu upah abang mengajar anak-anaknya mengaji.”
“Alhamdulillah, rezeki dari Allah tu. Setiap hari ke?”
“Tak adalah. Setiap hari Isnin dan Rabu.”
“Ayah dan ibu dia?”
“Ada discussion. Dua-dua sekali. Ayahnya cakap coursemate dia orang tetapkan hari yang sama.”
Aku ketawa, “Kiranya abang ni tok guru mengaji merangkap babysitter-lah?”
“Lebih kuranglah.”
Aku ketawa lagi, kini lebih kuat.
“Haip! Tak baik gelakkan abang tau!”
“Okey, sorry. Abang anggap ni sebagai satu practice menjaga budak-budak nanti ye?”
Naufal ketawa, “Abang dah expertlah jaga budak-budak.”
“Ye sangat!” Aku mengejeknya.
“Umi kepada budak pun abang pandai jaga, tau?”
“Mengada! Amboi!!” Aku mengetap bibir.
“Ala, biarlah!”
“Wekkk...”
Naufal ketawa, “I miss you, Insyirah. Demi Allah, abang rindu Insyirah.”
“I miss you too…” Ucap aku.
“Angah! Kalau nak lovey dovey tu, kasi slow sikit, eh? Dina nak tidur pun tak senang.”
Terdiam sekejap aku kena sound tiba-tiba dari Dina.
“Dina sound ye?” Dia ketawa.
“Diamlah. Ni semua abang punya pasal.”
“Eh, tak memasal abang yang kena. Insyirah ni nak kena ni.”
Aku ketawa.
“Angah!” Serentak dua suara menegur aku. Oops, I did it again!
Dan orang di talian sana dah ketawa terkekeh-kekeh.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik yang sudah agak lama aku tinggalkan. Bilik aku ini tampak kemas meskipun sudah berbulan-bulan aku tidak pulang. Mungkin mama sudah mengerah tenaga Dina untuk mengemas bilikku ini. Aku pandang dinding yang bercat biru laut. Ada tergantung gambar perkahwinanku. Gambar di mana Naufal berbaring di ribaku dan aku menggenggam tangannya yang ada di pipiku.
“Udah-udahlah merenung gambar tu. Takkan dia hidupnya,” tersentak aku ditegur mama.
“Mama ni, terkejut angah.”
“Ni beg angah. Rehat-rehatlah. Kesian baby tu.”
“Okey, mem!” Aku angkat tabik hormat. Mama menggeleng saja sebelum berlalu.
Aku berjalan menuju ke meja study. Di bawah pembalut meja aku yang lutsinar, ada sekeping gambar. Ada aku, Jue dan Ash di dalam gambar tersebut. Bibirku terukir senyum yang tiada perisa. Ada sebu tiba-tiba. Aku rindu Jue. Aku rindu Ash. Aku rindu saat kami semua seperti dulu. Siapa di antara kami yang berubah sebenarnya?
Gambar itu aku tarik keluar. Ada coretan ringkas di belakangnya. Kolam mata terasa panas. ‘One for All, All for One. The Three Musketeers ;)’
Aku segera meletakkan kembali gambar itu ke tempatnya. Sebak dah mula mengepung dada. Ya Allah, kuatkan aku. Kau berikanlah yang terbaik untukku dan sahabat-sahabatku. Kau bukakanlah hati Ash untuk Jue, Ya Allah.
Air mata aku kesat. Perlahan aku melangkah ke katil. Aku rebahkan badan. Perutku yang separuh memboyot aku usap. Baby, teman umi ye? Umi tak kuat sekarang, umi nak abi tapi abi jauh. Umi ada baby je. Baby tolong umi jadi kuat ye. Dan tanpa aku pinta, air mataku menitis lagi. Ah, cengengnya aku sekarang!

Bersambung....

p/s: skill menulis saya dah dah teruk. minta maaf dan ampun semua kalau entry kali ni tak best dan lain-lain.dan saya minta maaf jugak sebab dah lama tak publish entry.macam2 masalah menimpa dan saya tak berapa nak kuat sangat nak hadapinya.doakan saya ye :)

35 comments:

  1. #nurul jannah#
    kak wawa.. bestt laa.. naufal masih romantik mcam duluuu.. x dak yang kurang ponn.. hehe..terbaikk/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you jannah <3 tapi akak tetap rasa ada kurang tapi tatau kat mana -.-

      Delete
  2. Terbaek ah naufal! He s protected!
    Skill ada lg dun wori. ;)
    All thee best ~ looking forward for next

    ReplyDelete
  3. still best... x de kurang... x pe take ur time.... slow n steady ^_^ thanks kak najwa for the entry.... wish u luck
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih song hyun sun, pray for me ye dik :)

      Delete
  4. okay je entry ni. sabarlah ye najwa. insya'Allah pasti akan ada jalan penyelesaiannya utk semua masalah awak. amiinn. apapon best citer ni. gud luck and smoga sukses k. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, masih ada yg kurang.hehe...amin, insyaAllah.terima kasih

      Delete
  5. xde hal...be strong, be good, pray 2 Allah owanys n pasti u akan tabah menghadapi segala dugaan yang melanda tu...okiess...pelan2 kayuh...skill 2 akan datang balik nanti x yah risau...

    ReplyDelete
  6. #Ainnan#

    Lama tunggu n3 nie..memang best la citer nie..suka3x..wait for the next n3..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sorry for the late entry....terima kasih sbb baca DI :)

      Delete
  7. Dont worry ok jer

    Naufal amat bertanggungjawab..
    Sungguh x sabo nk tau konflik manjer..hihihii xmo sadis ye wawa..

    ReplyDelete
  8. Setiap ujian itu adalah tarbiyyah pada kita. Nice job! always romantik as usual la dik...

    ReplyDelete
  9. ok je la. especially masa insyirah marah en arkitek exbf along. mcm tu jugak la saya rasa kalau dipermainkan org.
    tabahkan hati ye dik, dugaan tu akan dtg dlm pelbagai bentuk. but i know that u r strong. insyaAllah your Abah akan sihat. jgn anggap dia sakit sgt, treat him mcm dia tak sakit sebab org tua ni dia tak suka kalau dia rasa helpless. abah akak ada penyakit bronkitis (paru-paru), setiap kali pergi check up mesti doktor kata paru-paru dia cuma berfungsi less than 45% dan doktor hairan mcm mana dia masih boleh hidup lagi. sentiasa doakan kesihatan dia & akak akan berdoa abah najwa akan sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, insyaAllah.terima kasih kak...sy cuba tabahkan hati :)

      Delete
  10. akhirnya setelah berminggu-minggu tggu... Cik penulis jgn risau la entri kali ni masih terbaik.. Hope cik penulis akan terus berkarya dan kuat menempuh segala cabaran dan dugaan yea :)

    ReplyDelete
  11. umi insyirah..kakak nora ada nih, diam eh jgn cengeng2 tau, xelok utk baby *ngeeeeeeeeeeeeeee*

    ReplyDelete
  12. terubat juga rindu kat Insyirah dan Naufal... Naufal seorang yang bertanggungjawab, sayang Insyirah teramat ... so sweetttt ... kasihan Along... semoga Along lebih tabah... nak lagiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kak sue, biasalah.hectic student life, masalah keluarga, semua dtg sekaligus. nasib baik boleh handle lagi.Alhamdulillah :)

      Delete
  13. Alhamdulillah.. Tetap best wawa.. Ada masalah ke? Tenang kan hati yer.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :), masalah keluarga. doakan keluarga sy :)

      Delete
  14. lamenye tgu en3 cik writer keke,.dun wory la skill menulis xtumpul lg keke,.wil wait for the next en3^^

    -biena-

    ReplyDelete
  15. ngeee.. aku masih mampu tersenyum bc entry ko nihh.. hope ko tetap kuat n tabah nk berdepan dgn pancaroba dunia... hidup ini bukan dicipta untuk memudahkan manusia kan.. so bertabahlah.. =) btw kesian pulak kat along.. sob sob sob.. hope so dia dpt pengganti encik arkitek..

    ReplyDelete
  16. as usual...best.....
    najwa, moga tabah dan sabar dlm menghadapi segala dugaan....

    ReplyDelete
  17. najwa keep writing ya.. semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  18. salam kak najwa..cpt la next n3..xsbr dah nk tau ksh naufal dgn insyirah...hehe..nice job k.najwa

    ReplyDelete
  19. cepat lah kak najwa post lg.. ta sbr nie

    ReplyDelete
  20. bila sambungan ni...lama dh menunggu.

    ReplyDelete
  21. I don’t be aware how I finished up here, however i think this article is surprising.
    My spouse and i don’t recognize what you do however definitely you'll be described as a well-known writer, discover presently.
    Take a look at my blog :: Criminal Background Check

    ReplyDelete