Tuesday 4 September 2012

Bukan Cerita Aku


Aku labuhkan punggung ke atas birai katil. Mood aku teruk malam ini.  Aku nak cakap dengan dia. Nombor Celcom itu didail. Salam aku beri setelah panggilanku berjawab.
Aku tanya. "Tengah buat apa?"
Dia diam sebelum menjawab. "Tengah buat..."
Tiba-tiba kawan dia menyampuk dari belakang. "Satgi kol balik awek hang. Kata hang ada kerja."
Dia gelak. "Aku tengah buat kerja. Aku dekat pejabat lagi ni."
Aku terdiam sebelum kembali bersuara. "Oh, okey."
"Kenapa?" Dia tanya.
"Tak ada apa-apa." Aku tipu. Aku tak nak kacau dia buat kerja.
Dia diam sekejap. "Kenapa ni?"
"Tak ada apa-apa. Pergilah buat kerja tu." Aku pura-pura ceria.
"Okey. Kejap tau. Nanti aku mesej kau."
"Okey. Bye." Dan aku matikan talian. Tapi aku ukir senyum. Dia tahu bila aku ada masalah sebab tu aku sayangkan dia. Dia kenal aku macam mana. Aku sayangkan dia. Dia kawan baik aku.
Dan betul, lewat malam itu dia mesej aku.

Aku kerling jam telefon bimbit. Sudah pukul 9.00 malam. Dia ke Seremban. Aku risaukan keselamatan dia. Sungguh, satu hari ni aku tidak dapat apa-apa berita dari dia. Telefon bimbit aku capai. Nombor dia aku dail. Tidak berangkat. Masuk voice mailbox. Sungguh, aku teramat risau.
Satu mesej masuk.
‘Apahal? Aku ada dalam kereta lagi ni. Dah on the way balik.’
‘Aku risaulah.’
Seminit kemudian,
‘Aku sampai nanti aku mesejlah kau. Jangan risaulah.’
Aku ketap bibir. Sungguh lelaki ini tidak mengerti hatiku.
Lima jam berlalu, masih tiada berita darinya. Aku garu kepala. Telefon aku capai.
'Lambat lagi ke?' Mesej itu aku hantar.
Dua minit kemudian,
'Aku dah sampai. Dah siap nak tidur pun.' Balasannya itu buat aku terkedu sendiri.
Entah kenapa, aku terasa dengan dia. Air mata bertakung di birai mata.
'Tadi cakap nak bagitau, aku tunggu kau lama kot.'
'Ni kan dah bagitau.' Balasnya pula
Sungguh aku terkilan, kecewanya dengan sikap dia. Aku lebih kecewa dengan sikapku. Ternyata, aku terlalu percaya dengan kata-katanya sedangkan dia tidak memaknakan apa-apa.
'Kau nak apa? Aku takut aku tertidur ni.' Mesej dari dia sampai sekali lagi.
'Tak ada apalah. Kau tidur jelah. Good night. Salam.' Butang send ditekan dan air mata turut turun. Sungguh, aku kecewa.
'Nite. Sorry. Aku malas nak pujuk-pujuk.' Dia membalasnya.
"Go to hell with your sorry!" Dan aku terus tersedu-sedu menangis.

"A." Dia tiba-tiba bersuara.
"B." Balas aku.
Dia ketawa. "C"
Dan kami terus bermain ABC sampai ke abjad yang terakhir, Z.
"Y." Dia ketawa, gembira agaknya bila kelakuan kami tidak ubah seperti kanak-kanak tadika.
Aku turut ketawa. "Z."
Dia menjerit kesukaan. "Yeay!! Pandai!!"
"Yeay." Aku turut menjerit.
"Weh, nak bintang."
"Kenapa nak bintang pulak dah ni?"
"Kan dulu waktu tadika, kalau pandai cikgu bagi bintang."
"Okey, nanti aku lukiskan untuk kau." Aku ketawa. "Kau nak berapa?"
"Tiga."
"Kenapa tiga?"
"Sebab..." Dia ketawa. "I ♥ You."
Aku tersedar. Aku mimpi rupanya. Aku raup muka. Tak mungkin dia akan katakan cinta pada aku. Sungguh, otak aku dah tak betul. Aku capai telefon. Sudah pukul 8.00 pagi. Ah, aku terlepas subuh. Kena qada’ nampaknya. Aku bangun lalu aku capai tuala di ampaian. Aku baru teringat aku ada test pagi ni. Ish, ni semua gara-gara dia. Aku cepat-cepat melangkah ke bilik air.

Argh!! Tensionnya! Test tadi satu apa aku tak boleh jawab.
“N, kenapa ni?” K, budak bilik aku bertanya.
“Aku tak boleh nak jawab test tadi. Blank!” Aku rasa nak menangis pun ada.
K budak jurusan lain. Aku jurusan lain. Mungkin dia tidak faham apa yang aku rasa.
“Chill. Jangan sedih macam ni. Kau kena kuat. Ni baru test, N. Belum final exam lagi.”
Aku garu kepala tak gatal. “Aku rasa nak menangis.
“Pergi ambil wudu’, baca al-Quran. InsyaAllah, it’ll be the best medicine.”
Aku angguk. “Thank you, K.” Dan aku terus melangkah ke bilik air.
Usai aku baca al-Quran, K menegur. “Kau sebenarnya bukan serabut pasal test pun, kan?”
Aku diam saja. K ni, macam tahu-tahu saja.
“Kau dengan dia sekarang sedang meniti di sebuah ikatan yang bernama persahabatan. Kau tak boleh terlalu berharap pada dia, N.”
“Tapi aku dah tersuka dia.”
“Itulah masalahnya. Tapi korang berdua sudah berkawan baik sejak kecil.”
Aku angguk kepala. Itulah hakikatnya. Sudah lebih 20 tahun kami bersahabat. Kami mulanya berkawan di kelas mengaji Tok Ayah dan sampai ke sekolah menengah. Ketika dia di Tingkatan 4 dan aku di Tingkatan 3, dia dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Aku lepaskan dia pergi walaupun berat hati. Ketika itu, baru aku mula merinduinnya. Dulu, pernah orang menggosipkan kami berdua tapi kami buat tak tahu saja. Kerana kami tahu apa perasaan kami masing-masing tapi setelah berpisah sekolah, baru aku sedar. Aku memang menyukai dia! Setelah berpisah sekolah, sesuatu yang lebih teruk terjadi. Aku terpaksa berpindah ke negeri di utara Malaysia. Aku pergi tanpa aku sempat memberitahunya. Cuma sepucuk surat yang aku titipkan buat dia.
Ketika aku di Matrikulasi, aku terjumpa Facebook akaunnya. Sungguh aku terkejut, sahabat baik aku itu telah melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Dulu ketika kami masih kanak-kanak, kami berdua telah berjanji untuk ke UK bersama tapi sayangnya janji itu tinggal janji apabila result SPM aku tidak sebaik mana. Aku beranikan diri untuk menjadi kawannya di Facebook dan tanpa disangka, aku telah di-approve selang beberapa minit aku meminta untuk menjadi kawannya. Dan tegurannya yang pertama di Facebook adalah, ‘Hei, budak kecik! Aku rindu kau!’ dan aku terus menangis. Sungguh, aku gembira dipertemukan dengan dia kembali.
Dan kini, dia telah pulang ke Malaysia dan memegang jawatan sebagai seorang arkitek di syarikat pembinaan yang terkemuka manakala aku menjadi pelajar tahun akhir di Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Teknologi Makanan. Sebenarnya sudah lama kami tidak bertemu muka, sejak dari dia pindah sekolah. Pernah kami buat janji untuk berjumpa ketika dia pulang bercuti dari UK tapi janji itu terpaksa aku batalkan kerana ada hal yang tidak dapat aku elakkan dan sehingga ke hari ini, kami tidak pernah membuat sebarang janji untuk bersua.
“N, kenapa?”
Aku tersentak namun aku tetap ukir senyum pada K.“Tak ada apa-apa.”
“Kau dengar tak apa aku cakap tadi?”
Aku geleng.
“Aku kata, baik kau jangan letakkan apa-apa harapan pada dia. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah akan bersatu jua akhirnya.”
Dan aku cuma mengangguk.
Malam itu, sedang aku melepak dengan teman serumahku telefon aku berlagu namun aku tidak segera berlari mencari telefon seperti selalunya kerana aku tahu itu dari dia. Ringtone itu telah aku setkan khas untuk dia.
“N, telefon kau berbunyilah.” L yang sedang asyik menonton Om Shanti Om bersuara.
“Ala, nanti dia diamlah.”
K pandang aku. “Angkatlah telefon tu, mungkin ada hal penting agaknya.”
Aku angkat bahu. “Malas.”
“Kau merajuk dengan kawan baik kau, ke?” P pula bersuara.
Aku geleng. Hailah, housemate ku ini memang kepoh sikit.
“Angkatlah kalau gitu.” P menggesa lagi.
“Shush! Aku nak tengok Shah Rukh Khan.” Aku letak jari telunjuk di mulut.
“Ha, N ada ni ha! Tengah tengok Om Shanti Om. Sekejap ye.” Suara W yang bercakap telefon buat aku rasa nak ketuk kepala aku kat dinding.
W hulur telefon jenama Samsung itu pada aku. “Nah, kau jangan nak cakap apa-apa. Lain kali kalau tak mau angkat, telefon kasi silent ye mak cik?”
Aku sumpah seranah W dalam hati. Ada ke pergi cakap kuat-kuat yang aku tak nak angkat telefon. Kantoi sudah!
Aku berlari ke dapur, meninggalkan mereka yang sedang asyik menonton Shah Rukh Khan yang sedang menari. “Hello, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Seronok kau tengok Hindustan sampai tak nak angkat aku call.”
Aku angkat kening. Suara dia yang sinis itu buat aku geram. “Jadi? Kau nak apa ni?”
Suara itu ketawa. “Kau marah aku?”
“Heh, ada apahal aku nak marah kau?”
“Kau merajuk dengan aku?”
“Heh, ada apahal aku nak merajuk dengan kau?”
“Tadi pagi kau ada test, kan?”
“So?”
“Aku minta maaf sebab tak wish good luck dekat kau.”
“Lepak sudah. Benda kecik je kot.”
“Aku tau kau marah.”
Aku hela nafas panjang. “Aku tak marah. Serius. Mungkin aku ada terasa sikit tadi, dan juga pasal yang semalam tapi apa ada hal? Kita kawan kan.”
“Maksud?”
“Aku tak patut terasa hati padahal kita kawan je kot.”
Dia diam di talian.
Aku ketap bibir. “Okeylah, weh. Aku nak pergi sambung tengok Om Shanti Om. Ada apa-apa nanti, bagitaulah. Assalamualaikum.” Dan aku matikan talian. Mata terasa hangat. Aku telah jarakkan hubungan kami, kerana aku tak nak aku terus menaruh harapan pada sesuatu yang tak pasti.
Satu mesej masuk kemudian.
‘Sorry if I hurt you tapi semalam aku betul-betul penat. Please don’t cry, baby.’
Aku delete mesej itu. Aku sakit saat dia panggil aku baby. Kenapa dia mesti buat benda yang menyakitkan aku? Kenapa? Dan aku terduduk di lantai dapur.

Selalu hari-hariku ditemani mesej darinya tetapi sejak peristiwa hari tu, sudah tiada lagi mesej mesra antara kami berdua. Rindu? Mestilah aku rindu dia. Dia cinta pertamaku tapi mungkin dia tidak akan jadi yang terakhir untukku.
“N, kau tak ada kelas hari ni?”
“Tak. Kenapa?”
“Aku nak keluar ni, nak ikut?”
Aku geleng dengan pelawaan W, “Aku ada report yang kena aku siapkan. Kau pergi jelah. Have fun.”
W mengangguk dan terus keluar dari rumah. W, teman serumahku yang selalu outing. Mungkin dia biasa begitu tetapi tidak aku. Aku lebih suka duduk di rumah.
Telefon bimbitku berbunyi, nada pemanggilnya menandakan datangnya dari dia. Aku teragak-agak untuk mengambil panggilan tersebut. Kalau aku angkat, kemungkinan untuk kami rapat semula amat tinggi tetapi kalau aku biarkan saja,  aku yang menanggung rindu. Ah, angkat sajalah.
“Hello, assalamualaikum.”
Senyap.
“F, kau diam kenapa ni?”
Masih senyap.
“Kalau kau diam, aku letak terus oi!” Aku bersuara, garang.
“Relakslah wei! Emo je lebih.”
“Dah kau diam. Nak main-mainkan aku pulak.”
Aku dengar dia ketawa.
“Hah, gelaklah! Gelak!”
“Alala... merajuk ye?”
“Eh, tak ada masa nak merajuk dengan kau! Kau bukan nak pujuk aku pun!” Oopss! Aku sudah terlepas kata.
“Ni nak pujuklah ni.”
“Tak payah, dah basi!” Aku ketawa.
Dia turut ketawa, “Sampai hati kau tak mesej aku, tak telefon aku. Aku rindu tau?”
“Kau nak rindu aku? Menipu gila! Kau kalau setakat nak menipu aku, tak payahlah der...”
“Aku serius ni.”
“Whatever!”
“N...” Meleret saja dia memanggil aku.
“Apa?”
“Kau marah aku lagi?”
“Tak dah. Kita bukan budak-budak hingusan lagi.”
“So, friends?”
Aku senyum dengan pertanyaannya, “Of course, you dummy!”

Minggu peperiksaan akhir sudah tiba. Aku memandang sekeliling bilik aku. Budak bilik aku dah tidur, cuma tinggal aku saja yang sedang mentelaah pelajaran. Mengantuk pulak aku tengok budak bilik aku tidur. Rasa macam nak pergi bergelumang dengan katil saja. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Itu dia, si penemanku di malam hari sudah muncul.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Hai, lemahnya suara?”
"Mengantuk." Aku mengadu. Nota yang ada di depan mata tidak dipedulikan.
"Tidurlah kejap." Dia bersuara.
"Aku tak habis study lagi."
"Bangun pagi-pagi."
"Aku tak mampu."
Dia ketawa di talian. "Aku tak mampu." Suaranya mengejek.
Aku ketap bibir. "Kenapa ajuk aku?"
"Sayang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan."
Aku terdiam. Dia panggil aku sayang? Tolonglah jangan dera hati dan perasaan aku lagi, wahai lelaki.
"Kenapa kau diam?" Dia bersuara. Separuh risau.
"Aku...er... aku tertidur." Aku menjawab, perlahan. Semoga dia tidak sedar aku menipu.
"Ha, pergilah tidur dulu. Nanti aku kejut."
Aku mengiakan saja sebelum aku mematikan talian. Aku pegang dada. Nyata, debaran itu masih ada. Masih terkesan dengan tuturnya yang lembut.
Wahai F, kalau benar kau sukakan aku, lafazkanlah. Jangan biar kutertunggu-tunggu seperti ini.
 
Yahoo! Minggu peperiksaan sudah berakhir! Aku sudah bebas akhirnya! Bebas dari tekanan pelajaran.
Aku keluarkan telefon bimbit dari beg bimbit aku lalu aku dail nombor mama.
“Ma, achik dah habis exam! Hahaha!!”
“Amboi, sukanya dia.”
“Mestilah. Mama, achik balik nanti masak yang sedap-sedap tau.”
“Yelah,” aku dengar mama ketawa, “Achik.”
“Ye ma?”
“Achik kawan lagi ke dengan F?”
“Mestilah, kenapa mama?”
“Kawan special ke tak special?”
“Eh, kami kawan baik je mama!”
“Ye ke ni?”
Aku ketawa tawar dengan soalan mama itu, “Mama, kami tak mungkin ada apa-apa. Dia bukan suka dekat achik pun.”
“Mana achik tahu?”
“Achik tahulah. Okeylah, ma. Nanti achik call mama lagi.”
“Yelah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam...” dan aku matikan talian.
Mama, terlalu berharap aku dengan dia tapi itu tidak mungkin. Dia bukan suka aku.
Telefon yang ada dalam silent mode, bergetar. Namanya tertera sebagai penghantar mesej.
‘Jom lepak sebelum kau balik kampong. Aku nak JUMPA kau! J
Aku mula menaip mesej dengan laju, ‘On, bila dan dekat mana?’
Aku tekan butang send. Aku harap kali ini, aku benar-benar dapat berjumpa dengannya.

"Nak kopi?" Tanya dia.
Aku angguk saja. Kekok rasanya bila bertemu dua mata dengannya. Hati rasa lain macam saja. "Nak latte ais."
Dia senyum, cuba tahan tawa sebenarnya. "One black coffee and one ice latte, please."
Aku suka tengok senyuman dia. Nampak nakal, tak nampak seperti lelaki yang berusia 24 tahun tapi aku tak berani renung dia lama-lama, takut aku cair.
Lima minit kemudian, air yang kami pesan tiba.
"Kau tau tak..." Dia renung aku.
Aku geleng.
Dia ketawa. "Aku suka kopi."
Aku kerut dahi. "Kenapa?"
"Sebab dia pahit." Dia hirup kopi yang masih berasap sebelum kembali memandang aku. "Tapi dalam pahitnya kopi, ada manisnya juga."
Aku angguk saja. Satu habuk pun aku tak faham maksud dia.
“Macam cinta, kadang pahit. Kadang manis.”
Aku mengangguk lagi. Masih tidak faham.

"Kau kekok, ye?"
"Diamlah kau!" Aku mencerun.
Dia ketawa. Nampak lesung pipit di pipi kanannya. Comel.
"N, aku nak cakap sesuatu ni."
Aku angguk. "Cakaplah." Ice latte aku hirup rakus.
"Aku dah kerja dekat setahun."
Aku angguk. "Jadi?"
"Aku cadang nak kahwin."
Zup! Terus aku pandang dia. Kalau dia kahwin, aku macam mana?
"Kahwin dengan siapa?" Aku hirup ice latte. Aku tak nak angkat muka. 'Aku tanya je. Kalau kau tak nak jawab pun tak apa.' Desis hati aku
Dia seluk poket seluar dan dia keluarkan sesuatu. "Sudi tak kau kahwin dengan aku? Jadi Hawa aku?"
Dan wajahnya basah dengan ais latte yang tak sengaja aku semburkan ke wajahnya.
“N!” Dia menjerit dengan ketawa manakala aku sudah terasa bahang di wajah.

Tinggal lagi sebulan sebelum majlis pernikahan kami. Tidak aku sangka, dia turut menyimpan rasa yang serupa cuma dia kaburkan saja semua itu kerana dia tidak mahu jadi penghalang pada cita-citanya. Dia takut andai dia meluahkan cinta, aku terbuai-buai di awangan sehingga melupakan pelajaran.
Telefon berlagu tiba-tiba. Panggilan dari dia.
“Assalamualaikum.”
“Amboi, lajunya angkat telefon.”
“Eh, biarlah.”
Dia ketawa, senang hati agaknya dapat mengusik aku, “N.”
“Ya?”
“Aku rindu!”
“Siapa?” Tanya aku, malu-malu.
“Kucing dekat rumah kau!” Dan dia ketawa.
“Bencilah kau ni!” Aku merungut.
“Eleh, yang kau benci nilah bakal jadi suami kau.”
“Eleh, entah jadi entah tak.”
“A’ah, kan? Entah jadi entah tak kita ni.”
“Hah! Tu dah mula nak mengarutlah tu.”
“Eleh, kau yang start dulu.”
“Booo~~”
“Kerja nak booo aku je.”
Aku ketawa dengan kata-katanya. Sungguh aku rasa bahagia.
“N...”
“Ye?”
“Dengar ni...” dan aku terus terdengar bunyi petikan gitar.

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
 Sungguh menyayangi setulus hatiku

Aku menangis, terharu. Lagu Tuhan Jagakan Dia itu benar-benar menyentuh hatiku.
“Kau menangis, ke?”
Aku diam. Tak mampu nak menjawab.
“Jangan menangis, please. Aku tak nak dengar kau menangis.”
“Kaulah! Buat aku hujan malam-malam ni.”
Aku dengar dia ketawa, “N.”
“Hmm...”
“Janji dengan aku.”
“Apa?”
“Apa pun yang terjadi, kau kena kuat. Kau jangan selalu cengeng macam ni. Kalau aku tak ada nanti macam mana? Sentiasa tabah, N.”
“Benda apa kau mengarut ni?”
“Aku serius, N. Apa-apa pun yang jadi, ingat pesan aku tu dan jangan pernah lupa, aku cintakan kau sepenuh hati aku.”
“Aku akan ingat, F. Sentiasa ingat.”
“Kalau aku tak ada, kau jangan sedih-sedih tau. Tuhan akan jaga kau, insyaAllah.”
“Apa kau mengarut ni?”
“Entahlah! Huarghh!!” Aku dengar dia menguap, “Otak aku dah wenglah sayang.”
“Mengada.”
“Aku tidur dulu, ye? Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam,” dan talian pun mati. Kenapa dengan F malam ini? Suka bercakap yang tidak-tidak.

Aku berlari, mencari bilik yang menempatkan dia. Aku mahu lihat dia! Aku mahu jumpa tunang aku!
“Achik, sabar! Kita tanya dekat kaunter.”
Aku lihat along ke kaunter pertanyaan, menanyakan bilik yang menempatkan F. Mataku terasa sedikit pedih kerana menangis sejak aku terima panggilan dari ibu F mengenai kemalangan yang menimpa F. Kereta F dirempuh dari arah bertentangan dan dia cedera parah!
“Mari, achik! Dia di wad kecemasan,” aku segera meninggalkan ahli keluargaku. Aku ingin berjumpa dengannya. Aku ingin melihat senyuman manisnya. Dari jauh, aku terlihat keluarga F sedang duduk di depan pintu wad kecemasan. Segera aku mendekati mereka.
“Ibu?”
“N.”
“Mana F ibu?”
“Masih ada di dalam, N. Ibu takut apa-apa jadi pada dia.”
“InsyaAllah tak ada apa-apa yang akan jadi ibu. Sama-sama kita doakan dia,” pujuk aku padahal aku sendiri takut perkara seperti itu akan terjadi. Aku tidak sekuat yang aku tunjuk pada ibu.
Tiba-tiba pintu wad kecemasan terbuka, aku segera bangun.
“Maafkan kami puan. Kami dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Encik F...” tak sempat aku dengar semua butir-butir ayat doktor itu, aku terasa duniaku gelap. Aku rasa duniaku kosong. Di telingaku cuma terdengar pesanannya yang terakhir semalam.
“Apa pun yang terjadi, kau kena kuat. Kau jangan selalu cengeng macam ni. Kalau aku tak ada nanti macam mana? Sentiasa tabah, N.”
Aku tak mampu, F. Tak mampu tanpa kau disisiku...

Aku menyiram air di atas pusara arwah tunangku. Sudah hampir dua tahun peristiwa itu berlaku namun aku masih belum berupaya melupakan dia. Hatiku juga sudah tertutup untuk mengenali apa itu cinta kerana hatiku sudah dia bawa bersamanya, berjumpa Yang Esa. Dia, cinta pertamaku meninggalkan aku sebulan sebelum majlis pernikahan kami. Kami terpisah kerana Tuhan lebih menyayanginya. Pesanan terakhir arwah masih aku ingat. Cincin tunang kami, masih aku pakai. Kenangan kami, tidak pernah aku buang. Segala-galanya masih disitu, tidak pernah kusentuh. Sekarang, kopi hitam kegemarannya menjadi kegemaranku jua. Benarlah katanya, kopi itu seperti cinta. Kadang ada manisnya, kadang ada pahitnya. Wahai F, damailah kau di sana bertemankan Dia Yang Esa. Sesungguhnya Dia lebih menyayangimu dari aku. Janganlah kau risau padaku. Aku sudah tidak secengeng dulu. Aku mampu buat segala-galanya sendiri tanpa kau disisi. Aku sudah tabah, F. Kehilangan kau buat aku lebih tabah menghadapi dunia. Terima kasih atas segalanya, F. F, cerita ini aku ceritakan bukan kerana ini cerita aku tetapi kerana ini cerita kita. Selamanya, milik kita.

p/s: Ini bukan cerita saya tapi cerita ini, saya abadikan untuk dia, kawan baik saya tapi mungkin kerana keegoan kami berdua, kami berdua sudah tidak seperti dulu. Dia masih ada. Masih bernyawa dan mungkin sedang bahagia tanpa saya di sisinya. Saya seperti N, terlalu bergantung pada dia dan bila dia tiada, saya lemah. Saya lembik. Saya pura-pura gembira tapi hati saya berduka. Benar kata F, cinta itu seperti kopi. Ada pahitnya, ada manisnya. Persahabatan juga seperti kopi. Kadang pahit, kadang manis, ada masa kita gembira bersama, ada masa kita sedih bersama. Keegoan saya, keegoan dia buat kami terpisah jauh. Kata maaf, dilontarkan namun tiada balasan. Saya dah cuba turunkan ego, tetapi tidak dia. Jadi saya sudah kalah. Saya sudah tak mampu lakukan apa-apa lagi untuk pertahankan persahabatan ini, satu-satunya yang boleh saya lakukan sekarang, cuma mendoakan kebahagian dia :')

37 comments:

  1. Replies
    1. sedih ke? jangan sedih2, biar sy je sedih :)

      Delete
  2. sungguh..awak mcm saya..kerna kesilapan sya, dia jauh..kami jd bkn sprt dulu, bila bersama blh gelak, blh gaduh..skrg sya hanya mampu doakan dia blh maafkan silap sya, dan jd sprti dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm...itulah...walaupun baru beberapa hari, saya dah rindukan dia...dia yang kuat mengusik, dia yg sinis, dia yg kadang2 manis, hahaha...sy tak tahu di mana silapnya, mgkn mmg slh sy.dia keras kepala, sy pun keras kepala. sepatutnya sy mengalah tapi sy jirus minyak atas api, yang terbakar di akhirnya sy :'(

      Delete
  3. sedih sgt.
    bila baca description dr writer kat bwh tu lg sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih ke?huhu...tak sedihla cerita sy...cerita N tu yg sedih :)

      Delete
  4. Best tapi sedihnya...π_π
    Air mata dah meleleh,siapa nak tanggungjawab ni??? o_O

    ReplyDelete
  5. npe sdih sgt nie weh....hukhukhuk...:'(

    ReplyDelete
  6. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa awat buat citer sedey cmni. x psl2 hjn renyai2 kat shah alam ni. ciannya kat N pelamin angannya musnah di tengah jalan. bertabahlah N tuhan lebey sygkn F sob sob sob.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...sekali sekala buat cerita sedih..hehehe...N akn sentiasa tabah, InsyaAllah :)

      Delete
  7. hoi najwa, citer yg plg dekat dekat dgn citer ak..yg ko g repeat memori lame ak ni knp? ha3... by d way best mcm bese...

    p/s:- tibe2kn hu3 (Arda rindu die jugak...semoga aman di sisiNya amin...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh yeke?tak sengaja...huhuhu...sorry2...sama2 kita doakan dia di sana :)

      Delete
  8. Replies
    1. hukhuk....kadang2 kita perlu menangis untuk mencuci mata

      Delete
  9. nk nanges..sob3..aq da agak daa ni msti cter psl ko .haha!
    nice story beb..awal2 cter cm sweet je..huhu..
    btw dun cry baby~ :PP

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngok ngek gila...nampak tak tajuk tu bukan cerita aku...hahahaha...tq cik lia...awal2 kita kasi sweet, blakang2 kita bagi org leleh...xpyh nk dont cry baby sgtla! :P

      Delete
  10. cerita ni telah diubah suai ke??? x tipu cerita ni sedih tau... bercinta lama.... tapi bila dah dapat sekelip mata sahaja dah hilang .... pergi dan x akan kembali... huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. diubah suai?tak faham...hehehe...cerita ni seawalnya sy nk buat happy ending tapi di akhirnya sy tukar fikiran....

      Delete
  11. alahai ingt hppy ending td.. ubah suai buat hppy ending plak..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak happy ending ye? oke :), bagi saya masa utk buat yg happy ending pulak :)

      Delete
  12. sad ending rupenye...hmmm
    kate2 akhir tu buatkan sy igt kat die..n kerana ego juga hubungan lebih 11tahun kami putus...masih mngharapkan dia lg?? mugkin ya.. tp still doakan hepi ngn khidupan nya sekarang...huhhh how i miss him demm much.. ;(

    ReplyDelete
  13. speechless..... cinta sejati membawa ke mati....manusia hanya mampu merancang....Allah menentukan segalanya...

    ReplyDelete
  14. hwaaaaaaa..... sedih..... T_________________T
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  15. Sounds like my dear friend. She suffer a lot. Evonthou i could not agree with girls hoping for their male best friend, but i could understand. Dont gorget him, just find your own happiness. If you really love him, u should move on because this kind of feelings will only makes him feel bad.

    ReplyDelete
  16. best..sedih..tp nama len kali jgn laa guna huruf jer..nnti confius ..sbb bila nk feeling lebih2 x jadi..

    ReplyDelete
  17. In Sya Allah ade yang lebih sesuai dengan awak...setiap org ade psngan msing2..janji Allah pasti..n maybe hidup awk lbh smpurna tanpa F..hanya Allah yang tahu..be strong Ulfah (i like that name =))

    ReplyDelete
  18. huhu... terasa macam kita plak dok tempat N tu..sedey..

    ReplyDelete
  19. sedihnyer...terasa berada di tempat N..

    ReplyDelete
  20. penulis.... sentap... ye, sama seperti saya... tanpa mengetahui di mana silapnya... kami terputus kawan begitu sahaja... sedangkan saya sayangkan dia sebagai sahabat yang paling memahami saya... saya sendiri penyokong kepada perempuan yang dia suka... hehehe... buat luahan pula... peace (Y)

    ReplyDelete
  21. Sama mcm kisah saya..saya ada kwn baik lelaki yg btoi2 memahami..slalu bgi kata2 semangat,slalu temankan saya stay up,otp lama2 padahal x bercinta pun.time plkn pun ,dia ada kol saya ,smbg2,saya syg dia dan dia pun syg saya tpi bkan cinta la tpi lepas spm sumanya brubah,dia mghilang mcm tu ja ,no.tel tkaq saya sedih pikiaq kmi dh x mcm dlu.kwn saya pernah kata yg kwn baik saya tu suka saya lebih dri kwn .saya pikiaq x mgkin mcm tu.sbb kami jnji walau suka sesapa pun msti bgitau..jgn diam diri..smpai skrg saya dh x contact dia.dia pun mcm x peduli ja.mgkin dia ada awek.Dan awek dia marah kot bila taw yg dia ada kwn baik neh..jujur saya sedih bca kisah di atas sbb sama mcm kisah saya.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. dulu, saya ada kawan lelaki mcm tu. yang memahami. yang selalu ada di saat saya memerlukan. dan mungkin ada sedikit rasa cinta di antara kami. tak tahu mana silapnya. atau saya yang terluka kerana dia sudah berpasangan terlebih dahulu. apa betul perasaan cinta itu wujud antara kami ? atau saya saja yang bertepuk sebelah tangan ? sebelum dituduh menjadi perampas, baiklah kiranya saya mengundur diri. mungkin silap saya. sikap dia yang bersahaja membuatkan saya tersayang kan dia lebih dari yang sepatutnya. pelbagai cara telah saya lakukan untuk menutup perasaan ini, tapi tiada hasilanya. dia mungkin berbahagia di sana. tanpa saya. sungguh saya rindukan perhubungan seperti dahulu. tak. sungguh saya rindukan dia. tapi dia.. i dont know. if my absence doesnt affect him, then my existence means nothing.

    p/s: up until now, saya takde boifren. sebab perasaan yang ada pada dia masih wujud dalam hati ni. its okay. im okay. but just sometimes, i just kinda miss him. and the best part is, i can do nothing about it.

    -nf-

    ReplyDelete
  25. Sedihnya baca cerita nie😢😢😭😭

    ReplyDelete